Tuhan untuk Semua
oleh


Versi Cetak

RM11.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 13.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-366-050-6

Tarikh Terbit: 21 Apr 2011

Jumlah Muka Surat: 120


Versi eBook

Belum Terbit


"Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan?  Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?"

Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal.

Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam. 
Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit.
Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

Faisal Abdurrahman adalah pelajar PhD jurusan Bioteknologi di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Acheh, Serambi Makkah, Indonesia dan aktif dalam penulisan agama di sana.  

Kenapa Allah Tidak Adil? Kenapa Orang Bukan Islam Masuk Neraka Walaupun Baik?
Kenapa Allah Ciptakan Syurga dan Neraka?
Kenapa Mesti Hudud? Tidakkan Hukuman itu Kejam?
Adakah Jihad dalam Islam sama dengan Holy War?
Kenapa Negara Islam Suka Berperang?
Adakah Benar al-Quran daripada Allah?
-Mungkinkah al-Quran Ditulis oelh Syaitan?
-Mungkinkah al-Quran itu Menciplak daripada Bible?
-Kenapa al-Quran Bercanggah dengan Sains?
Kenapa Islam Tidak Mengiktiraf Bible Sedangkan Ia Diturunkan kepada Isa sama seperti Muhammad?
Adakah Islam dengan Kristian Berbeza sedangkan Ia Berasal daripada Tuhan yang Sama?
Apa Pandangan Islam tentang Jesus?
Kenapa Malaysia Menghalang Penggunaan Nama Allah dalam Bible sedangkan Kristian juga Beriman dengan-Nya?
Adakah Benar Muhammad Menderita Phedophilia?
Islam Mendakwa Jangan Menyembah Selain Allah tetapi Mengapa Umat Islam Menyembah Kaabah? 
Isu Jantina
- Kenapa Islam lebihkan Lelaki daripada Wanita sedangkan Mereka Keluar daripada Rahim yang Sama?
- Kenapa Islam Benarkan Lelaki Berpoligami sedangkan Wanita Tidak?
- Kenapa Wanita Perlu Berhijab sedangkan Lelaki lelaki Boleh Berpakaian Lebih Ringkas?
- Kenapa Perempuan yang Dirogol Perlu Bawa Empat Orang Saksi walaupun Kejadian itu Benar dan Mencari  Saksi itu Payah?
- Apa Hubungan Muslim dengan Non Muslim?
- Adakah Islam Agama Baru?
- Benarkah Ada Berita Kelahiran Muhammad dalam Bible?
- Adakah Muhammad dan Jesus Disebut dalam al-Quran?
- Semua Agama Mengajak Kepada Kebaikan, Jadi Kenapa Perlu Masuk Islam?
- Benarkah Islam Agama Damai?
- Adakah Islam Agama yang Susah?
- Kenapa Islam Tidak Terima Homoseksual?
- Kenapa Islam Membenarkan Umat Agama Lain Masuk Islam tetapi Tidak Membenarkan Murtad?
- Kenapa Mesti Bukan Islam Digelar Kafir sedangkan Mereka juga Ada Agama?
- Bolehkah Non Muslim Masuk Masjid?
- Bolehkah Muslim Menjawab Salam Non Muslim?
- Kenapa Islam Tidak Membenarkan Muslim Membela Anjing?
- Benarkah Melayu itu Islam? Adakah Masuk Islam itu Masuk Melayu?
- Benarkah Masuk Islam perlu Tukar Nama dan perlu 'Bin' Abdullah?

Berita


Errata