Buku

Unsur Penyembuhan Pati Ikan Haruan

oleh Saringat Baie et al.

RM 35.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0685-69-4

Muka Surat: 200

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: 1 May 2015

Imprint: PTS Akademia

Channa striatus, ikan haruan, adalah ikan air tawar milik keluarga Channidae. Ia adalah sumber makanan kesihatan yang mengandungi tahap asid amino dan asid lemak yang tinggi. C. striatus biasanya digunakan oleh wanita selepas bersalin bagi menggalakkan penyembuhan luka. Kajian dalam model haiwan menunjukkan bahawa ekstrak C. striatus baik bagi mempercepat penyembuhan luka, anti-norciceptive dan mengandungi ciri-ciri anti-radang. Produk C. striatus dalam bentuk tablet, krim dan semburan plaster, diwujudkan dan keupayaannya menyembuhkan luka dikaji secara saintifik. Ekstrak airnya juga digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Kajian saintifik yang dijalankan di Malaysia telah membongkar potensi bioperubatan ikan haruan ini. Kerja-kerja yang dijalankan menunjukkan bahawa ikan haruan mempunyai sifat anti sakit yang baik setanding dengan morfin. Ciri-ciri anti-norciceptive menjadikannya sesuai untuk pengurangan kesakitan selepas pembedahan.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024