Buku

Ustaz, Tolong Saya!

oleh Ustaz Love

RM 23.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-229-5

Muka Surat: 336

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 10 Mar 2014

Buku Ustaz, Tolong Saya! mengupas berkenaan soal jawab sensasi masyarakat pada masa kini. Antaranya adalah:



Tunang saya mempunyai sifat cemburu dan panas baran. Pantang ada masalah sedikit, terus mahu cari gaduh. Baguskah lelaki begini? ~Gee~



Tunang saya minta putus. Sudahlah dia minta putus, dia kahwin pula dengan abang saya. Abang saya pula kuat cemburu. Sekarang, mahu balik kampung pun susah. Ustaz, apa yang perlu saya lakukan? ~Hamba Allah~



Saya berkasih dan terlanjur. Saya mahu kahwin dengan kekasih saya itu. Tetapi kami berpisah. Selepas berpisah, dia bertunang dengan orang lain. Saya memang tidak puas hati. Jadi, saya bocorkan aib kami. Sekarang, saya sendiri pening.

Tolong saya, ustaz. ~Yang serabut~



Susah hidup saya, ustaz. Bercinta, tetapi asyik dihalang. Ibu saya cerewet dan ada sahaja yang tidak kena. Kerana asyik mengikut lehendak ibu, saya digelar andartu. Apa yang patut saya lakukan? ~Anonymous~



Jangan bimbang. Semua isu boleh diselesaikan, insya Allah. Bumi mana tidak ditimpa, laut mana tidak bergelora. Ada soalan lagi? Boleh email ustaz. Di mana mahu dapat email ustaz? Email ustaz… ada dalam buku ini. ~Ustaz Love~

Antara isi kandungan yang ada dalam buku ini:



  • Menghalang Zina Selepas Zina

  • Cinta empat segi

  • Hilang Arah kerana hilang dara

  • Tupai menagih kelapa lama

  • Dilema berkasih dengan suami orang

  • Terkenang kekasih lama

  • Terlanjur? Apa mahu buat?

  • Isu bertunang tidak sengaja

  • Cinta bertepuk sebelah tangan

  • Dilema mengahwini ustazah terlanjur

  • Menggunakan ayat Al-Quran sebagai ilmu pengasih

  • Bekas kekasih ugut buka aib

  • Mahu nikah gantung

  • Terlanjur, tetapi pasangan mahu bernikah

  • Mencintai sahabat sendiri

  • Calon isteri solehah, tetapi keluarganya nakal

  • Tunang dirampas ahli keluarga

  • Perkenalan melalui laman mencari jodoh

  • Membuka aib kekasih kerana tekanan

  • Pinggan tidak retak, nasi tidak dingin

  • Tiada perasaan cinta terhadap tunang

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024