Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu)
oleh Dr. Spencer Johnson


Versi Cetak

RM29.90

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 32.9
Format: Hardcover
Saiz: 5 x 7.5 x 3

ISBN-13: 978-967-369-197-5

Tarikh Terbit: 11 Mar 2013

Jumlah Muka Surat: 80


Versi eBook

Belum Terbit


Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:

- Menjangkakan perubahan

- Beradaptasi dengan perubahan secepatnya

- Menikmati perubahan

- Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.

  • Fenomena Who Moved My Cheese?
  • Bahagian dalam Diri Kita
  • Kisah di Sebalik Tabir
  • Majlis Perjumpaan di Chicago
  • Sebuah Cerita: Siapa yang Mengalihkan Keju Saya?
  • Perbincangan Pada Hari yang Sama

Buku Berkaitan


Berita

Mulakan Perubahan Positif: Who Moved My Cheese
ditulis oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani

Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih... Selanjutnya»

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu)
ditulis oleh Hairul Faizal Adli

Karya hebat oleh Dr. Spencer Johnson iaitu Who Moved My Cheese? bakal menemui peminat dalam edisi... Selanjutnya»


Errata