Buku

Yasin dan Tahlil

RM 3.50 / RM 4.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5137-82-2

Muka Surat: 72

Saiz:

Tarikh Terbit: 6 Aug 2010

Kategori: Islam, Doa & Amalan

“Tiap-tiap sesuatu ada jantungnya. Jantung al-Quran adalah Yasin. Sesiapa yang membaca yasin, Allah tuliskan bacaannya dengan sepuluh kali membaca al-Quran.” (Direkodkan oleh Tirmizi)

Sudah menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia mengamalkan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat dan ketika berlaku kematian. Rasulullah menyatakan, “Bacalah Yasin kepada orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu.” (Direkodkan oleh Ahmad, Abud Daud, an-Nasa’e dan Ibnu Hibban) “

Selain itu, di dalam surah Yasin, terdapat ayat-ayat yang boleh dijadikan doa dan amalan bagi mereka yang mempunyai hajat ataupun mengalami masalah yang tidak dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, pembaca perlu membacanya dengan penuh perhatian (tawajjuh) dan memahami makna yang diucapkan supaya bacaan Yasin ini memberi kesan dalam kehidupan sehari-hari. 

Yasin, Tahlil dan Doa terbitan PTS Islamika ditulis lengkap dengan terjemahan supaya pengamal dapat menghayati makna bacaan ayat al-Quran dan doa sekali gus memahami mesej yang terkandung di dalam amalan ini. Turut dimuatkan panduan-panduan membacanya dan doa yang termasyhur di kalangan umat Islam di Malaysia. 

Yasin dan terjemahan

Tahlil dan terjemahan

Doa dan terjemahan

Ayat-ayat Lazim

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024