Ebook

Di Sebalik Ikhwan Muslimin

oleh Douglas Thompson, Youssef Nada

RM 29.90
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 978-967-366-223-4

Tarikh Terbit: 25 Mar 2014

Youssef Nada, seorang tokoh yang disegani dalam Ikhwan Muslimin menyanggah pembohongan serta mitos dan memberitahu:

  •  Mengapa pengebom berani mati adalah sah.
  • Mengapa wanita Islam tidak perlu memakai burkha dan digalakkan menyertai politik.

  • Bahawa Al-Qaeda adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada orang gila, dan ia adalah satu fenomena Barat yang terlalu dibesar-besarkan.

  • Bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi mesti belajar hidup bersama rukun dan damai.

  • Bahawa undang-undang syariah telah dirampas oleh puak pelampau.

  • Umat Islam kini bergerak dengan jet-bukan unta-. Islam sesuai untuk abad ke-21 dan pengikut mesti menyesuaikan diri.

  • Bahawa ulama Islam tidak menggunakan otak mereka sejak abad ke-12.

  • Bahawa memerintah negara-negara Islam dengan harta pusaka adalah pengkhianatan terhadap Islam dan umat Islam.

  • Palestin dan Israel sebagai adalah dua buah negara adalah sesuatu yang tidak akan berjaya.   

 

Ini adalah biografi sah tentang Youssef Nada, seorang lelaki yang mengetahui paling banyak kisah separuh abad yang penuh dengan kemarahan dan revolusi. Beliau melalui situasi peperangan, keganasan sejagat, dan krisis antarabangsa yang kompleks. Beliau terlibat dalam peristiwa-peristiwa ini. Beliaulah saksi sebenar sejarah apabila mengambil bahagian dan menggunakan pengaruhnya dalam peristiwa-peristiwa yang membentuk sejarah.
.
Youssef Nada tidak pernah menjanjikan jawapan, tetapi menawarkan penyelesaian paling sesuai menerusi idea dan falsafah. Beliau telah berpegang pada idea dan falsafah ini sepanjang hidupnya sebagai duta alasan, pendamai, dan duta luar yang sesungguhnya untuk Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin mempunyai keahlian lebih daripada seratus juta di seluruh dunia. Berjuta-juta ahli kumpulan ini memegang jawatan penting di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan di seluruh benua Eropah.
.
Beliau memiliki naluri dan pemikiran yang jelas dan tegas. Beliau seolah-olah dapat merasakan berlakunya peristiwa seperti keganasan Lockerbie di Scotland, ‘latihan’ serangan hebat September 11 terhadap Amerika dan pengeboman Julai 7 di London, masalah Iran-Contra, penculikan Terry Waite di Beirut, dan pelbagai kejadian ngeri yang menyentuh hidup banyak individu dan sesuatu bangsa.
.
Beliau terlibat dalam semua aspek “Kebangkitan Arab” di Mesir, termasuklah musim pilihan raya yang mana Ikhwan Muslimin akan berkuasa. Youssef Nada telah dan sehingga sekarang merupakan rahsia tersembunyi di hati Timur Tengah; bahagian puzzle yang tiada sesiapa dapat temui. Keadaan ini lebih selamat. Selepas 9/11 Nada yang sebelum ini dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh kemanusiaan, telah dilabel sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraikan seperti tersebut oleh Amerika dan UN.
.
Youssef Nada percaya bahawa apabila beliau dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin, semua agensi perisikan antarabangsa mula menentang beliau. Sekarang, beliau membuat keputusan untuk keluar dan memberitahu kisah sebenar hidupnya.

Bab 1 Kelahiran Ikhwan 

Bab 2 Ulama Penjara 

Bab 3 Pasang Tali Pinggang Keselamatan Anda 

Bab 4 Perjalanan Terakhir Shah 

Bab 5 Petir di Padang Pasir 

Bab 6 Panglima Perang 

Bab 7 Revolusi dan Resolusi 

Bab 8 Kewangan dan Keimanan 

Bab 9 Dialog Berbahaya 

Bab 10 Ikhtiar yang Mustahil 

Bab 11 Kejayaan yang Lewat

Bab 12 Kekeliruan Hikmah 

Bab 13 Hantu dan Bisikan

Bab 14 Perjuangan 

Bab 15 Kebebasan yang Muflis

Bab 16 Keselesaan yang Dingin 

Bab 17 Menunggu Keadilan

Bab 18 Tunjukkan Saya Wang

Bab 19 Permulaan Baru 

Bab 20 Viva Nada 

Penghargaan 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024