Marco Polo
oleh Al Ghazali


Versi eBook

RM19.20

e-ISBN:
978-967-411-994-2
Tarikh Terbit:
24 Feb 2017
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Novel Sejarah, FICTION / General
Penerbit:
PTS Publishing House

Marco Polo adalah seorang pengembara yang paling terkenal kerana kisah perjalanannya ke China. Ketika Eropah sedang berada di zaman gelap, Marco Polo mencabar dirinya untuk keluar dari Venice dan menjelajah dunia.

Ketika itu, Eropah masih belum mengenali China. Marco Polo mengetepikan semua keraguan dengan mengembara sejauh kira-kira 7,000 kilometer ke timur semata-mata kerana dorongan ingin tahu.

Selepas 24 tahun berada di perantauan, akhirnya Marco Polo pulang ke Venice dengan membawa pengalaman yang dimuatkan dalam catatan kembaranya, The Travels of Marco Polo.

Catatan itu telah membuka laluan kepada dunia Eropah untuk mengenali China dan juga Asia Tengah. Kejayaan Marco Polo membangkitkan Eropah daripada tidur dan mula berlayar meneroka dunia. Catatan kembara itu bertanggungjawab mencorakkan perjalanan sejarah seperti yang dikenali pada hari ini.

Inilah kisah Marco Polo, seorang pengembara agung yang pernah muncul dalam sejarah peradaban manusia. 

-