Ebook
Memahami Maqasid Syariah
E-ISBN:
Tarikh Terbit: 24 Feb 2015
E-ISBN:
Tarikh Terbit: 24 Feb 2015
Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya.
Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan.
Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya.
Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat:
Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar.
Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.
BAB 1 Maqasid Syariah
BAB2 Imam-Imam Maqasid
BAB3 Peranan Maqasid dalam Pembaharuan Islam Kontemporari
BAB 4 Siyasah As-Syariah
BAB 5 Syariah: Beza Antara Hukum dan Prinsip
BAB 6 Maqasid Praktikal Politik Nabi s.a.w.
BAB 7 Memahami dan Menyusun Keutamaan dalam Pergerakan
BAB 8 Syura Menolak Kediktatoran
BAB 9 Menentukan Hubungan Antara ‘Keagamaan’ dan ‘Kesivilan’
BAB 10 Teori Keadilan dan Bagaimana Merealisasikannya?
BAB 11 Dialog Antara Islamis dan Kem Sekular, Serta Liberal
BAB 12 Membezakan Antara Dosa dan Jenayah
BAB 13 Pelaksanaan Hudud Seperti yang Diseru oleh Sebahagian daripada Golongan Islamis
BAB 14 Jizyah yang Dilaungkan oleh Sesetengah Pihak
BAB 15 Undang-Undang Berkaitan Hal Ehwal Keluarga