Misi Solat Lima Waktu: Diari Solat Imran
oleh Nazry Salam, Nazrul Ali

Versi eBook

RM5.00

e-ISBN:
Tarikh Terbit:
20 Nov 2017
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Komik, COMICS & GRAPHIC NOVELS / General
Penerbit:
PTS Publishing House

Seumur hidup saya, saya hanya bersolat tidak sampai tiga kali. Kali pertama, adalah semasa solat Hari Raya Aidilifitri pada dua tahun lalu. Kali kedua, solat Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Ketiga, solat jenazah nenek sayabeberapa bulan lalu. :’(

Sebelum ini, emak dan abah tidak pernah kisah saya solat ataupun tidak. Ustaz dan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam sebelum ini pun tidak pernah kisah. Abang dan kakak saya pun tidak kisah kerana mereka juga tidak solat seperti saya. Tetapi, tiba-tiba sahaja Ustaz Azhar mahu ambil kisah. Aduhai.... :(

Sebab itulah buku conteng ini wujud. Saya mahu belajar solat, dan semua perkara berkenaan solat akan saya muatkan di sini. Saya hanya ada masa selama seminggu sebelum tibanya ujian amali solat. Walau apa caranya sekalipun,saya perlu pandai bersolat sebelum tiba waktu itu. Saya sanggup lakukan apa sahaja (kecuali menyentuh lipas) asalkan saya tidak dirotan oleh Ustaz Azhar! Serius!

"KREATIF, SANTAI, DAN LUCU! DALAM BUKU INI, PANDUAN ASAS SOLAT DISAMPAIKAN DALAM PENCERITAAN YANG MENARIK DAN BERSULAMKAN KARTUN YANG COMEL. SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG MAHU BELAJAR SOLAT, KHUSUSNYA ANAK-ANAK."

USTAZ MOHD HARIRI MOHAMAD DAUD
Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam TV1
Murabbi Rancangan Adik-Adikku Musim ke-5

“ADUNAN GAYA KREATIF KOMIK DAN ILMIAH FIKAH SOLAT MENJADIKAN BUKU INI BERNILAI DAN BERKESAN, BUKAN HANYA UNTUK MEMPELAJARI SOLAT, TETAPI MENCINTAINYA. 

ILMU TENTANG SOLAT MENJADI MENARIK, MENGHIBURKAN, DAN AMAT MENGUJAKAN DARIPADA HALAMAN PERTAMA HINGGA AKHIR. SAYA MENAMATKAN KOMIK INI DENGAN MATA YANG BERKACA. 

SEBUAH KOMIK YANG WAJIB DIHADIAHKAN OLEH IBU BAPA SERTA GURU YANG PRIHATIN KEPADA ANAK-ANAK.” 

USTAZ ROHIDZIR RAIS
Pendakwah Bebas dan Penulis Buku Ensiklopedia Solat, dan Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat