Apam Mekar (Apam Senyum)

oleh Roziyah Mahamad • 25 Aug 2010 4:23 PM

Bahan
300 gram tepung gandum
250 gram gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
1 sudu kecil ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. irdina
    02 Jan 2011
    5:50 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    buat dah lebih 5x.tapi tak ada sekali pun dia senyum mekar

Artikel popular