Baca@Ramadan: Faedah Berpuasa

oleh Roziyah Mahamad • 20 Jul 2010 9:20 AM

Dalam al-Figh al-Islami wa Adillatuhu (juzuk 2, bab Siyam, halaman 567), Dr Wahbah Zuhaili menerangkan faedah puasa: antaranya,

 

  • Puasa adalah ketundukan, kepatuhan dan ketaatan kepada Allah maka tiada balasan bagi orang yang mengerjakannya kecuali pahala yang melimpah baginya.
  • Berpuasa juga dapat melatih diri dalam pelbagai masalah seperti jihad nafsu, melawan gangguang syaitan, bersabar atas malapetaka yang menimpa.
  • Puasa dapat menahan daripada pelbagai 'syurga duniawi', mengajar sifat sabar dalam menghadapi pelbagai situasi serta membolehkan berfikir secara rasional.
  • Dengan puasa kita diajar supaya hidup lebih teratur dengan adanya waktu berbuka dan bersahur.
  • Berpuasa juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan serta menimbulkan perasaan saling tolong-menolong sesama manusia.

 

Artikel dipetik daripada buku Adab Ramadan tulisan Absyar Fuad dan Suzana Ismail yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular