Daftar Ikhwan Muslimin

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani • 22 Nov 2013 2:50 PM
Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Definisi Cinta Saya

oleh Raina • 20 Feb 2013 3:34 PM

Definisi cinta saya, “Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.” Kita mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benarnya cinta. Membina satu disiplin bagi menjadikan ianya luar biasa.   

Apabila saya memahami cinta itu adalah mahu bersama ke syurga, maka saya mula membayangkan perkara-perkara yang dapat membawa saya dan orang yang saya cintai ke syurga Allah. Itu yang saya usahakan.  

Menambah kebaikan-kebaikan dalam hidup. Mempergiatkan amalan-amalan yang memberikan pahala dan kebersihan jiwa. Di samping berusah mempertajamkan adab dan sopan, walaupun mungkin untuk bahagian itu saya lemah hingga kini. Ilmu berkenaan agama itu sendiri, saya perhalusi dan dalami. Urusan ibadah itu saya usaha perkemaskan lagi. Terus-menerus membina kefahaman berkenaan rumah tangga nubuwwah, dan bagaimana anak-anak serta isteri sepatutnya dilayan dalam Islam. Tidak putus-putus saya berusaha membina diri supaya menjadi seorang yang sederhana, mampu bertolak ansur, dan mampu memimpin dengan baik. Saya berusaha supaya emosi tidak mengawal saya, namun, keimanan adalah apa yang mengawal emosi kita

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

PTS Menghangatkan Ekspo Buku Islam 3

oleh Raina • 18 Sep 2012 3:38 PM

Ekspo Buku Islam 3 akan berlangsung di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang bermula 26 September sehingga 2 Oktober 2012. Justeru itu, PTS menampilkan empat orang penulis ternama untuk sama-sama memeriahkan Ekspo Buku Islam 3. Empat orang penulis ini bakal mengadakan aktiviti-aktiviti yang penuh dengan pengisian menarik, khas untuk para pengunjung Ekspo Buku Islam 3 yang juga peminat buku-buku PTS.

Pada 29 September 2012, penulis sejarah Islam tersohor di Malaysia, Abdul Latip Talip atau Pak Latip akan mengadakan aktiviti "Diskusi Buku" pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Aktiviti ini membicarakan tentang dua buah buku beliau yang berjudul Badiuzzaman Said Nursi dan Mustafa Kamal Ataturk. Jam 2 petang hingga 4 petang pula, Chef Hanieliza muncul dengan tiga resipi menarik dalam "Demo Masakan". Pengunjung Ekspo Buku Islam 3 berpeluang menikmati sampel makanan daripada demo memasak Chef Hanieliza.

Seterusnya pada 30 September 2012, Ustazah Fatimah Syarha tampil dengan sesi "Ramah Mesra" untuk peminat-peminat beliau. Sesi ini bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari. Kemudian, pada jam 2 petang, Ustaz Rohidzir Rais bakal membicarakan buku-buku tulisan beliau dalam aktiviti "Diskusi Buku" sehingga jam 4 petang.

Rebutlah peluang bertemu dengan penulis-penulis PTS sambil bersama-sama menghangatkan Ekspo Buku Islam 3 di Kuantan, Pahang. Jangan lupa dapatkan buku-buku PTS di Ekspo Buku Islam 3 kerana buku PTS semestinya seronok, berinformasi, dan berkualiti.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Dari Blog Penulis : Hidup Baru

oleh Roziyah Mahamad • 20 Sep 2011 3:02 PM
{text}

Dipetik dari blog Prof. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji.

Seorang profesor lama memberi nasihat, "saya tahu prof mempunyai bilik yang besar di Malaysia. Di sini – lihatlah – kesemua pensyarah sama. Kita berkongsi dengan enam rakan sejawat yang lain. Bersabarlah".

"Tidak mengapa, saya suka begini...."

Jawapan yang tidak dipercayai beliau. Saya langsung tidak memikirkan soal-soal tersebut. Saya bersyukur diterima ke Madinah. Pendapatan saya lebih baik untuk seisi keluarga, keperluan memberi kuliah 7.5 jam dan kadar wajib berada di ofis selama 17.5 jam seminggu sudah jauh lebih baik daripada bilik yang besar.

Malah, saya hanya perlu bekerja 4 hari seminggu.

Saya lebih memikirkan, "bagaimana aku mahu solat 5 waktu di Haram?". Selebihnya, saya mahu kehadiran saya dirasai oleh universiti. Peluang untuk saya menggerakkan penyelidikan terbuka luas. Tiada seorang staf pun yang terlibat secara langsung dengan kegiatan akademik ini.

Dan mereka bergantung kepada saya untuk memulakanya.

Bahasa Arab

"Prof Ibrahim, are you OK?," Dr Adnan – Dekan – bertanya tepat ke muka saya.

"Not OK, l am lost!"

Semua ahli mesyuarat ketawa. Kenapa tidak? 100 peratus mesyuarat dikendalikan dalam bahasa Arab. Sebenarnya saya OK-OK sahaja. Ia mesyuarat yang ceria.

Pertama, duduk sahaja di meja mesyuarat, kami dihidangkan dengan jus buah. Hidangan yang diminum serta merta belum pun tiba pengerusi majlis. Ia tidak berlaku di Malaysia.

Kedua, kami dihidang pula dengan manisan berkualiti. Coklat dan sejenis manisan Arab yang lain. Juga, selesai serta-merta. Di hadapan kami terdapat biskut Arab yang sedia ada dan selesai dimakan bersekali dengan makanan yang lain.

Kemudian, muncul Dekan dengan wajah yang sangat ceria. Semuanya dipeluk beliau.

Mesyuarat berlangsung hampir 1 1/2 jam. Tiada minit tercatat. Saya langsung tidak dapat memahami tutur kata mereka tanpa bantuan staf yang menterjemahkan isu-isu penting.

Bila tiba saya bercakap, saya mulakan dengan kata-kata, "Kaifa Halukun?, " disambut gelak ketawa hadirin. Rupa-rupanya, sayalah salah satu daripada tiga orang staf yang bukan datangnya dari dunia Arab.

"Itu sahaja yang saya tahu.... opps.... ada dua lagi... Ila liqa' and Maasalamah".

Biarlah begitu.... biar saya terkapai-kapai mencari makna yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Saya perlu belajar dan ia harus pantas. Malah, e-mel rasmi juga dihantar menggunakan bahasa Arab.

 

Baca lanjut di muhdkamil.org/blog/2011/09/

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Dari Blog Penulis : Kita Perlu Bersahabat!

oleh Roziyah Mahamad • 20 Sep 2011 2:52 PM
{text}

Dipetik daripada blog penulis buku Young Aisyah, Saridah Hamid di http://saridahamid-kuinginbicara.blogspot.com/

Hubungan persahabatan bukan terjalin secara spontan atau dibentuk dengan mudah. Ia berlaku bila ada kesesuaian antara dua individu yang bertemu dan terjalin hubungan yang penuh mesra dan kasih sayang. Hubungan yang baik boleh memecahkan dinding yang selama memisahkan diri kita dari dunia luar dan tidak mahu memulakan hubungan dengan orang lain.

Bermula dari individu yang begitu asing kepada kita kemudiannya dengan usaha dua individu itu, lalu antara satu sama merasa tertarik atau masing-masing ada daya tarikan yang tersendiri. Daya tarikan itu yang membuat individu lain mahukan hubungan lebih serius perlu dijalinkan. Ini berlaku apabila kita mula hendak berkongsi pengalaman hidup dengan individu yang baru kita temui itu.

Individu yang pemalu sering mencari alasan untuk tidak bertemu dengan orang lain. Sekiranya boleh, individu pemalu kalau keluar dari rumahnya tidak mahu bertembung dengan orang ramai yang berada di jalan raya, pasar raya, kedai, dan sebagainya. Individu pemalu ini mengambil masa untuk berkenalan dan beramah mesra dengan individu lain apatah lagi hendak berkongsi pengalaman. Tetapi mereka memilih individu yang boleh menarik perhatiannya dan memahami perangainya. Mereka ini walaupun pemalu tetapi masih perlu bersahabat!

Sesetengah individu pula menghadapi masalah hendak bercampur gaul dengan orang lain. Benarkah individu yang bermasalah sukar bergaul dengan individu lain sebagai sahabat? Oleh itu, kita harus menjalinkan hubungan dengan secara rasional dan bukan dipaksa-paksa. Biarlah apa yang ada dalam diri kita menjadi daya tarikan kepada individu lain yang boleh dijadikan satu titik permulaan. Mungkinkah cara bertegur, senyuman, bercakap, pakaian, imej diri atau lain-lain yang boleh dijadikan daya tarikan kepada individu lain sebagai satu permulaan jalinan persahabatan. Gunakan kaedah psikologi yang berkesan. Oleh itu, kita kenalah belajar ilmu psikologi yang asas supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Siapa yang perlu memulakannya?

Sesiapa sahaja boleh memulakan perkenalan dan suai kenal antara dua individu yang berlainan. Salah seorang hendaklah berusaha membina dan membentuk hubungan dengan selesa dan mudah. Namun begitu, dalam menjalinkan hubungan di peringkat awal perlu berhadapan dengan risiko sementara. Risiko tidak dilayan, diejek, di pandang sepi atau di pandang pelik. Situasi ini mungkin dihadapi pada peringkat awal dan anggaplah itu sebagai mengajar kita supaya lebih matang dan berhati-hati. Sakit hati sekiranya kita sahaja yang bersungguh-sungguh hendak berkawan sedangkan individu yang lain buat tidak endah sahaja.

Adakalanya kita tidak boleh menjangka apakah pandangan orang lain terhadap diri kita yang ikhlas hendak menjalin hubungan. Kita mesti menanggung risiko dengan menunjukkan keyakinan kepada individu itu yang kita hendak bersahabat dengannya secara akrab dan ikhlas. Sebenarnya, memulakan persahabatan itu ada risikonya dan tidak semudah yang dibayangkan.

Adakah kita memerlukan sahabat?

 

Baca lanjut di http://saridahamid-kuinginbicara.blogspot.com/

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Petikan Media : Mengupas, menilai sudut berbeza peristiwa Israk, Mikraj

oleh Roziyah Mahamad • 30 Jun 2011 10:03 AM
{text}

Dipetik dari Berita Harian Online pada 30 Jun 2011

 

Judul: Israk Mikraj

Penulis: Armansyah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Pengulas: Hasliza HassanHarga: RM16 (Semenanjung Malaysia), RM18 (Sabah dan Sarawak)

 

Ada menganggap kisah Israk dan Mikraj hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan penulis hadis. Memang benar, pada waktu itu peristiwa Israk dan Mikraj adalah kisah yang mustahil berlaku.

Israk dan Mikraj bermula dengan keberangkatan Nabi menuju Masjidil Aqsa dari Masjidilharam yang sepatutnya memakan masa 15 hari berkuda tetapi dilakukan dalam sehari. Ia ibarat cerita dongeng Aladdin dengan tikar terbangnya.

Berbeza dengan zaman moden, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat dalam masa singkat bukan lagi sesuatu yang mustahil menggunakan kapal terbang. Bagaimanapun, cukup pelik pada zaman moden ini masih ada lagi yang meragui peristiwa bersejarah itu.

Peradaban sentiasa menawarkan ruang dialog bagi mengelak konflik yang wujud daripada konsep perbezaan dan persepsi. Dialog bertujuan menjadi jambatan merapatkan perbezaan kerana adanya wahyu baru Ilahi untuk hamba yang ingin belajar.
Sebagai makhluk yang lemah dan terbatas membuatkan kita menerima dengan ikhlas peringkat wahyu baru yang diturunkan dalam bentuk pembelajaran mahupun hikmah.

Sememangnya konsep kenabian dan kerasulan dalam perkara syariat berbentuk interaksi dan komunikasi antara makhluk dengan Pencipta sudah berakhir pada zaman kenabian Muhammad. Tetapi konsep wahyu berkaitan ilmu Tuhan masih terus berjalan seiring dengan waktu.

Baca lanjut di Berita Harian Online

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Kisah Batu Terbang

oleh Roziyah Mahamad • 28 Jun 2011 10:20 AM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi tulisan Armansyah

Setiap cerita mengenai peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad pasti akan ada sebuah cerita perihal sebongkah batu yang ingin mengikut nabi naik ke langit. Berkenaan dengan cerita ini, Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam bukunya berjudul Silsilah Hadis Dha'if dan Maudhu mengatakan hadis itu adalah palsu. Al-Bani turut menyatakan bahawa dia sendiri sudah melihat batu tersebut dan faktanya batu itu tidak ada keutamaan dari sudut syarak, yang diyakini oleh orang ramai.

Pada tahun 2005 yang lalu, dunia Islam di Internet heboh dengan gambar batu terbang itu. Para pakar grafik menyiasat gambar tersebut dan akhirnya diketahui gambar itu hanyalah rekaan orang yang tidak bertanggungjawab.

Dari satu sudut, belum ada laporan secara saintifik pada batu tersebut. Setidak-tidaknya, jika benar kes itu wujud, sudah pasti ramai yang melakukan kajian dan mengeluarkan kenyataan seperti Black Hole, Segi Tiga Bermuda, Segi Tiga Farmosa, dan lain-lain. Para ahli kitab sudah pasti akan mengkaji kes ini jika ia bersangkut-paut dengan cerita Nabi Ezekial dan penerbangannya di dalam al-Kitab.

Namun, batu yang disebut-sebut sebagai mukjizat Israk dan Mikraj memang wujud dan boleh dilihat di bawah Kubah Sakhrah di Masjid Umar atau dikenali dengan nama Dome of the Rock iaitu bangunan berkubah emas (bukan di Masjid Al-Aqsa seperti yang ditulis orang). Masjid Umar terletak tidak jauh dengan Masjid al-Aqsa. Walau bagaimanapun, batu itu tidak terbang sebagaimana digembar-gemburkan. Batu itu seperti batu kebanyakan yang kita dapat lihat di tempat lain. Ia melekat pada tanah, dan kedudukannya bila dilihat dari bawah tangga kelihatan sekitar dua meter dari atas tanah. Yang pasti, batu itu tidak terbang.

Baca lanjut artikel dalam buku Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi tulisan Armansyah.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. dimas
    18 Aug 2011
    10:43 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    kalo tidak percaya lihat sendiri batu pijakan nabi ketika naik ke sidratul muntaha,,,,

Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Pasaran Buku-Buku Panduan Membuka Bisnes

oleh Ainon Mohd. • 28 Jun 2011 9:12 AM

PTS adalah penerbit yang paling aktif menerbitkan buku-buku panduan memulakan pelbagai bisnes kecil. Walaupun sudah menerbitkan lebih 30 judul dalam siri ini, tetapi PTS masih terus menerbitkan judul-judul baru.

Pasaran buku dalam kategori ini ada, tetapi tidak besar. Namun PTS akan terus menerbitkan buku-buku panduan bisnes kecil kerana komitmen kepada perjuangan memandaikan bangsa.

Buku-buku dalam siri 'Buat Duit' ini ditujukan kepada sesiapa yang sedang berfikir mahu memulakan sesuatu bisnes kecil. Ia memberikan maklumat-maklumat penting supaya dia tahu perkara-perkara paling asas dalam bisnes berkenaan seperti modal, peralatan, jenis pelanggan, jenis produk, lokasi yang sesuai, lesen-lesen yang wajib dimohon, masalah yang paling kerap berlaku dan penyelesaiannya.

Buku Buat Duit dengan Katering adalah salah satu contoh buku dalam siri ini. Tuan Hizamnuddin Awang atau lebih dikenali dengan nama samaran Web Sutera memulakan bisnes katering beliau dengan menjual nasi lemak sahaja. Kini, hampir 5 tahun beliau mengusahakan bisnes katering dengan nama Lusiana Catering. Bisnes beliau dijalankan secara sepenuh masa bersama isterinya, Chef Hana. Layariwww.themakan.net bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Duit yang Kita Perolehi Ketika Di Dunia

oleh Shamsuddin Kadir • 28 Jun 2011 9:09 AM

Saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.

Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan 'matawang' yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.

Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.

Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.

Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.

Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.

Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.

Kata Saidina Ali kepada dunia "Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku"

Kata Nabi "Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya."

Teruskan usaha kita bagi 'membeli pahala' untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Lelaki Berkasut Merah - Versi Cerpen

oleh Roziyah Mahamad • 27 Jun 2011 3:38 PM
{text}

Cerpen ini dihasilkan oleh Penulis PTS, Tuan Bahruddin Bekri dan dipetik daripada http://dingin.blogspot.com/2011_05_01_archive.html

Wibawa keilmuan itu sangat nipis apabila sekadar memata-matai tanpa meneguk isi. Misalnya saya, yang membaca satu dua artikel di internet ataupun majalah, dan saya sudah berasa menjadi manusia yang cukup wibawa ilmunya. Tidak saya katakan ilmu di majalah dan di internet itu salah kerana ia tetap adalah ilmu, yang salahnya adalah diri saya, yang terlalu cepat menobatkan diri sudah wibawa keilmuannya. Ibaratnya, panglima yang ada pedang yang cantik, tajam dan terlihat gagah. Namun ia diperbuat daripada besi yang kurang mutunya, dan hanya sesuai bagi dibuat pisau mengupas bawang. Panglima itu pula berasa sangat selesa dengan pedangnya dan tanpa dia sedar, hanya dengan sekali hayun sahaja, pedangnya itu akan patah, dan itulah yang saya rasa pada petang itu. Sialnya, saya terlalu lambat untuk tahu dan akhirnya saya termalu sendiri.

Meja penuh

Teduh sungguh hati saya pada petang itu. Walaupun matahari masih bersemangat di atas sana, walaupun jalan raya masih bergumpal dengan asap-asap kereta dan walaupun manusia di sekeliling saya berwajah tegang dengan dahi berkeringat. Semuanya bercampur dan sekonyong-konyong ia menjadi suasana yang sangat kacau.

Petang itu, ruang di restoran itu sudah penuh dengan manusia, hiruk-pikuk, dan pada suatu ketika, berkongsi meja dengan mereka yang tidak dikenal sudah tidak menjadi apa-apa. Ia tidak lagi dianggap menganggu ruangan peribadi. Malah meja saya, didatangi seorang lelaki yang berpenampilan 'anak muda zaman sekarang'. Yang paling menjemput pandangan saya, adalah kasutnya. Dia adalah lelaki yang berkasut merah.

Seperti biasanya, ramah saya jarang lungsur untuk orang yang tidak saya kenal. Hanya senyuman yang menyungging. Hanya itulah bicara kami, senyuman yang sangat kepalang. Lalu diamlah saya dan dia dengan fikiran masing-masing terpelesat entah ke mana-mana.

Dari saat ke saat, dari minit ke minit, datang pula seorang lelaki yang seperti sudah serpih-serpih hatinya. Saya, lelaki berkasut merah dan lelaki itu membuat ritual yang biasa, hanya tersenyum dan membiarkan persoalan berkenaan diri masing-masing terkurung di ubun-ubun, dan bertekad jangan sesekali lepas dari mulut.

"Sudah banyak kali aku mencuba, tidak juga aku pernah lulus," kata lelaki yang baru tiba itu. Nada suaranya jelas memang berniat mahu ia berputar ke telinga setiap orang di meja itu. Iaitu saya dan lelaki berkasut merah, walaupun matanya jauh memandang lepas ke jalan raya.

Saya dan lelaki berkasut merah diam dan tidak tahu bagaimana mahu menggeser kata-kata lelaki itu. Lelaki yang seperti sudah serpih-serpih hatinya terus menyambung, "Sudah tiga kali aku mencuba menjadi askar, namun tidak pernah berjaya. Pertamanya, gagal kerana aku ada panau pada tubuh. Siang malam aku menggosok apa sahaja ubat pada panau supaya hilang, dan apabila sudah hilang, pada pemilihan kedua, aku gagal pula pada ujian lari jarak jauh."

Akhirnya, fahamlah saya kekecewaan lelaki itu. Kekecewaan berkaitan dengan kerjaya, berkenaan harapan dan pasti juga berkenaan dengan cinta kepada ibu bapa. Dapat saya membayangkan, lelaki itu pasti sudah berjanji kepada ibu bapanya, mahu membela mereka apabila dia sudah memperoleh kerja, namun akhirnya dia gagal.

"Setiap petanglah aku berlari ke sana sini bagi membina stamina, agar dapat berlari dalam minit-minit kejayaan. Namun pada saat aku sudah berjaya pada peringkat itu, aku gagal pula kerana katanya aku tidak berdisiplin. Aku mengaku, memang aku melompat-lompat dan memeluk pegawai selepas lulus ujian berlari, tetapi itu bukan sengaja melainkan ia adalah refleks atas kejayaan aku. Puas aku merayu, tetap juga aku digagalkan. Aku kecewa," luah lelaki itu sambil mengusap-usap kepalanya yang sudah tidak berambut. Pasti rambutnya itulah korban pertama pada cita-citanya.

Namun sempat jugalah saya tersenyum kecil mendengarkan cerita dia melompat-lompat di hadapan pegawai dan terus memeluknya. Dan mungkin lelaki itu melihat senyuman saya, terus dia berkata, "Maaf kerana tiba-tiba bercerita berkenaan hal itu kepada kamu semua. Aku cuma tidak tahu bagaimana mahu melepaskan kecewa aku. Sudah puas aku berdoa kepada Allah, tetapi tidak juga makbul. Aku fikir, tuhan memang tidak mendengar doa aku."

Kerana Tuhan bekerja dalam rahsia

Lelaki berkasut merah yang sedang menikmati teh aisnya segera berkata, "Jangan pernah putus harapan kepada Allah. Belum tentu apa yang kita mahu itu terbaik untuk kita, dan belum tentu apa yang kita tidak mahu itu tidak bagus untuk kita. Allah pasti ada rancangan-Nya untuk kita kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Lalu atas kerana itulah kita disuruh bersabar dan tidak patah harapan. Sabar dan terus berusaha itu adalah antara perkara yang baik untuk kita, yang kita tahu. Selepas daripada perkara itu, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Ingat, Tuhan itu bekerja dalam rahsia."

Terus saya mengangkat kepala sebaik mendengarkan, kata-kata lelaki berkasut merah itu. Sangka buruk saya kepada dia mula datang, dan saya seperti ada tanggungjawab sebagai muslim bagi membetulkan saudara muslimnya yang lain. Semuanya atas dasar, saya pernah membaca sesuatu berkenaan isu itu dan sekarang, saya sudah berasa cukup berwibawa bagi membincangkannya. Tidaklah saya tahu, saya cumalah seperti panglima yang menghunus pedang yang terlihat tajam dan kukuh, tetapi sebenarnya rapuh. Namun kerana tidak sedarnya saya akan hakikat itu, maka saya berkata, "Hati-hati menggunakan ungkapan 'Tuhan bekerja dalam rahsia'."

Lelaki berkasut merah memandang saya dengan senyuman dan terus bertanya, "Mengapa?"

"Kata-kata itu adalah terjemahan terus 'god moves in a mysterious way'. Ia adalah kata-kata yang menjadi dogma agama kristian," tegas saya. Takut benar saya sekiranya ia akan merosak agamanya.

"Adakah ia daripada Bible?" Lelaki berkasut merah itu tetap sahaja tenang.

Saya diam seketika, cuba mengingat apa yang saya pernah baca di internet dan kemudiannya saya menggeleng kepala.

"Jadi, siapa sebenarnya empunya kata-kata itu?" Lelaki berkasut merah terus menyoal.

"Memang ia bukan daripada Bible. Ia diambil daripada puisi William Cowper. Puisi yang diciptakan pada saat dia gagal membunuh diri di sungai akibat kabus tebal, dan akhirnya dia mencipta puisi itu kerana percaya Tuhan sudah menyelamatkannya, dan itulah maksudnya, tuhan itu bekerja dalam rahsia. Tetapi ia juga sudah menjadi dogma agama Kristian bagi menjawab sesuatu yang tidak mampu mereka jelaskan kepada penganutnya," jelas saya dengan begitu bersemangat.

"Jadi di mana bahayanya?" soal lelaki berkasut merah itu dan terus tersenyum baik. Saya terkesan betul dengan senyumannya itu. Senyuman yang tidak menyinggung tetapi sangat membesarkan hati. Namun selain itu, saya terus diam kerana saya memang tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Entah mengapalah saya begitu bersemangat tadi dan pada akhirnya, dengan soalan mudah itu saya jadi beku dalam kepala.

Dogma

Itulah saat 'pedang' yang saya hunus mula retak dan itulah saat yang membuatkan saya mula nampak ilmu saya terlalu sedikit dan tidak cukup membina wibawa. Walaupun sebenarnya mahu sahaja saya menjawab yang dogma itu adalah penyakit intelektual, kerana dogma meletakkan manusia di bawah satu keadaan yang tidak membenarkan mereka berfikir. Terima sahaja perkara itu bulat-bulat dan jangan tanya kewajarannya. Ia adalah musuh kepada ilmu pengetahuan. Namun saya mengurung niat saya kerana sedar, pemahaman saya berkenaan dogma juga masih sangat mentah, dan saya yakin pasti lelaki berkasut merah itu juga akan bertanya, "Adakah ayat 'tuhan bekerja dalam rahsia itu', dogma bagi Islam ataupun dogma bagi Kristian?" Pasti saya akan bungkam dan mula menunjukkan kegopohan saya bagi menunjuk-nunjuk pandai. Lalu elok saya diam pada ketika semuanya masih awal, ketika ia cuma 'retak'.

"Rasulullah pernah bersabda, 'Bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.' Hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari. Mungkin kamu bertanya apa kaitan hadis itu dengan persoalan yang kita bualkan ini? Benar?" Lelaki berkasut merah menyoal saya dan saya hanya mengangguk dengan wajah yang pahit.

"Di dalam Kitab Fathul Bari, Ibnu Hajar mengatakan, Jundub bin al-Anbar bin Amru seorang Arab jahiliah, adalah orang pertama yang mengucapkan kata-kata itu. Yang pada waktu itu bermaksud, apabila rakan kita dipukul kita perlu membantu rakan kita, dan apabila rakan kita memukul orang, kita juga perlu membantu rakan kita memukul orang itu. Jadi tidakkah kamu lihat ada dogma pada kata-kata Arab jahiliah itu? Sehinggalah nabi junjungan kita, mengulang kata-kata itu tetapi dengan maksud yang lebih baik dan mulia iaitu, apabila kita melihat rakan kita dipukul, kita membantu rakan kita, dan apabila rakan kita memukul orang kita tahan dia, kita berikan dia nasihat kerana pada waktu itu, mereka sedang menzalimi diri mereka dengan membuat kejahatan. Lihat, nabi kita juga mengulang kata-kata seorang jahiliah. Malah bukan sahaja mengulang, tetapi memberikan pengertian yang baru yang lebih baik kepada kata-kata itu. Jadi, adakah kata-kata puisi William Cowper itu mahu kita hukum terus sebagai bahaya hanya kerana ia dijadikan dogma bagi penganut Kristian?'" Lelaki berkasut merah menjelaskan dengan panjang lebar.

Lengkaplah patahnya 'pedang' saya, dan runtuhlah juga keyakinan diri saya. Malah saya tertunduk pada waktu itu. Tertunduk pada kenyataan yang saya sudah terlalu gopoh bagi memberitahu pengetahuan saya yang tidak seberapa, yang kemudiannya menjelma menjadi buruk sangka saya. Kenyataan yang memalukan.

Lelaki berkasut merah itu terus menyambung dan saya tetap tertunduk pada kata-katanya.

"Mundurnya umat Islam dahulu kerana takutnya mereka meminjam ilmu daripada orang Kristian, hanya kerana sebab yang bersifat dogma agama. Seperti, "nanti kamu jadi Kristian," atau paling mudah, "itu ilmu orang Kristian." Kemunduran itulah yang masih jelas pada hari ini dan semoga kita tidak termasuk dalam umat yang terperangkap dalam dogma agama."

Lelaki yang gagal menjadi askar itu pula hanya mengerut dahi mendengarkan perbualan yang lari jauh daripada masalahnya, iaitu melompat-lompat dan memeluk pegawainya sendiri.

Dalam diam saya itulah, lelaki berkasut merah itu berkata lagi, "Terlanjur tadi saya menyebutkan hadis nabi berkenaan membantu saudara yang zalim dan dizalimi, jadi saya mahu memberitahu kamu bahawa kamu tanpa sedar sedang menzalimi diri kamu. Mempersoalkan Tuhan kerana doa kamu belum makbul adalah kezaliman kepada diri kamu sendiri. Itulah ruang iblis masih memasuki hati manusia. Tugas kita, sebelum kita bertanyakan kerja Tuhan, tanyakan dahulu kerja kita kepada Tuhan. Adakah kerja-kerja kita sebagai hamba sudah kita kerjakan dan tunaikan dengan baik? Pada saat kita sudah melakukan kerja kita sebagai hamba dengan baik, akan lebih mudah kita memahami kerja Tuhan untuk kita."

Lelaki berkasut merah

Lelaki yang gagal menjadi askar terus diam dan jelas wajahnya sedang berfikir dalam. Lelaki berkasut merah itu menjeling saya dan dengan niat ikhlas yang jelas nampak bertapuk-tapuk pada wajahnya dia berkata, "Saya mohon saudara supaya membantu juga saudara kita ini, mungkin dengan kata-kata. Saya yakin saudara arif berkenaan itu."

Pontang-panting hati saya. Pandainya lelaki berkasut merah itu membina kembali keyakinan diri saya yang runtuh tadi. Bijaknya dia merapatkan kembali ukhuwah pada saat saya seperti sudah mahu beredar daripada situ.

Pada saat lelaki yang gagal menjadi askar itu memandang saya pula, terus saya teringatkan satu pengalaman saya, dan daripada pengalaman itulah pesanan ini saya peroleh, dan saya dengan yakin mengulangnya kembali, "Pada sesaat yang kamu berputus asa, tanya diri kamu, berapa lama kamu sudah bersabar? Tanya juga, mengapa selama ini kamu mampu bersabar pada jangka waktu yang cukup lama? Apabila kamu sudah bersabar cukup lama, adakah kamu mahu mensia-siakannya hanya dalam masa sesaat? Mungkin Tuhan sudah mentakdirkan kamu akan berjaya pada pemilihan keempat dan sekiranya kamu sudah berhenti pada pemilihan ketiga, apa yang kamu peroleh selain daripada kecewa dan sia-sia?

Wajah lelaki yang gagal menjadi askar itu menjadi kembali girang dan nampak semangatnya kembali berkicau-kicau. Manakala lelaki berkasut merah itu pula terus tersenyum baik, dan yakinlah saya, bahawa, pesanan saya itu memberikan saya satu wibawa. Akhirnya, petang itu hati saya menjadi sangat teduh kerana sepertinya diberi peluang bagi membetulkan kesilapan saya, gopoh dengan ilmu yang sejemput dan membawa berburuk sangka.

Selain memperoleh pengetahuan yang baru, saya juga mula mengerti, selain kitab-kitab, pengalaman hidup juga adalah 'pedang' yang sangat kukuh dan dapat diharap. Semuanya itu berlaku dengan izin Allah yang mempertemukan saya dengan manusia-manusia yang tidak saya tahu namanya, selain gelaran yang saya berikan kepada mereka. Lelaki yang gagal menjadi askar, dan lelaki berkasut merah.

Benarlah, Tuhan bekerja dalam rahsia.

Baca lanjut di http://dingin.blogspot.com/2011_05_01_archive.html

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Reen
    06 Sep 2011
    5:09 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Alangkah indahnya jika saya mampu menulis sebaik penulis ini.

Artikel popular

PTS akan membayar RM2.58 Juta Royalti bagi Jualan Tahun 2010

oleh Roziyah Mahamad • 20 Jun 2011 5:32 PM

Cikpuan Norizah Wahid adalah eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan hal-ehwal mengira royalti dan menyediakan jadual penghantaran cek-cek royalti karyawan PTS.Menurut beliau, tahun ini jumlah royalti yang akan dikeluarkan adalah RM2.58 juta. Royalti ini adalah bagi jualan buku-buku PTS pada tahun 2010.

Beliau melaporkan kerja-kerja penyediakan cek-cek royalti sedang berjalan lancar dan semua penulis PTS akan menerima royalti mereka dalam bulan ini.

Banyak penulis PTS menerbitkan karya dengan lebih sebuah anak syarikat PTS. Setiap anak syarikat akan mengeluarkan cek masing-masing. PTS mempunyai 7 buah anak syarikat yang menerbitkan buku.

Cik Norizah memberitahu beliau akan memastikan supaya setiap penulis PTS akan menerima paling mininum sekeping cek pada bulan ini.

PTS sudah menerbitkan lebih 2 ribu judul. Proses kiraan royalti di PTS menjadi kompleks disebabkan beberapa faktor:

(i) Banyak judul ditulis oleh beberapa penulis, oleh kerana itu mereka berkongsi royalti.

(ii) PTS mengamalkan struktur kiraan royalti progresif, yakni semakin banyak buku terjual, persen royaltinya meningkat.

(iii) Royalti untuk edisi jimat adalah berbeza daripada royalti untuk edisi kulit lembut.

(iv) Banyak buku PTS adalah terjemahan, oleh itu kiraan royaltinya berbeza daripada buku karya asli.

(v) PTS menyediakan laporan jualan yang detail bagi tiap-tiap judul buku.

Kepada karyawan PTS yang mahu mengambil sendiri cek dari beliau di ibu pejabat PTS, beliau mohon supaya tuan dan puan menulis emel kepada beliau di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Bagi karyawan yang tidak menulis emel maka Cikpuan Norizah akan menghantar cek-cek mereka secara pos.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Petikan Media: Memahami Jin dan Perangi Sihir

oleh Roziyah Mahamad • 10 Jun 2011 11:39 AM
{text}

Artikel dipetik daripada Harian Metro Online pada 10 Jun 2011

 

Mereka mengamalkan ilmu sihir dan ilmu hitam yang berkaitan dengan jin, syaitan dan iblis sehingga syirik kepada Allah. 

Buku, Perangi Sihir ini mengemukakan fakta sihir yang berpunca daripada jin selain kes sebenar pengalaman pesakit.

Kegiatan jahat itu tidak dapat disembuhkan dengan kaedah rawatan moden dan ramai di kalangan pesakit mencari jalan penyelesaian dengan berubat menggunakan khidmat pengamal perubatan alternatif atau klinik kebatinan.

Masyarakat juga terkeliru dengan golongan yang bertopeng dan menggunakan istilah Islamik padahal cara rawatan dan kaedahnya menyimpang dan merosakkan akidah. 

 

Baca lanjut di Harian Metro Online 

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Dasar dan Mazhab Teori dan Teknik Terjemahan PTS

oleh Roziyah Mahamad • 09 Jun 2011 3:31 PM
{text}

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd.

Para penterjemah sentiasa dipersoal apakah terjemahan yang mereka lakukan itu 'betul' ataupun 'tidak betul'. Semua buku teori terjemahan menekankan peri pentingnya teks asal diterjemahkan dengan betul.

Secara konvensional, salah satu ciri 'terjemahan betul' adalah semua maklumat dalam teks asal hendaklah dipindahkan dengan tepat dan sepenuhnya, tidak boleh ada maklumat yang sengaja tidak dipindahkan. Inilah mazhab terjemahan yang diajarkan dalam mana-mana kursus terjemahan, dalam negara dan luar negara.

Mazhab terjemahan di PTS berbeza. Ini kerana, apabila kita ditanya "Adakah terjemahan buku ini betul?", soalan itu perlu dijhawab dengan mengemukakan soalan, "Betul untuk siapa?"

PTS mempunyai dasar bisnesnya sendiri. Dasar bisnes PTS adalah menerbitkan buku-buku yang mematuhi syariah dan memandaikan bangsa. Dasar bisnes PTS ini diterjemahkan ke dalam semua buku yang diterbitkan oleh PTS, termasuklah buku-buku terjemahan dari bahasa-bahasa lain.

Ini bermakna, ayat-ayat dalam bahasa asal yang bertentangan dengan syariah tidak diterjemahkan. Sebagai contoh, dalam buku-buku motivasi dan pembangunan diri, ayat-ayat yang berupa petikan dari kitab-kitab agama lain tidak diterjemahkan secara langsung, yakni secara perkataan demi perkataan.

 

Baca lanjut artikel di Universiti Terbuka PTS (UNIKA).

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Percutian Abadi

oleh Roziyah Mahamad • 09 Jun 2011 11:13 AM
{text}

Hidup hanyalah sebuah perhentian sementara menuju percutian yang abadi. Lantaran itu, "Biar kepahitan itu pergi supaya kemanisan mengisi. Biarlah kekecewaan berlalu supaya kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat. Biar penderitaan itu menyapa supaya kekuatan kita jana semula. Biar rebah, jangan berubah, biar terbuang, terus berjuang. Hidup ini indah apabila segalanya kerana Allah."

Fahamilah sesungguhnya, hidup ada pasang surut, ada turun naik, ada susah senang, sentiasa berpasangan setiap apa yang berlaku. Semuanya adalah proses dan perjalanan yang perlu kita semua lalui bagi mendapat pengalaman dan kematangan diri. Ini membolehkan kita memupuk sifat ihsan dalam diri.

Hakikat yang perlu kita fahami dengan sejelasnya, yang perlu diyakini dengan sebenarnya adalah setiap dan segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadak dan qadar. Ini adalah keyakinan setiap Muslim, landasan yang menjadi prinsip berfikir bagisetiap dari kita, umat Nabi Muhammad. Keyakinan segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa pengetahuan, izin dan ketentuan Allah. Tiada satu pun yang kita dengar, kita lihat, kita alami mahupun apa yang berlaku kepada setiap orang daripada kita yang terlepas dari pengetahuan Allah. Tiada satu pun yang terjadi tanpa pengetahuan daripada Allah. Inilah hakikat sebenar segala peristiwa, kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini. Ini bermakna segala peristiwa yang kita lalui setiap hari adalah dalam pengawasan dan pengetahuan Allah.

Mungkin bahagia yang datang bertamu, kita miliki segala yang dunia janjikan ataupun mungkin juga musibah ataupun takdir yang menimpa saat ini, berlaku pergolakan rumah rangga, pasangan berubah hati, anak-anak menguji dengan sikap terkeji, jiran mengadu domba dan memfitnah, perniagaan yang rugi, dan sahabat yang menyepikan diri.

Justeru, bayangkan Allah mengetahui detik hati dan tingkah laku kita. Apa yang kita sorokkan daripada pengetahuan ayah dan ibu kita diketahui, apa yang kita sembunyikan daripada pengetahuan rakan, suami, isteri, anak-anak dan majikan kita juga diketahui oleh Allah. Segalanya di bawah kuasa dan pengetahuan Allah.

Semua peristiwa yang berlaku hanya seperti gelombang yang membawa buih lantas hilang dibawa arus. Inilah kehidupan manusia. Kita adakalanya leka dengan masalah dan kehidupan dunia sehingga tidak berfikir tujuan asal dan tiket yang sedia ada untuk kita menuju alam abadi. Oleh itu, tanyalah diri sudah bersediakah kita/. Cukupkah bekalan yang perlu dibawa; mari bersama kita fikirkan. Moga perjalanan menuju titian sirat membawa kita ke syurga

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. sakinahsalleh
    20 Jul 2011
    1:17 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Jika diletakkan nama buku boleh menarik dan mempromosi pembaca untuk membaca buku 3i (Islam,Iman,Ihsan.

Artikel popular

Menangis di Keheningan Malam

oleh Roziyah Mahamad • 07 Jun 2011 4:36 PM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Smart Heart tulisan Rusdin S. Rauf dan diterbitkan oleh PTS Millenia

Apabila malam mulai menjelang, kebanyakan manusia tertidur lena. Namun, pada masa itu, manusia-manusia langit tidak pernah tidur. Mereka tertunduk di hadapan Allah. Esak tangis mengisi malam-malam mereka. Mereka mengharapkan kasih sayang daripada yang maha penyayang. Allah reda kepada mereka, mereka juga reda kepada Allah. Malaikat-malaikat dan seluruh penghuni langit terpesona melihat mereka. Para malaikat sentiasa mendoakan kebahagiaan, ketenangan, syurga dan semua keindahan di dunia dan akhirat untuk mereka. Begitulah ga,baran orang-orang soleh yang mendekatkan diri dengan Tuhannya pada penghujung malam.

Kebanyakan orang tua mengherdik anak-anaknya yang menangis, terutamanya anak lelaki. Pada mereka, menangis menunjukkan kelemahan seseorang. Paradigma itu perlu diubah. Menangis adalah antara cara terbaik melembutkan hati kita. Contohnya adalah tangisam orang yang mencari keredaan Tuhannya pada malam hari.

Menangis yang bagaimanakah yang digalakkan Nabi Muhammad? Menangis lantaran bahagia, terharu, takut dan rindu kepada Allah, dan menangis kerana menyesali segala dosa serta menangis bagi memohon perubahan diri kepada Allah (perubahan rezeki, perubahan suasana rumah tangga dan yang lain-lain ke arah yang lebih baik).

Nabi Muhammad berkata,

"Tidak ada yang lebih dicintai Allah selain dua titis dan dua bekas kaki. Titisan air mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dipancarkan di jalan Allah. Manakala dua bekas kaki adalah bekas perjuangan di jalan Allah dan bekas melakukan kewajipan yang diwajibkan Allah." Hadis ini direkodkan oleh Tirmidzi daripada kitab Riyadhus Shalihin hadis 10/456.

Dalam hadis lain, Nabi Muhammad menegaskan,

"Air mata itu bukti rasa kasih sayang yang ditanamkan oleh Allah di hati hamba-hambaNya. Sesungguhnya, Allah menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang." Hadis ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Allah menyifatkan orang-orang yang bertaubat dengan,

"Dan mereka tersungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk." Surah al-Isra, ayat 109.

Orang yang banyak menangis, hatinya bertambah khusyuk. Kekhusyukan itu selalu meliputi semua aktiviti kehidupannya. Apabila bersolat, solatnya semakin khusyuk. Apabila bekerja, dia bekerja dengan penuh konsentrasi.

Bagaimana pula dengan kita yang sukar menitiskan air mata? Antara cara yang efektif, seperti yang banyak dilakukan Nabi Muhammad dan para sahabat adalah, menggunakan masa yang tepat, iaitu pada keheningan malam. Sekitar sepertiga malam.

Banyak cerita berkenaan orang-orang soleh yang menghabiskan malamnya dengan bermunajat. Misalnya, Salahuddin al-Ayubi, orang yang membebaskan masjid al-Aqsa daripada kaum Nasrani. Dia seorang hamba Allah yang sangat tekun. Dia selalu menunaikan solat tahajut pada sepertiga malam. Dia suka mendengar bacaan al-Quran. Dia seorang yang memiliki hati yang khusyuk dan mengalirkan air mata dengan deras. (Abdullah Ulwan, Salahuddin al-Ayubi)

Contoh yang lain adalah susuk Umar bin al-Khattab yang terkenal sebagai musuh. Seperti yang diceritakan Ibnu al-Jauzi dalam at-Tabshirah daripada kitab al-Muwatha', pada wajah Umar ada dua garis hitam seperti tali kerana banyaknya menangis. Padahal, umar adalah seorang yang memiliki peribadi yang keras. Pernah suatu malam, semasa membaca wirid atau membaca sebaris ayat, dia menangis sampai terjatuh. Dia terus berada di rumahnya sehingga orang lain menyangka dia sedang sakit. Oleh sebab itu, menangislah! Menangislah bagi mencapai keredaan Allah. Semoga tangisan anda itu bernilai ibadah di sisi Allah.

Artikel dipetik daripada buku Smart Heart tulisan Rusdin S. Rauf dan diterbitkan oleh PTS Millenia.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Buku Inggeris dan Kempen ‘Satu Malaysia’

oleh Roziyah Mahamad • 06 Jun 2011 5:01 PM
{text}

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd

Kita tidak boleh membaca buku-buku terjemahan yang ditulis oleh penulis bangsa-bangsa asing sahaja. Jika bangsa kita tidak membaca buku-buku karya bangsanya sendiri, risikonya sangat besar.

Sebanyak mana sekalipun kita menterjemah dan membaca buku-buku daripada bahasa Inggeris, kita perlu menerbitkan dan membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis kita sendiri.

Setiap bangsa mempunyai agenda masing-masing. Bangsa Yahudi mempunyai agendanya sendiri. Hanya penulis-penulis Yahudi sahaja yang akan menulis bagi memenuhi agenda Yahudi.

Negara-negara berbahasa Inggeris mempunyai agenda nasional mereka. Buku-buku yang ditulis dan diterbitkan di London dan New York tidak dapat memenuhi keperluan agenda bangsa kita. Buku-buku yang ditulis oleh orang Inggeris tentu sekali buku-buku itu mengemukakan pelbagai agenda bangsa-bangsa Inggeris.

Baca lanjut di Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd. 

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. adi uddin
    10 Jun 2011
    6:09 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    yes..
    mmg stuju sangat.
    skrg ni x rmai yg sudibaca karya temptn
    n mkn byk plk hasil luar dterjemah ke malay.
    bknkh isi2 mereka lbih byk about hal mreka sndiri.mmg la kna tau hal org,tpi diri sndiri ambik tau gk…

Artikel popular

Indahnya Merindu

oleh Roziyah Mahamad • 02 Jun 2011 9:58 AM

Penulis: Tuan Zahiruddin Zabidi

 

Pada suatu hari seorang rakan serumah bertanya kepada saya, "Kenapa saya perasan kamu dua tiga hari ini lain macam sahaja? Ada apa-apa masalah?"

Saya tahu beliau ikhlas bertanya. Saya hanya menjawab, "Tidak ada apa-apa, cuma saya rindukan seseorang... bakal isteri saya...."

Segera senyuman girang terukir di wajahnya, "Wah, kalau sudah ada bunga di hati kenapa tidak diberitahu kepada saya. Patutlah kamu nampak banyak bermenung kebelakangan ini. Ceritalah, siapa orangnya?"

Jawab saya, "Ah, kalau diberitahu pun bukan kamu kenal. Tidak payahlah."

Dia terus mendesak, "Iyalah, mana tahu kena-kena, saudara mara saya atau kawan-kawan kita yang lain atau kenalan zaman sekolah dahulu. Maklumlah Malaysia ini bukannya besar sangat pun."

Saya berpaling kepada beliau sambil tersenyum sumbing, "Tidak... tidak mungkin dan mustahil."

Dia tidak puas hati dan terus mengasak, "Apa yang mustahil dalam dunia ini?"

Saya kemudian menjawab lurus, "Macam mana mahu tahu siapa bakal isteri saya itu sedangkan saya sendiri pun tidak tahu siapa dia."

Nada beliau menjadi sedikit tinggi kerana menyangka saya mempermainkan dirinya, "Habis, yang kamu berkhayal dan bermenung itu untuk siapa?"

Saya yang sudah mahu tergelak saat itu terpaksa menahan tawa kerana tidak mahu kemarahan dia terus membara, "Begini, bukankah Allah sudah maktubkan ajal dan maut, rezeki, ujian sekaligus jodoh kita semua jika panjang umur, insya-Allah," dia mengangguk.

"Cumanya kita tidak tahu siapa sebenarnya jodoh kita sehingga kita jumpa dan sah berkahwin dengannya, jadi salahkah saya rindukan bakal isteri saya?"

Dia tidak berkata apa-apa. Terus berlalu naik ke bilik dan saya dibiarkan berseorangan melayan keindahan merindu kepada bakal isteri.

Selama beberapa lama saya dalam keadaan demikian dan saya yakin kebanyakan daripada manusia normal adalah begitu....

Rindu

Rindu adalah fitrah semula jadi manusia. Ia datang bersemu dalam sanubari semenjak kita mempunyai perasaan lain seperti gembira, marah, sedih dan sebagainya.

Bagaimana kita lihat anak-anak yang disusui sendiri oleh ibu bapa mereka tidak betah tenang dan cukup dengan susu botol sekalipun ibunya meninggalkan dirinya hanya beberapa hari. Menjadi kebiasaan mereka akan susah tidur dan mengamuk kerana kerinduan kepada ibu mereka.

Kerinduan juga mampu mencandukan manusia, sebagaimana kemabukan Laila dan Majnun, sebagaimana kekhayalan Romeo dan Juliet demi sebuah perasaan yang dinamakan cinta. Bibit rindu bertunas membentuk perasaan yang mendesak malah mampu mempengaruhi manusia berkelakuan luar duga.

Rindu jua kadang-kadang mendatangkan ketagihan kepada Sang Uda yang tinggal kejauhan di Johor Bharu datang memacu keretanya beratus kilometer tanpa rungutan akan kos dan jauh perjalanan hanya semata bagi berjumpa dengan Si Dara sempena hari jadinya. Walau hanya sekadar berjumpa beberapa minit bagi menyerahkan sesuatu kemudian terpaksa pula kembali ke Johor Bahru sejurus itu juga.

Tidak mengapa, demi sebuah kerinduan yang perlu dilunas dan dipuaskan... tidak mengapa. Bukankah kerana benih rindu yang membuah cinta memberanikan si jantan hidung belang berkata, "Demimu dinda, lautan api marak membakar kuharungi tanpa gentar di hati."

Wah, hebatnya si teruna dan hebatnya si dara. Namun apakah mereka sudah mendakap kerinduan abadi? Kerinduan yang membuahkan ketenangan bukannya keserabutan. Kerinduan yang mendatangkan manis yang berpanjangan bukannya manis sebelum sepahnya dibuang!

Cuba kita renungkan....

Kerinduan hakiki

Di sebalik kerinduan itu ada sebuah kerinduan yang hakiki. Kerinduan yang diredhai Allah, kerinduan yang menelusuri sunnah Rasulullah.

Alangkah indahnya seluruh kerinduan yang di atas tadi kita letakkan pada tempatnya, bagi merindui Sang Pencipta perasaan rindu dan benda yang dirindui itu. Bukankah kepada-Nya wajar kerinduan yang ada dalam diri kita sebagai hamba-Nya.

Lihat sahaja bagaiaman kerinduan Rasulullah dan para sahabat kepada Allah. Mereka melafazkan kata-kata rindu dengan zikir kepada Allah, melakukan ibadat dengan tekun kepada Allah dan melaksanakan apa yang diamanahkan dan meninggalkan apa yang dilarang dengan tuntas.

Rindu Ramadan

Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi adalah satu daripada kerinduan Rasulullah, para sahabat dan ulama salafus soleh. Kerinduan mereka kepada Ramadan seperti pungguk merindukan bulan.

Kerinduan tersebut sangat membahagiakan mereka sehinggakan persiapan rohani dan jasmani sudah dilakukan dua bulan awal sebelum menjelang bulan Ramadan itu sendiri. Rasulullah sudah mula berpuasa bermula pada bulan Rejab dan Syaaban sebelum Ramadan menjelang.

Bulan puasa adalah bulan pesta ibadah, bulan pesta pahala. 1001 kelebihan yang tersurat dan tersirat ada dalam bulan ini. Bulan diturunkan al-Quran, bulan padanya Allah kurniakan Lailatul Qadar yakni malam seribu bulan, bulan kemenangan tentera Islam dalam jujutan peperangan besar bermula dari zaman Rasulullah di Madinah hingga zaman ini.

Ini adalah bulan yang patut kita rindukan, khayalkan dan idamkan. Bayangkan betapa ruginya andai Ramadan yang akan menjelang tidak mampu kita gapai dan peluk. Betapa kita rugi andai kita tidak termasuk seorang daripada penuntut Universiti Ramadan yang penuh dengan aktiviti tawaran pahala yang sangat hebat.

Ketika ini, saya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak gadis yang elok rupa parasnya. Rindu kepada jodoh hidup saya sudah terlunas, lantas saya terfikir alangkah ruginya andai Ramadan tidak dirindui kerana merindui Ramadan adalah lebih hebat daripada merindui jodoh hati, merindui Ramadan adalah merindui anugerah Ilahi yang tidak ternilai dalam kehidupan ini.

Kerinduan kepada kekasih, anak, isteri, pangkat dan apa sahaja di muka bumi yang bersifat makhluk tidak abadi dan hakiki. Hanyalah kerinduan kepada Allah dan anugerah-anugerah-Nya sahaja membawa diri dan sanubari kepada ketenangan dan kebahagiaan yang abadi dan hakiki.

 

Tuan Zahiruddin Zabidi adalah penulis PTS yang menghasilkan Novel Srikandi Islam serta novel Islami. Hasil tulisan beliau juga boleh dilihat di http://kalamkhalifah.com/

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. aini maszniey
    03 Jun 2011
    6:39 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    indah sungguh penceritaan nya…bhahasanya…
    saya suke…:)

Artikel popular

Penulis yang Disayang Tuhan - Versi cerpen

oleh Roziyah Mahamad • 31 May 2011 12:00 PM
{text}

Dipetik daripada blog  dingin.blogspot hasil nukilan Tuan Bahruddin Bekri 

 

Perasaan itu

Sudah sampai perasaan itu kepada saya sejak lama dahulu. Perasaan yang saya rasa adalah wajar dan terkadang saya merasakannya, ia sesuatu yang membuatkan saya kuat dan bersemangat. Tidak saya tahu, perasaan itu rupanya seperti pisau yang bermata dua. Pada satu sisi ia melindungi, namun pada satu sisi lainnya, secara diam ia melukai.

Syukurlah kepada Tuhan, yang maha mengasihani. Pada saat saya tidak tersedar saya melukai diri saya, seorang teman yang wajahnya memberikan kesan pejuang hidup yang kuat, duduk di hadapan saya pada suatu petang untuk berbicara berkenaan perasaan itu.

Penulis yang Disayang Tuhan

Semuanya bermula pada saat saya usai menyudahkan novel 'Penulis yang Disayang Tuhan'. Saya meraikannya dengan sepi dan sendiri di sebuah kedai makan, dengan sekeping roti canai kosong dan segelas teh tarik.

Ketika saya sendiri dan sepi, fikiran saya sebenarnya masih sibuk dengan banyak perkara. Sebagai seorang yang terdidik di universiti dalam jurusan ekonomi, tidak dapat tidak, saya memikirkan keadaan 'ekonomi' novel-novel saya.

Dalam congak-congak saya, tidak ada khabar yang gembira. 'Ekonomi' novel-novel saya boleh diumpamakan ekonomi negara-negara Afrika Tengah. Lelah juga saya pujuk-pujuk hati dengan prinsip penulisan yang saya cuba jaga selama ini. Menulis untuk memberi nasihat kepada diri sendiri kerana Allah, dan dengan itu saya tidak akan rugi apa-apa pun.

Sebenarnya memang saya tidak rugi apa-apa, malah mengikut congak saya, saya masih boleh berbahagia dengan royalti saya dan ia lebih daripada cukup. Namun itu cuma benar sekiranya wang itu untuk diri saya dan keluarga. Sedangkan pada hakikatnya ia tidak begitu, kerana saya punyai cita-cita lebih besar. Saya mahu membahagiakan lebih ramai saudara-saudara saya dan hasil penulisan adalah antara jalannya.

Benarlah wang bukan segala-galanya, tetapi untuk manusia seperti saya yang bersaudara dengan manusia-manusia yang seumur hidupnya berjuang demi sesuap nasi, wang setidak-tidaknya membuatkan mereka tahu, yang bahagia itu besar dimensinya. Itu tekad saya, mahu membantu sedaya-upaya.

Pada saat begitulah perasaan itu datang dan pada saat itu jugalah teman saya itu duduk di hadapan saya.

Tuhan Maha Mengasihani

Resah wajah saya terlihat juga walau sedaya upaya saya cuba senyum dan ketawa. Teman saya sangat pandai membaca wajah dan juga mungkin membaca hati. Bertanya dia kepada saya berkenaan resah apa yang tersamar pada wajah dan rusuh apa yang berlindung dalam hati.

Selepas beberapa ketika menyusun kata dalam kepala, saya berkata, "Ini bukan berkenaan ikhlasnya hati kerana saya sudah sedaya upaya cuba menjadi ikhlas, tetapi ia lebih kepada hakikat hati manusia. Bagaimana kamu mahu memujuk hati kamu supaya terus bersemangat apabila kamu membuat kebaikan, tetapi kamu tidak pernah memperoleh apa-apa petunjuk, untuk kamu tahu yang kebaikan itu adalah sesuatu yang perlu?"

Teman saya tersenyum lebar. Kesannya untuk hati saya pula, bercampur rasa senang dan keliru. Senang kerana dia tersenyum, namun pada saat lain keliru untuk apa senyuman itu.

"Usah khuatir, saya tidak akan berbicara berkenaan ikhlas. Saya yakin kamu pasti lebih maklum berkenaan perkara itu. Hanya satu perkara yang saya sangat yakin, kamu tidak pernah tahu jenis perasaan apa yang kamu sedang lindungi sekarang. Ketahuilah, itu adalah perasaan kasihan kepada diri sendiri."

Terdiam saya sesaat dan secara diam-diam saya cuba berfikir. Apakah saya sedang kasihan kepada diri saya?

"Itulah perasaan yang membunuh kamu dari dalam." Teman saya menyambung kata-katanya dengan yakin dan saya segera menatapnya penuh hairan.

"Tidak salah kamu kasihan kepada diri kamu. Namun kasihan yang bagaimana? Kamu hanya perlu kasihan pada saat kamu berbuat dosa. Kamu juga sangat perlu kasihan kepada diri kamu pada saat orang lain melakukan banyak kebaikan, kamu pula hanya duduk berpeluk lutut. Itu perkara-perkara yang memang patut kamu kasihani diri kamu. Namun tidak hal yang sebegini."

 

Baca lanjut di dingin.blogspot oleh Tuan Bahruddin Bekri

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Mata yang Buta

oleh Roziyah Mahamad • 31 May 2011 11:11 AM

Artikel dipetik daripada Buku Smart Heart tulisan Tuan Rusdin S. Rauf

Apakah yang dimaksudkan dengan mata yang buta? Adakah mata yang tidak dapat melihat? Mata yang berpenyakit? Mata yang buta buta bukanlah bermaksud mata yang tidak dapat melihat. Mata yang buta adalah mata yang tidak dapat menatap kehidupan secara mendalam.

Mata yang buta tidak dapat menarik perbezaan antara yang benar dan yang salah. Semuanya sama sahaja. Mata yang buta selalu sahaja bermaksiat kepada Allah. Mata yang buta tidak dapat menyaksikan kurniaan Allah. Allah berkata dalam di dalam al-Quran,

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada." Surah al-Hajj, ayat 46

Allah menunjukkan kepada kita, hati juga dapat membutakan mata. Maksudnya, mata kita masih dalam keadaan normal. Akan tetapi, di hadapan Allah, kita seperti orang yang buta. Kita berjalan tanpa tujuan di alam fana ini. Kita tidak dapat melihat jalan yang kita lalui. Kita terus berjalan tanpa arah dan tujuan yang jelas. Adakah kita mahu begitu sepanjang hayat? Adakah kita mahu tersesat dalam perjalanan dunia?

Oleh sebab itu, buka hati kita. Bersihkan hati kita. Dosa-dosa kita sudah menumbuk setinggi gunung. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Sekarang sudah tiba masanya kita mengubah masa kegelapan menjadi masa yang terang dan penuh kebahagiaan.

Artikel dipetik daripada Buku Smart Heart tulisan Tuan Rusdin S. Rauf.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Novel Melayu, Nasi Lemak, Sate dan Karipap

oleh Roziyah Mahamad • 24 May 2011 2:42 PM
{text}

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd

Pada masa ini novel-novel Melayu masih dibeli dan dibaca oleh 99.9% peminat Melayu. Pasaran novel Melayu dapat dibesarkan dengan memperkenalkannya kepada pembaca bukan-Melayu.

Beberapa faktor yang diperlukan bagi memasarkan novel-novel Melayu kepada pembeli bukan Melayu adalah:

(i) Tema dalam novel perlu memenuhi kehendak pembaca Melayu dan bukan-Melayu.

(ii) Persoalan-persoalan dalam novel Melayu tidak boleh terlalu Melayu sehingga di luar pengalaman bukan-Melayu.

(iii) Pakejing novel-novel Melayu perlu memenuhi citarasa bukan Melayu.

(iv) Bahasa yang digunakan perlu mudah dapat difahami oleh pembaca bukan-Melayu.

Pemasaran dan penjualan novel-novel Melayu dapat meniru apa yang berlaku kepada produk makanan seperti nasi lemak, sate dan karipap. Makanan-makanan itu adalah makanan Melayu, tetapi pada masa ini ia sudah menjadi kegemaran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India.

Baca lanjut di Universiti Terbuka PTS (UNIKA).

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

The Power of Emotion

oleh Roziyah Mahamad • 23 May 2011 10:23 AM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Smart Heart tulisan Rusdin S. Rauf terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd.

Allah membekalkan diri ini dengan kekuatan emosi. Kekuatan emosi dapat digunakan sebagai kebaikan dalam diri dan kejayaan orang lain. Bahkan, sungguh menakjubkan apabila emosi yang terdas dapat menyumbang kepada kelembutan hati. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimanakah kecerdasan emosi dapat melembutkan hati? Apakah memang ada hubungan antara kecerdasan, hati dan kejayaan seseorang?

Ternyata, fakta menunjukkan kepada kita, ada banyak orang yang berjaya disebabkan mereka mampu mengelola emosi dengan baik. Contohnya, kisah ulama terkemuka yang bernama Ibnu Hajar al-Asqalani. Pada mulanya, beliau mengalami kekecewaan kerana merasakan dirinya memiliki tahap kecerdasan yang rendah dibandingkan dengan teman-teman seangkatannya. Beliau keluar dari sekolah dan pulang ke kampung halamannya. Namun, dengan pengelolaan emosi yang baik, Ibnu Hajar bangkit lagi, kembali ke sekolah dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Hasilnya di luar dugaan beliau sendiri. Beliau menjadi ulama yang pintar. Bahkan, produktif dalam menulis dan berdakwah.

Contoh lain, sejarah kisah kejaan sejumlah usahawan dunia menunjukkan tokoh-tokoh itu bukanlah orang yang mempunyai prestasi akademik yang bagus. Contohnya, Bill Gates yang memiliki Microsoft memilih berhenti kuliah di Harvard Business School. Walaupun beliau meninggalkan kampus ternama itu, Bill akhirnya menjadi penyumbang dana terbesar di situ.

Steven K. Scout, semasa di sekolah menengah, bukanlah pelajar yang pintar. Namun, apabila dewasa, dunia mengenalinya sebagai usahawan pemasaran nombor satu di Amarika Syarikat.

Pengalaman hidup Ibnu Hajar, Bill Gates dan Steven K. Scout memberikan pesan indah kepada kita, kecerdasan otak bukan jaminan kejayaan hidup seorang manusia. Betapa banyak orang yang memiliki otak yang pintar tetapi mati dalam keadaan yang tragik?

Contohnya, negara Jepun yang kononnya dihuni oleh orang-orang pintar. Rupa-rupanya kehidupan masyarakat di situ jauh daripada yang diharapkan. Hidup yang terlalu individual, ramai yang menyelesaikan masalah dengan seutas taliiaitu menggantung diri sendiri.

Setidak-tidaknya kita semua akan tertanya-tanya, "Emosi yang bagaimanakah dapat melembutkan hati?" Baiklah, sebelum kita menyelami samudera kecerdasan emosi ini dengan lebih jauh, mari kita kenali dulu emosi yang kita miliki.

Baca lanjut dalam buku Smart Heart tulisan Rusdin S. Rauf terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Pakejing Novel Sejarah

oleh Roziyah Mahamad • 23 May 2011 9:36 AM
{text}

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd.

Salah satu aspek penting adalah pakejing novel sejarah. PTS menggunakan pakejing elemen-lemen sejarah yang sangat jelas pada desain kulit novel-novel itu.

Pengunaan elemen sejarah membantu petugas dalam kedai buku bagi mempamerkan novel sejarah pada rak yang sama dengan novel-novel sejarah lain.

Ini penting kerana genre novel sejarah mempunyai peminatnya sendiri. Dengan meletakkan novel-novel sejarah di rak yang sama, maka peminat novel sejarah akan berjumpa dengan novel yang dicarinya.

Baca lanjut di Universiti Terbuka PTS (UNIKA).

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Ahmad Zahiruddin - Bintang Baru Muncul dalam Genre Sastera Spiritual

oleh Roziyah Mahamad • 20 May 2011 3:50 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) oleh Puan Ainon Mohd pada 20 Mei 2011. 

 

Melalui penerbitan karya-karya sasterawan Ahmad Zahiruddin Zabidi, PTS memperkenalkan apa yang diistilahkan sebagai genre 'sastera spiritual', atau disebut juga sebagai 'sastera agama'.

Puisi dan novel-novel spiritual terdapat dalam semua masyarakat agama.

Dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman dan Perancis terdapat sastera spiritual berkenaan agama Kristian.

Dalam masyarakat Hindu dan Budha juga terdapat sastera agama rentang agama-agama itu.

Ciri utama karya spiritual adalah banyaknya unsur interteks antara karya itu dengan teks-teks suci sesuatu agama.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Fisiologi Sabar dan Fikiran Positif

oleh Roziyah Mahamad • 18 May 2011 5:08 PM

Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

 

Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronari. Penemuan ini dimuatkan di dalam majalah Psychomatic Medicine bagi edisi November / Disember, 2001.

Satu kajian yang dilakukan oleh Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School mendapati mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria. Para sainstis merumuskan, hal ini mungkin disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menjadi semakin baik akibat rangsangan oleh fikiran positif. Penemuan ini diterbitkan oleh majalah Amarican Psychological Association's Journal of Personality and Social Psychology pada tahun 2002.

Fikiran negetif memberi impak negetif dalam kehidupan. Mengikut satu kajian, pelajar-pelajar dari Harvard yang bersikap pesimistik semasa diwawancara pada tahun 1946 didapati menghadapi pelbagai masalah kesihatan semasa mereka diwawancara semula pada tahun 1980. Kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar dari Virginia Tech yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selesema, sakit kerongkong dan demam influenza. hal ini disebutkan di dalam Psychology Today (Online) pada bulan Julai 1992.

Mereka yang berfikiran negetif sering dihinggapi tekanan atau stres. Dr. Catherine Stoney dari Universiti Ohio melaporkan, tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku.

Pengeluaran hormon kortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila keadaan ini berterusan, individu itu boleh menghidap penyakit darah tinggi. Tekanan juga merangsang pengeluaran hormon adrenalin dan homosistina. Hormon adrenalin memudahkan proses pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan serangan jantung berlaku. Mengikut satu lagi kajian yang dilakukan di Universiti Duke, tekanan boleh menyebabkan pembuluh darah koronari mengucup dan hal unu meningkatkan risiko individu diserang sakit jantung koronari. Homosistina pula adalah asid amino yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Justeru, peningkatannya semasa stres meningkatkan risiko diserang penyakit ini.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Petikan Akhbar: Ulasan lengkap kes sivil, jenayah membabitkan sihir di Malaysia

oleh Roziyah Mahamad • 18 May 2011 10:05 AM
{text}

Dipetik daripada Berita Harian Online yang dipetik pada 18 Mei 2011

Buku ini turut menampilkan kes sivil dan jenayah yang mempunyai kaitan dengan ilmu sihir antaranya Juraimi dalam kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris; kes Tan Mui Choo dan Francis Anthonysamy.

Buku olahan tesis PhD dalam bidang undang-undang membahaskan sihir sebagai jenayah yang dilaknat sejak berzaman selain menyingkap hakikat sihir. Penulis turut memuatkan cadangan rang undang-undang mengenai sihir untuk dibincangkan serta digazetkan sebagai undang-undang negara.

Sementara itu, buku Perangi Sihir hasil karya Ansaruddin Agus dan Dr Mohd Azlee A Mutalib menggabungkan pengalaman dua pengamal perubatan tradisional dan doktor perubatan moden yang mengemukakan fakta mengenai sihir serta angkara jin.
Menyingkap rahsia jin, buku mengandungi 13 bab ini mendedahkan strategi penipuan iblis dan syaitan kepada manusia serta tanda-tanda gangguan sihir, saka, jin dan histeria.

Layari Berita Harian Online bagi membaca berita lengkap. 

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Mereka Banyak Menangis Sedangkan Kita Asyik Ketawa

oleh Roziyah Mahamad • 13 May 2011 11:34 AM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Meniti Jalan Suci terbitan PTS Islamika dan ditulis oleh Tuan Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

Tangisan selalu dikaitkan dengan fenomena kesedihan dan penyesalan. Malah, tangisan manusia itu melambangkan keadaan normal yang berlaku kepada setiap insan. Tiada manusia yang tidak pernah menitiskan air mata. Ini kerana kita sebagai manusia pasti menempuh hari ataupun masa yang sedih.

Air mata meluncur laju keluar dari kelopak mata tanpa dapat disekat-sekat lagi. Ada juga manusia yang begitu gembira juga menitiskan air mata. Ada pula anggapan kebanyakkan kita mengatakan wanita yang sensetif pasti cepat menangis dan ada juga yang menuduh orang-orang yang manja sahaja yang cepat menangis.

Namun, bukan hal itu yang mahu dikupas dalam bingkisan bicara ini. Fokus kali ini adalah menangis menurut pandangan Islam. Sebenarnya, orang beriman dan bertakwa memiliki perasaan hati yang sensetif semasa membaca ayat-ayat Allah dalam al-Quran. Tangisan mereka adalah kerana keinsafan, ketakutan dan rasa kehambaan yang tinggi.

Dalam surah Maryam, Allah menyatakan kepada kita keadaan para nabi dan orang-orang soleh yang mendapat cahaya hidayah semasa membaca al-Quran.

 

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang maha pemurah kepada mereka (para nabi dan orang-orang yang mendapat hidayah), maka mereka tersungkur sambil bersujud dan menangis.'

                                                                                                                                                                                                                                   (Surah Maryam, ayat 58)


Tangisan para nabi dan orang-orang yang mendapat hidayah kerana mereka memahami dan menghayati dengan mendalam maksud ayat-ayat Allah. Sesetengah orang tidak menghayati makna disebalik ayat tersebut tetapi sekadar terpaku dengan alunan suara merdu bacaan kita.

Dikisahkan kembali kisah bagaimana adanya manusia bukan Islam yang tersentuh hati apabila mendengar sahaja ayat-ayat Allah dialunkan. Diceritakan, raja bernama Najasyi yang beragama Nasrani di Habsyah menerima utusan Rasulullah. Beliau menerimanya dengan semangat kemanusiaan yang tinggi. Utusan yang diterima itu adalah orang-orang Islam yang berhijrah dari Mekah.

Jaafar bin Abi Talib memberitakan kemunculan nabi yang terakhir iaitu Muhammad dan menerangkan sebahagian risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Mendengar yang demikian, maka Raja Najasyi meminta Jaafar bin Abi Talib membaca sebahagian ayat-ayat yang sudah diturunkan kepada Muhammad itu.

Bagi memenuhi permintaan raja itu, Jaafar bin Abi Talib pun membacakan beberapa ayat daripada Surah Maryam yang berkaitan masalah kesucian Nabi Isa dan ibunya Maryam daripada segala noda dan kotoran dosa.

Apabila mendengar ayat-ayat yang dibacakan itu, Raja Najasyi dan beberapa ulamanya yang hadir itu tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Kata Najasyi, "Demi Tuhan, tanda-tanda kebenaran begitu jelas dalam ayat-ayat itu."

Ini adalah satu contoh terbaik bagaimana kekhusyukan hati dan pemahaman ayat-ayat Allah dapat mengundang keinsafan dalam hati nurani insan. Hebat Raja Najasyi itu.

Ini adalah satu contoh terbaik bagaimana kekhusukan hati dan pemahaman ayat-ayat Allah dapat mengundang keinsafan dalam hati nurani insan. Hebat Raja Najasyi itu.

Walaupun pada masa itu beliau belum menerima Islam, tetapi beliau mengakui kebenaran ayat-ayat Allah sehingga menitiskan air mata. Bagaimana pula kita yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah ini? Tidakkah terkesan di hati semasa membaca ayat-ayat Allah di dalam al-Quran, ataupun masih asyik dengan alunan suara sahaja?

Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan, saudaraku.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Strategi PTS Meninggikan Jualan Buku kepada Pembaca Bukan Melayu

oleh Roziyah Mahamad • 12 May 2011 3:44 PM
{text}

Artikel ini dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) dan ditulis oleh Pengerusi PTS Puan Ainon Mohd.

Buku-buku Melayu tidak patut ditujukan kepada pembaca Melayu sahaja. Ia semestinya dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang pandai membaca dalam Bahasa Melayu.

PTS mempunyai strategi serampang 5 mata bagi meningkatkan jualan buku-buku terbitannya kepada pasaran bukan Melayu:

(i) Menerbitkan buku-buku terjemahan yang berpotensi diminati oleh semua pembeli, baik Melayu mahupun bukan Melayu.

(ii) Menjadikan buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja PTS sebagai alat bantu belajar bagi subjek Bahasa Melayu.

(iii) Memastikan kandungan buku-buku PTS sesuai dibaca dan dinikmati oleh pembaca bukan-Melayu dan bukan-Islam.

(iv) Bahasa Melayu yang digunakan seharusnya mudah difahami oleh pembaca bukan-Melayu.

(v) Desain kulit buku yang menarik pada mata pembeli bukan-Melayu.

Pasaran bukan-Melayu adalah pasaran yang berpotensi kerana jumlah mereka yang belajar dalam sekolah aliran kebangsaan adalah besar.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. nura
    23 May 2011
    12:19 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    adakah penggunaan bahasa inggeris yang dimelayukan akan membantu menarik pembaca bukan melayu untuk mempelajari bahasa melayu? saya lihat kini banyak perkataan melayu telah tidak digunapakai lagi oleh penerbitan buku. contohnya ‘tim’ telah memadam perkataan ‘pasukan’, ‘desain’ memadam ‘corak’ atau ‘gaya’, ‘kaver’ telah memadam ‘kulit buku’ dan banyak lagi. adalah ini suatu perkembangan yang amat membantu bahasa melayu?

Artikel popular

Keistimewaan Novel Sejarah

oleh Roziyah Mahamad • 09 May 2011 10:43 AM
{text}

Dipetik daripada Berita Harian, Singapura, 5 Mac 2011 dan ditulis oleh Anuar Othman

Peluang bertemu dan menemuramah Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah nombor satu Malaysia, di Kuala Lumpur tidak lama dulu amat memberangsangkan.

Penulis buku sejarah yang telah menghasilkan lebih daripada 20 novel sejarah dengan syarikat PTS Litera Utama Sdn Bhd itu ditemui semasa mempromosikan novel sejarah terbarunya, Hijrah, setebal 624 halaman.

Novel itu menceritakan penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.

Saya sudah membaca lebih 10 novel sejarah beliau, termasuk Si Bongkok Tanjung Puteri, Leftenan Adnan Wira Bangsa, Mat Kilau, Tok Janggut, Setelah Roboh Kota Melaka, Bilal Bin Rabah, Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, pengarang yang dilahirkan di kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan, 57 tahun lalu mengaku bahawa kebanyakan pelajar tidak gemar subjek sejarah.

Beliau mengambil inisiatif menulis novel sejarah untuk 'mempermudah pengajaran sejarah di samping menanam minat para pelajar tentang subjek sejarah'.

"Saya amat berterima kasih kepada Puan Ainon Mohd kerana membimbing saya dalam menghasilkan novel-novel sejarah.

"Oleh kerana saya meminati sejarah, Puan Ainon memberi saya tip bagaimana mengayam fakta dengan fiksyen.

"Empat novel sejarah yang mula saya hasilkan untuk PTS Litera ialah dalam siri Pahlawan Islam iaitu Khalid al-Walid, Salahudin Ayubi, Ikramah dan Tariq," katanya.

Puan Ainon merupakan salah seorang pengarah PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Cinta Pada Tanah Air

Peri pentingnya masyarakat, terutama pelajar, mempelajari sejarah akan menimbulkan perasaan cinta kepada tanah air, katanya.

Namun, mempelajari teks sejarah boleh membosankan. Maka, pelajar harus menghafal kejadian, bila kejadian itu berlaku, siapa pelaku dan sebagainya. Ia banyak bergantung kepada ingatan jangka panjang pelajar.

"Kita harus menulis buku atau teks sejarah kita sendiri. Sekiranya kita hanya menggunakan teks sejarah yang dihasilkan oleh penulis Barat, mungkin terdapat sedikit kegenjotan.

"Pada penjajah negara kita, orang yang menentang mereka digolongkan sebagai pemberontak sementara kita tahu mereka adalah pembela tanah air. Mereka adalah pahlawan kita, bukan pemberontak.

"Selain menulis teks sejarah, kita juga harus menggunakan pendekatan yang baru iaitu menanam minat pelajar dengan menghasilkan novel-novel sejarah.

"Dalam novel sejarah, watak-wataknya hidup, kejadian-kejadiannya bergerak. Ini pasti menarik minat pembaca, termasuk para pelajar," kata beliau.

Sebagai bukti kesungguhannya, pengarang telah menghasilkan novel sejarah termasuklah Mat Kilau, Dol Said dan Pendekar Siamang Gagap (PAhlawan Negeri Sembilan).

Novel-novel ini mengisahkan perjalanan hidup watak-watak utama, perjuangan, keberanian dan ketaatsetiaan mereka kepada negara.

Abdul Latip Talib atau lebih mesra dipanggil Pak Latip adalah antara penulis sepenuh masa di Malaysia.

Menjelaskan rutin hariannya, Pak Latip memberitahu: "Memandangkan saya menulis sepenuh masa, saya buat kerja macam orang biasa. Setiap hari saya perlu menulis kerana menulislah yang membawa sumber rezeki kepada saya.

"Biasanya sebelum saya mula menulis sesebuah buku, saya akan membuat kajian atau penyelidikan. Kebanyakannya merupakan kajian pustaka bukan lapangan. Kajian ini selalunya memakan masa kira-kira seminggu atau lebih sebelum saya duduk menulis.

"Menulis sebuah novel sejarah memakan masa kira-kira tiga bulan, bergantung kepada berapa tebalnya buku itu."

Akan Tulis Tentang Hang Nadim
Memandangkan Pak Latip telah menghasilkan novel sejarah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang memaparkan pertempuran Leftenan Adnan dan pasukannya dengan askar Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura, saya mengajukan soalan apakah beliau akan menulis novel sejarah tentang Hang Nadim, Tun Sri Lanang atau Sang Nila Utama yang ada kaitannya dengan Singapura?

"Ya, saya akan menulis tentang Hang Nadim, tetapi bukan Hang Nadim Singapura!

"Sebenarnya dalam Sejarah Melayu ada tiga orang bernama Hang Nadim yang berkisah dalam Singapura Di Langgar Todak. Satu lagi ialah Hang Nadim yang dikatakan anak kepada Hang Jebat.

"Yang akan saya karang ialah tentang Hang Nadim yang menentang askar Portugis setelah Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Hang Nadim ini dan kumpulannya menentang penjajah Portugis, cuba menawan semula Melaka setelah sultannya lari ke Johor," jelasnya.

Sebelum berpisah, Pak Latip mengingatkan betapa pentingnya seseorang itu mempelajari sejarah. Menghasilkan teks sejarah dan novel sejarah adalah dua proses berbeza.

"Terlebih dahulu, kita harus menanamkan minat kepada sejarah. Pelajar suka membaca buku cerita. Seandainya sejarah kita dapat disampaikan dalam bentuk cerita, ia pasti menarik minat pelajar.

"Seterusnya diharapkan pelajar akan membuka buku teks dan membuat perbandingan. Pelajar juga dapat membayangkan peristiwa sejarah dalam buku teks kerana watak-wataknya telah dihidupkan dalam novel sejarah," katanya.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Muhd Hishamuddin Bin Abdullah
    06 Jun 2011
    8:40 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    bestnye…....

Artikel popular

Kutipan Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

oleh Roziyah Mahamad • 09 May 2011 9:34 AM

Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) dan ditulis oleh Puan Ainon Mohd.

Puan Nur Hasnah Ibrahim, Pengurus Jabatan Kewangan PTS melaporkan jumlah kutipan tunai daripada hasil jualan buku di dalam booth PTS sepanjang 10 hari Pesta Buku PBAKL 2011 adalah RM830 ribu.

Jumlah ini adalah RM200 ribu lebih tinggi daripada kutipan pada pesta PBAKL 2010.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah nilai jualan adalah:

(i) Jumlah judul baru yang banyak.

(ii) Judul-judul baru yang menepati kehendak pembeli buku.

(iii) Desain buku yang lebih tinggi mutu seninya.

(iv) Promosi viral yang dilakukan oleh staf PTS, karyawaan PTS dan para penyokong PTS dalam internet.

(v) Kerjasama daripada karyawan PTS yang menjalankan dengan bersungguh-sungguh pelbagai aktiviti promosi di dalam booth PTS.

(vi) Guru-guru sekolah yang datang membawa rombongan pelajar.

Sebenarnya buku-buku PTS juga dijual di booth-booth lain, iaitu booth agen-agen PTS. Sebagai contoh buku-buku PTS juga ada dijual di booth Kedai Pink AinMaisarah.

Jika diambil kira nilai jualan seluruh buku PTS pada pesta itu, dianggarkan jumlah kutipan boleh mencecah RM1 juta.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. anon
    11 May 2011
    12:20 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    diskaun yang kurang berbanding tahun lepas??

  2. anuar othman
    12 May 2011
    10:01 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    syabas pts. saya akan terus menyokong dan mempromosikan buku2 pts di singapura. semarakkan budaya membaca….dan membeli.
    anuar othman
    temasik

  3. Ustaz Azrai
    19 May 2011
    10:34 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Tahniah PTS..

Artikel popular

Tips Kesihatan: Rawatan Alternatif Nombor 1 di Malaysia

oleh Chef Hanieliza • 24 Mar 2011 11:04 AM

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah: 

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh O setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah dijangkiti penyakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala

Dalam ikan mengandungi ion negetif jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Malizi Kuh
    24 Apr 2011
    12:33 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    maklumat yang sangat mengelirukan, al quran menyuruh mandi sebelum subuh, ayat berapa yang menyatakan maklumat ini? Ittaqillah setiap yg dinyatakan adalah amanah

  2. Abdullah
    14 May 2011
    12:39 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    salam,terima kasih berkongsi tip2 yg amat berguna sekali..amalkan juga makan habbatus sauda baik utk selsema,menambahkan qty susu ibu..

Artikel popular

Kekeliruan tentang Kiraan Royalti

oleh Roziyah Mahamad • 23 Mar 2011 4:31 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang.

Jika tuan pernah menerbitkan buku, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%?

Masih banyak penulis yang keliru implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan oleh penerbit.

Ambil contoh-contoh kes berikut:

Ada penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak diberitahu 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu bahawa penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10!

Ada penerbit menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu dijual. Begitu juga harga itu tidak dicetak pada buku.

Ada penerbit menawarkan royalti 10% daripada harga jualan yang tercetak. Harga buku itu RM15. Tetapi apabila tiba masa mengira royalti, penerbit menolak 300 naskhah promosi dan 100 naskhah peruntukan bagi buku yang rosak.

Ada penerbit menawarkan royalti 14% oleh penerbitnya. Setahun kemudian dia diberitahu cetakan pertama bukunya adalah 2 ribu naskhah sahaja sebab penerbit tidak yakin buku itu laku. Tiga tahun kemudian, dari seorang petugas setor yang bekerja dengan penerbit itu, dia mendapat tahu bukunya setiap tahun dicetak semula tanpa menukar 'cetakan pertama 1999'.

5. Sebuah penerbit milik kerajaan menawarkan royalti 20% atas jumlah yang terjual, tetapi buku-buku terbitannya tidak dijual dengan agresif.

Ambil kira faktor-faktor lain yang lebih penting daripada faktor persen-persen sebelum membuat pilihan:

(i) Adakah penerbit itu jujur.

(ii) Jumlah persen itu dikira berdasarkan harga apa?

(iii) Adakah harga jualan buku itu dicetak pada buku?

(iv) Berapa potongan jumlah naskhah yang dikenakan bagi tujuan promosi?

(v) Adakah penerbit itu menyediakan dokumen perjanjian penerbitan?

(vi) Adakah dituliskan dalam dokumen berapa nilai royalti itu?

Apabila hendak menyerahkan manuskrip kepada mana-mana penerbit, jangan buat keputusan berdasarkan persen-persen.

Sebagai tip umum, penerbit yang baik adalah penerbit yang mengamalkan amalan-amalan lazim dalam industri penerbitan pada peringkat antarabangsa.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. syamfz
    23 Mar 2011
    5:36 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    sekiranya saya menulis buku dan dihantar ke PTS, berapa kiraan royalti saya ?

  2. Norziati
    24 Mar 2011
    1:37 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    “Ada penerbit menawarkan royalti 14% oleh penerbitnya. Setahun kemudian dia diberitahu cetakan pertama bukunya adalah 2 ribu naskhah sahaja sebab penerbit tidak yakin buku itu laku. Tiga tahun kemudian, dari seorang petugas setor yang bekerja dengan penerbit itu, dia mendapat tahu bukunya setiap tahun dicetak semula tanpa menukar ‘cetakan pertama 1999’.”

    Ini sudah kes menipu

  3. Noriswara
    25 Mar 2011
    10:56 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Penerbit yang tidak jujur hanya mendapat satu bahagian sahaja, iaitu keuntungan dunia yang tidak kekal lama.

    Saya mempunyai sebuah manuskrip yang saya tulis sendiri, tentang kehidupan saya, yang saya namakan. SEPANJANG RIWAYAT KU… Bolehkah ia diterbitkan?

  4. AYU
    12 Apr 2011
    4:10 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan novel. berapakan kiraan royalty yang akan saya terima?

  5. masyimalo bear
    12 Apr 2011
    4:11 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya rasa ingin menjadi seorang penulis novel seperti Riha.J dan ingin memasarkan karya saya.

  6. masyimalo bear
    12 Apr 2011
    4:15 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    kalau saya menghantar manuskrip saya,agak-agak berapa kiraan royalti yang saya dapat?? adakah buku saya boleh popular seperti Ain Maisarah??

  7. zulhusni
    24 Apr 2011
    12:00 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    salam… x perlu lah tanya dapat brapa persen.. hantar dulu karya atau penulisan ke pts atau jkuasa..tgk dulu layak x layak untuk diterbitkan… ni cadangan saya.. bila dah lulus, baru lah tanya brapa persen kak ooii.. jangan mare..

  8. meysha
    26 Apr 2011
    2:51 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    hurm.. menghitung royalti ya? tidak pandai ah.. rumit…

    Saya suka menulis, bukan berhitung… mueheheh
    salam sejahtera

  9. ijja1912
    09 May 2011
    7:41 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Salam,

    Kandungan ini baik sekali. Menambahkan ilmu baru buat bakal penulis diluar sana. Selain daripada kiraan royalti, saya juga sering terfikir bagaimana pihak penerbit menentukan berapa harga sesuatu buku tersebut akan dijual?. Maksud disini, apakah kriteria yang akan mendorong pihak penerbit untuk meletakkan sesuatu harga pada buku tersebut.

    Saya fikir, PTS adalah medium yang baik untuk menanyakan soalan sebegini memandangkan hanya web PTS sahaja yang aktif dalam memberikan input baru kepada pembaca dan bakal penulis.

    Terima kasih Puan Ainon & Warga kerja PTS. Wassalam..

Artikel popular

Ciri-Ciri Individu Realisasi Diri

oleh Roziyah Mahamad • 17 Mar 2011 12:21 PM

Dipetik daripada buku Bakat dan Kemahiran Memimpin (Edisi kemas kini) oleh Puan Ainon Mohd dan Prof. Abdullah Hassan 

Ada individu terdorong dengan hasrat dan keinginan menikmati yang tinggi serta ingin merealisasikan cita-cita peribadinya. Apabila estim mereka naik ataupun mereka berjaya, mereka berasa puas hati. Teori Maslow ini dapat menerangkan fenomena semangat, kecekalan, azam dan tekad segelintir individu yang berjaya mencapai impian-impian mereka yang dianggap mustahil oleh individu-individu biasa. Maslow mengemukakan ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi diri yang tinggi. Ciri-Ciri itu adalah:

  •  Mereka mempunyai persepsi yang betul berkenaan realiti.
  • Mereka mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menerima diri mereka sendiri, menerima diri orang lain dan menerima fitrah alam. 
  • Mereka spontan.
  • Mereka memfokuskan perhatian dan penyelesaian masalah.
  • Mereka memerlukan privasi dan suka bersendirian.
  • Mereka berjiwa merdeka dan tidak mahu tunduk pada sekatan budaya.
  • Mereka mudah menghargai emosi dan mudah memberikan reaksi emosi.
  • Mereka lebih kerap mengalami saat-saat kemuncak kepuasan~Mereka mempunyai nilai kemanusiaan yang lebih tinggi. 
  • Mereka mempunyai hubungan yang sihat dengan individu-individu di sekeliling mereka. 
  • Mereka mempunyai nilai-nilai dan sikap yang lebih demokratik.
  • Mereka lebih kreatif.
  • Mereka mempunyai nilai-nilai yang mereka susun dan amalkan sendiri.

Apabila pemimpin itu hendak mendorong pihak bawahannya supaya mahu mengubah sikap dan tingkah laku, terlebih dahulu perlu diketahui keperluan-keperluan sasaran itu. Keperluan-keperluan individu adalah faktor yang dapat mendorong terpengaruh dengan kata-kata dan tingkah laku individu-individu lain. Adakah dia berasa tidak selamat? Adakah dia memerlukan estim? Adakah dia berasa tidak selamat? adakah dia memerlukan estim? adakah dia sedang cuba mencapai hasrat mahu merealisasikan dirinya yang sebenar?

Apabila mengetahui keperluan sasaran pada waktu sasaran sedang cuba dipengaruhi, mereka lebih mudah terdorong bagi mengubah pemikiran dan sikap kerana pada waktu yang sama, individu itu dapat memenuhi keperluan jiwa mereka. Gunakan beberapa peringkat keperluan mereka, umpamanya apabila hendak menggunakan keperluan bagi keselamatan tetapi sasaran tidak terpengaruh, cuba tukar kepada menggunakan keperluan estim mereka pula.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. ijja1912
    09 May 2011
    8:05 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    InsyaAllah akan dapatkannya. Terima kasih PTS!

Artikel popular

Testimoni Buku Transformasi Fikah Semasa

oleh Roziyah Mahamad • 08 Mar 2011 11:44 AM

Saya baru menamatkan pembacaan buku bertajuk 'Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam', tulisan Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi. Beliau adalah Timbalan Dekan di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC UIAM).Temanya hanya satu - perubahan! Ia perlu dilakukan kepada hukum fiqh pada hari ini, malah boleh dikira sebagai satu kewajipan. Keperluannya adalah kerana hukum fiqh kebiasaannya menjadi penilaian kepada persepsi dan pandang sisi terhadap agama Islam.

Prof Dr Mahmood Zuhdi awal-awal sudah menegaskan: "Sekiranya Islam hanyalah agama ritual semata-mata, segala perubahan ini sudah tentu tidak mencetuskan cabaran besar terhadap corak amalannya. ini kerana ritual agama biasanya tidak tertakluk kepada perubahan. Tetapi Islam bukanlah agama ritual, sebaliknya satu dasar hidup. Oleh kerana kehidupan sentiasa berkembang, maka cabaran yang terpaksa dihadapi adalah pengembangan tafsiran terhadap amalan dan hukum agar disesuaikan dengan keperluan semasa."

Buku ini juga menegaskan bahawa tidak dapat tidak, untuk menghadapi kesemua itu mesti melalui ijtihad. Ijtihad sebagaimana yang digambarkan Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi tidaklah terlalu spesifik syaratnya hinggakan menyukarkan para ulama dan ahli gerakan hari ini melakukannya.

Prof Dr Mahmood Zuhdi memberikan syarat asas dalam berijtihad iaitu unsur tetap yang universal yang disebut sebagai idealisme Islam yakni memahami Al-Quran dan Sunnah. Ia sebagai paksi utama dalam mencapai rujukan.


Dengan tidak menolak pandangan dan ijtihad ulama terdahulu, begitu juga tidak membelakangkan kitab klasik ulama dahulu, sikap bertaqlid (mengikut membuta-tuli) harus ditinggalkan. Ia bukan bermaksud membuang, bahkan menjadikan ia kontemporari (sesuai di zaman ini). Bahkan ijtihad yang dibuat ulama pada hari ini, akan ditafsirkan semula oleh ulama akan datang apabila diperlukan untuk kesesuaian zaman itu.

Saya kira, buku ini banyak menjawab persoalan perubahan yang ingin dilakukan pada hari ini. Bagaimana cara, kaedah, pendekatan, syarat dan cabarannya dijelaskan oleh tokoh fiqh ini. Bagi saya, beliau boleh dikira mujtahid zaman ini, iaitu seorang ulama yang cuba melakukan perubahan kepada hukum Islam, agar Islam boleh dipandang sebagai agama yang kontemporari dan tidak ketinggalan zaman.

 

Artikel ini dipetik dan ditulis oleh Mohd Aizat Mohd Sale. Baca artikel penuh dalam blog http://generasiwahyu.blogspot.com. 

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Martabat Wanita di Sisi Islam dan Masyarakat

oleh Roziyah Mahamad • 08 Mar 2011 10:55 AM

"Syurga di bawah telapak kaki ibu." Perumpamaan ini sering kita dengar dan perkatakan kepada sesiapapun terutamanya dalam memperingati anak-anak kita. Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita sememangnya terlalu banyak. Allah begitu sayang bagi menggambarkan layanan istimewa kepada wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran ataupun ideologi serta agama lain yang memberikan dan meletakkan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam memartabatkan kaum wanita. Bagaimana keistimewaan ini diberi? Ramai yang tidak menyedari akan hal ini.

Bagi menjaga keistimewaan wanita, Allah sudah meletakkan syarat ataupun larangan yang berupa kebaikan demi menjaga dan memartabatkan kaum wanita. Namun begitu, ada yang tidak memahami hikmah di sebalik larangan dan suruhan Allah. Bahkan ada yang berasa terkongkong kerana mahu mengikut hawa nafsu sehinggakan ada yang mengatakan Islam tidak memberikan mereka kebebasan. Antara perkara ataupun suruhan yang diperingatkan Allah yang dianggap negetif adalah seperti tuntutan menjaga aurat, larangan bergaul bebas, menjaga akhlak dan tingkah laku. Golongan sebegini melihat apa yang dilakukan Islam sebagai tidak memberikan manfaat kepada wanita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan wanita sebegini. Rasulullah berpesan dalam hadisnya, "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan perempuan yang mulia dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan perempuan yang hina." Dilaporkan oleh Ibnu 'Asakir.

Dipetik daripada buku 10 Tokoh Idola Muslimah oleh Sakinah Salleh

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Apa kata pakar-pakar IT PTS tentang kehadiran iPad 2 terbaharu?

oleh Faizal Mukhtar • 07 Mar 2011 4:02 PM
{text}

'iPad 2 secara zahirnya, sama sahaja dengan iPad. Namun falsafah iPad 2 berbeza daripada iPad dari segi kepenggunaannya. Visi iPad yang pertama adalah sebagai “consumption device” atau medium yang membantu pengguna menikmati bahan audio visual dan juga media bercetak. iPad boleh dikatakan akhbar, majalah, televisyen dan internet dalam satu bentuk yang mudah di bawa. iPad 2 pula adalah “creation device”. Ia mendekatkan konsumer dengan mereka yang berkarya.

Perbezaan visi ini jelas ditunjukkan dengan kehadiran 2 aplikasi dalam iPad 2 yang sebelum ini tidak terdapat dalam iPad. Aplikasi tersebut adalah Garage Band dan iMovie. Aplikasi Garage Band adalah aplikasi yang telah membantu banyak band indie untuk menghasilkan album pertama mereka. Malah terdapat ramai professional yang berterima kasih kepada aplikasi Garage Band ini yang mereka gunakan dalam platform Apple MacBook.

Kini Aplikasi Garage Band dibawa pula ke dalam iPad2 yang memungkin artis dan pemain muzik berkarya di mana-mana sahaja. Pemain gitar boleh merakam secara terus bunyi dari gitar mereka dan mengubahsuai bunyi gitar mereka secara langsung. Penyanyi boleh  menambah mikrofon professional mereka dan merakan nyanyian mereka di tempat yang berbeza dari studio. Ini pastinya membawa variasi muzik yang berbeza dari sebelum ini.  Apa yang penting adalah ianya kini menjadi lebih mudah dengan kehadiran iPad 2.

Jangan lupa pula dengan aplikasi iMovie. Aplikasi ini membolehkan pemilik iPad2 merakam, mengubahsuai dan mengupload video mereka secara terus dari dalam iPad2 mereka. Ini merupakan pembuka jalan kepada para jurukamera amatur untuk meningkatkan kemahiran mereka. Gurun yang paling baik adalah maklum balas secara terus daripada perbuatan kita. Kini, jurugambar mampu melihat dan mengubahsuai video mereka secara langsung dari tapak penggambaran. Segala kerja menjadi lebih cepat dan komunikasi menjadi lebih jelas dan telus.

Oleh kerana 2 aplikasi ini memerlukan kuasa yang lebih tinggi, iPad2 didatangkan dengan upgrade pada beberapa perkakasan utama. Antaranya adalah pemproses yang jauh lebih tinggi (1Ghz Dual-Core A5). Kini, bukan sahaja 2 aplikasi pengkaryaan kini boleh digunakan dalam platform iPad2, malah aplikasi sebelum ini terutamanya Game mendapat tingkatupaya secara tingkat langsung.  Kesemua aplikasi terasa lebih laju dan tepat'

- Izwan 'Robot Wahab, Jurutera IT PTS

'Saya sarankan mereka pada mereka yang belum membeli mana-mana iPad, baik iPad 1 mahupun iPad 2 supaya membeli iPad 1. Ada DUA sebab berbuat demikian:

Satu, iPad 1 kini sudah ada tawaran harga lebih murah dibandingkan dengan harga terdahulu dan sudah tentu akan lebih murah daripada harga iPAd 2.

Dua, tidak banyak upgrade yang dilakukan kecuali kelajuan dan aplikasi video kamera.

Itu saja. Yang lain nampak biasa sahaja buat saya'

- Helmi Mahamad, Jurutera IT Senior PTS

'Terbaik dan cukup bagus untuk mereka yang menanti-nantikan kehadirannya. Cuma, saya tidak akan segera memilikinya kerana pembaharuan yang dilakukan oleh Apple agak minimal. Sekiranya ada hanya satu perkara yang saya suka tentang iPad 2 ini adalah saiznya yang lebih kompak'

- Azmi Mamat, Jurutera IT Senior PTS









Commenting is not available in this weblog entry.
  1. rie
    12 Mar 2011
    1:34 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya kongsikan review ini di blog saya
    http://riezarchry.com/home/nota1/ipad2/

  2. mklnopr
    08 Jun 2011
    7:52 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    6DtYQz cnlmyhjbjium, fuqwxpmijobt, [link=http://zeryzpyvgvwo.com/]zeryzpyvgvwo[/link], http://szydxssldohc.com/

Artikel popular

Analisa, Rebiu dan Rumusan iPad 2 : BAHAGIAN 2

oleh Faizal Mukhtar • 07 Mar 2011 9:55 AM

 

Rangkuman Analisa 

Dengan iPad 2, pemilik dapat menggunakannya sebagai hotspot Wi-Fi peribadi sekiranya mempunyai model peranti 3G yang bersesuaian. Spesifikasi/aplikasi kamera seperti Photo Booth dan Facetime juga turut ditambah dalam iPad terbaru ini.

Suis mute iPad 2 boleh dikonfigurasi sebagai kunci rotasi serbaguna. Dua lagi aplikasi baru yang turut diperkenalkan adalah iMovie untuk iPad dan Garage Band untuk iPad. IOS versi 4.3 akan dikemaskini secara percuma bersama iPad, peranti generasi ke-3 dan ke-4 untuk iPod Touch.

Jadi secara relatifnya, kita dapat melihat desain iPad yang lebih nipis dan ringan dengan prosesor dual-core, dua kamera, dua pilihan warna menarik dan dua pilihan talian selular. Selain daripada itu, skrin iPad 2 tampak sama dan selain aplikasi dwi-kamera, malah kesemua perisian baru yang telah dinaik-taraf untuk iPad 1 akan ditawarkan tidak lama lagi dengan upgrade ios 4.3 secara percuma.

Dengan desain 33% lebih nipis(0.35 inci tebal berbanding 0.5 inci tebal), ternyata iPad 2 nampak lebih kemas dan bergaya sekiranya dibandingkan dengan versi iPad 1. Namun, dengan berat yang hanya dikurangkan sebanyak 0.2 paun, tidak ada banyak bezanya.

Untuk kebanyakan pemilik iPad yang terdahulu, ini barangkali bukan sebuah item 'mesti-milik'. Tapi buat mereka yang menantikan kamera atau merasakan iPad 1 tidak begitu bagus, pastinya mahu membeli iPad 2 dengan segera.

Walaupun begitu, isu besar yang jelas sekarang adalah penokok-tambahan yang ketara berbanding iPad asal akan menyemarakkan lagi khabar angin untuk sebuah lagi iPad baru. Besar kemungkinan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai itu, sebuah lagi iPad baru akan berada di pasaran menjelang Krismas 2011.

Dapatkan sekarang atau terus menunggu hingga hujung tahun ini? Itulah dia persoalan yang akan kerap berlegar di minda ramai orang.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Analisa, Rebiu dan Rumusan iPad 2 : BAHAGIAN 1

oleh Faizal Mukhtar • 04 Mar 2011 11:12 AM
{text}

Pada tanggal 2 Mac 2011, Steve Jobs telah muncul semula di pentas keramatnya di Buena Center, San Francisco untuk memperkenalkan kepada dunia mengenai kehadiran terbaru iPad 2. Dengan panel penasihat profesional dan berrpengalaman serta berpengetahuan luas dalam bidang IT, NEWS PTS membentangkan analisa ringkas dan rumusan menyeluruh mengenai kedatangan terkini iPad 2 ini.

Spesifikasi

iPad2. Itulah dia nama rasmi yang diberikan. Ianya 33% lebih nipis dan hanya mempunyai kekurangan berat sekitar 0.2 paun daripada iPad yang terdahulu. Terdapat juga prosesor dual-core 1GHz, AT&T opsyenal dan model Verizon, kamera di bahagian depan serta belakang, ketahanan bateri selama 10 jam dan ianya terdapat dalam dua warna: Hitam dan putih.

Harga

Harga tepat yang akan dijual di Malaysia masih lagi tidak dapat disahkan. Namun, harga pasaran antarabangsa terutama sekali di pasaran Amerika Syarikat adalah USD$499, USD$599 dan USD$699 untuk model wifi 16GB, 32GB dan 64GB setiap satu. Manakala, nilai harga USD$629, USD$729 dan USD$829 untuk perbandingan model yang mempunyai kemampuan 3G.

Aksesori

Apple akan memasarkan kabel sambungan HDMI bernilai USD$39 yang membolehkan pengguna menyambungkan iPad 2 terus ke peti televisyen dan tontonan pada resolusi video penuh 1080p. Kabel ini sesuai digunakan juga dengan iPad model yang terdahulu, juga bersama iPhone 4 dan iPod Touch terbaru.

Tablet canggih ini juga memperkenalkan perlindungan 'Smar Cover' terbaru. Ianya merupakan pelapik bermagnet dengan kemasan fibermikro yang boleh dilipat kepada bentuk 'stand'. Tidak berat dan sangat praktikal untuk dibawa kemana-mana.

Pembaikan Perisian (iOS 4.3)

Dengan rasminya, iPad akan keluar dengan versi 4.3 iOS pada minggu hadapan (11 Mac, 2011). Ia menggunakan teknologi browser web Safari pada komputer-komputer keluaran Mac. Ini akan menggandakan lagi kelajuan iPad2 yang mengandungi banyak bebanan Javascript pada setiap kali bukaan laman web.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Susu Ibu Baik Buat Ibu dan Anak

oleh Roziyah Mahamad • 03 Mar 2011 11:34 AM

Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha atau radha'ah merupakan kehidupan semulajadi manusia. Menyusukan anak mempunyai kelebihan yang besar.

Menurut hasil kajian pakar perubatan yang dipetik daripada http://www.susuibu.com, susu ibu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan bagi perkembangan dan kesihatan bayi. Susu ibu juga mengandungi zat khusus yang penting dalam perkembangan otak bayi. Susu juga dapat mengurangkan masalah gigi dan ortodontik serta boleh mencegah penyakit lain seperti lelah, ekzema, sakit perut, sembelit dan sindrom kematian mengejut.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja mendatangkan banyak kebaikan kepada bayi malahan juga kepada ibu-ibu yang yang menyusukan. Oksitosin yang dikeluarkan semasa penyusuan boleh mengecutkan rahim dan membantu memberhentikan pendarahan selepas bersalin. Penyusuan susu ibu juga boleh melambatkan kedatangan haid menjarakkan kehamilan, membantu ibu bagi memulihkan semula bentuk badan dengan segera dan dapat mengurangkan lemak di pinggang dan peha selain dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

Para ibu dan bapa boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyusuan susu ibu ini melalui laman web http://www.susuibu.com.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Raja Arab Saudi mahu beli Facebook?

oleh Faizal Mukhtar • 01 Mar 2011 5:43 PM
{text}

Dalam satu taktik ala Gestapo, Raja Abdullah dari Arab Saudi telah membuat keputusan untuk menawarkan sejumlah wang bernilai USD$150 bilion untuk membeli Facebook.

 Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai dari dalam istana memberitahu, baginda sangat dukacita dengan Mark Zuckerberg kerana membenarkan pemberontakan berlaku di luar kawan, Agensi Berita Ahlul Bayt melaporkan.

Dalam perjumpaan tertutup di antara Mark Zuckerberg dan Raja Abdullah pada bulan Januari lalu, Zuckerberg berjanji bahawa beliau tidak akan membenarkan lagi mana-mana laman pemberontakan ditubuhkan di Facebook walaupun telah mendapat kebenaran khas membina laman protes Mesir dan Libya.

Dengan tidak banyak pilihan yang tinggal, Raja Abdullah telah dinasihatkan oleh Goldman Sachs untuk membeli Facebook dan 'membersihkan isi dalamnya'. Pada mulanya, tawaran yang diberikan adalah USD$150 bilion. Data kira-kira akaun Facebook telah diserahkan kepada Raja Abdullah dan penasihat istana telah memaklumkan bahawab harga sebenarnya tidak sampai pun USD$1 bilion, malah tidak mendatangkan apa-apa pun janaan keuntungan. Lantasan itu, baginda telah mencampakkan laporan itu ke dalam tong sampah dan memecat kesemua panel penasihatnya. Baginda kemudian bertitah mahu memberikan mandat pelaburan itu kepada Goldman Sachs pada nilai USD$150 bilion. Semua urusniaga adalah tunai.

Ramai penganalisa percaya Mark Zuckerberg tidak akan menerima tawaran tersebut dan akan menunggu Raja Abdullah untuk lagi nilainya kepada USD$500 bilion.


FM: Duit banyak tapi tidak tahu mahu buat apa.


Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Wahyudi bin Mohd Yatim
    02 Mar 2011
    10:24 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    Duit yang berlebih itu sumbangkan kepada masyarakat termiskin lagi baik.

  2. poksue
    02 Mar 2011
    3:46 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    tak perlukan jadikan fb itu napak hebat, biarkan fb itu nampak biasa sahaja..

    nampakkan islam itu hebat di mata dunia, baru btul.. wink

  3. thanaif
    13 Mar 2011
    3:48 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Penyewaan minda dilakukan oleh ‘kekayaan arab’’ dan ini tidak berlaku di Malaysia kerana kuasa belinya hanya di atas kertas.

Artikel popular

Fasa Mencabut Rumput Sebabkan PTS Rugi hampir RM400 Ribu

oleh Roziyah Mahamad • 01 Mar 2011 2:53 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA).

 

Simpulan bahasa 'mencabut rumput' digunakan di kalangan orang bisnes bidang pengeluaran. (Penerbitan buku adalah bidang pengeluaran.)

Para pengeluar mengedarkan dan menjual produk mereka melalui kedai-kedai milik peniaga lain.

Pengeluar melantik kedai-kedai sebagai agen mereka. Kedai-kedai itu diberi kredit, maknanya pembekal menghantar produk kepada kedai dan kedai hanya perlu membayar dalam tempoh yang ditetapkan, sebagai contoh 30 hari, 60 hari ataupun 90 hari.

Bagi penerbit buku yang baru memulakan bisnes, salah satu kesilapan yang lazim kita lakukan adalah melantik sebanyak-banyak kedai buku sebagai agen. Akibatnya, kita menghadapi situasi di mana akan ada kedai-kedai buku yang tidak membayar hutang. Buku kita sudah dijualnya tetapi mereka tidak membayar hutang kepada kita.

Keadaan ini menyebabkan buku kita laku tetapi akaun bank kita kosong.

Ciri kedai-kedai yang berisiko tinggi tidak membayar hutang adalah:

(i) Kedai buku kecil

Termasuk dalam kategori ini adalah kiosk buku dalam supermarket. Disebabkan mereka berniaga dengan modal kecil, maka isu tarik-duit-di-sana-letak-di-sini menjadikan mereka tidak mempunyai aliran tunai yang baik.

(ii) Kedai buku yang lokasinya jauh dari Kuala Lumpur

Jadi, apa yang kita lakukan adalah menutup akaun bisnes dengan kedai-kedai itu. Inilah yang disebut fasa 'mencabut rumput jahat'. Selepas seselsai menutup akaun kedai-kedai jahat itu, kita meneruskan bisnes dengan kedai-kedai baik sahaja.

Apabila kita melakukan tindakan mencabut rumput jahat, kerugian tidak dapat dielakkan. Kita tidak dapat hendak mengambil semula buku-buku yang dibekalkan sebab buku-buku itu sudah dijual! Dengan menutup akaun kedai itu pula, semakin towkay kedai tidak mahu membayar hutangnya.

PTS melakukan tindakan mencabut rumput jahat pada tahun ke-3 ia beroperasi. Nilai hutang lapuk yang terpaksa dilupuskan adalah RM380 ribu.

Sebagai penerbit, dengan menutup akaun, kita menanggung bukan kerugian itu sahaja. Bagi buku-buku yang sudah dibekalkan kepada kedai-kedai jahat itu, royalti pengarang tetap wajib dibayar, meskipun hutang gagal dikutip.

Bagi mengelakkan kita daripada menanggung kerugian ditipu oleh kedai-kedai buku jahat, sebelum melantik mana-mana kedai sebagai agen, lakukan ini:

(i) Semak rekod kewangan towkay kedai itu dengan membeli laporan dari agensi seperti CTOS supaya dapat dipastikan nama towkay itu bersih, sebagai contoh dia tiada masalah hutang kad kredit dan lain-lain.

(ii) Tengok di dalam kedai itu, jika buku-buku penerbit besar tidak ada di dalam kedai itu, ambil perhatian serius. Tentu ada sebab mengapa penerbit besar tidak melantik kedai itu sebagai agen. Jika buku-buku mereka ada, itu belum tentu kedai itu adalah agen, dia mungkin membeli buku-buku itu secara tunai!

(iii) Bertanya dahulu kepada salesman penerbit lain yang sudah lama beroperasi. Mereka akan memberi maklumat kedai-kedai mana yang mempunyai rekod baik.

Sebagai penerbit, galakkan saleman kita berkawan-kawan dengan salesman penerbit besar, supaya mudah mendapatkan nasihat dari mereka.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penulis: Mencipta Nama untuk Cerita Kanak-Kanak dan Awal Remaja

oleh Roziyah Mahamad • 28 Feb 2011 2:50 PM
{text}

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

 

Penerbit buku-buku Melayu adalah orang bisnes. Mereka mahu supaya buku-buku yang diterbitkan dapat dijual kepada pembaca semua kaum, bukan hanya laku kepada pembaca Melayu sahaja.

Buku-buku panduan menulis cerita untuk bacaan kanak-kanak dan awal remaja memberi garis panduan bagaimana mencipta nama-nama watak dan juga tempat-tempat.

Pakar-pakar memberi memberi 4 faktor yang perlu diambil perhatian:

(i) Faktor perkembangan kognitif kanak-kanak

Pilih nama yang terdiri daripada dua suku kata sahaja, seperti nama 'Yayah' ataupun 'Aisyah' ataupun 'Adam' dalam siri Dear Yayah, siri Young Aisyah, dan siri Adam Kecil. Ini kerana perkataan dua suku kata mudah diingat bagi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.

Nama-nama yang panjang dan kedengaran sedap pada telinga dan citarasa orang dewasa mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana nama-nama itu sukar diingat.

(ii) Faktor perbezaan bahasa

Pilih nama yang menggunakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa-bahasa lain. Nama yang mudah disebut oleh lidah orang Melayu mungkin sangat sukar disebut oleh lidah kanak-kanak kaum lain.

Ada bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain, oleh iu sukar disebut oleh kanak-kanak dalam bahasa berkenaan.

Kanak-kanak mengambil masa yang lama sebelum pandai mengeluarkan bunyi-bunyi dalam bahasa asing. (Rujuk kesukaran kanak-kanak Melayu berlatih menyebut bunyi-bunyi dalam bahasa Arab semasa belajar membaca Quran.)

Sebagai contoh bunyi 'r' dan 'd' tidak terdapat dalam bahasa Cina, jadi kanak-kanak Cina sukar menyebut nama-nama yang menggunakan bunyi 'r' dan 'd'.

(iii) Faktor perbezaan citarasa budaya

Pilah nama yang disukai dalam semua budaya. Ada nama-nama yang maknanya hanya sedap ataupun indah dalam budaya Melayu-Islam, tetapi tidak demikian dalam budaya lain.

(iv) Faktor perbezaan citarasa kanak-kanak dan orang dewasa

Pilih nama yang sesuai dengan citarasa kanak-kanak. Sesetengah nama hanya sedap bagi citarasa orang dewasa dan orang tua-tua.

Apabila menggunakan perkataan umum sebagai nama watak, gunakan perkataan yang ada dalam perbendaharaan kanak-kanak.

Ada perkataan yang diketahui maknanya oleh orang dewasa Melayu, tetapi kanak-Kanak Melayu belum tahu perkataan itu, apatah lagi kanak-kanak bukan Melayu.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. AyiEn ArcHihiZZ
    03 Mar 2011
    9:00 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya setuju!!!!

Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Pasaran Buku Panduan Perkahwinan Bahagia

oleh Roziyah Mahamad • 25 Feb 2011 12:02 PM
{text}

Artikel daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Saiz pasaran buku-buku panduan perkahwinan bahagia adalah besar dan aktif sepanjang tahun. Jadi, penerbit yang mahu survive dalam pasaran perlu mempunyai judul-judul dalam kategori ini.

Pembeli utama buku-buku panduan perkahwinan adalah perempuan muda yang sudah mempunyai rancangan berkahwin dan isteri-isteri yang masih muda.

Selama ini pasaran buku panduan perkahwinan didominasi oleh penerbit buku-buku agama sahaja. Buku-buku yang diterbitkan adalah terjemahan kitab-kitab Arab ataupun buku-buku kecil yang ditulis oleh ustaz-ustaz tempatan berdasarkan kitab-kitab Arab.

Tiga buku di atas mempunyai kekuatan masing-masing:

Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ditulis oleh 2 orang penulis lelaki. Tuan Zamri seorang pemuda yang belum berkahwin dan beliau memegang ijazah bidang komunikasi masa. Tuan Imran Yusof adalah seorang suami dan memegang ijazah sains.

Buku mereka Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah adalah panduan praktikal yang menggabungkan teknik-teknik komunikasi ciptaan ilmuwan Barat dengan prinsip-prinsip umum dalam Islam. Buku itu mereka laku keras dalam pasaran dan cepat diulangcetak.

Buku ini tiada saingannya dalam kategori ini. Kekuatan buku ini adalah ia ditulis dengan menggunakan sudut pandang lelaki dan ditujukan kepada perempuan. Pasaran bagi buku jenis ini adalah Laut Biru dan saiznya amat besar. Mereka adalah perempuan muda yang 'biasa-biasa' latar belakang pendidikan agama, yakni mereka bukan lulusan fakulti Islam.

Buku Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa di tulis oleh Mardiana Mat Ishak. Buku ini baru terbit. Ia menggunakan pendekatan tradisional Islami tulen. Buku ini dijangka memberi persaingan baru kepada beratus judul yang sedia ada dalam pasaran. Buku ini tiada kekuatan istimewa dari sudut isi kandungannya, tetapi diramalkan akan laku disebabkan 2 faktor, (i) kulitnya yang cantik dan (ii) bahasanya yang mudah. Sektor buku jenis ini adalah Laut Merah.

Buku Men Are From Mars, Women are From Venus - Bintang Timur, Bintang Barat, adalah buku terjemahan daripada bahasa Inggeris. Buku ini baru sahaja terbit. Edisi Inggerisnya sudah 40 tahun dalam pasaran dan ia sangat terkenal dalam kalangan pembaca buku-buku panduan perkahwinan dalam bahasa Inggeris. Ia sudah bertaraf klasik dalam sektornya. Sektor buku terjemahan adalah Laut Biru. Diramalkan buku ini akan laku keras.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. zulliana jaafar
    13 Jun 2011
    11:43 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    assalam, bagaimana utk dpt kn buku ni.. adkh msh ada di pasaran.. tq

Artikel popular

PTS, Satu-Satunya Penerbit Buku Sebenar di Malaysia

oleh Roziyah Mahamad • 24 Feb 2011 4:17 PM
{text}

Dipetik daripada http://zin-mahmud.blogspot.com dan ditulis oleh Tuan Zin Mahmud. Beliau adalah Pengarang di Utusan Malaysia 

 

Semalam saya mengadakan kunjungan mengejut ke PTS. Mengejut kerana saya tidak merancang kunjungan itu. Cuma apabila dipelawa oleh Profesor Abdullah Hussain, saya berasa tidak boleh menolak. Saya bawa Azhar Mahmud sekali.

Kedatangan saya disambut oleh Prof Abduillah dan Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS. ia merupakan pertemuan dengan sahabat-sahabat lama yang menghimbau kenangan lalu. Dari zaman 70-an dan 80-an lagi saya sudah kenali Puan Ainon melalui tulisan-tulisannya dalam majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Begitulah ingatan saya terhadapnya. Beliau pun sememangnya bekerja di situ. Saya juga ketahui beliau adalah aktivis Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Oleh kerana minat saya terhadap penterjemahan, maka saya juga menjadi ahli PPM. Pada masa itu saya menyokong sangat PPM berkembang menjadi sebuah badan rasmi bagi penterjemah profesional. Namun begitu apabila akhirnya kerajaan menubuhkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), ia tidak pula memenuhi cita-cita yang pernah digariskan oleh PPM.

Saya mula berkenalan dengan Puan Ainon pada tahun 1987. Pada masa itu saya bercadang hendak menjadi penterjemah sepenuh masa dengan menubuhkan syarikat penterjemahan. Langkah pertama ialah saya perlu mendapatkan sijil profesional penterjemahan. Justeru saya pun menghadiri kursus formal penterjemahan yang dianjurkan oleh PPM setiap hari Sabtu di DBP.

Ketika itu saya telah berhenti mengejut daripada Utusan Melayu dan mengendalikan sebuah kedai buku dan perpustakaan Islam di bawah The Open Press. Dua orang yang menjadi pengajar saya ketika itu ialah Puan Ainon, Puan Saodah dan Allahyarham Pak Asraf, seorang tokoh bahasa yang pernah menjadi aktivis Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dan di penghujung usianya menjadi aktivis Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).

Setelah beberapa lama saya mengikuti kursus penterjemahan itu, maka diadakanlah peperiksaan. Ternyata pada tahun itu saya telah menjadi pelajar terbaik. Maka dalam majlis penyampaian sijil dan cenderamata, yang menyampaikannya ielah Anwar Ibrahim, ketika itu Menteri Pelajaran. Oleh kerana Anwar yang hendak menyampaikannya, saya enggan hadir ke majlis itu. Ini kerana pada masa itu saya marah padanya atas sebab-sebab tertentu.

Saya tidak berjumpa lagi Puan Ainon hinggalah ketika saya menjadi editor buku di Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ketrika itu barulah saya kenal dengan Prof Abdullah. Kedua-duanya menulis buku mengenai pemikiran lateral yang diterbitkan oleh Utusan Publications. Buku mereka yang pelbagai tajuk itu amat laris dan memberi sumbangan keuntungan besar kepada Utusan Publications.

Ekoran itu Utusan Publications menaja pemergian mereka untuk melawat Pesta Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman pada tahun 1998. Saya ikut serta rombongan dari Utusan itu yang terdiri daripada Tan Sri Zainuddin Maidin, yang ketika itu Pengerusi Utusan Publications dan Prof Abdullah serta Puan Ainon.

Kemudian masa berlalu dan saya mengikuti perkembangan PTS yang begitu pesat membesar. Ada sekali
saya mengunjungi pejabat dan kedai buku yang lamaq di Taman Wangsa Melawati, dan pernah sekali menjadi ahli panel berasama Puan Ainon semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur padav tahun 2007. Ketika itu Puan Ainon mengeluh bagaimana sukarnya untuk mendapatkan pinjaman bank bagi usaha penerbitan buku.

Tetapi semalam apabila mengunjungi PTS, maka kesimpulan saya ialah beliau telah berjaya dan syarikatnya itu menjadi satu-satunya penerbit melayu yang besar dan meluas. Beliau mengisahkan perjuangan sukarnya bukan saja untuk mkendapatkan sokongan bank tetapi juga bagi memasuki ekdai buku besar di pusat-pusat membeli belah. Ini kerana kedai buku MPH pada asalnya adalah kedai buku yang hanya menjual buku Inggeris sementara Popular pula hanya menjual buku Cina. Maka perjuangan Puan Ainon amat panjang, penuh getir. Mengapakah kerajaan mempunyai dana untuk membantu industri filem tetapi tidak industri buku? Sedangkan buku mencorak minda rakyat.

Berbincang dengan beliau mengenai industri buku di Malaysia sememangnya membuka mata. Industri buku belum mantap di negara ini. Negara tidak boleh mengharapkan pengimportan buku Inggeris semata-mata kerana hanya karya nasional yang wajar menyumbang kepada pembangunan minda. Apabila disebut karya nasional tentulah yang berbahasa Melayu.

Ini kerana penerbitan buku dalam bahasa Inggeris adalah kecil dan tidak memenuhi keperluan rakyat ini yang majoritinya dalam bahasa Inggeris. Kalau buku-bukubahasa Cina pula, ia lebih banyak merupakan buku impiort dario Cina, Taiwan dan GHoingkong. Juga bukan karya nasional. Maka penerbitan wajar dalam bahasa Melayu.

Ketika Utusan melayu ditubuhkan dahulu, sebelum merdeja, ia juga bercita-cita untuk menjadi penerbiot buku yang unggul, tetapi perkara itu tidak eksampaian kerana perhatian lebih tertumpu kepada akhbar dan majalah. Usaha Pustaka Nasional yang diasaskan di Singapura juga tidak cukup besar untuk emnjadikannya penerbit buku nasional. Apatakh lagi penerbit seperti Pustaka Melayu Baru, Pustaka Abbas Bandong, Penerbitan Dian dan Pusatka Aman Press. Ia masih tidak dapat ke tahap nasional.

Maka harapan jatuh kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. tetapi ia mempunyai kerja penerbitan yang lain dalam bentuk usaha menerbitkan buku teks, sekolah, pusat pengajian tinggi dan sastera. Apabila ia menjadi komersial melalui pengedaran Dawama tidak juga berjaya.

Utusan Melayu cuba mengembangkan penerbitan buku dengan pebnubuhan Utusan Publicationa and Distributors, yang menunjukkan sayap pengedarannya itulah yang penting. Ia memasuki bidang penerbitan buku8 teks serta penerbitan umum, tetapi kejayaannya terhad. Kedai buklunya di Kompleks Pertama juga kakhirnya ditutup.

Begitu juga dengan Berita Publishing yang merupakan hasil daripada pemecahan Straits Times kepada New Straits Times. Maka Times Publishing juga berpecah dan lahirlah Berita Publishing dengan rangkaianj kedai buku Berita Books Centre. Akhirnya semua ekdai bukunya juga ditutup. Berita Publishing hanya tertumpu kepada penerbitan majalah.

Karangkraf juga berusaha menjadi penerbit buku yang unggul. Sememangnya sayap penerbitan bukunya berjaya melalui novel-novel cinta yang laris. Tetapi akhirnya tumpuannya adalah juga lebih kepada majalah. Selain itu Creative Enterprise yang menerbitkan majal;ah Gila Gila juga memasuki dunia penetbitan buku ceriota, yang pada mulanya mendapat sambutan besar, tetapi kemudian tidaklah serancak awalnya.

Lama sebelum itu adalah Pustaka Antara yang mempunyai kedai buku Melayu terbesar, bertingkat-tingkat. Ia menjadi pembekal buku utama untuk institusi kerajaan. Selain itu, Antara juga pembekal buku-buku dari Indonesia. Tetapi akhirnya sekaranagnya, namanya juga tidak segagah dahulu.

Banyak pelajaran yang boleh diperoleh daripada jatuh bangun penerbitan Melayu tetapi akhirnya PTS menunjuk jalan yang wajar diikuti oleh penerbit buku yang lain. Kuncinya ialah bisnes kena cara bisnes. Inilah yang membuat Karangkraf dan PTS boleh berjaya. Namun penerbitan buku berdiri atas subsidi silang. Buku yang laku wajar memberi sumbisisi kepada buku yang kurang laku.

Jadi buku popular dan laris wajar menampung buku yang serius, yang kelarisannya terhad. kalau dalam penerbitan akhbar, majalah dan buku, silang subsidi wajar berlaku. Akhbar mensubsisikan majalah dan majalah mensubsidikan buku. Itulah kaedah Karangkraf. Dan dalam syariklat korporat pula, perniagaan lain yang lebih jauh menguntungkan mensubsidikan dunia penerbitan. Ini kerana penerbitan adalah minda manusia. Buku adalah minda. Yang lain adalah organ lain yang tuidak kurabng penting, tetapi apa saja yang manusia lakukan adaah untuk mendokong minda.

Jadi terasnya adalah buku idea serius untuk menggugat minda.Yang lain mendokong. Kalau menggunakan pendekatan pengkhususan, maka khususkanlah kepada penerbitan buku semata-mata, silang subisidi berlaku di dalamnya. Aktiviti lain seperti pengedaran dan kedai buku adalah strategik tetapi adalah pengkhususan bidang lain.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Testimoni Dua Travelog: Hasil Buah Tangan Saudara Baru

oleh Roziyah Mahamad • 23 Feb 2011 4:21 PM
{text}

Ulasan pembaca buku Travelog Syahadah dan Travelog Hidayah yang dipetik dari http://kamariahkamarudin.blogspot.com

Saya pernah membaca buku pertama pengarang ini, "Travelog Syahadah" pada tahun lepas. apa yang membuatkan saya tertarik dan menyambar buku sederhana tebal oleh penulis baharu ini adalah kenyataan di depan covernya, iaitu "jejak seorang mualaf mencari jalan ke syurga." dan saya juga mungkin tertarik dengan kenyataan Ustaz Pahrol Mohd Joui yang berbunyi: "Begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan Islam pada sesetengah insan berbanding insan lain yang mendapatkannya secara "terpijak". Ironinya, yang sukar itulah yang manis", yang bertambah kuat untuk saya mendapatkan isi kandungan penulis yang bukan nama besar ini.

Benar, setelah menghadam buku sulungnya, "Travelog Syahadah" memang saya tersentuh. naluri saya menjadi pilu apabila mengenangkan status "Muslim" yang dipegang oleh kebanyakan manusia di atas muka bumi ini sering disalahgunakan untuk melakukan sesuatu yang dilarang-Nya. berbanding kisah dalam buku tersebut, saya jadi "malu" dan "insaf" amat pada empunya penulis bukunya. bagaimana beliau mengharungi jalan sukar untuk "masuk" dalam dunia Muslim, dan mempertahankan "keislamannya", saya sesungguhnya "tabik" dan "cemburu" dengan keberanian dan ketabahannya yang luar biasa. maka, inilah yang sepatutnya dibaca oleh anak muda Muslim hari ini; tidak menjadikan keislaman kalian sebagai suatu pegangan yang diwarisi tetapi bertanya pada diri apa yang telah anda lakukan untuk imarahkan Islam di atas muka bumi ini?

Hujung minggu ini, saya ke MPH Alamanda, Putrajaya, sekali lagi saya bersua dengan buku pengarang yang agak tidak terkenal ini; kali ini tajuk bukunya, "Travelog Hidayah", saya terpinga dan keliru. hati terkata, "adakah ini buku yang dulu?". setelah rakus membeleknya, saya cepat sahaja menjawab bagi pihak diri, "oh tidak, ini buku baru beliau." lantas, tanpa berlengah, saya menyambarnya dan tidak sabar untuk mengulit buku baru ini.

Setelah membelek-belek sekali pandang, buku "Travelog Hidayah" merupakan kesinambungan daripada kisah dalam buku awalnya, iaitu "Travelog Syahadah" yang telah saya miliki. sekali lagi saya thumbs up pada pengarangnya yang mempunyai sensitiviti yang tinggi dan daya kreativiti yang berseni dalam menghasilkan buku dakwah sebegini rupa. justeru, buat anak muda, Muslim khususnya, elok jadikan buku karya Muhammad Rashidi Abdullah ini sebagai bahan bacaan kalian kerana di dalamnya terungkap kisah yang besar untuk dibuat iktibar mendepani lautan duga kehidupan. sekalung tahniah buat Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah, yang dulunya dikenali sebagai "Lobo", dan penganut agama Kristian Katolik, saya mengharapkan kedua-dua hasil karyanya ini, "Travelog Syahadah" (PTS, 2010) dan "Travelog Hidayah" (PTS, 2011), terus mendapat sambutan daripada masyarakat, khususnya anak-anak muda yang hilang arah kehidupan, dan mahu merasakan nikmat manisnya Islam; ayuh segera membaca hasil buah tangan saudara baru ini, pengarang muda baharu, tetapi tersohor dan mengegarkan dunia dakwah hari ini!

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Daisy
    27 Feb 2011
    1:51 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Terima kasih krna banyak menyokong usaha abg sy ini… =)

Artikel popular

Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Product Planning

oleh Roziyah Mahamad • 23 Feb 2011 12:19 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

 

Kita sekarang sudah berada dalam zaman harta intelek.

Mungkinkah penulis-penulis kreatif yang saat ini sedang menikmati zaman kegemilangan novel Melayu akan dapat menikmati pendapatan daripada royalti novel-novel mereka secara berterusan?

Bagi penulis yang sekarang menerima royalti lebih daripada RM100 ribu setahun, adakah pendapatan seperti itu dapat dinikmati selama berpuluh-puluh tahun lagi?

Pendapatan penulis datang daripada pelbagai punca, bukan daripada jualan buku-buku mereka sahaja.

Sumber-sumber pendapatan penulis adalah:

i. Royalti buku edisi originalnya.

ii. Royalti edisi ringkas buku original.

iii. Royalti edisi komik buku original.

iv. Royalti edisi downloadable dari internet.

v. Royalti daripada edisi e-book.

vi. Royalti edisi terjemahan ke dalam pelbagai bahasa.

vii. Royalti edisi paperback, softcover dan hardcover.

viii. Royalti edisi buku audio.

ix. Royalti apabila karya itu difilemkan, di telenovelakan, dianimasikan.

x. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu diterbitkan dan diedarkan dalam bentuk VCD.

xi. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu di-dubbing ke dalam bahasa-bahasa asing dan diekspot keluar negara.

xii. Royalti apabila buku itu di-merchandise-kan.

xiii. Royalti sebagai story-creator apabila pengarang-pengarang lain menghasilkan siri lanjutan daripada konsep buku original.

xiv. Royalti daripada modul-modul kursus yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan daripada karya original.

xv. Royalti apabila watak utama dalam karya itu dijadikan watak dalam game komputer.

xvi. Honorarium apabila penulis muncul sebagai tetamu undangan dalam pelbagai ceramah, seminar, kursus, bengkel, majlis-majlis perasmian, pelancaran, pembukaan, kempen dan banyak lagi.

xvii. Royalti apabila penulis melesenkan penggunaan nama dirinya pada buku-buku hasil penulisan penulis-penulis lain.

vix. Royalti dari penggunaan nama pengarang secara komersial untuk pelbagai bisnes dan produk.

Apabila menulis buku, rancang bagaimana hendak menghasilkan buku-buku yang dapat menghasilkan pendapatan berpanjangan. Ambil banyak waktu dan daya fikir bagi merancang KEJAYAAN sesebuah buku itu. Ini disebut 'product planning'.

Buku yang bagus apabila dinilai daripada sudut nilai harta intelektualnya adalah buku yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia dieksploitasi dengan pelbagai cara, oleh pelbagai pihak.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Mohd Al Adzha Johar
    23 Feb 2011
    2:35 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya suka artikel di atas,memang betul untuk menghasilkan karya perlu ada cara tertentu untuk menarik pembaca membaca bacaan kita,Syabas untuk penulis artikel di atas.saya cadangkan bayakkkan tips untuk galakkan penulisan dan terangkan cara untuk kekal sebagai jaguh penulis yang unggul.

Artikel popular

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung - Noor Kumalasari

oleh Roziyah Mahamad • 21 Feb 2011 12:34 PM

Profesion saya sekarang adalah pengurus rumah tangga. Dahulu saya penghibur, artis, penyanyi, bintang filem, pelakon drama televisyen dan pragawati. Saya bersekolah di Singapura kemudian di Happy Garden, Petaling Jaya sehingga tingkatan lima aliran Perdagangan.

Saya mula bertudung pada usia 40 tahun. Bagi saya kehidupan sebenar bermula pada usia 40 tahun. Saya sentiasa bertudung walaupun di dapur! Inilah yang sebenarnya, bukan lakonan lagi. Sungguh menakjubkan bagaimana kita mendapat ketenangan hanya dengan mematuhi perintah Tuhan. Tidak perlu berdalih-dalih lagi. Faktor yang mempengaruhi keputusan saya supaya bertudung adalah sebuah hadis yang mengatakan bagi setiap helai rambut yang terdedah kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Walaupun saya maklum ini hadis daif tetapi ia menjadi perangsang kepada saya. Pastinya sumber yang pertama adalah daripada ayat 31 surah an-Nur yang diterangkan oleh suami saya. Memandangkan ini perintah Tuhan, siapalah kita hendak menyangkalnya.

Suami saya menasihatkan saya supaya menetapkan tarikh untuk bertudung. Katanya, "Awak yang tentukan bila, tapi pohonlah kepada Tuhan semoga dipanjangkan usia sehingga tarikh itu." Saya memilih saat pulang daripada mengerjakan haji tahun 1997. Saya bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan kesihatan bagi saya mengerjakan umrah pada tahun 1994 dan seterusnya haji di mana sata terpaksa meninggalkan anak keempat saya yang baru berusia enam bulan. Pada masa itu, semuanya berlaku dengan pantas, ayah saya meninggal dunia di Mekah pada tahun sebelumnya.

Oleh kerana saya dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan seorang artis yang sentiasa berani mencuba gaya baru, tidak ramai yang mengendahkan perubahan itu. Lagipun kami mula kurang menghadiri majlis-majlis, tidak seperti sebelumnya. Jadi tidak ramai yang sedar perubahan ini. Saya jauhi publisiti. Saya jalani kehidupan penuh glamor dulu. Cukuplah. Tidak perlu kita mengulangi cara hidup seperti itu lagi. Ada juga yang menganggap perubahan itu disebabkan kami baru balik daripada umrah dan itulah alasannya.

Keputusan saya bertudung menerima maklum balas yang negetif, kecuali daripada suami saya. Semua yang lain menganggap saya dipaksa oleh suami saya. Jauh sama sekali! Cara suami saya mengajarkan saya mengenai Islam membuat saya bertambah-tambah cinta kepada Tuhan. Jika dia memaksa saya membuat sesuatu, mungkin saya akan buat juga tetapi perasaan cinta tentu tidak ada.

Bukan sahaja saya bertudung malah saya perlu berpakaian seperti yang dituntut oleh Tuhan. Bajunya mesti longgar, daripada kain berwarna yang tidak jarang akhirnya muncullah fesyen yang menjadi identiti saya jubah hitam dengan tudung hitam lebar seperti dipakai wanita Arab. Kadangkala saya menambah lagi dengan mengenakan abaya pula. Mestilah berani untuk lain daripada yang lain. Memang dari dulu lagi saya terkenal dengan selalu berpakaian hitam. Jadi saya lakukan semua ini kerana Tuhan, di samping rasa gembira apabila melakukannya.

Dipetik daripada buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung. Ikuti keseluruhan kisah Puan Noor Kumalasari dalam buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung hasil susunan Ir. Endok Sempo Mohd. Tahir

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Cara Kerja AinMaisarah Mencipta Jalan Cerita

oleh Roziyah Mahamad • 21 Feb 2011 11:21 AM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)


Puan Ain Maisarah tidak putus-putus menghasilkan novel-novel remaja yang cerita-ceritanya digilai oleh peminat-peminat beliau, seolah-olah idea dapat dipetik dari langit! Jumlah Fan Page beliau sudah 40 ribu orang.

Selama ini memang terdapat dilema bagi penulis. Apabila seseorang penulis itu mengambil masa yang panjang bagi menyiapkan sebuah novel, kualiti ceritanya bertambah elok kerana dia mengambil masa bagi memastikan ceritanya betul-betul berkualiti. Inilah faktor yang menyebabkan sukar bagi penulis hendak menulis 2 ataupun 3 buah novel setahun. Malah, mahu menghasilkan sebuah novel setahun pun berat. Akibatnya, pendapatan royalti mereka tidak banyak sehingga mereka tidak mampu menjadi penulis sepenuh masa.

Di sisi lain, jika penulis menulis banyak novel setahun, kualiti cerita yang dihasilkan jatuh. Akhirnya, peminat mereka lari. Fenomena ini sudah berlaku dalam genre novel cinta popular. Nama yang yang satu masa dahulu sangat popular kini sudah malap dan hampir terkeluar dari pasaran. Malah sudah ada nama besar yang terkeluar langsung dari pasaran.

Puan Ain Maisarah menyelesaikan dilema itu dengan cara mencipta banyak jalan cerita serentak!

Jadi, beliau memisahkan (i) proses mencipta jalan cerita, dengan (ii) proses menuliskan jalan cerita itu menjadi novel.

Foto di atas menunjukkan cara kerja beliau dalam mencipta jalan cerita yang lain dari pada yang lain, sehingga tidak ada pertindanan peristiwa antara tiap-tiap karya beliau. Hasilnya, setiap cerita dalam novel-novel beliau adalah unik.

Nota: Nilai jualan novel-novel AinMaisarah pada tahun 2010 adalah melebihi RM1 juta.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Raihan Farhana
    26 Feb 2011
    3:15 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Ain Maisarah memang hebat. Teruskan usaha! smile

Artikel popular

Latihan Kuasa Konsentrasi

oleh Roziyah Mahamad • 18 Feb 2011 4:06 PM

Semasa kita kanak-kanak, dapatkah kita fikirkan bagaimana gelas kanta yang kecil, apabila difokuskan pada kertas dan rumput kering boleh terbakar apabila panas matahari terkumpul pada titik tumpu kanta? Apabila kita jauhkan kanta itu, rumput ataupun kertas tidak terbakar kerana tiada titik tumpu. Ia adalah pengajaran berkenaan konsntrasi dan daya tumpuan yang tinggi. Apabila dilakukan dengan tekun dapat memberi hasil yang baik.

Konsentrasi memberi banyak kebaikan kepada kita. Apabila kita ada konsentrasi dalam pekerjaan, hasil kerja menjadi semakin berkualiti. Apabila ada konsentrasi dalam pelajaran, maka pelajaran menjadi lebih senang, menarik dan wujud kefahaman yang mendalam. Konsentrasi juga dapat menolong kita meningkatkan kualiti diri serta dapat melakukan sebarang kerja dengan mudah. Melalui konsentrasi juga, kita dapat menghantar tenaga penyembuhan dan perubatan (healing) kepada pesakit. Ia memerlukan konsentrasi yang tinggi dan visualisasi yang kreatif. Imaginasi diperlukan dalam proses ini.

Konsentrasi penting bagi melakukan meditasi. Tanpa konsentrasi, sia-sia sahaja meditasi yang anda lakukan itu. Setiap orang memiliki masa yang mencukupi bagi latihan konsentrasi. Katakanlah anda pelajar yang sedang membaca buku. Anda mendengar perbualan orang lain walaupun anda sedang membaca. Keesokan harinya, anda dapati bacaan anda tidak lagi diingati. Jika anda ingat sekalipun, hanya sedikit dan tidak berkualiti. Namun begitu, apabila anda membaca dengan penuh konsentrasi, ingatan anda menjadi kukuh.

Konsentrasi yang tinggi memberikan anda beberapa kebaikan iaitu dapat mengawal pemikiran, memperoleh minda yang tenang serta daya keyakinan yang tinggi. Anda juga dapat memberikan daya tumpuan pada minda, meningkatkan tahap ingatan, berfikir apa yang ingin anda fikirkan, meningkatkan tahap kegembiraan, meningkatkan kuasa psikik, menjadi semakin kreatif serta banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain.

Ikuti latihan meningkatkan konsentrasi dalam buku Kuasa Minda Separa Sedar hasil tulisan Mohd Rozani Pawan Chek.

Artikel dipetik daripada buku Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Trend Pasaran Novel Genre Ciklit PTS bagi Tahun 2010

oleh Roziyah Mahamad • 16 Feb 2011 2:51 PM

Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS

Trend jualan novel-novel ciklit PTS menunjukkan pola yang baik. Pasaran ini sedang berkembang dengan sihat sekali. Fenomena ini mendorong lebih banyak penerbit dan penulis menceburi sektor ini.

Adalah diramalkan, dalam tempoh yang tidak lama dari sekarang pasaran sektor ciklit akan menjadi tepu, melainkan penulis-penulis ciklit berinovasi bagi menghasilkan produk-produk yang segar.

PTS membuka laut biru novel ciklit dan laut biru novel cinta Islami secara serentak. Hasilnya didapati pasaran novel ciklit adalah 3 kali lebih besar daripada pasaran novel cinta Islami. Ini tergambar jelas sebagaimana yang dapat dilihat daripada data jualan kedua-dua genre itu.

PTS sedang melakukan analisis pasaran bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi trend jualan kedua-dua genre di atas.

Dari hasil analisis dan perbandingan data di atas, dapat disimpulkan bahawa dari sudut logik bisnesnya, menerbitkan genre ciklit adalah lebih menguntungkan daripada menerbitkan novel cinta Islami.

Namun, pada waktu yang sama, ada kemungkinan bahawa data jualan novel cinta di atas tidak memberi gambaran saiz sebenar pasaran genre itu. Ada kemungkinan saiz pasarannya besar tetapi strategi bisnesnya yang belum betul, sehingga novel cinta Islami tidak laku banyak.

Kesilapan strategi mungkin berlaku pada pada perancangan produk (product planning) sehinggakan tidak kelihatan apa yang menjadi USP (unique selling point) novel-novel cinta Islami PTS dibandingkan dengan novel Ayat-Ayat Cinta.

i. Konsep produk - Penulis novel cinta Islami PTS tidak menawarkan konsep-konsep baru yang segar-bugar, yang berbeza daripada konsep Ayat-Ayat Cinta. Ini berbeza daripada para penulis novel ciklit yang tidak henti-hentinya menawarkan tema dan cerita-cerita yang segar. 

Kejayaan AAC meninggalkan kesan negatif ke atas daya kreasi penulis novel cinta Islami. Habiburrahman El-Sherazy menerbitkan berbelas-belas judul. Namanya menguasai pasaran novel cinta Islami ala-ala Ayat-Ayat Cinta (AAC). Pengaruh AAC sangat dirasakan dalam novel-novel cinta Islami yang dihasilkan oleh penulis-penulis lain selepas AAC. Sebenarnya pasaran ACC sudah tepu, namun penulis lain masih terus menghasilkan manuskrip ala-ala AAC.

Contoh inovasi yang pernah berlaku dalam genre novel cinta Islami PTS adalah novel Nazri M Annuar, Karipap-Karipap Cinta (KKC). KKC menawarkan pembaharuan. Ceritanya segar, desain kulitnya juga menyimpang daripada desain-desain yang sudah klise. Terbukti jualan KKC baik, sehingga dijadikan filem oleh Osman Hafsham dengan mengekalkan judul itu. 

Kejayaan KKC dalam pasaran adalah indikasi produk-produk inovatif seperti itu berpotensi membuka laut biru.

Sayangnya, inovasi KKC itu tidak diikuti oleh penulis-penulis lain. Nazri M Annuar pula tidak produktif seperti halnya dengan Habiburrahman El-Sherazy. Dengan demikian, inovasi yang dilakukan oleh Nazri M Annuar itu gagal membangunkan trend pasaran dan pengikut.

ii. Desain kulit - Pereka desain kulit novel cinta Islami PTS tidak menawarkan desain yang keluar dari trend desain kulit Ayat-Ayat Cinta (wajah perempuan berpurdah).

iii. Judul novel - Ciri-ciri judul yang digunakan oleh novel cinta Islami PTS sangat serupa dengan judul ala-ala Ayat-Ayat Cinta.

iv. Bahan cerita - Tema utama dalam novel-novel cinta Islami PTS tetap 'perebutan cinta' sebagaimana dalam Ayat-Ayat Cinta. Tema perebutan cinta menjadikan novel-novel cinta Islami serupa sahaja dengan novel cinta popular, yang berbeza hanyalah ayat-ayat agama yang ditempelkan pada cerita-cerita itu.

Inovasi adalah aspek yang paling kritikal saat ini. Penulis novel-novel cinta tidak melakukan inovasi, hanya terikut-ikut sub-genre ala-ala AAC. Ini bukan hanya berlaku dalam kalangan penulis novel cinta PTS sahaja. Ini adalah fenomena umum. Ia berlaku kepada penerbit-penerbit selain PTS. 

Menurut Tuan Azari Hashim (foto), eksekutif senior di jabatan sales PTS, pada saat ini situasi yang berlaku di dalam kedai-kedai buku, novel cinta Islami PTS hanya menumpang tuah rak buku-buku PTS yang sedia ada di dalam kedai. Novel-novel itu tidak mempunyai appealnya sendiri, di mana jika sekiranya ia mempunyai appeal maka ia berdaya menjadikan pembeli mencari-carinya, sebagaimana halnya yang berlaku dengan novel-novel ciklit PTS.

Kita percaya saiz pasaran novel cinta Islami adalah lebih besar daripada saiz pasaran AAC. Pada saat ini pasaran itu mahukan -- dan sedang menunggu-nunggu -- kemunculan produk-produk alternatif selain produk ala-ala ACC.

Pasaran novel cinta Islami menunggu-nunggu inovasi berlaku. Faktor yang menyebabkan inovasi sukar berlaku dalam sektor novel cinta Islami ada pada konsep 'novel cinta Islami' itu sendiri. 

 


Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Kisah Imam yang Menahan Marah

oleh Roziyah Mahamad • 16 Feb 2011 2:28 PM

Dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Nur Hanani Hussin

Imam Musa adalah cucu Nabi Muhammad, keturunan daripada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Beliau diberikan gelaran Musa al-Khazim yang bererti 'yang sanggup menahan marah'. Pada saat beliau hendak berwuduk untuk sembahyang Subuh, beliau meminta hambanya menyiramkan air. Rupanya si hamba masih mengantuk. Disebabkan rasa mengantuk, dia menyiramkan air itu sehingga basah baju tuannya. Kelihatan Musa seperti hendak marah. Hamba tadi membaca ayat 134 surah Ali Imran, "wal khaziminal ghaiza" yang bermaksud, "Dan mereka yang menahan marah." Musa serta merta menyedari ayat itu kemudian menjawab, "Aku menahan marahku padamu."

Hamba tadi meneruskan bacaan, 'wal 'afina 'anin nas' yang bermaksud dan memberi maaf kepada manusia'. Musa menjawab, "Aku sudah memaafkan kesalahanmu." Hamba tadi melanjutkan bacaan, "Wallahu yuhibbul muhsinin" yang bermaksud 'Tuhan amat cinta kepada orang-orang yang berbuat baik'. Akhirnya Musa menyatakan, "Mulai hari ini aku merdekakan engkau semata-mata kerana Tuhan."

Dalam kisah ini, bukanlah Musa al-Khazim tidak mempunyai sifat marah tetapi beliau bijak mengawal dan mengendalikan diri semasa marah. Inilah yang dikatakan kecerdasan emosi.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Hubungan antara Hati dan Akhlak

oleh Roziyah Mahamad • 14 Feb 2011 2:52 PM

Di manakah pembinaan akhlak bermula? Sebenarnya, pembinaan akhlak bermula dari hati. Dalam surah asy-Syams ayat 9 hingga 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan rugilah mereka yang mengotorkannya."
Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, "Ia boleh diertikan sebagai beruntunglah mereka yang membersihkan jiwa dengan mentaati Tuhan seperti yang disebutkan oleh Iman Qatadah, serta membersihkan daripada akhlak yang keji lagi hina."

Justeru, salah satu agenda kerasulan yang dilaksanakan nabi adalah tazkiyah an-nafs. Ia bermaksud pembersihan jiwa. Tuhan menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 151 yang bermaksud, "Sebagaimana Kami (menyempurnakan nikmat Kami) dengan mengutus kepadamu rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan membersihkan (jiwamu) dan mengajar kepadamu Kitab dan hikmah serta mengajar kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."

Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa, kalimat yuzakkiikum yang diterjemahkan sebagai 'membersihkan jiwamu' ditafsirkan sebagai, "Membersihkan kamu daripada kekejian akhlak, kerendahan jiwa serta perbuatan-perbuatan jahiliah." Semua tafsiran ini menunjukkan, kebersihan hati atau jiwa tidak dapat dipisahkan daripada akhlak.

Berdasarkan dalil-dalil ini, Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin dalam kitab bab Latihan Jiwa, Pemurnian Akhlak dan Pengubatan Penyakit Hati berkata, "Budi pekerti yang baik adalah setengah daripada agama. Ia terhasil melalui mujahadah oleh orang-orang bertakwa dan latihan oleh orang-orang yang kuat beribadah. Akhlak yang elok adalah pintu yang terbuka daripada hati yang menghasilkan nikmat di sisi Tuhan. Budi pekerti yang keji adalah hasil daripada penyakit hati dan jiwa dan ia adalah penyakit yang menghilangkan kebahagiaan hidup yang abadi. Akhlak adalah keadaan yang menetap dan bermula dalam jiwa individu. Daripada lahirnya perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang. Apabila keadaan itu melahirkan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut akal dan agama maka ia dinamakan sebagai akhlak yang mulia. Sebaliknya jika keadaan itu melahirkan perbuatan jelik ia dinamakan akhlak yang keji."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Muhammad Menghadapi Saat-Saat Kematian

oleh Roziyah Mahamad • 14 Feb 2011 10:43 AM

Selepas masuk waktu pagi, Muhammad yang berada di rumah dengan Siti Aisyah, tiba-tiba sakit. Sakit Muhammad datang semula. Muhammad bersandar kepada Siti Aisyah.

Abdul Rahman bin Abu Bakar, saudara Siti Aisyah masuk. Oleh kerana terlalu sakit, Muhammad susah hendak bercakap.

Pada masa itu, Abdul Rahman sedang menggosok gigi. Muhammad memandang kepada Abdul Rahman yang sedang bersugi. Siti Aisyah dapat merasakan Muhammad mahu bersugi. Siti Aisyah meminta izin daripada saudaranya dan memberikannya kepada Muhammad. Siti Aisyah menyiapkan sugi iaitu kayu yang digunakan bagi menggosok gigi bagi digunakan oleh Muhammad di hujung yang belum yang digunakan oleh Abdul Rahman. Muhammad pun bersugi atau menggosok gigi.

Menurut Siti Aisyah, "Aku melihat Muhammad bersugi dalam keadaan yang sangat berat. Tiadak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu."

Selepas itu, Abdul Rahman meminta izin dan keluar meninggalkan Muhammad dan Siti Aisyah. Sakit Muhammad semakin kuat dan peluh keluar mencurah-curah dari kepala Muhammad. Siti Aisyah menyapu muka beliau dengan air bagi meringankannya.
Muhammad berkata, "Wahai Aisyah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitannya)."

Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan-akan Muhammad diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Muhammad berkata, "Bahkan teman sejati di syurga, bahkan teman sejati di syurga."

Siti Aisyah berkata, "Ketika beliau mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepala Muhammad bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga keluar rumah."

Berita kewafatan Muhammad tersebar. Ada di kalangan sahabat yang tidak percaya dan ada juga yang percaya dan ada juga yang percaya. Seluruh penduduk Madinah mula menangis, kesedihan yang teramat sangat. Dalam keadaan itu Umar yang mendengar berita itu cepat-cepat datang ke rumah Muhammad. Dia meminta izin masuk kepada Muhammad dan dilihatnya Muhammad.
Umar berkata, "Pesuruh Allah belum wafat, tetapi dia tidak sedar diri, seperti mana Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat."

Sahabat-sahabat yang menyokong Umar semua berkumpul berdekatan Umar. Sahabat-sahabatnya yang lain tidak percaya dengan apa yang sedang mereka lalui. Ujian besar yang menimpa mereka.

Abu Bakar dipanggil bagi meredakan keadaan. Dia datang segera dengan tunggangannya. Apabila dia masuk ke dalam masjid, dia melihat sahabat-sahabatnya ada yang menangis. Umar sedang melarang orang mengatakan Muhammad sudah wafat. Sahabat-sahabatnya dalam keadaan yang cemas dan hilang pertimbangan.

Abu Bakar tidak terkesan sedikit pun dengan suasana yang sedang berlaku dan dia terus menuju ke rumah Siti Aisyah. Dia melihat jasad Muhammad di tempat tidurnya dan sudah diselimuti.

Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sambil berkata, "Kesejahteraan untuk kamu ketika hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas itu."

Abu Bakar keluar ke Masjid dan menuju ke mimbar. Abu Bakar berkata "Bertenanglah wahai Umar."

Umar yang masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan kata-kata Abu Bakar. Abu Bakar mengulang lagi, "Bertenanglah, Wahai Umar."

Umar tidak mengendahkan juga. Apabila Abu Bakar naik ke atas mimbar dan mula memberi ucapan. Apabila Abu Bakar mula bercakap, Umar berhenti dari turun dari mimbar. Semua orang berkumpul pada Abu Bakar.

Kata Abu Bakar selepas menyampaikan permulaan kata, "Barang siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barang siapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati."

Kemudian, dia membaca ayat 144 dalam surah Ali Imran yang bermaksud, "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul yang mati ataupun terbunuh. Jika demikian, kalau ia pula mati ataupun terbunuh, patutkah kamu berbalik menjadi kafir maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu."

Umar yang pada masa itu sedang berdiri, terus jatuh terduduk. Umar berkata, "Adakah ayat ini ada di dalam al-Quran." Umar menghafal seluruh al-Quran, tetapi kerana ujian yang besar dan kejutan ini, Umar yang begitu gagah hilang pertimbangan.
Kemudian dia berpaling kepada sahabat-sahabatnya, katanya "Wahai sahabat-sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia."

Kesedihan makin menguasai semua. Masing-masing menangis. Kata sebahagian sahabat-sahabatnya, aku mula mencari tempat yang aku dapat menangis sekuat hati kerana beratnya menanggung ujian kematian Muhammad.

Ali, Zubair dan Talhah berkumpul di rumah Siti Fatimah memberi takziah kepadanya dengan kewafatan Muhammad. Kemudian, masuk waktu sembahyang zuhur, Bilal mahu azan, tetapi kerana terlalu sedih, dia tidak dapat lagi hendak azan.
Bilal berkata, "Demi Allah, aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah."

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. gapairedhailahi
    16 Feb 2011
    7:19 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    cerita yang menyentuh hati. boleh tak kalau nak copy ape2 artikel menarik dalam laman web ni ?

Artikel popular

Bicara perihal Rasulullah

oleh Roziyah Mahamad • 11 Feb 2011 9:18 AM

Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia Online pada 11 Februari 2011

Dalam kita perasan ataupun tidak, Muhammad hanya menjadi nama yang diletakkan kepada nama bayi lelaki yang baru dilahirkan ataupun bersempena dengan pengislaman diri seorang mualaf.

Kalaupun dipilih, ia mungkin sekadar mengambil berkat daripada nama yang hakikatnya, mempunyai makna besar, khasnya kepada umat Islam.

Sayangnya, siapa itu Muhammad, jarang kita endahkan dengan anggapan kita sudah mengenali Muhammad itu. Ataupun kita sekadar mengambil kesempatan dengan pengetahuan yang terhad, yang diperoleh semasa kecil-kecil dahulu.

Namun apabila isu karikatur Nabi Muhammad dan isu-isu berkaitan dengan kekasih Allah ini timbul dalam masyarakat, sebahagian umat Islam seluruh dunia menjadi sensitif dan terpanggil bagi menyatakan sikap.

Alhamdulillah, ini membuktikan masih ada umat Islam yang begitu prihatin serta peka dengan segelintir anasir luar yang cuba memburuk-burukkan Islam menerusi pelbagai cara.

Padahal sebenarnya, bagi seorang Islam, apabila bertemu dengan perkataan Muhammad, digalakkan kita berselawat (berdoa) untuknya.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan: "Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Atas kesedaran perlunya melahirkan rasa kecintaan yang lebih mendalam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan pada 15 Februari ini, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbit dan mempersembahkan beberapa koleksi buku berkenaan Rasulullah SAW daripada pelbagai sudut menarik kepada para pembaca Islam di negara ini.

Buku-buku yang berjudul Uswatun Hasanah: Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah, Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit, Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad dan Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah ini dipersembahkan dengan olahan tersendiri para penulisnya bagai menarik perhatian umat Islam. Terutamanya generasi muda supaya mengenali insan mulia Muhammad sebagai utusan kepada seluruh manusia, penyampai wahyu Allah, saksi, pemberi khabar gembira, pemberi amaran, penyeru ke jalan Allah, lampu yang menerangi dan banyak lagi.

Dengan mengenali Nabi Muhammad SAW, semoga akan timbul rasa cinta kepada baginda, sekali gus mendorong pembaca mengikut jejak langkahnya serta menjadi ikon kehidupan kita.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Kelahiran Muhammad Bin Abdullah

oleh Roziyah Mahamad • 10 Feb 2011 12:41 PM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Biografi Muhammad Bin Abdullah tulisan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Nor Naemah Abd. Rahman

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, "Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Iqra: Selami keistimewaan Nabi Muhammad

oleh Roziyah Mahamad • 09 Feb 2011 2:09 PM

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online

Keistimewaan Muhammad bin Abdullah hanya pada namanya kerana tidak ramai kalangan generasi hari ini apabila diminta, boleh menceritakan kisah junjungan nabi yang diutuskan Allah untuk umat sekalian alam.

Paling tidak pun, ingatan mereka kembali segar apabila selawat serta salam dikumandangkan pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap kali memperingati hari kelahiran Baginda pada 12 Rabiulawal, yang jatuh pada 15 Februari depan.

Justeru, PTS Islamika Sdn Bhd meneruskan kempen mendedahkan riwayat insan agung ini melalui penerbitan buku mengupas keistimewaan Nabi Muhammad melalui pelbagai perspektif berbeza supaya Baginda bukan hanya dikenali sebagai nabi tetapi, ikon manusia sejagat.

Terpilih sebagai personaliti di tempat pertama dalam senarai The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History oleh Michael H Hart, diharap keagungan Nabi Muhammad akan menarik minat semua untuk mengenali seterusnya jatuh cinta kepada pemilik gelaran al-Amin itu. 

Antara buku yang boleh dijadikan rujukan ialah Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, Uswatun Hasanah Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit dan Rahsia Cinta Segi Muhammad. 

Buku susunan Nik Muhammad Nasri Nik Malik bertajuk Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah mengajak pembaca melahirkan perasaan cinta yang sebenar dengan mengenali Nabi Muhammad selain perkara dan orang yang dicintainya. 

Maka dengan cara itu, kita boleh menerapkan ciri atau nilai yang dijelaskan supaya dapat meraih cinta Rasulullah SAW kerana kejayaan meraih cinta Baginda sebagai contoh teladan terbaik sama seperti berjaya meraih cinta Allah. 
Cinta Segi Tiga Muhammad pula membongkar hubungan Allah, Muhammad dan umatnya kerana konsep cinta segi tiga tidak sama dengan cinta tiga segi yang lebih didorong perasaan cemburu atau iri hati. 

Selepas ini, sebut saja siapa Muhammad, pastinya banyak kisah menarik mengenai Baginda untuk dikongsi kerana rahsia semuanya sudah tersingkap melalui riwayat diceritakan dalam Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, Uswatun Hasanah Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit dan Rahsia Cinta Segi Muhammad. 

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Valentine: Kisah dan Sejarah

oleh Roziyah Mahamad • 08 Feb 2011 12:47 PM

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Hakikat Cinta Kepada Rasulullah

oleh Roziyah Mahamad • 02 Feb 2011 10:16 AM

Artikel dipetik daripada buku Uswatun Hasanah oleh Haddad Alwi

Banyak orang yang mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mereka tidak tahu hakikat dan bentuk cinta tersebut. Kita sering mendengar orang berkata "Sebagai umat Islam, kita harus mengikuti sunah Rasulullah." Anjuran itu memang benar. Tetapi, mengikuti sunah nabi tidak cukup dan tidak dapat diajarkan hanya melalui suruhannya. Mencontohi sunah Rasulullah harus bermula dengan pembinaan cinta kepada baginda. Jika kita mencintai baginda, maka secara automatik kita akan meniru tingkah laku baginda. Melalui cinta kepada Rasulullah, kita mampu meniru perilaku baginda. Kita hanya akan berperilaku seperti Rasulullah apabila kita mencintainya.
Bukankah setiap kali kita mencintai sesuatu maka kita akan mengambil tahu semua perkara yang berkaitan dengannya. Malah mungkin kita ingin menghadirkannya selalu dalam liku-liku hidup kita. Apabila kita mencintai seseorang, perasaan itu akan mendorong kita melakukan perkara-perkara lain seperti menyimpan gambarnya, malah mungkin ukiran namanya. Cinta laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat sang kekasih kepada kita yang mencintainya. Maka jadikan Rasulullah sebagai kekasih sejati yang kita cintai.

Memang benar, kita selalu bersama dengan perkara yang kita cintai. Rasa cinta mempunyai pengaruh besar terhadap perilaku kita. Jika seseorang mencintai sesuatu, maka seluruh perilaku orang tersebut akan dipengaruhi oleh sesuatu itu. Jika seseorang mencintai artis X, maka dia akan mencintai apa sahaja yang berkaitan dengan artis itu. DIa akan menampalkan gambar-gambar X di biliknya dan dia akan membeli semua majalah yang memuat berita tentang X. Jika artis yang dicintainya itu tampil di panggung atau ditayangkan di TV, dia akan khusuk menyaksikan dan seluruh emosinya akan tertumpu kepadanya. Orang itu akan sanggup berjaga semalaman atau bangun di tengah malam hanya kerana dia tahu malam itu akan ada pertunjukan X. Cinta kepada artis X mendorong seluruh perilakunya dipengaruhi oleh artis tersebut, supaya dia merasa sentiasa bersama dengan artis pujaannya itu.

Menurut catatan, suatu hari salah seorang sahabat Nabi Isa melakukan perjalanan dakwah di sebuah kota kecil. Penduduk kota itu berkumpul di hadapannya. Mereka meminta sahabat Nabi Isa memperlihatkan mukjizatnya, iaitu menghidupkan orang mati, sebagaimana yang sudah dilakukan oleh Nabi Isa. Demi membuktikan kebenarannya, sahabat Nabi Isa menuruti permintaan orang itu. Maka pergi mereka berbondong-bondong ke pemakaman dan berhenti di sebuah kuburan. Sahabat Nabi Isa itu berdoa kepada Allah supaya mayat yang di dalam kuburan itu dapat hidup kembali.

Tidak lama kemudian, dengan izin Allah, mayat itu bangkit dari kuburannya, melihat sekeliling lalu berteriak, "Keldaiku! Keldaiku! Mana Keldaiku!" Menurut maklumat daripada yang mengenalnya, semasa hidupnya orang itu sangat miskin dan satu-satu hartanya yang paling dicintai adalah keldainya.

Sahabat Nabi Isa lalu berkata kepada orang yang menyertainya, "Wahai saudaraku sekalian! Ketahuilah, kalian kelak juga seperti itu. Pada hari kiamat, kalian akan terbangun dan mencari-cari apa yang selama ini kalian cintai di dunia. Apa yang kalian cintai di dunia ini menentukan apa yang terjadi dengan kalian pada saat kalian dibangkitkan."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Menjalin Hubungan Baik dengan Editor

oleh Roziyah Mahamad • 01 Feb 2011 3:36 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Banyak faktor bermain serentak di sebalik kejayaan PTS menghasilkan buku-buku yang laris dalam pasaran. Antara faktor-faktor itu adalah:

(i) Nama penulis sudah terkenal kerana beliau mempunyai banyak judul yang terbit.

(ii) Buku yang isi kandungannya memenuhi kehendak pembaca, bahasanya kemas dan mudah difahami, serta judul dan desain kulitnya cantik.

(iii) Penulis mempunyai blog yang popular.

Ada satu lagi faktor yang penting, iaitu penulis perlu pandai menjalin hubungan kerja profesional yang akrab dengan editor-editor yang menguruskan penerbitan buku-bukunya.

Banyak penulis menyangka mereka tidak perlu menjalin hubungan akrab dengan editor. Mereka percaya manuskrip yang baik tentulah akan dengan sendirinya dipilih oleh editor dan akan diterbitkan dan laku keras dalam pasaran.

Namun, manuskrip yang baik hanya salah satu faktor kejayaan buku. Banyak buku yang baik isinya tidak laku dalam pasaran. Manakala banyak buku yang buruk isinya sangat laku dalam pasaran.

Editor-editor PTS diwajibkan mencapai KPI (key performance index) yang ditetapkan ke atas masing-masing editor. Setiap bulan mereka mesti menghasilkan sekian banyak judul yang dijual sekian banyak ringgit. Jika buku terbit tetapi tidak laku dijual, KPI prestasi mereka terjejas, dengan itu komisen mereka terjejas, dan bonus mereka terjejas.

Semua penulis PTS yang buku-bukunya berjaya terjual lebih RM200 ribu setahun mempunyai hubungan akrab dengan editor-editor mereka. Penulis-penulis itu berusaha membantu editor mereka mencapai KPInya. Mereka tahu manuskrip bagaimana yang dimahukan oleh editor dan mereka berusaha menghasilkannya. Mereka juga tahu jadual perancangan kerja editor mereka dan mereka bekerja bagi mematuhi jadual kerja editor masing-masing.

Salah satu cara mencari peluang bagaimana hendak berkenalan dengan editor adalah dengan selalu menghadiri bengkel-bengkel penulisan PTS. Lazimnya akan ada editor PTS yang hadir, maka di situlah penulis dapat memperkenalkan dirinya dan menjalin hubungan profesional.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Cinta Kepada Rasulullah Membawa Manusia ke Syurga

oleh Roziyah Mahamad • 01 Feb 2011 12:26 PM

Artikel dipetik daripada buku Uswatun Hasanah dan ditulis oleh Haddadalwi


Syurga itu dapat diraih dengan cinta yang tulus kepada Rasulullah. Sebuah hadis nabi menyebutkan, "Siapa yang mencintaiku, kelak dia akan berada di syurga bersamaku."

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah seraya bertanyakan perihal Hari Kiamat.

Rasulullah bertanya, "Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu?" Orang Badwi itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan rasul-Nya."

Mendengar jawapan itu, Rasulullah berkata, "Engkau bersama orang yang engkau cintai." (Direkodkan oleh Bukhari)

Salah seorang sahabat bernama Tsauban sangat mendalam cintanya kepada Rasulullah, sehingga dia tidak sanggup berpisah lama dengan baginda. Pada suatu hari dia muncul di hadapan Rasulullah dalam keadaan yang sangat mencemaskan.

Wajahnya pucat, tubuhnya makin mengurus dan kesedihan nampak jelas pada seluruh raut wajahnya.

Rasulullah bertanya kepadanya, "Apakah gerangan yang membuatmu kelihatan begitu sengsara, wahai Tsauban?"

"Aku sihat, tidak ada satu penyakit jasmani yang aku keluhkan. Namun, apabila aku tidak menyaksikan wajahmu beberapa saat, nescaya aku dirudung kerinduan dan langsung merasa kesepian. Aku merana luar biasa, sebelum berjumpa denganmu. Aku sangat mencintaimu. Cinta yang lebih besar dan lebih luhur daripada cintaku kepada anak, isteri dan diriku sendiri, sehingga aku tidak akan mampu berpisah lama darimu. Ketika aku sedang bersama dengan anggota keluargaku, bayanganmu masih saja di pelupuk mataku. Ingatanku kepadamu terlalu merasuk di hati, tidak terkendali olehku, sampai aku kembali menyaksikan kesejukan wajahmu. Terlintas keyakinan di benakku, jika perjumpaan tertunda lebih lama lagi, nescaya nyawaku akan segera tercabut bersama memuncaknya kerinduanku."

Tsauban tidak mampu melanjutkan pembicaraan yang kelihatannya belum selesai. Air matanya tidak tertahan lagi, jatuh berderai-derai bersama esak tangisnya yang mula menggema.

"Kenapa pula kamu menangis sekarang, bukankah kita sudah bersama lagi?" tanya Rasulullah memujuknya.

"Terbayang olehku erihal kematianku dan kematianmu. Rasa rindu dan merana di dunia ini sudah tentu dapat ku atasi dengan datang menemuimu. Aku sangat khuatir penyesalan yang sama terhadap musibahku ini tidak akan terjadi di kehidupan akhirat. Aku sedari kedudukanmu di syurga nanti akan ditinggikan Allah sedemikian rupa, sehingga tidak ada yang dapat menemanimu kecuali para nabi sahaja. keinginanku bagi dapat bersamamu di akhirat nanti, sudah membuat hidupku amat sengsara sekarang ini."

Dengan penuh simpati, Rasulullah mendengar rintihan jiwa daripada seorang sahabat yang sangat mencintainya. Namun, tidak sepatah kata yang dapat baginda ucapkan. Tersirat dalam hatinya sesuatu yang bergetar, dirinya sendiri tidak berupaya menyatakannya. Baginda hanya mampu menunjukkan betapa baginda sangat menghormati cinta yang luhur dan merasakan kesedihan yang sama seperti yang dialami oleh orang Arab Badwi itu.
Allah tidak membiarkan keresahan itu berlarutan di hati para pencinta sejati. Allah segera mengakhirinya dengan kedamaian yang menyejukkan.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Anak Tak Mahu Makan: Mamafiza Perkenal 45 Resipi Menarik

oleh Roziyah Mahamad • 01 Feb 2011 9:29 AM
{text}

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online

Penyediaan menu sihat dan lengkap dengan segala zat khasiat diperlukan untuk tumbesaran anak yang berusia dua tahun hingga enam tahun adalah penting. 

Kebanyakan ibu menyedari hal ini, namun acap kali ada yang merungut atau kehilangan idea bagi menyediakan makanan sesuai serta digemari anak mereka. Lebih memeningkan kepala, anak tidak mahu makanan disediakan.

Tidak kurang juga yang memberi alasan, menyediakan makanan yang sihat dan sedap bukannya mudah kerana perlu mengambil masa lama di dapur, sedangkan, kebanyakan ibu pada masa kini setiap hari perlu memburu masa untuk pergi ke kerja. 

Penulis buku Hidangan Si Cilik, Hafiza Abdul Rahman, 26, berkata menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk si kecil sebenarnya tidaklah sukar, malah dengan menggunakan bahan ringkas serta mudah diperoleh, pelbagai menu hidangan menarik boleh disediakan. 

Bagaimanapun, katanya, ibu perlu kreatif dan berani mencuba menghasilkan menu baru dalam usaha memastikan anak suka makanan disediakan, di samping dapat menikmati hidangan yang mengandungi zat lengkap bagi tumbesaran mereka. 

Dalam bukunya Hidangan Si Cilik, Hafiza yang lebih disenangi sebagai Mamafiza, memberi pelbagai panduan untuk si ibu menyediakan hidangan menarik buat anak. Selain 45 resipi, buku itu juga memaparkan panduan untuk ibu bapa cara menarik minat si kecil untuk makan dan jadual pemakanan menu sihat untuk kanak-kanak. 
Resipi Hafiza menggunakan pelbagai bahan, termasuk bahan yang mungkin bagi kita selama ini perlu dijauhi seperti daging kambing. Sajian beliau menggunakan minyak zaitun tulen yang mempunyai nilai tinggi dan sudah diiktiraf khasiatnya, termasuk bertindak sebagai penambah zat makanan serta mengandungi asid lemak tidak tepu dan dikelaskan oleh pakar sains pemakanan sebagai bahan kandungan yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. 

Beliau turut mengesyorkan penggunaan daging kambing, keju, plum tomato dan bawang Holland dalam sajian makanan si kecil. 

“Sering terdapat salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu ia dianggap tidak sihat untuk jantung manusia. Namun, kajian Persatuan Jantung Amerika menyebut daging kambing sesuai untuk mereka bermasalah berkaitan jantung kerana daging kambing mempunyai kualiti protein yang tinggi dengan nisbah kandungan lemak sihat. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan mudah dihadam, ini sesuai untuk kanak-kanak. 

“Bagi keju pula kebanyakan kanak-kanak memang menyukainya. Kandungan kalsium keju yang tinggi, baik dan memang diperlukan untuk kanak-kanak sedang membesar. Kajian turut mendapati mengambil keju dapat melindungi gigi anak-anak. Selain mempunyai sumber protein yang baik, keju juga sumber pelbagai vitamin dan boleh menambahkan tenaga supaya bermaya serta menjaga kesihatan tulang anak,” katanya yang membuat pembacaan mengenai sumber khasiat sesuatu bahan sebelum mencipta resipi. 

Begitu juga plum tomato dan bawang Holland atau lebih dikenali sebagai bawang kuning (bawang Bombay) kata Hafiza. Kedua-dua bahan berkenaan mempunyai beberapa khasiat yang memberikan kebaikan kepada kesihatan kepada orang dewasa mahu pun kanak-kanak. 

Katanya, tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene dan yang menariknya, tomato diproses turut memiliki khasiat sama seperti buah segar manakala bawang Holland memiliki kandungan kromium yang baik dan berperanan penting dalam menurunkan glukosa darah bagi pesakit diabetes. 

“Bahan berkenaan khususnya keju, sering kali digunakan dalam masakan Barat. Tetapi yang paling penting, selain memberikan manfaat untuk kesihatan semua bahan itu mudah diperoleh dan ini menyenangkan ibu untuk menyediakan makanan,” katanya. 

Tambahnya, adalah penting ibu bapa memantau dengan serius corak pemakanan anak dan ia mestilah bermula sejak kecil lagi. Ini kerana setiap bahan yang digunakan dalam masakan memberi impak terbesar pada tumbesaran mental dan fizikal anak. 

Ibu muda yang turut dikenali sebagai penceramah bebas, pereka laman web dan pejuang pendidikan anak di rumah sejak kecil memberitahu, sejak dulu ibu bapanya amat mementingkan makanan sihat bagi setiap anak-anak sama ada ketika susah atau senang manakala neneknya rajin melayan dengan mencuba resipi baru yang diambil daripada keratan majalah dan buku. 

Hafiza berkata, nilai istimewa itulah membuatkannya belajar untuk menghargai setiap suapan makanan dan masakan yang dihasilkan ahli keluarganya. Apabila berkahwin, suami Mohd Azhar Mohd Zahir, 26, pula sering memperkenalkannya dengan dunia masakan dari pelbagai negara. Justeru, tidak hairanlah kebanyakan resipi yang dikongsikan menggabungkan pelbagai negara. 

Katanya, resipi diperkenalkan menggabungkan masakan merangkumi negara jiran Indonesia, Jepun, China, Barat, Sepanyol, Itali dan Mexico. Kelainan yang dicetuskan itu bukan saja memperlihatkan buku resipi berkenaan memuatkan pilihan menu masakan sihat tetapi mudah disediakan mengikut gaya Malaysia untuk seantero dunia. 

Senarai 45 resipi yang dimuatkan dalam buku ini adalah antara koleksi peribadi Hafiza yang direka khusus untuk anak-anaknya sebaik saja anak sulungnya, Kirua Hakimy, 6, tamat tempoh penyusuan susu ibu pada usia 30 bulan. 

Katanya, pembaharuan pada setiap resipi dibuat untuk anak kedua, Ashyekin Rei Hikaru, 4; ketiga, Afiqah Yunaru, 3, dan anak keempat, Adany Aurora Hydeaki, 2, sehingga berjaya mengumpul lebih 300 resipi sihat. 

“Namun, yang lebih penting semua resipi di dalam buku ini bukan saja boleh disediakan untuk kanak-kanak, malah boleh disajikan untuk seisi keluarga,” katanya. 

Hafiza memberitahu, beliau sengaja menggunakan tajuk yang agak 'bombastik' setiap resipinya bagi memberi impak segar kepada pembaca serta memberi galakan kepada ibu bapa atau penjaga mengambil masa meneliti di dalam kamus bagi menerokai makna perkataan dipilih di samping mengajar perkataan baru kepada anak-anak. 

Untuk sarapan pagi, Hafiza menyediakan Antalogi Cinta, Bebola Bestari Veld, Gala Granola, Kentang Keju Kenari, Kepingan Panasea, Piza Mini Pesona, Roti Kekacang Kasih, Sandwic Santapan Emas, Sandwic Takhta dan Telur Taj Keju. 

Untuk makan malam, Fiesta Fajitas, Gulungan Gaelic Keju, Idaman Istimewa, Lagun Lasagna, Nasi Mentega Mimosa, Salmon dan Lemon, Teriyaki Samudera, Tofu Tuah, Tortilla Tango dan Udang Manis Mentega Bawang Putih. Selain sarapan dan makan malam, buku ini turut menyajikan resipi makan tengah hari, pencuci mulut serta makanan ringan. 

“Antara resipi kegemaran saya dan anak-anak ialah Lagun Lasagna dan Tortilla Tango. Bagi Lagun Lasagna bahan utama digunakan antaranya ialah keju dan isi daging kambing. Saya menggunakan keju bagi menggantikan susu kerana didapati ramai kanak-kanak tidak suka mengambil susu walaupun ia penting diambil setiap hari bagi mendapatkan khasiat kalsium. Berbanding keju, kebanyakan kanak-kanak tiada masalah untuk menyukainya. 

“Tortilla Tango pula adalah makanan popular di Mexico dan ia adalah antara kebab Barat dan boleh didapati di restoran. Bagi mewujudkan hidangan sihat dan sesuatu yang di luar kebiasaan di rumah, saya perkenalkan hidangan ini. Dengan cara ini, kita dapat beritahu anak-anak, makanan yang terdapat di restoran juga boleh disediakan di rumah dan tidak sukar membuatnya,” jelas Hafiza. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://mamafiza.com/cetusan-karya/perihal-buku-hidangan-si-cilik/ 

MENU: Sandwic Santapan Emak 

Bahan: 
- 2 keping roti gandum serat tinggi 
- 2 keping daging salami (ayam) 
- 2 keping daging salami (daging lembu) 
- 2 keping hirisan tomato 
- 2 helai daun salad 
- 2 keping keju cheddar 
- 2 sudu makan mayonis 
- 1 sudu makan mentega 
- 2 sudu makan minyak zaitun (bagi menggoreng) 

Cara membuat: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali leper, panaskan daging salami dan terbalikkan daging itu. Angkat 
dan toskan. 
2. Sediakan bahan mentah, tos hirisan tomati dan salad di atas tisu dapur. 
3. Bakar roti seketika dalam ketuhar apabila sudah disapukan sedikit mentega pada permukaannya. 
4. Sapukan mayonis pada roti dan susun daun salad, hirisan tomato, kepingan keju dan gulungan salami. 
5. Sedia dihidangkan. 

 

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Wanita Hebat Berkomunikasi

oleh Roziyah Mahamad • 31 Jan 2011 11:32 AM

Artikel dipetik daripada buku Sukses dalam Karier untuk Muslimah oleh Puan Aisyah Yusoffea

 

Perkara terpenting bagi membentuk budaya kerja yang dinamis dan harmonis adalah komunikasi. Komunikasi yang berkesan memudahkan urusan semua pihak. Pegawai eksekutif memahami arahan yang diberitahu oleh bos. Pegawai khidmat pelanggan memahami masalah dan soalan yang diajukan oleh pelanggan. Pegawai sistem maklumat memahami masalah sistem yang dilaporkan oleh kakitangannya. Pelukis pelan dapat mereka bentuk pelan dengan betul berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh arkiteknya. Tidak kira jawatan apa yang dipegang sekalipun, dengan teknik komunikasi yang hebat dan berkesan, kerja dapat dibereskan dengan lebih mudah dan sempurna.

Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan semasa berurusan di tempat kerja. Selain berkomunikasi secara lisan, tentunya kita sering menggunakan e-mail, telefon, khidmat pesanan ringkas, faks mahupun tele-conference semasa berinteraksi dengan pihak lain.

Bagi memastikan proses berinteraksi dengan pihak lain menjadi lebih berkesan, kita perlu memastikan maklumat yang diberikan jelas dan tepat. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Jangan emosi semasa bercakap. Jangan meleret-leret sehingga menyimpang daripada topik yang mahu dibincangkan.

Beri tumpuan juga pada perkara-perkara berikut supaya komunikasi dua hala yang berlaku dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak:

  • Mempamerkan ekspresi wajah yang ceria
  • Memberi pendapat yang bernas dan yakin.
  • Menunjukkan minat mendengar.
  • Menghormati pandangan orang lain.
  • Tidak mencelah semasa orang lain bersuara.
  • Menerima kritikan dengan tenang.
  • Berterus terang semasa berkomunikasi.
  • Memandang wajah semasa berinteraksi.
  • Bersuara dengan jelas dan tidak gugup.
  • Menyusun kata dan ayat dengan penuh sopan dan tertib.
Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Muhammad Sebagai Lampu yang Menerangi

oleh Roziyah Mahamad • 26 Jan 2011 9:46 AM

Dipetik daripada buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah oleh Nik Muhammad Nasri Nik Malik

Siraj Munir ialah lampu yang menerangi. Nabi diumpamakan seperti lampu kerana ia menjadi sumber dan punca objek lain juga bercahaya dan menjadi terang. Nabi menjadi penyuluh kehidupan manusia, mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Menerangi kehidupan manusia dengan sistem dari langit yang menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.

Ibnu Abu Hatim dan Tabrani melaporkan daripada Ibn Abbas, katanya, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Pergilah kamu berdua, sampaikan khabar gembira dengan cara yang mudah difahami. Katakan kepada mereka agar tidak berpaling daripada Islam. Sesungguhnya, turun ayat ini kepadaku, "Wahai nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu, dan pembawa berita gembira kepada orang yang beriman iaitu syurga serta pemberi amaran kepada orang yang ingkar iaitu neraka dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberi-Nya dan diturunkan al-Quran sebagai lampu yang meneranginya."

Dalam ayat di atas dan selepasnya Allah menyebut beberapa sifat atau nama nabi iaitu as-Syahid, al-Mubasyyir, al-Munzir, ad-Daei, as-Siraj, dan al-Munir.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nabi dan Kesyukuran

oleh Roziyah Mahamad • 24 Jan 2011 10:23 AM

Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

 

Nabi dan Kesyukuran

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibba, Aisyah menceritakan, "Pada suatu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, 'Wahali puteri ABu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku?' Nabi pun bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, 'Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkan Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya'. Nabi menjawab, 'Tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusuk tanpa sebarang kepura-puraan.

Ledakan Kecemerlangan

Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuannya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru, sebutlah selalu kalimat alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, "Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanag di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan daripada azab neraka."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Mencipta Koleksi Klasik Sastera Kanak-Kanak

oleh Roziyah Mahamad • 21 Jan 2011 4:24 PM

Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA)

Pasaran sastera kanak-kanak adalah pasaran yang evergreen dan terus berkembang disebabkan setiap tahun akan ada generasi kanak-kanak baru dalam pasaran, dan oleh hal yang demikian setiap tahun akan ada ibu bapa yang menjadi pembeli baru bagi judul-judul yang sama.

Buku sastera kanak-kanak laku dijual sepanjang tahun selama bertahun-tahun. Namun tidak semua buku dapat bertahan lama dalam pasaran.

Semua penerbit buku kanak-kanak perlu mempunyai:

(i) Nama-nama pengarang evergreennya sendiri, dan

(ii) Koleksi judul-judul evergreennya sendiri

PTS sedang tekun menghasilkan nama-nama pengarang sastera kanak-kanak yang berpotensi menjadi nama-nama evergreen.

Dalam backlist judul sastera kanak-kanak terbitan PTS, ada judul yang berpotensi evergreen, dan ada yang tidak.

Pengarang-pengarang PTS yang menghasilkan judul kanak-kanak perlu menghasilkan judul-judul yang evergreen supaya hayat jualan karya mereka dapat melebihi 50 tahun. Dengan demikian strategi survival PTS sebagai penerbit, dan survival pengarang-pengarang PTS, sama-sama dapat diuruskan dengan lebih efektif.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nabi Muhammad Penyempurnaan Para Nabi Allah

oleh Roziyah Mahamad • 21 Jan 2011 10:48 AM

Artikel dipetik daripada buku Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad oleh Muhammad Hasan Al-Basri.

Dalam Quran, Allah menyebutkan 25 orang nabi dan rasul yang bermula daripada Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad. Sebenarnya jumlah nabi dan Rasulullah itu lebih ramai, sesuai dengan kata-kata Allah dalam surah al-Mukmin, ayat 78, "Sesungguhnya kami mengutus beberapa orang rasul sebelum kamu. Ada antara mereka kami ceritakan kepada kamu dan ada yang tidak kami ceritakan kepada kamu. Seorang rasul tidak boleh membawa suatu mukjizat, melainkan dengan izin Allah. Apabila Allah menurunkan perintah, semua perkara diputuskan dengan adil dan rugilah orang yang berpegang kepada perkara yang batil."

Abu Dzar melaporkan, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad, "Wahai rasul, berapakah jumlah para nabi?" Nabi menjawab, "Jumlah para nabi adalah 124,000 orang dan di antara mereka, terdapat 315 orang rasul." (Direkodkan oleh Ahmad).
Rasul dan nabi bertebaran di muka bumi ini sehingga Allah menjelaskan, tidak ada satu pun kaum yang tidak didatangi oleh seorang rasul dan nabi yang disebutkan dalam Quran bermula daripada nabi Adam sehingga Nabi Muhammad, menggambarkan keperibadian manusia. Nabi Adam misalnya, melakukan dosa akibat memakan buah di syurga hingga Allah mengusirnya ke bumi. Bukankah itu sifat manusia yang cenderung melakukan kesalahan dan dosa? Oleh sebab Nabi Adam adalah utusan Allah, Allah mengajarnya doa taubat dan kemudian mengampunkan kesalahannya. Doa taubat itu bermanfaat bagi kaum muslimin hingga ke hari ini.

Nabi Idris pula terkenal gagah benari di medan perang. Beliau digelar sebagai Asadul Udud yang bermaksud 'singa di atas segala singa'. Nabi Idris suka bermain-main seperti seorang kanak-kanak walaupun beliau sebenarnya berperang jihad menentang orang kafir. Dikisahkan, Nabi Idris dapat mengenal malaikat dan bergaul dengannya hingga malaikat mengajaknya mengunjungi syurga. Apabila beliau melihat kenikmatan di syurga, Nabi Idris enggan kembali ke dunia.
Nabi Muhammad pula menunjukkan keperibadian manusia yang dewasa. Nabi Muhammad melalui peristiwa Israk Mikraj dan berkomunikasi secara langsung dengan Allah. Pada waktu itulah, Allah memberi perintah solat lima waktu kepada umat Islam. Walaupun nabi melihat kenikmatan syurga dalam perjalanannya itu, beliau tidak memohon daripada Allah agar membenarkannya tinggal di syurga. Sebaliknya, nabi kembali ke bumi dan meneruskan dakwahnya.

Nabi Muhammad adalah penyempurna nabi Allah terakhir yang membawa intisari agama-agama terdahulu. Sebagai penyempurna juga, nabi mengharungi perjuangan yang besar demi menyampaikan syiar Islam. Nabi Muhammad bersama Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa adalah nabi ululazmi iaitu para nabi yang melalui perjuangan besar dalam menyampaikan dakwah mereka.

Nabi Muhammad pernah berkata, "Perumpamaan bagiku dan bagi semua nabi adalah seperti orang yang mendirikan sebuah rumah. Dia menyempurnakan dan menghias rumah itu melainkan satu tempat bagi meletakkan sebuah batu merah yang masih kosong. Kemudian ada orang yang memasuki rumah itu dan berkata, 'Alangkah indahnya rumah ini tetapi masih ada satu tempat bagi meletakkan batu merah yang masih kosong'. Akulah penyempurna tempat sebuah batu merah itu. Semua nabi diakhiri dengan kedatanganku."
Oleh sebab Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, semua manusia perlu mengikut ajarannya. Lantaran keistimewaan Nabi Muhammad, Nabi Musa pernah menginginkan hidup pada zaman Muhammad. Nabi Muhammad berkata, "Demi Allah, seandainya Nabi Musa masih hidup dan ada di hadapan kamu, tiada tempat baginya melainkan beliau tentu mengikut ajaranku."

Kata-kata nabi itu menunjukkan ajaran yang dibawanya bersifat universal, menyeluruh dan melengkapkan ajaran-ajaran sebelumnya. Begitu juga dengan Quran yang menjadi pelengkap bagi semua kitab suci sebelumnya iaitu Zabur, Taurat dan Injil.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Sebab Nabi Muhammad Cintakan Aisyah

oleh Roziyah Mahamad • 17 Jan 2011 10:10 AM

Ramai berpendapat Nabi Muhammad mencintai Aisyah kerana kecantikan luarannya sahaja. Namun pendapat ini tidak benar. Isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain seperti Zainab, Juwairiah dan Shafiyah juga tidak kurang cantiknya. Sebenarnya kisah kecantikan isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain banyak diceritakan dalam hadis serta sejarah. Kecantikan Aisyah kurang disebut berbanding kecantikan isteri yang lain.
Salah satu kisah berkenaan Aisyah adalah dalam kenyataan Umar kepada Hafshah di atas. Jika dikaji dengan mendalam, kenyataan ini memberitahu Hafshah berkenaan tempat istimewa Aisyah dalam hati Nabi Muhammad. Tempat Aisyah dalam hati beliau tidak dapat dicapai oleh isteri-isteri lain termasuk Hafshah.

Hadis yang disampaikan oleh AIsyah dan Abu Hurairah ini menerangkan sebab Aisyah begitu dicintai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pernah berkata, "Perempuan dikahwini kerana empat perkara, kekayaan, keturunan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya, pasti kamu akan beruntung." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Dawud.
Berdasarkan hadis itu, isteri yang paling Nabi Muhammad cintai adalah isteri yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan dakwah Islam.

Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah. Tafsir ialah menyelami maksud yang disebut di dalam Quran manakala fikah ialah ilmu berkenaan hukum dalam Islam. Beliau mampu melakukan tafsiran dengan begitu mengagumkan, memahami masalah agama dengan mendalam dan mampu merumuskan hukum bagi situasi baru.
Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isteri yang lain. Ibnu Hazm menulis, Nabi Muhammad mengutamakan semua para isterinya daripada seluruh para sahabat. Ini bermaksud hanya para malaikat dan para nabi sahaja yang mengatasi keutamaan para isteri beliau.

Anas bin Malik menceritakan, kekasih Allah pernah ditanya, "Siapakah orang yang paling tuan cintai?" Beliau menjawab, "Aisyah." Beliau ditanya lagi, "Yang lelakinya?" Beliau menjawab, "Bapanya."

Ayat 3 hingga 4 dalam surah an-Najm ada menyebut, "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Quran ataupun hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."

Ayat di atas menegaskan yang cinta Nabi Muhammad pada Aisyah adalah wahyu Allah, bukan atas dasar nafsu semata. Orang yang menidakkan perkara ini bererti tidak mempercayai kata-kata Allah.

Jelas kini kedudukan Aisyah lebih utama daripada seluruh manusia di dunia ini termasuk Abu Bakar, Umar al-Khatab, Ali bin Abu Talib dan Fatimah binti Muhammad. Cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah mengatasi rasa cinta kepada semua manusia.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Bara Cinta Canberra: Rempah ratus kehidupan di kota damai Australia

oleh Roziyah Mahamad • 14 Jan 2011 9:05 AM

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang dipetik pada 14/1/2011

 

Bara Cinta Canberra karya Ilham Hamdani membawa pembaca menyusuri kehidupan Ikmal Hakimi, seorang pemuda yang tersasar jauh dari landasan kehidupan seorang Muslim selepas kematian ibunya dan kehilangan cinta yang dibina dengan Nia Suraya, temannya sejak tingkatan empat.

Ikmal yang mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Australian National University (ANU) di Canberra dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Nia Suraya berjaya menempatkan diri lebih awal di Kolej Imperial, London.

Masalah Ikmal bermula dengan kegagalannya menghabiskan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana kesilapan dalam sistem pendaftaran yang menyebabkan dia terpaksa mengulang mata pelajaran terbabit pada tahun berikutnya.
Keadaan menjadi bertambah rumit apabila cintanya dengan Nia Suraya hancur di tengah jalan ekoran tidak mendapat restu daripada bapa gadis itu, Datuk Paduka Abdul Rahman yang sudah mempunyai calonnya sendiri, Tengku Farhan, seorang kerabat Kedah.

Hidup Ikmal semakin tidak keruan dengan kematian ibunya yang berpunca daripada kesedihan kegagalan episod cinta anaknya dan nasibnya semakin dirundung malang apabila gagal memperoleh pekerjaan sekembalinya ke Malaysia, walaupun berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari ANU.

Ikmal akhirnya nekad merantau kembali ke Canberra dan bekerja sebagai kerani di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di bandar terbabit, tetapi hidupnya tersasar dari landasan kehidupan seorang Muslim dan menjadi pengunjung setia kelab malam saban hari semata-mata bagi melupakan masalahnya dengan meneguk air syaitan.

Tanpa diduga, Ikmal bertemu kembali dengan Nia Suraya, bekas kekasihnya yang berkunjung ke Canberra sebagai pegawai diplomatik untuk berkursus dan mengambil kesempatan itu untuk memohon kemaafan serta menagih kembali cinta Ikmal selepas putus tunang dengan Tengku Farhan.

Dalam masa sama, Ikmal juga mendapat tempat istimewa dalam hati seorang gadis Cina, Melissa Ai Ling Keong yang juga adik kepada teman serumahnya, Moy Yoke Keong.

Pertemuan dengan Izuddin Al-Qasssam dan Mak Cik Marwa Abas, seorang wanita yang berasal dari Palestin dan kini menetap di Canberra banyak mengubah Ikmal, daripada seorang yang sering mengabaikan tanggungjawab sebagai Muslim kepada seorang yang kembali berpegang teguh dengan Islam.

Nasihat Mak Cik Marwa iaitu 'Carilah cinta Tuhan, nescaya kemudian kamu akan bertemu dengan cinta hamba' benar-benar menyedarkan Ikmal akan hakikat tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya.

Ikmal dalam dilema cinta, antara sejarah silam iaitu Nia Suraya atau cinta yang baru berputik iaitu Melissa, gadis Cina yang berminat mendalami Islam dan sering meyebabkan dada Ikmal bergetar apabila berhadapan dengannya.

Konflik semakin meruncing apabila Nia Suraya terjebak dalam sindiket penyeludupan dadah dan sebagai insan yang pernah menjadi kekasih gadis itu, Ikmal berasa bertanggungjawab menyelamatkan Nia Suraya daripada cengkaman sindiket terbabit.

Pembaca pasti tertanya-tanya siapakah gadis yang akan bertakhta di hati Ikmal dan benarkah Canberra sebagai kota damai abadi menyimpul semula cinta Ikmal dan kasihnya cinta Tuhan, dan sekali gus cinta manusia? Semua persoalan akan terjawab selepas membaca sendiri novel setebal 585 halaman terbitan PTS Litera Sdn Bhd berharga RM 21.50 senaskhah ini.

Biodata Penulis: Lulusan kejuruteraan minati sastera

ILHAM Hamdani, nama pena bagi Mohd Izuddin Mahamad Nazir yang berasal dari Perlis, lulusan Universiti Ibaraki, Jepun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan kini menetap di Canberra, Australia, menceburi bidang penulisan cerpen, novel dan fotografi.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 menerusi antologi cerpennya, Mekar Sakura di Mimbar Cinta, terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd dan lebih dikenali dengan nama 'addeen bandarsepi' di kalangan blogger, pernah menetap di Negara Matahari Terbit selama lima tahun sehingga banyak karyanya menggunakan latar Jepun.

Beliau condong mengadun tradisi dan budaya Jepun dalam sebahagian besar karyanya, selain pendekatan serupa digunakannya dengan memanfaatkan pengalaman bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk karya kreatifnya.

Bapa kepada seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ilham, berkongsi hidup dengan isteri tersayang, Amalia Mohd Hashim yang kini melanjutkan pelajaran di Negara Kangaru itu, juga menangani Hidayah Cinta, novel bertema Islam yang lengkap dengan rencah kehidupan dua budaya.

Sebahagian cerpen karya pengarang ini pernah tersiar di beberapa majalah tempatan dan cerpennya bertema cinta yang disiarkan dalam majalah Jelita memenangi tempat ketiga.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Apabila Kecantikan Merosakkan Alam

oleh Roziyah Mahamad • 13 Jan 2011 3:14 PM

Artikel dipetik daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit oleh Dr. Adi Hasman

Pernah kita terfikir minyak rambut yang digunakan sehari-hari demi mengemaskan penampilan kita mampu mencederakan langit? Beberapa produk teknologi moden seperti peti ais, alat penghawa dingin, termasuk beberapa jenis minyak rambut jenis penyembur mengandungi CFC iaitu Choloflorocarbon. CFC mampu merosakkan lapisan ozon.

Lapisan ozon adalah pelindung atmosfera bumi daripada radiasi sinaran matahari. Kerosakan lapisan ozon ini mampu menyebabkan malapetaka yang cukup dasyat bagi seluruh umat manusia. Jumlah radiasi yang sampai ke bumi mampu menyebabkan peningkatan insiden kanser kulit, katarak pada mata dan kelemahan sistem daya tahan tubuh. Menurut badan perlindung persekitaran (EPA), semenjak 1990, risiko terkena kanser kulit sudah bertambah dua kali. Sinar ultra ungu (UV) yang berlebihan juga mampu merosakkan tanaman yang sensetif, seperti sayuran kekacang dan mengurangkan hasil tanaman.

Kajian menunjukkan bahawa jumlah populasi plankton, iaitu haiwan halus yang menjadi asas rantai makanan di laut turut menurun akibat sinar UV yang berlebihan. Kemudiannya menyebabkan sumber makanan laut juga berkurangan secara drastik.

Memakai jilbab wanita bukan sahaja 'ikutmencerdaskan bangsa' seperti yang disebutkan di dalam pembukaan Undang-Undang Dasar 45, tetapi turut melindungi kaum lelaki daripada pandangan syahwat yang tidak terkawal. Namun daripada aspek yang lain, ternyata juga memiliki saham dalam melindungi lapisan ozon di langit dengan mengurangkan penggunaan bahan-bahan CFC.

Patut disesali apabila ada tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam pengajian Quran memandang jilbab sebagai refleksi budaya Arab sahaja. Perintah Allah dalam surah an.Nur di atas bagi berjilbab bagi wanita Muslim sudah jelas. Bahkan surah an-Nur didahului penegasan yang berbunyi:

"Ini adalah surah Kami turunkan. Kami wajibkan hukum-hukumnya serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Promosi Kembali ke Sekolah

oleh Roziyah Mahamad • 12 Jan 2011 9:31 AM

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online pada 12/1/2011.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) menawarkan potongan harga sebanyak 25 peratus ke atas buku motivasi terpilih sempena Promosi Kembali ke Sekolah yang berlangsung sehingga 16 Januari ini dan mereka yang berminat membelinya boleh membuat pesanan dalam talian di kedai buku online PTS.

Antara buku yang ditawarkan sempena promosi itu ialah 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris yang dijual pada harga RM11.62 berbanding harga asal RM15.50, Motivasi 5A UPSR (RM10.87), Peta Minda: Langkah Demi Langkah (16.50) dan Komik M-Misi 8A (RM5.17).

Pegawai Perhubungan Awam PTS, Roslan Isa berkata, promosi itu juga dianjurkan PTS sebagai usaha membantu pelajar menghadapi peperiksaan 2011 dengan lebih bersemangat dan melengkapkan diri mereka untuk melangkah ke dewan peperiksaan penuh yakin, tenang dan bersedia menjawab kertas soalan.

“PTS melalui anak syarikatnya, PTS Islamika turut menyediakan pelbagai jenis buku menarik dan bermotivasi khas sempena Maulidur Rasul yang antaranya tiga jilid ensiklopedia Muhammad yang memaparkan sejarah lengkap berkaitan kehidupan Rasulullah SAW,” katanya. 

Pembaca juga boleh memiliki koleksi Khutbah Rasulullah SAW yang menghimpunkan koleksi khutbah Rasulullah sejak zaman kenabian sehingga khutbah terakhir baginda yang boleh dijadikan koleksi istimewa atau sebagai hadiah kepada orang tersayang. 

“Buku ini mengisahkan salasilah dan perjuangan Rasulullah SAW dan ia diterbitkan dengan tujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada masyarakat berkenaan tokoh unggul yang wajar dijadikan ikon dalam diri setiap Muslim mahupun Muslimah,” katanya. 

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang mengetahui kehidupan Nabi dan Rasul kerana PTS Islamika turut menerbitkan buku 31 Kisah Nabi yang menghimpun kisah nabi dan rasul dan didatangkan dalam empat warna menarik serta mampu menghiburkan mereka. 

Mereka yang berminat untuk mengatahui maklumat lanjut dan membeli buku terbitan PTS boleh membuat pesanan melalui BookCafe.com.my atau dengan menghubungi talian 03-6188 0316 atau layarihttp://pts.com.my"> http://pts.com.my

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Strategi Survival dalam Sektor Sastera Remaja yang Sudah menjadi Laut Merah

oleh Roziyah Mahamad • 12 Jan 2011 8:53 AM

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/

 

Sektor pasaran buku-buku sastera remaja (12 - 16 tahun) sudah menjadi laut merah, maksudnya sektor ini sudah sangat kompetatif, yakni persaingan sudah menjadi sengit.

Persaingan itu adalah:

(i) Antara penerbit sesama penerbit

Pada saat ini skurang-kurangnya sudah ada 5 buah penerbit yang secara aktif menerbitkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja awal dan remaja. Produk yang ditawarkan lebih kurang serupa sahaja. Penampilannya pun lebih kurang serupa sahaja.

(ii) Antara penulis sesama penulis

Dengan bertambahnya jumlah penerbit dalam sektor ini, ia mondorong lebih banyak penulis baru menghasilkan karya dalam kategori awal remaja dan remaja. Pada masa ini jumlah penulis baru genre novel remaja semakin banyak. Jumlah judul yang diterbitkan juga semakin banyak.

Namun, pasaran novel remaja tidak anjal. Maksudnya, apabila jumlah judul baru bertambah, jualan tidak bertambah. Ini kerana daya beli remaja adalah sangat terbatas kerana wang mereka bergantung kepada wang saku sekolah dan wang pemberian tambahan daripada ibu bapa.

Walaupun jumlah judul baru yang diterbitkan setiap bulan semakin banyak, tetapi wang saku remaja tidak bertambah. Jika selama ini mereka mampu membeli satu buku sebulan, walaupun kedai menawarkan 5 judul baru setiap bulan, remaja tetap sekadar mampu membeli 1 buku sahaja.

Dalam situasi di mana remaja berdepan dengan banyak pilihan judul, maka mereka cenderung memilih karya pengarang yang sudah menjadi kegemaran mereka.

Implikasi situasi begini sangat perlu dijadikan asas strategi survival penerbit:

(i) Apakah penerbit mahu menerbitkan lebih banyak judul?

(ii) Apakah risiko menerbitkan karya pengarang baru yang belum ada nama?

(iii) Apakah produk-produk baru yang berpotensi membuka laut biru baru?

Angka jualan novel remaja hanya akan naik apabila daya beli remaja naik. Daya beli remaja bergantung kepada daya beli ibu bapa mereka.

Foto di kanan menunjukkan rak novel remaja di sebuah kedai buku cawangan POPULAR di mana novel popular PTS disusun bersama-sama dengan novel-novel terbitan penerbit lain. Ini adalah situasi pada masa ini.

Cabaran utama saat ini adalah kenaikan harga minyak, yang menyebabkan kejatuhan daya beli rakyat Malaysia yang makan gaji. Majoriti pembeli novel remaja datang daripada keluarga makan gaji.

Apabila harga minyak naik, harga barang-barang keperluan ikut naik, malah naik lebih banyak daripada kenaikan harga minyak. Buku bacaan remaja pula tidak termasuk dalam senarai barang keperluan.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Bagaimana Nabi Muhammad Membina Keusahawanannya?

oleh Roziyah Mahamad • 11 Jan 2011 11:50 AM

Artikel dipetik daripada buku Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah oelh Muslim Kelana

 

Gelaran al-Amin yang diberikan kepada Nabi Muhammad tidak datang begitu sahaja. Ia wujud daripada usaha beliau yang terus membina kredibiliti dan kapasitinya sebagai seorang peniaga yang jujur. Kejujurannya inilah yang melahirkan kepercayaan orang ramai pada dirinya. Oleh sebab itulah, orang bijak pandai pernah berkata:

"Apabila anda ingin menguji sahabat sejati, ajaklah dia berniaga".

Ungkapan di atas muncul kerana dalam perniagaan, sifat jujur memang sukar diamalkan dan dipertahankan. Ramai sahabat yang menjadi rakan kongsi perniagaan gagal sebelum sempat mereka mengembangkan usaha kerana mereka tidak jujur dan saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Nabi Muhammad mampu mengatasi masalah-masalah itu. Pada usia 17 hingga 20 tahun, beliau mendapat kepercayaan bapa saudaranya bagi menguruskan perniagaan beliau. Apabila Nabi Muhammad mahir menguruskan perniagaan, beliau mula menghadapi persaingan dengan para pedagang veteran di jazirah Arab dalam pasaran yang lebih luas. Pada usia 23 hingga 25 tahun, nabi melonjak menjadi seorang peniaga profesional. Beliau mampu menjalankan amanah dengan mengendalikan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Semua urusan perniagaannya dijalankan dengan kaedah berniaga yang cerdas.

Nabi Muhammad mengenali pasar-pasar di kawasan tempat beliau berniaga dengan baik. Beliau berusaha mengenali karakter masyarakat di tempat-tempat itu. Nabi Muhammad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membina kerjasama strategik dengan rakan kongsi yang berpotensi. Selain itu, beliau mencari produk-produk terkini dan berkualiti tinggi. Kemudian, beliau menjualnya dengan penuh sopan santun, memberikan maklumat mengenai produk dan memberikan jaminan kepada pelanggannya.

Fakta-fakta di atas mampu menjelaskan kepada kita mengenai kelancaran Nabi Muhammad menerang dan menyampaikan hadis-hadis yang menyentuh perniagaan dan hukum-hukum perniagaan. Dengan pengalaman beliau yang luas dalam perniagaan, Nabi Muhammad berupaya menyampaikan hadis-hadis mengenai riba, sorokan barang, pengurangan timbangan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Oleh sebab Nabi Muhammad mula berniaga jauh sebelum beliau diangkat menjadi nabi, Pengalaman dan kemahirannya mencapai tahap yang tinggi sewaktu beliau menjadi utusan Allah.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Muhammad Rasul Akhir Zaman

oleh Roziyah Mahamad • 10 Jan 2011 9:48 AM

Artikel dipetik daripada buku Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemas Kini) oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Muhammad Rasul Akhir Zaman

Menurut ahli sejarah yang terkenal, Ibn Ishak, Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal pada tahun Gajah bersamaan 20 April, 571 Masihi. Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Maad bin Adnan bin Ismail bin Ibrahim. Nama Muhammad diberikan oleh datuk beliau, Abdul Mutalib yang bermaksud 'Yang Terpuji'.

Semasa masih kecil, beliau disusui oleh Halimatus Saadiah daripada bani Saad, selama dua tahun. Bapanya yang bernama Abdullah meninggal dunia semasa beliau masih dalam kandungan. Kemudian diikuti oleh kematian ibunya, Aminah, di Abawa semasa beliau baru berumur enam tahun. Selepas kematian ibunya, beliau dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib. Penjaga beliau diambil alih oleh bapa saudara sebelah ayahnya, Abu Talib selepas kematian Abdul Mutalib. Pada masa itu beliau baru berusia 8 tahun.

Semasa berumur 40 tahun, beliau suka memencilkan diri dengan bertapa di Gua Hira. Di dalam gua itu, beliau dikurniakan wahyu pertama dan dilantik menjadi rasul atau utusan bagi seluruh alam pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos, 610 Masihi. Dengan itu, bermulalah dakwah Nabi Muhammad yang penuh dengan onak dan duri di bandar Mekah.

Pengistiharan beliau sebagai rasul ditentang hebat oleh masyarakat Quraisy terutamanya selepas kematian Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Akhirnya selepas 13 tahun berdakwah di Mekah, Allah mewajibkan beliau dan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan ini membuka jalan kepada penubuhan negara Islam pertama di Madinah, sekali gus menjadi pemangkin kepada pengembangan dakwah Islam ke Seluruh dunia.

Setahun selepas hijrah, berlaku perang pertama yang dikenali sebagai Perang Badar antara umat Islam dengan golongan Quraish. Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan ia berjaya membuka mata dunia pada kekuatan umat Islam pada masa itu. Akhirnya pada hari jumaat, 10 Ramadan tahun kelapan hijrah, umat Islam dari Madinah berjaya menakluk Mekah dan menguasainya.

Selepas menguasai Mekah, Nabi Muhammad melonjakkan dakwah Islam ke peringkat antarabangsa dengan mengajak pemimpin-pemimpin dari luar negara memeluk Islam. Dakwah ini menggegarkan empayar Rom dan Parsi dan ia menjadi batu asas kejatuhan kedua-dua empayar itu ke tangan orang Islam. Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun kesebelas hijrah semasa umurnya 63 tahun.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Risalah Kebenaran Muhammad

oleh Roziyah Mahamad • 06 Jan 2011 10:14 AM

Artikel dipetik daripada buku Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad oleh Muhammad Hasan Al-Basri

Kehadiran Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir, seperti yang kita ketahui, membawa kebaikan kepada umat manusia. Beliau membawa manusia daripada kegelapan menuju cahaya yang terang. Ini kerana Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul terakhir, menyampaikan risalah yang sempurna iaitu agama Islam yang mampu memimpin manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sejak Nabi Muhammad kecil sehingga dewasa, masyarakat Arab mengenalnya sebagai al-Amin yang bermaksud 'yang dapat dipercaya'. Dengan demikian, ramai orang tidak meragukan risalah tauhid yang dibawanya. Apalagi, Nabi Muhammad berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang disegani masyarakat Arab pada waktu itu. Hal itu menambah kewibawaannya dalam berdakwah kepada masyarakat. Tambahan pula, Nabi Muhammad memiliki sifat terpuji iaitu cerdas, amanah, jujur, dan tabligh yang bermaksud 'menyampaikan'.

Apabila Allah melantik Nabi Muhammad sebagai utusan-Nya di muka bumi ini bagi menyampaikan risalah tauhid, masyarakat jahiliah menolaknya. Mereka tetap mempertahankan agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Hanya orang yang lurus hatinya mahu beriman kepada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nabi Muhammad Pemimpin yang Sederhana

oleh Roziyah Mahamad • 05 Jan 2011 11:04 AM

Artikel dipetik daripada buku Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Nabi Muhammad Pemimpin yang Sederhana

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas mengenai kisah Omar yang memasuki bilik Nabi Muhammad semasa beliau menziarahinya. Omar berkata, "Aku pun duduk dan aku melihat tanda tikar pada badan Nabi Muhammad. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung...aku pun menangis.

Terus Nabi Muhammad bertanya, 'Wahai Ibnu Khattab, mengapa kamu menangis? Aku menjawab, 'Mengapa tidak, ya Rasul Allah. Aku ternampak bekas tikar kasar di badanmu dan aku melihat hartamu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Maharaja Parsi yang hidup dalam kelazatan, sedangkan kamu adalah nabi (hidup seperti ini)' . Nabi Muhammad terus berkata, 'Wahai Ibn Khattab, apakah kamu tidak reda bahawa bagi kita akhirat dan bagi mereka dunia?"

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nabi Muhammad Berjenaka

oleh Roziyah Mahamad • 04 Jan 2011 10:40 AM

Artikel dipetik daripada buku Rahsia Cinta Tiga Segi Muhammad oleh Muhammad Hasan Al-Basri

Nabi Muhammad Berjenaka

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan bersama para sahabat dan mereka bertemu dengan sekumpulan nenek. Nabi memberitahu nenek-nenek itu, di syurga kelak tidak ada nenek-nenek seperti mereka. Oleh sebab nabi tidak pernah berbohong, nenek-nenek tadi mempercayai kata-katanya. Mereka pun menjadi takut lalu menangis. Para sahabat kehairanan dan bertanya kepada nabi apakah maksud kata-katanya itu.

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, di syurga kelak memang tidak ada nenek-nenek kerana semua orang muda dan kacak serta cantik rupawan. Mendengar kata-kata nabi itu, barulah mereka faham, nabi sebenarnya berjenaka. Nenek-nenek itu pun berhenti menangis. Malah mereka berasa gembira kerana nabi mendoakan mereka masuk syurga.

Pada suatu hari yang lain, Nabi Muhammad bersama para sahabat sedang duduk berehat sambil memakan buah kurma. Nabi makan dengan lahap dan kemudian meletakkan biji kurma yang dimakannya di hadapan Ali bin Abu talib yang duduk di sebelahnya. Dengan itu, walaupun nabi memakan banyak buah kurma, tidak ada biji kurma di hadapan beliau. Semua biji kurma terletak di hadapan Ali. Kemudian nabi berkata, "Wahai sahabat-sahabatku, orang yang rakus memakan buah kurma adalah orang yang dihadapannya terdapat banyak biji kurma."

Mendengar kata-kata nabi itu, para sahabat melihat di hadapan Ali terdapat banyak biji buah kurma namun Ali bukanlah orang sembarangan. Beliau adalah orang yang berilmu dan beliau membalas kata-kata nabi, "Tetapi orang yang lebih rakus adalah orang yang makan buah kurma dan sekali gus memakan bijinya hingga dihadapannya tidak ada sisa biji kurma sama sekali."

Kata-kata Ali itu jelas menunjukkan beliau adalah orang yang berilmu sehingga nabi merujuknya sebagai 'gerbang ilmu'. Nabi berkata, "Aku ibarat tanah di halaman sedangkan Ali bin Abu Talib adalah pintunya."

Pada suatu kesempatan Nabi Muhammad menjelaskan, umat Islam yang bertaubat menggembirakan Allah. Nabi menggambarkan kegembiraan Allah itu dengan kiasan atau tamsil yang lucu dan menyegarkan. Tujuan nabi adalah supaya para pendengar mampu memahami dengan mudah dan mengingati kata-katanya itu.

Nabi berkata, "Sesungguhnya Allah gembira melihat hamba-Nya yang bertaubat melebihi kegembiraan salah seorang antara kamu yang menemukan kembali untanya yang hilang di padang pasir. Unta itu membawa bekalan makanan dan minuman dan apabila ia hilang, tuannya berputus asa dan berbaring di bawah pohon. Tidak lama selepas itu, untanya muncul di hadapannya. Orang itu berasa gembira dan berkata, 'Ya Allah, engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan kamu." Dia mengucapkan kata-kata itu kerana keliru akibat berasa terlalu gembira." (Direkodkan oleh Muslim)

Dalam hadis di atas, nabi menyatakan orang itu tersalah sebut kerana begitu gembira untanya yang hilang kembali kepadanya. Nabi menekankan, kegembiraan Allah melebihi kegembiraan orang itu apabila Allah melihat hambanya bertaubat. Bukankah kisah-kisah di atas menunjukkan Nabi Muhammad memiliki sifat kelakar dan suka berjenaka?

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Angka Jualan PTS bagi Tahun 2010 Meningkat 32%

oleh Roziyah Mahamad • 03 Jan 2011 3:40 PM

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/ 

 

Pengarah urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, Tn Arief Rahmat (foto) memberitahu bahawa data jualan bagi tahun 2010 menunjukkan peningkatan 32%, manakala target asal adalah 30%.

Menurut beliau, pencapaian itu adalah di luar jangkaan kerana berlakunya kesan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang keperluan, suatu perkara yang menyebabkan jatuhnya pendapatan sebenar dan kuasa beli orang awam.

Faktor-fakor yang membolehkan PTS mencapai prestasi luar biasa itu adalah:

(i) Peningkatan jumlah judul baru best-seller yang diterbitkan sepanjang tahun 2010, khususnya judul-judul baru dari pengarang-pengarang top-seller PTS. Mereka adalah Abdul Latip Talib, Ain Maisarah, Chef Hanieliza dan Muhammad Alexander. Bagi setiap pengarang itu, nilai jualan judul mereka masing-masing melebihi RM1 juta.

(ii) PTS telah menaikkan bajet bagi periklanan dan promosi tahun 2010 sebanyak 100% bagi membeli lebih banyak ruang iklan di stesen televisyen, radio dan akhbar-akhbar utama, termasuk akhbar Cina.

(iii) Beberapa inovasi yang dilaksanakan oleh jabatan editorial PTS telah membuka beberapa laut biru baru, seperti siri buku cerita berilustrasi penuh oleh PTS One Sdn Bhd yang mendapat sambutan baik dari pasaran.

(iv) Menambah anggota Tim-Sales bagi meningkatkan jualan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik kepada kedai-kedai buku yang menjadi agen PTS.

(v) Pertambahan nama-nama pengarang baru muncul yang berbakat, yang membolehkan penerbitan judul baru sebanyak 400 judul.

Kejayaan PTS dalam (a) menangkis kesan negatif kenaikan harga minyak dan (b) berjaya mengekalkan rekod kadar pertumbuhan tinggi selama 10 tahun berturut-turut adalah gambaran ketangkasan cara-fikir dan cara-kerja Tim-PTS yang muda-muda belaka.

Syukur kepada Tuhan yang sentiasa memenuhi janji-janjinya kepada sesiapa yang berlumba-lumba mencari kemenangan dengan cara membantu orang-orang lain (bukan mencari kemenangan dengan cara mengalahkan orang-orang lai

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Kesan IQ ke atas Estim

oleh Roziyah Mahamad • 03 Jan 2011 9:49 AM

Artikel daripada buku Kejayaan Dari Dalam oleh Puan Ainon Mohd.

Kesan IQ ke atas Estim

Sesetengah individu pernah menjadi pelajar cemerlang semasa di sekolah tetapi selepas bekerja mereka tidak pula menampakkan kecemerlangan dalam menjalankan tugasnya. Keputusan peperiksaan yang cemerlang menunjukkan mereka mempunyai IQ yang tinggi tetapi walaupun mereka begitu berjaya di dalam bilik darjah dan dewan peperiksaan, tetapi di tempat kerja keadaannya amat berbeza.

Kepintaran adalah jenis keupayaan yang paling luas. Di sekolah, kanak-kanak yang pintar selalu diberi bermacam-macam hadiah dan dalam peperiksaan mereka diberi markah tinggi.

Disebabkan masyarakat sangat menghargai IQ, adalah diandaikan IQ menjadi sumber estim yang penting, tetapi ini tidak benar. Perkaitan antara IQ dan estim adalah antara sifar hingga 50 dan biasanya ia adalah dalam ukuran tiga puluhan sahaja.

Individu-individu yang memiliki IQ tinggi belum tentu mempunyai estim yang tinggi juga. Begitu juga halnya dengan IQ yang normal ataupun rendah di mana individu yang normal IQnya mungkin memiliki estim yang tinggi. Di kalangan pelajar sekolah menengah, tidak ada perkaitan antara IQ dan bakat kepimpinan, sehinggalah pada peringkat sekolah menengah atas.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Ciri-Ciri Buku Kanak-Kanak dan Prasekolah yang Bermutu Tinggi

oleh Roziyah Mahamad • 30 Dec 2010 9:33 AM

Artikel dipetik daripada http://www.universitipts.com/

 

Puan Nani Menon adalah pakar bahan bacaan kanak-kanak di Universiti Putra Malaysia. Beliau yang juga penulis PTS memberikan panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tadika apabila memilih buku-buku bagi kegunaan kanak-kanak, seperti di bawah:

1. Pilih buku berdasarkan isi kandungannya. Misalnya buku Matematik bukan hanya nombor saja, tetapi mengenai ruang, ukuran, pembahagian sedikit atau banyak. Penyampaian dalam bentuk cerita adalah lebih berkesan.

2. Buku haruslah mengandungi nilai murni seperti sifat bekerjasama, berkongsi, tanggungjawab serta menghargai alam sekitar.

3. Ayat digunakan dapat meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak.

4. Untuk kanak-kanak prasekolah, cari buku yang mempunyai perkataan dan muka surat sedikit serta disampaikan secara berulang-ulang.

5. Untuk kanak-kanak prasekolah sebaiknya pilih daripada 14 sehingga 16 muka surat saja manakala sekolah rendah 32 muka surat. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak hilang tumpuan kepada pembacaan mereka, selain mengekalkan minat membaca.

6. Untuk bayi, cari buku yang senang dibasuh dan tidak mudah rosak seperti buku berbentuk kain, kemudian apabila mereka sudah faham konsep tidak merosakkan buku barulah tukar kepada buku berkulit keras.

7. Untuk kanak-kanak prasekolah, buku cerita lebih berkesan bagi membentuk pemikiran kritis mereka berbanding buku latihan seperti buku mewarna ataupun buku pengiraan.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. mazidah binti zainol
    15 Jun 2011
    9:27 AM
    {stars}{rating}{/stars}

    minta jasa baik puan untuk menerangkan format penulisan fiksyen kanak-kanak

Artikel popular

Menambah Pengetahuan Agama Mengenai Urusan Perniagaan

oleh Roziyah Mahamad • 29 Dec 2010 3:02 PM

Artikel dipetik daripada buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman oleh Saat Sulaiman

Orang Islam yang menceburi perniagaan perlu menambah pengetahuan dalam urusan perniagaan. Perkara-perkara yang halal ataupun haram mesti dititikberatkan seperti dalam urusan akad jual beli, jenis jual beli, hubungan dengan pelanggan, taktik tipu daya dan sebagainya. Ia penting supaya perniagaan berjalan mengikut peraturan Tuhan dan rasulnya.

Ketiga-tiga langkah yang dinyatakan adalah langkah awal menjadi usahawan beriman. Sekiranya tiga langkah itu dituruti, ia adalah kejayaan awal menjadi usahawan dan langkah seterusnya perlu diatur bagi mengembangkan perniagaan.

Pentingnya pengetahuan dalam perniagaan digariskan oleh ulama muktabar seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Tayyimah dan lain-lain. Dalam buku-buku mereka ada menceritakan mengenai Khalifah Umar al-Khattab yang mengeluarkan usahawan-usahawan dari pasar apabila mendapati mereka tidak memahami urusan perniagaan sebagaimana yang digariskan Islam. Malah, beliau pernah memukul peniaga yang jahil dalam perniagaan.

Imam Tarmizi melaporkan Khalifah Umar berkata, "Jangan berjual di pasar kita melainkan orang yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam."

Prof. Dr. Muhammad Abdul Mannan dalam buku Islamics Economi, Theory and Practice, mengatakan, "Ilmu ekonomi Islam adalah ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah ekonomi masyarakat. Ia diilhamkan oleh nilai-nilai Islam."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Memperkasakan Sabar

oleh Roziyah Mahamad • 29 Dec 2010 9:53 AM

Artikel dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr. Mohd Fadlizah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Nur Hanani Hussin.

 

Jika engkau bersabar,

takdir itu berlaku juga ke atas dirimu,

tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala.

Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu,

dan engkau berdosa.


Perkataan sabar ini terlalu banyak diulang-ulang di dalam Quran dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara ayat-ayat yang menyarankan supaya bersabar dalam menempuh segala halangan, cabaran dan ujian adalah:

1. Penjelasan Tuhan di dalam surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Tuhan bersama-sama dengan orang-orang yang sabar."

2. Tuhan menjelaskan lagi di dalam surah al-Zumar ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhan mengganjari mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak dan tidak terhitung.

3. Tuhan menerangkan di dalam surah al-Anfal ayat 66 yang bermaksud, "Sekarang Tuhan meringakan kepadamu dan dia sudah mengetahui padamu ada kelemahan. Sekiranya ada di antaramu seratus orang yang sabar, pasti mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan sekiranya di antaramu ada seribu orang (yang sabar), pasti mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Tuhan bersama-sama orang-orang yang sabar."

4. Manakala Tuhan menyatakan di dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah serta bertakwalah, supaya kamu mendapat kemenangan."

Dalam ayat 200 surah Ali Imran di atas mengandungi empat formula mencapai kemenangan iaitu:

1. Sabar: Antaranya sabar menahan nafsu, mengendalikan diri dan sebagainya.

2. Memperkasakan sabar: Ini merupakan sabar tahap kedua seperti menerima perlian kawan, orang yang iri hati melihat rancangan menuju kejayaan dan sebagainya.

3. Bersedia: Bersedia daripada pelbagai aspek dalam menempuhi cabaran dan kegagalan sebelum berjaya.

4. Bertakwa: Takwa kepada Tuhan adalah kunci sebelum sabar, memperkasakan sabar dan bersedia.

Walaupun ayat ini berkisar mengenai perang tetapi formula ini sekiranya diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam mencapai matlamat, kita pasti merasai dan mengecapi kejayaan. Kemudian, ayat ini diakhiri dengan frasa yang menarik, "Supaya kamu berjaya mendapat kemengan."

Lawan sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana mengeluh membuat semangat menjadi lemah. Mengeluh juga boleh menerbitkan perasaan kecewa dan putus asa. Sedangkan Tuhan menerangkan di dalam Quran surah al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud, "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Cinta Bakar
    04 Jan 2011
    2:30 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    Assalamualaikum…bagaimana jika saya berminat menjadi pengedar…

    dan izin saya share ilmu2 di dalam web ni di blog saya dan FB saya ya,,,

Artikel popular

Tip Survival Penerbit: Laut Biru Fiksyen Terjemahan

oleh Roziyah Mahamad • 28 Dec 2010 12:54 PM

Artikel dipetik daripada http://www.universitipts.com/

PTS sudah beberapa lama menjalankan market-testing bagi menguji pasaran fiksyen terjemahan. Tujuannya adalah bagi mengenal pasti saiz pasaran fiksyen terjemahan dalam Bahasa Melayu. Terbukti bahawa pasaran fiksyen terjemahan memang ada, dan saiz pasaran itu cukup bagi membolehkan penerbit survive dengan menerbitkan fiksyen terjemahan sahaja.

Pada masa ini jumlah cetakan pertama novel terjemahan PTS adalah 3 ribu unit, berbanding dengan jumlah cetakan pertama novel original sebanyak 5 ribu unit. Antara faktor yang menyebabkan pasaran fiksyen terjemahan masih kecil adalah disebabkan fiksyen terjemahan diletakkan di rak fiksyen Melayu bersama-sama dengan karya original.

PTS akan terus menerbitkan judul-judul fiksyen terjemahan sehingga kategori ini mendapat raknya sendiri di dalam kedai-kedai buku.

Faktor rak khusus bagi fiksyen terjemahan adalah penting kerana selagi kedai buku tidak mahu memberikan rak sendiri kepada fiksyen terjemahan maka selagi itu sukar bagi kita hendak menarik perhatian mata pembeli.

Pengurusan kedai buku tidak akan memberikan rak khusus kepada fiksyen terjemahan selagi jumlah judul tidak cukup banyak bagi mengisi rak itu. Berdasarkan pengalaman PTS, jumlah minimum judul yang diperlukan adalah 50.

Bagi mana-mana penerbit yang berminat menekuni sektor fiksyen terjemahan, dua faktor yang kritikal dijaga adalah:

(i) Mengawal kualiti terjemahan

(ii) Memilih judul-judul yang popular sahaja

Disebabkan pasaran fiksyen terjemahan masih Laut Biru, ini bermakna mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang menjadi 'big boy' (budak besar).

Di sisi lain, mana-mana penterjemah yang berminat menekuni sektor fiksyen terjemahan, mereka masih berpeluang menjadi 'big name' (nama besar) dalam sektor ini.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Model Genre Kreatif Islam

oleh Roziyah Mahamad • 21 Dec 2010 9:14 AM

Artikel dipetik daripada  http://sasteradannovelislam.blogspot.com/

 

Banyak perbincangan telah ditulis berkenaan konsep sastera Islam. Banyak definisi sudah dikemukakan, dengan jumlah definisi yang sama banyak dengan ahli teori yang mengemukakannya.

Selain definisi, perkembangan teori sastera Islam memerlukan supaya ahli-ahli teorinya mengemukakan model-model ideal bagi setiap genre yang dapat dianggap sebagai model Islam yang ideal.

Model-model itu diperlukan oleh:

1. Para penulis yang mahu menghasilkan karya Islami.

2. Para penerbit sastera Islam bagi memastikan mereka tidak tersalah memilih manuskrip.

3. Para anggota panel hakim dalam pelbagai pertandingan, hadiah dan anugerah supaya mereka mempunyai garis panduan penilaian yang konseptual dan juga teknikal tentang unsur-unsur yang perlu dinilai dengan menggunakan kayu ukur yang betul.

Penerbit dan penulis sastera Islam memerlukan model-model genre kreatif Islami kerana faktor-faktor berikut:

1. Bagi memastikan kita tidak menyebarkan unsur-unsur yang tidak selaras dengan Islam yang mungkin terdapat di dalam buku-buku yang diterbitkannya.

2. Rumah penerbitan perlu mempunyai (a) dasar editorial dan (b) manual menapis manuskrip yang diterima dari penulis-penulis.

3. Para editor perlu mempunyai manual editing yang menyenaraikan secara teknikal unsur-unsur yang memerlukan pembetulan sebelum sesuatu manuskrip itu layak diterbitkan.

4. Penulis-penulis perlu mengetahui secara teknikal unsur-unsur yang boleh menyebabkan manuskrip mereka ditolak oleh penerbit.

5. Dengan mempunyai model-modelnya sendiri, penulis dan penerbit dapat menerbitkan karya-karya kreatif yang mempunyai USPnya (unique selling point) sendiri, yang membezakan buku-bukunya daripada buku-buku lain dalam pasaran.

USP adalah faktor paling penting bagi mencipta apa yang disebut 'posisi-produk' (product-positioning).

Teori dan teknik surah Yusuf adalah suatu usaha bagi mengemukakan suatu model ideal karya sastera yang indah.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Belajar Product-Development dari Puan Ain Maisarah

oleh Roziyah Mahamad • 20 Dec 2010 2:49 PM

Artikel dipetik daripada http://www.universitipts.com/ oleh Puan Ainon Mohd.

Dalam Facebook beliau, Puan Ain Maisarah menerangkan bagaimana beliau menjalankan kerja-kerja R&D (P&P - penyelidikan & pembangunan) sebelum memilih jalan cerita karyanya.

Tulis beliau:

"Cerita Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib telah diceritakan di hadapan 3000 orang pelajar sekolah rendah dan 1500 orang pelajar menengah dalam masa 10 minit. Setiap kali bercerita, kami dapat melihat reaksi muka para pelajar bahagian mana yang mereka paling suka, bahagian mana yang mereka ketawakan. Inilah salah satu cara menguji jalan cerita novel kita.

Kanak-kanak tidak dapat memberikan komen yang adil ketika membaca buku. Kebanyakannya hanya akan kata "best", seronok, dan pelbagai pujian di hadapan orang dewasa. Oleh itu pada hemat saya, melihat reaksi mereka adalah cara yang lebih telus [transparent].

'Sneak peak' juga satu kaedah yang baik. Persoalannya adakah kita memberi baca kepada para peminat yang sudah tentunya memberi respon yang berat sebelah. Peminat selalunya tidak mahu mengecilkan hati penulis yang disukainya.

Jangan ikutkan sangat kehendak pembaca. Tujuan kajian pasaran adalah untuk mengetahui respon mereka. Selepas itu kita buat keputusan berdasarkan kemampuan, kewangan, tema, dan jenama. Contohnya, untuk menjadi yang pertama di pasaran tentunya ramai pembaca tidak boleh menerima konsep baru buku kita, tetapi itu adalah risiko yang berbaloi untuk menjadi 'trend leader'."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Realiti dalam Karya Sastera: Prinsip Surah Yusuf

oleh Roziyah Mahamad • 17 Dec 2010 4:00 PM

Artikel dipetik daripadahttp://sasteraislami.blogspot.com/"> http://sasteraislami.blogspot.com/ yang ditulis oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.

 

Dalam teori sastera aliran realisme konvensional, karya sastera berfungsi menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam dunia realiti. Berdasarkan prinsip ini, karya sastera boleh mendedahkan semua bentuk perkara yang baik dan yang tidak baik seadanya.

Dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, segala maklmuat yang disampaikan dalam surah itu adalah kisah benar, yakni realiti. Jadi surah Yusuf menceritakan hanya yang benar sahaja, justeru peristiwa abang-abang yang sanggup membunuh adik sendiri disebabkan berebut kasih ayah semata-mata, dan perisitiwa perempuan-perempuan Mesir yang terpesona apabila memandang Nabi Yusuf sehingga mereka tidak sedar telah melukai jari mereka sendiri, adalah kejadian benar.

Surah Yusuf hanya menceritakan apa yang benar, maka di manakah perbezaan antara teori realisme konvensional dengan teori realisme dalam sastera Islami?

Dalam teori sastera konvensional, segala yang berlaku dalam realiti dibenarkan dipaparkan dalam karya, dan pengarang diberikan kebebasan mutlak memilih mana realiti yang mahu dipaparkan dan mana yang tidak. Pengarang juga diberikan kebebasan menuliskan realiti itu dengan apa jua teknik yang dipilihnya.

Dalam erti kata lain, dalam teori sastera konvensional pengarang diberikan kebebasan mutlak dalam 4 perkara:

a. Kebebasan Memilih Tema

Dalam teori sastera konvensional, pengarang mempunyai kebebasan mutlak memilih apa sahaja tema bagi karyanya. Pengarang Islami diberikan kebebasan memilih tema sama seperti pengarang konvensional dalam ertikata tema dalam sastera Islami adalah terbuka. Sebagai contoh, jika pengarang konvensional bebas memasukkan unsur-unsur maksiat dalam sastera, maka pengarang Islami juga bebas melakukannya. Ini berdasarkan dalam surah Yusuf terdapat banyak tema perbuatan mungkar seperti anak durhaka, godaan perempuan, isteri curang, suami dayus, dan pembunuhan.

b. Kebebasan Memilih Peristiwa

Pengarang konvensional diberi kebebasan memlilih apa sahaja peristiwa bagi dipaparkan dalam karyanya, tetapi pengarang sastera mempunyai kebebasan terbatas. Sebagai contoh, berdasarkan surah Yusuf, bagi tema pembunuhan, tidak ada paparan teknikal bagaimana perbuatan abang-abang Nabi Yusuf cuba membunuh beliau. Ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan melukiskan aksi pembunuhan secara terperinci.

Demikian pula, bagi tema jatuh cinta, dalam surah Yusuf tidak ada paparan teknikal tentang tingkah laku Zulaikha yang khayal-berahi dalam lamunan percintaan. Ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan melukiskan secara teknikal babak-babak percintaan yang dapat mencetuskan perasaan berahi pada pembaca.

c. Kebebasan Memilih Objek

Pengarang konvensional diberi kebebasan memilih sebarang objek yang mahu digambarkan dengan terperinci, tetapi pengarang sastera Islami mempunyai kebebasan terbatas. Sebagai contoh, pengarang konvensional dibenarkan menggambarkan dengan terperinci bentuk tubuh badan semua watak-wataknya, apa lagi bentuk tubuh badan perempuan yang cantik-cantik.

Dalam surah Yusuf tidak ada maklumat sama sekali tentang ciri-ciri fizikal ketampanan Nabi Yusuf dan kejelitaan isteri al-Aziz. Ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan menerangkan rupa bentuk tubuh badan dan pakaian yang dipakai oleh watak-watak yang terlibat dalam tema percintaan, sebagaimana dalam kes watak Nabi Yusuf dan isteri al-Aziz disebabkan mereka berdua terlibat dalam tema cinta.

d. Kebebasan Memilih Kosa Kata

Pengarang konvensional diberikan kebebasan mutlak memilih kosa kata tetapi tidak bagi pengarang Islami. Pengarang konvensional bebas menggunakan sebarang perkataan dan frasa sebagaimana yang digunakan dalam alam realiti. Kebebasan mutlak seperti itu tidak diberikan kepada pengarang Islami.

Dalam surah Yusuf, tidak terdapat perkataan-perkataan yang dianggap bahasa kotor, bahasa lucah, bahasa kasar dan bahasa nista. Ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan menggunakan kosa kata jenis itu dalam berkarya.

Sebagai kesimpulan, manakala teori sastera konvensional memberikan kebebasan mutlak kepada pengarang menggambarkan dunia realiti, teori sastera Islami aliran surah Yusuf tidak memberikan kebebasan mutlak seperti itu. Ada realiti yang dibenarkan dipaparkan dengan terperinci dalam karya sastera manakala ada realiti yang hanya boleh 'diceritakan' tetapi tidak boleh 'digambarkan'.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Memilih Sahabat

oleh Roziyah Mahamad • 17 Dec 2010 11:44 AM

Artikel dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Nur Hanani Hussin

 

Memilih Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,

sahabat yang setia bagai pewangi yang menharumkan,

sahabat sejati pendorong impian,

sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan.

 

Pergaulan adalah perlu, tetapi memilih sahabat adalah lebih penting. Pergaulan yang salah menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani dan kita akan terikut-ikut dengan pelbagai keinginan serta permintaan mereka yang negetif.

Peristiwa hijrah memaparkan bagaimana Nabi Muhammad memilih seorang teman untuk berhijrah iaitu Abu Bakar kerana beliau sering membenarkan kata-kata Nabi Muhammad malah diberi gelaran as-Siddiq menjadi menjadi satu pedoman dalam memilih teman. Semasa nabi ke rumah sahabatnya Abu Bakar dan menyatakan, "Tahukah engkau, aku diberi izin untuk keluar (hijrah)?" Lantas Abu Bakar berkata, "Anda perlu teman, wahai nabi?" Nabi menjawab, "Ya, kawan."

Inilah contoh sahabat yang baik dan beriman, menawarkan bantuan tanpa perlu diminta. Apabila tiba di gua Thur, Abu Bakar terlebih dahulu memasuki gua itu bagi memastikan keselamatan dan kemungkinan gangguan binatang buas daripada mengganggu Nabi Muhammad. Semasa di gua Thur semasa bersembunyi daripada kaum Musyrikin, nabi tertidur di atas riba Abu Bakar, beliau dipatik ular. Abu bakar menahan sakit sehingga menitis air mata dan terkena nabi sehingga membuatkan nabi terjaga. Nabi lantas bertanya, "Kenapa engkau menangis wahai teman?" Melihatkan kejadian itu, Nabi Muhammad cepat-cepat merawat sahabatnya.

Dalam satu insiden lain di gua Thur semasa hijrah juga, semasa kaum Musyikin sampai ke pintu gua Thur, Abu Bakar kelihatan begitu cemas sekali, lantas nabi memberikan semangat dan menenangkan keadaannya dengan berkata, "Janganlah engkau berdukacita, Tuhan bersama-sama kita." Bicara ini direkodkan dalam surah al-Taubah.

Dalam insiden-insiden di atas yang berlaku semasa hijrah, Nabi Muhammad dilihat sebagai seorang yang memilih sahabat dalam melaksanakan perancangan yang cukup besar iaitu hijrah, menenangkan sahabat semasa memerlukan semangat. Manakala Abu Bakar pula seorang sahabat yang dermawan dalam menawarkan pertolongan, rela bersusah payah dan sanggup berkorban kerana nabi dalam menjayakan visi hijrah.

Hasan Ibnu Thabit mengungkapkan mengenai Abu Bakar melalui syairnya yang bermaksud:

Pendamping berdua di dalam gua,

Musuh mengepung mendaki gunung,

Cintanya kepada nabi,

Tidak ada yang membandingi.

 

Satu lagi pengajaran mengenai sahabat boleh kita lihat melalui insiden yang berlaku dalam peperangan Uhud seorang sahabat yang bernama Abu Dujanah melindungi nabi, badannya penuh luka semasa menangkis serangan yang ditujukan kepada nabi, sehingga kerana luka dan keletihan beliau meninggal. Kerana cinta dan kasihnya kepada nabi beliau sanggup berkorban nyawa.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Fenomena Aliff Firdaus Aziz

oleh Roziyah Mahamad • 16 Dec 2010 3:01 PM
{text}

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/.

 

Alif Firdaus Azis adalah seorang pekomik dan penulis sastera awal remaja yang bagus dijadikan contoh kejayaaan kepada pekomik-pekomik tanah air.

Beliau bermula sebagai pelukis komik. Beliau tidak pernah terfikir akan menjadi penulis sastera awal remaja. Hal itu disebabkan beliau percaya beliau adalah seorang pelukis komik, bukan penulis novel remaja.

Beliau bersahabat baik dengan seorang penulis sastera remaja, Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib (al-fatihah) yang juga dikenali dengan nama samaran Panah Arjuna.

Ahmad Zafranlah yang memberikan dorongan kepada Alif Firdaus Azis supaya belajar menulis cerita. Beliau juga 'memaksa-maksa' Alif Firdaus supaya menghadiri bengkel-bengkel penulisan yang saya kendalikan kepada calon-calon penulis PTS. Cerita selanjutnya sudah menjadi sejarah....

Banyak pekomik mempunyai bakat menulis cerita, tetapi mereka tidak cuba melakukannya disebabkan mereka tidak percaya mereka memiliki bakat itu, lalu mereka tidak mengambil langkah belajar menulis cerita.

Apabila pekomik juga menulis buku-buku cerita, mereka dapat menikmati pendapatan royalti yang lebih tinggi.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Petikan Buku : Waktu Tepat Berdialog dengan Quran

oleh Roziyah Mahamad • 15 Dec 2010 3:19 PM

Dipetik daripada buku Quranic Law of Attraction oleh Rusdin S. Rauf

Waktu Tepat Berdialog dengan Quran

Pada dasarnya, Hukum Tarikan bertindak balas dengan semua keinginan kita. Apa yang kita fokuskan, itulah yang kita peroleh. Oleh itu, kita mesti sentiasa memeriksa fokus perasaan dan fikiran kita. Takut-takut kita lebih terfokus kepada kedudukan dan ketakutan.

Bagi mengubah fokus ke arah perkara yang benar dan tepat, saudara memerlukan Quran. Saudara memerlukan tindak balas Quran. Saudara memerlukan tindak balas Quran. Saudara juga perlu bertindak balas dengan Quran. Saudara juga perlu bertindak balas dengan Quran. Tindakan saling bertindak balas ini adalah hasil yang sejati. Bagi memaksimumkan semuanya, saudara memerlukan seluruh perhatian. Tidak ada yang mengganggu saudara. Hanya saudara dan Tuhan sahaja.

Pada awal bab ini, saya membincangkan mengenai masa yang diperlukan bagi membaca ayat-ayat Quran. Saudara tidak perlukan masa yang lama. Sekiranya sibuk, saudara dapat membaca ataupun mendengar Quran pada waktu pagi, sebelum berangkat ke pejabat.

Tetapi, sekiranya saudara ingin mengejar keutamaan, waktu yang tepat adalah sepertiga akhir malam. Bangunlah pada waktu rahmat ini. Berwuduklah dan dirikan solat Tahajud. Dekatkan diri kepadanya. Taqarublah. Mintalah semua yang saudara impikan. Mohonlah Tuhan menambah ketajaman fokus saudara supaya dapat menumpukan lebih perhatian kepada keinginan-keinginan saudara. Sekali lagi, mohonlah kepada Tuhan supaya mempertajamkan fokus saudara.

(Tuhan kita azza wa jalla, yang maha mulia dan yang maha agung) turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir. Tuhan berkata, "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku berikan (permohonannya) dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu, pasti Aku ampun"
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             (Direkodkan oleh Al-Jammah)

Selepas mendirikan solat tahajud, bukalah Quran terjemahan. Bacalah surah yang saudara gemari. Bacalah daripada ayat pertama dan seterusnya. Lihatlah makna ayat-ayat yang saudara baca itu dan renungkan dengan teliti.

Pada waktu sepertiga malam itulah saudara dapat merasakan betapa dekatnya diri saudara dengan Tuhan kerana ketika itulah Tuhan 'turun' ke bumi. Dia mengabulkan segala permintaan saudara dan sudah tentu dia memberikan kekuatan kepada saudara. Salman al-Farisi berkata, "Kerjakanlah solat malam kerana amalan itu adalah kebiasaan orang yang soleh sebelum kamu jalan mendekatkan diri dengan Tuhan, penebus kesalahan-kesalahan kamu, pencegah dosa serta penghalau penyakit daripada tubuh."

Selain waktu sepertiga malam, saudara juga dapat membiasakan diri membaca Quran sesudah selesai solat maghrib. Waktu ini juga tidak kurang hebatnya dengan sepertiga akhir malam. Seperti dikatakan nabi, "Sesiapa yang mengurung diri di dalam masjid antara magrib dan isyak, tanpa mengucapkan sesuatu, kecuali bacaan solat ataupun membaca Quran, pasti Tuhan dengan kasih sayang dan kemurahan hatinya mendirikan baginya dua istana di syurga. Jarak antaranya seperti perjalanan seratus tahun. Ditanamnya juga pohon-pohon di sepanjang jarak sejauh itu."

Selain daripada dua waktu itu, saudara juga dapat membaca Quran pada waktu subuh, pagi ataupun tengah hari. Tetapi, waktu terbaik membaca Quran adalah pada sepertiga akhir malam. Cubalah!

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Karya dalam talian

oleh Roziyah Mahamad • 15 Dec 2010 10:50 AM

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online pada 15 Disember 2010 dan ditulis oleh Nazmi Yaakob

 

Laman web dan sosial serta blog menjadi pilihan kepada syarikat penerbitan gergasi dan kecil di Barat untuk mencari penulis yang mempunyai potensi untuk menghasilkan karya terlaris di pasaran, sekali gus tidak hanya bergantung kepada ejen sastera.

Tidak hairanlah syarikat seperti HarperCollins Publisher dan Simon & Schuster mewujudkan laman web khusus yang membenarkan penggunanya untuk memuat naik karya mereka ke laman web terbabit termasuk puisi, cerpen dan novel untuk dibaca oleh pengguna lain.

Laman web Inkpop kendalian HarperCollins Publisher dan Pulse It (Simon & Schuster) itu turut membenarkan penggunanya mengulas dan memberi cadangan untuk memperbaiki serta memperhalusi karya terbitan syarikat terbabit. 

Malah, Pulse It turut dimanfaatkan sebagai cara untuk menguji kehendak pasaran apabila ia memberi peluang kepada penggunanya yang ramai di kalangan remaja untuk membaca ulasan sesuatu judul buku remaja sebelum ia dipasarkan. 

Selain itu, laman web Wattpad.com pula sering mengadakan pertandingan novel yang ditaja oleh syarikat penerbitan atau ejen sastera, manakala syarikat penerbit kecil di Illinois, Medallion Press pula menerima permohonan dalam talian saja untuk penerbitan buku mereka dan baru-baru ini mengumumkan Siri Remaja Menulis Untuk Remaja. 

Bagaimanapun, penggunaan laman web, sosial dan blog untuk memukat penulis baru yang berpotensi belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan negara ini, meskipun jumlah penggunanya semakin bertambah dan penulis muda semakin ramai memuat naik karya mereka. 
Pengendali laman web Rumah Fantasi, Mazni Anita Awang atau lebih dikenali sebagai Anita Aruszi, mengakui blog dalam talian semakin popular dan ada pengikut boleh memancing penerbit, tetapi jumlah blog yang menjangkau ratusan tapak menyukarkan pihak industri untuk menelitinya. 

“Penerbit sendiri sukar meneliti perkembangan setiap blog yang bukan saja agak banyak, bahkan sentiasa muncul seperti cendawan tumbuh hampir setiap hari. Penerbit hari ini lebih bergantung kepada ejen mereka yang membekalkan novel dalam talian kelolaan masing-masing berdasarkan populariti,” katanya kepada Sastera di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Baginya sebahagian novel dalam talian yang dimuat naik di blog juga di luar fokus beberapa penerbit yang lebih mengutamakan kisah cinta sehingga sukar menambat hati pihak industri termasuk laman kelolaannya, Rumah Fantasi yang lebih menjurus kepada genre sains fiksyen dan fantasi. 

“Saya dan beberapa pengelola Rumah Fantasi menubuhkannya sekadar untuk berjinak-jinak dengan penulisan berbentuk begini, tetapi tetap menaruh harapan agar suatu hari nanti akan ada beberapa karya di Rumah Fantasi yang boleh diterbitkan atas jenama Siri Rumah Fantasi. 

“Walaupun Rumah Fantasi masih baru, tetapi saya perhatikan karya yang pernah tersiar dihasilkan penulis muda yang sangat berpotensi dan mahir mengolah rentak cerita yang mendebarkan, penuh persoalan dan tanda tanya,” katanya yang menghasilkan kira-kira 10 novel termasuk Dedalu di Hati, Kasihku Arina, Street Vendetta, Bunga Syurga dan Sakti Cinta. 

Anita Aruszi mengakui potensi dan kemahiran itu dapat dikesani apabila menjengah blog penulis muda yang menyiarkan karya dalam talian di blog mereka sehingga menemui pesona dalam olahan bahasa, kemantapan mengadun plot utama, menimbulkan persoalan dan dirungkai dengan tertib, menjadi ciri yang dicari penerbit. 

“Apatah lagi kebanyakan penulis muda itu berusia seawal 14 tahun sehingga 20-an yang menyimpan harapan untuk menjadi penulis yang karya mereka dicetak, sekali gus mendorong saya membuat kesimpulan bahawa penulis ini menjadikan blog sebagai medium untuk mencapai cita-cita dan harapan mereka bergelar penulis. 

“Bagi saya ilmu pertama yang perlu diberi kepada penulis baru ialah bagaimana memasarkan karya dalam talian mereka yang mungkin boleh dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan penulis dengan mengadakan lebih banyak seminar atau bengkel,” katanya. 

Presiden Persatuan Aktivis eSastera Malaysia (E-SASTERA), Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas (Irwan Abu Bakar) pula menyifatkan penyediaan laman web oleh penerbit dapat memberi peluang kepada penulis baru yang selama ini tidak berpeluang untuk menerbitkan karya mereka sama ada di media perdana atau syarikat penerbitan. 

“Kami dapati ramai penulis baru menghasilkan karya yang bermutu sehingga memberanikan E-SASTERA untuk menerbitkan 100 puisi terbaik yang tersiar di laman E-SASTERA di bawah selenggara penyair Kedah, Puzi Hadi, dalam bentuk konvensional. 

“Projek kedua pula, pihak E-SASTERA mencari beberapa penyair yang sangat aktif menghasilkan karya yang bagus untuk menerbitkan kumpulan puisi mereka pada tahun depan,” katanya. 

Bagaimanapun kecenderungan penerbit di luar negara itu belum dimanfaatkan sepenuhnya penerbit tanah air, sekiranya pandangan Editor Perolehan di PTS Litera, Faiizah Lood, mewakili senario pemerolehan manuskrip di negara ini kerana laman web atau laman sosial berfungsi sebagai medium pengiklanan dan komunikasi antara editor dengan penulis. 

“Laman sosial seperti Facebook dan Friendster memang ada pengguna yang ramai termasuk penulis generasi baru tanah air, manakala gaya penulisan mereka pula lebih bercorak santai. Oleh itu, laman sosial digunakan oleh editor untuk mendapatkan maklumat dan latar penulis yang dicadangkan oleh mereka yang sudah biasa dengan editor terbabit,” katanya. 

Bagaimanapun, Faiizah tidak menafikan bahawa laman web dan sosial tetap digunakan untuk mencari penulis baru dengan memanfaatkan laman terbabit sebagai tapak untuk meletakkan banner dan pengumuman yang mampu menarik perhatian penulis berkenaan. 

“Ini kerana ramai yang mahu menulis, tetapi tidak tahu menghantar karya mereka melalui saluran yang betul, manakala soal penulis baru ini mampu menghasilkan karya baik atau tidak, ia dilihat selepas mereka menghantar cadangan karya mereka. 

“Editor akan memuat turun cadangan itu untuk dibuat penilaian dan tidak dimuat naik untuk bacaan khalayak bagi mengelakkan salah faham penulis bahawa karya mereka sudah diterima,” ujarnya. 


Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nabi Musa sebagai Model Superhero Islami

oleh Roziyah Mahamad • 15 Dec 2010 9:04 AM

Artikel dipetik daripada http://noveltravelog.blogspot.com/ oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.

 

Nabi Musa dapat dijadikan model superhero Islami kerana beberapa faktor yang hanya ada pada beliau, yakni tidak ada pada nabi-nabi lain. Faktor-faktor itu adalah:

1. Beliau mempunyai kekuatan fizikal luar biasa.

Nabi Musa tidak menyedari beliau mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa. Pada suatu masa beliau menumbuk seorang lelaki Qibti, tiba-tiba lelaki itu mati akibat satu kali tumbukannya itu.

Pada suatu hari yang lain Nabi Musa dapat mengangkat batu besar yang biasanya hanya dapat diangkat oleh 10 orang lelaki.

2. Beliau mempunyai kuasa sakti.

Dalam peristiwa lain, beliau dapat mengeluarkan lengannya dari dalam bajunya, dan lengannya bercahaya-cahaya.

3. Beliau mempunyai senjata sakti.

Senjata sakti Nabi Musa adalah tongkatnya

Pada suatu masa beliau dapat menukar tongkatnya menjadi ular yang besar, yang menelan ular-ular para pawang diraja Firaun Mesir.

Pada masa yang lain, dengan menggunakan tongkat saktinya, beliau membelah lautan.

4. Beliau mempunyai kedudukan yang mengatasi status manusia biasa.

Pada suatu peristiwa, Nabi Musa dapat bercakap secara langsung dengan Tuhan, suatu perkara yang tidak ada manusia lain pernah mengalaminya, meskipun nabi-nabi lain.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Ramuan Memantapkan Hati

oleh Roziyah Mahamad • 14 Dec 2010 2:29 PM

Artikel dipetik daripada 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr. Danial Zainal Abidin

 

Bagi memantapkan hati, beberapa ramuan diperlukan. Antaranya adalah ilmu, mujahadah dan zikrullah. Ilmu yang berdasarkan Quran dan sunah memastikan landasan yang digunakan bagi membersihkan hati tidak terbabas daripada garis panduan syariat. Antara ilmu yang perlu dikuasai adalah ilmu berkaitan dengan Allah, alam ghaib serta syariat. Ramai daripada kalangan orang yang mengamalkan tasawuf dan tarekat pada hari ini terbabas dan sesat kerana jahil Quran dan sunah. Hal ini berbeza dengan tokoh-tokoh tasawuf sebelum ini kerana mereka mementingkan kedua-duanya. Contohnya, Junaid al-Baghdadi pernah berkata seperti yang dilaporkan di dalam Risalah Qusyairiyah, "Mazhab kita (dalam ilmu tasawuf) terikat dengan kitab dan sunah."

Mujahadah pula mengawal perjalanan hawa nafsu sehingga hati tidak terpengaruh dengannya. Dengan itu, mujahadah menyediakan hati bagi ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Peningkatan itu dicapai melalui zikrullah kerana zikrullah dapat dikiaskan seperti cahaya yang mampu menyinari hati.
Cahaya ini menyerap masuk ke seluruh jasad dan anggota badan sehingga mempengaruhi setiap tindak tanduk yang dilakukan manusia. Zikrullah yang paling penting adalah solat. Berhubung dengan ini, Allah menyatakan dalam surah Taha ayat 14 yang bermaksud, "Tegakkanlah solat supaya kamu dapat mengingatiku."

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan lima penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:

1. Bergaul dengan orang-orang sahih.

2. Sentiasa membaca Quran.

3. Memelihara perut daripada makanan haram.

4. melakukan solat malam.

5. Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah terutamanya semasa waktu subuh.

Berbekalkan ramuan-ramuan ini, potensi dan prestasi hati meningkat sehingga akhirnya manusia mencapai makam yang mulia iaitu takwa.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Melangkah dengan Strategi

oleh Roziyah Mahamad • 10 Dec 2010 12:29 PM

Artikel dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr Mohd Fadlizah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Nur Hanani Hussin.

Melangkah dengan Strategi

Melangkah juga perlu disertakan dengan strategi seperti kisah daripada hijrah Nabi Muhammad dan pengikut awalnya selepas ditindas kaum Quraisy. Adakah beliau melancarkan serangan balas selepas menerima penindasan itu? Tidak. Nabi bersedia berundur secara strategik. Nabi juga menghantar pengikutnya ke sebuah negara Kristian dan beliau sendiri kemudian berhijrah ke Madinah. Di situ beliau menambahkan pengikutnya dan membangunkan keupayaan pertahanan serta memastikan keselamatan pengikutnya.

Positif untuk berjaya memerlukan strategi yang diatur rapi. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah adalah perancangan yang begitu strategik yang dapat dijadikan pedoman dalam membuat perancangan yang baik. Hijrah ini dilakukan pada waktu malam dan persembunyian di gua Thur adalah selama tiga hari manakala setiap orang diberi tugas yang ditetapkan bagi menjayakannya, mereka adalah:

1. Abu Bakar: Menemani hijrah Nabi Muhammad.

2. Asma binti Abu Bakar: Mempersiapkan bekalan dan keperluan hijrah. Beliau mendapat gelaran 'pemilik dua tali pinggang' kerana memotong tali pinggangnya kepada dua bahagian bagi mengikat bekalan yang akan dihantar kepada Nabi Muhammad dan Abu Bakar.

3. Ali bin Abi Thalib: Menggantikan tempat tidur Nabi Muhammad sebagai muslihat mengaburi mata musuh.

4. Abdullah bin Abu Bakar. Penyiasat berita-berita yang berlaku dan yang dibicarakan supaya disampaikan kepada Nabi Muhammad di gua Thur. Setiap malam Abdullah menginap bersama mereka, kemudian berangkat ke Mekah pada waktu Subuh.

5. Amir bin Fahirah. Diperintahkan oleh Abu Bakar supaya menggembala kambingnya pada siang hari, kemudian mengiringi ke gua bagi memerah susunya serta menghilangkan jejak Abdullah bin Abu Bakar.

6. Abdullah bin Uraiqith: Pemandu jalan yang dibayar bagi menunjukkan jalan rahsia ke Madinah.

7. Suraqah bin Ja'tsam: Pada awalnya mengintip dan berhasrat membunuh Nabi Muhammad. Apabila dia mengejar rombongan Nabi Muhammad, kudanya jatuh tersungkur dan dia terpelanting. Berkali-kali insiden ini terjadi. Kemudian dia menyesali, memohon maaf daripada Nabi Muhammad dan berjanji tidak akan menyebarkan berita mengenai hijrah nabi. Ternyata Suraqah berpegang pada janjinya.

Watak-watak yang dinyatakan di atas adalah strategi yang dirancang bagi menjayakan hijrah. Manakala dalam perjanjian Hudaibiyyah, nabi rela menerima perjanjian yang berat sebelah walaupun tidak direstui para sahabatnya dan pengikutnya. Semasa tempoh damai yang menyusul selepas itu, nabi memperkukuhkan kekuatan dan akhirnya berjaya memasuki Mekah dan menawan kota itu untuk Islam. Namun demikian, nabi tidak membalas dendam dan menuntut bela. Semua rakyat Mekah menerima Islam dan ramai antara mereka menjadi penyokong kuat melindungi umat Islam daripada musuh.

Kesemua ini dapat dilakukan sekiranya kita berhenti sekejap dan berfikir bagi merancang, merangka strategi dan memulakan langkah-langkah terbaik. Langkah-langkah yang kecil sekalipun mampu mempelawa hasil yang berkesan.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Watak Utama Novel Cinta Islami: Prinsip Surah Yusuf

oleh Roziyah Mahamad • 08 Dec 2010 9:24 AM

Artikel dipetik daripada http://sasteraislami.blogspot.com/ oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.

 

Kisah percintaan Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha sudah beribu-ribu tahun usianya. Sebelum kisah itu disampaikan kepada Nabi Muhammad oleh Allah melalui wahyu Quran, kisah itu sudah lama lebih awal diketahui oleh para penganut agama Yahudi dan Kristian. Sehingga hari ini banyak penulis buku kisah-kisah daripada al-Quran yang mencapur-adukkan kisah Nabi Yusuf dengan kisah-kisah yang berasal daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian.

Kisah Nabi Yusuf adalah kisah cinta yang paling indah. Bagi menghasilkan novel cinta yang indah dengan berpandukan surah Yusuf, ini bermakna watak utama dalam novel cinta itu perlu memiliki keselarasan dengan watak utama dalam surah itu.

Watak utama dalam surah Yusuf adalah:

1. Lelaki, bukan perempuan.

2. Lelaki yang takut kepada Tuhan, ertinya agamanya baik, tidak melakukan sebarang perbuatan haram.

3. Lelaki yang mempunyai peribadi terpuji.

4. Mempunyai rupa paras yang elok.

5. Keturunan orang baik-baik.

6. Lelaki teruna yang suci, bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan kekasih orang, bukan duda, bukan pemuda yang mempunyai rekod perhubungan dengan perempuan sebelum bernikah, bukan pemuda yang menyentuhi perempuan bukan muhrimnya.

7. Pekerja yang amat jujur kepada majikannya.

8. Mengalami pelbagai nasib malang.

9. Mengalami nasib yang ekstrem, daripada hamba menjadi menteri.

10. Mempunyai IQ tinggi, pintar, mempunyai bakat-bakat istimewa.

11. Tidak bermain senjata.

Dalam surah Yusuf, melalui watak Zulaikha, kedudukan perempuan adalah sebagai watak pembantu utama, bukan watak utama. Isu ini mungkin tidak disetujui oleh pengarang novel moden, terutamanya pengarang-pengarang perempuan, namun prinsip lelaki menjadi watak utama dalam kisah cinta yang indah adalah prinsip yang disedut daripada surah Yusuf.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Petikan Buku: Tenaga Syukur

oleh Roziyah Mahamad • 06 Dec 2010 4:40 PM

Artikel dipetik daripada buku Quran Law of Attraction oleh Rusdin S. Rauf

 

Salah satu pusat tenaga yang terkandung dalam Quran adalah tenaga syukur. Apakah tenaga syukur yang terkandung dalam Quran? Jika kita telusur bersama ayat demi ayat dalam Quran, kita selalu menemui perkataan 'syukur' yang ditulis dalam pelbagai bentuk.

Perintah supaya kita bersyukur juga selalu ditegaskan Quran. Seakan-akan sifat syukur ini memiliki keistimewaan di mata Tuhan. Banyak ayat Quran yang memerintahkan supaya kita sentiasa menambah rasa syukur (tasyakkur).

Salah satu daripada ayat itu dapat kita temui dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, "...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan menambah (nikmat) kepadamu tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azabku yang sangat berat."
Dalam ayat lain pula, "Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku," (Surah al-Baqarah ayat 152).

Sentiasa bersyukur dalam hidup, walaupun saudara merasakan hidup ini penuh kesempitan dan kesengsaraan. Bersyukurlah! Sebenarnya, banyak nikmat Tuhan yang diberikan dalam hidup saudara. Mungkin saudara tidak kaya, tetapi saudara memiliki kesihatan yang baik, hubungan baik dengan ramai teman ataupun keluarga saudara hidup dalam keadaan harmoni. Ini bermakna kenikmatan Tuhan sudah mengalir ke dalam kehidupan saudara. begitulah keistimewaan 'syukur' yang terpapar dalam Quran.

Betapa kuatnya Quran menyuntikkan kata-kata syukur dalam kehidupan ini. Quran memberikan panduan supaya kita sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan tidak ingkar kepadanya. Semakin kita bersyukur, semakin banyak nikmat yang kita peroleh. Sungguh membahagiakan.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Promosi Buku-Buku PTS untuk Pasaran Zon Selatan Menggunakan Perkhidmatan ‘Johor Biz’

oleh Roziyah Mahamad • 06 Dec 2010 12:59 PM

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/

 

Di Johor Baru ada sebuah syarikat periklanan yang menerbitkan sisipan iklan dalam akhbar dengan nama "Johor Biz".

Ia dicetak menggunakan kertas mutu tinggi, oleh itu kualiti warnanya bagus. Faktor ini penting kerana iklan yang cantik dapat mendorong pembaca akhbar membaca iklan itu dan tidak cepat-cepat membuangnya sebagai kertas buruk.

Sisipan Johor Biz diedarkan sebanyak 30,000 naskhah di kawasan Johor Baru.

Banyak syarikat Bumiputera menggunakan perkhidmatan Johor Biz bagi mengiklankan produk mereka.

PTS sudah beberapa kali menerbitkan iklan dalam Johor Biz.

Semasa musim bulan puasa PTS mengiklankan buku-buku resipi. Semasa cuti sekolah PTS mengiklankan Komik-M dan novel kanak-kanak dan remaja.

NOTA: Jualan buku-buku PTS paling tinggi di kawasan Lembah Kelang, diikuti oleh Johor.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Promosi Buku-Buku PTS untuk Pasaran Zon Selatan Menggunakan Perkhidmatan ‘Johor Biz’

oleh Roziyah Mahamad • 06 Dec 2010 12:59 PM

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/

 

Di Johor Baru ada sebuah syarikat periklanan yang menerbitkan sisipan iklan dalam akhbar dengan nama "Johor Biz".

Ia dicetak menggunakan kertas mutu tinggi, oleh itu kualiti warnanya bagus. Faktor ini penting kerana iklan yang cantik dapat mendorong pembaca akhbar membaca iklan itu dan tidak cepat-cepat membuangnya sebagai kertas buruk.

Sisipan Johor Biz diedarkan sebanyak 30,000 naskhah di kawasan Johor Baru.

Banyak syarikat Bumiputera menggunakan perkhidmatan Johor Biz bagi mengiklankan produk mereka.

PTS sudah beberapa kali menerbitkan iklan dalam Johor Biz.

Semasa musim bulan puasa PTS mengiklankan buku-buku resipi. Semasa cuti sekolah PTS mengiklankan Komik-M dan novel kanak-kanak dan remaja.

NOTA: Jualan buku-buku PTS paling tinggi di kawasan Lembah Kelang, diikuti oleh Johor.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Nikmat syurga, hakikat neraka

oleh Roziyah Mahamad • 06 Dec 2010 10:11 AM

Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia oleh Zuarida Mohyin yang dipetik pada 3/12/2010

Dalam surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11 Allah SWT berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Motivasi yang tidak ada tolok bandingannya dalam kita berusaha memperoleh tiket meraih syurga Firdaus, iaitu manusia perlulah beriman dan memenuhi tujuh perkara berikut:

Khusyuk dalam solat

Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia

Menunaikan zakat

Menjaga kemaluan

Memelihara amanah-amanah yang dipikul

Memegang janji dan

Memelihara solat.

Mungkin tujuh perkara di atas nampak mudah namun untuk mempraktikkannya perlu kepada kesungguhan dan disiplin. Pun begitu, setiap sesuatu itu ada jalan penyelesaian dan jawapannya. Malah sesuatu kejayaan itu datang dalam diri individu itu sendiri.

Namun pernahkah kita bayangkan jika sekiranya syurga dan neraka itu tidak ada? Adakah manusia mahu sujud kepada Allah? Barangkali wajar kita kemukakan pertanyaan ini.

Ini kerana ramai manusia di atas muka bumi ini yang beribadat kepada Allah kerana menginginkan syurga dan takutkan neraka.

Syurga dan neraka ibarat hitam putih kehidupan yang menunjukkan kebaikan dan keburukan. Kehidupan setiap manusia berakhir sama ada di syurga ataupun di neraka.

Ibnu Umar melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia, diperlihatkan kepadanya di waktu pagi dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka ataupun syurga dan dikatakan kepadanya, "Inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana." (riwayat Imam Bukhari)

Namun sejauh manakah kita memanfaatkan dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka, kita tunduk patuh kepada perintah Allah atau disebabkan keikhlasan kita sebagai hamba-Nya yang beriman.

Buku Andai Syurga & Neraka Tidak Ada cuba membicarakan tentang hakikat ibadah dalam kehidupan seorang Muslim.

Buku terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. pastinya menguji sejauh mana kita menginginkan ganjaran syurga dan neraka. Ia juga menyingkap hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui amalan-amalan yang kita lakukan.

Lantaran itu, keinginan dan kesungguhan dalam melakukan ibadah perlu berlandaskan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.

Dalam buku ini juga, ada merangkumi kisah ahli syurga, nikmat-nikmat syurga, azab neraka serta panduan mempersiapkan diri menjadi orang berakhlak mulia. Malah ia turut menjawab persoalan-persoalan mengenai ahli syurga dan siapakah yang mendapat ganjaran syurga.

Bersamalah kita singkap hikmah dan tauladan di sebalik andaian sekiranya syurga dan neraka tidak ada sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan di akhirat.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Novel Remaja Rejab FI Diterbitkan Semula bagi Menembusi Pasaran Cina

oleh Roziyah Mahamad • 02 Dec 2010 5:25 PM

Dipetik daripada http://universitipts.com

 

Menurut Pn. Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, guru-guru dan ibu bapa Cina yang beliau jadikan informan semasa membuat kajian pasaran, memberitahu bahawa penulis Melayu yang mereka kenal adalah A Samad Said dan Rejab FI.

Mereka kenal Rejab FI kerana itulah nama yang mereka membaca buku beliau semasa belajar di sekolah Cina pada tahun 70-an dan 80-an dahulu.

Berdasarkan maklumat itu PTS mengambil langkah meluncurkan semula beberapa novel kanak-kanak Rejab FI yang ada dalam senarai backlist PTS. Judul-judul yang dipilih adalah:

1. Sesat dalam Cahaya
2. Kolam Rahsia
3. Lima Penyiasat Muda
4. Awang Selamat Menabur Bakti.

Buku-buku itu diterbitkan sebagai edisi baru dan diberikan pakejing yang sesuai dengan citarasa ibu bapa Cina dan guru-guru Cina di sekolah Cina.

Sebagai strategi menghidupkan semula kenangan guru-guru dan ibu bapa Cina itu, desain baru kaver buku-buku Rejab FI tidak terlalu berbeza daripada desain kaver yang tersimpan di dalam memori mereka semasa mereka mula membaca buku-buku itu 20 tahun dahulu.

Commenting is not available in this weblog entry.
  1. amalin sofiya bte. mohd yusnizam
    10 Apr 2011
    4:52 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    saya amat meminati novel-novel abang REJAB.yang paling saya minati ialah ‘‘MENDUNG TIDAK BEERTI HUJAN’’

Artikel popular

Petikan Buku :  Meningkatkan Kualiti Kepimpinan Diri

oleh Roziyah Mahamad • 29 Nov 2010 11:02 AM

Artikel dipetik daripada buku Memimpin Diri Sendiri oleh Tuan Ahmad Zabidi Abdul Razak

Meningkatkan Kualiti Kepimpinan Diri

Aspek pertama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang ingin menjadi pemimpin terbaik kepada diri sendiri adalah faktor motivasi. Tanpa motivasi, sesiapa pun tidak mungkin berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan setiap aktiviti yang berkaitan dengan dirinya. Ini kerana motivasi bermaksud pendorong kepada keinginan memperoleh sesuatu. Apabila tiada dorongan menyebabkan sifat malas ataupun jemu menguasai diri. Motivasi juga dikatakan suatu perancangan awal yang dilakukan oleh seseorang bagi memperoleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dengan cemerlang. Seseorang yang bermotivasi sentiasa bersemangat tinggi, sanggup menghadapi setiap rintangan sehinggakan biar apa sahaja yang menghalang pasti dia akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Menyedari hakikat kepentingan motivasi, sepatutnya setiap pelajar memilikinya. Tetapi persoalannya, kenapakah masih terdapat pelajar-pelajar yang gagal memperoleh kejayaan cemerlang? Adakah mereka ini tidak bermotivasi ataupun terdapat masalah-masalah lain yang menguasai diri. Walaupun tidak dinafikan kemungkinan terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kegagalan, antaranya faktor kewangan, faktor keluarga yang tidak bahagia dan berpecah belah, namun apabila diri sendiri tetap mahukan kejayaan tiada siapa yang mampu menghalang cita-cita itu.

Memandangkan pentingnya aspek motivasi ini, persoalannya adakah terlalu sukar memiliki motivasi yang kuat ataupun membentuk motivasi diri. Sememangnya kata-kata motivasi mudah diucapkan tetapi sukar memilikinya. Tuhan menyatakan dalam diucapkan tetapi sukar memilikinya. Tuhan menyatakan dalam surah ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud, "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya." Ayat ini menjelaskan kaum yang ramai bilangannya tidak akan diubah nasib mereka apabila mereka tidak mahu berubah. Jadi, sudah tentu sebagai seorang pelajar ataupun pekerja apabila kita tidak mahu melakukan sebarang perubahan ke atas diri sendiri, sudah tentu tidak ada suatu kuasa pun yang mampu mengubah diri sendiri.

Kesimpulannya, apabila kita inginkan kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi, kita sendiri yang perlu memiliki sifat-sifat berikut iaitu mengawal diri sendiri, sentiasa bermotivasi ke arah peningkatan kualiti diri dan melakukan perubahan ke arah hidup yang lebih berkualiti. Tenangkan fikiran, pejamkan mata seketika, tanyalah diri kita adakah kita seorang yang bermotivasi ataupun kita masih tercari-cari jalan menjadi seorang yang bermotivasi?

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku

oleh Roziyah Mahamad • 26 Nov 2010 3:58 PM

Artikel dipetik daripada http://universitipts.com/

 

PTS sudah menerbitkan 20 judul novel fantasi. Namun sangat sedikit yang diulangcetak.

Novel 'Pahlawan Adamus' adalah salah sebuah yang diulangcetak. Feedback dari pembaca mengatakan mereka puas hati membaca novel tebal ini disebabkan daya imaginasi pengarangnya yang tinggi.

Dengan menganalisis novel-novel fantasi yang tersadai di dalam gudang PTS, didapati ciri-ciri novel fantasi yang tidak laku dalam pasaran adalah seperti di bawah:

(i) Nipis.

Ukuran 'nipis' adalah kurang daripada 350 halaman. Cerita yang baik, gaya bahasa yang indah, dan imaginasi yang tinggi sekalipun, apabila bukunya nipis, orang tidak teringin mengambilnya dari rak buku di dalam kedai buku.

Komplen yang popular diterima dari pembeli buku adalah 'tidak puas dibaca'.

(ii) Ceritanya tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur sejarah alam Melayu ataupun Nusantara, yakni tidak mempunyai unsur historisiti.

(iii) Judul yang pelik.

Maksud judul yang 'pelik' adalah perkataan judul yang bukan perkataan Melayu, dan juga bukan perkataan yang ada dalam kamus mana-mana bahasa, yakni perkataan yang direka-reka sehingga pembaca tidak dapat mengagak apa maknanya. Dari sudut pandang teori interteks, judul itu tiada mempunyai unsur interteks sama sekali.

(iv) Judulnya perkataan Melayu yang 'pelik'.

Judulnya menggunakan perkataan Melayu tetapi perkataan itu tidak biasa digunakan dalam kehidupan sehari-harian, sehingga pembaca Melayu pun tidak tahu apa makna perkataan itu.

(v) Nama-nama watak yang 'pelik'.

Nama yang 'pelik' adalah nama-nama watak yang tidak dapat dikaitkan dengan perkataan Melayu, oleh itu tidak dapat diketahui maknanya ataupun kaumnya. Nama yang pelik itu direka-reka dengan tidak menggunakan teori makna, oleh itu pembaca tidak dapat menggambarkan ciri-ciri personaliti watak-watak itu.

(vi) Nama tempat yang 'pelik', yang tiada kaitan dengan perkataan Melayu dan alam Melayu-Nusantara.

Novel fantasi yang laku dalam pasaran adalah novel-novel yang kuat unsur-unsur interteks sejarahnya. Ini bermakna penulis fiksyen fantasi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular

Manusia dan Personaliti

oleh Roziyah Mahamad • 26 Nov 2010 3:26 PM
{text}

Artikel dipetik daripada buku PSQ : Rahsia Personaliti Unggul oleh Ahmad Amri Zainal Adnan

Sesungguhnya personaliti manusia adalah ciptaan Tuhan yang maha kompleks. Ia adalah salah satu rahsia dan keistimewaan yang dianugerahkan kepada manusia bertujuan untuk membuatkan kita berfikir. Hanya manusia yang mahu memahami dirinya akan memahami hikmah dan hakikat kehidupan di alam maya ini. Suatu perkara yang mudah tetapi ramai yang tidak melakukannya.

Ayat-ayat di dalam Quran menegaskan bahawa sesuatu yang menimpa manusia adalah berpunca daripada diri sendiri, dengan izin Allah. Jika kita mahu berjaya, ia bergantung kepada diri sendiri. Jika kita gagal juga, ia bergantung kepada diri sendiri. Pendek kata, manusialah yang membuat pilihan di dalam hidupnya. Pilihan itu dipulangkan semula kepada kita sebagai makluk yang boleh berfikir.

Justeru, manusia perlu mengenali 'diri' sendiri. Manusia perlu berusaha mengubah 'diri' sendiri. Akhirnya, manusia akan mengakui yang ia berupaya memilih untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular