Kebaikan daripada Orang yang Buruk

oleh Roziyah Mahamad • 13 Oct 2010 3:49 AM
{text}

Artikel dipetik daripada buku Cerita-Cerita Motivasi untuk Jiwa Edisi Kedua oleh Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad dan Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah

Kebaikan daripada Orang yang Buruk

Seorang sufi bernama Yazid mengatakan, "Ambillah kata-kata yang baik daripada orang yang bercakap meskipun dia tidak beramal dengan kata-katan itu." Tuhan berkata dalam surah al-Zumar ayat 18 dengan maksud, "Orang-orang itu mendengar kata-kata lalu mengikut kata-kata baiknya."

Mengikut segala kebaikan akan membawa kebaikan kepada kita sendiri. meninggalkan kebaikan hanya kerana orang yang mengungkapkan kata-kata baik itu tidak melakukannya adalah merugikan. Perkataan yang baik adalah ubat mujarab bagi membina masyarakat yang harmoni. Perkataan itu meliputi semua kata-kata yang kita ungkapkan dan orang yang mendengarnya terasa senang, seronok dan tidak marah.

Manusia berhubung sesama mereka dengan perantaraan suara. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut akan dimatikan oleh orang lain. Sebab itu, baik dan buruk kata-kata itu meninggalkan kesan yang besar.

Nabi Muhammad pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman dengan Tuhan dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik ataupun diam sahaja."

Demikian pentingnya ucapan yang baik ini sehingga dikaitkan oleh Nabi Muhammad dengan kepercayaan kepada Tuhan oleh Nabi Muhammad dengan kepercayaan kepada Tuhan dan hari akhirat. Ia membawa pengertian gambaran orang yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat ialah kata-katany harus baik, berunsur hormat dan mulia, bukan kata-kata yang penuh dengan kata-kata keji dan nista.

Umumnya kita dapat bahagikan kata-kata baik itu kepada tiga bahagian: Pertama, kata-kata baik yang berupa panggilan baik. Misalnya panggilan sapaan keluarga dan lain-lain seperti emak, ayah, pak cik, encik, cik, saudara, pak long, abang, cikgu dan sebagainya. Panggilan-panggilan ini menyebabkan orang yang dipanggil dapat merasakan yang dia dihormati. Panggilan tersebut membuatkan dia senang hati dan tidak marah. Berbeza dengan panggilan hoi, hei, ni dan sebagainya yang melambangkan sikap kurang hormat.

Penggunaan kata encik, cik dan terima kasih adalah contoh kata-kata baik dan lembut sehingga orang yang mendengar terasa senang dengan kita. Malah kata-kata Cek(dalam dialek Kedah dan Pulau Pinang untuk sapaan bagi mereka yang masih muda) misalnya, adalah kata-kata lembut yang menggambarkan kemajaan dan penuh hormat.
Kedua adalah penggunaan kata-kata yang baik dalam setiap ucapan dan perbualan kita. Kata-kata tersebut tidak bercampur dengan kata-kata yang menyombong diri dan menghina orang lain.

Memang Tuhan menciptakan setiap manusia itu dengan keunikan masing-masing. Ada orang yang suka bercakap lembut. Ada pula orang yang bercakap kasar. Demikianlah berbagai-bagai ragam manusia. Ketika masing-masing bergaul mengenai diri kita. Kita beli rantai dan gelang tangan dari kedai emas mana dan harganya berapa. Kita beli kereta dan sebagainya. Ketika kitu, kita memberitahu siapa kita kepada orang lain ketika berbual tersebut.

Pada ketika inilah kata-kata yang baik harus disusun. Memang tidak salah kita memberitahu siapa kita. Apabila kawan kita bertanya, kita perlu menjawab dengan maklumat dan fakta yang sebenarnya. Bukan menjawab dengan mengatakan entah, tidak tahu sahaja.
Apabila ditanya harga kereta baru kita itu, jawablah dengan sebaiknya. Ia melambangkan kemesraan. Namun, perkataan yang baik itu dapat menjadi sebaliknya apabila kita mula menggunakan kata-kata takbur ketika menjawab dan nampak menghina orang lain. Misalnya, apabila ditanya, "Bila awak beli gelang baru itu?" kita jawab, "Saya beli macam ini!" Kata-kata itu bukan lagi kata-kata baik malah kata-kata bersalut takbur dan menghina.

Dalam Islam kata-kata yang baik adalah lebih mulia daripada sedekah yang diikuti dengan kata-kata yang menyakitkan. Meskipun sedekah itu suatu perilaku yang baik, namun apabila diikuti dengan kata-kata buruk dan menghina, maka hilanglah kebaikan yang dilakukannya. Hal ini pernah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 263 dengan maksud, "Perkataan yang baik dan sikap memaafkan adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi perkataan ataupun perbuatan yang menyakitkan hati."

Ketiga adalah nasihat yang baik, pengajian-pengajian agama, teguran yang membina dan sebagainya. Nasihat-nasihat ini kadangkala disampaikan oleh para ustaz, guru, Ibu bapa, pemimpin-pemimpin masyarakat, orang-orang tua dan kadang-kadang kawan-kawan kita juga. Ada kalanya nasihat yang baik disampaikan dengan cara yang baik. Ada juga nasihat yang kurang baik sehingga menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Kita lazimnya menerima nasihat yang disampaikan oleh orang yang mengamalkan terlebih dahulu nasihat itu. Misalnya, apabila seseorang anak disuruh oleh ibu bapanya bersembahyang, sedangkan dia tidak sembahyang, maka nasihat itu sukar dipatuhi. Seseorang ketua ataupun pemimpin masyarakat yang menyuruh anak buahnya melakukan perkara baik sedangkan dia masih melakukan perkara buruk maka nasihat itu jarang-jarang diikuti. Itulah tabiat umum manusia.

Kebaikan adalah ajaran agama. Kebaikan tetap baik dan tidak menjadi kotor meskipun diucapkan oleh orang yang buruk. Apabila orang yang memberi nasihat itu meinggalkan ajaran agama, kebaikan yang diucapkan itu tetap tidak menjadi buruk. Mengambil yang baik daripada orang yang buruk tetap ada manfaat bagi orang yang mahu menggunakan kebaika. Kesimpulannya, ajaran agama kita menganjurkan kita mengeluarkan kata-kata yang baik.

Alangkah baiknya masyarakat kita yang sering kali tahu menghormati sesama kita, panggilan-panggilan dalam susunan budaya kita seperti panggilan pak cik, pak su dan sebagainya adalah lambang kehalusan budi dan akhlak agama kita. Mari kita saling menegur dengan kebaikan agama bersalut kata-kata baik. Kata seorang sufi bernama Yahya Ibnu Kathir "Tidak menjadi kebaikan kebaikan percakapan seseorang lelaki itu melainkan diketahui menerusi segala amal perbuatannnya, dan tidak menjadi buruk segala percakapan seseorang itu diketahui keadaannya dalam amalan perbuatannya."

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular