Kesan Positif Puasa Pada Jiwa

oleh Roziyah Mahamad • 12 Aug 2010 12:51 PM

Menjalankan ibadah puasa bukan hanya perlaksanaan kewajipan kepada Allah. Lebih daripada itu, berpuasa memberi implikasi kepada jiwa pelakunya. Menurut psikologis bernama Sartono Mukadis, ibadah puasa selari dengan konsep pengendalian diri. Puasa memberikan pengaruh lebih besar pada kehidupa pelakunya apabila dilakukan dengan betul.

Daripada sudut psikologi, kemampuan mengendalikan diri menimbulkan perasaan bangga kerana mampu mengawal diri. Walaupun alasan ini kedengaran remeh, namun perasaan ini benar-benar dirasai mereka yang puasanya betul.
Mengapa perasaan itu muncul?

"Ini kerana puasa mempunyai peraturan. Apabila kita mampu patuh sedangkan kita juga melanggarnya, perasaan ini timbul," jelas beliau.

Menurut Santoro, manusia yang berpuasa dapat sahaja berbohong ataupun berpura-pura. Namun beliau tidak begitu. Beliau benar-benar melaksanakan puasa dengan betul dan berjaya mengawal diri daripada membatalkan puasa.

selain itu, konsep pengendalian diri ini juga memberi kesan pada sikap seharian apabila puasa orang itu betul. "Beliau mampu mengawal diri daripada rasuah ataupun mencuri wang orang lain, tidak melakukan kejahatan dan mana-mana maksiat lain."katanya. Bukhari merekodkan Rasulullah berpesan. "Orang yang tidak dapat meninggalkan ucapan bohong dan perbuatan jahat, Allah tidak perlukan dia meninggalkan makan dan minum."

Melalui puasa, kita belajar tidak mencari alasan membela bagi membela diri yang tidak layak membuka puasa. Kita juga belajar tidak mencari kekecualian daripada puasa. "Pembelaan diri yang bersalah dan sikap percaya pada diri sendiri terkecuali apabila melakukan kesalahan adalah asas kepada kerosakan diri dan negara," ungkap Sartono.

Selain menegaskan yang puasa memberi pengaruh besar pada jiwa pelakunya, Sartono juga menyebut muslim yang tidak berpuasa tanpa ada alasan sebenarnya menyimpang. "Daripada pandangan psikologi, mereka yang tidak berpuasa itu dapat dikatakan jiwanya terganggu," jelasnya.

Orang ini dianggap terganggu kerana mereka melanggar aturan yang sudah ditetapkan. Sartono menjelaskan bagi orang normal, tertanam dalam dirinya adat dan aturan yang mengikat hidup.Apabila aturan dan adat itu dilanggar, mereka merasa terganggu.

"Apabila kepercayaan ataupun tabiat kita yang biasa diancam, kita merasa terganggu. Mengapa apabila tidak puasa, kita merasa biasa sahaja? Walhal puasa itu wajib," katanya. Bagi mengatasi perasaan bersalah itu, pelakunya memunculkan pelbagai helah.
Mereka mencari pelbagai alasan bagi membeli diri. Pun begitu, kata Sartono, hati pelaku tetap tidak tenang dengan segala pembohongan yang dilakukan. "Perkara yang pasti, orang yang tidak berpuasa itu memang mempunyai peribadi yang lemah," tegasnya.

Bukhari merekodkan Rasulullah berkata, "Puasa itu bagaikan perisai. Apabila kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Apabila ada yang mencaci ataupun menyerang, beliau perlu berkata: Saya ini berpuasa."

 

Artikel dipetik daripada buku Keajaiban Ramadan tulisan Jaffar Siddiq

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular