Pulut Lemak dan Serunding Kelapa

oleh Roziyah Mahamad • 18 Aug 2010 2:05 PM
{text}

Bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam secukupnya

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang.
2. Letakkan loyang dalam kukusan.
3. Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.
4. Hidangkan dengan serunding kelapa muda.

SERUNDING KELAPA

Bahan:
1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
garam

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin sehingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan gula. Kacau rata sehingga nampak agak kering. Tutup api.
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.

Commenting is not available in this weblog entry.
Artikel popular