Teknik Double Boil Untuk Mencairkan Coklat

oleh Chef Hanieliza • 09 Jul 2010 9:34 AM

Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya.

Teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yang boleh dibeli di kedai peralatan masakan atau dapur.

Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.

Jika tiada periuk khas ini, boleh juga gunakan dua sauce pan [periuk leper] yang mana sauce pan yang lebih besar diisikan air manakala sauce pan  kecil dimasukkan coklat yang telah dipotong kecil, kemudian letakkan dalam bekas yang  berisi air tadi.

Masakkan dengan api sederhana sambil kacaukan sehingga coklat tadi cair. Apabila coklat sudah dicairkan, masukkan sedikit cocoa-butter, majerin atau minyak.

Jika tiada 2 sauce pan, sebagai ganti boleh gunakan 1 sauce pan dan 1 mangkuk tahan panas.

Jika tiada sauce pan, gunakan kuali dan isikan sedikit air. Cara memasaknya adalah sama. 

Antara cara yang boleh digunakan sebagai dobel boiler adalah : 





Commenting is not available in this weblog entry.
  1. Syakirah
    15 Nov 2010
    5:39 PM
    {stars}{rating}{/stars}

    thnks 4 da info..!!!

Artikel popular