Artikel

Benarkah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Sama dengan Karya Al Majdulin?

oleh Asri Yussof pada 03 Aug 2016

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck mendapat serangan dari macam-macam orang ketika isu plagiat ini ditanggapi keatas penulisnya, Buya HAMKA pada tahun 1962 dahulu. Novel Al Majdulin menjadi terkenal sehingga diterjemah ke bahasa Indonesia dengan judul ‘Magdalena’ selepas kontroversi HAMKA meniru dari novel ini.

Berlaku banyak persepsi ketika itu, sebahagian memberitahu timbulnya isu plagiat ini bukanlah kerana atas dasar benar-benar mencintai sastera semata tetapi ada juga atas sebab perbezaan fahaman politik juga. Hamka dianggap sebagai ancaman oleh kelompok yang berhaluan komunis.

Baca, Tenggelamnya Kapal Van Der WIjck adalah karya Plagiat?

Baca, HAMKA tidak masuk Universiti tapi menulis sejarah

Baca, Hamka Tafsir ayat ‘Tiada Paksaan Dalam Agama’

Benarkan Hamka menghasilkan Tenggelamnya Kapal Van Der WIjck selepas membaca Magdalena? Untuk membuktikan perkara ini kita perlu kembali membaca bagaimana sentuhan Majdulin.

Majdulin atau Magdalena (alih bahasa Indonesia) juga mempunyai bentuk berbalas surat antara Stevan dan Magdalena seperti mana Zainuddin berbalas surat dengan Hayati. Magdalena adalah watak wanita, sekali gus dipilih menjadi judul buku yang dikarang Al Mafaluthi dan versi terjemahan oleh Nurs’adah.

Pengkisahannya agak sama, iaitu kisah cinta dua anak manusia yang masih terbelenggu dalam kelaziman adat. Adat ini sering kita tontoninya di masa kini, “Apa yang dia miliki?” atau “Dia tak sama taraf dengan kita!”

Stevan dilihat oleh keluarga Magdalena sebagai orang yang tak punya masa depan seperti juga apa yang disebut Mak Datuk kepada Hayati, Zainuddin itu tidak bersuku. Akhirnya cinta mereka tidak dapat bersatu antara jasad.

Ini adalah sekilas persamaan yang memungkinkan orang ramai mengatakan karya Hamka ini plagiat dari Al Majdulin sedang ada perkara-perkara lain juga patut kita perhatikan. Apa yang berbeza? (1) Latar tempat. Hamka begitu ingin sekali untuk memaparkan nuansa adat yang begitu kuat sekali berpegang kepada material, di tanah Minangkabau, Padang.

Tafsir Al-Azhar, oleh HAMKA hanya RM45 di Jualan Gudang PTS

Beli karya HAMKA dengan diskaun berganda di Bookcafe.com.my

(2) Nuansa Belanda. Hakikatnya novel ini siap selepas dua tahun Kapal Van Der Wijck karam di utara Jawa ketika melakukan pelayaran dari Surabaya ke Semarang. Ketika itu Belanda masih menguasai Jawa. Ada juga yang menulis, Hamka cuba menyifatkan tenggelamnya kapal dengan ertinya tenggelamlah Belanda bersama-sama pemikiran moderat yang kebendaan (materialistik).

Dua perkara ini begitu padat sekali disampaikan Hamka kepada penduduk Indonesia ketika itu. Saya sendiri tidak sanggup untuk mengatakan bahawa Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah karya plagiat, cukuplah saya bersetuju bahawa karya ini menyadur plot penceritaannya sahaja dalam masa yang sama masih menonjolkan keperibadiannya yang sendiri.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024