Artikel

Buku ‘Erdogan Bukan Pejuang Islam?’ Bongkar Siapa Sebenarnya Fethullah Gulen

oleh Asri Yussof pada 05 Oct 2016

Proksi Erdogan lawan Gulen masih tiada kesudahan. Dalam buku yang baru sahaja diterbitkan oleh PTS Publishing House, penulis bersama, Ahmad Azzam menulis pada satu bab Meroboh Benteng Umat dengan Topeng Islam: Fethullah Gulen dalam buku terbarunya “Erdogan Bukan Pejuang Islam?”

Beliau merincikan Gulen, siapakah beliau sebenarnya. Bagi anda yang sudah mengikuti fenomena kiblat baru umat Islam kepada Turki dan Erdogan tentu sudah mengetahui sedikit sebanyak sosok yang bernama Gulen ini.

Erdogan

Gulen adalah seorang ulama dan ahli akademik yang berfikiran sufi yang dikenali dengan Hocaefendi. Gerakan Gulen ditubuhkan sejak 70-an lagi oleh Gulen sendiri dan menjadikan Badiuzzaman Said Nursi sebagai ikon dalam gerakannya.

Gulen

Tambah beliau lagi, Gerakan Gulen sebenarnya sudah disanggahi oleh Ahmed Husrev Altinbasak, Pengasas Hyrat Vakfi atau Yayasan Hyrat, berkenaan Gerakan Gulen mengikut suruhan Said Nursi, dan beliau mencurigai gerakan Gulen seawal penubuhannya lagi.

Pada 15 Julai 2016 ketika cubaan rampasan kuasa dari Kerajaan Erdogan, beliau telah meletakkan kesalahan secara keseluruhannya keatas bahu Gulen dan gerakannya.

Dari sini, timbul satu persoalan yang menarik, bagaimana orang tua yang bernama Gulen ini mempunyai kuasa yang kuat dan besar sehingga ingin menjatuhkan kerajaan Erdogan?

MENARIK: Bagaimana Akhirnya Wanita Dibenarkan Bertudung di Turki

MENARIK: Baca Sejarah Turki di sini

RAND

RAND Corporation, sebuah badan pemikir global di Amerika Syarikat telah menyatakan Gulen adalah seorang Islam Modernis dan patut disokong.

Support the modernists first. Enhancing their vision of Islam over that of the traditionalist by providing them with a broad platform to articulate and disseminate their views. They, not the traditionalists, should be cultivated and publicly presented as the face of contemporary Islam. Support the Secularists on a case-by-case basis.

Pendirian penulis, Ahmad Azzam sangat jelas dengan menyatakan kebarangkalian Gerakan Gulen didalangi oleh Barat dan Gerakan Zionist.

Ahmad Azzam

Hujah beliau adalah kepada Graham Fuller yang diketahui penglibatannya dalam RAND, National Security Council dan CIA yang menyokong permohonan visa dari Gulen agar terus bermastuatin di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Penulis mengakui Gerakan Gulen adalah gerakan yang mirip gerakan Freemason, yang mempunyai perancangan yang strategik.

Gulen

Beliau juga memetik dari Latif Erdogan, bekas orang nombor dua dalam Gerakan Gulen yang bersama-sama menubuhkan Gerakan Hizmet atau Jamaah Nur pada tahun 1975.

“Gulen mulai berubah apabila dengan kekuatan kewangan hasil sumbangan ahli perniagaan membolehkan gerakan ini memiliki ribuan sekolah di seluruh dunia, Universiti, Akhbar, Stesen TV dan Radio. Kecenderungan terhadap kuasa politik semakin kuat sehingga menimbulkan masalah dengan pemimpin politik Turki dan juga pihak tentera.”

Bercakap soal kewangan dan perniagaan, berbeza dengan pendirian Faisal Tehrani, yang dipetik dari Baca Reviu,

Kebanyakan pengikut-pengikut Gülen adalah orang-orang bisnes. Mereka berniaga. Pertembungan sekarang adalah antara anak beranak Erdoganis dan orang dalam kumpulan-kumpulan AKP dengan Gülenis. Jadi wujudlah perebutan ‘kek’ berapa banyak yang patut dapat.

MENARIK: Dapatka buku “Erdogan Bukan Pejuang Islam?” di Bookcafe.com.my sekarang

Buku erdogan

Hari ini, Gerakan Gulen telah dinamakan oleh kerajaan Erdogan sebagai Fethullah Gulen Terrorist Organization (FETO)  oleh kerajaan Erdogan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024