Artikel

Dua Malaikat Membersihkan Hati Nabi Muhammad

oleh [email protected] pada 09 Feb 2010

Semasa berumur dua tahun, Nabi Muhammad bermain-main dengan anak-anak yang kain, datang dua malaikat mengambil Muhammad, dibaringkan dan dibelah dadanya. Kemudian dikeluajan hatinya bagi dibasuh denan air Zamzam lalu dibuang tempat syaitan daripada hatinya. Kemudian, hati Muhammad dipenuhi dengan kebijaksanaan.

Saudara susunya yang melihat kejadian itu berasa takut dan melaporkan kepada Halimah. Halimah berkejar ke tempat Muhammad bermain dan melihat keadaan Muhammad yang masih dalam keadaan takut dan kesan pembedahan masih jelah Nampak pada dada Muhammad.

Anas bin Malik melaporkan kesan pembedahan itu berkata. “Aku pernah melihat kesan jahitan pada dada Muhammad.”

Halimah yang masih gerun akan keadaan itu dan berasa perkara tidak baik akan berlaku. Lalu, memulangkan semula Muhammad kepada Siti Aminah dan takut Muhammad diganggu jin.

Siti Aminah berasa pelik kerana Halimah pada mulanya bersungguh-sungguh mahu terus menjaga Muhammad tetapi kini memelulangkannya. Siti Aminah terus bertanya keadaan yang berlakau dan Halimah menceritkana keadaan yang sebenarnya.

Siti Aminah bertanya mereka. “Adakah kamu takut Muhammad diganggu jin.”

Siti Aminah memberitahu. “Jangan takut, tidak akan berlaku perkara buruk pada Muhammad, semasa hampir melahirkan Muhammad, aku bermimpi ada orang datang menyuruh aku berdoa. ‘Aku berlindung dengan Allah yang Esa ke atas anak ini daripada kejahatan semua orang yang hasad dengki’.”

Biografi Muhammad bin Abdullah dapat dibaca melalui pelbagai buku terbitan PTS. Layari http://www.pts.com.my/maulud. Bagi membeli buku-buku itu dapatkan diskaun 25 peratus bagi memahami maksud sambutan Maulidur Rasul.  

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024