Artikel

Hujung Minggu@PTS

oleh Roziyah pada 23 Jun 2010

Sukacita dimaklumkan, PTS, penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program “Hujung Minggu @ PTS”. 

Program hujung minggu ini akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini iaitu 26 hingga 27 Jun 2010. Program akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor. Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/ 

Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku. Diskaun dari 25% untuk semua buku  dan diskaun 50% untuk buku terpilih.

Sesi bersama penulis buku remaja juga diadakan pada 26 Jun ini. Antara penulis yang akan hadir ialah Bahruddin Bekri, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ney Johan, Farihah Iskandar, dan Anis Adlyana.

Juga diadakan sesi bersama pelukis Komik-M: Rezarly Musa (Reja) serta Rakaman video dan audio ulasan buku/pendapat bersama pengunjung pada hari yang sama. Internet percuma (wifi) juga disediakan bagi pengunjung yang bawa laptop sendiri

Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 26-27 Jun ini di premis PTS.

Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa sambil beramah mesra dengan penulis-penulis novel remaja.

Selain itu, bagi kanak-kanak yang mahu lukisan karikatur wajah mereka, dapatkannya secara percuma daripada Tuan Reja, pelukis Komik-M PTS dengan syarat perlu membeli Komik-M.

Bagi tuan dan puan yang berminat mengulas buku PTS yang sudah dibaca, PTS akan rakamkan ulasan tuan dan puan sama ada dalam bentuk video dan audio (podcast). Rakaman video dan podcast ini akan disiarkan di Portal PTS.

Hujung Minggu@PTS juga telah dilaporkan di dalam berita harian online. Tuan dan puan bolehlah melayari  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukuhargapotongan/Article untuk membaca berita tersebut.

Tuan dan puan juga boleh sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.

Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu @ PTS pada 26-27 Jun 2010 nanti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024