Artikel

Jualan Buku Bergerak: Pelanggan Tetap Sentiasa Menanti

oleh Roziyah pada 26 Aug 2010

Puan Norzehan bersama-sama suami dan anaknya menjual buku secara bergerak.


Jualan buku secara bergerak lebih menjana keuntungan kerana pelanggan sentiasa menanti buku-buku terbaru yang berada di pasaran.

Menurut Puan Norzehan Mohd Yusof, beliau akan datang setiap minggu ke ibu pejabat PTS bagi membeli buku-buku terbitan PTS yang ditempah oleh pelanggannya.

“Selain membeli buku-buku yang telah ditempah saya juga ada membeli buku-buku tambahan dan sekiranya pelanggan berminat mereka boleh terus membeli buku tersebut,” jelas beliau lagi.

Beliau sebagai surirumah biasanya membawa buku-buku yang dibeli di pejabat utama PTS dan menjual kepada rakan-rakan. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan sekiranya ada program dan pameran-pameran tertentu bagi menjual buku-bukunya.

Puan Norzehan mengeluarkan hampir RM4000.00 apabila membeli buku secara tunai. Buku-buku yang dibelinya kebiasaannya akan habis dalam masa yang singkat menyebabkan beliau perlu membeli kembali buku-buku dalam masa seminggu.

Beliau yang memulakan perniagaan bergerak ini dengan menjual Quran terjemahan berkata pada awal perniagaannya beliau membeli buku di kedai biasa sahaja.

“Namun di kedai biasa sukar mendapatkan buku yang dikehendaki pelanggan. Ini menyebabkan saya datang ke pejabat utama bagi membeli buku yang dikehendaki. Di pejabat utama juga kita boleh membeli buku dalam kuantiti yang banyak,” jelas tuan Norzehan lagi.

Lebih menarik apabila anak beliau yang berusia 10 tahun juga berminat menjual buku kepada rakan-rakan di sekolah.

Menurut anak beliau, cikpuan Najihah, buku-buku PTS sudah mendapat tempat di hati rakan-rakan sekelasnya. Malah ada antaranya mengikuti siri-siri buku novel remaja keluaran PTS.

“Sekiranya ada rakan-rakan yang mahukan buku, mereka meminta saya membelikan buku-buku tersebut,” jelas Najihah yang berusia 10 tahun.

Puan Norzehan yang menjual buku secara bergerak bersama suaminya sentiasa meluaskan pasaran dan mencari pelanggan baru walaupun mereka sudah mempunyai pelanggan tetap.

Beliau bersama suami menjual buku-buku tersebut di sekitar Termeloh, Pahang bagi memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Termeloh.

Puan Norzehan menjual pelbagai jenis buku termasuklah buku-buku masakan, motivasi, novel kanak-kanak selain buku-buku agama yang ditempah oleh pelanggannya.

Tuan dan puan yang berada di sekitar Termeloh boleh mendapatkan buku-buku keluaran PTS daripada Puan Norzehan dengan menghubungi beliau di talian 019-9400831.

 

 

Puan Norzehan bersama anak beliau, Najihah membeli buku-buku secara tunai di bookcafe.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024