Artikel

Kedai Buku Hasani Buka Cawangan di Seberang Jaya

oleh Roziyah pada 25 Oct 2011

Kedai buku Hasani melebarkan lagi sayapnya dengan membuka satu lagi cawangan kedai bukunya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kedai buku yang dilancarkan dengan meriahnya di Carrefour, Seberang Jaya menawarkan buku-buku terbaik dan untuk semua lapisan masyarakat.

“Saya gembira dengan pembukaan ini saya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat tempatan. Melalui pembukaan cawangan baru ini dapat memudahkan lagi masyarakat setempat mendapatkan pelbagai jenis buku.

Kita menawarkan semua jenis buku dari pra sekolah sehingga untuk orang dewasa. Saya puji dengan penerbitan PTS kerana menawarkan semua bidang dan memenuhi semua bidang dan kehendak masyarakat. Sesetengah penerbit menawarkan sesuatu bidang sahaja. PTS menawarkan untuk semua bidang. PTS juga memberi sokongan padu kepada kedai-kedai buku,” jelas tuan Haji Farrok Hassan, Pengurus Besar Hasani Group.

Ahad yang lalu, kedai buku Hasani melancarkan cawangan mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung.

Kedai Buku Hasani di Carrefour Seberang Jaya ini juga menawarkan pelbagai jenis buku menarik dan terkini dari pelbagai jenis penerbit dalam dan luar negara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024