Artikel

Peraduan Mengulas Buku Remaja dan Kanak-Kanak PTS

oleh Roziyah pada 04 Oct 2010

Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Memiliki koleksi buku remaja dan kanak-kanak PTS yang bertimbun-timbun di rumah?

Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah dibaca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku Remaja dan Kanak-kanak PTS bermula 4 Oktober hingga 24 Oktober 2010 ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

 

Tempoh Peraduan

Peraduan berlangsung selama 3 minggu bermula dari 4 Oktober hingga 24 Oktober 2010.

Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

Minggu Pertama : 4 Oktober hingga 10 Oktober 2010

Minggu Kedua    : 11 Oktober hingga 17 Oktober 2010

Minggu Ketiga    : 18 Oktober hingga 24 Oktober 2010

 

Kategori Ulasan Buku

Novel Remaja & Kanak-kanak

 

Hadiah

Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:

 

1. Hadiah Mingguan

Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi buku kanak-kanak dan remaja.

Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50

Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40

Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30

 

2. Hadiah Utama

Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.

 

3 hadiah utama seperti berikut:

Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200

Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150

Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100

* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu. Proses penghantaran hadiah sekurang-kurangnya dua minggu selepas PTS menerima senarai buku yang dikehendaki pemenang.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

 

Syarat
1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.

2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.

3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.

5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.

6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

 

Cara
1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my

2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.

3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.

4) Klik pada tab ulasan pembaca.

5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah.

6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.

7) Kemudian klik hantar

8) Panel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.

9) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.

10) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024