Artikel

Popular terima ‘Window Display’ Baca@Ramadan PTS

oleh Roziyah pada 16 Aug 2010

Kedai buku Popular yang giat dan aktif menjual buku-buku PTS bakal menerima ‘Window Display’ sebagai bahan promosi baca@Ramadan PTS.

Window Display yang diletakkan di cermin hadapan kedai buku Popular mampu memberi maklumat kepada pengunjung popular yang tidak mengetahui lagi kempen Baca@Ramadan ini selain menarik lebih ramai pengunjung masuk ke kedai buku Popular.

Sebelum ini, Popular telah menerima bahan-bahan promosi Baca@Ramadan PTS antaranya bunting, flyes, hanging mobile dan poster bagi memaklumkan umum promosi Baca@Ramadan PTS.

Popular kemudian telah menempah Window Display bagi menambahkan kemeriahan Ramadan kali ini.

Antara cawangan Popular yang telah menempah Window Display ini adalah Popular Amcorp Mall, Popular Ampang Point, Popular Ikano Damansara dan Popular Selayang Mall.

Eksekutif Pemasaran PTS, Cikpuan Siti Nor Fadilah berkata Window Display ini merupakan salah satu bahan promosi yang disediakan oleh PTS kepada kedai-kedai buku.

Menurut beliau, Window Display ini berbeza daripada bahan promosi sebelum ini kerana bahan promosi lain diletakkan di rak buku dan digantung, namun Window Display ini diletakkan dalam cermin d hadapan kedai buku.

Kemeriahan Baca@Ramadan PTS bakal meriah dengan Window Display yang dibekalkan PTS kali ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024