Artikel

Sayembara Menulis Novel Humor PTS Dilanjutkan Sehingga 15 Januari 2011

oleh Roziyah pada 18 Oct 2010

Berita baik kepada mereka yang berbakat dan berminat dalam dunia penulisan novel humor tempatan.

Sayembara menulis novel humor PTS Fortuna dilanjutkan bagi membuka peluang kepada mereka yang berminat menghantar karya dalam pertandingan ni.

Tarikh tutup penyertaan menulis novel humor PTS ini dilanjutkan sehingga 15 Januari 2011 ini.

PTS Fortuna menawarkan RM5000 kepada pemenang utama sayembara menulis novel humor ini.

Pertandingan yang dianjurkan pada awal tahun lalu dilanjutkan bagi membuka peluang lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat menyertai sayembara ini.

Lebih menarik, walaupun tidak memenangi pertandingan, karya yang dihantar tetap diterbitkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd jika berkelayakan.

Tuan dan puan yang berbakat besar dan berminat menghasilkan karya ini boleh layari klik disini bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai peraduan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024