Artikel

Umi Danial Bawa Eksperimen Sains ke Pentas Read Malaysia

oleh Roziyah pada 25 May 2011

Umi Danial yang popular dengan buku Tim Best kembali beraksi dengan eksperimennya yang mengujakan.

Melalui Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Umi Danial hadir bagi menjalankan eksperimen berdasarkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora & Fauna.

Tuan dan puan seisi keluarga dijemput hadir dan memeriahkan sesi eksperimen bersama Umi Danial di Pestas Utama, Pesta Buku Read Malaysia 2011 pada 28 Mei ini bermula dari jam 1 petang.

Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024