Artikel

‘Window Display’ Mampu Tarik Lebih Ramai Pelanggan - Popular Amcorp Mall

oleh Roziyah pada 18 Aug 2010

PTS sudah menghantar dan meletakkan Window Display di popular sebagai bahan promosi bagi kempen Baca @Ramadan.

Window Display yang diletakkan di hadapan kedai buku Popular telah menambahkan kemeriahan Popular yang bersemangat menyambut kempen Baca @Ramadan PTS.

Antara cawangan Popular yang telah menerima Window Display ini adalah Popular Amcorp Mall, Popular Ampang Point, Popular Ikano Damansara dan Popular Selayang Mall.

Menurut Ketua Jabatan Popular Amcorp Mall, Tuan Zulkifly Bin Abdullah Window Display yang dipaparkan besar dan menarik mata pengunjung.

“Bahan promosi ini menarik sebab pelanggan sudah mampu melihat bahan promosi ini dari jauh lagi. Ada juga yang masuk dan bertanyakan buku-buku yang dipromosikan,” jelas Tuan Zulkifly.

Beliau yang mewakili Popular Amcorp Mall gembira dengan promosi besar-besaran oleh PTS.

Sebelum ini, Popular telah menerima bahan-bahan promosi Baca @Ramadan PTS antaranya bunting,flyers, hanging mobile dan poster bagi memaklumkan umum promosi Baca @Ramadan PTS.

Window Display yang diletakkan di cermin hadapan kedai buku Popular mampu memberi maklumat kepada pengunjung popular yang tidak mengetahui lagi kempen Baca @Ramadan ini selain menarik lebih ramai pengunjung masuk ke kedai buku Popular.

 

 

 

 

 

Gambar  menunjukkan Window Display 
di Popular Amcorp Mall

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024