Cetuskan perubahan di hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lagi dengan menyediakan Komik-M sebagai duit raya kepada kanak-kanak yang datang bertandang ke rumah.Bagi Tuan Wan Zuhairi Wan Zainuddin, Pengurus Unit Komik-M, semua komik yang dikeluarkan oleh PTS sesuai dijadikan hadiah duit raya kerana komik keluaran PTS mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak.
"Komik-M sesuai kerana harganya yang murah. Tuan dan puan boleh mendapatkan Komik-M dengan nilai RM6.90 sahaja. Diskaun juga diberikan sekiranya komik-M dibeli di Bookcafe sendiri," jelas Tuan Wan Zuhairi.
Sekiranya sebelum ini kita hanya mendengar masyarakat memberikan duit raya sebagai Ang Pau setiap kali hari raya, melalui pemberian komik-M sebagai Ang Pau raya ini akan mengubah persepsi masyarakat.
Pemberian buku sebagai Ang Pau ini juga sekaligus bakal memberi manfaat kepada penerima kerana PTS mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi(BMT) walau melalui komik.
Tuan Wan Zuhairi yang menceritakan pengalamannya memberikan komik bagi menggantikan duit raya berkata kanak-kanak ternyata gembira dengan pemberian tersebut.
"Pada mulanya mereka terkejut apabila saya memberikan komik-M bagi menggantikan Ang Pau. Namun akhirnya timbul rasa ingin memiliki kepada rakan-rakan yang lain. Ada juga yang mahukan lebih kerana suka dengan komik tersebut," jelas beliau lagi.
Komik-M ini juga sesuai diberikan kepada anak-anak yang tinggal jauh dari bandar bagi mencetuskan rasa ingin membaca dalam diri mereka.
Tuan dan puan boleh melakukan kelainan dengan memberikan komik-M atau buku-buku lain sebagai hadiah sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Ada teori yang mengatakan manusia perlu tidur selama 6 hingga 8 jam sehari. Namun demikian, teori ini ditolak oleh para sainstis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology. Beliau mengatakan, "Manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja."
Keperluan tidur hanyalah bagi merehatkan sistem dalam badan dan minda kerana sudah bekerja sebelum ini. Tidur yang banyak boleh melemahkan sistem itu bagi jangka masa panjang.
Mengikut kata-kata Ustaz Ismail bin Said, cucu Tok Guru Pulau Ubi, Allah mencipta udara khas yang diperlukan untuk sistem badan manusia. Udara ini hanya terdapat pada tiga perempat malam atau lebih kurang pukul 3.00 pagi sehingga terbit matahari. Beliau menyarankan supaya udara ini perlu disedut melalui hidung dan dihembuskan melalui mulut. Ia boleh dilakukan seberapa banyak kali yang mungkin. Sebaiknya, ia perlu dijadikan amalan supaya sistem dalam badan sentiasa sihat dan dapat menghindari daripada sebarang penyakit.
Pendapat ini disokong pula oleh Ustaz Sanusi bin Ismail, cicit Tok Guru Pulau Ubi. Namun demikian, beliau menambah supaya udara yang disedut melalui hidung itu, ditahan beberapa saat sebelum dihembuskan melalui mulut. Ia bertujuan supaya udara yang disedut itu dapat meresap ke dalam sistem badan.
Amalan ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang sentiasa bangun malam bagi menunaikan solat Tahajud dan sebagainya. Oleh itu, seharusnya kita mengubah minda dan persepsi sebelum ini yang bertapak dalam fikiran kita. Saranan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang memerlukan umatnya bangun pada waktu malam bagi menunaikan solat Tahajud.
Artikel dipetik daripada buku Adab Ramadan dan ditulis oleh Absyar Fuad dan Suzana Ismail.
Sebagai contoh, novel yang temanya cinta seorang gadis yang direbut beberapa orang lelaki atau seorang lelaki dan diminati oleh ramai perempuan. Bezanya cuma mereka ini diwatakkan memakai tudung dan kopiah, mungkin berjubah dan berjanggut dan belajar di Mesir atau mana-mana negara Arab. Konflik dan plot tetap pengulangan kepada novel cinta picisan, cuma gambaran aksi tidak patuh syariah seperti adegan peluk, cium, keluar makan berdua- duaan dengan bukan mahram ditiadakan.
Lembaran baru
Sebenarnya sastera di Indonesia juga disebut dan dikaitkan dengan kebangkitan apa yang dinama novel Islam itu. Ini tercetus selepas novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy menjadi fenomena selepas difilemkan di Indonesia. Fenomena tersebut sampai ke Malaysia sekaligus membuka lembaran baru kepada penerbit novel khususnya PTS melalui anak syarikatnya PTS Litera Sdn. Bhd. yang pantas memainkan peranan di persada penerbitan negara.
Pada masa yang sama terbit novel Islam sulung PTS berjudul Salju Sakinah tulisan Zaid Akhtar, seorang graduan lepasan sebuah universiti di Jordan yang kisahnya juga berlatarkan Jordan. Sebenarnya Zaid telah lama menulis novel ini dan disiarkan secara bersiri dalam Utusan Malaysia, lama sebelum Ayat-Ayat Cinta menjadi fenomena.
Menurut SM Zakir yang melontarkan pandangan dalam dialog itu, Ayat-Ayat Cinta adalah suatu perancangan daripada golongan agamawan yang mahu menyekat suatu gelombang baru pasca kejatuhan Suharto. Gelombang tersebut adalah kebangkitan daripada sasterawan yang menggelarkan diri mereka sebagai sasterawan Utan Kayu. Mereka adalah sekolompok penulis yang merayakan kejatuhan Suharto dengan simbolik kepada kebebasan dalam berkarya. Ini kerana pada zaman Suharto tidak dibenarkan sebarang novel atau bahan bercetak memperinci dan mendedahkan tubuh badan dan unsur seksualiti sekalipun atas nama seni.
Justeru golongan ini dengan beraninya mula menunjukkan penentangan terhadap orde Suharto dengan menulis novel-novel berbaur seks, erotis dan ternyata dengan beraninya membogel dan bercerita dengan bebasnya mengenai perkara-perkara ini dalam novel mereka. Antara penulis dari Utan Kayu ini adalah Ayu Utami yang menulis novel Saman. Seorang wanita membicarakan seks secara terbuka dalam sebuah novel adalah satu perkara baru dan ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di Indonesia.
Justeru, kelompok penulis yang dimulai oleh Habiburrahman El-Shirazy bangkit dan menerbitkan karya-karya yang berunsur Islam yang sangat kental, dimulakan dengan Ayat-Ayat Cinta sehinggalah ia difilemkan dan menjadi sangat sukses di Indonesia. Gelombang novel berunsur Islam ini kemudian dilihat sangat berjaya mengekang kebangkitan apa yang dinamakan dengan sastera wangi oleh para penulis Utan Kayu. Sebagai kesimpulan, SM Zakir menganggap gagasan novel Islam Habiburrahman El-Shirazy berjaya dalam dakwahnya di Indonesia.
Bersetuju
Saya kembali teringat kata-kata penulis Faisal Tehrani ketika saya mengajukan persoalan apakah karya-karya Habiburrahman El-Shirazy boleh dikelaskan sebagai sastera Islam. Faisal pada masa itu lebih bersetuju dengan kelas novel pop Islam. Antara alasannya adalah kerana budaya dan cuaca sosiologi di kedua-dua negara adalah berbeza.
Kebiasaannya, pengarang gemar menghasilkan novel menggunakan kreativiti dan pengalaman dalam mewujudkan perjalanan cerita yang menarik dan menghiburkan pembaca. Berbeza dengan penulis yang sudah dikenali namanya dalam bidang penulisan novel ini.
Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang terkenal dengan penghasilan novel tauhid serta mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri terutamanya remaja membawa kelainan dalam penghasilan novel dengan menghasilkan karya berasaskan fakta dan kajian sebenar.
Sebagai penulis, beliau berpegang teguh dengan mendidik masyarakat dan berdakwah melalui penghasilan karya yang dapat membina keperibadian muslim.
"Novel bukan sekadar wadah hiburan semata-mata. Novel ini mampu menjadi wadah kefahaman Islam supaya dapat dilihat dan difahami oleh masyarakat secara keseluruhannya. Melalui novel, kefahaman Islam dapat disampaikan dalam bentuk cerita yang lebih mudah difahami serta lebih jelas dan tepat," jelas beliau lanjut.
Lebih menarik, beliau sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang dikenali.
Terbaru, Fatimah Syarha menggabungkan ilmu feqah dan psikologi bagi menghasilkan novel tauhid pertama beliau bersama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Lebih menarik, beliau dengan kreatif mengadaptasi kajian tesis beliau dalam bentuk novel.
"Kali ini saya menyentuh pelbagai persoalan mengenai pengurusan psikologi remaja, hati isteri, isu-isu gender, pergaulan, kekeluargaan serta isu-isu kemasyarakatan. Kisah realiti masyarakat diadunkan dengan fakta supata pembaca tidak hanya mengetahui realiti masyarakat yang berlaku malahan mengetahui hukum daripada segala yang berlaku dalam masyarakat," ujar beliau kepada wakil media PTS.
Novel tauhid yang dihasilkan Fatimah Syarha menampilkan kelainan dengan menerapkan fakta serta menyelitkan nota kaki supaya pembaca dapat mengetahui sumber yang sahih.
Novel yang akan menemui pembaca penghujung bulan ini membawakan kisah seorang wanita yang merantau ke negara ini sebagai pekerja kebersihan di sebuah kolej swasta mendapat kedudukan istimewa daripada pelajar, pensyarah dan rakan sekerja kerana ilmu dan akhlaknya yang baik. Novel yang diberi tajuk Sebarkan Cinta-Mu ini membawa pembaca mengenali kehidupan Ibu Dhiya, hasil gilapan pasantren di Indonesia namun terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana satu peristiwa. Beliau yang bijak dalam ilmu agama sering menjadi rujukan pelajar, pensyarah dan pekerja di kolej berkenaan.
Nantikan novel terbaru Fatimah Syarha bersama PTS Litera Utama Sdn. bhd yang menampilkan keunikan hasil kajian tesis beliau yang akan diterbitkan penghujung Ramadan ini.
Layari www.pts.com.my/ramadan bagi mendapatkan maklumat buku-buku promosi baca@ramadan PTS yang menarik dan memberi manfaat sepanjang Ramadan ini.
Bagi menjalankan tangjungjawab sosial kepada masyarakat sekaligus meralisasikan matlamat utama PTS dalam usaha memandaikan bangsa, PTS sentiasa mengadakan program bersama mereka yang memerlukan.
Meneruskan tradisi setiap tahun di bulan Ramadan, PTS membawakan Program Infak Ramadan bagi memberi keceriaan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Syawal ini.
Melalui Program Infak Ramadan ini, PTS melibatkan semua kakitangannya dalam program amal yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini. PTS juga memperuntukan RM20 ribu serta buku-buku bagi diberikan kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
"Semua kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bernaung di bawah Kelab Sukan dan Rekreasi PTS. Kumpulan yang bernaung di bawah kelab ini adalah Uthman, Alexender, Hamzah dan Cheng Ho.
Setiap rumah sukan diperuntukan dengan sejumlah wang dan buku bagi diagihkan kepada individu atau organisasi yang memerlukan. Setiap ahli rumah sukan akan menentukan jenis bantuan yang ingin diberikan tidak kira sama ada memberi barang keperluan Ramadan dan Syawal atau terus memberi wang bagi digunakan oleh organisasi atau individu yang dipilih " jelas Presiden Kelab Rekreasi PTS, Tuan Azzyzul kepada wakil media PTS.
Antara organisasi yang dipilih termasuklah madrasah, pusat tahfiz, rumah anak yatim, serta individu yang memerlukan.
Program Infak Ramadan ini dijalankan bagi memberi peluang kepada semua kakitangan PTS sama-sama melihat dan merasai kehidupan mereka yang memerlukan.
Selain itu, PTS juga menyediakan majlis berbuka puasa bersama saudara baru. Majlis berbuka puasa yang diadakan setiap tahun ini diadakan bagi menyokong saudara-saudara kita yang baru memeluk agama Islam.
Program kebajikan yang dianjurkan PTS ini diharapkan dapat menjadi landasan terbaik kepada semua kakitangan PTS membantu mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Syawal ini.
Tinggal di luar negara selama beberapa tahun membenihkan ilham kepada penulis ini dalam menghasilkan karya yang nyata berbeza dengan penulis lain. Melalui latar suasana serta kehidupan negara luar yang jauh berbeza dengan Malaysia membawa kelainan kepada beliau dalam menghasilkan novel Islami.
Tuan Ilham Hamdani, penulis yang sudah mencipta nama dalam penulisan novel tempatan. Hakikatnya, menerapkan latar suasana luar negara yang jauh berbeza dengan latar tempatan sekaligus membawa pembaca mengembara ke negara yang diceritakan.
"Ini adalah kemampuan penulis dalam menghidupkan latar dalam diri pembaca. Penulis sendiri harus kreatif dalam menyampaikan latar suasana yang asing kepada pembaca supaya pembaca dapat mendalami karya yang dihasilkan," jelas Tuan Ilham Hamdani.
Beliau yang baru kembali ke tanah air kini sedang merancang kembali aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan lebih banyak genry kepada pembaca.
Tuan Ilham Hamdani juga kini juga melebarkan sayap penulisannya dengan cuba menghasilkan skrip televisyen dan filem.
"Hakikatnya negara kita kekurangan skrip yang baik. Kita sendiri perlu membawa apa yang kita mahukan dalam industri dengan menulis skrip yang baik. Melaluinya kita dapat membawa adaptasi novel dengan baik ke layar televisyen," ujar Tuan Ilham lagi.
Beliau mengakui elemen yang wujud dalam novel tidak sepenuhnya dibawa ke dalam drama atau filem yang dihasilkan. Namun, penulis novel perlu menjadi pencetus kepada penghasilan skrip yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca.
"Ini adalah pengorbanan penulis awal bagi meralisasikan penghasilan novel dalam bentuk filem dan drama. Lama kelamaan adaptasi ini akan diterima masyarakat terutamanya penggiat filem tempatan. Mungkin dengan hadirnya penulis novel yang menghasilkan skrip dapat mengubah industri filem tempatan," jelas beliau lanjut.
Oleh: Wan Zuhairi Wan Zainuddin (Pengurus Penerbitan PTS Pop Sdn Bhd)
Setiap kali menjelang Ramadan, pelbagai persiapan dan acara sambutan diadakan bagi menyambut bulan mulia penuh keberkatan yang muncul setahun sekali ini. Gedung-gedung membeli belah mula membuat jualan istimewa barangan raya. Stesyen televisyen dan radio mula mempromosi pelbagai iklan dan program berkaitan puasa serta raya. Pelbagai jenis media sama ada bercetak, elektronik dan online melebihkan segala-galanya demi memaksimumkan kemeriahan Ramadan.
Penerbit-penerbit buku dan majalah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Buku-buku berkaitan ibadah, khususnya puasa diberi keutamaan dalam pasaran. Majalah-majalah juga diterbitkan dengan edisi bumper yang lebih banyak istimewanya berbanding isu-isu biasa. Begitulah meriahnya sambutan bulan yang penuh keistimewaan dalam masyarakat kita. Semua pihak berlumba-lumba memanfaatkan kehadiran ramadan dan syawal daripada segenap sudut serta penjuru.
Komik juga tidak ketinggalan memeriahkan bulan penuh keberkatan ini. Penerbit-penerbit majalah komik saban tahun menerbitkan edisi bumper istimewa sempena Ramadan dan Syawal. Membaca majalah komik bumper sewaktu berpuasa bukan suatu perkara asing. Bagi kanak-kanak, remaja mahupun dewasa, ia mampu meringankan tekanan dan keletihan ketika berpuasa. Isi kandungannya yang santai dan berjenaka, namun tetap mengandungi teguran serta nasihat menjadikannya lebih akrab pada pembaca.
Apabila Syawal menjelang, majalah komik bumper ini bagaikan satu bahan bacaan yang menyempurnakan sambutan hari lebaran. Sanak saudara yang berkumpul di rumah, saling berkongsi membacanya beramai-ramai menambahkan lagi kemeriahan Syawal. Tetamu yang berkunjung juga dapat membacanya sebagai selingan dalam aktiviti berziarah.
PTS dalam kempen Baca@Ramadan, turut menerbitkan komik berkaitan Ramadan dan Syawal. Judul-judul seperti Kad Raya Dari Syurga, Baju Raya Dari Syurga dan Duit Raya Dari Syurga adalah antara komik yang diterbitkan. Dengan label 'antologi komik pembangun jiwa', komik-komik ini menampilkan konsep himpunan komik-komik pendek bertemakan kisah puasa dan raya. Pelbagai kisah lucu, sedih, aksi, fantasi, misteri dan sebagainya diadun menjadi hidangan buku yang sesuai dijadikan santapan jiwa pada bulan puasa dan raya. Lebih menarik lagi, komik-komik ini dimeriahkan lagi dengan penampilan penulis-penulis hebat PTS seperti Bahruddin Bekri dan Farihah Iskandar.
Selain komik antologi, PTS juga menerbitkan komik raya yang menggabungkan watak-watak komik terbitan Komik-M di bawah siri Komik-M Raya. Watak-watak komik terkenal seperti Dear Yayah, Ultra Qalif, Kecemprengman, Orang Kuat, Meon dan banyak lagi dihimpunkan dalam satu buku. Para pembaca dapat membaca kisah-kisah menarik watak-watak ini menempuhi bulan Ramadan dan Syawal dengan pelbagai aksi dan ragam. Pada tahun ini, Komik-M Raya lebih unik dengan kisah para adiwara Komik-M berpadu tenaga menyelesaikan masalah yang melanda PTS. Ia diberi judul Misi Menyelamatkan Puan Ainon.
Melalui penerbitan komik-komik istimewa sebegini, PTS cuba membawa tradisi baru dalam suasana raya masyarakat di Malaysia. Tradisi memberi duit raya yang dipraktikkan setiap tahun, mungkin dapat kita tukar kepada tradisi memberi komik raya. Harga Komik-M yang berpatutan sesuai menjadi ganti duit raya. Malah, barangkali ia mampu menjadikan bajet duit raya tuan-tuan dan puan-puan lebih jimat serta ekonomi. Tambahan pula, isi kandungan Komik-M yang lebih bermanfaat dijadikan hadiah kepada kanak-kanak serta sanak saudara. Secara tidak langsung ia turut memupuk semangat cintakan buku, bahasa dan minat membaca di kalangan anak-anak.
Artikel daripada myMetro Online dan dipetik pada 5 Ogos 2011.
Makanan segera sebenarnya mengandungi banyak bahan tambahan dan pengawet yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia bahkan ia boleh membawa kepada kemudaratan.
Antara penyakit akibat ketidakseimbangan itu ialah masalah kegemukan (obesiti). Ia bermula daripada gejala ringan sehingga serius yang boleh membawa maut seperti masalah tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes, gangguan sistem pencernaan, jantung, hati gangguan otot dan sendi, otak dan barah.
Dengan berpuasa kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi puasa itu memiliki jiwa. Hasil kajian berkaitan puasa mendapati puasa adalah aktiviti yang membabitkan aspek fizikal, jiwa dan spiritual manusia.
Orang yang berpuasa selain menahan diri daripada makan dan minum mereka lebih banyak berkomunikasi dengan Allah. Maka di sini ia tidak sama antara puasa dengan amalan berdiet.
Lapar dan dahaga adalah kaedah bagi mencapai tujuan berpuasa, tetapi bukan tujuan utama sehingga menjadikan lapar serta dahaga sebagai matlamat kita berpuasa.
Puasa yang baik dan bermanfaat adalah puasa yang memperbaiki diri sendiri, orang lain, alam sekitar seterusnya meningkatkan amalan kepada Allah.
Apabila manusia mencapai hal berkenaan bermakna mereka kembali kepada fitrahnya sebagai insan kamil (sempurna). Antara tanda manusia sempurna ialah memiliki tubuh badan sihat, emosi tenang dan terkawal, berfikiran jelas, bijaksana, hati yang lembut dan peka dan tenang menghadapi segala persoalan hidup.
Setiap tahun, PTS menganjurkan program wakaf buku yang memberi peluang kepada organisasi ataupun individu bagi menyumbang buku kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk wakaf yang bermanfaat kepada masyarakat umum.
Program ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di Malaysia dan luar negara.
Sempena Baca@Ramadan, PTS memberi peluang kepada masyarakat untuk mewakafkan buku kepada mereka yang berkemampuan. Program wakaf ini menjadi salah satu cara umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dimanfaatkan.
Melalui kedai buku online PTS, www.bookcafe.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi ataupun tempat yang dipilih oleh pewakaf sendiri. Program wakaf buku ini bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2011 ini.
Individu yang ingin mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. Contohnya masjid, surau, perpustakaan sekolah, perpustakaan organisasi, sudut bacaan pejabat, rumah anak yatim dan lain-lain tempat yang sesuai.
Tuan dan puan yang berminat mewakafkan buku boleh melayari www.bookcafe.com/wakafbuku bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Bahan Kulit [batter] 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar minyak 1 1/2 cawan air jus pandan [mesinkan 5 helai daun pandan + 1 1/2 cawan air dan tapiskan] 1 biji telur beberapa titik pewarna hijau secubit garam
Bahan inti: 1 cawan gula merah 1 cawan gula biasa 1/2 cawan air 1 biji kelapa parut muda 2 helai daun pandan [koyak dan simpulkan] Cara: 1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. 2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan 4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak. 5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. 6. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 7. Masukkan inti di tengah-tengahnya. 8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas. 9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan
TIPS Inti kuih yang berlebihan boleh disejuk bekukan dan digunakan untuk kuih lain saperti kuih koci, badak berendam atau kuih bom.
Akademi Ramadan terbuka buat semua. Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali. Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani. Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani. Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi.
Akademi Ramadan ini mengajar erti kehidupan yang sebenar. Tiada beza darjat dan harta, Miskin dan kaya dirai serupa. Asal hati reda menerima. Terus berusaha sedaya upaya. Seseungguhnya Akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hamba-Nya.
Buku terkini terbitan PTS Islamika ini membuka jalan kepada pembaca memahami erti kehidupan yang sebenar dalam menuju puncak takwa. Buku khas sebagai bacaan baca@ramadan ini memberi maklumat lengkap perihal ramadan dan kelebihannya dalam bentuk yang santai dan menghiburkan.
Antara yang terkandung dalam buku Akademi Ramadan tulisan Tuan Abdul Razak Muthalib ini termasuklah perihal berita gembira bagi mereka yang berpuasa, maklumat palsu perihal ramadan, dan sunah pada hari raya.
Dapatkan buku Akademi Ramadan terbitan PTS Islamika ini khas sempena promosi baca@ramadan ini.
Para sarjana Islam menerangkan maksud 'bau yang harum daripada mulut orang yang berpuasa di sisi Allah'. Apabila seseorang itu berpuasa, bau mulutnya menjadi busuk. Bau busuk itu menjadi kurang menyenangkan dan mengganggu urusannya sesama manusia. Maka bertambah ujian berat kepadanya. Oleh itu, Allah memberi kelebihan kepada orang berpuasa dengan menghiaskan mereka yang berpuasa dengan bau harum daripada mulutnya pada hari kiamat kelak.
Keadaan yang sama disebutkan di dalam hadis yang lain. Hadis yang lain menyebut darah orang yang terbunuh dalam perang membela agama Islam pada hari kiamat kelak menjadi bauan yang harum. Warnanya merah seperti darah tetapi baunya harum seperti kasturi. Ia termasuk dalam janji Allah yang benar dan pada masa yang sama ia menguji kepercayaan kita kepada Allah, hari akhirat dan perkara yang ghaib.
Sarjana Islam juga menegaskan maksud ini iaitu orang yang berpuasa sudah mendapat kelebihan sejak di dunia lagi. Ia juga menegaskan Allah begitu hampir dengan orang yang berpuasa walaupun bau mulut mereka tidak disukai kerana busuk. Walau bagaimanapun, Allah tetap menerima orang yang berpuasa itu dengan rahmat dan kasih sayang kerana ibadatnya kepada Allah. Sarjana Islam juga menghuraikan kelebihan bau kerana puasanya itu melebihi kelebihan yang dicapai oleh pemilik kasturi. Begitu juga orang yang berpuasa disanjung oleh para malaikat walaupun bau mulutnya berbau dengan sebab puasa. Malaikat itu adalah makluk yang terbaik dan mulia di sisi Allah kerana ketaatannya. Ada kalangan sarjana Islam menghuraikan maksud kelebihan bau mulut orang berpuasa di sisi Allah lebih daripada pahala sunat memakai bau-bauan semasa ibadah lain.
Artikel dipetik daripada buku Ramadan Tetamu yang Dirindui oleh Tuan Abdul Hadi Awang dan diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.
Dipetik daripada Berita Harian Online pada 2 Ogos 2011 dan ditulis oleh Hajahfarhana Tarmudi.
"Selepas urusan memilih buku dan tempat untuk mewakafkannya, pihak PTS akan menghantar kepada institusi atau tempat yang dipilih oleh pewakaf itu sendiri," katanya.
Melalui cara mudah itu, secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan bahan bacaan berkualiti, sekali gus menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.
Tambahnya, pewakaf boleh memilih tempat sesuai untuk mewakafkan buku yang dibeli seperti di masjid atau surau, perpustakaan, sudut bacaan pejabat, rumah anak yatim dan tempat lain yang bersesuaian mengikut kehendak mereka.
Sekiranya mereka masih belum ada tempat untuk mewakafkan buku yang dibeli, pewakaf boleh menyerahkan kepada pihak PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku.
Selepas urusan selesai, pihak PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku yang akan dihantar kepada pewakaf sebagai bukti bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu selain memaklumkan kepada mereka berkenaan status penghantaran.
Sempena Ramadan tahun ini, pihak PTS turut menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara dalam talian bagi mengisi masa dengan perkara berfaedah ketika berehat bagi menggantikan waktu makan.
Pelbagai jenis buku Ramadan disediakan khas sempena Baca@Ramadan kali ini bagi menggalakkan masyarakat gemar membaca.
Bukan bahan bacaan berbentuk keagamaan saja yang dijual melalui program itu, malah PTS menawarkan buku memasak, fesyen Muslimah dan bahan bacaan untuk kanak-kanak bagi menerapkan budaya membaca di kalangan mereka sejak kecil lagi.
Berita dipetik daripada Berita Harian Online pada 2 Ogos 2011 dan ditulis oleh Hafizah Iszahanid.
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) juga berkongsi pengalaman yang sama dengan Karangkraf dan perkara ini diakui Pegawai Komunikasinya, Roslan Isa dan syarikatnya memenuhi permintaan dengan mengadakan Baca@Ramadan bagi meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal.
"Selain buku agama dan resipi yang diketahui umum meningkat berkali ganda permintaannya menjelang Ramadan, PTS turut memeriahkan Baca@Ramadan dengan buku untuk buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku umum," katanya.
Roslan berkata, empat bulan sebelum Ramadan PTS sudah mula mencetak buku agama yang umumnya sangat laris sepanjang dua bulan sebelum puasa, malahan perancangan buku berkaitan selalunya dibuat setahun sebelum itu.
Misalnya untuk pasaran buku Ramadan 2011, persediaannya sudah dibuat sejak Ramadan 2010 bagi membolehkan strategi pemasaran dilakukan dengan sebaik-baiknya.
"Untuk promosi Baca@Ramadhan kami menerima banyak permintaan untuk buku panduan puasa, buku agama, buku panduan haji atau umrah buku resipi dan sebenarnya novel Islami juga," katanya.
Roslan berkata, dua bulan sebelum puasa pembaca akan mula mencari buku agama khususnya buku bimbingan puasa, bagaimanapun trend itu berubah apabila Ramadan menjelang dan ketika itu, pembaca akan lebih tertarik untuk membaca buku lain pula seperti berkaitan zakat fitrah.
"Rekod jualan PTS menunjukkan pada akhir bulan Ramadan dan awal Syawal, jualan buku PTS naik lebih tinggi daripada hari biasa," katanya.
Edaran buku-buku PTS semakin berkembang dan semakin meluas bagi memberi peluang kepada pembaca mendapatkan buku PTS dengan mudah dan pantas.
Terbaru, PTS Edar sudah mula mengedarkan buku-buku terbitan PTS ke 27 outlet rangkaian Tesco seluruh Malaysia.
Peminat-peminat buku PTS kini boleh mendapatkan buku terbaik terbitan PTS di 27 Tesco terpilih seluruh Malaysia.
Antara rangkaian Tesco yang mengambil bahagian mengedarkan buku-buku PTS termasuklah Tesco Puchong, Melaka, Klang, Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Kajang, Ampang, Seri Alam (Johor Bahru), Taiping, Kota Bharu, Mergong, Setia Alam (Klang), Station 18 (Ipoh), Desa Terbrau, Rawang, Sungai Petani Selatan, Bukit Indah, Kepong, Bukit Mertajam, Setiawan (Manjung), Scott Garden, Tanjung Pinang, dan Tesco Xtra Seremban.
Dapatkan buku-buku menarik dan terbaik daripada PTS di rangkaian Tesco seluruh Malaysia. Layari www.pts.com.my/bacaramadan bagi mendapatkan maklumat buku-buku bagi menambah ilmu dan dapat diamalkan di bulan Ramadan ini.
Kini umat Islam sedang mengira detik tibanya bulan Ramadan. Pastinya ibu dan bapa yang mempunyai anak kecil tidak sabar bagi melatih anak-anak berpuasa di bulan Ramadan ini.
PTS One Sdn Bhd menyediakan buku istimewa kepada ibu bapa yang ingin melatih anak-anak serta buat anak-anak yang ingin mengetahui pegertian dan keseronokan berpuasa dalam bulan Ramadan.
Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan puasa untuk kanak-kanak. Buku penuh warna-warni ini juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak mengenai kelebihan puasa.
101 info Seronoknya Berpuasa ini mengajak kanak-kanak menambah ilmu berkenaan ibadah puasa secara santai dan menyeronokkan.
Buku berilustrasi ini menerangkan secara lengkap perihal puasa secara lengkap dengan cara yang menyeronokkan.
Dapatkan buku terpilih baca@ramadan PTS yang menarik dan memberi informasi selain menambah pahala dan bermanfaat di bulan Ramadan ini.
Dapatkan buku menarik ini di kedai berhampiran tuan dan puan atau layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Selamat menjalani ibadah puasa bersama buku-buku terbaik bagi bacaan di bulan Ramadan ini.
Kata-kata Umar Al-Khatab, menunda perkahwinan bermakna menangguhkan banyak manfaat dinikmati manusia. Oleh itu, jangan takut bernikah kerana dengan izin Allah, ia tidak sulit seperti dibayangkan.
Nabi Muhammad pernah melarang keinginan sahabat yang tidak mahu mendirikan rumah tangga walaupun mereka memberi alasan mahu memberi lebih tumpuan beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.
Inilah bukti betapa Nabi Muhammad tidak menyukai mereka yang memilih untuk tidak berkahwin walaupun mampu melakukannya dan Baginda tidak mengakui mereka sebagai umatnya. Malah, mereka berdepan dugaan berat mengawal nafsu.
Buku Apabila Hati Rindu Menikah membincangkan isu pernikahan dari pelbagai sudut yang pastinya dimulakan dengan indahnya perkahwinan iaitu penghargaan tinggi daripada Allah sebagai cara menyempurnakan iman.
Ini kerana melalui ikatan perkahwinan manusia mengecap nikmat yang membawa kedamaian, menjauhkan maksiat, menghilangkan keresahan hati serta dapat meningkatkan nilai ibadat di sisi Allah.
Begitu juga dengan mereka yang takut serta ragu untuk menikah, turut diketengahkan akibatnya antaranya mereka akan hilang kemuliaan, dibenci Allah dan Rasul-Nya, menjadi miskin serta mati dalam keadaan hina.
Setahun sekali bulan Ramadan datang bagi menginsafkan kembali umat Islam.
Umat Islam terbahagi kepada tiga golongan. Golongan pertama adalah mereka yang menganiaya diri sendiri. Sedihnya golongan ini ramai sekali.
Kedua, umat Islam yang ada pekerti namun masih bergelumang dengan perkara yang dibenci Allah seperti riba dan rasuah. Golongan ketiga pula adalah yang sedikit jumlahnya. golongan ketiga ini adalah mereka yang faham kehidupan ini anugerah Allah.golongan ini faham yang hidup perlu dilaksanakan kerana Allah. Mereka tertib dan berdisiplin dalam ibadah serta mereka menjauhi perkara yang haram dan mengamalkan apa yang halal.
Pada Bulan Ramadan yang mulia ini, dengan iziNya semua dosa manusia yang beriman dan beramal soleh diampuni Allah kecuali dosa syirik. pun begitu, kita perlu beringat yang dosa itu ada dua jenis. Pertama, dosa kita kepada Allah dan kedua, dosa kita kepada manusia yang lain.
Dosa kepada Allah, apabila kita memohon ampun dan berjanji tidak mengulanginya lagi, Insya Allah diampuni.
Sedangkan dosa sesama manusia bergantung pada kemaafan manusia itu. Kita perlu memohon maaf kepada orang yang kita lakukan kesalahan. Ada banyak contoh kesalahan sesama manusia.
Antaranya pecah amanah dan memakan harta orang lain. Kita perlu sedar selagi kita tidak memohon maaf atas kesilapan kita itu, Allah tidak mengampunkan dosa kita. Atas alasan ini, kita wajar menjaga diri daripada melakukan kesalahan dan dosa kepada orang lain. Apabila melakukan kesalahan, segeralah memohon maaf.
Artikel dipetik daripada buku Keajaiban Ramadan tulisan Jaffar Siddiq
Sejarah puasa Ramadan bermula pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah iaitu dua tahun selepas Nabi Muhammad berpindah dari mekah ke Madinah. Madinah terletak sejauh 320 kilometer ke utara Mekah. Peristiwa ini berlaku pada bulan September 622. Sepanjang hayat, beliau sempat berpuasa Ramadan sebanyak sembilan kali.
Para sarjana Islam merekodkan sejarah puasa bermula sejak Nabi Adam. Beliau berpuasa bagi membayar kafarah dosa kerana memakan buah terlarang di dalam syurga. Akibat terpengaruh dengan tipu daya syaitan, beliau dihalau keluar dari syurga dengan hikmah yang diatur oleh Allah. Allah menetapkan Adam dan keturunannya beribadah di bumi dan mentadbir bumi dengan agama Allah.
Ibadat puasa ini terus ditunaikan pada zaman nabi-nabi dengan tujuan menguatkan iman, roh dan jasad dalam menghadapi cabaran nafsu yang menggoda. Selain itu, puasa juga adalah cara mendekatkan diri kepada Tuhan serta menghapuskan dosa yang pernah dilakukan.
Pakar-pakar sejarah mendapati puasa dilakukan oleh semua manusia sejak zaman-berzaman. Bangsa Mesir purba yang menyembah berhala juga berpuasa. Bangsa Yunani juga mewajibkan setiap anak lelaki dan perempuan berpuasa. Bangsa Romawi dan Hindu masih berpuasa hingga ke hari ini.
Dalam kitab Taurat, puasa diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi pada hari ke-10 hari bulan ke tujuh dalam kalendar mereka. Ia bertepatan dengan bulan Syaaban bagi orang Islam lalu ia dinamakan hari Asyura(sepuluh). Mereka berpuasa siang dan malam. Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum Iedil Fishi iaitu hari memperingati kebangkitan al-Masih dari kubur.
Menurut Imam al-Qurtubi, pada zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, Allah juga mewajibkan mereka dan umat mereka supaya berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian mereka mengubah puasa Ramadan itu dengan menambah 10 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh daripada sakit. Oleh itu, puasa orang Nasrani menjadi 40 hari.
Pada masa itu, Ramadan bermula pada musim panas. Mereka meminda puasa Ramadan itu pada musim sejuk. Pendeta yang sakit itu bernazar, sekiranya dia sembuh daripada sakit mulutnya dia menambah puasa sehingga menjadi 50 hari. Kemudian ia dipinda dan ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuk yang lain. Ada yang berpuasa daripada memakan daging, telur, ikan,susu dan sebagainya.
Imam Mujahid berkata Allah mewajibkan puasa ke atas setiap generasi manusia. Rashid Ridha menguatkan pendapat ini dengan berkata, "Puasa hari ini pernah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum Islam."
Aisyah melaporkan orang Quraish Mekah berpuasa pada hari Asyura. Puasa hari Asyura berlaku pada 10 Muharram setiap tahun hijrah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura. Oleh itu, beliau dan para sahabat berpuasa dengan menambah satu hari sebelum hari Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi dengan orang Islam.
Pada penghujung bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah menurunkan ayat 183 hingga 185 surah al-Baqarah yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan. Selepas puasa Ramadan diwajibkan, hukum mengenai puasa Asyura pun berubah. Nabi Muhammad mengeluarkan hukum mengenai puasa Asyura yang dilakukan sebelum itu,
"Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari Asyura, berpuasalah den sesiapa yang hendak berbuka berbukalah."
Nabi Muhammad berpuasa Ramadan selama hidupnya sebanyak sembilan kali. Lapan kali dengan 29 hari dan sekali sahaja puasa penuh 30 hari. Mengikut laporan yang lain sebanyak dua kali puasa penuh 30 hari. Allah maha bijaksana menetapkan puasa wajib pada bulan Ramadan serta menentukan kitab-kitabnya turun pada bulan yang sama.
Puasa pada bulan Ramadan adalah suruhan Allah supaya meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Larangan-larangan itu pula adalah asas keperluan hidup manusia walaupun pada asalnya ia dihalalkan pada masa yang lain. Antaranya adalah makan, minum, hubungan seks antara suami dengan isteri dan lain-lain.
Hubungan suami isteri bkan sekadar memuaskan nafsu bahkan masyarakat perlu melahirkan zuriat dan penyambung keturunan. Walaupun semua ini halal pada asalnya, apabila memasuki bulan Ramadan, Allah melarang melakukannya pada tempoh yang ditetapkan.
Artikel dipetik daripada buku Ramadan Tetamu yang Dirindui hasil tulisan Tuan Abdul Hadi Awang.
Bulan Ramadan semakin hampir menemui umat Islam seluruh dunia. Ramadan adalah bulan yang istimewa dan dinanti-nantikan oleh umat Islam. Allah menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan berpuasa dengan ganjaran berlipat kali ganda sehingga tidak ada satupun makluk yang tahu seberapa besar ganjaran-Nya.
Bagi orang yang sentiasa sibuk dengan tugasan seharian, bulan Ramadan dikatakan mengubah tempo dan irama kerja. Namun, ada juga yang melakukan aktiviti seperti biasa walaupun berpuasa.
PTS Islamika Sdn. Bhd membawakan buku Senangnya Puasa Bagi Orang Sibuk khas sempena bacaan seisi keluarga di bulan Ramadan ini. Buku ini menawarkan cara terbaik mengamalkan dan menghidupkan sunah Nabi Muhammad bagi para profesional, pengusaha, karyawan dan individu biasa dalam melakukan ibadah dan aktiviti dalam bulan Ramadan ini.
Buku ini antara lain menerangkan Fikah Puasa, Solat Tarawih, Solat Witir, Zakat Fitrah sehinggalah kepada Solat Hari Raya.
Buku Senangnya Puasa Bagi Orang Sibuk ini hasil tulisan Gus Arifin ini membantu memberi penjelasan kelebihan dan kemudahan berpuasa bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan tugasan seharian.
Dapatkan buku Senangnya Berpuasa Bagi Orang Sibuk sempena promosi Baca@Ramadan ini. Layari www.bookcafe.com.my bagi menempah secara online atau dapatkan buku-buku menarik baca@ramadan di kedai-kedai buku berhampiran tuan dan puan.
Selain menghasilkan buku-buku berilmu dan memandaikan bangsa, PTS juga sering menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan walau di mana juga mereka berada.
Terbaru, PTS Islamika Sdn Bhd bergabung tenaga dengan Serikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) bagi menganjurkan komuniti SIGMA bersama Anak Sabah 2011. Program ini diadakan bertujuan bagi menyokong permintaan penduduk Putatan, Sabah yang memerlukan bahan bacaan khususnya buku-buku Islam dan kerohanian.
Pengurus Penerbitan PTS Islamika Sdn. Bhd., Tuan Imran Azmi dalam kenyataan medianya menjelaskan PTS Islamika melalui pegawainya Cik Puan Nazirah Binti Abu Bakar juga membawa sejumlah buku untuk disumbangkan di perpustakaan sekolah dan desa di sana.
"Program ini bertujuan bagi menyokong permintaan penduduk Putatan, Sabah yang memerlukan bahan bacaan khususnya buku-buku Islam. Pada masa yang sama, beliau akan mempromosikan produk-produk terbitan PTS di sekolah-sekolah sekitar Putatan, Sabah. Pada akhir program, satu Forum Masyarakat Bersama PTS Islamika akan diadakan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung. Semoga program ini membawa keceriaan seterusnya membantu meningkatkan minat membaca di kalangan penduduk Putatan, Sabah," ujar Tuan Imran lanjut.
Sebagai maklumat, program ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 21 hingga 24 Julai dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Datuk Musa bin Haji Aman. Semoga program yang diadakan ini dapat memberikan keceriaan seterusnya membantu meningkatkan minat membaca di kalangan penduduk Putatan, Sabah.
Dua orang rakan baik yang berkawan sejak di bangku sekolah bertemu. Sambil mereka berbual, salah seorang daripada mereka terkejut kerana rakannya mampu melakukan tiga pekerjaan serentak dalam satu masa sedangkan beliau masih lagi sibuk mencari pekerjaan yang sesuai dan menghadiri temuduga.
Malah, rakannya itu mempunyai senarai beberapa orang penting yang boleh dihubungi bagi meluaskan lagi rangkaian kenalan. Lebih memeranjatkan, maklumat yang beliau kongsikan mengenai sektor dunia pekerjaan menunjukkan seolah-olah beliau telah lama bekerja walhal masing-masing sebaya usia dan tamat belajar pada masa yang sama.
Apakah rahsia beliau?
Rahsia ini hanya terjawab apabila anda membaca buku "Tambah Duit Dengan Kerja Part-Time". Kerja part-time bukan sahaja menjana pendapatan tambahan, malah ia juga bertindak sebagai "kit" untuk menambah pengalaman kerja, mengurangkan risiko yang berada di luar jangkauan kita dan langkah mudah bagi menambah kenalan yang mungkin dapat membantu kita di kala susah dan senang.
Sekiranya ada sesetengah buku menghidangkan benda-benda yang indah semata-mata bagi menarik minat orang ramai untuk membeli buku tersebut, buku "Tambah Duit Dengan Kerja Part-Time" adalah sebaliknya.
Dari proses sebelum mendapatkan sesuatu pekerjaan sambilan sehinggalah cara-cara bagi memberikan hasil pekerjaan terbaik menerusi pekerjaan part-time tanpa sedikit pun tidak menjejaskan produktiviti pekerjaan yang utama, semuanya dikongsi di dalam buku ini.
Di samping itu, penulis turut berkongsi cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh bakal part-timer. Selain itu, buku ini turut memberikan hujah-hujah bernas bagi menangkis tohmahan-tohmahan negatif yang melingkari pekerjaan part-time itu sendiri. Sebagai contoh, faktor usia sama ada tua atau muda bukanlah penghalang utama bagi melakukan kerja sambilan. Huraian mengenai topik ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam buku "Tambah Duit Dengan Kerja Part-Time".
Dengan harga buku yang berpatutan, buku ini turut menyimpan penyelesaian bagi menangani isu kenaikan harga barang masa kini. Jika media massa menyarankan agar masyarakat berjimat-cermat, buku ini pula memberikan panduan bagi melipat-gandakan pendapatan sedia ada di samping berkongsi panduan menjadi jutawan senyap melalui pekerjaan part-time!
Buku ini sarat dengan pengalaman dan kisah benar daripada mereka yang pernah dan masih menjalankan pekerjaan part-time. Setiap topik dalam buku ini dikaji dengan teliti dan kesemuanya disokong oleh kenyataan konkrit daripada buku-buku, keratan akhbar, temu bual dan laman web yang berkaitan tentang akta dunia pekerjaan, motivasi, bisnes, agama dan komputer.
Mengenai Penulis
Saudara Mohd Aliff Mohd Nor, seorang penulis muda yang mempunyai satu pekerjaan sepenuh masa dan melakukan beberapa kerja part-time serentak. Antara pekerjaan sambilan yang beliau lakukan kini adalah menulis di salah sebuah majalah online dan membuat bengkel publisiti media percuma bagi membantu usahawan PKS di Malaysia. Pekerjaan utama beliau ialah mencurahkan khidmat sebagai penerbit rancangan di salah sebuah radio di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.
Kosmetik itu sesuatu yang fantastik. Kosmetik menambahkan seri muka dan dunia ini tambah indah dengan seni kosmetik. Dengan aura kosmetik, wajah bertambah cantik dan bulu mata menjadi lentik. Penampilan kita tambah menarik dengan kuasa kosmetik.
Sayangnya, kosmetik hanya terhad untuk kecantikan luaran sahaja. Tiada lagi inovasi yang mampu menghasilkan alat kosmetik untuk mencantikkan lagi akhlak manusia. Mujur juga tiada alat kosmetik untuk sifat manusia, sekiranya tidak, penuhlah dunia ini dengan manusia hipokrit.
Kini, manusia semakin hebat dalam seni kosmetik. Setakat mencantikkan rupa manusia, itu hanyalah perkara biasa. Manusia semakin kreatif dan kini mereka mula bereksperimen dengan seni kosmetik bahasa.
Apakah itu kosmetik bahasa?
Pertama sekali, mari kita lihat seni kosmetik bahasa dalam dunia politik. Orang politik memang hebat dalam seni kosmetik bahasa. Mereka tidak perlukan pertolongan sasterawan negara membantu mereka dalam soal ini. Berikan kepada mereka satu perkara yang haram, maka mereka mengurangkan keharamannya dengan kosmetik bahasa.
Politik Wang
Rasuah kini lebih selesa dipanggil dengan gelaran politik wang. Ketahuilah, menukar istilah tidak akan sesekali menukar hukum perbuatan tersebut. Politik wang adalah rasuah dan rasuah itu haram. Rasuah akan menjatuhkan maruah dan dahsyat sekali ancaman azabnya oleh tuhan. Pemberi dan penerima rasuah adalah pengkhianat yang menerima laknat Allah. Mereka adalah golongan yang celaka dan akan dicampakkan ke dalam neraka.
"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka."
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh At-Tabrani.
Istilah politik wang itu seolah-olah melambangkan bahawa isu rasuah sekadar isu politik semata-mata dan tiada kena-mengena dengan soal agama. Tidak, sesekali tidak. Kamu katakan politik suku, agama suku, maka kamulah orang yang otaknya beku dan otak tiga suku.
Seks Haram
Seterusnya, satu lagi kosmetik bahasa yang popular dalam masyarakat kita adalah seks haram. Zina adalah perkataan yang lebih jelas untuk menerangkannya.
Kosmetik bahasa seks haram ini ada hubungan yang sangat rapat dengan kosmetik wajah. Kalau wajah yang disolek indah itu dipakejkan sekali dengan aurat yang terdedah, maka ia adalah permulaan kepada seks haram. Manusia yang lemah iman dan bernafsu binatang sentiasa tertarik kepada seks dan terlupa kepada istilah haram yang terletak di belakang perkataan itu. Ya, kita panggil sahaja nafsu binatang kerana binatang itu kerjanya hanya dua; makan dan mengawan. Alangkah hinanya kita kalau kehidupan kita hanya berputar kepada dua perkara ini sahaja.
Istilah seks haram dengan mudahnya akan menjauhkan manusia daripada agama, melupakan insan kepada Allah dan mengurangkan ketakutan pasangan cinta kepada azab neraka.
Seks haram, sesuai dengan namanya, sememangnya haram. Zina itu haram, bahkan mendekati zina sekalipun amatlah dilarang.
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." Surah Al-Isra, ayat yang ke-32. (17:32)
Label Islamik
Satu lagi kosmetik bahasa yang terkenal adalah label islamik. Label islamik menjadi lesen halal dan promosi pemasaran yang sangat berkesan. Ada fesyen islamik, ada bisnes islamik dan ada juga cerita hantu islamik.
Kini, peminat buku PTS sudah boleh mendapatkan buku-buku terkini terbitan PTS dengan lebih mudah dan pantas.
Buku terbitan PTS kini mula bertapak di cawangan Carrefour terpilih seluruh Malaysia.
Terbaru, Carrefour juga sudah menjalankan promosi mengiklankan buku-buku terbitan PTS di Carrefour dengan harga yang rendah dan istimewa.
Kunjungi Carrefour terpilih seluruh Malaysia bagi mendapatkan buku-buku terkini dan menarik terbitan PTS.
Carrefour juga akan memeriahkan Baca@Ramadan dengan pelbagai promosi buku menarik terbitan PTS.
Pelbagai buku Ramadan terbaik terbitan PTS yang disediakan khas sempena Baca@Ramadan kali ini.
Pihak pengurusan Carrefour dan Mydin menyambut baik usaha PTS menyemarakkan Ramadan dengan menyediakan buku-buku terbaik dan terkini.
Antara buku terbaik yang disediakan PTS termasuklah buku Tuan Bertanya, Dr. Danial menjawab Persoalan Islam dan Kontemporari, Senangnya Berpuasa untuk Orang Sibuk, Akademi Ramadan dan banyak lagi. Selain itu, PTS juga menyediakan buku remaja dan kanak-kanak yang sesuai dibaca pada bulan Ramadan. Antara buku menarik yang disediakan termasuklah 101 Info Seronoknya Berpuasa, Duit Raya dari Syurga dan banyak lagi.
Tuan dan puan yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkait buku-buu Ramadan yang disediakan PTS dimohon melayari www.pts.com.my/baca@ramadan.
Semakin hari, kempen menggalakkan masyarakat membaca semakin giat dijalankan. Banyak pihak yang menyambut baik usaha menyemai semangat suka membaca dalam kalangan masyarakat.
PTS juga dari setahun ke setahun tidak putus-putus dengan kempen membaca bagi menambahkan keterujaan masyarakat terhadap buku.
Tahun ini sekali lagi PTS membawakan kempen Baca@Ramadan bagi menambah keterujaan peminat buku membaca di bulan Ramadan.
Kempen kali ini juga mendapat sambutan dari kedai-kedai buku seluruh Malaysia termasuklah kedai buku Popular dan kedai buku indie seluruh Malaysia.
Terkini, PTS bersama Baca@Ramadan menjengah pula pasaraya Carrefour dan Mydin yang kini memasarkan buku-buku terbitan PTS.
Pelbagai buku Ramadan terbaik terbitan PTS yang disediakan khas sempena Baca@Ramadan kali ini.
Pihak pengurusan Carrefour dan Mydin menyambut baik usaha PTS menyemarakkan Ramadan dengan menyediakan buku-buku terbaik dan terkini.
Antara buku terbaik yang disediakan PTS termasuklah buku Tuan Bertanya, Dr. Danial menjawab Persoalan Islam dan Kontemporari, Senangnya Berpuasa untuk Orang Sibuk, Akademi Ramadan dan banyak lagi. Selain itu, PTS juga menyediakan buku remaja dan kanak-kanak yang sesuai dibaca pada bulan Ramadan. Antara buku menarik yang disediakan termasuklah 101 Info Seronoknya Berpuasa, Duit Raya dari Syurga dan banyak lagi.
Tuan dan puan yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkait buku-buu Ramadan yang disediakan PTS dimohon melayari www.pts.com.my.
Sewaktu para karyawan PTS bersuka ria dalam jamuan Rumah Terbuka PTS, mereka dikejutkan dengan berita bahawa Pengerusi Kumpulan syarikat PTS, Puan Ainon diculik.
Melalui komik-M Raya 3 terbitan Komik-M, artis-artis Komik-M bergabung tenaga menghasilkan komik khas sempena promosi Baca@Ramadan yang tiba beberapa hari sahaja lagi.
Pastinya komik terbaru ini mampu memberi hiburan dan menambah keceriaan kepada peminat komik sempena Ramadan ini.
Siapakah yang menculik Puan Ainon? Apa yang dia mahu? Mampukah ketumbukan adiwira Komik-M menyelamatkan Puan Ainon?
Dapatkan komik terbaru terbitan Komik-M khas di bulan Ramadan ini bagi menambah keceriaan tuan dan puan peminat komik khas sempena promosi Baca@Ramadan ini.
Layari www.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. Buku-bukui terbaik terbitan PTS juga kini boleh didapati di pasaraya terkemuka Malaysia termasuklah Mydin, Carrefour dan kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki sejarah Kelantan, secara tidak langsung kita akan menemui nama Tuk Kenali.
Menjadi cicit kepada tokoh pembangunan pemikiran umat Islam membuka peluang kepada penulis ini bercerita dengan lebih dekat mengenai tokoh besar ulama Kelantan ini.
Minat yang mendalam dalam ilmu tasawwuf membawa Nor Hayati Ridhwani melakar kembali susur kehidupan moyangnya dalam bentuk penulisan kreatif.
"Menulis buku moyang sendiri menjadikan diri saya ini tersangat dekat dengan beliau. Sepanjang penulisan, saya membayangkan diri saya berada bersama beliau di setiap lokasi dan memerhati segala gerak langkah dan perkataan yang diucapkan. Kerana perasaan inilah, saya menulis dialog satu watak yang wujud dalam cerita iaitu watak yang bernama Midah, yang dia juga seolah-olah mahu kembali ke zaman Tok Kenali dan berguru dengan beliau. Tatkala menulis, saya sangat merindui beliau biarpun tidak pernah bertemu," jelas Cikpuan Nor Hayati Ridhwani lanjut.
Cikpuan Nor Hayati menjelaskan, sebagai cicit kepada tokoh ulama terkenal, beliau rasa terpanggil bagi menulis kisah moyang beliau supaya keturunan Tok Kenali dapat mencontohi kehidupan Tok Kenali dalam menuntut dan membangunkan ilmu.
"Sebagai generasi keempat ulama ini, rasa tangungjawab terbit bagi meneruskan perjuangan dalam memantapkan ilmu serta meneruskan legasi menulis seperti yang dilakukan oleh Tok Kenali," ujar Cikpuan Nor Hayati lagi.
Sebagai maklumat, naskah Tok Kenali yang menceritakan kisah ulama tersohor ini juga akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said pada 18 Julai ini di KDU Universiti Kolej. Rakan penulis dan peminat novel sejarah dijemput hadir bagi memeriahkan suasana dan mendapatkan buku Tok Kenali yang istimewa daripada penulis ini.
Penghibur serba boleh dan terkemuka, Salih Yaakob dan Raja Azura bergabung tenaga bagi menceriakan Baca@Ramadan PTS.
Melalui kempen Baca@Ramadan PTS yang bermula Julai ini, PTS membawakan dua persoanaliti hebat ini bagi mempromosikan iklan Baca@Ramadan PTS.
Iklan yang akan disiarkan 5 hingga 6 kali sehari ini akan disiarkan di radio-radio terkemuka seluruh Malaysia.
Bermula Julai ini, Salih Yaakob dan Raja Azura akan mempromosikan buku-buku masakan 'Gerenti Jadi' PTS bagi menghangatkan pendengar sebelum Ramadan menjelang tiba.
Memasuki bulan Ramadan, iklan khas sempena Baca@Ramadan disediakan bagi memeriahkan Ramadan ini dengan buku-buku menarik keluaran PTS.
Antara stesen radio yang terlibat dalam promosi iklan Baca@Ramadan ini termasuklah di Sinar FM, THR Gegar, Radio 24, Best 104 Johor dan Kedah FM bermula Julai ini. Iklan ini akan mula disiarkan pada 1 Julai hingga 30 Ogos ini.
Selaras dengan usaha memeriahkan Ramadan dan Syawal dengan semangat membaca, pelbagai buku menarik yang sesuai dibaca di bulan Ramadan disediakan kepada peminat-peminat buku.
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia membawakan buku-buku menarik dan terbaik bagi menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang akan menemui umat Islam tidak lama lagi.
Melalui kempen Baca@Ramadan yang dianjurkan oleh PTS, buku-buku istimewa Ramadan dan Syawal sudah sedia menanti bagi mengisi masa tuan dan puan peminat buku tempatan.
Antara buku menarik yang sedia menanti peminat buku termasuklah buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku-buku umum.
Bagi buku kanak-kanak, PTS melalui anak syarikatnya membawakan buku-buku yang menceriakan Ramadan dan Syawal seperti 101 Info: Seronoknya Berpuasa, Idola: Budak Surau, Sarah dan duit raya serta banyak lagi buku menarik.
Selain itu Komik-M juga menyediakan komik-komik menarik sebagai bahan bacaan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik hadiah daripada Komik-M termasuklah Baju Raya dari Syurga dan Raya#2.
Tidak ketinggalan, buku-buku umum juga disediakan bagi menambah amalan dan pahala di bulan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik yang disenaraikan termasuklah Al-Amin, Tafsir Ayat Ahkam, Fahami Bacaan dalam Solatmu, Puasa Terapi dalam Ibadah dan banyak lagi.
Tuan dan puan juga boleh mendapatkan maklumat berkait buku-buku Ramadan dan Syawal melalui iklan yang disiarkan di Majalah Mutiara Minda, Akhbar Harakah, Johor Biz, Majalah Ana Muslim, Majalah Asuh serta Katalog Ramadan Mutiara Minda.
PTS juga turut melakukan promosi dengan meriah di radio terkemuka Malaysia dengan menampilkan ikon ternama yang pastinya mencuit hati pendengar.
Dapatkan maklumat buku-buku serta maklumat menarik berkait Ramadan dan Syawal di minisite rasmi pts iaitu di www.pts.com.my/ramadan yang memberikan informasi terkini serta bahan menarik bagi bacaan Ramadan dan Syawal tuan dan puan.
Dalam kehidpuan seharian, kita tidak dapat lari daripada bermusafir kerana kehidupan ini sebenarnya adalah sebuah perjalanan. Tidak kira ke mana sahaja kita bermusafir dan apa juga tujuannya, sebaiknya perjalanan yang ditempuhi sentiasa diberkati dan diredai Ilahi. Bagi menjadikan perjalanan sebagai ibadah, kita perlu memahami hukum-hakam berkaitan musafir.
Pertama kali dalam sejarah penerbitan buku Islam, PTS Islamika menerbitkan panduan dan maklumat lengkap musafir sebagai rujukan dan panduan ketika bermusafir.
Buku yang lengkap dengan maklumat dan panduan ketika bermusafir termasuk adab musafir, panduan bersuci bagi musafir, solat bagi yang bermusafir serta maklumat penting yang perlu diketahui oleh musafir. Selain itu, buku ini juga menyediakan panduan menggunakan kenderaan awam, panduan melancong termasuk senarai hotel dan restoran halal yang disediakan di dalam dan luar negara.
"Buku panduan musafir ini adalah cetusan idea daripada seorang sahabat yang ingin tajuk ini diketengahkan kepada umum. Keperluan masyarakat bagi memahami tajuk ini mendesak supaya alternatif mudah dibukukan sebagai panduan dan rujukan. Ini juga kerana masih terdapat banyak kekeliruan serta persoalan yang belum terjawab serta berlakunya salah faham berkenaan kemudahan (rukhsah) beribadah dalam bermusafir sehingga masalah itu dapat membantutkan kesempurnaan beribadah," jelas penulisnya Tuan Mohd Zuhdi Ahnad Khasasi.
Melalui buku ini juga dapat disimpulkan, musafir bukan halangan bagi beribadah. Bahkan ia adalah tuntutan yang perlu diselarikan dengan kehendak syarak dari segi perlaksanaan dan konsep kesempurnaan agama Islam sebagai agama yang pratikal kepada semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keadaan serta sesuai diamalkan hingga ke hari kiamat.
Editor PTS Islamika Sdn Bhd, Tuan Imran Azmi menjelaskan buku Pasport Musafir ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
"Hukum-hukum berkaitan musafir yang jarang diketahui juga didedahkan dalam buku ini selain doa harian serta niat yang dapat diamalkan dalam bermusafir," jelas Tuan Imran.
Pasport Musafir yang disediakan dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana ini juga dilengkapi dengan direktori lengkap melancong bagi memudahkan mereka yang bermusafir di dalam dan luar negara.
Dapatkan buku pasport Musafir: Fikah dan Panduan Ibadah dalam Perjalanan dengan melayari www.bookcafe.com.my atau mendapatkannya di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
Sebelum ini kita sering dimomokkan dengan cerita yang buku sastera kurang digemari dan dibaca pembaca muda. Akibatnya buku-buku sastera di Malaysia kurang mendapat sambutan di pasaran.
Tanggapan ini seharusnya diubah. Hal ini jelas menyimpang apabila buku-buku tulisan Sasterawan Negara (SN), Datuk A. Samad Said jelas mendapat tempat di hati peminat buku tempatan terutamanya generasi muda.
Buku sasterawan ulung itu yang diterbitkan semula oleh PTS Pop Sdn Bhd mula mendapat perhatian semua generasi termasuk generasi muda.
"Dalam masa tiga bulan, buku Al-Amin sudah dicetak tiga kali. Permintaan terhadap buku ini semakin hari semakin meningkat," jelas editor PTS Pop, Tuan Zaki Zainol kepada wakil media PTS.
Selain itu buku Siri Buku Apreasiasi Remaja Sasterawan Negara juga mendapat perhatian golongan muda yang ingin mendapatkan dan membaca buku sasterawan negara itu.
Terdahulu, SN Datuk A. Samad Said dijemput ke program bual bicara terkemuka, Nasi Lemak Kopi O bagi membicarakan buku Al-Amin tulisan beliau yang diterbitkan semula oleh PTS Pop Sdn Bhd.
Beliau juga turut menghadiahkan penonton Nasi Lemak Kopi O dengan dendangan puisi Al-Amin yang menyentuh hati. Kehadiran beliau jelas mendapat perhatian generasi muda apabila penonton-penonton muda yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat memberi komen positif terhadap buku sasterawan negara itu.
"Saya kagum melihat kudrat serta kesungguhan Pak Samad dalam memperjuangkan penulisan beliau yang hebat sekali," ujar Najwa Hanim yang juga penonton Nasi Lemak Kopi O dalam facebook rasmi Nasi Lemak Kopi O.
Pembaca juga kin mudah mendapatkan karya-karya ulung Datuk A. Samad Said yang jelas memberi inspirasi dalam dunia penulisan tempatan. Melalui terbitnya buku sasterawan negara ini, pembaca muda juga dapat menjamah hasil karya sasterawan yang berkualiti dan diiktiraf di negara luar.
PTS Darul Furqan membawakan buku Yasin terkini edisi khas untuk pelajar-pelajar sekolah bagi memudahkan mereka mendalami dan memahami surah Yasin dengan lebih mudah.
Surah Yasin yang dipakejkan sebagai amalan pelajar ini turut disertakan dengan beberapa amalan sunat dan doa yang boleh digunakan sebagai amalan seharian.
Buku Yasin ini dilengkapi dengan Surah Yasin, Doa Yasin, Tahlil, Doa Tahlil, Doa Kecemerlangan Pelajar dan solat-solat sunah yang dapat membantu kecemerlangan pelajar.
Layari www.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut buku Yasin Edisi Pelajar ini.
Bagi memeriahkan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, PTS portal membawakan video-video menarik bagi tatapan pengunjung PTS portal.
PTS membawakan video-video menarik sempena Ramadan ini yang memberi manfaat kepada penonton setia video-video PTS Ramadan ini.
Terbaru, PTS membawakan personaliti terkemuka, Dr. Danial Zainal Abidin bagi memberikan pencerahan kepada tuan dan puan pengunjung PTS portal dengan tip dan informasi terkini dan menarik sempena Ramadan ini.
PTS juga akan membawakan beberapa personaliti televisyen yang terkemuka bagi memberi informasi berkaitan Ramadan kepada pengunjung PTS portal.
Selain itu, bagi peminat kanak-kanak dan remaja PTS portal membawakan pelbagai pertandingan yang menarik, berinteraktif dan menarik kepada pengunjung PTS portal. PTS portal menyediakan pertandingan menarik seperti cipta baju raya untuk watak komik-M, kuiz duit raya online PTS, kad raya online edisi grafik dan banyak lagi.
Nantikan aktiviti-aktiviti dan maklumat menarik yang disediakan PTS kepada pengunjung setia PTS portal sempena Ramadan ini.
Menghasilkan buku-buku sejarah dan menyerapkan fakta dalam tulisan bukannya mudah. Kajian yang lengkap perlu diterapkan bagi memberi fakta yang benar dan menggambarkan realiti sejarah yang sebenar kepada khalayak pembaca. Cara penyampaian juga perlu memenuhi kehendak pembaca supaya pembaca terutamanya pembaca cilik tidak bosan dan jemu membaca tulisan sejarah yang dihasilkan.
Penulis sejarah kegemaran ramai, Tuan Abdul Latip Talip atau lebih dikenali sebagai Pak Latip mampu membuktikan yang penulisan sejarah juga mampu mendapat perhatian pembaca cilikbagi mendalami sejarah silam sebagai manfaat kepada mereka akan datang.
Menghasilkan karya sejarah dalam bentuk novel menjadikan novel-novel sejarah tuan Abdul Latip Talip mendapat perhatian pelajar sekolah yang mahu mendapatkan gambaran lengkap sejarah Islam dan sejarah Melayu dalam subjek sejarah di sekolah.
"Walaupun novel-novel sejarah ini tidak dijadikan sebagai rujukan lengkap di sekolah, namun pelajar sendiri mengambil inisiatif mendapatkan novel-novel sejarah ini sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah," jelas Pak Latip sendiri.
Guru-guru sekolah sendiri mengakui novel Pak Latip mampu dijadikan rujukan lengkap pelajar yang ingin mendapatkan maklumat dan gambaran lengkap berkait sejarah Islam dan sejarah Melayu.
Ahad lalu, bertempat di Mydin USJ Subang Jaya, Tuan Abdul Latip Talip berjaya mendapat perhatian peminat beliau yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan datang dari serata negeri.
Buku tulisan Tuan Abdul Latip Talip juga mendapat perhatian ramai yang menggemari karya-karya sejarah. Melalui program anjuran Mydin Mall Subang Jaya juga memperkenalkan tulisan tuan Abdul Latip kepada pembaca baru yang ingin membaca hasil tulisan beliau.
Bermula Jun ini, kedai-kedai terpilih yang mengambil bahagian dalam promosi Baca@Ramadan akan mula menjalankan promosi sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Jabatan pemasaran PTS juga kini sudah mula menyediakan bahan-bahan promosi sempena promosi Baca@Ramadan dan sedia diedarkan ke kedai-kedai indie terpilih seluruh Malaysia.
Bahan-bahan promosi terdiri daripada flyes, bunting, poster dan mast head bagi dipamerkan di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
Pastinya peminat-peminat buku dapat merasai kemeriahan Ramadan kali ini dengan kehadiran promosi Baca@Ramadan yang diadakan secara besar-besaran di kedai-kedai seluruh Malaysia.
PTS juga menawarkan buku khas sempena Ramadan ini termasuk buku umum, buku masakan, buku kanak-kanak dan remaja serta komik sebagai bahan bacaan sempena Ramadan ini.
Jangan ketinggalan meriahkan promosi Baca@Ramadan kali ini dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan PTS sempena Ramadan ini.
Selaras dengan usaha memeriahkan Ramadan dan Syawal dengan semangat membaca, pelbagai buku menarik yang sesuai dibaca di bulan Ramadan disediakan kepada peminat-peminat buku.
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia membawakan buku-buku menarik dan terbaik bagi menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang akan menemui umat Islam tidak lama lagi.
Melalui kempen Baca@Ramadan yang dianjurkan oleh PTS, buku-buku istimewa Ramadan dan Syawal sudah sedia menanti bagi mengisi masa tuan dan puan peminat buku tempatan.
Antara buku menarik yang sedia menanti peminat buku termasuklah buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku-buku umum.
Bagi buku kanak-kanak, PTS melalui anak syarikatnya membawakan buku-buku yang menceriakan Ramadan dan Syawal seperti 101 Info: Seronoknya Berpuasa, Idola: Budak Surau, Sarah dan duit raya serta banyak lagi buku menarik.
Selain itu Komik-M juga menyediakan komik-komik menarik sebagai bahan bacaan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik hadiah daripada Komik-M termasuklah Baju Raya dari Syurga dan Raya#2.
Tidak ketinggalan, buku-buku umum juga disediakan bagi menambah amalan dan pahala di bulan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik yang disenaraikan termasuklah Al-Amin, Tafsir Ayat Ahkam, Fahami Bacaan dalam Solatmu, Puasa Terapi dalam Ibadah dan banyak lagi.
Tuan dan puan juga boleh mendapatkan maklumat berkait buku-buku Ramadan dan Syawal melalui iklan yang disiarkan di Majalah Mutiara Minda, Akhbar Harakah, Johor Biz, Majalah Ana Muslim, Majalah Asuh serta Katalog Ramadan Mutiara Minda.
PTS juga turut melakukan promosi dengan meriah di radio terkemuka Malaysia dengan menampilkan ikon ternama yang pastinya mencuit hati pendengar.
Dapatkan maklumat buku-buku serta maklumat menarik berkait Ramadan dan Syawal di minisite rasmi pts iaitu di www.pts.com.my/ramadan yang memberikan informasi terkini serta bahan menarik bagi bacaan Ramadan dan Syawal tuan dan puan.
Nafsu adalah makhluk yang diciptakan Allah untuk manusia.
Permulaan penciptaan nafsu menunjukkan kepada kita bahawa nafsu merupakan makhluk yang degil dan angkuh terutama ketika dalam keadaan yang kuat.
Nafsu hanya mengakui keesaan Allah sebagai Tuhan apabila berada dalam keadaan yang lemah.
Buku Indeks Prestasi Nafsu hasil tulisan Tuan Shuib Bin Sulaiman ini membawa pembaca menilai prestasi nafsu mereka sama ada menuju kepada kebaikan atau keburukan.
Secara fitrahnya kejadian manusia sering lalai dan leka kerana manusia sering tewas kepada nafsu. Nafsu yang terarah akan membawa pemiliknya mendapat keredaan Allah. Buku ini menjelaskan perihal nafsu, sifat mahmudah, dan mendidik nafsu supaya berada di landasan yang benar.
Dapatkan buku terbaru ini dengan membeli secara online di www.bookcafe.com.my atau mendapatkannya di kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
PTS kini sudah mula menyemarakkan semangat baca di bulan Ramadan dengan membawakan Baca@Ramadan PTS kepada tuan dan puan peminat buku di Malaysia.
Bermula Mei ini, PTS sudah mula menjalankan promosi di media cetak dengan mengiklankan buku-buku terpilih bagi memeriahkan Baca@Ramadan 2011 ini.
Bermula di Harakah, PTS memperkenalkan buku-buku agama yang terbaik dan menarik bagi bacaan di bulan ramadan. Tuan dan puan peminat buku PTS boleh mendapatkan maklumat buku-buku terpilih di akhbar Harakah bermula Mei 2011.
Selain itu, PTS juga membawakan promosi Baca@Ramadan dalam majalah Ana Muslim. Pelbagai buku kanak-kanak dan remaja menarik yang boleh dibaca dipaparkan dalam majalah Ana Muslim bagi maklumat adik-adik peminat buku PTS.
Dapatkan akhbar Harakah dan Majalah Ana Muslim bagi melihat buku-buku menarik dan terbaik daripada PTS istimewa sempena Baca@Ramadan ini.
Meriahkan Ramadan yang tiba tidak lama lagi dengan pilihan buku-buku menarik keluaran PTS.
Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya juga membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk.Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Tuhan itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah al-Kahfi.
Mukjizat Surah al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.
Buku Mukjizat al-Kahfi ini ditulis oleh Tuan Muhammad Makhdlori. Beliau sudah banyak menulis buku, antaranya Menyingkap Mukjizat Solat Dhuha, Bacalah Surah al-Waqiah Maka Engkau Akan Kaya, Samudera al-Fatihah, Tahajjud Cinta dan Maha cinta Adam Hawa.
Buku Mukjizat Surah al-Kahfi terbitan PTS Millenia memperlihatkan kehebatan surah ini. Buku ini bukan hanya mendedahkan dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya Surah al-Kahfi. Antaranya adalah Rahsia Ashabul Kahfi, Rahsia Zulkarnain, Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad
Tuan Zahiruddin Zabidi yang sebelum ini tampil dengan siri novel srikandi Islam membawakan kisah hidup puteri nabi iaitu Fatimah al Zahra.
Pembaca kini boleh menyelusuri kisah hidup puteri Rasulullah dengan lebih santai dan menghiburkan.
Tuan Zahiruddin sebelum ini sudah menghasilkan Novel Srikandi Islam iaitu Rabiatul Adawiyah dan Aminah.
Kisah Fatimah Puteri Nabi bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah. Lahir seorang puteri yang mulia, bernama Fatimah adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman-berzaman. Taatnya kepada Allah, patuhnya kepada Nabi, setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna. Ini adalah novel yang menceritakan kisah indah dan sempurna itu. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang tetapi untuk dikalungi pada peribadi.
Dapatkan buku terbaru hasil karya tuan Zahiruddin Zabidi bagi mengenang kisah dan perjuangan seorang puteri Nabi yang menjadi teladan kepada wanita-wanita Islam.
PTS kini sudah mula menyemarakkan semangat baca di bulan Ramadan dengan membawakan Baca@Ramadan PTS kepada tuan dan puan peminat buku di Malaysia.
Bermula dengan iklan di media cetak termasuklah Harakah. Selain menjalankan promosi di media cetak, PTS juga akan membawakan ikon terkemuka dan terkenal bagi mempromosikan membaca dalam bulan Ramadan kepada umum di stesen radio termuka Malaysia.
Kedai-kedai buku terpilih juga turut menjayakan kempen baca@Ramadan ini dengan mempamerkan banner dan poster khas baca@Ramadan di kedai-kedai mereka. Dengan ini semangat membaca akan lebih meluas dan kehangatannya turut dirasai semua pembaca di Malaysia.
PTS juga menyediakan minisite khas bagi mempromosikan secara besar-besaran kempen membaca di bulan Ramadan ini. Tuan dan puan dimohon melayari www.pts.com.my/ramadan bagi mendapatkan maklumat terkini promosi baca@Ramadan serta buku-buku istimewa sempena Ramadan ini.
PTS juga membawakan buku-buku terkini, penuh informasi dan menghiburkan khas kepada pembaca bagi mengisi masa di bulan Ramadan ini.
Pelbagai jenis buku termasuklah buku agama, motivasi, novel, buku remaja dan komik disediakan dan sesuai dibaca pada bulan Ramadan.
Meriahkan bulan Ramadan ini dengan kempen-kempen menarik dan istimewa bagi menghangatkan semangat membaca di bulan Ramadan. Semoga kita mendapat keberkatan dengan membaca buku-buku berinformasi dan memberi isi di bulan Ramadan ini.
PTS Millenia membawakan buku terbaru yang menyelongkar prinsip dan sejarah kehidupan Tuan Guru, Dato' Nik Aziz Nik Mat melalui buku yang bertajuk Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Dapatkan buku istimewa ini melalui www.bookcafe.com.my atau di kedai-kedai berhampiran tuan dan puan.
Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, "Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."
Ini merupakan novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Novel yang bercerita perihal Shamsiah Fakeh, susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan.
Novel pejuangan yang ditulis oleh Azzah AR ini menceritakan dari mula kelahiran Shamsiah Fakeh. Kisah hidupnya dilanjutkan dengan kisah beliau yang pernah dihantar ke Sumatera bagi belajar ilmu agama di sana. Di sumatera beliau diajar bagi mencintai tanah air.
Pulangnya ke tanah air, tepat pada waktunya kerana waktu itu semangat melawan penjajah sedang bersemarak. Beliau pernah berganding tangan Ahmad Boestamam dan menjadi isteri kedua beliau demi melancarkan perjuangan. Shamsiah Fakeh pernah menjadi ketua AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sayap wanita bagi PKMM.
Sebagai pemimpin beliau berkata, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan."
Sebagai pejuang, "Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."
Sebagai seorang perempuan, "Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak."
Dalam novel ini, banyak bercerita juga berkenaan pengalaman hidup Shamsiah Fakeh semasa berada di dalam hutan dan bagaimana dia boleh memasuki Komunis. Novel ini turut menjawab persoalan sama ada beliau komunis, sama ada beliau membunuh anaknya dan sama ada beliau penderhaka negara. Kisah peribadi Shamsiah Fakeh berkenaan kisah pernikahannya juag ditampilkan dalam kisah ini. Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.
PTS Litera Utama Sdn Bhd yang sebelum terkenal dengan novel terjemahan, sejarah dan Islaminya kini tampil berani dengan membawa novel parodi yang mengkritik masyarakat sekitar.
Novel parodi pertama yang bertajuk Ahmad al-Kebab ini adalah adaptasi daripada filem P. Ramlee yang bertajuk Ahmad Albab.
Melalui olahan yang kreatif dan isi cerita membuatkan pembaca tidak kering gusi, Ahmad al-Kebab mampu menjadi karya yang menarik bagi bacaan semua peringkat umur.
Kisah Ahmad Al-Kebab bermula apabila seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat di kehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.
Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing.
Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja.
Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.
Dapatkan buku Ahmad Al-Kebab yang pastinya menghiburkan melalui www.bookcafe.com atau mendapatkannya di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
PTS Millenia Sdn Bhd tampil dengan buku terbaru berkaitan Perangi Sihir. Buku yang mendedahkan perihal penyakit sihir ditulis oleh dua orang pengamal perubatan yang pakar dalam bidang masing-masing.
Perangi Sihir adalah buku anti-sihir yang ditunggu-tunggu selama ini. Buku yang mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 lalu adalah gabungan dua pengamal perubatan; seorang pakar perubatan tradisional dengan pengalaman 40 tahun dan seorang lagi doktor perubatan di salah sebuah hospital terkemuka. Perangi Sihir mengemukakan fakta perihal sihir dan angkara jin, serta kes-kes sebenar daripada pengalaman pesakit.
Penulisnya, Engku Ansarudin Agus adalah anak kepada Engku Mudo Agus dan Jaranah bt Abdullah. Sejak berumur 9 tahun, beliau selalu melihat ayahnya mengubati pesakit dan melakukan rawatan secara ruqyah. Beliau juga sering melihat ayahnya menangani jin, syaitan dan iblis yang merasuk ataupun dihantar kepada orang oleh ahli sihir.
Apabila beliau kerap menyaksikan sistem serta konsep perubatan yang dipraktikkan oleh ayahnya, diri dan fikiran beliau menjadi matang serta mempunyai azam yang kuat bagi mendalami dan mempelajari ilmu perubatan dan rawatan alternatif berlandaskan al-Quran dan sunah. Selepas mencapai umur 19 tahun, beliau meminta izin kepada ayahnya bagi mencuba melakukan rawatan kepada orang yang dirasuk serta orang yang terkena gangguan sihir. Ayah beliau memberi keizinan dan bimbingan supaya pelaksanaan rawatan yang diberikan terarah dan mantap.
Setakat ini, sudah lebih 70 orang guru yang mendidik dan mengajar beliau. Guru-guru beliau terdiri daripada para alim ulama yang mengerti dan pakar dalam ilmu perubatan alternatif. Pada saat ini yang lebih membahagiakan perasaan beliau iaitu dapat mengabungkan pandangan dan pendapat dengan ilmu perubatan moden, saintifik sehingga gabungan kedua-dua pendapat dan pandangan ini dapat dicurahkan pada buku pertama ini yang berjudul "Perangi Sihir".
Beliau sudah berpengalaman melebihi 40 tahun dalam mejalankan rawatan perubatan spiritual, alternatif dan sudah banyak memberikan pandangan dan nasihat kepada masyarakat yang memerlukannya.
Seorang lagi penulis, Dr. Mohammad Azlee Bin Abdul Mutalib pula bertugas di Hospital Ipoh dan Hospital Teluk Intan. Kini beliau berkhidmat di institusi perubatan swasta di Kuala Lumpur dalam unit bius. Dr. Mohammad Azlee mula belajar dalam aliran perubatan spiritual semenjak 1992 dengan gurunya Tuan Engku Ansaruddin Agus. Beliau juga aktif menimba pengalaman merawat pesakit-pesakit gangguan jin bersama gurunya sejak 5 tahun lalu apabila Pusat Rawatan Yashfien dibuka secara rasmi.
Beliau memulakan usaha penulisan buku bersama Tuan Engku sejak dua tahun lalu demi memperkaya khazanah ilmu dan juga bagi tujuan berdakwah.
Buku Perangi Sihir mendedahkan secara khusus gangguan sihir yang berlaku dalam masyarakat. Menariknya buku ini adalah hasil kajian yang khusus dari Tuan Engku Ansarudin Agus dan Dr. Mohammad Azlee Mutalib.
Perangi Sihir bukan sahaja membuatkan kita lebih faham perihal serangan halus terkutuk ini, bahkan kaedah bagi melindungi dan mempertahankan diri daripadanya.
Dapatkan buku Perangi Sihir yang menjawab segala persoalan yang bermain di minda masyarakat sebelum ini dengan melayari www.bookcafe.com.my atau dapatkannya di kedai-kedai indie berhampiran tuan dan puan.
PTS kini sudah memulakan langkah awalnya dalam mempromosikan kempen Ramadan kepada pekedai dan pembaca di Malaysia.
Menurut Pengurus Pemasaran PTS, Puan Norhazizam Abd Rahman, PTS melangkah lebih awal bagi memberi maklumat awal kepada pekedai dan peminat perihal buku-buku promosi Ramadan daripada PTS.
"PTS melalui anak-anak syarikatnya juga turut menyediakan lebih 40 judul buku baru bagi promosi kali ini," ujar Puan Norhazizam.
Bermula jumaat ini, PTS turut menyiarkan iklan promosi buku Ramadan di Harakah bagi memberi maklumat kepada pekedai dan pembaca perihal buku PTS yang diterbitkan Ramadan ini.
Bermula Jun ini, PTS juga akan menjalankan promosi Baca@Ramadan secara besar-besaran di radio terkemuka.
"Menariknya, PTS menampilkan icon terkenal dan terkemuka bagi mempromosikan iklan Baca@Ramadan PTS ini," jelas beliau lanjut.
PTS mengharapkan kempen Ramadan yang akan dijalankan oleh PTS ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat dan pekedai buku tempatan.
menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…
Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.