Hanya yang Bestseller: SMILE dan Anda Bertanya, Prof. Muhaya Menjawab

Aizat Razak — 15 May 2012 11:53 AM

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang lalu, PTS Millennia melancarkan buku-buku terbaru mereka dan kini sedang hangat dipromosikan iaitu SMILE dan Anda Bertanya, Prof. Muhaya Menjawab.

Dengan tagline 'Hanya yang Bestseller', PTS Millennia sentiasa mendapatkan penulis-penulis tersohor bagi sama-sama menerbitkan buku bersama PTS. Terkini, dua personaliti terbaik menyertai kumpulan penulis PTS iaitu Cik Irma Hasmi dan Prof. Dr. Muhaya.

Irma Hasmi dengan sinergi penulis PTS, Zamri Mohamad bersama-sama menulis sebuah buku motivasi berjudul SMILE. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menginspirasikan Irma sehingga beliau berhijrah dengan imej baru. SMILE adalah akronim bagi:

S - Skil

M - Motivasi

I - Inspirasi

L - Luar Biasa

E – Elegan

Prof. Dr. Muhaya pula muncul dengan buku terbaru iaitu Pelajar Bertanya, Profesor Dr. Muhaya Menjawab. Buku ini menghimpunkan soalan-soalan berkenaan pelajar yang merangkumi pelajaran, fesyen, perhubungan, kesihatan, kewangan, dilema dalam diri, persahabatan, politik, dan disiplin. Soalan-soalan ini dijawab oleh penulis menggunakan pendekatan psikologi, agama dan pengalaman.

Pastinya dua buku ini mampu menyuntik semangat buat pembaca-pembaca semua. Bagi mendapatkan butiran lanjut, klik pada butiran buku dibawah.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Meriah, meriah dan sangat meriah. Itulah ungkapan yang kami mampu katakan apabila Arena Buku PTS menerima kehadiran pengunjung-pengunjung ke Arena Buku PTS. Pastinya kehadiran mereka ini adalah sebahagian daripada hebahan yang dibuat oleh peserta-peserta bagi program Hebah & Menang. Terima kasih PTS ucapkan.

Kini dengan rasa terujanya diumumkan pemenang utama Kempen 'Hebah & Menang' sempena PBAKL 2012:

Hadiah Utama (Baucer RM1,000)

FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

Hadiah Tempat Kedua (Baucer RM800)

FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)

Hadiah Tempat Ketiga (Baucer RM500)

FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

 

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, PTS membesar hati menyediakan enam hadiah saguhati iaitu baucer sebanyak RM100.

  1. FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)

  2. FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)

  3. FB ID: Orengez Delime (IC: 90xxxx-xx-xx42)

  4. FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)

  5. FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)

  6. FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di Arena Buku PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang utama Kempen Hebah & Menang PBAKL 2012. Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Semua baucer hanya sah digunakan di Arena Buku PTS sahaja sehingga 6 Mei 2012. Jadi, mohon dapat hadir ke Arena Buku PTS bagi menuntut hadiah yang dimenangi.

Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Andakah kita masih tercari-cari novel sejarah islam dengan olahan yang menarik dan mudah difahami? Oleh itu tidak keterlaluan sekiranya PTS mejemput semua peminat untuk wajib singgah ke Arena Buku PTS di PBAKL 2012 kerana disini kita berpeluang mendapatkan pelbagai buku termasuk sejarah islam yang senang difahami dan menggunakan ayat-ayat yang ringkas.

Antara buku yang dipromosikan kali ini oleh PTS Litera ialah Badiuzzaman Said Nursi hasil tulisan Abdul Latip Talib. Novel ini mengisahkan tokoh ilmuwan Islam, Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang merupakan pejuang dan pemikir Turki sewaktu Turki bertukar wajah menjadi negara sekular dan mengharamkan syiar Islam.

Selain itu karya lain yang turut menjadi pilihan editornya iaitu Haryani Kamilan ialah, Produk baru PTS Litera Utama-Syok (Hallyu Wave),Saranghaeyo Arumi!-Rose Harissa, Awak semanis Red Velvet- Lily Haslina Nasir dan Cinta Bintang Jatuh- Ney Joehan. Ketiga-tiga novel ini merupakan novel yang diinspirasikan daripada drama-drama Korea, dan yang penting ialah ia hanya akan muncul buat julung kalinya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS One, satu label bagi buku remaja yang sangat disukai. Bagi, PBAKL 2012 kali ini, PTS One mengundang penulis-penulis novel untuk bersama-sama turun padang bagi mempromosikan novel mereka.

PTS One menerusi editornya, Puan Rafiza memilih buku Nomi Duta Gigi yang mana penulisnya iaitu Firuz Firana akan turut serta untuk sesi bertemu peminat. Buku ini dipilih bagi dipromosikan kerana mengandungi kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak. Buku ini sebenarnya mengajar kanak-kanak supaya menjaga kebersihan oral terutamanya gigi untuk mengelakkan karie gigi di kalangan kanak-kanak.

Jadi kepada adik-adik sekalian, jangan lupa dapatkan naskhah ini untuk mengetahui cara terbaik untuk penjagaan gigi kita. Jangan sampai gigi kita 'kurang sihat' ya adik-adik.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Anda peminat fotografi? Atau mahukan sedikit kelainan dan tambahan kreativiti dalam hasil foto anda? Kini para peminat fotografi sekalian boleh mendapatkan buku yang bertajuk Suntingan Foto Terbaik. Buku ini mengandungi 23 teknik suntingan foto yang direka sendiri oleh penulisnya iaitu Tuan Imram Abdul Jabbar.

Tambah Ketua Unit PTS Netmedia, Puan Mazniza, penulis buku ini adalah pengasas Sifoo.com yang sudah 12 tahun operasi sebagai forum yang menjadi sumber maklumat untuk peminat grafik dan multimedia. Buku ini juga mempunyai 100 peratus halaman berwarna dan mengandungi langkah demi langkah yang mudah diikuiti. Selain itu, terdapat juga laman web yang disertakan sebagai panduan kepada pembaca sekiranya terdapat pertanyaan kepada penulis.

Sebuah buku lagi yang akan di promosikan di PBAKL 2012 bertempat di Arena Buku PTS ialah Wedding Photography. Buku ini mengandungi tips menarik yang diperlukan oleh fotografer perkahwinan selain dari mempelajari trend fotografi perkahwinan yang semakin meluas namun masih ramai yang kurang mengetahui perkara-perkara lain yang perlu apabila bertugas di majlis perkahwinan.

Apa ditunggu lagi peminat fotografi sekalian? Marilah kita menyerbu Arena Buku PTS untuk mendapatkan naskhah hebat ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Arena buku PTS terus meriah dengan kehadiran pengunjung-pengunjung PBAKL 2012. Kami begitu teruja menerima kehadiran semua. Terima kasih atas kunjungan ini. Kepada yang belum berkesempatan, usah khuatir, PBAKL kali ini berlangsung sehingga 6 Mei 2012.

Kempen 'Hebah & Menang' kini di minggu terakhir. PTS mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan semua dalam membantu mempromosikan PTS di PBAKL 2012. Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke enam:

  1. FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

  2. FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)

  3. FB ID: Izzudin Fauzi (IC: 92xxxx-xx-xx59)

  4. FB ID: Randy Panglila (IC: 97xxxx-xx-xx54)

  5. FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

  6. FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)

  7. FB ID: M Waliyuddin Baharudin (IC: 88xxxx-xx-xx25)

  8. FB ID: Afiqah Syadiyah Daud (IC: 93xxxx-xx-xx74)

  9. FB ID: Muhammad Danial Faiz (IC: 94xxxx-xx-xx01)

  10. FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke enam ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.

Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kini, Arena Buku PTS sudah dibuka. Terima kasih kepada semua yang menghebahkan PTS di saluran media terhebat ini. Kami bersedia menerima kehadiran peminat buku PTS. Pelbagai buku-buku terkini dan tawaran-tawaran hebat dihidangkan di Arena Buku PTS. Jumpa kami di sana.

Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke lima:

  1. FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)

  2. FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)

  3. FB ID: OrengesDelime (IC: 90xxxx-xx-xx42)

  4. FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)

  5. FB ID: Fasiha Tul Asikin Omar (IC: 88xxxx-xx-xx28)

  6. FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)

  7. FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

  8. FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

  9. FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)

  10. FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.

Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Rasai kemeriahan PBAKL 2012 di Arena Buku PTS dengan menyertai program-program kami yang disusun khas untuk para pengunjung. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jawatankuasa penganjur memperkenalkan segmentasi program sepanjang PBAKL ini mengikut genre dan bentuk program yang yang merangkumi semua peringkat pembaca.

Segmen yang wajib dinantikan dan wajib dimasukkan di dalam jadual kita semua adalah segmen Tokoh Arena. Tokoh Arena merupakan segmen yang perlu ditunggu-tunggu kerana PTS membawakan penulis-penulis hebat turun ke Arena Buku PTS dan mempromosikan buku-buku mereka. Inilah peluang yang perlu direbut dan mendekatkan diri kita dengan penulis-penulis hebat kita ini.

Temu dan dapatkan tip-tip hebat untuk kita semua. Bagi penganjuran kali ini, Arena Buku PTS menyediakan 7 program Tokoh Arena iaitu:

29/04/12 (Ahad)

10.00am – 11.00am

Tokoh Arena bersama Ustaz Azhar Idrus

Pentas Utama PBAKL 2012

 

01/05/12 (Selasa)

5.00pm - 6.00pm

Tokoh Arena bersama Dr Zaharuddin Abd Rahman

Arena Buku PTS

 

02/05/12 (Rabu)

4.45pm - 5.15pm

Tokoh Arena bersama Sasterawan Negara

Arena Buku PTS

 

03/05/12 (Khamis)

11.00am - 11.30am

Tokoh Arena bersama Ustaz Rohidzir Rais

Arena Buku PTS

 

04/05/12 (Jumaat)

11.45am - 12.45pm

Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan Kehidupan

Penulis terlibat:

  • Prof Muhaya

  • Cik Puan Irma Hasmi

  • Tuan Zamri Mohammad

  • Tuan Amin Idrus

  • Tuan Zulhairi

  • Perlindunga Merpaung

Pentas Utama PBAKL 2012

 

2.30pm - 3.45pm

Tokoh Arena bersama Dr Tengku Asmadi dan Hilmi Isa

Arena Buku PTS

 

2.45- 3.45 petang

Tokoh Arena bersama Jerry D Gray

Pentas Utama PBAKL 2012

 

Pastinya, Tokoh Arena menjanjikan satu momen dan perkongsian ilmu buat kita semua. Peminat buku PTS dijemput memeriahkan segmen Tokoh Arena di PBAKL nanti. Jangan ketinggalan ya!

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Keterujaan PTS untuk ke PBAKL 2012 kini telah sampai ke tahap maksimum. Dengan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi, kami ingin berkongsi rasa itu dengan semua peminat-peminat buku PTS. Tahun ini PTS membuat sedikit kelainan bagi memeriahkan lagi pesta buku kali ini. Pastinya kelainan ini bertujuan memudahkan lagi para pengunjung di booth PTS nanti.

Sehubungan itu, PTS memperkenalkan sistem 'Boleh Saya Bantu?' Sistem ini merupakan satu mekanisme di mana staf-staf PTS akan memakai button badge yang bertulis Boleh Saya Bantu? Sepanjang 10 hari di sana.

Sistem 'Boleh Saya Bantu?' ini bertujuan bagi memudahkan pengunjung mengenali staf-staf kami dalam mendapatkan bantuan dan informasi buku-buku terbitan PTS.

Kami warga PTS tidak sabar bertemu peminat-peminat buku PTS di PBAKL 2012. Jumpa di sana!!! Mohon tidak lupa janji kita 27 April sehinggan 6 Mei 2012 ini.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi, amalan membaca buku harus dijadikan amalan wajib harian. Dengan membaca, seseorang itu akan dipandang mulia dengan ilmu yang dimiliki serta pengetahuan yang dikuasai.

Keperihatinan kerajaan dalam melahirkan generasi berilmu wajar dipuji. Dengan menyediakan medium pendidikan, kesungguhan ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya bagi merealisasikan masyarakat yang berilmu.

Dalam sambutan Hari Dunia sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun, PTS dan rakan industri penerbitan buku yang lain bersama-sama dalam menghidupkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat. Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga 6 April ini, semoga ianya dapat menyemarakkan lagi persekitaran cintakan ilmu dikalangan masyarakat kita.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Hanya beberapa hari sahaja lagi PBAKL 2012 akan berlangsung, pastinya PBAKL meniti di setiap bibir para peminatnya. Dan apa yang lebih pasti peminat buku PTS bertambah teruja dan tidak sabar untuk ke booth kami. Oleh itu, PTS dengan terujanya menjemput semua pembaca buku ke Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC nanti.

Menurut Tuan Aizat Razak, Pengarah Projek, untuk buat pertama kalinya PTS menamakan booth PTS sebagai Arena Buku PTS. Ia diberi nama kerana untuk tahun ini  PTS menggunakan konsep sukan sebagai elemen di design dan booth. Rasionalnya ialah kerana tahun ini kita ada dua sukan besar iaitu Euro dan Olimpik yang akan diadakan pertengahan tahun nanti. Jadi kami mahu pastikan semangat sukan yang tinggi itu dapat disamatarafkan dalam semangat membaca dikalangan pengujung booth PTS.

“Tahun ini juga kami akan menyediakan lebih 1000 judul buku di Arena PTS. Jadi jangan lupa singgah dan dapatkan tawaran terbaik kami.” katanya.

Selain itu, konsep sukan ini juga diseleraskan dengan program-program bersama penulis. Di mana PTS mengwujudkan segmen program yang menggunakan istilah sukan. Antaranya ialah:

  • Tokoh Arena

  • Aksi arena

  • Formasi Buku

  • Lancar @ Arena

  • Seminar Arena

  • Arena Syok!

  • Gelanggang Remaja

  • Arena Novelis

Teruskan update bersama PTS untuk mengetahui pengisian segmen-segmen ini.

Buat semua peminat buku PTS, ayuh kita terjah arena buku PTS di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2012 yang akan bermula pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 nanti. Jumpa di sana!

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kuala Lumpur - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan kepada seorang remaja yang telah berjaya memenangi pertandingan dalam kempen Seronoknya Cuti Bersama PTS dan MPH 2011.

Saya suka buku PTS kerana seronok, berinformasi dan berkualiti ialah slogan yang digunakan telah menjulang Noor Raihanah binti Mohd Shafie menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan yang julung kali diadakan ini. Katanya beliau sangat gembira dan tidak terfikir untuk memenangi pertandingan ini kerana mengisi borang sekadar suka-suka.

Hadiah yang dimenangi beliau ialah pakej percutian tiga hari dua malam ke Universal Studio di Singapura untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak, tiket Bas Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura. Selain itu, hadiah sampingan lain berupa Sony Handycam Camcorder, buku PTS bernilai RM500 dan baucer MPH bernilai RM300.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Puan Suzi Fadhilah Ismail yang sememangnya mengimpikan untuk membawa suami serta dua orang anaknya untuk ke Universal Studio. Katanya “saya sangat gembira dan sangat terkejut. Memang impian saya untuk ke sana, selain itu, saya sangat bersyukur.” Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nornasehah Nordin. Beliau yang tidak dapat menghadiri majlis telah mewakilkan kakaknya Puan Rabiatul untuk mengambil hadiah. Katanya adiknya memang mengidamkan sebuah kamera digital, dan bersyukur kerana impiannya tercapai.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zafri Hassan selaku Timbalan Pengurus Besar Bahagian Retail dan Tuan Ikram Wazir, Pengurus Besar Editorial. Majlis telah berlangsung di MPH One Utama pada 14 April yang lalu.

Berikut adalah senarai penuh pemenang saguhati yang membawa pulang satu tiket satu hari ke Universal Studio, Singapura dan hamper buku PTS bernilai RM50.

  1. Abdul Razak Budin

  2. Amirul Amin Bin Abdul Aziz

  3. Danish Mirza Bin Azlan

  4. Hanita Yaakob

  5. Iqbal Hana Binti Mohamed Rusdi

  6. Mohd Kamarul Bin Mohamed Salleh

  7. Noraini Binti Ahmad

  8. Nur Hafieza Abd Somad

  9. Sulaiman Shah Abdullah

  10. Tan Eng Teng

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Karya ahli Kelab Penulis Muda PTS, Nasrin Arisya ini dilihat banyak mengisahkan kehidupan suka duka seorang pelajar dalam mengharungi sebuah kehidupan. Penulis cuba membawa pembaca menyelami dunia kanak-kanak lantas dapat mengimbau zaman silam kita sewaktu kecil.

Mengisahkan Maira, anak bongsu kepada pasangan Amir dan Irdayu yang amat meminati muzik biola. Walaupun pada mulanya minatnya dipendam, namun ayah dan ibunya dapat mengetahuinya juga.

Ketika menjelang sambutan hari jadinya, dia mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya. Ayahnya mendaftarkan dia ke dalam kelas biola. Di permulaan inilah, minatnya dan keinginannya mula bertambah.

Hana, rakan baru Maira semenjak berpindah di sekolah baru sering menemaninya. Bahkan, di dalam kelas pun mereka duduk bersebelahan. Maira semakin serasi dengan Hana memandangkan mereka selalu ke mana sahaja bersama. Hana lah merupakan orang yang pertama mengetahui minat Maira dalam muzik biola.

Maira mendapat perkhabaran gembira apabila mengetahui akan diadakan satu pertandingan biola di sekolahnya. Dia begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turut serta. Ditemani oleh rakan karibnya, Hana, mereka berdua bersama-sama berjumpa cikgu Masni untuk mengambil boring pertandingan.

Novel terbitan PTS One ini akan membuatkan pembaca mengimbau kembali zaman kehidupan kanak-kanak. Sesekali penulis menyelitkan gurau senda dan gelak tawa kehidupan dalam berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.

 

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berikut ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-51, di Zenith Hotel, Kuantan pada 13 April 2012.

Pesan Saya kepada 1,500 orang pengetua, demi mengisi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu ... fokus kita adalah Bahasa Melayu. 

Langkah pertama kita adalah supaya kita menggunakan Bahasa Melayu Tinggi kerana itulah bahasa intelektual dan bahasa budaya tinggi. Tidak ada peradaban didokong oleh bahasa neka rendah.

Bahasa yang kita tuturkan dan tuliskan, hendaklah betul dan rapi tatabahasanya, sebutannya, ejaannya, dan kosa katanya. Bahasa kita juga mesti berbudi bahasa yang melincirkan iklim komunikasi, dll.

Ingatlah, anak-anak kita belajar bahasa yang baik itu daripada bahasa yang mereka baca, dan bahasa yang mereka dengar. Oleh sebab itu kita mesti menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dalam hal pengisiannya, dibicarakan betapa pentingnya buku ilmu dan pengetahuan. Bacaan buku sastera sahaja menyebabkan kita tidak menjadi seimbang. Dan teknologi itu terbina atas ilmu dan maklumat.

Betapa pentingnya juga kita memberi perhatian kepada pengisian Bahasa Melayu itu dengan ilmu juga. Dan dalam kekurangan orang pandai bagi menuliskan buku ilmu, kita mesti menterjemah sebanyak yang diperlukan.

Betapa perlunya kita membina pengisian yang dapat menggantikan jagoh yang mereka puja sama ada dalam sukan, dongeng ... Kita perlu ada Super Safee menggantikan David Beckham, Ultra Qalif menggantikan Ultraman, Usop Sontorian ... dan seterusnya. Kita perlu ada AinMaisarah menggantikan Enid Blighton ... Kita mesti ada Empat Puteri menggantikan Snow White and the Seven Dwarfs ...

Seperti yang berlaku di negara Australia dan Amerika Syarikat, pengisian bahan sastera kanak-kanak menunjukkan ada korelasinya dengan kreativiti di negara itu pada tahun-tahun berikutnya ...

Kerja kita banyak, tanggungjawab kita berat, merekayasa transformasi pendidikan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pulau Pinang - “Kita berhentilah menuntut sesiapapun supaya memartabatkan bahasa Melayu. Yang perlu berbuat begitu kitalah. Bukan orang lain, tetapi kita”. Itulah sebahagian daripada ucap utama yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan bersempena Seminar Mulia Bangsa Tinggi Bahasa yang di adakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Seminar dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas.

Selain menitik beratkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi, beliau juga berpesan agar bersama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa yang rapi dan sempurna ejaannya, nahunya, kosa katanya retorikanya. Ini adalah kerana, bahasa Melayu rendah tidak akan dapat menjadi wahana intelek tinggi dan wahana budaya tinggi.

Selain itu, penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dipertingkatkan dari segi cara bertutur dan penulisan. Malah, seharusnya dipergiatkan semula penulisan dan penerbitan buku ke dalam bahasa Melayu.

Beliau juga sempat berkongsi gurindam berbunyi,

Apa diharap padi seberang.
Entah berbuah entah tidak.
Entah sudah dimakan pipit.
Apa diharap bahasa orang.
Entah faham entah tidak.
Kita juga yang masih tersepit.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berikut dikongsikan ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika merasmikan Bulan Bahasa di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban pada 1 Julai 2011.

Slogan MBMMBI ini ada baiknya kita pisahkan menjadi dua objektif yang ternyata sangat berlainan dengan keupayaan yang juga sangat jauh berbeza, iaitu: 

1. Bagaimana kita Memartabatkan Bahasa Melayu, dan
 
2. Bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris.

Adapaun memartabatkan Bahasa Melayu itu tidaklah sesukar yang mungkin kita fikirkan. Bahasa Melayu itu sudah lama bermartabat. Ia sudah dijadikan Bahasa Kebangsaan negara kita Malaysia, semenjak 1957. Rasionel kita menjadikannya Bahasa Kebangsaan kita itu adalah ia adalah sebuah bahasa yang mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa wilayah ini. Malah ia sudah wujud 2,000 tahun dahulu. Dan ia mempunyai ribuan manuskrip dan hikayat, iaitu Bahasa Melayu itu adalah sebuah bahasa yang memang sudah maju. 

Oleh sebab itu, memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya adalah untuk kita semua berusaha menggunakannya. Kita perlulah menggunakannya dengan baik dan rapi. Dengan perkataan lain, kita hendaklah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, yang sebutannya, ejaannya, perkataannya, dan tatabahasanya teratur rapi. Malah, ini adalah sebuah modal pada kita. Orang yang menuturkan bahasa yang rapi itu dipersepsi sebagai berpendidikan, berbudaya, bersantun, dan bijaksana.

Izinkan saya memberi sebuah contoh yang paling mudah difahami. Tentu anak-anak semua pernah mendengar orang Afro-Amerika bercakap. Ya, sekarang, bayangkan sekiranya Presiden Obama menggunakan bahasa demikian, apa akan jadi pada pencalonannya ... Tentu beliau tidak akan menang ...

Oleh sebab itu, mulai sekarang, kita martabatkan bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Kedua, bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris? Usaha demikian tidaklah sama dengan usaha terhadap bahasa Melayu. Kita baharu sahaja mula mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah. Dan kita sudah pun mahir berbahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah.

Oleh sebab itu langkah memantapkan bahasa Inggeris itu pastilah bermaksud belajar menggunakan bahasa Inggeris.

Sebagai murid sekolah, kita mesti mengambil sikap positif. Peluang belajar Bahasa Inggeris ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin kita tidak akan dapat berbicara dalam Bahasa Inggeris sefasih orang Inggeris, tetapi kita tentu dapat menguasai kemahiran yang agak baik. Sekurang-kurangnya kita akan dapat bercakap mengenai perkara-perkara biasa seperti bertanya khabar dan berjual beli.

Tetapi saya yakin, kita semua dapat menguasai kemahiran membaca yang tinggi. Apabila kita dapat membaca dengan baik, ada banyak sumber ilmu yang terbuka pada kita. Dan dengan membaca pula, saya yakin kemahiran kita berbahasa akan juga meningkat.

Pesan saya, gunakanlah Bahasa Melayu Tinggi, dengan demikian kita sebenarnya Memartabatkan Bahasa Melayu.

Seterusnya, belajar Bahasa Inggeris, dan berikan tekanan kepada kemahiran membaca, saya yakin Bahasa Inggeris anakanda semua akan menjadi mantap.

Dan kita semua memang dapat menjadi dwibahasa dengan baik, menuturkan Bahasa Melayu Tinggi dengan baik, dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan mantap. 

Selamat menjalankan aktiviti Bulan Bahasa, semoga Allah memberi ganjaran yang berganda kepada kita apabila kita melaksanakan usaha yang baik.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi kita yang sebelum ini hanya sekadar mencuba sendiri alatan perisian Adobe Photoshop, pasti akan berasa gembira dengan keputusan yang kita dapat hasil daripada teknik cuba-cuba itu.

Namun, dengan memiliki buku berjudul Adobe Photoshop dan berus ajaib ini, sudah pasti kita akan lebih banyak mengetahui maklumat dan cara-cara yang lebih mudah dan pastinya akan membuahkan hasil grafik yang kelihatan lebih menarik.

Buku 100 peratus halaman bewarna ini dilihat dapat membantu dalam lebih memahami jenis fungsi kegunaan dan teknik yang ditunjukkan. Selain disertakan dengan objek sebagai gambaran contoh, kita dapat lihat perbezaan dengan lebih jelas dan terang disusuli teknik yang berbeza yang digunakan.

Dengan tunjuk ajar satu persatu yang diberikan, sudah pasti membuatkan kerja anda kita lebih mudah.

Buku terbitan PTS Net media ini dilihat dapat membantu kita untuk lebih mengetahui teknik dalam menghasilkan gambar grafik yang lebih cantik. Untuk maklumat lanjut, sila klik buku di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Lima (5) hari sahaja lagi, hari raya untuk industri buku akan menjelma. PTS dan peminat buku pastinya tidak senang duduk dan sangat teruja dalam menanti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi 2012 ini. Setakat ini, persiapan PTS berjalan lancar, namun atas kepadatan dalam persiapan, kami sedikit lewat mengumumkan pemenang minggu keempat yang ini.

Nampaknya, walaupuan masih ada pemenang yang sama seperti minggu lepas, PTS sangat berpuas hati kerana ada nama baru yang menyahut cabaran dalam minggu keempat ini dan memenangi pusingan ini. Tahniah. Semoga kita akan ada nama-nama baru minggu ini dan minggu terakhir nanti.

Dengan rasa terujanya, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke empat:

  1. FB ID: Aida Nur Iman Herman (IC: 01xxxx-xx-xx50)

  2. FB ID: Ficik Yuchiro (IC: 79xxxx-xx-xx20)

  3. FB ID: Al Imran (IC: 96xxxx-xx-xx87)

  4. FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)

  5. FB ID: Nadiah Mohd Arshad (IC: 90xxxx-xx-xx90)

  6. FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)

  7. FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

  8. FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

  9. FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)

  10. FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.

Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Masih berbaki 2 minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!

Psst.. jangan lupa untuk menukar gambar profile ataupun cover bagi melayakkan kalian memenangi peraduan ini.

Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pertama sekali, PTS memohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang minggu ketiga yang bermula pada 2 hingga 8 April yang lalu. Namun kami pasti ia tidak menjatuhkan semangat pembaca buku PTS untuk terus menghebahkan PTS @ PBAKL 2012.

Tingkatkan kemeriahan pesta buku kali ini dengan meraikan pemenang-pemenang minggu ketiga. Nampaknya ada pemenang yang terus mengungguli senarai setiap minggu. Terima kasih atas komitmen kalian. Kepada yang lain, jadikan ini sebagai pemangkin untuk terus menghebahkan link dan memenangi hadiah bagi minggu ini dan akan datang.

Berikut diumumkan pemenang minggu ketiga:

  1. FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

  2. FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

  3. FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)

  4. FB ID: Haziqah Khalid (IC: 93xxxx-xx-xx94)

  5. FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)

  6. FB ID: M Waliyuddin Baharuddin (IC: 88xxxx-xx-xx25)

  7. FB ID: Mohd Rajaei bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)

  8. FB ID: Muaz Faris (IC: 92xxxx-xx-xx01)

  9. FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)

  10. FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke ketiga ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.

Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!

Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sebuah lagi karya penulis tersohor Indonesia A. Fuandi kini di pasaran. Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini adalah beliau telah bergabung dengan seorang lagi penulis ternama iaitu Tasaro G.K maka lahirlah Rindu Purnama.

Puan Linda selaku Editor Pengurusan Unit Terjemahan PTS Litera Utama ketika ditemubual berkata, novel ini dipilih untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu kerana jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat dan sesuai dibaca oleh semua golongan.

Selain itu tambah beliau, novel kali ini adalah unik kerana ianya gabungan dua penulis termasyhur indonesia yang sudah terkenal dengan hasil penulisan mereka yang mantap.

Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini ialah bahasa yang dipermudahkan untuk pemahaman, design kulit yang diubah supaya lebih mesra dengan pembaca dan harga yang mampu milik iaitu RM18.00 di semenanjung.

Buku ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Rindu pergi ke Jakarta untuk menyara keluarganya yang miskin. Rindu bekerja sebagai seorang penjual surat kabar, namun pada suatu hari, syarikat berkenaan gulung tikar. Kemudian rakan Rindu mengajaknya untuk ke rumah perlindungan, di sana Rindu bekerja sebagai peminta sedekah. Di disilah bermula segala perjalanan onak liku kehidupan Rindu.

Dapatkan segera Rindu Purnama di booth PTS, PBAKL 2012, semua pengedar PTS di seluruh malaysia atau boleh dapatkannya di PTS Bookcafe dengan diskaun sebanyak 25 peratus.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Setelah setahun menunggu, kini PBAKL edisi 2012 kembali lagi. Keghairahan mula terasa buat semua peminat dan penerbit buku di negara ini. PBAKL 2012 bermula dari 27 April hingga 5 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tuan Aizat Razak selaku pengarah projek bagi booth PTS menjanjikan kelainan dan kepuasan kepada semua. Kali ini PTS membuka 16 booth berbanding 12 booth tahun lepas. Katanya empat buah booth ditambah kerana sambutan yang memberangsangkan selain daripada memenuhi permintaan peminat-peminat buku PTS.

Tambahnya lagi, booth PTS masih berada di lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di Dewan Tun Hussein Onn.

“Dengan motto 'kesesakan itu normal, kelancaran misi kami' kami akan cuba memastikan booth PTS di PBAKL kali ini berlansung dengan jayanya dan membuatkan anda tersenyum lebar.” katanya.

Kepada semua, teruskan melayari Facebook PTS dan laman web PTS bagi mendappatkan informasi-informasi terkini. PTS tidak sabar melihat peminat-peminatnya berpesta ilmu untuk kali ini. Mohon tidak lupa janji temu kita, tanda di kalendar peribadi semua supaya tidak terlepas peluang berjumpa di PBAKL kali ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sebuah karya Al Ghazali Sulaiman yang menceritakan kepahlawanan seorang pemuda dari keturunan Bani Saad. Zubair bin Awwam, anak kepada Awwam bin Khuwailid yang merupakan seorang pejuang hebat pada masa itu.

Di besarkan tanpa kasih sayang seorang bapa, namun ianya tidak menghalang Zubair bin Awwam berjuang bersama-sama baginda Rasulullah hingga akhir hayat baginda.

Kehidupan kecilnya di sulami dengan kehidupan yang sukar. Selepas di ketahui orang ramai bahawa beliau dan ibunya, Saffiyyah binti Abdul Mutalib memeluk Islam, bapa saudaranya Naufal bin Khuwailid yang di gelar singa Quraisy merupakan individu yang tidak dapat menerima hakikat dan terlalu sukar mempercayainya lantas di seksa di hadapan orang ramai.

Namun, keazaman dan keteguhan iman yang dimiliki Zubair, membuatkan Abu Bakar As-Sidiq kagum lalu menawarkan puteri beliau, Asma’ binti Abu Bakar untuk dinikahinya. 

Perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah bermula di zaman mudanya lagi. Dengan keberanian dan ketangkasan dimiliki, beliau sering di beri kepercayaan baginda untuk menjadi watak penting dalam beberapa siri peperangan.

Ketokohan dan kebijaksanaan dalam peperangan membuatkan beliau disanjungi kawan dan dihormati pihak lawan. Namun, sedikitpun tidak menggoyahkan imannya untuk terus berjuang bersama Rasulullah bagi menegakkan kebenaran.

Selepas kewafatan Rasulullah, sistem pemerintahan bertukar tangan kepada sahabat. Dengan cabaran dan dugaan dihadapi oleh mereka semasa memerintah, namun ianya dapat di selesaikan dengan baik.

Zaman keruntuhan perpaduan sesama Islam selepas era kegemilangan Islam dalam menakluk dan memerintah dengan adil kelihatan seperti mula berlaku. Dengan niat jahat, dendam kesumat dan tipu muslihat Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, di lihat bejaya memecah tembok perpaduan orang-orang Islam dan di lihat punca titik-titik awal perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

Novel sejarah Islam ini banyak mengupas sejarah dan kisah-kisah perjuangan para sahabat ketika era perperangan bersama Rasulullah. Ayuh, kenali Zubair dengan lebih dekat dan klik sahaja imej buku dibawah bagi maklumat lanjut.  

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Siri inspirasi wanita terbitan PTS Millenia ini banyak mengupas erti cinta yang sebenar. Selain untuk mencapai dan mendapat keredaan Allah, setiap individu perlu mengetahui maksud erti cinta sebenar berlandaskan syariat Islam.

Memang fitrah, setiap manusia memerlukan cinta dan dicintai. Namun, ia hendaklah dipandu ke arah landasan yang mahmudah.

Penulis sedikit sebanyak mengajak pembaca bagi memupuk suasana mahupun persekitaran yang ‘harmoni’ ketika berada di dalam alam percintaan. Selain berkasih sayang sesama insan, penulis juga menyelitkan beberapa kisah untuk dijadikan teladan kepada generasi masa kini agar menilai erti makna cinta itu dengan konteks yang meluas.

Penulis juga cuba menggambarkan betapa manisnya cinta jika di sulami dengan pemikiran matang dan waras tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir ataupun gangguan yang tidak beretika. Perasaan sayang yang melampau terhadap pasangan yang bukan muhrim juga dilihat menjadi punca awal seseorang itu akan hanyut dalam dunia ciptaanya sendiri.

Buku Istikharah Cinta ini dilihat mampu membuka ‘pemikiran’ pembaca selain memandu mereka ke arah mencari erti cinta yang hakiki. Sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat, buku ini juga di sertakan dengan maksud ayat Al-Quran dan hadis dalam menjelaskan lagi tentang kebahagian yang di cari.

Untuk maklumat lanjut, klik imej buku di bawah. Dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan apabila wujudnya sebuah pemerintah yang ketuanya baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik.

Hanya selepas 800 tahun sabda Rasulullah ini, penaklukan kota yang menjadi rebutan ketua pemerintahan ketika itu, benar-benar berlaku semasa pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau yang berusia 21 tahun ketika itu dengan berani, gagah dan bersemangat pahlawan kental berjaya mengancurkan keegoan musuh Islam yang sudah lama menjadikan kota itu sebagai pusat pemerintahan.

Dilantik sebagai pemimpin negara seusia 19 tahun dari ayahandanya Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menunjukkan kecerdasan otaknya dalam menangani beberapa masalah yang timbul. Ditemani oleh ulama yang terkenal pada zamannya, Syeikh Bayram dan disusuli dengan anak muridnya, Syeikh Syamsuddin Al-Wali, didikan agama yang diberikan kedua ulama ini mempengaruhi kehidupan beliau.

Berbekalkan dengan hadis Rasulullah yang tersemat utuh di hati, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh bertambah bersemangat dalam cuba menakluk kota Konstantinopel. Dipelajari ilmu perang dari bapa saudaranya, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh terus gagah dan mahir dalam ilmu perang dalam usaha memerangi musuh Islam.

Walaupun di anggap terlalu muda memegang tampuk pimpinan, namun sebenarnya ianya jauh dari pemikiran rakyatnya ketika itu. Dengan bersikap penuh tawadduk dan rendah diri, Sultan Muhammad Al-Fateh tanpa segan silu mendengar setiap cadangan mahupun buah fikiran dari para menterinya dengan mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw.

Selepas 52 hari bertempur dengan pihak musuh pimpinan Maharaja Konstantine, akhirnya kota yang menjadi rebutan itu, jatuh ke tangan Islam. Pimpinan hebat dari Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membuahkan hasil di samping usaha keras dan gigih dari pejuang Islam bagi merebut syahid di jalan Allah.

Perisitiwa agung ini, terus menjadikan Islam tersebar luas di beberapa negara Eropah. Dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik menjadikan pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh terus disanjungi rakyat dan digeruni lawan.

Buku karya Abdul Latif Talib ini sedikit sebanyak akan membuatkan pembaca merasai ‘semangat’ seperti semangat jihad tentera Turki menakluk kota Konstantinopel. Buku ini sesuai di jadikan contoh kepada generasi muda masa kini dalam usaha untuk menegakkan syariat Islam disamping mengambil inspirasi pimpinan berani Sultan Muhammad Al-Fateh.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kemeriahan dan bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 terus dirasai. Ayuh, kita raikan 10 pemenang minggu ke dua ini. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mempromosikan kempen Hebah dan Menang PBAKL 2012 ini.

  1. FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)

  2. FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)

  3. FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)

  4. FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)

  5. FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)

  6. FB ID: As Raf (IC: 90xxxx-xx-xx65)

  7. FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)

  8. FB ID: Arina Nasir (IC: 94xxxx-xx-xx52)

  9. FB ID: Mohd Shafeq Feq (IC:91xxxx-xx-xx31)

  10. FB ID: Zahirul Nukman (IC: 93xxxx-xx-xx05)

Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke dua ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.

Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!

 

Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Aura penyerang prolifik negara, Mohd Safee Sali diteruskan lagi dengan pelancaran komik Super Safee #1: Kelahiran Bintang yang dilancarkan semalam. Majlis pelancaran yang di adakan di Padang Bola Sepak Taman Permata, Hulu Kelang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran raja bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat.

Komik bola sepak terbitan PTS Pop ini adalah merupakan sebuah komik yang julung kalinya diterbitkan berkisahkan mengenai suka duka, gelak tawa dan drama Safee Sali dalam menceburkan diri dalam dunia bola sepak.

Dengan hanya berharga RM 6.90, komik yang berunsurkan pengajaran dan teladan ini sudah pasti akan membuatkan pembaca berpuas hati memilikinya. Selain itu, hasil pendapatan komik ini akan di salurkan ke pusat kebajikan seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pts.com.my atau datang terus ke pameran buku PTS. Ayuh kawan-kawan, apa tunggu lagi. Cepat dapatkannya di pasaran sekarang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kuala Lumpur - PTS menganugerahkan ‘Anugerah Platinum’ kepada Kedai Buku Popular di atas jualan buku 1 Hari 1 Resepi sebanyak 50 000 naskhah. Jualan sebanyak ini dicatat pada bulan November 2011 yang lalu.

Satu majlis ringkas diadakan di ibu pejabat Popular di mana pihak PTS diwakili oleh Timbalan Pemasaran PTS, En. Aizat Razak. Manakala pihak Popular diwakili oleh En. Chew Cheong Tat, selaku Merchandising Manager, English Department.

Menurut En. Chew, beliau begitu teruja dengan anugerah ini dan berharap berharap agar jualan buku ini terus menerus meningkat pada masa hadapan. Beliau memaklumkan, sasaran seterusnya yang ditetapkan oleh pihak Popular adalah sebanyak 100,000 naskah dan cuba mencipta rekod di Malaysia Book of Record bagi Jualan buku masakan tertinggi.

Menurut En. Aizat pula, penganugerahan ini sememangnya layak di berikan kepada pihak Popular hasil komitmen terbaik mereka dalam mempromosikan dan bertungkus lumus menjual buku ini. Selain itu, Chef Hanieliza turut akan dianugerahkan anugerah yang sama. 

Katanya lagi, bagi menyokong pihak Popular dalam mencapai sasaran jualan mencecah 100 000 naskhah pada bulan Mei ini, PTS dan Popular mengadakan akan mengadakan satu kempen khas.

Kempen khas ini diberi nama 'Senangnya memasak bersama @ Popular'. Kempen ini akan bermula 15 April ini di semua outlet diseluruh Malaysia. Hadiah lumayan menanti para pembeli iaitu baucar membeli belah sebanyak RM1,000 beserta dengan hadiah-hadiah lain.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu, anda mungkin Chef Hanieliza yang seterusnya.  

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kempen 'Hebah & Menang' sudah pun bermula 19 Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang akan bermula 27 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rasai kemeriahannya dengan meraikan pememang minggu pertama.

Tahniah buat pemenang!

Seperti yang dijanjikan berikut adalah senarai penerima baucar berjumlah RM50.

  1. Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
  2. Sunah Mohammad (IC: 87xxxx-xx-xx16)
  3. Najwan Shaharum (IC: 92xxxx-xx-xx59)
  4. Khairi Omar (IC: 90xxxx-xx-xx57)
  5. Nur Sakinah (IC: 90xxxx-xx-xx94)
  6. Mohd Shafeq Feq (IC: 91xxxx-xx-xx31)
  7. Najieha Taufik (IC: 93xxxx-xx-xx42)
  8. Hazwan Mujahid (IC: 89xxxx-xx-xx11)
  9. Azrinah Al-Fateh (IC:91xxxx-xx-xx20)
  10. Naim Mahadi (IC: 92xxxx-xx-xx49)

Tahniah dan terima kasih atas kesudian menyertai kempen ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000. Bawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.

Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha hebah dan menang bagi merebut baucar mingguan seterusnya.

Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan Rasulullah semasa awal permulaan Islam mendapat tentangan yang cukup hebat di kalangan kaum Arab Quraisy. Walaupun ditentang oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Lahab, namun usaha dakwah baginda tetap diteruskan dan dibantu oleh beberapa sahabat baginda.

Perjuangan yang pada mulanya dianggap menghina agama sebelumnya namun, dengan pertolongan Allah mengatasi segala-galanya sehingga menjadikan agama Islam terus mekar dan subur hingga ke hari ini.

Buku istimewa Ensiklopedia Sejarah Muhammad terbitan PTS Islamika ini merangkumi sejarah awal baginda Rasulullah. Buku yang menceritakan secara terperinci kisah Rasulullah ini diterbitkan dalam tiga jilid berpandukan sumber-sumber yang benar.

Promosi diskaun yang ditawarkan bagi edisi lengkap ini sehingga 30-40% boleh didapati secara online dan boleh didapati secara terus di pameran buku Bookcafe PTS. 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pengumuman keputusan peperiksaan SPM sudah pun diumumkan. Sama ada mengenggam sebuah kejayaan atau sebaliknya, namun yang pasti setiap pelajar harus optimis dengan keputusan yang mereka perolehi.

Ada yang awal-awal lagi sudah merancang untuk menyambung belajar di menara gading, namun tidak kurang juga mahu menyambung belajar dalam bidang automotif. Bagi mereka yang sudah ditetapkan bidang pengkhususan yang akan di ambil oleh keluarga, pastinya tidak memikirkan sangat berbanding rakan mereka yang lain.

Melihat senario alam pekerjaan sekarang, sudah pasti pelajar digalakkan membuat penelitian terlebih dahulu. Realitinya, seseorang itu tidak terjamin pekerjaannya walaupun mengenggam segulung ijazah.

Justeru, sebagai panduan, elok sekiranya pelajar itu berbincang bersama ibubapa ataupun mereka yang berpengetahuan bagi menerangkan bidang pengkhusuan yang bakal mereka ceburi.

Pendedahan ini amat wajar didedahkan kepada pelajar dalam membuat pilihan bagi membantu mereka mencongak kerjaya di masa hadapan.

Di PTS, kami menerbitkan beberapa judul buku bagi memudahkan pelajar menjadikan panduan. Buku-buku seperti  Hidup ini pilihan dan Bijak Berfikir: Langkah Demi Langkah ini dilihat dapat membantu pelajar merangka hala tuju mereka.  

Contoh-contoh buku ini juga ada menyertakan motivasi, cara kepimpinan dan juga langkah-langkah menuju kejayaan yang gemilang. Sudah tentunya, ianya amat berguna untuk dijadikan rujukan pelajar dalam menempuhi alam pengajian tinggi kelak.  

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dengan kepakaran yang di anugerahkannya, Prof. Dr Muhaya cuba mendekati masyarakat untuk memberikan mereka sedikit bimbingan untuk dijadikan panduan hidup.

Sebuah buku yang sarat dengan jawapan yang lebih kepada kata-kata nasihat sudah pasti menjadikannya sebuah buku yang pasti dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

Berkisar kepada soalan-soalan yang ditanya pelajar beliau sama ada di dalam kelas, ketika forum mahupun program motivasi ianya dapat membantu pembaca melihat jawapan dari luar kotak pemikiran.

Buku ini dipecahkan kepada beberapa bab seperti:

Bahagian 1: Pelajaran

Bahagian 2: Fesyen

Bahagian 3: Perhubungan

Bahagian 4: Kesihatan

Bahagian 5: Kewangan

Bahagian 6: Dilema dalam Diri

Bahagian 7: Persahabatan

Bahagian 8: Politik

Bahagian 9: Disiplin

Selain menekankan format soalan dan jawapan, gaya bahasa buku terbitan PTS Millenia ini mudah difahami dan sesuai dijadikan bahan rujukan. Sesuai dengan pesanan beliau, hendaknya buku dakwah beliau ini dibaca seberapa kerap kali bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan beretika tinggi.

Buku setebal 128 muka surat ini hanya berharga RM 15.00 /RM 17.00 sahaja dan ianya sesuai dijadikan bahan bacaan umum disamping isinya ringkas, mantap dan padat.   

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Laman sosial Facebook kini kelihatan menjadi fenomena dalam masyarakat kita. Tanyalah kepada sesiapa pun, rata-rata jawapan yang diberikan pasti mengetahui apa itu Facebook. Namun, sejauh manakah kita tahu laman sosial ini memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.

Kepekaan penulis untuk memberi panduan dalam penggunaan Facebook amat baik sekali. Di sertakan dengan kata-kata nasihat dan saranan, ianya sudah pasti memberi kesan kepada pengguna lebih-lebih lagi buat golongan remaja.

Dengan gaya bahasa yang bersahaja, penulis cuba merungkai permasalahan yang lazim dilakukan ke arah jalan di redai Allah. Bemula dengan pengenalan mengenai Facebook, penulis menyertakan beberapa maklumat yang pengguna perlu tahu dan menyebar luaskannya.

Mengambil contoh, penulis memberi gambaran betapa bahayanya seseorang itu jika terlalu beremosi dalam meluahkan perasaan hatinya di laman Facebook kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada pasangan, jika sudah berkahwin atau kehidupan seharian. Jika isu ini di ambil pandangan, betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan. Impaknya amat besar sekali jika tidak ditangani dengan kadar segera. Ianya akan lebih membimbangkan jika di ambil kira dengan komen-komen yang bakal muncul dari kawan sepejabat, kawan sekolah mahupun kawan yang mengenali.

Seiring dengan fenomena ini, PTS Islamika menerbitkan sebuah buku yang berjudul Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. Dengan memilikinya, sudah pasti anda merasakan puas apabila membacanya. Di sokong dengan ayat-ayat Al-Quran dan nas-nas hadis sahih, sudah tentu dapat memberi pemahaman lanjut mengenainya.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



KL Sentral bakal dimeriahkan lagi dengan pesta buku pada hujung bulan ini. Sebelum ini KL Sentral hanya dikenali sebagai hub pengangkutan awam, kini ia menjadi medan jualan buku. Respon yang sangat positif dan tempat tumpuan ramai menjadi faktor utama pihak penganjur mengadakan pesta ilmu ini.

PTS turut menyokong penganjuran pesta ini. Dapatkan buku-buku terkini dan bestseller di booth PTS iaitu nombor 9 hingga 11. Berikut adalah butiran lanjut berkaitan Pesta Buku Sentral:

Lokasi: Aras 2, KL Sentral

Tarikh: 23 - 31 Mac 2012

Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam.

Baucar Buku 1 Malaysia juga turut diterima. Baca buk... biarlah selalu.

Jumpa kami di sana! 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Fotografi didefinisikan sebagai proses rakaman cahaya yang dapat menghasilkan gambar atau foto. Kualiti sesuatu gambar itu bergantung pada ketelitian dan teknik bagaimana seseorang memilih cahaya yang baik sewaktu mengambilnya.

 Bagi pelancong-pelancong yang suka mengembara semestinya mengambil gambar adalah perkara yang wajib. Untuk dijadikan kenangan yang terindah dan koleksi untuk tatapan sekeluarga. Tanpa mengetahui teknik-teknik mengambil gambar dengan betul, ia akan membantutkan dan mencacatkan gambar. Menjadi satu kemestian apabila keluar berjalan mereka tidak pernah lupa membawa kamera yang sarat dengan pelbagai aksesori.

Dewasa ini, kita dapat lihat lambakan buku berkaitan dengan fotografi yang dijadikan rujukan dan sumber. Semuanya adalah bagi memantapkan dan membiasakan diri dengan dunia fotografi. Informasi dan maklumat berkaitan fotografi ini juga boleh didapati di laman web seperti internet, Facebook, blog dan sebagainya. Semuanya berada di hujung jari.

Selain itu juga, terdapat pelbagai bentuk posisi dan sudut bagi mendapatkan gambar yang menarik. Antaranya mengambil gambar di waktu pagi kerana pemandangannya yang masih segar dan nyaman. Begitu juga, merakam foto landskap pada waktu menjelang senja yang mempunyai keaslian cahaya keemasan. Waktu ini adalah peluang terbaik bagi menghasilkan foto-foto silhouette. Jurugambar perlu kreatif dan mempunyai kelebihan mencipta dalam mempelbagaikan bentuk yang subjektif apabila mengambil gambar.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan buku Travel Photography di PTS NetMedia. Terdapat pelbagai info dan input berguna bagi mengupas dunia fotografi. Antara kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah bagaimana mendapatkan hasil foto seperti yang diinginkan. Penerangan bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, tips menyunting foto dan sebagainya. Semestinya berjalan-jalan sambil merakam foto adalah pengalaman yang menyeronokkan! Segala persoalan anda pasti terjawab. Segalanya ada di sini. Klik!

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Baru-baru ini industri buku kecoh dengan penerbitan novel-novel yang mengandungi elemen-elemen 'tidak baik' yang dikatakan berleluasa di pasaran. Penerbitan novel-novel ini seakan tiada pemantauan daripada pihak berwajib.

Penerbitan buku-buku seperti ini akan memberi satu perspektif yang negatif buat ibu bapa yang membelanjakan wang mereka dalam menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak mereka. Namun, sebenarnya, ibu bapa mahupun golongan remaja masih banyak alternatif dalam memilih jenis bahan bacaan. Antaranya adalah buku-buku terbitan PTS sendiri.

Prinsip Penerbitan PTS sangat jelas dalam menerbitkan buku iaitu mematuhi hukum syariah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Prinsip ini disokong penuh oleh Ketua Unit PTS One iaitu Puan Mazlia Murat dalam kenyataannya memaklumkan penggunaan Bahasa Melayu standard dititik beratkan kerana pembaca utama PTS One adalah pelajar. Selain itu PTS One berusaha memastikan produk yang diterbitkan tidak melanggar syariah Islam dan mempunyai nilai moral.

Turut bersetuju dengan pendapat ini ialah Ketua Unit PTS Litera Utama, Cik Puan Haryani Kamilan. Beliau mengatakan bahawa PTS Litera terbuka dalam pemilihan tema penulisan mengikut kreativiti penulis, asalkan ianya mematuhi syariah, menjaga kualiti gaya bahasa dan olahan, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan berpegang pada prinsip memandaikan bangsa. Antara kategori novel yang diterbitkan dibawah PTS novel adalah novel sejarah islam, i-novella, novel tauhid, Syok, novella dan novel terjemahan.

Komitmen mematuhi prinsip ini turut diperkuatkan dengan jaminan yang diberikan oleh Pengurus Besar Editorial PTS, Tuan Ikram Wazir. Beliau akan memastikan setiap karya yang diterbitkan dari pihaknya tiada mengandungi elemen-elemen lucah. Beliau menambah, PTS adalah penerbit novel Bahasa Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan patuh syariah sebagai komponen utama.

Katanya lagi, kedua-dua ini teras kepada usaha kami bagi memandaikan bangsa menggunakan wahana novel. Kami memberi jaminan sepenuhnya yang mana novel terbitan PTS akan terus mendukung nilai-nilai agama dan dipersembahkan dengan bahasa yang seseuai untuk pembaca.

Konklusinya, pendukung tenaga kerja PTS akan sentiasa memastikan buku-buku yang diterbitkan oleh mereka mesti mematuhi prinisp utama ini iaitu mempunyai ciri-ciri memandaikan bangsa, mematuhi hukum syariah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Siri ke dua ini adalah kesinambungan daripada artikel kempen Fotografi Mudah @ PTS yang lalu. Bahagian ini akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai elemen lain yang diterapkan dalam buku-buku fotografi.

 Menurut Puan Mazniza lagi, buku-buku fotografi yang diterbitkan menerusi kempen ini mempunyai teks yang sedikit dan memuatkan lebih banyak gambar contoh dan panduan langkah demi langkah yang mudah difahami serta menggunakan terma yang biasa digunakan jurugambar.

Tambahnya lagi, tips daripada pakar juga turut dimuatkan selain daripada jawapan kepada soalan yang sering ditanya dan juga jawapan kepada hasil kesilapan fotografi.

Panduan langkah demi langkah setting kamera, cara editing gambar, tutorial mendapatkan gambar yang menarik serta cara penggunaan kamera yang betul juga turut dimuatkan. Selain itu, kesemua buku-buku ini mempunya lebih 80 halaman supaya ia dapat memuatkan setiap pekara penting yang perlu diketahui setiap pembaca”, ujarnya.

 Ditanya mengenai elemen amatur dan professional beliau berpendapat bahawa, amatur adalah sesiapa sahaja yang mempunya kamera dan tahu menggunakannya manakala professional pula golongan pengguna kamera yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan dan dikenali.

Jangan ketinggalan untuk memiliki setiap satu naskhah berharga ini dengan potongan sebanyak 25 peratus di PTS Bookcafe. Selain itu turut dipromosikan di dalam katalog Popular Book Club (Pop Club) bagi keluaran Mac dan juga diiklankan dalam Majalah Mutiara Minda keluaran Mac, terbitan MPH. Dapatkan juga di kedai-kedai buku yang berdekatan.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Fotografi Mudah @ PTS dengan tema 'Pelajari Teknik dan Rahsia Fotografi Sebenar!' akan bermula Mac ini. Antara buku yang termasuk dalam kempen promosi kali ini ialah Kuasai Fungsi Kawalan, Travel Photography, Foto Hebat Dengan HDR, Post Wedding Photography, Strobist, Fokus Klik!, dan Foto Hebat Kamera Kompak.

Terdapat enam elemen diperkenalkan dalam kempen ini di mana elemen ini merupakan 'features' kepada buku-buku fotografi terbitan PTS Netmedia.

Puan Mazniza Mohd Nor, Ketua Unit PTS Net Media, dalam kenyataannya mengatakan bahawa, Fotografi Mudah @ PTS adalah kempen penerbitan buku-buku fotografi berdasarkan tajuk-tajuk khusus mengikut kepakaran pengarang mengikut kehendak pasaran.

Elemen utama dalam buku-buku ini adalah diterbitkan dalam saiz yang mudah dibawa di dalam poket ataupun beg kamera. Selain itu, panduan yang diberikan mudah difahami oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi ataupun yang sudah mempunyai asas fotografi.

Tambahnya lagi, buku-buku fotografi adalah 100% mempunyai halaman berwarna. Warna pada gambar juga adalah asli supaya pembaca mengetahui 'output' yang sebenar kepada setting yang diajarkan.

Bagi mengetahui lebih lanjut lagi elemen-elemen seterusnya, jangan lupa nantikan artikel akan datang.

Dapatkan diskaun sebanyak 25 peratus di PTS Bookcafe bagi pembelian online mahupun walk-in. Selain itu turut dipromosikan di dalam katalog Popular Book Club (Pop Club) bagi keluaran Mac dan juga diiklankan dalam Majalah Mutiara Minda keluaran Mac, terbitan MPH. Dapatkan juga di kedai-kedai buku yang berdekatan. 



Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



KUALA TERENGGANU – Bermula 23 Februari 2012, Kuala Terengganu akan dimeriahkan dengan Pesta Buku Terengganu yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Jabatan Pelajaran Terengganu. Bertemakan 'Temanku Buku' pada tahun ini, pihak penganjur mengajak semua warga Terengganu dan penduduk negeri yang berdekatan memeriahkan pesta buku ini.

Penganjuran kali ini akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu sehingga 29 Februari 2012. PTS juga tidak ketinggalan melantik pengedar kami, Syarikat Tenaga Tulin bagi membuka booth dan menjual pelbagai judul terbaik terbitan PTS. Pastinya buku-buku bestseller mudah didapati antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.

Selain itu, istimewanya penganjuran kali ini, adalah penampilan istimewa penulis remaja PTS paling popular iaitu Puan Ain Maisarah pada 25 Februari ini. Kemunculan istimewa ini pastinya amat dinantikan oleh peminat beliau di Terengganu.

Buat pembaca buku-buku motivasi. jangan lepaskan peluang untuk bertemu penulis buku Magnet Diri, Tuan Amin Idris dalam slot Sembang Pagi pada 27 Februari ini. Sembang pagi ini akan bermula pada jam 10.00 pagi.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



KEPONG – Hari ini dalam sejarah apabila anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. iaitu PTS Edar Sdn. Bhd. (PTS Edar) menerima pengiktirafan daripada TESCO apabila dianugerahkan sebagai TESCO Preferred Business Partner 2011/12.

PTS Edar merupakan salah satu anak syarikat yang dipertanggungjawabkan melebarkan distribusi buku-buku pts ke pasaraya-pasaraya besar dan saluran-saluan standnews di seluruh Malaysia. Setelah hampir setahun meluaskan rangkaian buku-buku PTS, pagi tadi (21 Februari 2012) di Kepong Village Mall (TESCO HQ), PTS Edar Sdn. Bhd dijemput menerima anugerah ini.

Puan Halimathun, Abdul Rahman selaku wakil PTS Edar hadir menerima anugerah daripada Cikpuan Amanda Cheong. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membuat pesanan dan mempromosi buku-buku PTS di Tesco.

Memetik kata Cikpuan Amanda Cheong, "Tolong hantar senarai buku-buku baru lagi". Ini bermakna Tesco membuka peluang dan ruang diberikan kepada PTS bagi melebarkan jualan di cawangan-cawangan Tesco yang lain.

Semoga PTS terus mekar mewangi diseluruh negara. Tahniah PTS Edar.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sinonim dengan konsep membeli-belah bersama keluarga, Mydin sedang mengadakan promosi kasih sayang dengan tema All You Need Is Love bermula dari 2 Febuari sehingga 21 Febuari 2012. Sempena kempen ini, Pasaraya Mydin Subang Jaya turut mempromosikan dua buku PTS iaitu Ku Damba CintamuYa Rasulullah dan Act Like A Lady, Think Like A Man edisi Bahasa Melayu.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah amat sesuai untuk bacaan keluarga kerana mendidik kita supaya mencintai rasul dengan cara tersendiri. Nilai kasih sayang yang diterapkan dalam buku ini amat mendalam dan sesuai dijadikan panduan oleh setiap lapisan masyarakat.

Manakala bagi buku yang Act Like A Lady, Think Like A Man edisi Bahasa Melayu, ia menjanjikan satu kelainan di mana buah fikiran lelaki mengenai wanita dirungkaikan oleh penulis terkenal Steve Harvey. Ianya sesuai dijadikan panduan bagi golongan wanita menyusuri kotak fikiran lelaki.

Sesuai dengan slogan Why Pay More?, dapatkan kedua-dua buku ini di Mydin Subang Jaya dengan harga RM14.00 bagi buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah dan RM19.00 bagi buku Act Like A Woman, Think Like A man.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena sambutan luar biasa terhadap filem Hafalan Sholat Delisa yang ditayangkan di Astro First ketika ini, PTS turut mengambil kesempatan mempromosikan kembali buku edisi Bahasa Melayu dengan menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus.

Tawaran ini hanya boleh didapati di kedai buku PTS Bookcafe dan pembelian online di www.bookcafe.com.my

Hafalan selat Delisa ini merupakan terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. dan sudah mula menjenguk pasaran pada tahun 2009. Pelbagai testimoni menarik ditemui di laman facebook antaranya:

"Novel yang bagus dan sedih, jalan ceritanya yang ringkas dan penyampaian yang berkesan kepada pembacanya." - Amirul Hafiz .

"Novel ini mengajak kita untuk mendalami kehidupan susah orang lain dan bagaimana mereka menempuhinya. Kaya dengan spiritual sewaktu saya membacanya, merasakan saya berada di dalam sirah ini ketika Tsunami melanda. Tahniah untuk Tere-Liye penulis yang sangat hebat" - Amer Mukhlis

Jadi untuk mengetahui apa yang akan berlaku terhadap anak kecil yang tidak berupaya ini, dapatkan segera Hafalan Solat Delisa di PTS Bookcafe ataupun di mana-mana pengedar PTS di seluruh Malaysia.

Apa yang ditunggu lagi? Segera dapatkan naskhah Tere-Liye. Pastinya kita berpuas hati. Jumpa kami di PTS Bookcafe ataupun layari www.bookcafe.com.my

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena cuti sekolah pada hujung tahun lepas, PTS mengadakan kempen Seronoknya Cuti @ PTS 2012. Antara aktivitinya adalah dengan mengadakan satu peraduan online iaitu Peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS.

Sesudah 14 pusingan dibuat dan penyertaan seramai 5000 peserta secara keseluruhannya, kini tiba masanya kami mengumumkan senarai pemenang bagi peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS!

Terdapat 13 pemenang yang berpeluang memenangi hadiah utama, kedua, ketiga dan 10 hadiah saguhati.

Berikut adalah senarai nama pemenang yang tidak mengikut turutan kerana keputusan sebenar akan diumukan pada majlis penyampaian hadiah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti:

  • Adlina Nasir (namn2512@yahoo.com)

  • Zakwan Najohan (zakwannajohan@gmail.com)

  • Muiz Kamal (muizdin99@yahoo.com)

  • Atan Jambul (atan.jambul@yahoo.com)

  • Hisyam Wazir (hisyam_1997@yahoo.com)

  • Siti Hajar (aishiteru_ja@yahoo.com)

  • Nurul Ain Najohan (ainfriendz@gmail.com)

  • Aman Motolc (motolc135cc@gmail.com)

  • Nisha Nasir (nismn90@yahoo.com)

  • Ameerul Muhammad (meoryoi@yahoo.com)

  • Far Est (mr_monster22@yahoo.com)

  • Rambut Cekidiri (carlnissa@yahoo.com)

  • Saya Fiyka (Fiyka_meow@yahoo.com)

Tahniah sekali lagi daripada kami di PTS. Kepada semua pemenang, mohon semak emel bagi tindakan lanjut.

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC nanti. Untuk makluman, pesta buku ini akan bermula 27 April sehingga 6 Mei 2012.

Kepada yang kurang berjaya, Insyallah hujung tahun ini akan ada peraduan baru untuk pembaca buku PTS.

Inilah yang dikatakan... Seronoknya Cuti @ PTS!.. Terima kasih atas sokongan semua.

p/s: untuk makluman, nama yang diseneraikan mengikut ID di FB mereka.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dimaklumkan sekarang ada jawatan kosong di unit pemasaran PTS iaitu Eksekutif Pemasaran PTS (Pengiklanan & Promosi). Berikut adalah bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan:

Bidang Tugas:

  1. Menguruskan acara bersama penulis di kedai mahupun di pesta buku.

  2. Mengkordinasi bahan-bahan pemasaran PTS.

  3. Mengkordinasi kempen-kempen PTS untuk pengedar.

  4. Turut terlibat dalam perancangan pemasaran PTS.

  5. Merancang dan menguruskan pengiklanan PTS.


Kelayakan:

  1. Lelaki (berumur 20 - 35 tahun)

  2. Mempunyai skil dalam perancangan strategi.

  3. Kreatif, aktif, dan dinamik.

  4. Skil komunikasi yang tinggi dan bekerja dengan deadline.

  5. Mampu menjadi ahli tim yang terbaik.

  6. Mahir menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  7. Memiliki ijazah/diploma dalam bidang berkaitan.

  8. Memiliki kemahiran interpersonal dan perwatakan menarik.

  9. Mahir menggunakan komputer dan internet.

  10. Memiliki lesen memandu D.

Sehubungan dengan itu, Jabatan HRDA sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (shazarina@pts.com.my) ataupun (aizat@pts.com.my)

Maklumat lanjut jawatan yang dipohon, syarat-syarat, borang permohonan dan cara-cara memohon jawatan kosong yang diiklankan, klik:http://pts.com.my/index.php/karier/eksekutif-pemasaran-pengiklanan-promosi/

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena bermulanya tahun 2012 Lembaga Pengarah PTS telah bersetuju menubuhkan sebuah jabatan baru, iaitu Jabatan Pemerdagangan Harta Intelek. 

Fungsi utama jabatan ini adalah:

1. Menjadikan aktiviti pengurusan harta intelek karya penulis-penulis PTS sebagai sumber perolehan dan keuntungan tambahan bagi penulis dan syarikat.

2. Memasarkan pelesenan harta intelek penulis PTS kepada pihak ketiga di dalam dan luar negara.

3. Menguruskan pelesenan harta intelek dari luar untuk anak-anak syarikat PTS.

Pengurus jabatan ini adalah Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto). Beliau sebelum ini pernah memikul tanggungjawab menguruskan dan memulakan bisnes PTS One Sdn Bhd, dan menerokai laut biru pasaran sastera kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Melayu. Kemudian beliau memikul tanggungjawab memulakan operasi Jabatan Pemasaran PTS.

Dipetik daripada Universiti Terbuka PTS — 30 Jan 2012

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Foto menunjukkan keadaan yang dapat dilihat setiap hari di hadapan pintu masuk gudang PTS. Ada buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak. Ada buku-buku return dari kedai kerana tidak laku dijual.

Buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak memerlukan ruang simpanan. Seluas 20% ruang yang ada digunakan bagi menyimpan buku return. Ruang itu lebih diperlukan bagi menyimpan stok buku baru-cetak.

Dalam bisnes, ruang adalah wang. Sekarang ini sewa 1 unit kilang berderet sudah naik kepada RM8k sebulan. Itulah kos menyimpan buku-buku return PTS. Ia menjadi beban kewangan kepada penerbit.

Ada 2 cara mengurangkan stok buku tak-laku. Pertama, adakan acara tahunan bagi menjual lelong buku-buku itu dengan diskaun sampai 90%. Kedua, buku-buku itu diam-diam dijual kepada lori kertas kitar semula.

Dari sudut bisnes, mengadakan majlis lelong buku adalah lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada lori kitar semula. Melelong buku dapat mengurangkan kerugian. Risikonya adalah reaksi negatif dari pihak penulis yang bukunya dilelong dengan harga terlalu rendah.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kejayaan seseorang individu pastinya akan sentiasa dinilai semata-mata pada harta kekayaan yang dimilikinya juga bukan dengan sebanyak mana ilmu yang diraih atau juga setinggi mana darjat dan pangkatnya tetapi kejayaan seseorang juga akan dinilai sehebat mana akhlak dan kebaikannya. Perumpamaan ada mengatakan, "Seseorang insan yang berjaya dihormati dan disegani bukan kerana kejayaan yang dimilikinya tetapi kualiti yang membawa dirinya kepada kejayaan."

Perumpamaan ini amat mudah kita fahami kerana orang yang benar-benar berjaya kebanyakannya mempunyai disiplin diri yang tinggi sehingga membolehkannya berjaya. Nilai-nilai akhlak mulia yang diterapkan pada diri dalam melakukan apa sahaj membawa kepada kepercayaan orang disekelilingnya dan dalam masa yang sama mampu memberi contoh kepada orang lain bagi melakukan sebagaimana yang ditonjolkan olehnya.

Contohnya, seseorang Pengarah Urusan (CEO) yang hebat andainya memiliki sifat mahmudah seperti baik hati, menghormati orang lain, pemurah, menjaga masa, berdisiplin, dan bercakap dan bertutur dengan sopan dan sentiasa amanah dan benar dalam segala tindakan pasti akan mudah membentuk perilaku staf atau pekerja bawahannya. Sebaliknya sekiranya seorang ketua yang ingin dihormati dan ingin arahannya dituruti tetapi dalam masa sama dia juga mempunyai sikap yang tidak baik serta tidak boleh dicontohi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan pasti akan diperkatakan oleh orang bawahannya.

Strategi dalam menentukan kejayaan atau membawa perubahan kepada kejayaan bagi seseorang individu tidak dapat dimulakan dengan perubahan kepada akhlaknya sendiri. Mungkin seseorang sudah terbiasa dengan perlakuan tingkah laku yang sedia ada, tetapi sekiranya dia ingin berjaya ia perlu melakukan perubahan dari sudut akhlaknya, kerana resipi kejayaan tidak lari dari menjaga akhlak dan sentiasa menambah nilai kebaikan kepadanya.

Bagi mengingati hamba bagi menjaga segala perilaku dirinya, Allah menyatakan dalam surah an-Nabak, ayat 39 hingga 40 yang bermaksud, "Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang diberi izin kepadanya oleh Allah yang maha pemurah, dan ia mengucapkan kata yang benar. Itulah hari yang pasti terjadi. Siapa mengkehendakinya, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami memperingatkan kepadamu seksa yang dekat pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua-dua tangannya dan orang kafir berkata, "alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah."

Dipetik daripada buku 3i: Islam. Iman. Ihsan oleh Puan Sakinah Salleh

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berita baik kepada mereka yang berminat dalam menghasilka karya namun tidak tahu caranya. Penganjur Masjid Sultan Salahuddin Abdul-Aziz Shah Alam membawakan 2 penulis hebat PTS bagi berkongsi idea dan ilmu dalam menghasilkan karya menarik di pasaran.

 Penulis buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Tuan Rohidzir Rais dan penulis novel srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi dibawa khas ke Masjid Sultan Salahuddin bagi memberi garis panduan kepada penggemar bidang penulisan yang masih tercari-cari ruang dan peluang dalam menghasilkan karya.

 Bengkel yang diadakan pada 21 Januari ini akan memberi garis panduan dalam menghasilkan buku-buku umum dan novel. Tidak hanya memberi panduan menghasilkan karya, 2 penulis hebat ini juga akan memberi penerangan selengkapnya cara yang tepat bagi membawa karya-karya penulis baru ke syarikat penerbitan bagi diterbitkan.

 Temui Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Rohidzir Rais di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam pada 21 Januari 2012 ini.

 Tuan dan puan yang berminat menyertai bengkel penulisan ini boleh terus berhubung dengan Ustaz Mahmud di talian 019-3568428 bagi urusan pendaftaran.  

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ini adalah berfikir. Satu idea hebat yang wujud mungkin bernilai berjuta ringgit dan mampu mengubah dunia.

Persoalannya bagaimana seorang individu dapat menghasilkan idea yang hebat dan dapat mengubah dunia sekelilingnya.

Buku terbitan PTS Profesional Sdn Bhd ini membawa teknik berfikir yang betul dan cara menghasilkan idea yang bernilai jutaan ringgit.

Hakikatnya banyak idea yang hebat ditolak oleh orang ramai kerana idea itu tidak realistik. Ramai juga orang mempunyai idea yang hebat tetapi tidak menerangkan ideanya dengan cara yang paling mudah. Paling menghairankan ada idea yang biasa-biasa tetapi dianggap hebat kerana tuannya bijak mempersembahkan ideanya.

Buku hasil tulisan Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd dan Penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan ini mengemukakan manual berfikir yang mudah difahami, pratikal dan terbukti berkesan. Buku daripada dua penulis hebat ini membawa kita mengetahui teknik berfikir bagi mencipta idea hebat serta dapat menyakin orang bagi menerima idea kita.

Dapatkan buku Kuasai Dunia dengan Berfikir terbitan PTS Profesional Sdn Bhd yang mampu mengubah kehidupan kita menjadi luar biasa hebat.

Layari www.bookcafe.com.my bagi membuat tempahan buku secara online dan nikmati diskaun hebat yang disediakan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Fisiologi Kesyukuran

Mereka yang bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan mempunyai kesihatan yang lebih baik. Mengikut Mid Columbia Medical Centre, Health (Online), kajian-kajian terkini menunjukkan mereka yang tahu menghargai dan berterima kasih lebih bertenaga dan kurang ditimpa penyakit-penyakit fizikal. Hal ini kerana hormon-hormon stres dalam darah mereka rendah.

Profesor Michael McCullough dan Bob Emmons, pakar-pakar dalam bidang psikologi, pernah melakukan beberapa kajian ke atas pesakit barah payu dara dan urat saraf. Mereka mendapati, pesakit-pesakit yang memiliki pemikiran positif dan mudah menghargai nikmat yang dikecapi, emosi mereka lebih stabil sekali gus membantu mereka menghadapi masalah-masalah peribadi dalam hidup. Penemuan ini disebutkan di dalam 10 Essentials of Highly Healthy People oleh Walt Larimore, M.D. Hal yang sama juga disebutkan oleh MJ Ryan, pengarang buku The Giving Heart, 365 Health and Happiness Boosters.

 Nabi dan Kesyukuran

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibban, Aisyah menceritakan, “Pada satu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku”

 Nabi bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkah Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya.” Nabi menjawab, “tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”

Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusyuk tanpa sebarang kepura-puraan.

Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuanNya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru sebutlah selalu kalimat Alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, “Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh badan yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanah di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan dari azab neraka.”

Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Fisiologi Kesyukuran

Mereka yang bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan mempunyai kesihatan yang lebih baik. Mengikut Mid Columbia Medical Centre, Health (Online), kajian-kajian terkini menunjukkan mereka yang tahu menghargai dan berterima kasih lebih bertenaga dan kurang ditimpa penyakit-penyakit fizikal. Hal ini kerana hormon-hormon stres dalam darah mereka rendah.

Profesor Michael McCullough dan Bob Emmons, pakar-pakar dalam bidang psikologi, pernah melakukan beberapa kajian ke atas pesakit barah payu dara dan urat saraf. Mereka mendapati, pesakit-pesakit yang memiliki pemikiran positif dan mudah menghargai nikmat yang dikecapi, emosi mereka lebih stabil sekali gus membantu mereka menghadapi masalah-masalah peribadi dalam hidup. Penemuan ini disebutkan di dalam 10 Essentials of Highly Healthy People oleh Walt Larimore, M.D. Hal yang sama juga disebutkan oleh MJ Ryan, pengarang buku The Giving Heart, 365 Health and Happiness Boosters.

 Nabi dan Kesyukuran

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibban, Aisyah menceritakan, “Pada satu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku”

 Nabi bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkah Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya.” Nabi menjawab, “tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”

Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusyuk tanpa sebarang kepura-puraan.

Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuanNya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru sebutlah selalu kalimat Alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, “Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh badan yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanah di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan dari azab neraka.”

Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Individu yang lahir daripada pelbagai latar belakang kehidupan mempunyai sudut pandang yang berbeza-beza hasil daripada pemahaman mereka yang tersendiri. Ini kerana segala perspektif yang terhasil dari pengalaman serta laluan kehidupan yang pelbagai corak berlaku disekeliling mereka akan membantu ataupun menyumbang kepada perspektif seseorang kepada sesuatu hal. Oleh itu, dalam kita mengendalikan kejayaan serta kegagalan dalam hidup, setiap perkara yang berlaku perlu dilihat dari sudut positif serta diterima dengan reda.

Setiap ujian ada hikmahnya sebagaimana Allah nyatakan dalam surah al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, "Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami menguji orang-orang sebelum mereka, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Perumpamaan seorang pelajar yang berulangkali mengambil peperiksaan, biarpun telah berusaha gigih tetapi beliau tetap gagal. Sekiranya dilihat dari sudut pandangan negetif, kemungkinan individu ini akan berasa diri tidak pandai, lemah dan sebagainya. Namun sekiranya beliau melihat dari sudut positif iaitu Allah belum memberinya kejayaan ataupun menyimpan kejayaan untuk satu masa yang Allah lebih tahu kesesuaiannya.

Begitu juga seorang yang mencuba berkali-kali untuk berjaya dalam perniagaan, tetapi sentiasa bertemu dengan kegagalan. Apabila dibandingkan dengan orang lain sekali mencuba sudah berjaya, sudah pasti seseorang akan berasa putus asa, perasaan sedih dan sebagainyan. Manusia tidak mungkin mengetahui semua perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.

Maka apa yang terbaik dalam kita mengendalikan kejayaan dan juga kegagalan dalam kehidupan kita adalah berserah kepadaNya dan sentiasa husnuzan atau bersangka baik dengan takdir yang ditentukan Allah untuk kita. Apa yang perlu kita ketahui, Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk diri kita dan Allah memberikan sesuatu ke atas kita sesuai dengan diri kita menanggungnya.

Sebagaimana kata-kata Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, "Allah tidak membebani seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya."

Dipetik daripada buku 3i: Islam. Iman. Ihsan oleh Sakinah Salleh

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS dengan kerjasama kedai buku Popular membawakan peraduan menarik khas buat peminat buku masakan paling laris, Chef Hanieliza.

Melalui buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza, peminat buku masakan PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik dan mengujakan.

Melalui peraduan Chef Hanieliza@Popular ini, peminat buku masakan Chef Hanieliza berpeluang mendapatkan hadiah menarik termasuklah kelas eksklusif 1 hari bersama Chef Hanieliza, 1 set periuk stainless steel, buku resipi PTS bernilai dan baucer eksklusif daripada kedai buku Popular.

Langkahnya mudah. Tuan dan puan hanya perlu melayari http://pts.com.my/popular/#hadiah bagi menyertai peraduan Chef Hanieliza@Popular ini.

Rebut hadiah menarik yang disediakan oleh PTS dan Popular hanya dengan 3 langkah mudah yang disediakan di http://pts.com.my/popular/#hadiah.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sewaktu Asy-Syubali melalui makam dalam perjalanan ke hutan, dia terlihat seorang pemuda kurus dengan pakaian lusuh dan rambut tidak terurus duduk di antara batu-batu nisan di atas kubur. Sekali-sekala, pemuda itu memandang ke langit. Pipinya dibasahi air mata dan bibirnya terkumat-kamit membaca zikir.

Asy-Syubali yang mendengar suara sayu pemuda itu tertarik lalu mendekatinya. Dia berfikir, 'Apakah yang menyebabkan pemuda itu wirid dengan khusyuk?' Tetapi sebaik sahaja pemuda itu menyedari kehadiran Asy-Syubali, dia segera bangun dan berlari. Asy-Syubali mempercepatkan langkahnya dan pemuda itu berlari semakin cepat.

Asy-Syubali memanggilnya, "Tunggulah saya!"

Pemuda itu tetap berlari sambil berwirid, Allah, Allah, Allah..."

Asy-Syubali memanggilnya lagi, "Tunggulah saya!"

Pemuda itu tetap berlari dan menunjukkan isyarat tangan menandakan dia tidak mahu berhenti.

Asy-Subali berkata, "Sekiranya benar apa yang kamu katakan, tunjukkan, tunjukkan kebenaranmu bersama Allah."

Tiba-tiba pemuda itu menjerit, "Ya Allah....!" lalu jatuh tersungkur dan tidak sedar-sedar. Asy-Syubali mempercepatkan langkah menghampirinya tetapi pemuda itu sudah meninggal dunia.

"Allah menentukan rahmatnya kepada siapa yang dikehendakiny," kata Asy-Syubali kepada dirinya sendiri. Dengan rasa bersalah, dia menuju ke kampung berdekatan dan meminta bantuan orang kampung bagi menguruskan jenazah pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja mereka sampai ke tanah perkuburan itu, jenazah pemuda itu tiada lagi di situ. Asy-Syubali fikir mungkin sudah ada orang lain yang menguruskan jenazahnya.

Pada waktu itu, Asy-Syubali mendengar suara ghaib, "Hai Syubali, sayalah yang menguruskan jenazah pemuda itu, maka tetaplah kamu beribadah dan perbanyakkan sedekahmu kerana pemuda itu mencapai darjat yang tinggi dengan sedekahnya."

"Aku bertanya dengan nama Allah, tolonglah ceritakan kepadaku berkenaan sedekahnya itu," Asy-Subali memohon kepada suara ghaib itu.

"Hai Syubali," jawab suara ghaib itu, "Sesungguhnya pemuda itu pada mulanya adalah orang yang fasik dan penzina. Kemudian, Allah menunjukkan kepadanya mimpi yang mengerikan. Buah zakarnya berubah menjadi ular dan daripada ular itu keluar api yang membakar tubuhnya. Sejak mendapat mimpi itu, pemuda itu bertaubat dan sentiasa tenggelam dalam ibadahnya pada Tuhan. Sejak dia mengalami mimpi buruk itu sehingga hari kematiannya pada hari ini, dia sudah bertaubat selama 12 tahun. Sebelum dia meninggal dunia, datang seorang pengemis yang memohon makanan daripadanya. Pemuda itu memberikan sedikit makanan. Pengemis itu merasa begitu gembira dengan pemberian itu lalu menadahkan tangannya ke langit dan mendoakan supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosanya. Allah mengabulkan doa pengemis itu."

 

Dipetik daripada buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya oleh Muhammad Muhyidin

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Emosi seseorang mudah terganggu apabila berlaku dugaan yang tidak diduga juga kegembiraan atas sesuatu perkara. Apabila duka dia derita, apabila suka dia gembira. Emosi berkait dengan ketenangan jiwa. Individu yang mampu mengawal diri dan perasaannya dalam kedua-dua keadaan, sama ada suka ataupun duka, individu itu nyata memiliki kekuatan iman dan keteguhan.

 Bagi mengendalikan emosi diri, setiap individu perlu memperkuatkan jati dirinya serta tidak mudah goyah dengan keadaan yang melanda. Emosi yang mudah terganggu dengan perasaan marah, mudah tersinggung dan berfikiran negetif memudahkan emosi menjadi tidak terkawal. Di sinilah peranan sabar serta kekuatan iman memainkan peranan dalam mendidik jiwa menjadi tenang dan tidak resah gelisah dengan permasalahan yang membelenggu.

 Oleh itu, bagi menjaga emosi ataupun perasaan memiliki ketenangan jiwa, seseorang itu perlu mendidik, mengawal, serta mengendalikan emosi dengan menggunakan kewarasan akal. Akal yang sempurna sifatnya, mengetahui hakikat kebenaran akan menjadi teraju kepada emosi. Akal yang sempurna adalah akal yang sentiasa mencari hakikat dan menambahkan pengetahuan yang membawanya menyedari hakikat ketuhanan dan hakikat kehidupan.

 Oleh itu, Allah mengutuskan rasul dan nabi bagi membimbing akal manusia ke arah kebenaran. Ini dijelaskan dalam kata-kata Allah dalam surah al-Hadid ayat 25, “Demi sesungguhnya! Kami mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas dan nyata serta Kami turunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraka keadilan.”

 

 Bagi memiliki jiwa yang tenang, perkara berikut perlu kita perincikan dan pertangungjawabkan ke atas diri kita.

 

  1. Sentiasa meletakkan matlamat ke arah kesempurnaan diri di sisi Allah.

  2. Menjaga hubungan dengan Allah serta melaksanakan segala suruhan serta menjauhkan larangan-Nya.

  3. Hubungan sesama manusia dan alam perlu dijaga dan dipertingkatkan.

  4. Menunaikan amanah serta menyempurnakan segala tanggungjawab.

  5. Melepaskan diri daripada tanggungjawab hutang piutang.

  6. Berusaha memberi dan membuat kebaikan kepada orang lain.

  7. Meletakkan segala cita-cita demi kemaslahatan umat.   

     

    Dipetik daripada buku 3i: Islam, Iman , Ihsan oleh Sakina Salleh dan diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS Profesional Sdn Bhd membawakan buku motivasi sepanjang zaman yang dinanti-nantikan peminat buku motivasi. Buku terjemahan Chicken Soup for the Soul yang dinantikan peminat buku motivasi tempatan kini sudah diedarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Buku bestseller yang menghimpunkan 101 kisah yang pastinya menggugah emosi dan menceriakan hidup dihimpun dalam sebuah buku bagi memberi inspirasi kepada pembaca.

Pelbagai kisah menarik yang diadun dalam sebuah buku yang nyata bestseller dan memberi rasa unik dalam hati pembaca. Pembaca pastinya tersenyum, ketawa, dan menangis apabila membaca cerita yang dipaparkan dalam buku bestseller ini.

Buku hasil tulisa Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark ini akan membawa pembaca ke destinasi kehidupan yang lebih ceria dan berbeza daripada biasa.

Buku terjemahan, Chicken Soup for the Soul yang disajikan dalam edisi bahasa Melayu ini pastinya membawakan kelainan dalam minda dan jiwa pembaca yang ingin mengubah kepada kehidupan yang lebih ceria dan menggembirakan.

Dapatkan buku-buku menarik hasil terjemahan PTS Profesional ini dengan diskaun hebat dengan melayari laman web www.bookcafe.com.my atau mendapatkanny di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Hari ini,13 Januari 2012, PTS Millenia Sdn Bhd membawakan penulis buku masakan nombor satu PTS bagi bertemu dengan peminat beliau.

 Chef Hanieliza akan menemui peminatnya di KL Sentral, Kuala Lumpur bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang ini.

 Beliau akan membawakan buku terbaru hasil olahan beliau sendiri. Pengunjung yang hadir berpeluang merasai aroma lauk warisan yang disediakan oleh Chef Hanieliza sendiri.

 Temui Chef Hanieliza pada hari ini, 13 Januari 2012, serta dapatkan buku terbaru hasil kreativiti beliau istimewa di KL Sentral.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi memberi semangat membaca kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar Politeknik dan pelajar tingkatan 6 yang memiliki baucar buku 1Malaysia, PTS Bookcafe Sdn Bhd menawarkan diskaun hebat bagi pembelian terus di kedai buku PTS itu.

Lebih mengujakan, PTS Bookcafe menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi semua buku terbitan PTS. Tawaran istimewa ini dibuka khas bagi pembelian RM125 dan ke atas.

Dapatkan pelbagai buku PTS yang penuh ilmu dan menghiburkan mahasiswa istimewa di Bookcafe PTS.

Tuan dan puan boleh terus mendapatkan buku-buku terbaik PTS di Bookcafe PTS yang terletak di No 12, Jalan Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Mohon hubungi bookcafe di bookcafe@pts.com.my atau terus hubungi di talian 0361880316.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berita baik kepada peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said. Hujung minggu ini PTS membawakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said bagi bertemu dengan peminat di sekitar Kuala Lumpur.

Melalui Pesta Buku MPH yang berlangsung di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, peminat dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis yang dikenali dan dikagumi ramai ini.

Selain beramah mesra dan mendapatkan tandatangan beliau, tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku hasil karya sasterawan negara ini.

Temui beliau di KL Sentral, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 bermula dari jam 2 petang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Aisyah menceritakan, Rasulullah berpesan,

 "Enam perkara, seorang Islam yang meninggal pada salah satu dari enam perkara ini, pasti mendapatkan hak jaminan atas Allah bagi memasukkannya ke dalam syurga: Seseorang keluar untuk berjihad. Siapa yang meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang mengiringi jenazah, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang wuduk dan membaguskan wuduknya, kemudian pergi ke masjid untuk solat, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang berada di dalam rumahnya tidak mengumpat orang Islam dan tidak membangkitkan amarahnya, jika dia meninggal kerana mencari keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah.”

 Abu Dzarr menceritakan, Rasulullah berpesan,

 “Senyummu di hadapan saudaramu, merupakan sedekah bagimu, perintahmu kepada yang makruf dan laranganmu dari yang mungkar merupakan sedekah. Petunjukmu kepada seseorang di tempat yang tersesat merupakan sedekah bagimu. Engkau menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah bagimu. Engkau menuangkan air dari baldimu ke baldi saudaramu merupakan sedekah bagimu.”

Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah hasil tulisan Tuan Rohidzir Rais

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Selaras dengan pengumuman mengenai pemberian baucar buku bernilai RM200, PTS menawarkan pelbagai buku menarik dan terkini kepada pelajar IPTS, IPTS, Politeknik, Matrikulasi Sains dan pelajar tingkatan 6 di seluruh Malaysia.

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar di IPTA, IPTS dan Politeknik layak mendapatkan baucar bagi pembelian buku ini.

Pengagihan baucar ini dilakukan di IPTS, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing bermula Januari 2012 ini.

Baucar ini boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini termasuk Bookcafe PTS sendiri.

Baucar pembelian buku ini adalah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012 ini.

Melalui baucar ini, pelajar dapat membeli buku-buku PTS di Bookcafe PTS yang bertempat di No 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves, Selangor. Pelajar yang ingin mendapatkan buku PTS dengan baucar yang disediakan boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi memilih buku-buku terbaik terbitan PTS.

Sebarang pertanyaan, tuan dan puan boleh terus menghubungi bookcafe di talian 03-6188 0316 atau emailkan pertanyaan tuan dan puan terus kepada email@bookcafe.com.my

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS dengan kerjasama kedai buku Popular membawakan peraduan menarik khas buat peminat buku masakan paling laris, Chef Hanieliza.

Melalui buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza, peminat buku masakan PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik dan mengujakan.

Melalui peraduan Chef Hanieliza@Popular ini, peminat buku masakan Chef Hanieliza berpeluang mendapatkan hadiah menarik termasuklah kelas eksklusif 1 hari bersama Chef Hanieliza, 1 set periuk stainless steel, buku resipi PTS bernilai dan baucer eksklusif daripada kedai buku Popular.

Langkahnya mudah. Tuan dan puan hanya perlu melayari http://pts.com.my/popular/#hadiah bagi menyertai peraduan Chef Hanieliza@Popular ini.

Rebut hadiah menarik yang disediakan oleh PTS dan Popular hanya dengan 3 langkah mudah yang disediakan di http://pts.com.my/popular/#hadiah.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Setiap individu mencipta skrip kehidupannya sendiri. Seperti pelakon dalam filem, seseorang itu mempunyai skrip yang dilakonkannya, bezanya dalam filem skrip itu dicipta orang lain, dalam kehidupan sebenar kita mencipta skrip kita sendiri.

Ada dua jenis skrip kehidupan yang penting. Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara seseorang itu menyusun skrip kehidupannya. Kedua-dua disebut skrip komitmen dan skrip nuklear.

Skrip komitmen juga dikenali dengan istilah 'Skrip Kejayaan' (success script) manakala skrip nuklear juga dikenali dengan istilah 'Skrip Kegagalan' (failure script). Dalam skrip komitmen seseorang itu mengikat dirinya kepada suatu jadual sepanjang hidup yang dibikinnya sendiri di mana dia yakin jadual itu dapat menghasilkan ganjaran-ganjaran yang sangat positif.

Skrip nuklear sangat berbeza daripada skrip komitmen. Ia dipenuhi dengan rasa serba salah, serba bimbang dan serba tidak yakin berkenaan apa yang sepatutnya menjadi matlamat hidup bagi mereka yang memiliki skrip ini. Skrip ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dengan tidak mahu, antara yakin dengan tidak yakin, antara takut dengan berani dan macam-macam lagi konflik.

Skrip komitmen melibatkan pelaburan jangka panjang bagi melakukan pelbagai pembaikan. Setiap individu mempunyai cita-cita hendak mencapai suatu kehidupan yang ideal pada masa depan. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai cita-cita mahu mencipta sebuah kehidupan yang ideal bagi masyarakatnya. Cita-cita itulah yang mendorongnya mengabdikan diri bagi mencapai cita-citanya. Ataupun seseorang itu mungkin mempunyai cita-cita hendak mencari ubat penyakit barah lalu dia mengabdikan dirinya menjadi sainstis dalam bidang itu.

Apabila seseorang itu mempunyai skrip komitmen, dia memiliki objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Dia bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai cita-citanya. Dalam keadaan di manandia berhadapan dengan dugaan dan kegagalan, dia bersikap tabah dan tekad, terus berjuang kerana yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat diatasi.

Dipetik daripada buku Siri Motivasi Bisnes, Kejayaan Dari Dalam oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS membawakan pelbagai program menarik dan menghiburkan di hujung minggu bagi menghargai peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada usaha penerbitan buku tempatan.

Pelbagai program yang menghiburkan dan memberi informasi disediakan khas buat peminat buku terbitan PTS.

Terbaru, bertempat di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, PTS dengan kerjasama MPH membawakan Pesta Buku MPH KL Sentral.

Selain menyajikan buku-buku menarik, PTS turut membawakan penulis-penulis kegemaran ramai bagi bertemu dengan peminat di KL Sentral.

Bermula Jumaat ini, 13 Januari 2012, PTS membawakan penulis buku masakan paling popular PTS, Chef Hanieliza bagi bertemu peminat. Pengunjung yang hadir dapat menikmati Aroma Lauk Warisan, buku tulisan terbaru Chef Hanieliza pada jam 12 hingga 2 petang. Selain menikmati keenakan masakan Chef Hanieliza, pengunjung juga boleh mendapatkan buku terbaru hasil olahan Chef Hanieliza yang baru diterbitkan.

Pada Sabtu, 14 Januari ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis buku Lagi-Lagi Botol Air dan Penutup Botol Iman. Beliau akan turun padang bagi mendedahkan apa baiknya botol air. Temui Nora Herni pada Sabtu ini bermula dari jam 12 hingga jam 1 petang.

Peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang menantikan kemunculan beliau berpeluang bertemu beliau dalam pesta buku MPH KL Sentral ini. Pak Samad yang sememangnya dikenali dan dikagumi ramai akan berada di KL Sentral pada 14 Januari ini bermula dari jam 2 petang. Selain mendapatkan buku-buku istimewa terbitan beliau, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan Sasterawan Negara yang dikagumi ramai ini.

Penulis buku Young Aisah juga tidak ketinggalan bertemu dengan peminat di KL Sentral pada 15 Januari 2012 ini. Puan Saridah Hamid & Reja akan bertemu dengan peminat bermula dari jam 12 hingga 1 petang pada 15 Januari ini.

Pada hari yang sama, penulis buku Akukah Puteri Itu dan buku remaja Avian Arrisa, Puan Rose Harissa & Lily Haslina Nasir akan bertemu peminatnya pada jam 2 hingga jam 3 petang, 15 Januari, di KL Sentral.

Selain itu, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talip juga tidak ketinggalan bertemu peminat di KL Sentral pada jam 3 hingga 4 petang, 15 Januari ini.

Temui penulis-penulis popular PTS ini di 1st Floor, Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 7 hingga 15 Januari 2012 ini. Dapatkan juga buku terbaru dan menarik tulisan PTS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS membawakan pelbagai program menarik dan menghiburkan di hujung minggu bagi menghargai peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada usaha penerbitan buku tempatan.

Pelbagai program yang menghiburkan dan memberi informasi disediakan khas buat peminat buku terbitan PTS.

Terbaru, bertempat di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, PTS dengan kerjasama MPH membawakan Pesta Buku MPH KL Sentral.

Selain menyajikan buku-buku menarik, PTS turut membawakan penulis-penulis kegemaran ramai bagi bertemu dengan peminat di KL Sentral.

Bermula Jumaat ini, 13 Januari 2012, PTS membawakan penulis buku masakan paling popular PTS, Chef Hanieliza bagi bertemu peminat. Pengunjung yang hadir dapat menikmati Aroma Lauk Warisan, buku tulisan terbaru Chef Hanieliza pada jam 12 hingga 2 petang. Selain menikmati keenakan masakan Chef Hanieliza, pengunjung juga boleh mendapatkan buku terbaru hasil olahan Chef Hanieliza yang baru diterbitkan.

Pada Sabtu, 14 Januari ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis buku Lagi-Lagi Botol Air dan Penutup Botol Iman. Beliau akan turun padang bagi mendedahkan apa baiknya botol air. Temui Nora Herni pada Sabtu ini bermula dari jam 12 hingga jam 1 petang.

Peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang menantikan kemunculan beliau berpeluang bertemu beliau dalam pesta buku MPH KL Sentral ini. Pak Samad yang sememangnya dikenali dan dikagumi ramai akan berada di KL Sentral pada 14 Januari ini bermula dari jam 2 petang. Selain mendapatkan buku-buku istimewa terbitan beliau, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan Sasterawan Negara yang dikagumi ramai ini.

Penulis buku Young Aisah juga tidak ketinggalan bertemu dengan peminat di KL Sentral pada 15 Januari 2012 ini. Puan Saridah Hamid & Reja akan bertemu dengan peminat bermula dari jam 12 hingga 1 petang pada 15 Januari ini.

Pada hari yang sama, penulis buku Akukah Puteri Itu dan buku remaja Avian Arrisa, Puan Rose Harissa & Lily Haslina Nasir akan bertemu peminatnya pada jam 2 hingga jam 3 petang, 15 Januari, di KL Sentral.

Selain itu, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talip juga tidak ketinggalan bertemu peminat di KL Sentral pada jam 3 hingga 4 petang, 15 Januari ini.

Temui penulis-penulis popular PTS ini di 1st Floor, Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 7 hingga 15 Januari 2012 ini. Dapatkan juga buku terbaru dan menarik tulisan PTS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Perkara asas dalam pendidikan rohani adalah mendidik anak-anak mengenali Allah dan menyintai rasul-Nya sejak dari kecil. Islam menganjurkan umatnya bagi memulakan kehidupan bayi yang baru lahir dengan kalimah Laa ilaha illallah seperti hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah berkata:

"Buka kehidupan bayi kamu dengan kalimah pertama Laa Ilaha Illallah."

Hadis direkodkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi

Abdul Razak di dalam kitab al-Musannaf merekodkan para sahabat gemar mengajar anak-anak mereka kalimah Laa ilahaillallah sebagai ucapan yang pertama. Anak-anak diajar bagi mengucapkan kalimah itu sebanyak tujuh kali secara fasih dengan maksud supaya kalimah itu menjadi ungkapan pertama yang mampu mereka ucapkan.

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ahkam al-Maulud menganjurkan kepada para ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka kalimah Laa Ilaha illallah ketika anak-anak mulai pandai bercakap dan perkara pertama yang didengar oleh telinga mereka adalah makrifatullah iaitu mengenai Allah dan mentauhidkan-Nya. Anak-anak perlu diajar yang Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sentiasa bersama mereka.

Islam turut menganjurkan supaya anak yang baru lahir diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri. Ia bertujuan bagi memastikan kalimah tauhid menjadi kalimah pertama didengari anak selepas lahir ke dunia. Namun, ia tidak berakhir setakat di situ sahaja. Memperdengarkan kalimah Laa ilaha illallah pada awal kelahiran bayi adalah simbol permulaan kehidupan yang baik yang perlu diteruskan nanti. Anak-anak perlu sentiasa diperdengarkan dengan perkataan yang baik, yang dapat menyuburkan jiwa dan iman mereka.

Anak-anak juga perlu diajar bagi mencintai Rasulullah serta keluarga beliau seperti hadis Rasulullah yang direkodkan oleh at-Tabrani yang dilaporkan oleh Saidina Ali, Rasulullah berkata:

"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai keluarganya dan membaca al-Quran. Sesungguhnya orang-orang yang berbekalkan al-Quran berada dalam naungan arasy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya bersama para nabi dan orang-orang suci."

 

Dipetik daripada buku Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam oleh Puan Mazidah Muhammad dan DR. Noor Hisham Md Nawi.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Perkara asas dalam pendidikan rohani adalah mendidik anak-anak mengenali Allah dan menyintai rasul-Nya sejak dari kecil. Islam menganjurkan umatnya bagi memulakan kehidupan bayi yang baru lahir dengan kalimah Laa ilaha illallah seperti hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah berkata:

"Buka kehidupan bayi kamu dengan kalimah pertama Laa Ilaha Illallah."

Hadis direkodkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi

Abdul Razak di dalam kitab al-Musannaf merekodkan para sahabat gemar mengajar anak-anak mereka kalimah Laa ilahaillallah sebagai ucapan yang pertama. Anak-anak diajar bagi mengucapkan kalimah itu sebanyak tujuh kali secara fasih dengan maksud supaya kalimah itu menjadi ungkapan pertama yang mampu mereka ucapkan.

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ahkam al-Maulud menganjurkan kepada para ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka kalimah Laa Ilaha illallah ketika anak-anak mulai pandai bercakap dan perkara pertama yang didengar oleh telinga mereka adalah makrifatullah iaitu mengenai Allah dan mentauhidkan-Nya. Anak-anak perlu diajar yang Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sentiasa bersama mereka.

Islam turut menganjurkan supaya anak yang baru lahir diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri. Ia bertujuan bagi memastikan kalimah tauhid menjadi kalimah pertama didengari anak selepas lahir ke dunia. Namun, ia tidak berakhir setakat di situ sahaja. Memperdengarkan kalimah Laa ilaha illallah pada awal kelahiran bayi adalah simbol permulaan kehidupan yang baik yang perlu diteruskan nanti. Anak-anak perlu sentiasa diperdengarkan dengan perkataan yang baik, yang dapat menyuburkan jiwa dan iman mereka.

Anak-anak juga perlu diajar bagi mencintai Rasulullah serta keluarga beliau seperti hadis Rasulullah yang direkodkan oleh at-Tabrani yang dilaporkan oleh Saidina Ali, Rasulullah berkata:

"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai keluarganya dan membaca al-Quran. Sesungguhnya orang-orang yang berbekalkan al-Quran berada dalam naungan arasy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya bersama para nabi dan orang-orang suci."

 

Dipetik daripada buku Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam oleh Puan Mazidah Muhammad dan DR. Noor Hisham Md Nawi.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dipetik dari blog Prof Muhd Kamil. 

Semalam saya menulis entri yang sengaja ditinggalkan.

"Selain belajar bahasa Arab, saya suka berbincang beberapa isu yang menarik perhatian. Memandangkan beliau seorang lulusan pengajian hadis maka saya gemar bertanya tentang kepakaran beliau.

Misalnya, saya pernah bertanya tentang hadis ini,

Rasulullah bersabda: "Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya." [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

Soalan saya agak kritikal, kenapa agaknya Allah mencintai puasa nabi Daud? Ia mesti ada penjelasan yang boleh difikirkan."

Ia perbincangan bersama Walid dan Hearsi, dua pemuda Somalia. Namun jauh di sudut hati saya ingin berdakwah kepada mereka berdua dengan cara yang cukup halus.

Hakikatnya, banyak soalan yang tidak mempunyai atau memerlukan jawapan. Lalu mungkin ada yang berkata ia perkara remeh-temeh. Ulamak tidak melihat ia isu besar yang perlu diperjelaskan.

Saya selalu terfikir, ilmu Allah ada pada setiap orang. Ia boleh berlaku kerana mereka ke sekolah atau universiti, menadah kitab, mendengar ceramah dan kuliah atau melalui pengalaman yang telah dilalui.

Malah ibu, ayah dan keluarga memberi ilmu yang tidak ternilai. Jika ia melalui pengalaman, maka ia menjadi milik mereka yang telah melalui pengalaman tersebut. Jika tidak dibukukan atau diceritakan, ilmu tersebut akan turut berkubur bersama mereka.

Benarlah firman Allah melalui surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud,

".......yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya) ........"

Walid merenung saya. Tentu sekali beliau tidak menyangka saya bertanya soalan "bodoh" yang mungkin tidak ditanya oleh bijak pandai yang lain.

Adakah ia soal kuantiti? Tidak mungkin kerana Rasululullah SAW melarang mereka yang ingin berpuasa sepanjang masa. Akhirnya, saya bertanya beliau, "mahukah tuan memikirkan jawapan yang ingin saya sampaikan?".

Walid dan Hearsi melihat dan mendengar hujah saya dengan tekun. Lalu saya mulakan dengan nada yang sangat berhati-hati,

"Ini kali kedua saya menyampaikan pendapat ini. Pertama kepada isteri saya dan kedua kepada tuan-tuan berdua. Saya fikir ada ilmu yang diperolehi melalui praktikal.

Allah cintakan puasa Nabi Daud yang selang sehari berpuasa. Tuan-tuan kena cuba dahulu berpuasa sebagaimana Nabi Daud berpuasa, InsyaAllah Dia akan bagi ilmu tersebut. Lakukan secara konsisten.

Ramai di antara kita belajar dan mengetahui tentang amalan ini. Saya bukan pakar hadis tetapi saya tahu amalan ini sejak empat tahun yang lepas. Namun jika orang bertanya soalan yang sama - pada ketika itu – sudah pasti saya tidak mampu menjawab.

Kini sudah sebulan lebih saya berpuasa selang sehari (nota: ampunkan saya ya Allah jika ia lahir dari rasa riyak takbur dan angkuh. Aku tidak mahu begitu ya Allah, aku mohon izin bercerita untuk menyampaikan sedikit ilmu yang Kau pinjamkan kepada daku).

Pernah dengar orang menulis, susah dan senang, sakit dan sihat, suka dan duka, cantik dan hodoh, kaya dan miskin serta pelbagai sifat yang berlawanan mempunyai nikmat yang sama?

Pada satu tahap, ia sesuatu yang sukar diterima. Apatah lagi untuk merasai perasaan tersebut. Mana mungkin lapar dan kenyang mempunyai nikmat yang sama.

Realitinya, bila manusia berduka, sakit, hodoh dan miskin maka ia lebih mudah untuk merayu dan merintih kepadaNya. Jika sifatnya berlawanan manusia akan lebih rileks, santai dan sedikit jauh daripada Allah SWT".

Tentu sekali saya tidak menghadapi masalah untuk memahamkan mereka dengan hujah-hujah yang saya ingin kemukakan. Pertama saya berhadapan dengan ilmuan agama dan kedua dengan seorang jurutera yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri.

Tinggal lagi mereka tidak pernah mencuba dengan apa yang dicintai Allah itu. Ia kelihatan sangat sukar.

Lalu saya sambung, "bila saya berpuasa selang-sehari, tiada lagi nilai kenyang dan lapar. Hari berpuasa dan tidak berpuasa mempunyai nilai yang sama dari sudut kenyang dan lapar. Tuan-tuan akan dianugerahkan perasaan dan nikmat tersebut.

Maksud saya, nilai kenyang dan lapar hilang sehingga wujud nilai baru yang terlalu abstrak.

Dan perasaan ini akan membawa kita melihat tentang kebesaran Allah. Perasaan cintakan Allah pada setiap waktu. Bagaimana? Entah. Berpuasalah dahulu... bukankah Allah paling mencintai puasa ini? Bukankah Allah mencintai orang yang cintakan Dia?

Bukankah selangkah kita hampir denganNya, beribu langkah Dia hampir dengan kita?"

"MasyaAllah... MasyaAllah... MasyaAllah..."

Saya memberi pendapat. Mereka lebih berilmu, bijak dan pandai daripada saya. Alhamdulillah, akhirnya saya bersyukur kerana Hearsi sudah memulakan puasa Nabi Daud selang sehari selepas perbincangan ini.

Ia tidak memerlukan modal yang besar.

NotaMKI: Begitulah.... jika kita masih tertanya-tanya bagaimana mahu solat malam... lakukan... lakukan dan rasailah nikmat tidak tidur yang sama manisnya dengan nikmat tidur. Ia hanya berlaku (mengikut aturannya) selepas melepasi tahap-tahap tertentu. Pastinya ia memerlukan langkah pertama sebelum ada langkah kedua.

 

Baca lanjut di http://muhdkamil.org/blog/2012/01/04/puasa-nabi-daud/

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam sebuah kisah pada zaman Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad sedang melakukan sujud yang panjang. Maka Abdul Rahman bin Auf mula bimbang dengan keadaan Rasulullah yang masih tetap dalam keadaan sujud, berkemungkinan Rasulullah dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah bagi mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Beberapa ketika, Rasulullah mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf,

"Mengapa wahai sahabatku, kamu kelihatan cemas?"

Abdul Rahman bin Auf lantas menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Dengan penuh rasa cinta kepada umat, Rasulullah menerangkan,

"Jibril datang kepadaku dan berkata, Sukakah engkau? Barangsiapa yang mengucapkan selawat ke atas engkau, maka Allah akan berselawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau, maka Allah akan memberikan salam kepadanya. Mendengar hal itu, maka saya terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur."

(Hadis direkodkan oleh Ahmad)

Kisah di atas menunjukkan tuntutan sunnah Nabi Muhammad dalam mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur yang dilaksanakan sama seperti melakukan sujud tilawah (iaitu sujud yang disebabkan membaca ayat tilawah dalam Al-Quran ketika sedang solat) dan dilakukan di luar solat. Caranya adalah seperti berikut:

Niat sujud kerana bersyukur atas nikmat Allah secara khusus.

Mengakui kebesaran Allah dengan melafazkan kalimah takbir iaitu, "Allahuakbar" sebelum sujud.

Melakukan sujud dengan meletakkan dahi ke bumi dan boleh dilakukan di mana-mana asalkan suci daripada najis.

Memberi salam selepas bangun daripada sujud.

Syarat-syarat sah adalah suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat, dan menghadap kiblat.

Abu Bakrah melaporkan,

"Apabila Rasulullah menemukan sesuatu yang menggembirakan beliau atau disampaikan kepada beliau sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah."

(Hadis direkodkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmizi).

Ini cara Islam mengajar kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah atau terlepas daripada bala. Selain itu, tanda bersyukur juga boleh dilakukan dengan amalan bersedekah dan solat sunat syukur dua rakaat.

Antara tanda kesyukuran yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah sumbangan beliau kepada tentera Islam dalam peperangan Tabuk iaitu, 200 dinar, 1500 ekor unta tunggangan, dan 500 ekor kuda perang. Tidak cukup dengan itu, beliau mendermakan 400 dinar kepada bekas tentera Perang Badar yang masih hidup seramai 100 orang.

 

Artikel dipetik daripada buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf tulisan Tuan Aizuddin Zakaria

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena tahun baru 2012 yang disambut, PTS Bookcafe menawarkan diskaun menarik dan istimewa kepada semua peminat buku terbitan PTS.

Melalui diskaun yang menggemparkan, bookcafe.com.my membawakan pelbagai buku terkini dan menarik dengan diskaun istimewa.

Tuan dan puan boleh mendapatkan pelbagai buku terjemahan, motivasi, buku agama dan buku kanak-kanak yang memberi ispirasi sempena tahun baru ini.

Layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan buku-buku terbaik PTS dengan diskaun yang mengujakan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Ramai sedia maklum, China adalah lubuk barangan yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah. Di China sendiri disediakan banyak tempat menarik bagi memborong barang dengan harga yang murah sehingga memberi pulangan berganda kepada pembeli.

Buku Panduan Memborong Di China yang baru diterbit di pasaran ini mula mendapat sambutan hangat bagi mereka yang berminat memborong barang-barang menarik dengan harga yang murah di China.

Buku yang baru sahaja diulang cetak ini mendapat sambutan hangat para pemborong dan peminat barang-barang yang murah serta berkualiti. Sehingga kini, buku ini berada di tempat teratas dalam senarai terlaris buku pengurusan dan motivasi PTS.

Buku ini memaparkan panduan secara lengkap dalam membimbing anda bermula di Malaysia. Selain itu, buku ini juga memberi anda tips supaya tidak ditipu, dan cara membawa pulang barangan borong ke Malaysia dengan keuntungan sehingga 600 peratus.

Selain itu, buku lengkap ini juga menyediakan panduan hotel murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, mencari makanan halal can mengesan penipuan. Segala maklumat yang diperlukan dalam proses memborong barang di China juga dapat diketahui dengan hanya membeli buku yang panas di pasaran ini.

Dapatkan buku terbaik ini di kedai-kedai buku terpilih atau layari www.pts.com.my bagi membeli secara online.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Seorang kanak-kanak menconteng-conteng kertas selepas menulis. Kanak-kanak itu kelihatan marah dengan apa yang ditulisnya sendiri.

Pada awalnya, dia kelihatan gembira menulis satu persatu mengikut urutan. Kelihatan nombor menjadi permulaan bagi setiap ayat pada garis berbeza. Satu, dua, tiga dan kemudian diikuti ayat setiap satunya.

Tidak lama kemudian dia menconteng-conteng kertas itu. Sekali lagi dia melakukan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Diambil kertas baharu lalu dilakukan sekali lagi. Tulis dan conteng. Ia berulang-ulang tanpa berhenti.

Seorang lelaki menghampiri kanak-kanak yang masih leka dengan pen dan kertasnya. Dia tidak menyedari lelaki itu sedang berdiri di belakang memerhatikan tingkah lakunya. Tangan kanan cepat menconteng garis-garis di atas tulisan sendiri.

Kemudian tangan lelaki itu memegang tangan kanak-kanak itu. Terhenti contengan dan kanak-kanak itu menoleh melihat siapakah yang menghalangnya.

Kanak-kanak itu bertanya, "Apa sedang ayah lakukan di sini?" apabila melihat ayahnya yang masih memegang tanganya.

Ayahnya ketawa dan membalas semula, "Apa yang sedang kamu lakukan ini?"

Anaknya melepaskan pensil di tangan dan masih membiarkan ayah memegang tangan kanan yang ligat menulis dan menconteng tadi. Matanya masih memerhatikan kertas yang sudah dipenuhi garisan dan huruf.

Kemudian anaknya memandang ayahnya kembali dan berkata, "Tahun hadapan saya sudah masuk ke darjah lima."

Ayahnya mengangguk, "Benar, tahun hadapan kamu sudah beralih kelas. Tetapi masih di sekolah yang sama."

Anaknya membalas dan kali ini anaknya memusingkan tubuh agar berhadapan dengan ayahnya, "Sebelum cuti sekolah yang lalu, guru sudah mengasingkan kami mengikut kelas yang akan kami ikuti tahun hadapan. Kemudian kami diperkenalkan dengan guru kelas yang baharu."

"Bagusnya sekolah itu, sekolah belum bermula tetapi sudah bertindak awal. Mudahlah kamu. Tidaklah runsing mencari kelas dan mengenal guru kelas kelak. Rakan-rakan pun sudah awal-awal lagi sudah ada tempat duduk masing-masing," ayah memuji bersungguh-sungguh.

Anaknya mengangguk-angguk.

Ayahnya bertanya soalan, "Jika begitu baik sekali usaha sekolah kamu, apa yang digusarkan?"

Anaknya menarik kertas yang diconteng-contengya awal tadi. Diberikan sehelai kepada ayah. Mata ayah galak membaca satu demi satu ayat yang ditulis. Ada sesetengah perkataan diulang baca kerana terhalang dengan garis contengan yang tebal.

Kertas itu mengandungi apa yang perlu dilakukan pada tahun hadapan. Setiap satu ditulis dengan begitu teliti.

Ayah tersenyum melihat tulisan anaknya, "Kamu dilantik menjadi ketua kelas?" mata ayah tidak lagi melihat kertas, sebaliknya memandang anaknya dengan gembira.

Anaknya mengangguk-angguk lemah. Dia tidak teruja dengan jawatan yang diserahkan kepadanya oleh guru kelas sebelum kelas bermula.

"Menurut guru, ketua kelas tugasnya banyak. Perlu membantu guru mengendalikan kelas semasa beliau berada di situ atau pun ketika ketiadaanya. Saya tidak tahu di mana mahu bermula. Semuanya kelihatan banyak kepada saya," anaknya mengeluh panjang.

Helaian kertas yang berselerakan di atas lantai dikutip dan disusun satu persatu. Ayah masih membaca setiap satu tulisan anaknya. Sekali-sekala mulutnya terkumat-kamit membaca ayat itu sehingga jelas pada gerakan bibirnya.

Ayah selesai membaca dan bertanya, "Apa yang mahu dirunsingkan? Lakukan sahaja," arahan yang ringkas kepada situasi yang dialami anaknya.

"Tidak semudah itu. Saya sudah senaraikan sebegitu banyak tugas seorang ketua kelas. Tidak ada yang semudah lakukan sahaja. Satu persatu sudah membebankan saya," si anak mengadu rasa.
"Beritahu ayah apakah yang perlu dilakukan oleh seorang ketua kelas."

Cepat-cepat anaknya mengambil salah satu helai kertas yang kemas disusun oleh ayah. Lalu ditunjukkan kepada ayahnya.

"Seorang ketua kelas mesti memastikan dirinya memulakan ucapan sejahtera setiap kali guru masuk ke kelas. Seorang ketua kelas mesti memastikan dengan tepat jumlah murid yang hadir bagi tujuan kehadiran kelas. Seorang ketua kelas mesti memastikan para pelajar menghantar buku aktiviti bagi tujuan semakan guru. Semuanya mesti memastikan. Bagaimana jika saya tidak ada di situ," anaknya memberi pandangan panjang lebar.

Ayah bertanya ringkas, "Selain itu ada perkara lain?"

Anaknya segera membalas, "Menjadi ketua kelas tugasnya berganda. Kemudian perlu ke sekolah agama pada waktu petang. Malam mahu mengulang kaji pelajaran. Saya pun mahu berehat bersama keluarga. Terlalu banyak perlu dilakukan!"

Ayah bertanya ringkas sekali lagi, "Maka apa yang kamu perlukan?"

Anaknya tunduk menghela nafas panjang, "Terlalu banyak perkara, tidak tahu mahu bermula dari mana."

Ayah tidak membalas segera, diambil sehelai kertas kosong dan mengutip pensel yang separuh pendek digunakan oleh anaknya sebentar tadi. Perlahan-lahan ayah melukiskan empat bulatan pada kertas kosong. Semakin lama, semakin besar bulatan yang dilukis, seolah-olah papan dart bentuknya.

Lukisan ayah berhenti kepada empat bulatan sahaja.

"Mari kita bermula dengan tugas sebagai ketua kelas. Apa yang perlu kamu lakukan?" ayahnya membimbing anaknya.

"Memastikan setiap pagi setiap pelajar mendengar arahan saya bagi mengucapkan selamat pagi setiap kali guru masuk ke kelas."

Ayah mula menulis pada bulatan pertama dan kedua.

"Jika kamu tidak hadir, siapa akan bantu kamu?"

"Pembantu ketua kelas akan menggantikan saya."

"Jika pembantu ketua kelas tidak hadir siapa akan bantu kamu?"

Anaknya terdiam. Dia tidak dapat berfikir dengan jelas siapa seterusnya akan dilantik. Tetapi dia tetap mahu mencuba memberi penyelesaian situasi.

Dalam keadaan teruja anaknya menjawab, "Saya akan gilirkan setiap pelajar melakukan setiap pagi. Sekiranya dua puluh orang dalam kelas maka selama dua puluh hari semua orang akan merasa pengalaman menjadi ketua kecil dengan hanya menyebut "Bangun, selamat pagi cikgu! sahaja."

Baca lanjut di http://motivasimindamu.blogspot.com/2012/01/senyumlah-cerita-si-anak-pada-tahun.html

 

Artikel dipetik daripada http://motivasimindamu.blogspot.com dan ditulis oleh Tuan Zamri Mohamad. Tuan Zamri Mohamad merupakan trainer yang mengajar teknik penulisan di kursuspenulisan.com dan penulis di PTS

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Kini pastinya ibu bapa serta anak-anak teruja dengan sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2012.

PTS One Sdn Bhd yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja membawakan buku menarik dan meningkatkan semangat pelajar sempena sesi persekolahan yang baru bermula ini.

Buku Penutup Botol Iman hasil terbitan PTS One ini boleh dijadikan hadiah istimewa kepada anak-anak yang baru melangkah ke sesi persekolahan pada tahun 2012 ini.

Penulisnya, Puan Nora Herni menjelaskan buku Penutup Botol Iman sesuai dijadikan bahan bacaan anak-anak bagi meningkatkan semangat sesi persekolahan yang baru ini.

"Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang dilanda kerisauan apabila anak-anak mereka gemar bermain sehingga lupa dengan matlamat asal mereka dalam menuntut ilmu. Buku ini menghidangkan kisah Iman yang sedar bahawa nombor bukanlah ukuran dalam pelajaran tetapi kualiti menuntut ilmu itu sendiri." jelas Puan Nora Herni.

Puan Nora Herni berharap melalui pembacaan buku ini, anak-anak atau mereka yang bergelar pelajar dapat mengejar ilmu yang sebenarnya dan bukan sahaja mengejar grade.

"Kejarlah nilai dalam menimba ilmu, bukan mengejar grade A. Nilai dalam memahami dan meraikan ilmu itu adalah segalanya. Melaluinya kita dapat mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar yang lebih mencabar." jelas beliau lagi.

Sebagai maklumat, buku Penutup Botol Iman ini merupakan kesinambungan kisah Iman dalam buku pertama hasil tulisan Puan Nora Herni iaitu Lagi-Lagi Botol Air.

Penutup Botol Iman mengisahkan Iman yang leka dengan hobi barunya bermain batu seremban dan gelang getah. Akibat terlalu leka bermain, pembelajaran Iman semakin merosot, begitu juga dengan keputusan peperiksaannya. Ikuti kisah menarik Penutup Botol Iman yang akan masuk ke kedai-kedai buku pada penghujung bulan ini.

Layari juga www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dengan diskaun yang hebat.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dipaorkan Nabi Muhammad pernah memberikan perumpamaan bagi dunia dan anak Adam ketika meninggal dunia, iaitu seperti seorang lelaki yang memiliki tiga orang sahabat karib. Apabila ajalnya semakin hampir, dia berkata kepada salah seorang di antara mereka,

"Saya mempunyai sahabat yang mulia dan saya sentiasa memenuhi keperluannya. Sedangkan ketentuan Allah sudah terlalu hampir dengan saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu."

Sahabat menjawab, "Ini adalah ketentuan Allah yang berlaku terlebih dahulu kepada kamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi pada ketika ini saya berada dekat dengan kamu. Ambillah apa sahaja bekal yang bermanfaat kepada mu."

Setelah itu, dia berkata pula kepada sahabatnya yang paling istimewa daripada ketiga-tiga sahabat karib ku. Sedangkan ketentuan Allah sudah hampir datang kepada saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu?

Sahabatnya berkata, Ini adalah ketentuan Allah yang datang lebih dahulu kepadamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi saya akan menguruskan dirimu sepanjang masa engkau sakit ini. Sekiranya engkau meninggal dunia, saya akan menutup jasad mu dan melindungi aurat mu."

Kemudian dia berkata kepada kepada sahabatnya yang ketiga, "Ketentuan Allah akan datang kepada saya, sebagaimana yang dapat kamu perhatikan. Sedangkan engkau adalah sahabat saya yang paling saya remehkan daripada ketiga-tiga orang sahabat karib saya. Apa pandangan kamu?"

Sahabatnya berkata, "Saya adalah sahabat karib mu semasa di dunia dan juga di akhirat. Saya akan masuk ke dalam kubur kamu ketika kamu dimasukkan ke dalamnya. Saya akan keluar dari situ apabila kamu keluar. Aku tidak mahu berpisah dengan kamu selama-lamanya."

Lalu Rasulullah menjelaskan, "Sahabat yang pertama adalah hartanya, yang kedua adalah keluarganya dan sahabat yang ketika adalah amalannya."

(Direkodkan oleh ath-Thirthusi dalam bukunya Siraajul-Muluk)

Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah tulisan Tuan Rohidzir Rais. Dapatkan buku-buku agama sempena Maulidur Rasul di kedai-kedai buku terpilih atau layari www.bookcafe.com.my.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kerjasama PTS dan pasaraya Mydin kini semakin erat dengan kerjasama yang dibawakan oleh PTS Edar Sdn Bhd.

Terbaru, PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan buku agama terbaik bagi dipasarkan secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

7 Surah Pilihan edisi istimewa ini dengan cover terbaru ini dibawakan khas dengan harga yang lebih murah dan dapat dibeli secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Sebelum ini juga PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan Yasin istimewa yang dapat dibeli dengan harga borong di pasaraya Mydin.

Melalui harga yang murah dan mudah didapati, buku Yasin ini boleh dijadikan sebagai hadiah dalam majlis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya.

"Bulan hadapan, PTS Edar juga akan mengedarkan 6 lagi buah buku kepada 'Muslimin Department' di MYDIN. Buku-buku ini sedang dalam proses 'printing' dan 'packing'. Insyaallah akan ada lebih banyak lagi buku yang akan PTS Edar edarkan di MYDIN," jelas pengurus PTS Edar Sdn Bhd, Tuan Ahmad Ridza Jailani.

Buku Yasin edisi istimewa Mydin ini kini boleh diperolehi di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Dapatkan dan borong buku Yasin serta buku 7 Surah Pilihan yang dijual di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Tidak lama lagi, tahun baru akan tiba dan pastinya ini dinantikan oleh semua orang Sambutan tahun baru ini sudah menjadi tradisi utama dan diraikan dengan meriah oleh masyarakat di Malaysia termasuk mereka yang beragama Islam. Tahun baru ini digambarkan sebagai permulaan kehidupan baru kepada semua orang.

Seolah menjadi tradisi, dalam setiap sambutan tahun baru, pelbagai jenis sambutan berbentuk hiburan dianjurkan oleh syarikat dan NGO bagi memeriahkan lagi sambutan ini.

Bagi salah seorang ahli lembaga pengarah rumah perlindungan, Raudatul Sakinah, Tuan Abdullah Omar, sambutan tahun baru yang diamalkan selama ini perlu diubah supaya remaja yang melangkah ke tahun baru berubah menjadi remaja yang lebih bagus ilmu dan akhlaknya.

"Kita dari Raudatul Sakinah menerima ramai pelatih yang menghadapi masalah seperti hamil anak luar nikah pada hujung tahun. Mengikut perkiraan ini adalah hasil daripada pergaulan bebas yang berlaku pada sambutan yang diadakan pada awal tahun seperti sambutan tahun baru," jelas beliau.

Tuan Abdullah menjelaskan, semua pihak perlu bekerjasama menganjurkan aktiviti bermanfaan dan lebih suci bagi melahirkan sambutan tahun baru yang lebih bermanfaat kepada masyarakat umumnya.

"Kita lihat banyak juga NGO dan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah sambutan tahun baru sedia ada dengan mengadakan majlis ilmu di masjid dan sebagainya buat remaja. Melaluinya kita dapat melatih remaja menjadi lebih baik," jelas beliau lagi.

Hakikatnya, remaja sendiri keliru dan tidak tahu bagaimana mahu meraikan sambutan tahun baru dengan cara yang betul. Sajian sambutan tahun baru yang disediakan oleh sesetengah golongan bagi mencari keuntungan dianggap remaja sebagai satu cara bagi menyambut tahun baru yang diraikan seluruh dunia.

"Kita sendiri perlu mengubah sambutan ini ke arah yang lebih baik dengan mengadakan aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Raudatul Sakinah sendiri mengambil langkah menyambut tahun baru dengan cara tersendiri. Kali ini sambutan yang diadakan dengan tujuan meningkatkan lagi semangat remaja.

Esok bertempat di Masjid Negara, Raudatul Sakinah membawakan program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati: Jiwa Cerdas Pemuda Cergas kepada masyarakat. Perbagai aktiviti menarik disediakan bermula dari 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012.

Artis tempatan dan luar negara juga dijemput bagi memberi lebih kemeriahan dalam program ini termasuklah Shoutul Harokah, Ahmad Fedtri Yahya, Aisyah dan ramai lagi.

Turut memeriahkan majlis adalah juara Ustazah Pilihan dan Imam Muda Hassan bagi memberi lebih cetusan semangat kepada golongan muda. Pendaftaran program adalah pada jam 12 tengah hari. Ibu bapa yang ingin menyambut tahun baru bersama anak-anak juga boleh mendaftar bagi memeriahkan suasana sambil merasai kemeriahan sambutan tahun baru yang sebenarnya. Pendaftaran adalah percuma.

Sebarang persoalan boleh terus menghubungi Tuan Abdullah di talian 013-2466190.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena tahun baru ini, PTS Pop Sdn Bhd membawakan hadiah terbaik kepada peminat buku fiksyen Sains kanak-kanak.

PTS Pop menampilkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dengan wajah baru yang lebih mengujakan pembaca.

Melalui grafik yang lebih menarik, berwarna-warni dan mengujakan ini, buku Eksperimen Pertama ini pastinya menjadi kegilaan kanak-kanak yang menggemari buku berbentuk fiksyen sains ini.

Lebih mengujakan pembaca cilik, terdapat komik menarik yang turut disediakan bagi menawan hati pembaca cilik. Novel sains berkomik yang direka khas kepada peminat ini pastinya dapat menjadi pencetus semangat kepada anak-anak dalam menempuh sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Buku sains berkomik, Tim Best: Eksperiment Pertama ini mengisahkan sekumpulan remaja di sekolah rendah yang meminati subjek sains dan sering melakukan eksperimen sains dan teknologi.

Dapatkan buku sains berkomik ini pasaran bermula awal tahun ini. Tuan dan puan juga boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dan mendapatkan diskaun istimewa di kedai buku online PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Istimewa tahun baru ini, penulis buku bersiri, Dear Yayah, Puan Farihah Iskandar menganjurkan peraduan Puisi untuk 'Dear' Farihah Iskandar khas buat peminat setia Farihah Iskandar.

Pemenang berpeluang menerima T-Shirt Limited Edition DY dan Keychain Teddy Bear istimewa dan menarik buat peminat.

Peminat yang ingin menyertai peraduan Puisi Untuk Dear Yayah ini perlu melayari blog Farihah Iskandar di http://farihah-iskandar.blogspot.com bagi menyertai peraduan ini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Januari 2012 ini. Puisi yang menarik dan menawan hati pengadil berpeluang dimasukkan ke dalam novel Dear Yayah 6 yang akan menemui pembaca tidak lama lagi.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis buku remaja, Dear Yayah, Puan Farihah Iskandar dan Tuan Ard One akan muncul di ruang legar Alamanda bagi bertemu peminat di sekitar Putrajaya

Farihah Iskandar dan Ard One akan memeriahkan Alamanda, Putrajaya bermula dari jam 3 hingga 4 petang dengan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik khas buat pengunjung yang hadir.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik khas dari PTS sempena program ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan tandatangan penulis buku kesayangan ramai ini selain bergambar dan beramah mesra bersama peminat di Alamanda, Putrajaya.

Temui Farihah Iskandar dan Ard One di ruang legar, Alamanda, Putrajaya dalam pesta buku MPH@Alamanda pada 30 Disember (esok) pada jam 3 hingga 4 petang dan dapatkan juga hadiah menarik yang disediakan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Borak Buku istimewa hujung tahun ini membawakan tokoh hebat, Dato' Baha Zain. Selain terkenal sebagai penulis dan penggiat sastera tempatan, Dato' Baha Zain juga merupakan penerima anugerah Tokoh PENA sempena 50 tahun PENA baru-baru ini.

Sebagai maklumat, borak buku merupakan program umum bagi menemukan antara penulis dengan peminat serta penggiat buku tempatan. Program borak buku yang diadakan secara santai. Peserta berpeluang sama memberi pandangan dan pendapat mengenai isu yang akan dibicarakan dalam borak buku ini.

Dato' Baha Zain memilih buku Right, Freedoms and Civil Society tulisan KJ Ratnam. Sertai borak buku pada 31 Disember ini bermula dengan 3.30 hingga jam 5 petang di The Coffee Beans, KL Sentral.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Cuti hujung tahun akan menemui kita tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti disediakan oleh persatuan dan syarikat bagi mengisi sambutan tahun baru dengan lebih bermanfaat.

PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia turut tidak melepaskan peluang mengisi sambutan tahun baru ini bersama peminat-peminat buku tempatan.

PTS dengan kerjasama MPH mengadakan program istimewa bersama dengan penulis PTS khas di Alamanda, Putrajaya.

Bermula sabtu ini, 30 Disember, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.

Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.

Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.

Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.

Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.

Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anaknya lahir sebagai anak yang cerdas, kreatif serta genuis dunia dan akhirat bagi masa depan yang cemerlang. Anak yang bijak adalah hasil daripada latihan dan didikan yang sempurna daripada ibu dan bapa yang cemerlang.

PTS Millenia yang menghasilkan buku-buku umum membawakan buku inspirasi terbaik kepada ibu bapa sebagai panduan bagi melatih anak-anak menjadi genius luar biasa dunia dan akhirat.

Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini memberi panduan lengkap kepada ibu bapa bagi melatih anak supaya menjadi anak yang hebat dunia dan akhirat.

Antara hidangan menarik yang disediakan dalam buku ini termasuklah tip mencintai buku gaya Hamka, Cara menangani 'mental block' serta tip mencungkil bakat hebat dalam diri anak-anak. Selain itu, dipaparkan juga rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as Suyuthi.

Lebih menarik buku ini mendedahkan teori W-I-R-E-S dan lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.

Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini mampu melorongkan cara kepada ibu bapa dalam mendorong anak menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi yang dimiliki mereka.

Dapatkan buku menarik khas buat ibu bapa sempena tahun baru ini. Layari www.bookcafe.com.my atau dapatkan juga buku-buku menarik terbitan PTS di rangkaian kedai buku terpilih seluruh Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sambutan tahun baru semakin meriah dengan aktiviti menarik yang dirancang pelbagai organisasi. Program berbentuk ilmu dan memberi manfaat kepada pengunjung disediakan bagi mengisi sambutan tahun baru yang dinanti oleh segenap masyarakat.

Terkini, Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan Mini Karnival Indahnya Islam sempena sambutan tahun baru 2012 bermula dari 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.

Mini Karnival yang diadakan bermula dari jam 11 pagi itu membawakan pelbagai aktiviti menarik yang penuh ilmu. Antara program yang disediakan termasuklah Diskusi Buku bersama penulis buku Ensklopedia Solat, Tuan Hj. Zamihan Md. Zain dan penulis buku PTS, Tuan Rohidzir Rais.

Selain itu, Mini karnival ini juga turut membawakan kempen indahnya Islam, Bual bicara di ambang 2012, konsert mini nasyid, Qiyamullaill, kuliah subuh dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Pameran dan jualan buku Islami dari pelbagai penerbit juga disediakan. Tuan dan puan yang hadir juga berpeluang mendapatkan buku PTS yang terkini dan panas di pasaran.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Mini Karnival Indahnya Islam@Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur bermula dari jam 11 pagi, 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.

Maklumat lanjut program ilmu sambutan tahun baru ini boleh diperolehi dengan melayari facebook MASJID JAMEK BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Bersama-sama kita memeriahkan lagi program ilmu sempena tahun baru yang akan menemui kita beberapa hari sahaja lagi.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS Profesional Sdn Bhd membawakan buku motivasi bestseller terbaik sepanjang zaman bagi meraikan tahun baru yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Buku bestseller yang menghimpunkan 101 kisah yang pastinya menggugah emosi dan menceriakan hidup dihimpun dalam sebuah buku bagi memberi inspirasi kepada pembaca.

Pelbagai kisah menarik yang diadun dalam sebuah buku yang nyata bestseller dan memberi rasa unik dalam hati pembaca. Pembaca pastinya tersenyum, ketawa, dan menangis apabila membaca cerita yang dipaparkan dalam buku bestseller ini.

Buku hasil tulisa Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark ini akan membawa pembaca ke destinasi kehidupan yang lebih ceria dan berbeza daripada biasa.

Selain itu, PTS Profesional juga membawakan buku-buku lain yang bestseller sepanjang zaman sebagai hadiah kepada pembaca sebagai semangat dalam menju ke tahun baru yang akan menemui kita.

Antara buku yang disediakan dengan harga yang menarik termasuklah buku Start Where You Are, The Magic Tinking dan Law of Attraction yang sentiasa diburu peminat buku motivasi tempatan dan antarabangsa.

Buku-buku yang disajikan dalam edisi bahasa Melayu ini pastinya membawakan kelainan dalam minda dan jiwa pembaca yang ingin mengubah kepada kehidupan yang lebih ceria dan menggembirakan.

Dapatkan buku-buku menarik hasil terjemahan PTS Profesional ini dengan diskaun hebat dengan melayari laman web www.bookcafe.com.my atau mendapatkanny di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.

Selain itu, tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku terbaik ini di pesta buku MPH yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya bermula hari ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pesta Buku MPH di Alamanda, Putrajaya hari ini membuka tirainya bagi meraikan ulangtahun sambutan 105 tahun pembukaan MPH.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh MPH dengan kerjasama penerbit-penerbit di seluruh Malaysia.

PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat di MPH Anniversary Bookfair@ Alamanda ini.

Melalui pesta buku MPH yang julung kali diadakan ini, PTS membawakan pelbagai buku menarik dan terkini khas buat peminat buku PTS di sekitar Putrajaya.

Selain itu, PTS juga membawakan barisan penulis hebat PTS bagi bertemu dan beramah mesra dengan peminat-peminat di Alamada, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula hujung minggu ini.

Bermula 30 Disember ini, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.

Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.

Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.

Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.

Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.

Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi menyambut tahun baru masihi yang tiba tidak lama lagi, penerbit buku Islami di Malaysia bergabung tenaga bagi meraikan sambutan tahun baru 2012.

Penerbit berbahasa Melayu Nombor satu di Malaysia, PTS bersama penerbit yang semakin meningkat naik namanya, PSN membawakan program Sambutan Tahun Baru pada 31 Disember ini.

Membawa kelainan, PTS bersama PSN membawakan pelbagai program menarik yang memberi informasi dan manfaat kepada pengunjungnya.

Program yang diadakan di Masjid Al-Syakirin, KLCC ini membawakan pelbagai program menarik seperti program bedah buku dari penulis terkemuka seperti penulis novel sejarah nombor 1 di Malaysia, Tuan Abdul Latip Latip, penulis novel tauhid terkenal, Puan Fatimah Syarha, persembahan silap mata oleh Tuan Adam Eh, persembahan nasyid oleh kumpulan Mawaddah dan ramai lagi.

Selain itu, pelbagai kempen menarik disediakan seperti kempen menutup aurat, kempen wakaf buku bagi sekolah agama, jualan buku PTS dan PSN serta banyak lagi.

Lebih menarik, majlis yang dianjurkan bersama oleh PTS, PSN, Jabatan Agama Islam Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC ini diadakan dari pagi 31 Disember berlanjutan sehingga subuh keesokkan harinya.

Sertai PTS dan PSN dalam sambutan yang julung kali diadakan ini bagi mengisi sambutan tahun baru dengan lebih bermanfaat selain memberi inspirasi kepada kita bagi menghadapi tahun baru yang akan bertemu kita tidak lama lagi.

Temui kami di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 31 Disember ini bermula dari jam 7.30 pagi 31 Disember hingga subuh 1 Januari 2012.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Siri Diari Mat Despatch kini kembali menjengah pasaran buku tempatan dengan edisi terbaru Patah Hati.

Buku yang masih panas di pasaran ini membawakan kisah menarik Mat Despatch yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai persoalan hidup.

Buku terbaru tulisan Tuan Bahruddin Bekri ini turut memberikan motivasi kepada pembacanya.

Melalui karya terbaru ini, Tuan Bahruddin Bekri membawakan kisah sepupu Mat Despacth yang patah hati. Karya ini juga berkaitan perempuan-perempuan cantik yang membuatkan hidup sepupunya huru hara namun memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada pembaca.

Dapatkan buku Mat Despact Edisi Patah Hati tulisan penulis motivasi remaja, tuan Bahruddin Bekri di pasaran bagi melengkapkan koleksi buku Mat Despatch.  

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kerjasama PTS dan pasaraya Mydin kini semakin erat dengan kerjasama yang dibawakan oleh PTS Edar Sdn Bhd.

Terbaru, PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan buku agama terbaik bagi dipasarkan secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

7 Surah Pilihan edisi istimewa ini dengan cover terbaru ini dibawakan khas dengan harga yang lebih murah dan dapat dibeli secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Sebelum ini juga PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan Yasin istimewa yang dapat dibeli dengan harga borong di pasaraya Mydin.

Melalui harga yang murah dan mudah didapati, buku Yasin ini boleh dijadikan sebagai hadiah dalam majlis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya.

Buku Yasin edisi istimewa Mydin ini kini boleh diperolehi di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Dapatkan dan borong buku Yasin serta buku 7 Surah Pilihan yang dijual di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Hobi kerap memberi peluang menjana sumber pendapatan baru. Sekiranya hobi anda adalah fotografi, anda berpeluang mengkomersilkan hasil gambar yang dirakam. Salah satu genre fotografi yang sangat berpotensi adalah post wedding photography atau dikenali juga sebagai fotografi outdoor pengantin. Kini, post wedding photography seperti menjadi kewajipan bagi setiap pasangan pengantin.

PTS Net Media Sdn Bhd yang menghasilkan buku-buku IT dan photografi membawakan buku terbaru terbitannya iaitu buku Post Wedding Photography yang dapat dijadikan panduan kepada penggemar foto pengantin.

Melalui panduang yang disediakan dalam buku ini buku, peminat fotografi akan memiliki pelbagai teknik dan tip-tip penggambaran serta olahan gambar secara digital. Semuanya dapat menjadi bekalan bagi merintis bisnes post wedding photography.

Dapatkan buku terkini yang baru terbit di pasaran ini dalam edisi bahasa Melayu di rangkaian pengedar buku terbitan PTS atau layari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dengan diskaun hebat.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Artikel dipetik daripada myMetro Online pada 27 Disember 2011

UMAT Islam meyakini kehidupan di dunia ini pasti ada kesudahannya dan tibanya pula kehidupan kedua yang tiada penghabisan iaitu alam akhirat.

Pada hari itu, Allah membangkitkan manusia dan mengumpulkan mereka di Padang Mahsyar bagi menghadapi saat perhitungan sama ada akan mendapat balasan nikmat syurga atau seksaan di neraka. 

Sebenarnya kiamat tidak terjadi begitu saja tetapi mempunyai tanda-tandanya. 
Antara tanda besar kiamat ialah kemunculan Dajjal, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, turunnya Nabi Isa dari langit dan matahari terbit dari barat. 

Kemudian barulah berlaku tiupan sangka kala lalu ketika itu manusia dibangkitkan dan berdiri di hadapan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: 

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu semua dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan kembali.” (Surah al-Anbiya’ ayat 34-35).

Di dalam buku ini, penulis menjelaskan peristiwa menjelang kehancuran alam semesta dengan memaparkan tanda-tanda kiamat. Kebanyakan tanda kiamat yang diberitahu di dalam al-Quran dan hadis disampaikan Nabi Muhammad berupa bencana, fitnah, malapetaka dan kerosakan tidak semua itu bersifat buruk. 

Baca lanjut di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hikmahtakutharikiamat/Article/index_html

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Artikel dipetik daripada myMetro Online pada 27 Disember 2011

ADAKAH kita sudah bersedia menghadapi kematian? Nabi Muhammad sendiri sering menasihatkan sahabat supaya sentiasa mengingati mati.

Tiada seorang pun manusia mengetahui baki masa mereka hidup di dunia ini.

Di mana-mana saja, sesiapapun dan dalam keadaan apa sekalipun kematian itu pasti akan menghampiri. Ali al-Hadi berkata: "Ketahuilah, kematian itu seperti bilik mandi. Itu peluang terakhir kita membersihkan diri bagi menghilangkan segala kekotoran dan keburukan."

Selagi kita diberi peluang untuk hidup dan bernafas lagi di atas muka bumi ini, Allah sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri.

Peluang itu wujud dalam bentuk taubat bersungguh-sungguh dengan menyesali perbuatan buruk dan berazam memperbaiki diri.

Nabi Muhammad mengajar satu doa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan atas dosa-dosa yang aku sedari dan dosa-dosa yang tidak aku sedari, dosa-dosa yang aku ketahui serta yang tidak aku ketahui.” 

Selalu mengingati mati kerana apabila individu itu dihimpit masalah dalam kehidupannya, dia pasti akan keluar daripada kesempitan hidupnya. 

Ramai manusia yang leka dengan mengumpul harta, kemudian harta mereka kumpul itu akhirnya binasa dan angan-angan mereka berkaitan dunia itu lenyap begitu saja. 

Ramai juga individu yang berharap hari terakhirnya nanti dilalui dengan baik dan ramai juga yang menanti-nantikan kedatangan hari esok tetapi Allah tidak mengizinkannya.

 

Baca lanjut di http://www.hmetro.com.my/articles/Ingatimatiinsafkandiri/Article 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS Edar Sdn Bhd semakin hari semakin mengembangkan buku terbitan PTS di seluruh Malaysia. Terbaru bagi meluaskan rangkaian pengedaran buku PTS, PTS Edar melantik syarikat Fresh In Marketing Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi bagi kawasan Kuantan, Pahang.

Fresh In Marketing berjaya membawa masuk buku terbitan PTS di kedai News Mag, Kuantan Pahang.

Peminat buku PTS yang tinggal di kawasan Kuantan, Pahang kini boleh mendapatkan buku-buku terkini terbitan PTS yang diedarkan oleh syarikat Fresh In Marketing di kedai News Mag, Tingkat 3, East Coast Mall, Kuantan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Warga Melaka dijemput meluangkan masa hujung minggu dalam Pesta Buku Catchnews dan dapatkan buku-buku PTS dengan tawaran yang hebat! PTS One membawakan pelbagai aktiviti menarik dengan hadiah yang mengujakan pengunjung. Tuan dan puan juga berpeluang memiliki bookmark PTS, buku percuma dan ramah mesra bersama penulis-penulis PTS di Gempak @ Catchnews Melaka.

Hujung minggu ini PTS membawakan penulis buku remaja PTS One iaitu Natasya Effyzal dengan bukunya Diari Si Ratu Air Mata dan Tie Maryam dengan buku Diari Diet Lola. Editor-editor PTS One juga turut turun padang bagi memeriahkan suasana.

Temui PTS One di sana dan rebut hadiah menarik serta istimewa khas buat peminat-peminat PTS One.

Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat: 'Gempak' @ Catch News, Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka
Penulis: Natasha Effyzal (Diari Si Ratu Air Mata), Tie Maryam (Diari Diet Lola) & PTS One
Aktiviti: Sesi bertemu peminat, permainan interaktif dan kuiz

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dipetik dari http://dingin.blogspot.com/ dan ditulis oleh Tuan Bahruddin Bekri.

Ahmad terkejut betul apabila diberitahu, ada sebuah kampung di sebuah kawasan yang dirahsiakan di Malaysia, penduduknya memakan pasir. Ahmad yang kerjanya pengawal keselamatan di sebuah pasaraya, langsung tidak percaya mendengarkan berita itu. Ya, langsung tidak percaya.

Lama-lama Ahmad menatap wajah si penyampai berita, Kasim yang juga pengurus pasaraya. Kasim juga sesungguh hati mempamerkan wajah yang serius, dan ternyata dia tidak perlu bersusah payah kerana wajahnya memang semula jadi serius.

Kata Ahmad, "Apa? Orang makan pasir? Kalau seorang makan pasir pun aku susah mahu percaya, apatah lagi satu kampung yang makan pasir. Ini betul-betul gila."

"Betul. Saya sendiri yang pernah sampai ke kampung itu, dan saya lihat sendiri penduduknya makan pasir," kata Ahmad lagi. Sungguh-sungguh.

"Saya tidak percaya. Mana mungkin, ada orang mampu makan pasir," kata Ahmad lagi, sambil memukul-mukul belantan di tangan kanannya, ke tapak tangan kiri.

"Percayalah. Saya datang ke kampung itu kerana mahu membuka kedai runcit bagi cawangan pasaraya ini, tetapi bagaimana mungkin kedai dibuka di sana sekiranya penduduknya makan pasir." Kasim masih terus meyakinkan Ahmad.

"Kalau begitu, Tuan bawa saya ke sana, saya mahu lihat sendiri," syor Ahmad dengan wajah berkobar-kobar.

Jadi, lusanya berangkatlah Ahmad dan Kasim ke kampung yang penduduknya makan pasir. Tempat pertama yang mereka pergi adalah rumah ketua kampung yang bernama Hasan.

Duduk bersilalah Ahmad dan Kasim di ruang tamu sambil berbual-bual ringan berkenaan cuaca, sukan dan paling luar biasa, berkenaan kapal selam. Entah daripada mana datangnya minat ketua kampung mahu berbual berkenaan kapal selam sehingga Ahmad dan Kasim hanya banyak berkata, "Ya, Tok. Ya, Tok."

"Malaysia ini sebenarnya perlukan 50 kapal selam, barulah boleh maju," kata Hasan sambil meluruhkan abu rokok ke luar tingkap.

"Ya, Tok. Ya, Tok," kata Ahmad dan Hasan hampir serentak.

"Kalau ada 50 kapal selam, barulah kita boleh mengangkut barang dari China dengan banyak ke Malaysia. Automatik ia menjadi barang underwater lalu ia pun murah-murah," jelas Hasan dengan bersemangat.

"Ya, Tok. Ya, Tok," kata Hasan walaupun dia sudah semakin pening. Ahmad pula sudah tidak boleh berkata apa-apa. Selain semakin tidak faham dengan tuju perbualan mereka, dia juga sebenarnya sedang berdebar-debar bagi melihat sendiri adakah benar penduduk di situ makan pasir.

Selepas beberapa ketika, akhirnya sampailah hidangan kopi dan sepiring kuih di hadapan mereka. Mata Ahmad terbuka luas-luas bagi melihat kuih di dalam pinggan itu.

"Jemputlah makan pasir goreng, dan pengat pasir," kata Hasan sambil menyorongkan pinggan kepada Ahmad dan Hasan.

Ahmad membuntangkan matanya, memerhati apa di dalam pinggan dan ia terlihat seperti pasir. Dia memegang pasir goreng, dan rasanya seperti pasir. Perlahan-lahan dia memasukkan ke mulut, mengunyahnya, dan rasanya juga seperti pasir. Pandang seperti pasir, rasa seperti pasir dan sahlah ia pasir.

Ahmad beristighfar beberapa kali dalam hatinya. Sungguh dia tidak menyangka, memang ada orang yang memakan pasir.

"Jangan balik dulu. Tengah hari nanti, makanlah sini. Isteri saya sedang masakkan, pasir masak kicap, pasir goreng berlada, pasir tiga rasa dan satay pasir," kata Hasan dengan bersungguh-sungguh.

Belum habis terkejutnya Ahmad, kini ditambah lagi dengan kejutan yang lebih besar. Ahmad mengurut-urut dada. Rasa terkejutnya itu mendorong dia berani bertanya.

"Mengapa makan pasir?" tanya Ahmad dengan nada terkejut.

"Apa salahnya makan pasir? Ia cuma soal selera," jawab Hasan pula yang terkejut melihat Ahmad terkejut.

"Bukan, ia bukan soal selera," bantah Ahmad pula.

"Ya, ia soal selera. Selera itukan berkait dengan cara hidup, lalu apabila kamu ubah cara hidup, maknanya kamu sudah mengubah selera," jawab Hasan lagi.

"Ubah cara hidup? Saya tidak faham, apa yang terjadi dan bagaimana pula ia boleh terjadi?" balas Ahmad yang semakin rungsing.

Sambil tersenyum nipis, Hasan pun mula bercerita, "Semuanya bermula 30 tahun dahulu. Waktu itu, kerajaan menaikkan cukai, menaikkan itu ini sehingga kami orang kampung tidak mampu. Datanglah wakil rakyat berkata, 'ubah cara hidup'. Kami pun ubah cara hidup. Namun harga barang tetap naik, dan kami ubah lagi cara hidup, sehinggalah pada suatu tahap, tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untuk kami. Jadi, ketua kampung pada waktu itu, Tan Sri Yakob berkata, 'Kita perlu yakin dengan kata-kata kerajaan. Kita perlu ubah cara hidup, dan oleh kerana sekarang kita sudah tidak mampu membeli barang makanan, jadi kita ubah cara makan kita. Kita makan pasir. Hanya itulah satu-satunya jalan bagi mengubah cara hidup'. Lalu sejak itu, kami penduduk kampung makan pasir, dan alhamdulillah, sejak makan pasir, kami tidak perlu ubah cara hidup lagi."

Ahmad masih terkejut. Kasim di sebelahnya yang sudah mendengar kisah itu hanya diam dan tersenyum melihat reaksi Ahmad.

"Tidak mungkin. Mengapa kamu semua langsung tidak ragu-ragu? Mengapa nekad?" soal Ahmad.

"Waktu itu ketua kampung kami, selepas diajar oleh menteri, telah memetik kata-kata Diderot dalam Pensees Philosophiques, 'Keraguan adalah langkah pertama ke arah kebenaran', dan kami memang ragu-ragu tetapi kami yakin itulah kebenaran kami," jawab Hasan yakin.

Ahmad terkejut. Dalam terkejut dia, dia berasa bersemangat mahu mengubah sesuatu. Lalu dengan pantas dia berkata, "Makan pasir sudah melampau. Saya akan perjuangkan nasib kamu semua!"

"Tidak perlu. Kami selesa makan pasir," jawab Hasan, tersengih melihat semangat Ahmad.

"Ya. Saya akan perjuangkan nasib penduduk di sini!" Ahmad masih bertegas.

"Kalau begitu, boleh saya tahu apa sebenarnya kerja kamu?" soal Hasan pula lalu membetulkan lipat silanya.

"Pengawal keselamatan," jawab Ahmad, yakin.

Hasan terus ketawa berdekah-dekah sebelum berkata, "Itulah masalah kampung ini dahulu. Yang datang mahu membelanya adalah tukang sapu, pengawal keselamatan, petani, pengali kubur dan seumpamanya. Kamu tahu, orang seperti kamu tidak boleh memerintah kerana kamu semua hanya mampu menipu yang kecil-kecil?"

 

Baca lanjut di http://dingin.blogspot.com/

Penulis adalah penulis buku motivasi PTS. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut penulis.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Mendidik anak zaman moden adalah cabaran yang terkini. Ianya terbahagi dalam dua bahagian iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran dalaman merangkumi internet, muzik, TV dan pengaruh budaya barat yang negatif. Cabaran luaran pula merangkumi pengaruh rakan-rakan sekolah dan juga rakan sebaya di kawasan rumah. Tugas mendidik dan membesarkan anak supaya anak menjadi anak yang cemerlang tidak susah jika tahu cara-caranya. Ianya telah terbukti berkesan dan berjaya.

Sebagai ibubapa, mereka semestinya mahu anak berjaya dan mendapat keputusan peperiksaan terbaik. Semua ibubapa mahukan keputusan peperiksaan cemerlang, terpuji dan semua mata pelajaran anaknya mendapat 'A'. Ibubapa akan berasa segala usaha mereka dalam mendidik dan membesarkan anak mereka berbaloi dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang ini. Untuk menjadi pelajar superstar yang cemerlang kini bukan lagi satu rahsia kerana kami ingin berkongsi pengetahuan, pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak bagaimana menjadi pelajar cemerlang. Dan pelajar cemerlang ini akan lahir dari sikap ibubapa yang prihatin.

Dengan ini, lahirlah Seminar Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang (iPAC). Seminar yang akan mendididk anak-anak ke arah kejayaan, melahirkan generasi yang cemerlang dan juga pelajar superstar. Ibubapa juga akan akan diberi tunjuk ajar bagaimana menjadi motivator di rumah, bagaimana menjadi ibubapa yang lebih prihatin, dan banyak lagi di dalam seminar ini.

Buat pertama kalinya di Malaysia, dua ikon motivasii terkenal iaitu Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi kekeluargaan) dan juga Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (pakar motivasi pelajar) digabungkan dan digandingkan dengan Fahrin Ahmad di bawah satu bumbung di atas satu pentas.

Seminar ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor pada 26 dan 27 Disember 2011.

Layari www.ipac.my bagi mendapatkan maklumat lanjut seminar ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS bersama penulisnya turun padang bagi memeriahkan hujung minggu tuan dan puan seisi keluarga. Peminat buku di sekitar kedah dan Perak berpeluang bertemu dan beramah mesra selain memenangi hadiah menarik daripada PTS dalam program yang disediakan.

PTS membawakan penulis buku masakan terkenal, Chef Hanieliza bagi bertemu peminatnya di sekitar Kedah. Program demo masakan bersama Chef Hanieliza ini pastinya memberi keceriaan kepada tuan dan puan seisi keluarga. Temui beliau di City Plaza Alor Setar, Kedah pada 17 Disember ini bermula dari jam 12 hingga 2 petang.

Turut memeriahkan City Plaza, Alor Setar, Kedah adalah penulis buku remaja dan kanak-kanak yang dikenali ramai. Penulis buku Young Aisyah The Series, Saridah Hamid & Reja, penulis buku Dear Yayah The Comics, Farihah Iskandar dan buku Akukah Puteri Itu, Lily Haslina Nasir akan menemui tuan dan puan di City Plaza pada 17 Disember ini bermula dari jam 2 hingga 4 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah permainan interaktif, sesi bicara buku, dan ramah mesra bersama penulis PTS. Tuan dan puan juga berpeluang memenangi hadiah menarik daripada PTS.

Bagi peminat buku di Perak pula, penulis PTS akan turun padang di Ipoh Parade, Perak pada 17 Disember ini bersama dengan tuan Zamri Mohamad, Tuan Imran Yusuf dan Tuan Shamsuddin Kadir. Program yang berlangsung dari jam 12 tengah hari ini membawakan Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Imran Yusuf bagi membicarakan buku Cinta: Meraikan Kasih di Langit Syurga.

Tuan Shamsuddin Kadir pula akan berbicara mengenai buku Kaya dengan Rumah, Buat Duit dengan Rumah, Hidup Tenang Walau Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya. Pelbagai hadiah menarik juga disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Raikan hujung minggu bersama PTS dengan pelbagai aktiviti menarik daripada PTS. Layari www.pts.com.my/aktiviti bagi mendapatkan maklumat lanjut program.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Temui penulis komik Misi 8A & Misi 10A, Tuan Nazry Salam dan penulis buku puteri PTS, Puan Adha Ameera di MPH Mid Valley.

Pelbagai aktiviti menarik selatan disediakan termasuklah pertandingan melukis watak puteri. Kanak-kanak juga diberi peluang melukis watak kegemaran mereka melalui buku Kami Puteri Hebat. Selain itu disediakan juga permainan Kad Beracun menggunakan buku 8A & 10A. Lebih menarik disediakan juga permainan lagu Pisang Goreng selain berpeluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan penulis.

 Temui Nazry Salam dan Adha Ameera di MPH Mid Valley Megamall Kuala Lumpur pada jam 2 hingga 4 petang, 17 Disember ini.

   

 

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS Profesional Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku bisnes dan pengurusan membawakan buku-buku bisnes terbaik dalam dunia Islam bagi masyarakat mengetahui selok belok perniagaan berlandaskan Islam.

Terbaru, PTS Profesional membawakan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf. Buku yang dilengkapkan dengan 8 amalan takwa, panduan bisnes sepanjang zaman serta FAQ salah faham kepada Abdul Rahman Bin Auf.

Sebelum ini PTS juga membawakan buku Rahsia Bisnes Isteri Nabi Khadijah dan Jejak Bisnes Rasul bagi memberi pendedahan kepada umum mengenai cara berniaga dalam Islam.

Lebih menarik, PTS Profesional juga membawakan buku Minda Jutawan Gaya Trump. Terokai bagaimana Trump yang dahulunya pernah bangkrup mampu bangkit dan kembali menguasai dunia koporat. Buku terbaru yang masih panas di gudang PTS ini membawakan bagaimana mahu menjadi minda jutawan seperti Trump.

Sebelum ini, PTS Profesional juga turut menerbitkan buku Berfikir Gaya Trump dan Pengaruh Gaya Trump bagi mendedahkan gaya pemikiran tokoh-tokoh Malaysia dan antarabangsa yang berfikir sama seperti Donald Trump.

Dapatkan buku-buku menarik ini yang masih panas di pasaran dengan melayari www.bookcafe.com.my atau di rangkaian kedai buku yang memasarkan buku terbitan PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial membawakan Seminar Terbit Sendiri: Trend atau Ancaman.

Seminar ini akan membicarakan bagaimana menjana pendapatan melalui penerbitan buku sendiri. Selain itu, seminar ini juga akan membahaskan adakah penerbitan buku sendiri akan memberi kesan dan ancaman kepada syarikat penerbitan di Malaysia.

Seminar Terbit Sendiri: Trend atau Ancaman ini akan disampaikan oleh Tuan Nazrul Samsuddin, penulis buku Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri. Beliau juga merupakan Pengurus Jualan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sertai seminar yang akan diadakan pada 16 Disember ini bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Auditorium Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Rangkaian kedai buku MPH meraikan peminat ciliknya melalui Pesta Buku Kanak-Kanak MPH yang diadakan bermula dari 12 Disember hingga 2 Januari 2011.

 Selain menampilkan buku-buku terkini dan sensasi di pasaran, Pesta Buku Kanak-Kanak MPH ini juga membawakan penulis-penulis hebat PTS bagi bertemu dengan peminat buku tempatan.

Antara penulis yang hadir termasuklah novelis kesayangan ramai, Puan AinMaisarah, Bahruddin Bekri, Lili Haslina Nasir, Aliff Danial, Coach Sha & Coach Riz dan ramai lagi.

Sertai program menarik PTS bersama MPH di ruang legar Alamanda Putrajaya bermula 12 Disember ini. Antara program menarik yang disediakan termasuklah:

17 Disember 2011 (Sabtu)

Masa : 12 hingga jam 1 petang

Penulis : Coach Sha & Coach Riz - PTS Millennia

Buku : 21 Fasih Bahasa Inngeris 

Aktiviti : Talk & Kuiz (spelling)

 

Masa : 2 hingga 3 petang

Penulis : Aliff Danial 

Buku : Siri Putera Fariri - PTS One

Aktiviti : Talk & Games (cantum kad)

 

18 Disember 2011 (Ahad)

 Masa : 12 hingga 1 petang

Penulis : Kak Rose & Kak Lily - PTS Millennia

Buku : Avian & Arissa 

Aktiviti : Talk & Games (teka-teki)

 

Masa : 2 hingga 4 petang

Penulis : Ain Maisarah 

Buku : Aku Mahu Saiz XL, Aku Mahu Lawan Hantu, Hero Rebut Popular - Blink

Aktiviti : Games ( win lose or draw), Nyanyian & teka-teki

 

25 Disember 2011 (Ahad)

 Masa : 2 hingga 3 petang

Penulis : Bahruddin Bekri

Buku : Siri Mat Despatch, Hidup Penuh Cinta - PTS One

Aktiviti : Talk & Games (teka silang kata)

 

26 Disember 2011 (Isnin)

 

Masa : 12 hingga 1 petang

Penulis : Rohayati Bakri 

Buku : 101 Akhlak Rasulullah & 40 Tokoh Islam - PTS Islamika 

Aktiviti : Talk & Games (kotak beracun)

 

30 Disember 2011 (Jumaat)

 Masa : 12 hingga 1 petang

Penulis : Farihah Iskandar

Buku : Siri Dear Yayah - PTS One

Aktiviti : Talk & Games (kad beracun)

 

31 Disember 2011 (Sabtu)

 Masa : 12 hingga 1 petang

Penulis : Ida Munira - PTS One

Buku : Siri Puteri Damia, Siri Budak Span - PTS One

Aktiviti : Talk & Games (mewarna)

 

1 Januari 2012 (Ahad)

 Masa : 12 hingga 1 petang

Penulis : Saridah & Reja

Buku : Siri Young Aishah - PTS Islamika 

Aktiviti : Talk & Games (dam ular)

 

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Hujung minggu bersama PTS yang diadakan di rangkaian kedai buku Popular dan MPH disambut meriah oleh peminat buku tempatan.

Penulis dan warga kerja PTS yang turun padang bagi meraikan peminatnya di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak menghiburkan hati peminat yang menantikan kedatangan PTS ke tempat mereka.

Baru-baru ini PTS membawakan penulis terkenal seperti Chef Hanieliza, Tuan Abdul Latip Talip, Puan AinMaisarah artis Komik-M dan ramai lagi bagi bertemu dengan peminat di seluruh Malaysia.

Rata-rata peminat melahirkan rasa suka dan gembira dengan aktiviti yang diadakan oleh warga kerja PTS.

Minggu ini, PTS juga akan membawakan penulis kegemaran ramai seperti Chef Hanieliza, Saridah Hamid, Reja, Farihah Iskandar, Lili Haslina Nasir dah ramai lagi.

Temui PTS di Popular Ipoh Parade, Perak serta di City Plaza, Alor Setar, Kedah pada 17 Disember ini bermula dari jam 12 tengah hari.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita