






Rasai kemeriahan PBAKL 2012 di Arena Buku PTS dengan menyertai program-program kami yang disusun khas untuk para pengunjung. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jawatankuasa penganjur memperkenalkan segmentasi program sepanjang PBAKL ini mengikut genre dan bentuk program yang yang merangkumi semua peringkat pembaca.
Segmen yang wajib dinantikan dan wajib dimasukkan di dalam jadual kita semua adalah segmen Tokoh Arena. Tokoh Arena merupakan segmen yang perlu ditunggu-tunggu kerana PTS membawakan penulis-penulis hebat turun ke Arena Buku PTS dan mempromosikan buku-buku mereka. Inilah peluang yang perlu direbut dan mendekatkan diri kita dengan penulis-penulis hebat kita ini.
Temu dan dapatkan tip-tip hebat untuk kita semua. Bagi penganjuran kali ini, Arena Buku PTS menyediakan 7 program Tokoh Arena iaitu:
29/04/12 (Ahad)
10.00am – 11.00am
Tokoh Arena bersama Ustaz Azhar Idrus
Pentas Utama PBAKL 2012
01/05/12 (Selasa)
5.00pm - 6.00pm
Tokoh Arena bersama Dr Zaharuddin Abd Rahman
Arena Buku PTS
02/05/12 (Rabu)
4.45pm - 5.15pm
Tokoh Arena bersama Sasterawan Negara
Arena Buku PTS
03/05/12 (Khamis)
11.00am - 11.30am
Tokoh Arena bersama Ustaz Rohidzir Rais
Arena Buku PTS
04/05/12 (Jumaat)
11.45am - 12.45pm
Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan Kehidupan
Penulis terlibat:
-
Prof Muhaya
-
Cik Puan Irma Hasmi
-
Tuan Zamri Mohammad
-
Tuan Amin Idrus
-
Tuan Zulhairi
-
Perlindunga Merpaung
Pentas Utama PBAKL 2012
2.30pm - 3.45pm
Tokoh Arena bersama Dr Tengku Asmadi dan Hilmi Isa
Arena Buku PTS
2.45- 3.45 petang
Tokoh Arena bersama Jerry D Gray
Pentas Utama PBAKL 2012
Pastinya, Tokoh Arena menjanjikan satu momen dan perkongsian ilmu buat kita semua. Peminat buku PTS dijemput memeriahkan segmen Tokoh Arena di PBAKL nanti. Jangan ketinggalan ya!
Kebiasaannya, pengarang gemar menghasilkan novel menggunakan kreativiti dan pengalaman dalam mewujudkan perjalanan cerita yang menarik dan menghiburkan pembaca. Berbeza dengan penulis yang sudah dikenali namanya dalam bidang penulisan novel ini.
Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang terkenal dengan penghasilan novel tauhid serta mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri terutamanya remaja membawa kelainan dalam penghasilan novel dengan menghasilkan karya berasaskan fakta dan kajian sebenar.
Sebagai penulis, beliau berpegang teguh dengan mendidik masyarakat dan berdakwah melalui penghasilan karya yang dapat membina keperibadian muslim.
"Novel bukan sekadar wadah hiburan semata-mata. Novel ini mampu menjadi wadah kefahaman Islam supaya dapat dilihat dan difahami oleh masyarakat secara keseluruhannya. Melalui novel, kefahaman Islam dapat disampaikan dalam bentuk cerita yang lebih mudah difahami serta lebih jelas dan tepat," jelas beliau lanjut.
Lebih menarik, beliau sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang dikenali.
Terbaru, Fatimah Syarha menggabungkan ilmu feqah dan psikologi bagi menghasilkan novel tauhid pertama beliau bersama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Lebih menarik, beliau dengan kreatif mengadaptasi kajian tesis beliau dalam bentuk novel.
"Kali ini saya menyentuh pelbagai persoalan mengenai pengurusan psikologi remaja, hati isteri, isu-isu gender, pergaulan, kekeluargaan serta isu-isu kemasyarakatan. Kisah realiti masyarakat diadunkan dengan fakta supata pembaca tidak hanya mengetahui realiti masyarakat yang berlaku malahan mengetahui hukum daripada segala yang berlaku dalam masyarakat," ujar beliau kepada wakil media PTS.
Novel tauhid yang dihasilkan Fatimah Syarha menampilkan kelainan dengan menerapkan fakta serta menyelitkan nota kaki supaya pembaca dapat mengetahui sumber yang sahih.
Novel yang akan menemui pembaca penghujung bulan ini membawakan kisah seorang wanita yang merantau ke negara ini sebagai pekerja kebersihan di sebuah kolej swasta mendapat kedudukan istimewa daripada pelajar, pensyarah dan rakan sekerja kerana ilmu dan akhlaknya yang baik. Novel yang diberi tajuk Sebarkan Cinta-Mu ini membawa pembaca mengenali kehidupan Ibu Dhiya, hasil gilapan pasantren di Indonesia namun terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana satu peristiwa. Beliau yang bijak dalam ilmu agama sering menjadi rujukan pelajar, pensyarah dan pekerja di kolej berkenaan.
Nantikan novel terbaru Fatimah Syarha bersama PTS Litera Utama Sdn. bhd yang menampilkan keunikan hasil kajian tesis beliau yang akan diterbitkan penghujung Ramadan ini.
Layari www.pts.com.my/ramadan bagi mendapatkan maklumat buku-buku promosi baca@ramadan PTS yang menarik dan memberi manfaat sepanjang Ramadan ini.
Tinggal di luar negara selama beberapa tahun membenihkan ilham kepada penulis ini dalam menghasilkan karya yang nyata berbeza dengan penulis lain. Melalui latar suasana serta kehidupan negara luar yang jauh berbeza dengan Malaysia membawa kelainan kepada beliau dalam menghasilkan novel Islami.
Tuan Ilham Hamdani, penulis yang sudah mencipta nama dalam penulisan novel tempatan. Hakikatnya, menerapkan latar suasana luar negara yang jauh berbeza dengan latar tempatan sekaligus membawa pembaca mengembara ke negara yang diceritakan.
"Ini adalah kemampuan penulis dalam menghidupkan latar dalam diri pembaca. Penulis sendiri harus kreatif dalam menyampaikan latar suasana yang asing kepada pembaca supaya pembaca dapat mendalami karya yang dihasilkan," jelas Tuan Ilham Hamdani.
Beliau yang baru kembali ke tanah air kini sedang merancang kembali aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan lebih banyak genry kepada pembaca.
Tuan Ilham Hamdani juga kini juga melebarkan sayap penulisannya dengan cuba menghasilkan skrip televisyen dan filem.
"Hakikatnya negara kita kekurangan skrip yang baik. Kita sendiri perlu membawa apa yang kita mahukan dalam industri dengan menulis skrip yang baik. Melaluinya kita dapat membawa adaptasi novel dengan baik ke layar televisyen," ujar Tuan Ilham lagi.
Beliau mengakui elemen yang wujud dalam novel tidak sepenuhnya dibawa ke dalam drama atau filem yang dihasilkan. Namun, penulis novel perlu menjadi pencetus kepada penghasilan skrip yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca.
"Ini adalah pengorbanan penulis awal bagi meralisasikan penghasilan novel dalam bentuk filem dan drama. Lama kelamaan adaptasi ini akan diterima masyarakat terutamanya penggiat filem tempatan. Mungkin dengan hadirnya penulis novel yang menghasilkan skrip dapat mengubah industri filem tempatan," jelas beliau lanjut.
Bagi menghargai peminat buku hasil tulisan Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Imran Yusuf, PTS Millenia Sdn Bhd akan menghasilkan kompilasi buku-buku hasil tulisan dua penulis ini.
Buku Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa, Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan Bagaikan Khatijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia Sdn Bhd dikompilasikan menjadi senaskah buku istimewa.
Bagi menghargai pembaca yang mendorong kepada penghasilan kompilasi buku-buku ini, PTS Millenia bersama Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Imran Yusuf mengadakan Pertandingan Memberi Judul Buku PTS.
Pertandingan ini dibuka selama 8 hari. Judul yang berjaya dipilih oleh penulis dan tim editorial akan menerima senaskah kompilasi buku ini yang berkulit tebal bersama dengan autograf daripada penulis sendiri. Judul yang dipilih juga akan dicetak pada kulit hadapan kompilasi buku ini.
Klik http://bit.ly/judulbuku bagi menghantar judul yang dicadangkan oleh tuan dan puan.
Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dan disiarkan pada 25 Julai 2011.
Antara novel paling laris di pasaran kini ialah novel berunsur sejarah. Bukan saja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit.
Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak mendapat sambutan sehebat itu, selain tidak ramai pengarang menangani novel sejarah Melayu.
Justeru, apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengadakan Sayembara Menulis Sejarah Johor sejak 2005, ia bukan saja menawarkan hadiah lumayan, tetapi juga memperbanyakkan lagi khazanah sastera sejarah, khususnya Johor selain Empayar Kesultanan Johor - Riau.
Meskipun, hadiah utama yang ditawarkan RM35,000, tetapi ia hanya dimenangi selepas tahun ketiga penganjurannya. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, apakah susah menulis novel sejarah?
Di barat novel sejarah sudah lama menembusi hadiah kesusasteraan utama. Misalnya di Amerika, Michael Chabon pernah menang Hadiah Pulitzer menerusi The Amazing Adventures of Kavalier & Clay yang mengambil latar 1930-an di New York. Di Britain, Margaret Atwood dengan The Blind Assasin dan Peter Carey, The True History of the Kelly Gang, pemenang Hadiah Booker 2000 dan 2001. Lama sebelum itu, The Color Purple karya Alice Walker pernah memenangi Hadiah Pulitzer 1983.
Pegawai Persuratan YWJ, Siti Nadia Hariman menjelaskan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan YWJ setiap tahun, penganjuran menulis novel sejarah itu tidaklah susah.
“Mengikut garis panduan YWJ, novel sejarah itu adalah fakta sejarah yang dinovelkan. Ia boleh difiksyenkan, tetapi masih berpegang kepada sejarah. Penulis dibenarkan menambah watak lain, tetapi ia tidak terlalu berbentuk fiksyen sehingga menenggelamkan watak sejarah,” katanya.
Mengimbas pengalaman YWJ, tidak dinafikan pada waktu awal sayembara itu dimulakan, mutu karya yang diterima tidak menepati definisi novel sejarah. Malah, ramai penulis memberi maklum balas sukar menulis kerana watak tidak boleh direka-reka apalagi mengambil alih watak utama dalam sejarah.
Bagaimanapun Siti Nadia mengakui selepas tiga tahun penganjuran, banyak manuskrip yang diterima YWJ menepati konsep novel sejarah seperti diingini YWJ sehingga Tiara Pesona karya Rahimah Muda tampil johan.
Pengendali Bengkel Penulisan Novel Sejarah YWJ, Hamzah Hamdani, melihat kurangnya penulisan novel sejarah kerana konsepnya sukar difahami, namun sesi bengkel seluruh Malaysia, banyak membantu sehingga makin banyak jumlah manuskrip yang menepati definisi
“Novel sejarah ialah fiksyen sejarah yang mesti didirikan atas fakta sejarah, tetapi boleh ditokok tambah watak sampingan rekaan. Perlu diingat ada juga karya berunsur sejarah, tetapi tidak boleh dikategorikan sebagai novel sejarah.
“Misalnya, Saatul Ibaad karya Faisal Tehrani kerana ia karya yang mensejarahkan fiksyen dan bukan novel sejarah. Karya itu ada unsur sejarah dari segi latar mas, tetapi ceritanya direka-reka dan pembaca yang tidak tahu sejarah akan kata ia novel sejarah,” tegasnya.
Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib senada apabila mengakui novel sejarah dan fiksyen sejarah dua perkara berbeza dan sebagai tokoh berpengalaman luas menulis 30 novel sejarah Islam dan Melayu, tidak menafikan ramai orang keliru dalam memahami fakta itu.
“Mungkin ada orang yang berpendapat novel sejarah dan fiksyen sejarah itu sama, tetapi baginya novel sejarah itu berdiri di atas fakta dan watak utamanya adalah tokoh sejarah. Bagaimanapun, ada orang melihat novel sejarah dan watak utama sejarah boleh dinovelkan dengan disorot watak lain. Misalnya, watak yang direka sebagai narator dan kita kenal sejarah yang ingin diceritakan. Itu sudah salah, pada saya itu fiksyen sejarah,” katanya.
Baginya novel sejarah perlu digerakkan oleh tokoh sejarah itu, misalnya jika menulis mengenai tokoh Islam Khalid Al Walid, watak utama mestilah Khalid Al-Walid dan kisah Khalid Al Walid tidak disorot daripada watak rekaan lain.
Baca lanjut di Berita Harian Online.
Berita baik bagi peminat buku masakan PTS. Tuan dan puan berpeluang menyaksikan penulis buku Senangnya Memasak, Chef Hanieliza beraksi di kawasan anda.
Chef Hanieliza akan mengadakan demo masakan istimewa di Tapak Karnival Pulon Sakan, PERNAMA bertempat di Kem Dewan Tun Hussin Onn bermula jam 5 petang ini.
Saksikan kelincahan Chef Hanieliza menghasilkan tiga jenis resipi istimewa yang diambil daripada buku Senangnya Memasak hasil tulisan beliau.
Jangan ketinggalan menyaksikan Chef Hanieliza di Karnival Pulon Sakan, PERNAMA, Kem Dewan Tun Hussin Onn, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini.