Perang-Perang yang Benar: Detik Cemas di Perang Uhud (Siri 3)

Aizat Razak — 16 Feb 2012 7:06 PM

Mush'ab Bin Umair ditugaskan memegang bendera tentera Islam dalam Perang Uhud. Dalam perang itu, beliau berlawan dengan seorang tentera Quraisy iaitu Ibnu Qami'ah. Mush'ab memegang bendera dengan tangan kanan dan senjatanya berada di tangan kiri. Dalam pertarungan yang sengit, tetak-menetak dan libas-melibas pedang, Ibnu Qami'ah dapat menetak tangan kanan Mush'ab sehingga putus. Mush'ab lantas mencampakkan pedang yang berada di tangan kirinya dan segera menyambut bendera tentera Islam yang hampir jatuh.

Ibnu Qami'ah menetak pula tangan kiri Mush'ab dan bendera itu jatuh ke tanah. Mush'ab merebahkan tubuhnya bagi melindungi bendera itu. Ibnu Qami'ah menikamnya dan Mush'ab syahid di medan Uhud. Ibnu Qami'ah menyangka Mush'ab adalah Rasulullah, kerana wajah Mush'ab seiras dengan Rasulullah. Dia lantas menjerit berulang-ulang kali, “Muhammad sudah aku bunuh.”

Apabila mendengar berita Rasulullah sudah terbunuh, tentera Islam menjadi keliru, kelam-kabut, dan kucar-kacir. Dalam suasana yang gawat dan genting itu, Rasulullah berteriak, “Marilah datang kepadaku. Aku adalah Rasulullah.”

Teriakan Rasulullah menaikkan kembali semangat tentera Islam, tetapi kedudukan Rasulullah juga terdedah kepada musuh. Tentera Quraisy meluru dan menyerbu untuk membunuh Rasulullah. Para sahabat bermati-matian mempertahankan Rasulullah. Dalam keadaan genting itu, sebatang anak panah meluru laju ke wajah Rasulullah. Panah itu menembusi pipi baginda hingga terkena gigi seri di bahagian bawah sebelah kanan. Bibir baginda juga terluka.

Baginda yang cedera terkena panah hanya dilindungi oleh Saad Bin Abi Waqqas. Dalam kekalutan perang, seorang tentera Quraisy dapat mendekati Rasulullah lalu memukul baginda. Pukulan itu kena pada dahi baginda. Kemudian, seorang lagi tentera Quraisy datang dan melibaskan pedangnya ke arah Rasulullah. Libasan itu kena pada baju besi Rasulullah. Libasan seterusnya dihalakan ke arah bahagian kepala Rasulullah. Bahagian atas pipi baginda terkena tetakan pedang itu. Perisai muka dan penutup kepala baginda pecah. Serpihan besi perisai itu menusuk pipi dan melekat di rahang Rasulullah.

Dalam Perang Uhud, tentera Islam mengalami kekalahan selepas menang dalam Perang Badar. Perang Uhud ini sangat mencemaskan sehingga Rasulullah sendiri cedera teruk diancam oleh tentera Quraisy. Rentetan daripada Perang Uhud, Perang Khandaq tercetus dan kemudian Perang Khaibar.

Rentetan peristiwa dan sejarah perang dirakamkan dengan baik sekali dalam buku Perang-Perang Yang Benar. Buku ini diterbitkan oleh PTS. Maklumat lanjut boleh didapati di www.pts.com.my

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala harta kekayaannya semasa berhijrah ke Madinah. Di sana, Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Saad Bin Rabi, tokoh golongan Ansar yang kaya. Atas dasar persaudaraan Islam yang kukuh, Saad menawarkan separuh kekayaannya untuk diberikan kepada Abdul Rahman. Saad juga rela menceraikan salah seorang isterinya supaya dapat dikahwini oleh Abdul Rahman. Tawaran dan niat baik Saad ini ditolak lembut oleh Abdul Rahman dengan kata-kata yang masyhur ini,

Saudaraku, semoga Allah memberkati keluarga dan harta benda saudara. Jangan disusahkan tentang diri saya. Yang penting, saudara sudi menunjukkan jalan menuju ke pasar.”

Sahabat-sahabat Muhajirin yang lain juga dipersaudarakan dengan golongan Ansar. Dengan adanya ikatan persaudaraan ini, mereka sanggup memberikan harta benda bagi dijadikan modal bisnes sehingga akhirnya ekonomi Muhajirin dapat dipulihkan. Konsep persaudaraan ini adalah asas tertegaknya empayar pemerintahan Islam di Madinah. Persaudaraan ini juga menjadi asas pembinaan empayar bisnes Abdul Rahman yang berjaya memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.

Islam tidak menganjurkan permusuhan dan persaingan. Islam menganjurkan bantu-membantu dan berlumba-lumba mengejar kurniaan Allah. Persaudaraan Islam yang kukuh adalah networking yang terhebat dalam dunia bisnes.

Abdul Rahman mendapat Saad sebagai saudara dan rakan kongsi bisnesnya. Namun, beliau langsung tidak mengambil kesempatan atau mempergunakan Saad untuk kepentingan diri. Dalam konsep kafilah dagang yang dijelaskan dalam siri kedua, persaudaraan juga menjadi asas kepada kejayaan bisnes kafilah dagang. Ahli kafilah dagang akan bekerjasama menghadapi cabaran di sepanjang perjalanan. Mereka juga bersatu hati mempertahankan kafilah dagang daripada serangan perompak padang pasir.

Keistimewaan dan isi kandungan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf sudah dijelaskan dalam tiga siri ulasan sebelum ini. Daripada ribuan ayat dan puluhan rahsia kekayaan Abdul Rahman, hanya sebahagian yang dapat dikongsikan dalam ulasan yang ringkas ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dan lebih kepuasan, tuan puan boleh mendapatkan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf di kedai buku yang berhampiran. Untuk diskaun istimewa dan penghantaran terus ke rumah, tuan puan boleh melayari www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Muhammad diberi pilihan untuk hidup kekal di dunia atau meninggal dunia seperti manusia biasa. Hal ini dijelaskan dalam dialog baginda dengan sahabatnya, Abu Muwaihibah semasa baginda dan Abu Muwaihibah menziarahi perkuburan Baqi'.

“Wahai Abu Muwaihibah. Aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga. Ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”

Abu Muwaihibah berkata, “Wahai Muhammad. Pilihlah kami.”

Muhammad berkata, “Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.” Kecintaan kepada Allah memenuhi hati Muhammad.

Tidak lama kemudian, Muhammad diserang sakit kepala yang amat sangat. Kesakitan para nabi adalah seperti kesakitan dua orang biasa.

Kemudian Muhammad diserang demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke dahi Muhammad, “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu.”

Pada pagi 12 Rabiulawal, sakit Muhammad semakin kuat. Peluh keluar mencurah-curah dari kepala baginda. Aisyah menyapu muka baginda dengan air untuk meredakan kesakitan baginda. Muhammad berkata, “Wahai Aisyah. Sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitan).”

Pada saat kematiannya, Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata, seolah-olah baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir, sama ada memilih hidup kekal di dunia atau segera bertemu dengan Allah. Muhammad berkata, “Bahkan teman sejati di Syurga. Bahkan teman sejati di syurga.”

Aisyah berkata, “Ketika Muhammad mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku. Pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar dari jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepada Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga ke luar rumah.”

Apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Saat kematian Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dua orang remaja Ansar menyertai Perang Badar. Mereka bersenjatakan pedang dan mencari-cari musuh Allah, iaitu Abu Jahal untuk dibunuh. Mereka adalah Muaz Bin Amr al-Jamuh, 14 tahun dan Muawwiz Bin Afra, 13 tahun. Mereka meminta Abdul Rahman Bin Auf menunjukkan kepada mereka di mana Abu Jahal berada.

“Ibu saya berpesan, jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya.” Muaz bersungguh-sungguh mahu membunuh Abu Jahal.

“Abu Jahal menghina dan menyakiti Rasulullah. Saya mahu membunuhnya.” Muawwiz menegaskan kemahuannya.

Tiba-tiba seorang tentera Quraisy menyerang Abdul Rahman Bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz melindunginya. Muaz menetak kaki tentera itu menyebabkan dia jatuh tersungkur. Muawwiz pula menikamnya sehingga mati. Abdul Rahman Bin Auf kagum dengan kehebatan dua remaja itu.

Sebaik sahaja Abdul Rahman Bin Auf melihat kelibat Abu Jahal yang berada di bawah sepohon kayu yang rendang, dia menunjukkannya kepada dua remaja itu. Muaz dan Muawwiz terus berlari pantas ke arah Abu Jahal. Abu Jahal berada di atas kudanya dan tidak sedar kedatangan dua remaja itu. Muaz memancung kaki kanan kuda menyebabkan kuda dan Abu Jahal jatuh tersungkur. Dia bertempik marah menahan kesakitan. Dia cuba bangun, tetapi Muaz segera menetak kaki kanan Abu Jahal sehingga terputus. Muawwiz pula menetak kepala Abu Jahal sehingga dia menggelupur kesakitan.

Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Anaknya Ikramah datang melindunginya. Ikramah menetak tangan kiri Muaz hingga terkulai hampir putus. Muawwiz pula syahid dibunuh oleh Ikramah. Kemudian, Rasulullah mengarahkan Abdullah Bin Mas'ud mencari Abu Jahal. Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Abdullah Bin Mas'ud memijak lehernya dan berkata, “Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya. Hari ini Allah menghina kamu.”

Abdullah Bin Mas'ud menghayunkan pedang lalu memenggal kepada Abu Jahal. Akhirnya, tumpaslah musuh Allah itu di tangan tentera Islam.

Babak-babak peperangan Badar ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Perang-Perang Yang Benar, catatan perang yang lengkap dan menyemarakkan semangat jihad.

Siri ulasan seterusnya akan memaparkan detik-detik cemas Rasulullah terkena panah dan ditetak dengan pedang oleh tentera Quraisy dalam Perang Uhud.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam keheningan kota Madinah, tiba-tiba kedengaran bunyi gerombolan unta memasuki kota. Abdul Rahman Bin Auf pulang dari Syam dengan kafilah dagang, 700 ekor unta yang sarat dengan barang dagangan.”

 - Anas Bin Malik

Sistem kafilah dagang atau rombongan bisnes dipraktikkan oleh masyarakat Arab, termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Menurut sejarah Islam, nilai bisnes kafilah dagang Arab mencecah jutaan ribu dinar setahun. Modus operandi sistem ini sama seperti aktiviti import dan eksport sekarang.

Ramai peniaga yang bergabung dalam satu kafilah dagang. Mereka bergerak bersama-sama untuk berurus niaga ke luar negara seperti Syam. Ahli dalam satu kafilah dagang boleh mencecah ratusan orang dan bilangan unta hampir 1000 ekor. Unta adalah pengangkutan utama dan berfungsi sebagai sistem kargo pada zaman itu.

Imam Malik berkata,

Sudah menjadi tradisi orang Madinah, orang membeli pakaian di sebuah kedai dan membawanya ke kota lain bagi dijual dengan tambahan untung yang disepakati.”

Konsep bisnes yang diamalkan dalam kafilah dagang ini adalah murabahah. Dengan cara murabahah, satu barang dijual dengan harga yang ditetapkan selepas dikira harga kos dan nilai keuntungan. Walaupun keuntungan adalah matlamat utama bisnes, Abdul Rahman lebih mengutamakan keberkatan. Kata-kata beliau yang terkenal adalah,

Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.

Bagi mengaplikasikan konsep kafilah dagang ini dengan keuntungan yang optimum, strategi bisnes Tao Zhugong boleh digunakan. Tao Zhugong adalah tokoh pengasas pemikiran bisnes Cina. Strateginya adalah,

Kenal pasaran dan lakukan jual beli pada waktu keemasan.”

Permintaan pelanggan dan trend pasaran sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan masa, musim, dan cuaca. Bagi memanfaatkan maklumat pasaran, Tao Zhugong dan rombongannya berjalan jauh selama berbulan-bulan bagi mencari pasaran yang sesuai dan mengaut keuntungan yang lumayan.

Hasil gabung jalin antara konsep kafilah dagang dan strategi bisnes Tao Zhugong, kita akan dapat memantapkan aktiviti bisnes supaya keuntungan yang optimum dapat diperolehi.

Dalam siri ketiga, pembaca akan didedahkan dengan konsep persaudaraan Islam yang menjadi asas pembinaan empayar bisnes yang kukuh. 

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sebelum Muhammad dilahirkan, ibu baginda iaitu Aminah mengalami satu mimpi yang ajaib. Aminah melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki. Bersama-sama anak lelaki itu, keluar satu cahaya yang menerangi seluruh bumi. Aminah juga melihat dirinya berdoa,

“Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya anak ini diselamatkan daripada semua orang yang dengki kepadanya.”

Semasa mengandungkan Muhammad, Aminah tidak merasa penat atau sakit. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan. Muhammad lahir pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Mengikut ahli sejarah, kelahiran ini berlaku 50 hari selepas peristiwa Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan oleh Allah dengan rejaman batu-batu yang panas daripada burung Ababil.

Banyak perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan Bin Thabit, penyair Rasulullah menceritakan,

“Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, 'Bintang Ahmad muncul di langit.'”

Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan.

Apabila Muhammad dilahirkan, Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi bergegar. Gegaran itu meruntuhkan 14 anjung istana dan memadamkan api sembahan orang-orang Majusi yang tidak pernah padam sejak beribu-ribu tahun. Tasik Sawwah yang berhampiran istana Raja Farsi juga tertimbus disebabkan gegaran itu. Kejadian ini adalah petanda kepada kejatuhan Farsi, kerajaan yang terbesar pada masa itu.

Peristiwa ajaib yang berlaku ketika kelahiran Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.

Dalam siri ketiga, detik-detik kematian Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan. Matlamat perang bukan untuk menguasai sesebuah negara dan mengaut kekayaan. Perang juga tidak dicetuskan hanya kerana mahu membalas dendam.

Peperangan tidak boleh dimulakan dengan sewenang-wenangnya. Tatkala mahu mempertahankan akidah, mahu menegakkan kalimah Allah, dan mahu mempertahankan diri, ketika itu barulah peperangan dibenarkan. Hanya dengan niat yang benar dan dengan cara yang benar dapat menjadikan perang itu satu perang yang benar. 

Novel ini menghimpunkan catatan lengkap empat peperangan yang benar dan masyhur dalam Islam iaitu Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq, dan Perang Khaibar. Keempat-empat peperangan ini dimulakan atas sebab-sebab yang benar, bukan berlandaskan nafsu dan sebab yang palsu.

Dengan gaya penceritaan yang menarik, imaginasi pembaca ditarik masuk ke dalam buku ini dan memasuki sebuah dunia yang berlatar belakangkan padang pasir yang luas. Babak demi babak dalam peperangan ini diceritakan secara terperinci, seolah-olah pembaca sedang menyaksikan peperangan itu dengan mata mereka sendiri. 

Setiap satu peperangan yang diceritakan dalam novel ini ada kisah dan kehebatannya yang tersendiri. Strategi demi strategi sudah dirangka, setiap kemungkinan sudah dijangka, dan muslihat musuh sudah diteka. Para pahlawan Islam melangkah gagah menuju ke medan perang. Mereka berperang kerana mahu mati, sedangkan musuh takutkan mati. Untungnya tentera Islam, kalah ataupun menang mereka tetap dijanjikan syurga. Menang ataupun syahid, syurga tetap menanti.

Inilah catatan perang yang membangkitkan semangat jihad kita semua. Apabila membaca kisah para sahabat dan Rasullah sendiri yang bertempur bermatian-matian di medan perang, jiwa kita bergelojak dan kecintaan kepada para pahlawan Islam semakin menyubur.

 

Dalam siri kedua, pembaca akan dipaparkan dengan babak-babak yang menarik dalam Perang Badar.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.” - Abdul Rahman Bin Auf

 

Buku ini menunjukkan langkah-langkah bagaimana Abdul Rahman Bin Auf mampu menjadi jutawan dalam tempoh 10 tahun sahaja. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta. Beliau adalah saudagar tuhan dan sahabat yang disayangi oleh Rasulullah. Kekayaan yang dimiliki tidak melalaikannya, bahkan semakin mendekatkan dirinya dengan pemilik segala kekayaan, Allah yang Maha Kaya. Dalam Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada RM25 juta. Nilai dermanya ketika itu setara dengan nilai 200 dinar, 500 ekor kuda, atau 1500 ekor unta.

Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Abdul Rahman? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab,

Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”

Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.

Buku ini bukan semata-mata menghamparkan rahsia bisnes Abdul Rahman, tetapi turut dilengkapi dengan panduan bisnes pada masa sekarang. Teknik dan strategi Abdul Rahman dijadikan rujukan asas dan disesuaikan dengan perkembangan bisnes moden.

Buku ini juga membetulkan beberapa salah faham kepada Abdul Rahman yang sering berlegar dalam masyarakat Islam. Antara contoh salah faham yang popular adalah, Abdul Rahman akan masuk syurga dengan cara merangkak. Sebenarnya, hadis yang mencanang-canangkan Abdul Rahman masuk syurga dengan merangkak ini adalah hadis palsu. Sekiranya Abdul Rahman masuk syurga secara merangkak disebabkan hartanya, hal ini sudah cukup menunjukkan celaan kepada harta. Yang dicela sebenarnya adalah mendapatkan harta dengan cara yang salah dan tidak menunaikan kewajipan yang berkait dengan harta.

Dengan perkongsian rahsia kekayaan Abdul Rahman dan strategi bisnesnya, buku ini adalah mutiara yang berharga kepada semua usahawan. Kita juga dapat mengenali peribadi sahabat Rasulullah ini dengan lebih dekat.

Dalam siri kedua nanti, pembaca akan didedahkan dengan strategi kafilah dagang yang dapat menjana keuntungan sehingga jutaan dinar setahu

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Salah satu keistimewaan al-Quran adalah bahasanya yang indah. Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita-berita gembira dapat memberikan ketenangan dan keseronokan. Tatkala ancaman azab yang disampaikan, bahasanya dapat menggentarkan jiwa-jiwa yang lalai. Saat membaca al-Quran, kita dapat merasakan Tuhan sedang berkata-kata dengan kita. Sesungguhnya, inilah karya agung yang terindah, diungkapkan pula dengan bahasa yang indah.

Begitu juga karya-karya tulisan manusia. Kehebatan satu-satu karya adalah pada bahasa yang mengungkapkannya. Bahasa bukan sekadar medium untuk membentangkan fakta dan menyampaikan cerita semata-mata. Mencuit akal dan menyentuh hati manusia, itulah peranan bahasa yang sebenarnya.

Bahasa sangat berkuasa. Menyedari hakikat ini, kekuatan bahasa perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.

Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Catatan sejarah silam dan kehidupan Muhammad Bin Abdullah diolah dalam bentuk cerita yang menarik. Inilah buku sejarah Islam yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran. Dengan gaya penulisan yang santai, pembaca jadi asyik membacanya kerana jiwa mereka dirangsang untuk mengetahui kesudahan cerita dalam buku ini.

Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap, bermula daripada kelahiran Muhammad sehinggalah detik-detik kematiannya. Seluruh kota Mekah bergembira dengan kelahiran Muhammad. Namun, apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Babak demi babak ini diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya menggugah emosi pembaca.

Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Muhammad dengan Biografi Muhammad Bin Abdullah.

Dalam siri kedua, sedutan daripada kisah kelahiran Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Setiap tahun, PTS menganjurkan program wakaf buku yang memberi peluang kepada organisasi ataupun individu bagi menyumbang buku kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk wakaf yang bermanfaat kepada masyarakat umum.

Program ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di Malaysia dan luar negara.

Sempena Baca@Ramadan, PTS memberi peluang kepada masyarakat untuk mewakafkan buku kepada mereka yang berkemampuan. Program wakaf ini menjadi salah satu cara umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dimanfaatkan.

Melalui kedai buku online PTS, www.bookcafe.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi ataupun tempat yang dipilih oleh pewakaf sendiri.

Program wakaf buku ini bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2011 ini.

Individu yang ingin mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. Contohnya masjid, surau, perpustakaan sekolah, perpustakaan organisasi, sudut bacaan pejabat, rumah anak yatim dan lain-lain tempat yang sesuai.

Tuan dan puan yang berminat mewakafkan buku boleh melayari www.bookcafe.com/wakafbuku bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Artikel dipetik daripada www.bharian.com.my pada 15 Jun 2011

Perang Badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yang yakin akan kekuatan tenteranya mahu berperang dengan Nabi Muhammad.

Novel sejarah Islam hasil tulisan Abdul Latip Talib ini menekankan pentingnya Perang Badar sebagai perang penentuan kerana Nabi Muhammad berdoa, jika mereka kalah maka tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini. 
Namun, kemenangan Perang Badar tidak menjanjikan saat indah akan terus bersama umat Islam apabila mereka menga lami kekalahan dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud yang berlaku pada hari Sabtu, 11 Syawal tahun 3 Hijrah. 

Puncanya apabila pasukan pemanah di puncak Bukit Rumat meninggalkan kedudukan mereka untuk mengambil harta perang yang ditinggalkan pihak musuh sedangkan Nabi Muhamad sudah berpesan supaya mereka tidak berganjak sama ada umat Islam kalah atau menang. 

Banyak lagi drama menarik yang disajikan buku koleksi perang membabitkan umat Islam ini yang akan menyebabkan pembaca terasa berat untuk berhenti sebaliknya tidak sabar hendak menyelak halaman seterusnya. 

Dinamakan perang Khandaq (bermakna parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjang hampir mengelilingi kota Madinah bagi menghalang serangan musuh atau tentera Ahzab (sekutu beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi) seramai 10,000. 

 

Baca lanjut di www.bharian.com.my

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Tuan Bahruddin Bekri tampil lagi dengan siri terbaru Diari Mat Despatch yang menjadi bualan peminat hasil tulisan beliau.

Kali ini beliau membawakan kisah Mat Despatch yang berdepan dilema apabila perlu membuat keputusan dan pilihan dalam hidupnya.

"Mat Despatch kini berhadapan dengan dua pilihan. Berkait dengan hari Rabu," ujar Tuan Bahruddin Bekri.

Sepintas lalu, Tuan Bahruddin Bekri bercerita mengenai sambungan siri Mat Despatch.

Mat Despatch kali ini berhadapan dengan kehendak ibu yang mahu beliau pulang ke kampung pada hari Rabu. Ibunya meminta beliau pulang kerana ingin beliau menjadi wakil keluarga pada hari pertunangan sepupu rapat beliau. Namun pada hari yang sama beliau perlu menghadiri sesi pemilihan bagi editor sambilan yang juga adalah cita-citanya.

Mana satu pilihan Mat Despatch? Hati Emak atau cita-cita menjadi seorang editor?

Menariknya, di penghujung kisah Mat Despatch ini, beliau menerima kejutan yang besar dalam hidup beliau. Apakah kejutan besar tersebut?

Dapatkan siri Mat Despatch: Hati Emak yang mampu membuatkan air mata tuan dan puan mengalir.

"Jangan baca diari ini kerana diari ini sangat sedih. Nanti anda akan menangis teresak-esak. Bagaimana sekiranya anda menangis teresak-esak di hadapan di dalam kedai buku? Mesti malu. Jadi janganlah baca," kata Tuan Bahruddin Bekri mengakhiri perbualan bersama wakil media PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sekiranya sebelum ini novel, komik dan pelbagai jenis bahan bacaan bukan pendidikan sukar menembusi sekolah-sekolah di Malaysia, kini tidak lagi. Pelbagai jenis bahan bacaan yang menghiburkan disamping memberi pendidikan kepada pembacanya.

Melalui pendekatan memandaikan bangsa dalam setiap buku yang dihasilkan, buku-buku PTS kini sudah mula diterima oleh guru-guru di Malaysia sebagai bahan bacaan kepada pelajar.

Hal ini turut diakui oleh Cikgu Badruddin dari Sekolah Agama Bestari, Subang Jaya Selangor. Beliau yang ditemui dalam majlis pelancaran bahagian buku baru Mydin baru-baru ini menjelaskan pendekatan yang diterapkan oleh PTS dalam buku-bukunya sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Saya juga melihat lebih banyak unsur Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) dalam buku-buku yang diterbitkan oleh PTS. Saya kagum dengan buku-buku terbitan PTS. Buku terbitan PTS saya rasakan terbaik dan sesuai untuk pelajar sekolah. Kualiti buku-buku terbitan PTS juga sememangnya diakui terbaik," jelas Cikgu Badruddin lagi.

Beliau yang membawa rombongan pelajar dari Sekolah Agama Bestari juga menyokong usaha Mydin membuka bahagian buku bagi memudahkan peminat buku mendapatkan buku-buku terkini daripada PTS dengan mudah.

"Melalui bahagian baru ini, lebih mendekatkan masyarakat kepada buku selain memudahkan mereka membeli buku yang diinginkan," jelas beliau lanjut.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Mydin yang terkenal di seluruh Malaysia kini meluaskan lagi hubungannya dengan pelanggan dengan mewujudkan bahagian baru yang dikenali sebagai bahagian buku Mydin. Bahagian buku yang menempatkan buku-buku terkini daripada penerbit-penerbit besar di Malaysia itu menjadi tumpuan pelanggan Mydin bagi mendapatkan buku-buku yang digemari.

Terbaru, Wholesale Hypermarket Subang Jaya menjadi perintis dengan membuka bahagian buku baru yang menempatkan buku-buku menarik dan popular bagi memudahkan pelanggannya mendapatkan buku yang digemari.

Bagi Pengarah Urusan Mydin, Tuan Mohamed Salim Mydin, sekiranya bahagian buku ini berjaya dan mendapat sambutan hangat, beliau merancang mengaplikasikan bahagian yang sama cawangan Mydin yang lain.

"Rasa ingin mendidik masyarakat melalui membaca menyebabkan kami membuka bahagian ini bagi memudahkan peminat buku mendapatkan buku yang mereka suka. Kita juga akan mengaplikasikan konsep yang sama ke seluruh Mydin sekiranya bahagian ini mendapat sambutan yang menggalakan," jelas Tuan Salim dalam satu majlis perasmian di Wholesale Hypermarket Subang Jaya, semalam.

Majlis pelancaran bahagian buku Mydin di Wholesale Hypermarket Subang Jaya semalam juga dimeriahkan dengan kehadiran pelajar daripada Sekolah Agama Bestari Subang Jaya.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi menyebarkan lagi ilmu, Biro Agama Kelab Sukan PTS menganjurkan program tazkirah kepada semua kakitangan di PTS.

Majlis tazkirah yang diadakan setiap hari Jumaat ini memberi peluang kepada semua kakitangan PTS mendapatkan dan mendalami ilmu bermanfaat dalam mencetuskan semangat mendalami ilmu agama khususnya bagi bekalan dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Minggu ini menjadi minggu ketiga majlis tazkirah ini diadakan. Kakitangan PTS sendiri yang menyampaikan tazkirah.

Sesi Tazkirah yang diuruskan oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi ini juga menjemput penceramah luar bagi menyampaikan tazkirah kepada kakitangan PTS yang hadir.

Kelab Sukan PTS ditubuhkan bagi memberi peluang kepada semua kakitangan PTS bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sukan dan kerohanian.

Selain mengadakan tazkirah di pejabat urusan dan jabatan editorial, Kelab Sukan PTS juga sering mengadakan pertandingan futsal, badminton, bowling dan sebagainya bagi mengeratkan hubungan anatara kakitangan di PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Peminat-peminat buku PTS di Brunei berpeluang menemui Sasterawan Negara (SN) Dato' A. Samad Said dan penulis buku remaja tersohor, Puan Ain Maisarah di Pesta Buku Brunei.

PTS membawakan dua penulis negara yang tersohor Malaysia ini khas buat semua peminat yang tinggal jauh di Brunei.

Selain beramah mesra, peminat juga berpeluang mendapatkan tandatangan dan buku menarik tulisan dua penulis hebat ini pada 27 Februari jam 2 petang.

Peminat boleh menemui Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei bersama-sama buku Bendera di Atas Bukit dan Rumah Rahsia terkini daripada PTS.

Bagi peminat penulis remaja popular, Puan Ain Maisarah pula boleh bersama novelis remaja popular ini di 27 Februari 2011 ini jam 4 petang juga di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Peminat buku kini boleh mendapatkan poskad ekslusif Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said.

Poskad istimewa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran PTS ini memaparkan gambar ekslusif Dato' A. Samad Said khas buat peminat-peminat buku terbitan PTS.

Lebih menarik lagi, poskad istimewa ini juga mengandungi petikan puisi Al-Amin sasterawan negara ini.

Dapatkan poskad istimewa keluaran PTS ini di kedai-kedai terpilih yang bersama-sama menjalankan kempen Maulidur Rasul PTS melalui pembelian mana-mana buku terbitan PTS.

Dapatkan poskad terhad ini di kedai-kedai indie berhampiran tuan puan sempena sambutan Maulidur Rasul ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Minggu ini Halaqah Akar Tradisi Ilmu menyingkap wasiat terakhir Rasulullah yang menjadi junjungan umat Islam di seluruh dunia.

Bersama tetamu, Yang Berbahagia Datuk Nooh Gadut, Halaqah akan berkongsi dengan umat Islam mengenai wasiat terakhir Rasulullah sebelum baginda meninggal dunia.

Saksikan Halaqah yang bersiaran pada 15 Februari bermula jam 10 malam ini pastinya membawa kita menjengah detik-detik akhir kewafatan baginda.

PTS yang menyahut seruan sambutan Maulidur Rasul ini mengajak tuan dan puan seisi bagi menyaksikan bual bicara Halaqah yang bersiaran di TV9.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.

Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

Khas sempena hari Maulidur Rasul, PTS Islamika menerbitkan buku-buku terbaik bagi kita mengenang Rasulullah sebagai pemimpin umat.

Dapatkan buku Khutbah Rasulullah bagi kita meneladani Rasulullah dalam meraih cinta Allah.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena sambutan Maulidur Rasul, Jabatan Pemasaran PTS menyediakan buku Yasin percuma bagi setiap pembelian buku pilihan sepanjang tahun.

Melalui pembelian buku Biografi Muhamad bin Abdullah bersama dengan buku Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad, pembeli layak menerima buku Yasin istimewa khas daripada Jabatan Pemasaran PTS.

Selain itu, PTS juga menawarkan buku-buku menarik sempena Maulidur Rasul kali ini.

Dapatkan buku-buku menarik sempena Maulidur Rasul yang pastinya memberi informasi yang menarik dan berilmu khas untuk seisi keluarga.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Walaupun terjadi kekacauan di Mesir, namun wakil PTS yang dihantar ke Mesir bagi menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Mesir sempat menjalin kerjasama dengan penerbitan di sana.

Menurut Editor PTS Islamika, Tuan Imran Azmi, perancangan ke pesta buku terpaksa dibatalkan apabila pesta buku kedua terbesar di dunia itu terpaksa ditangguhkan akibat rusuhan yang berlaku.

Beliau bersama Tuan Rohidzir Rais sempat melawat ke beberapa syarikat penerbitan di sekitar Mesir termasuklah syarikat penerbitan Darul Wafak, Ghaddul Jadid dan Darul Salam.

"Kita juga sudah kenal pasti buku-buku yang ingin dilesenkan dan berjaya mendapatkan sebut harga bagi buku-buku yang dipilih," jelas Tuan Imran.

Beliau menjelaskan yang Darul Salam, Darul Fikri, Darul Hadis dan Maktabah Wahabah adalah syarikat penerbitan yang terbesar di Mesir.

"Lokasi syarikat ini jauh antara satu dengan yang lain dan ada lokasi yang terletak betul-betul di lokasi tunjuk perasaan iaitu di Dataran Tahrir," ujar Tuan Imran.

Perintah darurat dikeluarkan pada hari ketiga dua wakil PTS ini berada di Mesir. Tuan Imran memaklumkan yang banyak kedai-kedai buku di sekitar Mesir ditutup akibat rusuhan yang berlaku.

""Kami terus ke Perpustakaan Iskandariah yang juga perpustakaan tertua dan pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia. Kami dalam perjalanan ke perpustakaan dan tidak dapat masuk kerana berlaku rusuhan di luar perpustakaan. Apabila kami berpatah balik, datang sekumpulan lagi penunjuk perasaan menghala ke arah kami kerana mahu menyerang pasukan polis. Waktu itu kami terperangkap dan mencari jalan keluar di lorong antara bangunan.," jelas beliau lanjut.

Tuan Imran dan Tuan Rohidzir menaiki teksi ke stesen keretapi utama di Sidi Gaber kerana stesen keretapi kecil di tempat perlindungan di Mandarah ditunda kerana perintah berkurung.

"Apabila kami sampai di Stesen Keretapi  Sidi Gaber, kami melihat tentera beserta kereta perisai sudah menguasai stesen keretapi tersebut. Kami masuk kes stesen di celah orang ramai dan berjaya mendapatkan keretapi. Namun, keretapi tersebut tidak dibenarkan bergerak sehingga mendapat kebenaran daripada pihak tentera. Kami tidak pasti jam berapa keretapi akan bertolak ke Kaherah kerana tidak ada sesiapa di kalangan petugas stesen dapat memberi jaminan keretapi akan bertolak. Kami terus menunggu di dalam koc keretapi. Oleh kerana keletihan, kami tertidur. Apabila kami terjaga, kami dapati keretapi kami sudah bergerak meninggalkan Iskandariah," jelas beliau lagi.

Beliau menjelaskan, walaupun Mesir menghadapi kekacauan, namun kedatangan wakil PTS bagi menjalin kerjasama dengan beberapa penerbit di sana di sambut baik. Beberapa buku terbaik dari Mesir berjaya dibawa pulang bagi dilesenkan dan diterjemah ke bahasa Melayu.

"Darul Salam yang menerbitkan buku-buku berkualiti di Mesir bukan sahaja mahu menjalin kerjasama dengan PTS melalui hak cipta melesenkan buku, malahan Darul Salam juga bersedia memasarkan buku-buku terbitan PTS di sekitar Mesir," ujar Tuan Imran lanjut.

Kerjasama yang dijalin ini membuka ruang dan peluang bagi meluaskan lagi pasaran buku berbahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Minggu ini, Halaqah membincangkan isu berkaitan Valantine dan aspek sosialnya dalam kalangan muda mudi dan pasangan bercinta.

Rancangan yang bersiaran pada hari Selasa jam 10.00 malam ini membawakan tajuk Sejambak Bunga Cinta yang membongkar mengenai isu Valentine yang meniti bibir masyarakat kita hari ini.

PTS yang menyahut seruan sambutan Maulidur Rasul dan sekaligus menghapuskan semangat Valentine ini mengajak tuan dan puan di rumah bagi menyaksikan bual bicara Halaqah yang bersiaran di TV9.

Kerjasama berpadu dengan gagasan PTS melalui kempen Maulidur Rasul memberi manfaat yang besar kepada pembaca dan penonton.

Saksikan siaran langsung Halaqah Akar Tradisi Ilmu yang disiarkan hari ini pada jam 10 malam di TV9.

Komen pengunjung:

  1. Izah Hazman Haziq

    08 Feb 2011
    12:07 PM

    Ramai muda mudi islam sekarang lebih mengagung2kan smbutan valentine dari menyahut seruan Maulidur Rasul….

Berikan komen anda:



Pihak penganjur pertandingan menulis puisi sempena sambutan Maulidur Rasul telah memilih pemenang bagi pertandingan tersebut.

Melalui tema Maulidur Rasul, pihak PTS menerima banyak puisi yang kreatif dan menarik. Daripada berpuluh tema yang dihasilkan, pihak penganjur memilih tiga pemenang bagi menerima hadiah menarik daripada PTS.

Tempat pertama pertandingan dimenangi oleh Muhammad Arif Bazli dari Alor Setar Kedah yang menulis puisi bertajuk Khatimah Rasul Mayapada. Beliau memenangi hadiah buku terbitan PTS bernilai RM300.

Pemenang tempat kedua pula dimenangi oleh Duratul Kamil yang menghasilkan puisi bertajuk Di balik Tirai Takrifat Syurga. Duratul dari Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu menerima hadiah buku PTS bernilai RM200.

Lantera Muhammad hasil nukilan Afiefa Saiful Fazad dari Batu Pahat Johor pula terpilih bagi tempat ketiga peraduan menulis puisi Maulidur Rasul kali ini. Beliau memenangi hadiah buku bernilai RM100.

Selain itu, semua peserta pertandingan menulis puisi Maulidur Rasul ini juga menerima sebuah buku khas daripada PTS.

Semua pemenang akan dihubungi melalui email. PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang peraduan menulis puisi Maulidur Rasul bagi tahun ini.

Nantikan peraduan-peraduan menarik daripada PTS bagi menghargai peminat-peminat buku terbitan PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sambutan Maulidur Rasul harus disusuli dengan semangat dan pengetahuan agar sambutan itu tidak menjadi ritual semata-mata.

Menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dato' Dr Sidek Baba, mengingati Rasulullah dan Sirah baginda merupakan sesuatu yang wajar bagi semua umat Islam. Seharusnya umat Islam harus mengingati Rasulullah sebagai Qudwah kepada umat Islam.

Qudwah bermaksud contoh ikutan yang menjadi ikutan masyarakat. Bagi Prof Dato' Sidek, masyarakat hari ini sudah jauh daripada konsep Qudwah yang perlu dipegang.

"Masyarakat hari ini lebih memegang konsep diva, idola dan sebagainya. Bagi mereka konsep Qudwah ini sudah terlalu ketinggalan zaman padahal konsep silam itu penting," jelas Datuk Sidek lagi.

Bali beliau, generasi muda kini sudah dilalaikan dengan budaya popular yang menyimpang daripada sirah Rasulullah. Peranan mengembalikan ingatan mengenai Rasulullah harus bersifat dilaksanakan bagi membina tradisi keilmuan dalam diri masyarakat.

Mendekati remaja bermasalah dan jauh daripada ajaran agama merupakan langkah terbaik dalam membentuk kembali masyarakat agar lebih mendalami Islam dan sirah Rasulullah.

Beliau berkata, bagi memberi kesan kepada remaja, program keilmuan yang ada haruslah diolah dan dibentuk agar selaras dengan jiwa remaja.

Program keilmuan yang diwujudkan di media cetak dan elektronik kini tidak hidup dikalangan kita kita.

"Apakah perbuatan yang dilakukan hari ini sama dengan apa yang dilakukan di zaman Rasulullah atau kita hanya mengambil sikap membenci kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita?" soal beliau.

Masyarakat hari ini lebih mengenali dan meraikan sambutan Valentine daripada sambutan Maulidur Rasul yang kurang diingati oleh umat Islam.

"Tidak semua dikalangan kita datang daripada keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kita sebagai pendakwah seharusnya memainkan peranan mendekatkan diri dengan mereka yang kurang pendidikan agama ini agar dapat membentuk kembali akhlak mereka selaras dengan sunah Rasulullah," jelas beliau lanjut.

Beliau menjelaskan, pelancaran Maulidur Rasul ini harus disusuli dengan semangat kecintaan kepada Allah dan Rasulullah agar sambutannya tidak menjadi satu ritual semata-mata.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Ramai tidak menyedari kepentingan penggayaan makanan dalam sesebuah resipi. Selain makanan yang sedap, penggayaan yang menarik juga mampu menarik minat orang lain terhadap makanan yang disediakan.

Menurut pensyarah Kulinari dari UiTM, Tuan Hussin Khan, penggayaan makanan merupakan aspek penting dalam penghasilan makanan.

Beliau yang menghasilkan koleksi buku Resipi Sihat dan Mudah bersama PTS Millenia menerapkan penggayaan makanan dalam buku masakan yang dihasilkannya.

"Kita menggayakan makanan dengan lebih menarik dan menggunakan prop yang lebih moden bagi menjadikan makanan yang dihasilkan lebih menarik. Bahan yang digunakan juga mudah didapati dan ada yang boleh diperolehi di dapur rumah sahaja," jelas Tuan Husin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Husin menjelaskan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya juga mudah diperolehi dan senang disediakan.

"Saya meletakkan diri saya sebagai ibu-ibu di rumah. Jadi saya banyak menggunakan bahan yang mudah didapati di dalam rumah dalam menghasilkan resipi sihat," ujar beliau.

Chef Husin yang menerapkan makanan berkhasiat dalam resipinya menjelaskan pembaca boleh merancang dan mengubah menu berdasarkan keperluan nutrisi masing-masing.

Beliau kini tampil dengan buku resipi terbaru iaitu Makan Tengahari dan Makan Malam serta Sarapan Pagi dan Minum Petang membawakan resipi yang menyihatkan khas untuk tuan puan.

Selain itu, beliau juga akan membawakan buku terbaru hasil tangan beliau yang bertajuk Salad Buah dan Sayur serta Pembuka Selera khas bagi mereka yang mementingkan diet seimbang dalam pemakanan.

Dapatkan buku-buku menarik dan terbaru ini khas keluaran PTS Millenia Sdn. Bhd.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena sambutan Maulidur Rasul yang diraikan seluruh umat islam pada 15 Febuari ini, PTS menyediakan iklan khas bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini.

Iklan yang disiarkan di radio terkemuka, Sinar fm ini memaparkan koleksi buku terkini dan menarik sempena Maulidur Rasul ini.

Dengarkan Iklan Sinar fm yang disiarkan selama 2 minggu bermula dari 1 Febuari hingga 15 febuari 2011.

Meriahkan sambutan Maulidur Rasul dengan membaca kisah dan kehidupan Rasulullah melalui buku-buku Maulidur Rasul yang ditawarkan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pertandingan Menulis Puisi sempena sambutan Maulidur Rasul bermula hari ini. Pengunjung portal PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik daripada PTS dengan menghasilkan puisi berkaitan Maulidur Rasul.

Selain itu, puisi yang menarik dan terpilih juga berpeluang bagi disiarkan di Podcast PTS.

Caranya mudah. Hasilkan puisi menarik berkaitan Maulidur Rasul dan emailkan ke marketing@pts.com.my bagi merebut hadiah menarik yang ditawarkan.

Tempat pertama pertandingan menulis puisi ini berpeluang memenangi buku bernilai RM300. Tempat kedua pula menerima buku bernilai RM200 dan tempat ketiga membawa buku bernilai RM100.

Pertandingan menulis puisi ini bermula dari 31 Januari hingga 6 Febuari 2011.

Pihak penganjur pertandingan akan memaklumkan senarai pemenang pertandingan mencipta puisi Maulidur Rasul pada 7 Febuari 2011.

Sertai pertandingan menulis puisi yang dapat mencungkil bakat tuan dan puan selain memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang disambut 15 Febuari ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bermula Febuari 2011, PTS menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.

Terkini, pihak pengurusan PTS mengadakan pertandingan menulis puisi bertemakan Maulidur Rasul sempena memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul.

Pengunjung portal PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik daripada PTS dengan menghasilkan puisi berkaitan Maulidur Rasul. Selain itu, puisi yang menarik dan terpilih juga berpeluang bagi disiarkan di Podcast PTS.

Caranya mudah. Hasilkan puisi menarik berkaitan Maulidur Rasul dan emailkan ke marketing@pts.com.my bagi merebut hadiah menarik yang ditawarkan.

Tempat pertama pertandingan menulis puisi ini berpeluang memenangi buku bernilai RM300. Tempat kedua pula menerima buku bernilai RM200 dan tempat ketiga membawa buku bernilai RM100.

Pertandingan menulis puisi ini bermula dari 31 Januari hingga 6 Febuari 2011. Sertai pertandingan menulis puisi yang dapat mencungkil bakat tuan dan puan.

Komen pengunjung:

  1. Mohd Shahrul Naim

    28 Jan 2011
    11:24 AM

    Satu program yang menarik,semoga program ini melatih jiwa masyarakat agar sentiasa mencintai Rasulullah kerana setiap puisi yang dinukil pasti ada puji-pujian terhadap insan mulia Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wasalllam tercinta

  2. Noorzawani Imran

    30 Jan 2011
    11:30 AM

    Jika menang, bagaimana hadiah diberikan?

Berikan komen anda:



Sambutan Maulidur Rasul yang disambut seluruh umat Islam di dunia mampu menghapuskan semangat Valentine yang mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan remaja di Malaysia.

PTS, Selaku penerbit buku berbahasa Melayu dan menerbitkan buku-buku berbentuk kerohanian menjalankan tangungjawab sosialnya dengan memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang akan tiba tidak lama lagi.

Kempen 'Salam Maulidur Rasul' yang bermula dari 1 hingga 28 Februari ini dilaksanakan agar masyarakat Islam di Malaysia lebih mengenali Rasulullah yang menjadi pembimbing terbaik bagi umat manusia.

Menurut Eksekutif Hubungan Media PTS, Tuan Roslan Md Isa, pelancaran promosi 'Salam Maulidur Rasul ini menjadi landasan kepada masyarakat di Malaysia agar lebih mendekati dan mengetahui lebih mendalam mengenai Rasulullah.

"Sambutan Maulidur Rasul bertujuan mengembalikan ingatan Ummat Islam kepada Nabi Muhammad. Terbitnya perasaan cinta kasih kepada Nabi Muhammad dengan mengenang, menghargai dan mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan beliau.

Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini bersifat adat namun ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan," jelas Tuan Roslan lagi.

Melalui sambutan meriah terhadap Maulidur Rasul, Ummat Islam dapat mengetahui cara mentaati sunnah Rasulullah sekaligus mengikut segala arahan dan meninggalkan segala larangannya.

"Sambutan Maulidur Rasul perlu diutamakan berbanding Hari Kekasih atau Hari Valentine. Sambutan Hari Kekasih yang disambut oleh pasangan remaja dan mereka yang berkasih lebih menjurus kepada meraikan nafsu yang salah," ujar Tuan Roslan lagi.

Sambutan Maulidur Rasul perlu disokong dan dimeriahkan oleh pelbagai pihak terutamanya media cetak dan elektronik agar hari sambutan Maulidur rasul ini terus diingati dan dikenang oleh seluruh umat Islam terutamanya remaja.

PTS juga menerbitkan buku-buku menarik berkaitan Rasulullah bagi memberi kefahaman dan mendekatkan masyarakat kepada Rasulullah yang menjadi contoh terbaik ummat manusia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi memperkenalkan buku-buku terbitan Malaysia ke peringkat antarabangsa, PTS mengambil langkah menghantar wakilnya ke Cairo International Book Fair.

Cairo International Book Fair (CIBF) adalah pameran terbesar bagi masyarakat Arab. Pameran ini menjadi tempat pertemuan penting bagi golongan penerbit, penulis, penterjemah serta pengedar buku yang datang dari negara-negara Arab.
Tuan Rohidzir Rais selaku editor senior dari unit PTS Islamika diberi peluang bagi membawa buku-buku PTS ke peringkat antarabangsa.

"Melalui pameran di CIBF ini, kita akan bertemu dengan penerbit-penerbit antarabangsa bagi menjalin kerjasama dalam bidang penerbitan buku. Selain memperkenalkan PTS sebagai penerbitan berbahasa Melayu kepada penerbit antarabangsa, kita juga cuba mendapatkan buku-buku terbaik dari negara Arab bagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu," jelas Tuan Rohidzir.

Menurut Tuan Rohidzir, kesempatan berada di CIBF juga digunakan bagi membawa dan menterjemahkan buku PTS ke peringkat antarabangsa.

"Selain mencari buku menarik bagi diterjemahkan, kita juga mahu buku kita diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ini bukan sahaja soal pertukaran bahasa semata-mata. Ia juga memperkenalkan budaya yang jelas berbeza," ujar Tuan Rohidzir lagi.

Selain bertemu dengan penerbit-penerbit terkemuka, PTS juga mengadakan bengkel penulisan bersama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Bengkel ini dilaksanakan dengan kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Bengkel yang diadakan pada 29 Januari ini memberi peluang kepada pelajar Mesir yang terlibat dalam bidang penulisan mendapatkan maklumat perihal bidang penerbitan di Malaysia.

"Mahasiswa yang terlibat dalam bengkel ini berpengalaman menghasilkan penulisan untuk majalah, komik dan sebagainya. Kepada mahasiswa mesir yang berminat dalam bengkel ini juga dijemput hadir dalam bengkel penulisan ini yang diadakan di Rumah Pulau Pinang pada 29 Januari ini," jelas beliau lanjut.

CIBF ini diadakan di Cairo International Conference Centre (CICC) Kaherah, Mesir bermula dari 29 Januari 2011 hingga 8 Febuari 2011. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Cairo Book Fair

Komen pengunjung:

  1. nizam
    25 Jan 2011
    4:55 PM

    Betul ke tarikh CIBF dari 26 Januari 2011 hingga 6 Febuari 2011? Mengikut laman web rasmi CIBF
    http://www.cairobookfair.org/
    tarikhnya adalah dari 29 Januari 2011 sehingga 8 Februari 2011.

Berikan komen anda:



Berikutan terdapat kekeliruan dalam iklan promosi Maulidur Rasul dalam akhbar Harakah, Pengarah Urusan PTS P&D Sdn Bhd, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat membuat kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku kepada pelanggan buku-buku keluaran PTS.

Beliau dalam kenyataannya menjelaskan tujuan iklan Maulidur Rasul yang dikeluarkan dalam akhbar Harakah bertujuan memberi notis awal kepada penjual-penjual buku agama perihal kempen yang dirancang oleh PTS.

"Notis awal ini diharapkan dapat membantu kedai buku dan penjual buku agama merancang lebih awal program-program pameran di masjid dan surau sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2011," jelas Tuan Arief dalam kenyataannya.

Tuan Arief juga menjelaskan kesilapan di pihak PTS apabila tidak meletakkan tanda 'DI PASARAN FEBRUARI INI' kepada buku-buku yang dijadualkan bagi diterbitkan sempena Maulidur Rasul ini.

"Bagi iklan-iklan seterusnya, jabatan pemasaran sudah membuat pembetulan dengan meletakkan tanda harga 'DI PASARAN FEBRUARI INI' pada tajuk-tajuk buku yang berkenaan.

Selain itu, Tuan Arief juga memaklumkan yang pihak PTS mengalami kelewatan dalam proses mencetak buku-buku berkulit keras.

"Kami jangka buku-buku berkulit keras hanya siap dicetak pada hujung Januari ini. Selain itu, ada satu buku kanak-kanak berillustrasi yang terpaksa digugurkan daripada kempen ini sudah dijadualkan semula. Hal ini kerana draf buku tersebut didapati belum mencapai tahap persembahan dan kualiti yang kita mahukan.

"Saya bagi pihak PTS memohon berbanyak maaf atas kesusahan yang menimpa pihak pekedai dan pelanggan kerana kesilapan PTS. Kami akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PTS kepada kedai-kedai buku yang banyak membantu dan menyokong usaha PTS selama ini," jelas Tuan Arief lanjut.

Beliau juga menegaskan yang sudah ada 108 kedai buku yang bersetuju menjalankan kempen Maulidur rasul dalam tahun 2011. Jumlah ini tidak termasuk kedai korporat yang turut membuat jualan istimewa sempena bulan kelahiran Rasulullah.
"Ini adalah peningkatan yang cukup baik dalam siri kempen sambutan hari-hari kebesaran Islam dalam industri buku," ujar Tuan Arief lagi.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis novel remaja Riha. J akan bertemu peminatnya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Beliau yang popular dengan novel remajanya yang bertajuk Gadis Piano diberi kesempatan berkongsi pengalaman perihal karya beliau khas buat peminat-peminat novel remaja di luar sana.

Bagi yang ingin mengetahui gerangan penulis disebalik Gadis Piano ini dapat menyaksikan program Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di TV9 pada jam 8 pagi esok iaitu pada 14 Januari 2011.

Saksikan dan dengarkan pengalaman penulis cilik ini dalam temubual khas bersama pengacara Nasi Lemak Kopi O esok.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berita baik kepada peminat-peminat buku PTS. PTS sekali lagi muncul dengan peraduan menarik pada tahun 2011 ini.

Terbaru, PTS mengadakan peraduan sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut umat Islam tidak lama lagi.

Peraduan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul dikalangan umat Islam dan generasi muda terutamanya.

Caranya mudah. Pihak pengurusan PTS akan memberikan soalan berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul. Peraduan akan diberikan setiap hari Jumaat bermula 14 Januari 2011.

Soalan akan dikemukan dalam facebook PTS. Tuan dan Puan perlu menjadi sahabat facebook PTS bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Hadiah-hadiah berupa buku-buku promosi Maulidur Rasul bernilai RM25. Hadiah akan dipilih oleh pihak pengurusan PTS sendiri.

Jangan lepaskan peluang mengambil bahagian dalam peraduan menarik ini hanya di facebook PTS.

Komen pengunjung:

  1. Liana Susan

    13 Feb 2011
    9:30 PM

    pts memang bagus dan hebat dengan cerita yg menarik .banyak pengajaran dan nilai yg baik…...

Berikan komen anda:



Bermula dari 15 Januari 2011, PTS Bookcafe akan mengadakan pameran dan jualan pada setiap hari sabtu dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Pameran yang diadakan di ruang pameran buku PTS di tingkat 1 ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS membeli buku terbitan PTS melalui diskaun yang menarik.

Sabtu@PTS ini menawarkan kadar diskaun istimewa 20 peratus bagi semua buku terbitan PTS. PTS Bookcafe juga turut memberikan hadiah buku percuma kepada 50 pembeli pertama pada hari itu.

"Pameran dan jualan setiap sabtu ini kami namakan sebagai Sabtu@PTS Bookcafe. Melalui Sabtu@PTS Bookcafe ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS yang tidak sempat berkunjung ke kedai buku ataupun pejabat PTS pada hari bekerja agar dapat berkunjung ke PTS Bookcafe bagi membeli buku pada hari sabtu. Buku-buku PTS yang mungkin tiada di kedai buku juga dapat diperolehi di PTS Bookcafe," jelas Pengurus Jualan, PTS Bookcafe Sdn. Bhd. Tuan Nazrul Samsudin.

Kunjungi Sabtu@PTS Bookcafe bermula 15 Januari ini bagi mendapatkan buku-buku menarik terbitan PTS di pejabat urusan PTS bermula dari jam 11.30 pagi hingga jam 6 petang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad menjadi buku pilihan terbaik bagi mereka yang ingin mengenali Rasulullah secara mendalam.

Buku yang diterbitkan oleh PTS Millenia ini membawa pembaca menelusuri sejarah dan aspek kepimpinan Nabi Muhammad daripada aspek keteguhan, keberanian dan kehebatannya dalam memperjuangkan Islam.

Menurut Editor Perolehan PTS Millenia, Tuan Syarafuddin Sulaiman, buku ini memaparkan contoh-contoh sifat dan keperibadian Rasulullah dengan jelas dan mudah difahami pembaca.

"Contoh teladan ini dapat diamalkan terus oleh pembaca tanpa ada rasa jauh daripada Rasulullah." jelas Tuan Syarafuddin.

Bagi beliau, buku ini lebih mudah difahami kerana ayatnya yang ringkas dan isinya yang mudah dihadam oleh semua golongan pembaca.

Buku yang habis dalam tempoh seminggu selepas dicetak ini menjadi pelengkap kepada mereka yang ingin mengenali keperibadian Rasulullah secara menyeluruh.

"Melalui buku ini kita dibawa mengenali Rasulullah daripada kata-katanya. Kita dibawa mengenali Rasulullah daripada ahli keluarganya yang mulia. Kita dibawa mengenali Rasulullah daripada sahabat-sahabat yang mencintai dan dicintai Rasulullah." jelas beliau lanjut.

Dapatkan buku Rahsia Cinta Segi Tiga Rasulullah di kedai-kedai buku berhampiran tuan dan puan atau layari BookCafe Online bagi membeli secara online.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Wakil jualan PTS akan mengadakan jualan buku-buku terbitan PTS di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Durian Tunggal Melaka bermula dari 10 Januari hingga 14 Januari 2011.

Jualan terbuka ini menawarkan buku-buku motivasi, agama, pengetahuan am dan novel remaja terbitan PTS.

Penduduk dan mahasiswa sekitar Durian Tunggal, Melaka boleh mendapatkan buku-buku yang menarik dan berinformasi melalui jualan buku tersebut.

Pameran yang bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang ini juga menyediakan tawaran menarik khas bagi pengunjung di pameran buku bergerak tersebut.

Warga Universiti dan orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan pameran buku tersebut. Tuan dan puan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut program boleh terus menghubungi Puan Wahidah Ramlan di talian 019-2791803 dan 012-9866344.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan buku-buku menarik terbitan PTS di kawasan tuan dan puan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena sambutan Maulidr Rasul ini, PTS Islamika tampil dengan menerbitkan Ensiklopedia Muhammad yang memberi maklumat lengkap mengenai kehidupan Nabi Muhammad.

Ensiklopedia yang diterbitkan dalam tiga jilid ini memberi pegetahuan lengkap kepada pembaca berkaitan peristiwa kehidupan dan keperibadian Nabi Muhammad.

Ensiklopedia menarik ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kisah kehidupan Rasulullah bermula sebelum kelahiran baginda hingga baginda wafat.

Lebih menarik apabila pembaca dapat mengetahui kisah-kisah yang sebelum ini kurang didedahkan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad diselitkan dalam Ensiklopedia ini.

Dapatkan Ensiklopedia yang akan diterbitkan tidak lama lagi ini bagi pembacaan sempena Maulidur Rasul ini. Layari BookCafe Online bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit Habis dalam Masa Dua Minggu

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit mencatat sejarah apabila habis dipasaran dua minggu selepas ia diterbitkan.

Buku yang memaparkan formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi ajaran daripada Rasulullah ini mendapat sambutan yang hangat di pasaran sejurus ia diterbitkan.

Buku ini juga membincangkan rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan Rasulullah sepanjang hidup beliau.
Menurut Eksekutif Jualan Senior, Tuan Azari Hashim, pekej lengkap dalam buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit ini menarik minat pelanggan bagi mendapatkan buku ini.

"Dengan harganya yang murah dan kavernya yang cantik ia membuatkan pelanggan teruja bagi mendapatkan buku ini. Kami juga mendapat testimoni daripada pelangan yang mengatakan buku ini menarik daripada kavernya dan harganya yang menarik," jelas Tuan Azari lagi.

Tuan Azari tidak menjangkakan buku ini mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran.

Bagi Tuan Azari, buku agama PTS kini sudah diterima dan mendapat sambutan hangat daripada pekedai-pekedai di seluruh Malaysia.

"PTS menawarkan buku-buku agama yang menarik dan berkualiti kepada pelanggan. Selain itu, kaver yang menarik dan harganya yang murah memberikan kepuasan kepada pelanggan," jelas Tuan Azari lanjut.

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit kini dalam proses cetakan semula dan akan berada dipasaran dalam masa yang terdekat.

Komen pengunjung:

  1. Jauhari Taib (Dato')
    08 Jan 2011
    11:48 AM

    Assalamu’alaikum. Pada halaman 131, penulis menyatakan adalah rugi kerana belum ada huraian mendalam kesan gerakan solat keatas fizikal tubuh kita. Sebenarnya sudah ada penerbitan UM berjudul SOLAT Kebaikan Dari Perspektif SAINS pada tahun 2008, setahun lebih awal dari buku ini. Dr Adi tidak membacanya. Bagaimana edaran buku-buku terbitan kita di sana. Walau buku Dr Adi adalah baik dan sangat bermanfaat.

Berikan komen anda:



Bookcafe PTS buat pertama kalinya membawakanpelbagai jenis buku terbitan PTS terus ke kawasan tuan puan dengan mengadakan pameran dan jualan di Lumut, Perak.

Program 'Pulon Sakan' anjuran Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berlangsung selama lima hari ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Lumut bagi mendapatkan buku-buku terbaik khas daripada PTS.

Lebih menarik, PTS juga membawakan kemeriahan sambutan Maulidur Rasul dalam program itu.

Program 'Pulon Sakan' yang diadakan di perkarangan Mutiara Armada, Lumut Perak ini dilangsungkan selama lima hari bermula dari 24 Januari hingga 28 Januari 2011.

Dapatkan buku-buku menarik terbitan PTS melalui pameran yang mampu menambah keterujaan tuan dan puan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berita baik kepada mahasiswa dan penduduk sekitar Jengka, Pahang. Wakil jualan PTS sedang mengadakan jualan bergerak bagi buku-buku terbitan PTS di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang.

Jualan yang bermula dari 3 Januari hingga 7 Januari 2010 ini memberi peluang kepada mahasiswa mendapatkan pelbagai jenis buku terbitan PTS.

Wakil jualan, Puan Wahidah Ramlan berkata, pihaknya sering mengadakan jualan bergerak ke universiti seluruh Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan buku-buku PTS dengan lebih mudah dan cepat.

Kunjungi jualan buku PTS di bangunan Fastrack, UiTM Jengka Pahang bermula dari 3 Januari hingga 7 Januari ini. Jualan yang bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang ini menawarkan buku-buku terbitan PTS yang menarik khas untuk semua golongan pembaca.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Selaras dengan hasrat bagi menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai satu sambutan meriah di kalangan umat Islam, PTS mengambil langkah membekalkan bahan-bahan promosi Maulidur Rasul kepada 100 kedai indie di seluruh Malaysia.

"Kita menjangkakan ada kedai-kedai baru yang akan mengambil bahagian dalam promosi Maulidur Rasul ini," jelas Pengurus Pemasaran PTS, Puan Norhazizam Ab Rahman.

Menurut Puan Norhazizam, kedai-kedai yang terlibat dengan promosi Maulidur Rasul ini akan dibekalkan dengan flyes, poster, banting, standee bagi dipamerkan di kedai-kedai di seluruh Malaysia.

Selain itu, PTS juga menghadiahkan buku Yasin dan poskad ekslusif secara percuma khas sempena Maulidur Rasul ini.

Puan Norhazizam berkata, PTS juga semakin kuat menjalankan promosi di media cetak dan elektronik bagi memberi maklumat kepada orang ramai perihal kehadiran Maulidur Rasul ini.

Jabatan pemasaran PTS menggunakan iklan di Sinar FM selama seminggu dan Radio24 selama sebulan sempena kehadiran Maulidur Rasul ini.

Bagi menyokong promosi di kedai buku agama pula, PTS meletakkan iklan di akhbar Harakah yang akan disiarkan selama 2 bulan.

"Alhamdulillah, sambutan daripada kedai-kedai buku tahun ini semakin meningkat dan memberangsangkan. Kami menjangkakan kempen Maulidur Rasul kali ini akan lebih berjaya daripada tahun lepas," jelas Puan Norhazizam lanjut.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



 PTS kini giat menjalankan promosi sempena kedatangan Maulidur Rasul bagi menyambut kedatangan Maulidur Rasul yang akan tiba tidak lama lagi.

Jabatan pemasaran yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai promosi merangka aktiviti bagi menyambut kedatangan Maulidul Rasul yang disambut umat Islam seluruh dunia.

PTS TV antaranya kini sibuk menjalankan rakaman sempena kedatangan Maulidul Rasul. Beberapa video menarik dan penuh informasi disediakan khas kepada peminat pts tv.

Selain itu, bahagian promosi juga akan mengadakan pelbagai program bersama ulama-ulama terkemuka bagi memberi pemahaman kepada masyarakat perihal Maulidur Rasul yang menjadi tarikh penting dan harus diingati oleh umat Islam.

Sebagai penerbit buku yang memandaikan bangsa, PTS juga menyediakan pelbagai jenis buku berkaitan dengan Maulidul Rasul khas buat peminat-peminat buku di Malaysia.

Nantikan promosi yang menarik daripada PTS khas buat peminat dan penyokong buku-buku Bahasa Melayu di Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi menyambut Maulidur Rasul yang akan tiba tidak lama lagi, PTS Islamika menyediakan pelbagai jenis buku menarik dan bermotivasi khas sempena Maulidur Rasul ini.

Pelbagai buku berkait Rasulullah disediakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada umum mengenai sifat dan kisah Rasulullah.

Antara buku yang disediakan khas bagi menyambut Maulidur Rasul termasuklah 3 jilid ensiklopedia Muhammad yang memaparkan sejarah lengkap berkait kehidupan Rasulullah.

Selain itu, buku Syamail Muhammadiyah yang memaparkan keanggunan Rasulullah menjadi buku penting bagi mereka yang ingin mengetahui karekter dan peribadi Rasulullah.

Uswatul Hasanah dan Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah juga menjadi pilihan terbaik dibaca oleh mereka yang ingin menjadikan Rasulullah sebagai ikon dan idola.

PTS Islamika juga menyediakan koleksi Khutbah Rasulullah yang menghimpunkan koleksi khutbah Rasulullah semenjak zaman kenabian beliau sehinggalah khutbah terakhir beliau.

Tidak terkecuali, kanak-kanak juga berpeluang mengenali dan mengetahui kehidupan para Nabi dan Rasul dengan terbitnya buku 31 Kisah Nabi yang menghimpun kisah-kisah nabi dan rasul. Buku kanak-kanak ini lebih menarik apabila didatangkan dengan 4 warna yang menarik dan menghiburkan kanak-kanak.

Sambut Maulidul Rasul kali ini dengan mengenali lebih dekat keperibadian beliau melalui buku-buku yang dikeluarkan oleh PTS Islamika.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS kini giat menjalankan promosi bagi menggalakan semangat membaca masyarakat di Malaysia. Selangkah ke tahun 2011, PTS merancang pelbagai aktiviti bagi memastikan semangat membaca dalam kalangan masyarakat tidak pudar.

Terkini, jabatan pemasaran yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai promosi merangka aktiviti bagi menyambut kedatangan Maulidul Rasul yang disambut umat Islam tidak berapa lama lagi.

PTS TV antaranya kini sibuk menjalankan rakaman sempena kedatangan Maulidul Rasul. Beberapa video menarik dan penuh informasi disediakan khas kepada peminat pts tv.

Selain itu, bahagian promosi juga akan mengadakan pelbagai program bersama ulama-ulama terkemuka bagi memberi pemahaman kepada masyarakat perihal Maulidur Rasul yang menjadi tarikh penting dan harus diingati oleh umat Islam.

Sebagai penerbit buku yang memandaikan bangsa, PTS juga menyediakan pelbagai jenis buku berkaitan dengan Maulidul Rasul khas buat peminat-peminat buku di Malaysia.

Nantikan promosi yang menarik daripada PTS khas buat peminat dan penyokong buku-buku Bahasa Melayu di Malaysia.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita