Meriah, meriah dan sangat meriah. Itulah ungkapan yang kami mampu katakan apabila Arena Buku PTS menerima kehadiran pengunjung-pengunjung ke Arena Buku PTS. Pastinya kehadiran mereka ini adalah sebahagian daripada hebahan yang dibuat oleh peserta-peserta bagi program Hebah & Menang. Terima kasih PTS ucapkan.
Kini dengan rasa terujanya diumumkan pemenang utama Kempen 'Hebah & Menang' sempena PBAKL 2012:
Hadiah Utama (Baucer RM1,000)
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
Hadiah Tempat Kedua (Baucer RM800)
FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)
Hadiah Tempat Ketiga (Baucer RM500)
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, PTS membesar hati menyediakan enam hadiah saguhati iaitu baucer sebanyak RM100.
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Orengez Delime (IC: 90xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di Arena Buku PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang utama Kempen Hebah & Menang PBAKL 2012. Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Semua baucer hanya sah digunakan di Arena Buku PTS sahaja sehingga 6 Mei 2012. Jadi, mohon dapat hadir ke Arena Buku PTS bagi menuntut hadiah yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Andakah kita masih tercari-cari novel sejarah islam dengan olahan yang menarik dan mudah difahami? Oleh itu tidak keterlaluan sekiranya PTS mejemput semua peminat untuk wajib singgah ke Arena Buku PTS di PBAKL 2012 kerana disini kita berpeluang mendapatkan pelbagai buku termasuk sejarah islam yang senang difahami dan menggunakan ayat-ayat yang ringkas.
Antara buku yang dipromosikan kali ini oleh PTS Litera ialah Badiuzzaman Said Nursi hasil tulisan Abdul Latip Talib. Novel ini mengisahkan tokoh ilmuwan Islam, Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang merupakan pejuang dan pemikir Turki sewaktu Turki bertukar wajah menjadi negara sekular dan mengharamkan syiar Islam.
Selain itu karya lain yang turut menjadi pilihan editornya iaitu Haryani Kamilan ialah, Produk baru PTS Litera Utama-Syok (Hallyu Wave),Saranghaeyo Arumi!-Rose Harissa, Awak semanis Red Velvet- Lily Haslina Nasir dan Cinta Bintang Jatuh- Ney Joehan. Ketiga-tiga novel ini merupakan novel yang diinspirasikan daripada drama-drama Korea, dan yang penting ialah ia hanya akan muncul buat julung kalinya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
PTS One, satu label bagi buku remaja yang sangat disukai. Bagi, PBAKL 2012 kali ini, PTS One mengundang penulis-penulis novel untuk bersama-sama turun padang bagi mempromosikan novel mereka.
PTS One menerusi editornya, Puan Rafiza memilih buku Nomi Duta Gigi yang mana penulisnya iaitu Firuz Firana akan turut serta untuk sesi bertemu peminat. Buku ini dipilih bagi dipromosikan kerana mengandungi kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak. Buku ini sebenarnya mengajar kanak-kanak supaya menjaga kebersihan oral terutamanya gigi untuk mengelakkan karie gigi di kalangan kanak-kanak.
Jadi kepada adik-adik sekalian, jangan lupa dapatkan naskhah ini untuk mengetahui cara terbaik untuk penjagaan gigi kita. Jangan sampai gigi kita 'kurang sihat' ya adik-adik.

Anda peminat fotografi? Atau mahukan sedikit kelainan dan tambahan kreativiti dalam hasil foto anda? Kini para peminat fotografi sekalian boleh mendapatkan buku yang bertajuk Suntingan Foto Terbaik. Buku ini mengandungi 23 teknik suntingan foto yang direka sendiri oleh penulisnya iaitu Tuan Imram Abdul Jabbar.
Tambah Ketua Unit PTS Netmedia, Puan Mazniza, penulis buku ini adalah pengasas Sifoo.com yang sudah 12 tahun operasi sebagai forum yang menjadi sumber maklumat untuk peminat grafik dan multimedia. Buku ini juga mempunyai 100 peratus halaman berwarna dan mengandungi langkah demi langkah yang mudah diikuiti. Selain itu, terdapat juga laman web yang disertakan sebagai panduan kepada pembaca sekiranya terdapat pertanyaan kepada penulis.
Sebuah buku lagi yang akan di promosikan di PBAKL 2012 bertempat di Arena Buku PTS ialah Wedding Photography. Buku ini mengandungi tips menarik yang diperlukan oleh fotografer perkahwinan selain dari mempelajari trend fotografi perkahwinan yang semakin meluas namun masih ramai yang kurang mengetahui perkara-perkara lain yang perlu apabila bertugas di majlis perkahwinan.
Apa ditunggu lagi peminat fotografi sekalian? Marilah kita menyerbu Arena Buku PTS untuk mendapatkan naskhah hebat ini.
Arena buku PTS terus meriah dengan kehadiran pengunjung-pengunjung PBAKL 2012. Kami begitu teruja menerima kehadiran semua. Terima kasih atas kunjungan ini. Kepada yang belum berkesempatan, usah khuatir, PBAKL kali ini berlangsung sehingga 6 Mei 2012.
Kempen 'Hebah & Menang' kini di minggu terakhir. PTS mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan semua dalam membantu mempromosikan PTS di PBAKL 2012. Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke enam:
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Izzudin Fauzi (IC: 92xxxx-xx-xx59)
-
FB ID: Randy Panglila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: M Waliyuddin Baharudin (IC: 88xxxx-xx-xx25)
-
FB ID: Afiqah Syadiyah Daud (IC: 93xxxx-xx-xx74)
-
FB ID: Muhammad Danial Faiz (IC: 94xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke enam ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Kini, Arena Buku PTS sudah dibuka. Terima kasih kepada semua yang menghebahkan PTS di saluran media terhebat ini. Kami bersedia menerima kehadiran peminat buku PTS. Pelbagai buku-buku terkini dan tawaran-tawaran hebat dihidangkan di Arena Buku PTS. Jumpa kami di sana.
Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke lima:
-
FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: OrengesDelime (IC: 90xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)
-
FB ID: Fasiha Tul Asikin Omar (IC: 88xxxx-xx-xx28)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.

Rasai kemeriahan PBAKL 2012 di Arena Buku PTS dengan menyertai program-program kami yang disusun khas untuk para pengunjung. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jawatankuasa penganjur memperkenalkan segmentasi program sepanjang PBAKL ini mengikut genre dan bentuk program yang yang merangkumi semua peringkat pembaca.
Segmen yang wajib dinantikan dan wajib dimasukkan di dalam jadual kita semua adalah segmen Tokoh Arena. Tokoh Arena merupakan segmen yang perlu ditunggu-tunggu kerana PTS membawakan penulis-penulis hebat turun ke Arena Buku PTS dan mempromosikan buku-buku mereka. Inilah peluang yang perlu direbut dan mendekatkan diri kita dengan penulis-penulis hebat kita ini.
Temu dan dapatkan tip-tip hebat untuk kita semua. Bagi penganjuran kali ini, Arena Buku PTS menyediakan 7 program Tokoh Arena iaitu:
29/04/12 (Ahad)
10.00am – 11.00am
Tokoh Arena bersama Ustaz Azhar Idrus
Pentas Utama PBAKL 2012
01/05/12 (Selasa)
5.00pm - 6.00pm
Tokoh Arena bersama Dr Zaharuddin Abd Rahman
Arena Buku PTS
02/05/12 (Rabu)
4.45pm - 5.15pm
Tokoh Arena bersama Sasterawan Negara
Arena Buku PTS
03/05/12 (Khamis)
11.00am - 11.30am
Tokoh Arena bersama Ustaz Rohidzir Rais
Arena Buku PTS
04/05/12 (Jumaat)
11.45am - 12.45pm
Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan Kehidupan
Penulis terlibat:
-
Prof Muhaya
-
Cik Puan Irma Hasmi
-
Tuan Zamri Mohammad
-
Tuan Amin Idrus
-
Tuan Zulhairi
-
Perlindunga Merpaung
Pentas Utama PBAKL 2012
2.30pm - 3.45pm
Tokoh Arena bersama Dr Tengku Asmadi dan Hilmi Isa
Arena Buku PTS
2.45- 3.45 petang
Tokoh Arena bersama Jerry D Gray
Pentas Utama PBAKL 2012
Pastinya, Tokoh Arena menjanjikan satu momen dan perkongsian ilmu buat kita semua. Peminat buku PTS dijemput memeriahkan segmen Tokoh Arena di PBAKL nanti. Jangan ketinggalan ya!
Keterujaan PTS untuk ke PBAKL 2012 kini telah sampai ke tahap maksimum. Dengan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi, kami ingin berkongsi rasa itu dengan semua peminat-peminat buku PTS. Tahun ini PTS membuat sedikit kelainan bagi memeriahkan lagi pesta buku kali ini. Pastinya kelainan ini bertujuan memudahkan lagi para pengunjung di booth PTS nanti.
Sehubungan itu, PTS memperkenalkan sistem 'Boleh Saya Bantu?' Sistem ini merupakan satu mekanisme di mana staf-staf PTS akan memakai button badge yang bertulis Boleh Saya Bantu? Sepanjang 10 hari di sana.
Sistem 'Boleh Saya Bantu?' ini bertujuan bagi memudahkan pengunjung mengenali staf-staf kami dalam mendapatkan bantuan dan informasi buku-buku terbitan PTS.
Kami warga PTS tidak sabar bertemu peminat-peminat buku PTS di PBAKL 2012. Jumpa di sana!!! Mohon tidak lupa janji kita 27 April sehinggan 6 Mei 2012 ini.
Dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi, amalan membaca buku harus dijadikan amalan wajib harian. Dengan membaca, seseorang itu akan dipandang mulia dengan ilmu yang dimiliki serta pengetahuan yang dikuasai.
Keperihatinan kerajaan dalam melahirkan generasi berilmu wajar dipuji. Dengan menyediakan medium pendidikan, kesungguhan ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya bagi merealisasikan masyarakat yang berilmu.
Dalam sambutan Hari Dunia sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun, PTS dan rakan industri penerbitan buku yang lain bersama-sama dalam menghidupkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat. Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga 6 April ini, semoga ianya dapat menyemarakkan lagi persekitaran cintakan ilmu dikalangan masyarakat kita.
Hanya beberapa hari sahaja lagi PBAKL 2012 akan berlangsung, pastinya PBAKL meniti di setiap bibir para peminatnya. Dan apa yang lebih pasti peminat buku PTS bertambah teruja dan tidak sabar untuk ke booth kami. Oleh itu, PTS dengan terujanya menjemput semua pembaca buku ke Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC nanti.
Menurut Tuan Aizat Razak, Pengarah Projek, untuk buat pertama kalinya PTS menamakan booth PTS sebagai Arena Buku PTS. Ia diberi nama kerana untuk tahun ini PTS menggunakan konsep sukan sebagai elemen di design dan booth. Rasionalnya ialah kerana tahun ini kita ada dua sukan besar iaitu Euro dan Olimpik yang akan diadakan pertengahan tahun nanti. Jadi kami mahu pastikan semangat sukan yang tinggi itu dapat disamatarafkan dalam semangat membaca dikalangan pengujung booth PTS.
“Tahun ini juga kami akan menyediakan lebih 1000 judul buku di Arena PTS. Jadi jangan lupa singgah dan dapatkan tawaran terbaik kami.” katanya.
Selain itu, konsep sukan ini juga diseleraskan dengan program-program bersama penulis. Di mana PTS mengwujudkan segmen program yang menggunakan istilah sukan. Antaranya ialah:
-
Tokoh Arena
-
Aksi arena
-
Formasi Buku
-
Lancar @ Arena
-
Seminar Arena
-
Arena Syok!
-
Gelanggang Remaja
-
Arena Novelis
Teruskan update bersama PTS untuk mengetahui pengisian segmen-segmen ini.
Buat semua peminat buku PTS, ayuh kita terjah arena buku PTS di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2012 yang akan bermula pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 nanti. Jumpa di sana!
Karya ahli Kelab Penulis Muda PTS, Nasrin Arisya ini dilihat banyak mengisahkan kehidupan suka duka seorang pelajar dalam mengharungi sebuah kehidupan. Penulis cuba membawa pembaca menyelami dunia kanak-kanak lantas dapat mengimbau zaman silam kita sewaktu kecil.
Mengisahkan Maira, anak bongsu kepada pasangan Amir dan Irdayu yang amat meminati muzik biola. Walaupun pada mulanya minatnya dipendam, namun ayah dan ibunya dapat mengetahuinya juga.
Ketika menjelang sambutan hari jadinya, dia mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya. Ayahnya mendaftarkan dia ke dalam kelas biola. Di permulaan inilah, minatnya dan keinginannya mula bertambah.
Hana, rakan baru Maira semenjak berpindah di sekolah baru sering menemaninya. Bahkan, di dalam kelas pun mereka duduk bersebelahan. Maira semakin serasi dengan Hana memandangkan mereka selalu ke mana sahaja bersama. Hana lah merupakan orang yang pertama mengetahui minat Maira dalam muzik biola.
Maira mendapat perkhabaran gembira apabila mengetahui akan diadakan satu pertandingan biola di sekolahnya. Dia begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turut serta. Ditemani oleh rakan karibnya, Hana, mereka berdua bersama-sama berjumpa cikgu Masni untuk mengambil boring pertandingan.
Novel terbitan PTS One ini akan membuatkan pembaca mengimbau kembali zaman kehidupan kanak-kanak. Sesekali penulis menyelitkan gurau senda dan gelak tawa kehidupan dalam berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Bagi kita yang sebelum ini hanya sekadar mencuba sendiri alatan perisian Adobe Photoshop, pasti akan berasa gembira dengan keputusan yang kita dapat hasil daripada teknik cuba-cuba itu.
Namun, dengan memiliki buku berjudul Adobe Photoshop dan berus ajaib ini, sudah pasti kita akan lebih banyak mengetahui maklumat dan cara-cara yang lebih mudah dan pastinya akan membuahkan hasil grafik yang kelihatan lebih menarik.
Buku 100 peratus halaman bewarna ini dilihat dapat membantu dalam lebih memahami jenis fungsi kegunaan dan teknik yang ditunjukkan. Selain disertakan dengan objek sebagai gambaran contoh, kita dapat lihat perbezaan dengan lebih jelas dan terang disusuli teknik yang berbeza yang digunakan.
Dengan tunjuk ajar satu persatu yang diberikan, sudah pasti membuatkan kerja anda kita lebih mudah.
Buku terbitan PTS Net media ini dilihat dapat membantu kita untuk lebih mengetahui teknik dalam menghasilkan gambar grafik yang lebih cantik. Untuk maklumat lanjut, sila klik buku di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Lima (5) hari sahaja lagi, hari raya untuk industri buku akan menjelma. PTS dan peminat buku pastinya tidak senang duduk dan sangat teruja dalam menanti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi 2012 ini. Setakat ini, persiapan PTS berjalan lancar, namun atas kepadatan dalam persiapan, kami sedikit lewat mengumumkan pemenang minggu keempat yang ini.
Nampaknya, walaupuan masih ada pemenang yang sama seperti minggu lepas, PTS sangat berpuas hati kerana ada nama baru yang menyahut cabaran dalam minggu keempat ini dan memenangi pusingan ini. Tahniah. Semoga kita akan ada nama-nama baru minggu ini dan minggu terakhir nanti.
Dengan rasa terujanya, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke empat:
-
FB ID: Aida Nur Iman Herman (IC: 01xxxx-xx-xx50)
-
FB ID: Ficik Yuchiro (IC: 79xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Al Imran (IC: 96xxxx-xx-xx87)
-
FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)
-
FB ID: Nadiah Mohd Arshad (IC: 90xxxx-xx-xx90)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih berbaki 2 minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Psst.. jangan lupa untuk menukar gambar profile ataupun cover bagi melayakkan kalian memenangi peraduan ini.
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Pertama sekali, PTS memohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang minggu ketiga yang bermula pada 2 hingga 8 April yang lalu. Namun kami pasti ia tidak menjatuhkan semangat pembaca buku PTS untuk terus menghebahkan PTS @ PBAKL 2012.
Tingkatkan kemeriahan pesta buku kali ini dengan meraikan pemenang-pemenang minggu ketiga. Nampaknya ada pemenang yang terus mengungguli senarai setiap minggu. Terima kasih atas komitmen kalian. Kepada yang lain, jadikan ini sebagai pemangkin untuk terus menghebahkan link dan memenangi hadiah bagi minggu ini dan akan datang.
Berikut diumumkan pemenang minggu ketiga:
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Haziqah Khalid (IC: 93xxxx-xx-xx94)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: M Waliyuddin Baharuddin (IC: 88xxxx-xx-xx25)
-
FB ID: Mohd Rajaei bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Muaz Faris (IC: 92xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke ketiga ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Sebuah lagi karya penulis tersohor Indonesia A. Fuandi kini di pasaran. Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini adalah beliau telah bergabung dengan seorang lagi penulis ternama iaitu Tasaro G.K maka lahirlah Rindu Purnama.
Puan Linda selaku Editor Pengurusan Unit Terjemahan PTS Litera Utama ketika ditemubual berkata, novel ini dipilih untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu kerana jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat dan sesuai dibaca oleh semua golongan.
Selain itu tambah beliau, novel kali ini adalah unik kerana ianya gabungan dua penulis termasyhur indonesia yang sudah terkenal dengan hasil penulisan mereka yang mantap.
Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini ialah bahasa yang dipermudahkan untuk pemahaman, design kulit yang diubah supaya lebih mesra dengan pembaca dan harga yang mampu milik iaitu RM18.00 di semenanjung.
Buku ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Rindu pergi ke Jakarta untuk menyara keluarganya yang miskin. Rindu bekerja sebagai seorang penjual surat kabar, namun pada suatu hari, syarikat berkenaan gulung tikar. Kemudian rakan Rindu mengajaknya untuk ke rumah perlindungan, di sana Rindu bekerja sebagai peminta sedekah. Di disilah bermula segala perjalanan onak liku kehidupan Rindu.
Dapatkan segera Rindu Purnama di booth PTS, PBAKL 2012, semua pengedar PTS di seluruh malaysia atau boleh dapatkannya di PTS Bookcafe dengan diskaun sebanyak 25 peratus.
Setelah setahun menunggu, kini PBAKL edisi 2012 kembali lagi. Keghairahan mula terasa buat semua peminat dan penerbit buku di negara ini. PBAKL 2012 bermula dari 27 April hingga 5 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tuan Aizat Razak selaku pengarah projek bagi booth PTS menjanjikan kelainan dan kepuasan kepada semua. Kali ini PTS membuka 16 booth berbanding 12 booth tahun lepas. Katanya empat buah booth ditambah kerana sambutan yang memberangsangkan selain daripada memenuhi permintaan peminat-peminat buku PTS.
Tambahnya lagi, booth PTS masih berada di lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di Dewan Tun Hussein Onn.
“Dengan motto 'kesesakan itu normal, kelancaran misi kami' kami akan cuba memastikan booth PTS di PBAKL kali ini berlansung dengan jayanya dan membuatkan anda tersenyum lebar.” katanya.
Kepada semua, teruskan melayari Facebook PTS dan laman web PTS bagi mendappatkan informasi-informasi terkini. PTS tidak sabar melihat peminat-peminatnya berpesta ilmu untuk kali ini. Mohon tidak lupa janji temu kita, tanda di kalendar peribadi semua supaya tidak terlepas peluang berjumpa di PBAKL kali ini.
Kemeriahan dan bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 terus dirasai. Ayuh, kita raikan 10 pemenang minggu ke dua ini. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mempromosikan kempen Hebah dan Menang PBAKL 2012 ini.
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
-
FB ID: As Raf (IC: 90xxxx-xx-xx65)
-
FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Arina Nasir (IC: 94xxxx-xx-xx52)
-
FB ID: Mohd Shafeq Feq (IC:91xxxx-xx-xx31)
-
FB ID: Zahirul Nukman (IC: 93xxxx-xx-xx05)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke dua ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Kempen 'Hebah & Menang' sudah pun bermula 19 Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang akan bermula 27 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rasai kemeriahannya dengan meraikan pememang minggu pertama.
Tahniah buat pemenang!
Seperti yang dijanjikan berikut adalah senarai penerima baucar berjumlah RM50.
- Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
- Sunah Mohammad (IC: 87xxxx-xx-xx16)
- Najwan Shaharum (IC: 92xxxx-xx-xx59)
- Khairi Omar (IC: 90xxxx-xx-xx57)
- Nur Sakinah (IC: 90xxxx-xx-xx94)
- Mohd Shafeq Feq (IC: 91xxxx-xx-xx31)
- Najieha Taufik (IC: 93xxxx-xx-xx42)
- Hazwan Mujahid (IC: 89xxxx-xx-xx11)
- Azrinah Al-Fateh (IC:91xxxx-xx-xx20)
- Naim Mahadi (IC: 92xxxx-xx-xx49)
Tahniah dan terima kasih atas kesudian menyertai kempen ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000. Bawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha hebah dan menang bagi merebut baucar mingguan seterusnya.
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Kemeriahan industri buku tempatan semakin hangat dirasai. Setiap tahun, Malaysia dimeriahkan dengan pelbagai pesta yang menghimpunkan penerbit dan peminat buku bagi menambahkan lagi keterujaan kepada pembaca.
Bertempat di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City menjadi pesta yang mengumpulkan buku-buku terbaik daripada penerbit buku berbahasa Melayu, Cina dan English.
Read Malaysia yang sudah masuk tahun ketiga ini bermatlamat bagi mempromosikan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Read Malaysia 2011 juga melibatkan lebih 200 penerbit Malaysia dan luar negara termasuklah dari Taiwan, Hong Kong, Singapura, China dan Indonesia.
Terdahulu, Read Malaysia berjaya menarik 325,000 pengunjung melalui pameran yang dianjurkan pada Jun 2010 lalu.
PTS selaku penerbit nombor satu di Malaysia juga mengambil peluang bersama-sama dengan penerbit lain bagi mendekatkan lagi penerbit dengan peminat buku di Malaysia.
Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.
Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.
Artikel ini dipetik daripada Berita Harian Edisi Singapura pada 23 April 2011 dan ditulis oleh Anuar Othman
Sastera kanak-kanak dan remaja perlu menonjolkan karya yang dapat memberikan pendidikan dan hiburan kepada golongan itu.
Isinya harus meliputi nilai-nilai sejagat yang murni, kemanusiaan, keyakinan diri dan pemikiran positif serta jernih.
Ini ditekankan Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said yang lebih mesra dipanggil Pak Samad di majlis pelancaran semula lima buku kanak-kanak dan remajanya yang pernah diterbitkan pada tahun 1986 oleh Mahir Sdn Bhd.
Diberi wajah kulit buku dan ilustrasi yang baru, Pak Samad 76 tahun melancarkan buku Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kelima-lima buku tersebut berjudul Bendera Di Atas Bukit, Rumah Rahsia, Jangan Ikut Jalan Ini, Yang Berat Sama Dipikul dan Mengejar Tetamu Di Waktu Senja.
Kesemua buku untuk bacaan remaja ini bercorak pengembaraan - tema yang digemari kanak-kanak dan remaja.
Pak Samad yang mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja sebelum melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution di sini, begitu ghairah menceritakan kepada penulis akan penerbitan semula buku-bukunya.
"Sememangnya kanak-kanak dan remaja harus didedahkan dengan buku-buku cerita yang murni.
"Siri ini terbit lama dulu dan apabila Puan Ainon Mohd daripada PTS Publishing dan Distributors ingin menerbitkan semula, saya rasa bertuah dan beruntung.
"Saya harap siri ini akan membijaksanakan kanak-kanak dan remaja kerana itulah tujuan utama saya apabila saya menulis siri ini dalam tahun-tahun 1980-an.
"Menerusi cerita pengembaraan, kita dapat mendidik pembaca perihal unsur kepimpinan dan kerjasama. Ini amat perlu dalam perjalanan menuju kejayaan," jelasnya.
Pak Samad yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia pada 1985, menambah:
"Sekiranya kita dapat membimbing dan seterusnya menyemai kanak-kanak dan remaja untuk mencintai sastera, mereka akan menjadi pembaca yang rajin apabila dewasa kelak.
Dengan bahan yang bermutu dan bertanggungjawab, bukan sekadar memikirkan pulangan material, buku untuk kanak-kanak dan remaja yang baik mampu menyuntik kognitif mereka. Itulah tugas murni penulis."
Menurut Pak Samad lagi, yang menerima ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 2003, pasaran buku kanak-kanak dan remaja agak luas.
Maka itu, penulis wajar menghasilkan buku-buku yang dapat membangkitkan semangat golongan kanak-kanak dan remaja, 'memanusiakan mereka' dan merangsang mereka bahawa kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.
Membaca buku pertama dalam siri ini - Bendera di Atas Bukit - memberi kita mesej perihal perlunya kerjasama mendaki ke puncak jaya. Dan, pengembaraan yang dilakukan remaja-remaja dalam buku ini semasa cuti sekolah, boleh dijadikan iktibar akan pentingnya melakukan sesuatu yang berfaedah dan sihat daripada membuang masa. Kelima-lima buku A. Samad Said ini boleh didapati di Toko Warisan di Joo Chiat Cmplex.
Masalah pembahagian harta pusaka adalah salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh para pewaris yang terlibat. Ini kerana, harta pusaka yang tidak diselesaikan pembahagiannya akan menimbulkan masalah pemilikan harta dalam kalangan pewaris khususnya hartanah. Ia menyebabkan urusan pembangunan hartanah terbantut, menghalang urus niaga dan wujud tanah-tanah terbiar.
Melalui pengalaman selama 30 tahun dalam pembahagian harta pusaka, Tuan Wan Abdul Halim Wan Harun menghasilkan buku Mengurus Harta Pusaka kepada masyarakat yang kurang pengetahuan dalam hal menguruskan harta pusaka.
"Masyarakat kini tiada tempat rujukan berkaitan harta pusaka. Sebahagian kecil sahaja yang berpengetahuan dalam pembahagian harta pusaka ini," jelas Tuan Wan Abdul Halim.
Buku Mengurus Harta yang habis dalam masa yang singkat ini mendedahkan mengenai asas-asas hukum pembahagian harta pusaka yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Lebih istimewanya, buku ini menceritakan bagaimana ingin menguruskan harta apabila berlaku kematian dan tindakan yang boleh diambil agar waris mengetahui cara pembahagian yang betul berkaitan harta pusaka.
"Buku ini secara langsung menekankan pentingnya pengetahuan berkaitan pembahagian harta pusaka dengan cara yang segar dan mudah difahami. Melalui buku ini, pembaca dapat mengubah persepsi dan sikap terhadap harta pusaka ini," jelas beliau lanjut.
Tuan Wan Abdul Halim juga menjelaskan beliau akan menghasilkan buku keduanya bersama PTS Profesional. Kali ini beliau lebih menekankan perihal soal jawab dalam pembahagian harta serta kajian kes yang berlaku dalam masyarakat.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim melancarkan buku terbaru beliau dalam satu majlis di Bilik Seminar Johor-Kedah hari ini.
Beliau sebelum ini menghasilkan buku Travelog Dakwah dan Travelog Haji bagi mereka yang ingin dan sudah melangkah ke Tanah Suci.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim banyak menghasilkan karya bagi masyarakat yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.
Majlis penuh bermakna ini juga turut dihadiri oleh pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.
Beliau menjelaskan mesej-mesej yang terdapat dalam buku Prof. Muhd Kamil mudah dibaca oleh semua pembaca.
"Buku-buku baru ini akan menjamin pembaca mahu mendapatkan buku-buku beliau yang lebih awal," jelas Puan Ainon.
Dato' Zaki Hassan yang juga Alumni UiTM serta sahabat baik kepada Prof. Muhd Kamil serta Puan Roza berbesar hati melancarkan buku 50 Tip Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Beliau juga turut membeli sejumlah buku tulisan Prof. Kamil dan dihadiahkan kepada peminat yang hadir ke majlis pelancaran tersebut.
Buku 50 Tip Motivasi dan Travelog Impian Abadi hasil tulisan Prof. Muhd Kamil dan isteri beliau, Puan Roha mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Menjelang hari kedua terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2011, PTS menyediakan aktiviti menarik bersama penulis-penulis hebat PTS.
Bermula jam 2 petang ini, PTS mengadakan perasmian buku 50 Tip Motivasi Haji & Travelog Impian Abadi kepada semua pengunjung dan peminat buku PTS di bilik seminar Johor, PWTC.
Bagi peminat-peminat PTS One, tuan dan puan dapat bertemu penulis-penulis kegemaran dengan aktiviti bicara buku dan sesi tandatangan bersama karyawan PTS One pada jam 2 petang.
Selain itu, PTS One juga akan menampilkan promosi buku untuk Si Gadis. Melalui promosi ini PTS One juga mengadakan demo solekan & fesyen tudung kepada adik-adik cilik pada jam 3 petang ini.
Dr. Danial Zainal Abidin sekali lagi datang ke booth PTS bagi berbicara perihal buku Soal Jawab Dr. Danial pada jam 4 petang ini. Tuan dan puan yang terlepas peluang bersama-sama Dr. Danial sebelum ini dapat beramah mesra dan berbicara secara langsung dengan personaliti hebat ini.
Jangan ketinggalan menyertai PTS di hari-hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang berbaki tinggal 2 hari sahaja lagi ini.
Dapatkan juga buku-buku menarik dan best-seller yang panas di PBAKL 2011 dengan diskaun menarik yang ditawarkan.
Hadiah utama cabutan bertuah@PTS kini sudah menemui tuannya. iPad yang menjadi igauan pengunjung booth PTS sebentar tadi dimiliki oleh seorang peminat buku PTS.
Tuan Abu Ubaidah, 20 tahun kini mampu tersenyum lebar apabila beliau membawa pulang sebuah iPad melalui cabutan bertuah PTS yang diadakan semenjak hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) berlangsung.
Belaiu melahirkan rasa terkejut dan tidak percayanya apabila dapat memengang sendiri iPad daripada PTS.
"Sebelum ini ramai kawan-kawan saya yang mencuba cabutan bertuah di PTS tetapi semuanya tidak berjaya. Saya tidak menyangka saya yang memegang iPad ini hari ini.
Bagi Tuan Abu Ubaidah, cabutan bertuah yang diadakan oleh PTS ini sememangnya berkesan dan dapat menarik minat pengunjung untuk datang ke booth PTS sekaligus mendapatkan buku-buku terbitan PTS.
"Saya doakan agar Puan Ainon dan PTS akan terus maju dan menjadi penerbit buku yang tersohor di Malaysia bagi menghasilkan buku-buku yang terbaik dan berkualiti," ujar beliau dalam nada gembira.
Penulis buku Yakjuj dan Makjuj, Tuan Alexender atau dikenali dengan nama Pak Wisnu mendapat sambutan hangat sepanjang kehadiran beliau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Beliau yang turut membawa hadiah istimewa buku terbaru beliau iaitu Yakjuj dan Makjuj 2 mendedahkan kepada umum perihal Yakjuj dan Makjuj serta buku Armageddon 2012 hasil tulisan beliau.
Pak Wisnu yang mendedahkan mengenai Yakjuj dan Makjuj di pentas utama PBAKL 2011 sebentar tadi nyata memukau pengunjung PBAKL yang datangnya dari serata negeri.
Buku terbaru beliau Yakjuj dan Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana ini mendapat sambutan apabila pengunjung berebut-rebut mendapatkan buku hasil kajian beliau sejurus program berakhir.
Penulis best-seller yang terkenal dengan buku Yakjuj & Makjuj serta Armageddon 2011, Tuan Alezender atau dikenali sebagai Pak Wisnu memeriahkan sudut aktiviti booth PTS dengan merungkai segala persoalan mengenai Yakjuj dan Makjuj.
Beliau yang didatangkan khas dari Indonesia memaparkan secara jelas asal-asul Yakjuj dan Makjuj yang diperbualkan dalam buku-buku hasil tulisan beliau.
Dalam aktiviti ini juga, Pak Wisnu memaparkan video ringkas serta peta bergambar perihal kehadiran dan asal usul Yakjuj dan Makjuj ini.
Melalui kehadiran beliau ke Malysia juga, Pak Wisnu membawakan buku terbaru hasil tulisan beliau iaitu Yakjuj dan Makjuj 2.
Beliau juga akan bersama-sama peminat buku hasil tulisannya di pentas utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL) 2011 pada hari Jumaat ini.
Jangan ketinggalan bersama beliau di pentas utama jumaat ini bagi mendengar dengan lebih jelas perihal Yakjuj dan Makjuj ini.
Majalah pertama terbitan PTS kini terbit di Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Majalah terbitan PTS One yang diberi nama Si Gadis adalah majalah pertama yang dihasilkan khas buat peminat-peminat PTS One.
Dapatkan majalah istimewa terbitan PTS One ini khas di booth PTS bermula hari ini.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS.
Berita baik kepada peminat hasil tulisan Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad. Buku puisi panjang Al-Amin hasil karya Pak Samad kini boleh didapati di booth PTS pada 1 Mei ini.
Buku yang menjadi karya istimewa Pak Samad ini diterbitkan semula dalam edisi menarik khas buat peminat-peminat beliau.
Pak Samad juga akan bertemu dengan tuan dan puan di booth PTS pada 1 Mei ini bagi melancarkan buku ekslusif beliau itu.
Jangan ketinggalan beramai-ramai datang ke booth PTS pada 1 Mei ini bagi mendapatkan buku Al-Amin yang dinanti-nantikan ini.
Tuan dan puan juga berpeluang secara dekat bertemu dan beramah mesra selain mendapatkan tandatangan Pak Samad khas di booth PTS.
Tinjauan wakil media PTS mendapati buku-buku PTS terutamanya buku kanak-kanak, remaja serta komik PTS sememangnya mendapat sambutan dan digemari pelajar sekolah. Guru-guru sekolah juga tidak keberatan membeli komik dan buku remaja keluaran PTS khas bagi diletakkan di pusat sumber sekolah.
Beberapa orang guru yang ditemui menjelaskan buku-buku PTS sememangnya menjadi pilihan dan guru sekolah juga tiada keraguan dalam menyediakan buku PTS kepada pelajar sekolah.
Antara buku yang sering mendapat perhatian pelajar termasuklah buku agama, komik-M, buku remaja dan juga buku-buku sejarah PTS.
Penulis buku-buku sensasi PTS, Bapak Muhammad Alexandar menggamatkan booth PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Bapak Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu dibawa khas dari Indonesia bagi membicarakan buku-buku sensasi beliau yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.
Antara buku-buku best-seller beliau yang sentiasa mendapat sambutan di pasaran termasuklah Yakjuj Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung, Armageddon 2012 dan banyak lagi.
Lebih menarik, beliau juga akan membawakan buku terbaru beliau yang dijangka mendapat sambutan hangat di pasaran. Melalui PBAKL 2011 ini, beliau juga turut mempromosikan buku Jakjuj Makjuj 2: Lima Golongan Pemusnah.
Pada masa yang sama, PTS Islamika juga akan mengadakan diskusi buku bersama Pak Wisnu.
Tuan dan puan juga dapat bertemu Pak Wisnu hampir setiap hari di booth PTS. Beliau juga bersedia menjawab persoalan tuan dan puan peminat beliau.
Sekiranya sebelum ini terdapat banyak persoalan yang ingin dikemukakan kepada penulis buku sensasi ini, kini tuan dan puan boleh bertanya secara langsung dengan penulisnya sendiri dalam program yang dirancang PTS.
PTS Islamika juga membuka peluang kepada mana-mana organisasi dan media yang ingin mengadakan aktiviti bersama Pak Wisnu. Mereka yang berminat menjemput Pak Wisnu dalam aktiviti mereka boleh diemailkan terus kepada Tuan Imran Azmi di imran@pts.com.my.
seorang guru memborong Komik-M bagi meningkatkan semangat dan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.
Puan Habsahah Abu Taib membeli hampir keseluruhan siri dan buku komik-M keluaran PTS Pop Sdn. Bhd bagi digunakan untuk Program Bacaan Pagi yang diadakan di sekolah beliau.
Beliau yang juga guru Sekolah Rendah Bukit Bandaraya, Kuala lumpur percaya melalui penerapan membaca dapat menggelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Puan Habsahah mencari dana sendiri dalam menghidupkan Program Bacaan Pagi di sekolah beliau.
"Saya menggunakan komik bagi menarik minat pelajar membaca. Apabila minat timbul, ini akan menarik mereka untuk membaca buku-buku lain," jelas beliau.
Apabila ditanya alasan Komik-M dipilih berbanding komik-komik lain yang ada di pasaran, Puan Habsahah menjelaskan isi kandungan komik-M yang boleh dipercayai dan berbeza daripada komik lain yang ada dipasaran menjadikan beliau yakin dengan komik-M.
"Isi kandungannya yang dapat mendidik sekaligus memenuhi citarasa kanak-kanak menyebabkan komik-M dipercayai dan boleh masuk ke sekolah," ujar beliau lanjut.
Bagi beliau pihak sekolah harus membawa kelainan di perpustakaannya dengan membawa Komik-M dalam usaha meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar sekolah.
Trade Copyright Centre (TCC) yang melabuhkan tirainya hari ini berjaya menghimpunkan hampir 100 penerbit Asia dalam usaha menjalankan urusan hak cipta, lesen terjemahan dan jual beli hak cipta.
TCC yang diadakan seiring dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur (PBAKL) ini berjaya membawakan penerbit-penerbit dari negara Asia dan berhimpun bagi membincangkan perihal hak cipta dan terjemahan. Antara negara yang telibat dalam TCC kali ini termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, China, Iran, dan Turki.
Menurut Tuan Arief hakim Sani Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa TCC, nilai transaksi yang berlaku melalui TCC ini mencecah hampir 1 juta ringgit.
Sebagai maklumat, antara produk yang terlibat dalam transaksi ini termasuklah Al-Quran, buku kanak-kanak, buku Islam dan buku umum dari serata negara Asia.
"Para penerbit yang hadir merasakan TCC ini adalah pelengkap kepada PBAKL 2011 kerana TCC ini perlu dilaksanakan," jelas Tuan Arief lagi.
Beliau juga menjelaskan melalui TCC ini, penerbit dari serata negara dapat berkumpul dan membincangkan hal-hal berkaitan. Antara isu yang dihadapi adalah mendapatkan penterjemah terutamanya daripada bahasa Thailand ke bahasa Melayu dan sebaliknya.
"Tahun depan TCC ini akan diadakan di tempat yang sama. Kita juga menjangkakan lebih banyak agensi timur tengah, korea, jepun, Taiwan dan China terlibat dalam TCC ini.
TCC yang disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ini menjadi landasan terbaik kepada penerbit-penerbit Asia bagi memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa.
"Selama ini belum pernah ada tempat bagi penerbit-penerbit berkumpul. Malaysia yang menganjurkan TCC ini merupakan landasan terbaik bagi mereka berkumpul. Ini adalah peluang kepada penerbit-penerbit antarabangsa memasarkan produk mereka.
Seperti yang dijanjikan, PTS membawakan penulis kegemaran ramai khas ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Bermula jam 11 pagi, PTS Litera Utama Sdn Bhd akan membawakan penulis-penulis novel Sejarah nombor satu Malaysia iaitu Tuan Abdul Latip Talib yang dikenali dengan siri novel sejarah Islamnya.
Selain itu, PTS Litera juga membawakan penulis Novel Srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi ke pentas booth PTS bagi mempromosikan buku srikandi Islam beliau yang sememangnya diketahui ramai.
Tepat jam 12 tengahari, PTS Islamika akan menampilkan Bicara Buku bersama penulis Travelog Hidayah dan Travelog Syahadah, Tuan Rashidi Abdullah yang akan membicarakan mengenai buku beliau.
Kemudian, pada jam 4 petang, PTS membawakan penulis Pengaruh Gaya Trump, Tuan Syahrul Nizam Junaini dan Tuan Nazri kadir ke booth PTS bagi mendedahkan rahsia menjadi insan berpengaruh.
Lebih hebat, PTS menerbangkan penulis buku motivasi Indonesia yang popular dengan buku motivasinya, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan khas ke booth PTS bagi bertemu dengan peminat buku motivasi di Malaysia.
Akhir sekali, PTS juga membawakan artis-artis popular komik-M melalui demo melukis dan sesi autograf bersama peminat di booth PTS.
Jangan ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama PTS di booth PTS pada hari kedua PBAKL 2011.
Pelbagai hadiah menarik juga disediakan khas buat peminat buku di Malaysia.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS.
Booth PTS yang baru membuka tirainya, seorang pemenang bertuah sudah berjaya memperoleh hamper daripada PTS.
Beliau yang membuat belian lebih daripada RM600 ringgit berjaya membawa pulang hamper istimewa khas daripada PTS.
PTS juga menyediakan hamper kepada pembeli bertuah yang membuat belian berjumlah RM500 dan ke atas.
Selain itu, PTS juga menawarkan diskaun hebat kepada semua pengunjung dengan melayari www.pts.com.my/pestabuku.
Lebih menarik dan menampilkan kelainan, PTS juga membuka cabutan bertuah kepada semua pengujung tanpa belian dan juga slogan. Pengunjung hanya perlu mendapatkan borang cabutan melalui agen-agen PTS yang ada di pesta buku.
Bagi menambah keceriaan, pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula hari ini sehingga tamatnya PBAKL 2011.
Jangan lepaskan peluang bagi merebut hadiah menarik daripada PTS.
Kehangatan dan kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dirasai apabila pelbagai penerbit yang mengambil bahagian mula membuat persiapan bagi menyambut kedatangan pengunjung.
PBAKL 2011 yang membuka tirainya bermula 22 April (esok) ini menghimpunkan bukan sahaja penerbit dari Malaysia malah penerbit dari Asia.
PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia turut tidak melepaskan peluang bersama-sama berkongsi kehangatan PBAKL ini.
Petugas-petugas PTS kini sudah mula bertungkus-lumus menghiasi booth PTS sebelum menyambut kedatangan tuan dan puan pengunjung booth PTS.
PTS juga menyediakan diskaun bonanza khas kepada pengunjung PTS sempena PBAKL 2011 ini. Klik di sini bagi mendapatkan kupon bonanza PTS.
Jangan ketinggalan menyertai dan memeriahkan PBAKL 2011 yang menjadi kampung kepada peminat-peminat buku tempatan meraikan pesta buku di Malaysia ini.
Baru hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung, seorang pengunjung bertuah sudah memenangi iPod Touch melalui cabutan bertuah yang diadakan di booth PTS.
Cikpuan Wan Nozy Nani Wan Sulaiman yang berasal dari Kuala Lumpur berjaya membawa pulang iPod Touch khas di booth PTS.
"Saya benar-benar terkejut dan tidak menyangka dengan rezeki ini. Saya berharap PTS meneruskan lagi cabutan ini pada tahun-tahun berikutnya. Terima kasih saya ucapkan kepada PTS atas hadiah ini," ujar beliau dalam nada terkejut.
PTS mengadakan cabutan bertuah bagi menghargai peminat-peminat PTS yang selama ini tidak putus menyokong usaha PTS.
Tuan dan puan peminat PTS juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik dari PTS dengan mengunjungi booth PTS bermula hari ini hingga 1 Mei ini.
Pembeli pertama yang membeli RM500 dan ke atas juga berpeluang membawa pulang hamper menarik daripada PTS.
Selain itu 50 pengunjung pertama juga berpeluang mendapatkan sebuah buku percuma daripada PTS.
Diskaun serta aktiviti menarik juga disediakan khas buat pengunjung ke booth PTS. Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS.

Bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), PTS turut mengambil tempat dalam pesta yang mengumpulkan penerbit-penerbit bukan sahaja dari Malaysia malahan penerbit dari beberapa negara.
PBAKL yang akan berlangsung tidak lama lagi ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS bagi bertemu dengan warga kerja dan penulis-penulis hebat daripada PTS.
Lebih menarik, lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah dikunjungi para peminat PTS iaitu berhadapan dengan pentas utama di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS.
Menambah keterujaan tuan dan puan, PBAKL kali ini PTS menawarkan diskaun setinggi 30 peratus kepada pembeli buku yang membeli buku-buku terbitan PTS. Dapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS yang disediakan di sini bagi mendapatkan diskaun hebat yang disediakan PTS.
Selain itu, PTS juga menyediakan senaskah buku percuma terbitan PTS apabila tuan dan puan menjadi pembeli pertama di booth PTS pada setiap hari.
Tambah menarik apabila setiap hari sepanjang PBAKL berlangsung, PTS menyediakan hamper percuma bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas selepas diskaun.
Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan PBAKL yang berlangsung di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat terkini aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL kali ini.
PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia yang menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang PBAKL berlangsung.
Melalui aktiviti yang disediakan, tuan dan puan bukan sahaja dapat bertemu dengan warga kerja PTS, malahan tuan dan puan juga dapat berinteraksi dengan penulis-penulis kegemaran.
Ahli Jawatankuasa PTS khas PBAKL juga membawakan ramai penulis tempatan dan antarabangsa yang nyata terbaik khas buat tatapan peminat PTS.
Lebih mengujakan, PTS membawakan penulis hebat daripada seberang iaitu Tuan Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu. Beliau turut membawakan buah tangan terbaru hasil tulisan beliau khas di PBAKL ini nanti.
Turut bersama beliau adalah penulis novel daripada indonesia yang dikenali ramai termasuk peminat novel di Malaysia iaitu Tuan A. Fuadi yang terbang khas ke PWTC semasa PBAKL berlangsung. Turut hadir penulis buku motivasi popular, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan Marpaung.
Buat pertama kalinya juga, PTS akan membawakan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid yang meningkat naik iaitu Kumpulan Raudhah dan Leya. Saksikan persembahan menarik dan menghiburkan daripada mereka di PBAKL ini.
Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan warga kerja PTS khas bagi meraikan pengunjung PTS di PBAKL nanti.
Datang beramai-ramai dan bersama-sama keluarga ke PBAKL yang pastinya mengujakan ini khas pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari juga minisite PTS@ PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi yang dilaksanakan PTS.
Tuan dan puan yang ingin mengetahui lokasi PBAKL ini juga boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat tepat perihal lokasi PBAKL.
Jemput beramai-ramai ke booth PTS di PBAKL yang diadakan di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Kisah Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Impiannya tinggi sehingga dia bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Alif menanam impian mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, kemudian merantau sampai ke Amerika.
Mengambil inspirasi semangat pasukan Denmark, Alif merentas rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa maaf. Alif yang letih dan mula bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.
Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?
Ranah 3 Warna adalah hikayat perihal impian yang wajib dibela habis-habisan walaupun hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.
Novel kedua A. Fuadi ini akan diterbitkan oleh PTS Litera Utama khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ini.
Tuan A. Fuadi yang menghasilkan novel Negeri 5 Menara ini akan turun booth PTS pada PBAKL 2011 ini bagi bertemu sendiri dengan peminat-peminatnya di Malaysia. Pastikan tuan dan puan tidak ketinggalan beramah mesra dan bertanya soalan kepada penulis kelahiran Indonesia ini.
Temui beliau pada hari ahad 24 April 2011 ini di Bilik Seminar Johor, PWTC, Kuala Lumpur.
Dapatkan buku menarik beliau khas di PBAKL 2011 yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Layari juga minisite PBAKL PTS 2011 di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti terkini, berita menarik serta diskaun hebat khas daripada PTS buat tuan dan tuan peminat setia buku terbitan PTS.
Penulis buku Dwilogi Padang Bulan dan Cinta dalam Gelas , Tuan Andrea Hirata tidak dapat hadir ke Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Beliau tidak dapat hadir dan menyertai peminatnya di booth PTS pada PBAKL 2011 ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pihak pengurusan PTS memohon maaf kepada semua peminat Andrea Hirata kerana penulis kegemaran ramai itu tidak dapat ke booth PTS.
Bermula dari 20 hingga 23 April 2011 ini, penerbit-penerbit dari asia akan mengambil tempat dalam Trade & Copyrights Centre Kuala Lumpur (TCC) 2011 bagi menjalin kerjasama dalam bidang penerbitan dan hak cipta.
Pesta Perdagangan dan Hakcipta ini merupakan salah satu aktiviti di bawah naungan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) yang juga pesta buku terbesar di Malaysia.
PTS juga tidak melepaskan peluang menyertai TCC yang berlangsung selama 4 hari ini di tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
TCC yang melibatkan penerbit dari negara-negara Asia ini memberi peluang kepada PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu di Malaysia bagi membawa buku-buku PTS ke peringkat antarabangsa.
Antara penerbit lain yang terlibat dalam pesta TCC ini termasuklah Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, Persatuan Penterjemah Malaysia dan banyak lagi.
Penerbit antarabangsa yang terlibat termasuklah EQ Plus Group Company Limited dari Thailand, Mizan Publishing House dari Indonesia, Big Apple Agency dari China dan banyak lagi.
PTS melalui setiap anak syarikatnya membawa buku-buku terpilih dan menarik bagi dilesenkan di luar negara.
Melalui TCC ini juga, PTS sudah menetapkan temujanji bersama beberapa penerbit besar termasuklah Mizan Publishing House, Big Apple Agency, Plan For Kids dan banyak lagi.
Melalui pertemuan ini, PTS mengharapkan yang lebih banyak buku-buku terbitan PTS dapat dibawa ke luar negara bagi dibaca oleh semua golongan masyarakat.
Penulis novel remaja popular yang terkenal dengan siri novel Aku Mahu akan menemui peminat-peminatnya di booth Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Beliau yang mempromosikan buku Aku Mahu... Ain Maisarah berbesar hati turun padang bagi bertemu dengan ribuan peminatnya pada 26 April ini.
Jangan ketinggalan menemui novelis remaja popular ini di booth Popular sempena PBAKL 2011 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat aktiviti dan promosi PTS
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menjengah ulat buku pada April ini, PTS menyediakan borang kupon bonanza yang pastinya menambat hati peminat buku tempatan.
Melalui kupon yang disediakan PTS, tuan dan puan memborong pelbagai jenis buku menarik keluaran PTS dengan diskaun hebat bermula 15 peratus hingga 30 peratus.
Hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang datang ke booth PTS pada PBAKL kali ini.
Bagi mendapatkan kupon diskaun ini, tuan dan puan dimohon mengisi borang yang disediakan di sini.
PTS akan menghantar sms kupon diskaun secara berperingkat-peringkat bermula 13 April 2011 ini. Tuan dan puan hanya perlu menunjukkan sms kupon diskaun melalui telefon bimbit semasa membuat bayaran.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dahwah, akhlak, muamalat, qiyadah (kepimpinan) mahu pun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Jadi, bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.
Banyak buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di tengah masyarakat yang hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Dalam buku ini, semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.
Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.
Buku ekslusif yang berharga RM330 ini boleh dimiliki melalui diskaun hebat khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Dapatkan diskaun bonanza PTS yang disediakan di PBAKL 2011 dengan mendaftar di sini.
Kunjungi booth PTS bagi mendapatkan diskaun hebat semua buku terbitan PTS.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut pelbagai aktiviti menarik serta diskaun hebat yang disediakan PTS.
Kurang seminggu semua penerbit, penggiat buku dan peminat buku tempatan akan meraikan pesta buku terbesar di Malaysia.
Melalui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini, PTS turut mengambil tempat di PBAKL 2011 membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said yang tidak asing dalam dunia penulisan di Malaysia dan Asia.
Lebih menarik, kali ini Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad juga membawakan koleksi lengkap Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara khas buat peminat beliau.
"Melalui koleksi buku kanak-kanak yang sudah terbit secara kelompok ini memungkinkan saya lebih mudah bercerita bagaimana buku-buku itu diilhamkan dan ditulis.
Mungkin juga bagi yang ingin tahu mengapa hanya itu sahaja siri kanak-kanak yang ditulis padahal saya boleh menghasilkan lebih banyak lagi siri kanak-kanak," jelas Pak Samad yang ditemui wakil media PTS baru-baru ini.
Selain itu, Pak Samad dijangka akan hadir dengan hasil tangan agung dan amat bererti bagi beliau sepanjang pembabitannya dalam dunia penulisan ini. Apakah hasil tangan itu? Nantikannya di PBAKL 2011 yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL dan beramah mesra dengan SN A. Samad Said di booth PTS pada 1 Mei 2011 ini.
Layari juga minisite PTS@Pesta Buku 2011 dengan klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut berita terkini dan aktiviti PTS.
Bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), PTS turut mengambil tempat dalam pesta yang mengumpulkan penerbit-penerbit bukan sahaja dari Malaysia malahan penerbit dari beberapa negara.
PBAKL yang akan berlangsung tidak lama lagi ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS bagi bertemu dengan warga kerja dan penulis-penulis hebat daripada PTS.
Lebih menarik, lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah dikunjungi para peminat PTS iaitu berhadapan dengan pentas utama di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS.
Menambah keterujaan tuan dan puan, PBAKL kali ini PTS menawarkan diskaun setinggi 30 peratus kepada pembeli buku yang membeli buku-buku terbitan PTS. Dapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS yang disediakan di sini bagi mendapatkan diskaun hebat yang disediakan PTS.
Selain itu, PTS juga menyediakan senaskah buku percuma terbitan PTS apabila tuan dan puan menjadi pembeli pertama di booth PTS pada setiap hari.
Tambah menarik apabila setiap hari sepanjang PBAKL berlangsung, PTS menyediakan hamper percuma bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas selepas diskaun.
Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan PBAKL yang berlangsung di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat terkini aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL kali ini.
PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia yang menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang PBAKL berlangsung.
Melalui aktiviti yang disediakan, tuan dan puan bukan sahaja dapat bertemu dengan warga kerja PTS, malahan tuan dan puan juga dapat berinteraksi dengan penulis-penulis kegemaran.
Ahli Jawatankuasa PTS khas PBAKL juga membawakan ramai penulis tempatan dan antarabangsa yang nyata terbaik khas buat tatapan peminat PTS.
Lebih mengujakan, PTS membawakan penulis hebat daripada seberang iaitu Tuan Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu. Beliau turut membawakan buah tangan terbaru hasil tulisan beliau khas di PBAKL ini nanti.
Turut bersama beliau adalah penulis novel daripada indonesia yang dikenali ramai termasuk peminat novel di Malaysia iaitu Tuan Andrea Hirata dan Tuan A. Fuadi yang terbang khas ke PWTC semasa PBAKL berlangsung. Turut hadir penulis buku motivasi popular, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan Marpaung.
Buat pertama kalinya juga, PTS akan membawakan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid yang meningkat naik iaitu Kumpulan Raudhah dan Leya. Saksikan persembahan menarik dan menghiburkan daripada mereka di PBAKL ini.
Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan warga kerja PTS khas bagi meraikan pengunjung PTS di PBAKL nanti.
Datang beramai-ramai dan bersama-sama keluarga ke PBAKL yang pastinya mengujakan ini khas pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari juga minisite PTS@ PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi yang dilaksanakan PTS.
Tuan dan puan yang ingin mengetahui lokasi PBAKL ini juga boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat tepat perihal lokasi PBAKL.
Jemput beramai-ramai ke booth PTS di PBAKL yang diadakan di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Trade & Copyrights Centre Kuala Lumpur 2011 (TCC 2011) adalah tempat berkumpulnya penerbit-penerbit sekitar asia bagi menjalinkan kerjasama dalam penerbitan dan hakcipta.
TCC 2011 yang kali ketiga diadakan ini semakin membesar dan berjaya menarik lebih ramai penerbit dari dalam dan luar negara.
Pesta Perdagangan dan Hakcipta ini merupakan salah satu aktiviti di bawah naungan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) yang juga pesta buku terbesar di Malaysia.
TCC yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 20 April hingga 23 April 2011 ini akan dilaksanakan lebih awal berbanding PBAKL 2011.
Bertempat di tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pengunjung dan peserta dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti kawasan yang santai, kemudahan WIFI dan sekretariat yang bersedia membantu peserta dan tetamu-tetamu yang hadir.
Antara penerbit yang terlibat dalam pesta TCC ini termasuklah PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, Persatuan Penterjemah Malaysia dan banyak lagi.
Penerbit antarabangsa yang terlibat termasuklah EQ Plus Group Company Limited dari Thailand, Mizan Publishing House dari Indonesia, Big Apple Agency dari China dan banyak lagi.
Bagi penerbit yang berminat menyertai pesta perdagangan dan hakcipta ini boleh melayari www.tcckualalumpur.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TCC Kuala Lumpur 2011 ini.
Mstar Online kini sedang rancak mengadakan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kehadiran Andrea Hirata di Malaysia.
Melalui tinjauan yang dijalankan Mstar Online ingin mendapatkan maklum balas peminat-peminat novel di Malaysia sekiranya Andrea Hirata berkunjung ke Malaysia.
Mstar mungkin dapat menunaikan hasrat tuan dan puan yang meminati karya Andrea Hirata melalui tinjauan ini. Klik sini bagi bersama-sama membantu mengisi tinjauan yang dijalankan Mstar Online.
Sebagai maklumat, Andrea Hirata sudah menghasilkan novel-novel menarik malah beberapa karyanya juga sudah diadaptasi ke layar perak dan pentas muzikal.
PTS adalah syarikat yang bertangungjawab menterjemahkan novel-novel tulisan Andrea Hirata. Terbaru, Andrea Hirata akan datang ke Malaysia bagi meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2011) ini dan membawakan karya terbaru beliau yang bertajuk Dwilogi Padang Bulan.
PTS menyediakan hadiah istimewa kepada semua fan Facebook PTS yang tidak putus-putus menyokong PTS selama ini.
Kupon Diskaun Bonanza Facebook PTS + 1 buku percuma ini hanya sah untuk fan Facebook PTS sahaja.
Tuan puan yang ingin mendapatkan hadiah hebat ini perlu menjadi fan Facebook PTS dengan klik di sini. Fan PTS boleh menuntut hadiah sebuah buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Tuan dan puan peminat facebook PTS hanya perlu klik di sini bagi mendapatkan maklumat mengenai kupon diskaun serta hadiah istimewa dari PTS.
Sebagai maklumat, kupon diskaun ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran diskaun dan kupon bagi rebat lain.
Bagi menuntut hadiah percuma, tuan dan puan dimohon ke kaunter tuntutan hadiah dan berikan nombor telefon bimbit tuan dan puan kepada staf bertugas selepas membuat bayaran.
Tuan dan puan, fan Facebook PTS boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran dan berita menarik khas daripada PTS.
Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 bertempat.
Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteriataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.
Pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan ibu bapa yang ingin memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam hasil tulisan Mazidah Muhammad dan Dr. Noor Hisham Md Nawi menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi.
Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.
Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid.
Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.
Buku hasil terbitan PTS Millennia ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.
Dapatkan buku menarik dan istimewa ini khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan tawaran menarik dan hebat yang disediakan oleh PTS khas buat tuan dan puan peminat buku terbitan PTS.
Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.
Solat juga menjalinkan hubungan langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.
Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Solat adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.
PTS Islamika Sdn Bhd kini menerbitkan buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Perihal Solat bagi menjelaskan secara mendalam perihal solat. Buku ini juga disusun secara istimewa dalam bentuk soal jawab bergambar. Melalui konsep bergambar ini, penulis dapat membangkitkan pelbagai persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam buku-buku lain, tetapi sering terjadi kepada pembaca.
"Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar.
"Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh," jelas penulisnya, Ustaz Rohidzir Rais.
Berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, Ustaz Rohidzir rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca. Beliau menjelaskan, Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca.
Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan beliau betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak.
"Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu," jelas beliau lanjut.
Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.
Dapatkan buku menarik ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 22 April hingga 1 Mei ini dengan diskaun menarik yang disediakan khas buat peminat-peminat buku. Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut promosi-promosi menarik daripada PTS.
Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam.
Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.
Buku 40 Hadis Palsu Popular keluaran PTS Islamika Sdn Bhd ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat.
Himpunan hadis palsu hasil tulisan Abdul Razak Muthalib ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.
Dengan harga yang mengujakan, pembaca dapat mengenali hadis, hadis sahih dan 40 hadis palsu yang sering diperkatakan ramai.
Tuan dan puan juga boleh mendapatkan diskaun yang hebat disediakan di PBAKL 2011 ini. Daftar segera di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan diskaun hebat yang disediakan PTS
Sejarah merekodkan tamadun Mesir Purba menjadi antara tamadun terhebat sepanjang zaman. Namun, tidak ramai yang mengetahui secara terpernci mengenai perkembangan tamadun ini. Masyarakat umumnya hanya mengetahui mengetahui mengenai Firaun dan Piramid sahaja.
Hakikatnya banyak misteri yang tersembunyi di sebalik lipatan sejarah tamadun Mesir Purba ini.
Tuan Afareez Abdul Razak Al-Hafiz yang mengkaji secara mendalam salasilah Firaun berjaya menghasilkan sebuah buku yang membongkar misteri di sebalik perkembangan tamadun hebat itu.
Melalui kajian yang mendalam melibatkan pandangan, kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku bertajuk Misteri Firaun: Musuh Para Nabi ini memuatkan perbincangan lengkap dan disertakan dengan foto berwarna perihal Firaun dan perkembangan Tamadun Mesir Purba.
Buku ini juga dapat menjawab persoalan-persoalan kritikal yang selama ini tersimpan dalam minda tuan dan puan.
Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan Misteri Firaun: Musuh Para Nabi yang membuka persoalan perihal Firaun di PBAKL April ini.
Temui PTS di booth PBAKL bermula pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi medapatkan maklumat terkini aktiviti PTS serta tawaran-tawaran menarik yang disediakan khas buat tuan dan puan peminat buku terbitan PTS.
Sebagai menghargai peminat yang sentiasa menyokong PTS dalam usaha memandaikan bangsa, PTS menyediakan cabutan bertuah khas buat semua pengunjung PTS.
Tanpa slogan dan pembelian, tuan dan puan berpeluang memenangi pelbagai hadiah besar dan menarik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Warga kerja PTS akan mengedarkan borang cabutan bertuah kepada tuan dan puan di sekitar PBAKL 2011 ini.
Tuan dan puan hanya perlu mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan dengan lengkap tanpa perlu membuat sebarang pembelian ataupun mencipta slogan.
Kemudian, masukkan borang dalam kotak cabutan bertuah di booth PTS yang terletak di C01 -C12, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dari 22 April hingga 1 Mei 2011 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Tuan dan puan boleh terus membuat cabutan dan mengetahui hadiah yang dimenangi di booth PTS. Hadiah dan baucer tunai yang dimenangi akan diberikan terus kepada tuan dan puan di PBAKL 2011 ini.
Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah iPad, iPod Touch, Blackberry dan Baucer Tunai bagi membeli buku di booth PTS sepanjang pesta buku berlangsung.
Hadiah dan boucar tunai ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Baucar tunai hanya boleh digunakan bagi membeli buku di booth PTS dari 22 April hingga 1 Mei 2011 ini sempena PBAKL 2011 ini
Jangan ketinggalan bersama-sama meriahkan PBAKL 2011 yang berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat aktiviti, promosi serta lokasi booth pts di PBAKL kali ini.
Penulis novel sains fiksyen, Tuan Bahruddin Bekri kini tampil dengan karya terbaru beliau yang penuh dengan aksi dan mendebarkan pembaca.
Tuan Bahruddin Bekri tampil membawa kelainan dengan novel techno-thriller yang menggabungkan subjek perisikan, ketenteraan, dan fiksyen sains.
Novel penuh aksi ini menceritakan perihal teknologi halimunan yang menjadi rebutan banyak pihak. Kisah bermula apabila Skuad H mula memberontak dan merancang bagi menubuhkan Empayar Asia Tenggara. Sementara itu di Pentagon, para pegawai tentera Amerika sedang berbincang sesuatu yang berkaitan teknologi halimunan bagi memulihkan ekonomi negara mereka. Selepas itu, berlaku beberapa siri pembunuhan yang melibatkan orang halimunan.
Pada masa yang sama, pihak Rusia juga menghantar skuad komandonya bagi mendapatkan maklumat berkenaan teknologi halimunan. Manakala Gerakan Pemisah Borneo (GPB) yang diketuai Lahaji pula berjuang membebaskan Borneo daripada pemerintahan Malaysia, Brunei, dan Indonesia.
Kamri, Sali, dan Ibrahim ditugaskan mencari Talha, rakan mereka dalam skuad elit APN suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama mereka juga berusaha mencari dalang siri pembunuhan yang berlaku dan menyelamatkan Annisa, isteri Sali. Tanpa diketahui, pelbagai kejutan sedang menanti mereka.
Saksikan kejutan demi kejutan dalam karya terbaru Bahruddin Bekri ini yang pastinya mendebarkan pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
Buku terbitan PTS Pop ini diterbitkan khas di PBAKL 2011 ini khas buat peminat-peminat Bahruddin Bekri. Peminat juga berpeluang mendapatkan tandangan dan bergambar dengan penulis kegemaran ramai ini di booth PTS.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti, promosi serta lokasi booth PTS di PBAKL 2011 ini.
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran.
Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Buku Fahami Bacaan dalam Solatmu yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka.
Buku hasil susunan Dr. Ibrahim Hashim dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.
Menampilkan kelainan, di penghujung setiap bab, disediakan juga latihan kefahaman bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat.
Buku ini boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian kepada orang ramai.
Dapatkan buku ini khas di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti, promosi dan lokasi PTS di PBAKL 2011 ini.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menjengah ulat buku pada April ini, PTS menyediakan borang kupon bonanza yang pastinya menambat hati peminat buku tempatan.
Melalui kupon yang disediakan PTS, tuan dan puan memborong pelbagai jenis buku menarik keluaran PTS dengan diskaun hebat bermula 15 peratus hingga 30 peratus.
Hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang datang ke booth PTS pada PBAKL kali ini.
Bagi mendapatkan kupon diskaun ini, tuan dan puan dimohon mengisi borang yang disediakan diwww.pts.com.my.
PTS akan menghantar sms kupon diskaun secara berperingkat-peringkat bermula 13 April 2011 ini. Tuan dan puan hanya perlu menunjukkan sms kupon diskaun melalui telefon bimbit semasa membuat bayaran.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Hadis yang direkodkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Hibban. Ulama adalah pewaris para nabi namun Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil warisan itu, dia mewarisi bahagian yang banyak.
PTS Islamika sekali lagi tampil dengan buku menambahkan ilmu kepada pembacanya. PTS Islamika membawakan buku Ilmuan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun yang memaparkan tokoh-tokoh ilmuan Islam sekitar nusantara.
Buku ini memaparkan biografi dan kisah kehidupan tokoh di Nusantara. Antara tokoh yang dipaparkan termasuklah Prof Dr Hamka, Syeikh Abu Bakar Al-Ash'ari, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim dan ramai lagi.
Pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh ilmuan ini bermula dari awal kelahiran, sumbangan dan pemikiran mereka sehingga akhir hayat mereka.
Dapatkan buku yang menambahkan pengetahuan mengenai tokoh ilmuan yang berjasa di nusantara ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini menampilkan kelainan apabila PTS memperkenalkan produk barunya iaitu Net Media Sdn. Bhd kepada khalayak.
Net Media yang menghasilkan buku-buku IT akan menyambut kelahiran buku pertama mereka khas di booth PTS sempena PBAKL ini.
Peminat-peminat DSLR juga dapat mempelajari cara mudah dan ringkas menggunakan DSRL dengan hadirnya penulis buku DSLR Itu Mudah.
Tuan Saujana Mohd Rejab yang menghasilkan buku DSLR Itu Mudah akan memberi penerangan kepada umum cara yang mudah dan ringkas menggunakan DSLR.
Selain itu, PTS Net Media juga menyediakan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah yang hadir di booth PTS.
Jangan ketinggalan menyaksikan penulis buku DSLR Itu Mudah khas di booth PTS pada 30 April ini bermula jam 12 tengahari.
PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia mengambil tempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Sekiranya sebelum ini tuan dan puan hanya melihat pakar motivasi, Dr. Danial berbicara di kaca talevisyen, kali ini PTS membawakan beliau khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Dr. Danial Zainal Abidin adalah pengarah urusan di Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd. Belau juga merupakan pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa Glugor Pulau Pinang.
Beliau sudah menghasilkan banyak buku bersama PTS. Buku 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran pernah tersenarai menjadi antara buku terbaik di beberapa buah kedai buku besar di ibu negara.
Antara buku lain hasil tulisan beliau termasuklah Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad, Minda Muslim Super Quran Saintifik dan banyak lagi.
Temui beliau Sabtu, 30 April 2011 ini bermula dari jam 12 tengahari khas di booth PTS.
Layari juga minisite PTS@PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat dan aktiviti terkini di booth PTS semasa PBAKL berlangsung.
Bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), PTS turut mengambil tempat dalam pesta yang mengumpulkan penerbit-penerbit bukan sahaja dari Malaysia malahan penerbit dari beberapa negara.
PBAKL yang akan berlangsung tidak lama lagi ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS bagi bertemu dengan warga kerja dan penulis-penulis hebat daripada PTS.
Lebih menarik, lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah dikunjungi para peminat PTS iaitu berhadapan dengan pentas utama di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS.
Menambah keterujaan tuan dan puan, PBAKL kali ini PTS menawarkan diskaun setinggi 30 peratus kepada pembeli buku yang membeli buku-buku terbitan PTS. Dapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS yang disediakan di sini bagi mendapatkan diskaun hebat yang disediakan PTS.
Selain itu, PTS juga menyediakan senaskah buku percuma terbitan PTS apabila tuan dan puan menjadi pembeli pertama di booth PTS pada setiap hari.
Tambah menarik apabila setiap hari sepanjang PBAKL berlangsung, PTS menyediakan hamper percuma bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas selepas diskaun.
Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan PBAKL yang berlangsung di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat terkini aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL kali ini.
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.
Dapatkan buku Tafsir Ayat Ahkam ini di PBAKL yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 ini bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC. Buku istimewa ini juga akan dilancarkan di booth PTS pada 24 April ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL ini.
Bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai teknik penulisan menggunakan Surah Yusuf, PTS Profesional membawakan Forum Penulisan Novel Menggunakan Teknik Surah Yusuf khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.
Forum yang julung-julung kali diadakan ini membawakan pengasas teori surah Yusuf, Puan Ainon Mohd bagi membicarakan lebih lanjut mengenai teknik ini dalam menghasilkan karya.
Selain itu, dua penulis hebat dalam bidang penulisan serta menghasilkan buku-buku yang laris dipasaran juga dijemput bagi mendedahkan rahsia menghasilkan buku yang laris melalui teknik Surah Yusuf.
PTS Profesional juga membawakan penulis novel sejarah, Tuan Abdul Latip Talib dan Penulis Novel Prolifik, Tuan Bahruddin Bekri yang menggunakan teknik surah Yusuf dalam penulisan mereka sehingga mampu menghasilkan karya-karya yang diulang cetak.
Saksikan forum menarik ini khas sempena PBAKL 2011 ini pada 24 April 2010 bermula dari jam 11 pagi.
Jangan ketinggalan menyertai PBAKL 2011 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Peminat buku Sasterawan Negara kini boleh mendapatkan koleksi Siri Apresiasi Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said di outlet terpilih Mynews sekitar anda.
Koleksi Siri Apresiasi Sasterawan Negara yang disediakan dengan rekaan cover yang menarik ini mampu menarik minat ana-anak bagi membaca buku kanak-kanak hasil tulisan Sasterawan Negara itu.
Selain itu, PTS dengan kerjasama Mynews juga menyediakan hadiah menarik kepada pembeli bertuah yang membeli buku Siri Apreasiasi Sasterawan Negara khas di Mynews.
Melalui pembelian Siri Apresiasi Sasterawan Negara ini, tuan dan puan juga berpeluang memiliki poskad Dato' A. Samad Said yang istimewa khas buat pembeli bertuah.
Tuan dan puan juga boleh melayari www.mynews.com.my bagi mendapatkan maklumat berkait koleksi Siri Apresiasi Sasterawan Negara yang menarik ini.
Penulis buku motivasi terkenal, Tuan Parlindungan Marpaung akan hadir khas ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini bagi meraikan pesta buku yang julung kali diadakan itu.
Lebih menarik, beliau juga secara langsung bersama-sama dengan pembaca dan peminat buku motivasi di booth PTS bagi menyalurkan aura positif dan mendapatkan hidup lebih bermakna.
Penulis yang berasal dari Indonesia dan menghasilkam buku Mencari Makna Hidup ini akan memberikan motivasi secara terus kepada pembaca khas sempena PBAKL ini.
Temui penulis buku motivasi ini di PWTC pada 24 April ini khas di PBAKL 2011 ini.
Asmaul Husna adalah nama-nama Allah yang mulia yang terkandung di dalam Quran yang mana pada tiap-tiap nama itu mengandungi fadilatnya yang tersendiri. Sekiranya diamalkan setiap hari, kita dapat merasai fadilatnya yang mampu menerangi kehidupan di dunia ini. Antara fadilatnya ialah kita dimurahkan rezeki, dibersihkan hati, diselamatkan daripada bala, disembuhkan daripada penyakit, dan pelbagai fadilat lain yang menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat para pengamalnya.
Secara umumnya, lelaki mahupun wanita yang mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan mereka, mampu menjadi insan super yang disegani lagi dihormati. Persoalannya, sejauh mana seseorang wanita itu boleh mencapai tahap muslimah super?
Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu diletakkan paling atas daripada segala-galanya. Bahkan niat bagi melakukan sesuatu perbuatan perlu kerana Allah. Sekiranya niat awalnya bukan kerana Allah, tetapi lebih didorong oleh keinginan memperoleh harta, jabatan, kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung, anda berpijak di atas asas yang rapuh. Al-Quran mengumpamakan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah, seperti 'labah-labah yang membuat rumah'.
Buku Wanita super adalah wanita hebat yang menjadikan Allah melalui 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibacanya, tetapi difahami maknanya, dihayati dan kemudian diaplikasikan setiap nama itu dalam kehidupannya. Ia menjadi muslimah kebanggan Allah kerana menjalankan fungsinya sebagai hamba-Nya yang menyebarkan ajarannya kepada umat manusia. Inilah yang dinamakan Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna.
Dapatkan buku Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna yang menjadi pembimbing kepada wanita-wanita ini khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini.
PBAKL berlangsung di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini. Layari minisite PTS di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti PTS sepanjang PBAKL 2011 ini.
Sempena Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2011 (TCC KL) ini, ASEAN Book Publishers Association (ABPA) mengadakan Dialog Penerbit Asia bagi membincangkan isu-isu penerbitan di sekitar Asia.
Sempena Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2011 (TCC KL) ini, ASEAN Book Publishers Association (ABPA) mengadakan Dialog Penerbit Asia bagi membincangkan isu-isu penerbitan di Malaysia.
Dialog yang disertai oleh penerbit-penerbit Asia ini membawakan Presiden MBKM dan Pengerusi Pengurusan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) 2011, Dr. A'azmi Shaari bagi bersama-sama dengan penerbit serata Asia dalam membincangkan isu perdagangan dan hak cipta.
Antara wakil negara yang hadir termasuklah dari Brunei, Indonesia, Loas, Malaysia, Filiphina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sertai dialog yang diadakan pada 20 April ini bermula dari jam 10 pagi bertempat di Tingakt 5, Bilik Labuan, PWTC, Kuala Lumpur.
Layari www.tcckualalumpur.com bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan berita terkini TCC Kuala Lumpur 2011 ini.
Trade & Copyrights Centre Kuala Lumpur 2011 (TCC 2011) adalah tempat berkumpulnya penerbit-penerbit sekitar asia bagi menjalinkan kerjasama dalam penerbitan dan hakcipta.
TCC 2011 yang kali ketiga diadakan ini semakin membesar dan berjaya menarik lebih ramai penerbit dari dalam dan luar negara.
Pesta Perdagangan dan Hakcipta ini merupakan salah satu aktiviti di bawah naungan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) yang juga pesta buku terbesar di Malaysia.
TCC yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 20 April hingga 23 April 2011 ini akan dilaksanakan lebih awal berbanding PBAKL 2011.
Bertempat di tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pengunjung dan peserta dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti kawasan yang santai, kemudahan WIFI dan sekretariat yang bersedia membantu peserta dan tetamu-tetamu yang hadir.
Antara penerbit yang terlibat dalam pesta TCC ini termasuklah PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, Persatuan Penterjemah Malaysia dan banyak lagi.
Penerbit antarabangsa yang terlibat termasuklah EQ Plus Group Company Limited dari Thailand, Mizan Publishing House dari Indonesia, Big Apple Agency dari China dan banyak lagi.
Bagi penerbit yang berminat menyertai pesta perdagangan dan hakcipta ini boleh melayari www.tcckualalumpur.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TCC Kuala Lumpur 2011 ini.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pastinya membawa lebih kelainan apabila PTS Litera Utama membawakan penulis novel Indonesia yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia.
PTS Litera Utama berbesar hati membawakan penulis novel Negeri 5 Menara dan penulis novel Lasykar Pelangi.
Melalui PBAKL ini juga, PTS akan memperkenalkan buku terbaru daripada dua penulis hebat dan dikenali ramai ini.
Ranah 3 Warna yang juga buku kedua Tuan A. Fuadi juga akan dipomosikan dalam PBAKL yang dinanti-nantikan oleh penggemar buku di Malaysia. Ranah 3 Warna akan membawakan kisah Alif dan perjalanannya selepas tamat belajar di Pondok Madani.
Tuan Andrea Hirata yang sememangnya dikenali oleh peminat buku terutamanya peminat tetralogi Lasykar Pelangi pula bakal mempromosikan buku terbaru beliau yang bertajuk Dwilogi Padang Bulan. Novel yang penuh dengan kisah keserhanaan ini menjadi antara novel yang wajib dibaca terutamanya bagi mereka yang meminati karya Tuan Andrea Hirata.
Sebagai maklumat, Tuan A. Fuadi akan bersama peminat di Dewan Seminar, Johor/Kedah, PWTC pada 24 April 2011 bermula dari jam 2 petang.
Tuan Andrea Hirata pula akan bersama peminat di Dewan Seminar, Johor/Kedah, PWTC pada 30 April ini bermula dari kam 2 petang ini.
Jangan ketinggalan bersama dengan dua penulis hebat ini di bilik seminar Johor-Kedah PWTC pada PBAKL yang akan berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan berita terkini perihal PBAKL 2011.
Bagi menghargai peminat buku PTS yang tidak henti menyokong PTS akan mendapat imbuhan besar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ini. PTS menyediakan pelbagai hadiah menarik bagi pengunjung PTS yang hadir sendiri ke booth PTS.
Sebagi lambang terima kasih, PTS menyediakan bookmark yang menarik dengan warna yang ceria khas buat tuan dan puan yang datang ke booth PTS pada PBAKL 2011 ini.
Bookmark istimewa hadiah daripada semua anak syarikat PTS disediakan secara percuma. Tuan dan puan juga berpeluang memilih bookmark yang disukai untuk dibawa pulang.
Selain itu, PTS juga menyediakan 50 buku percuma setiap hari bagi 50 pembeli pertama di booth PTS sepanjang PBAKL berlangsung.
Tidak cukup dengan itu, PTS juga menyediakan hamper menarik bagi pembeli bertuah yang memborong buku dengan nilai belian RM500 ke atas selepas diskaun setiap hari.
Selain itu, PTS juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya menghiburkan tuan dan puan yang hadir di booth PTS sepanjang PBAKL berlangsung.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan berita terkini sepanjang PBAKL berlangsung.
Kisah Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Impiannya tinggi sehingga dia bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Alif menanam impian mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, kemudian merantau sampai ke Amerika.
Mengambil inspirasi semangat pasukan Denmark, Alif merentas rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa maaf. Alif yang letih dan mula bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.
Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?
Ranah 3 Warna adalah hikayat perihal impian yang wajib dibela habis-habisan walaupun hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.
Novel kedua A. Fuadi ini akan diterbitkan oleh PTS Litera Utama khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (2011) ini.
Tuan A. Fuadi yang menghasilkan novel Negeri 5 Menara ini akan turun booth PTS pada PBAKL 2011 ini bagi bertemu sendiri dengan peminat-peminatnya di Malaysia. Pastikan tuan dan puan tidak ketinggalan beramah mesra dan bertanya soalan kepada penulis kelahiran Indonesia ini.
Dapatkan buku menarik beliau khas di PBAKL 2011 yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Layari juga minisite PBAKL PTS 2011 di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti terkini, berita menarik serta diskaun hebat khas daripada PTS buat tuan dan tuan peminat setia buku terbitan PTS.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 kali ini membawakan lebih kelainan apabila PTS Pop Sdn Bhd membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said bagi bersama-sama dengan peminat-peminat beliau.
Lebih menarik, kali ini Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad juga membawakan koleksi lengkap Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara khas buat peminat beliau.
"Melalui koleksi buku kanak-kanak yang sudah terbit secara kelompok ini memungkinkan saya lebih mudah bercerita bagaimana buku-buku itu diilhamkan dan ditulis.
Mungkin juga bagi yang ingin tahu mengapa hanya itu sahaja siri kanak-kanak yang ditulis padahal saya boleh menghasilkan lebih banyak lagi siri kanak-kanak," jelas Pak Samad yang ditemui wakil media PTS baru-baru ini.
Selain itu, Pak Samad dijangka akan hadir dengan hasil tangan agung dan amat bererti bagi beliau sepanjang pembabitannya dalam dunia penulisan ini. Apakah hasil tangan itu? Nantikannya di PBAKL 2011 yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL dan beramah mesra dengan SN A. Samad Said di booth PTS pada 1 Mei 2011 ini.
Layari juga minisite PTS@Pesta Buku 2011 dengan klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut berita terkini dan aktiviti PTS.
Selepas setahun berusaha, akhirnya PTS Islamika Sdn. Bhd. berjaya melesenkan buku Fikah Jihad karangan ulama terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Usaha ini bermula apabila Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menerbitkan buku Fikah Jihad dan diterbitkan pada tahun 2009 oleh Maktabah Wahbah di Mesir. Buku ini mendapat sambutan yang hangat apabila dalam masa yang tidak lama buku ini diulang cetak untuk kali kedua. Maktabah Wahbah yang menyedari sambutan buku ini memperketatkan perlesenan dengan syarat-syarat yang ketat. Seterusnya pada tahun 2010, penerbit buku di Indonesia, Mizan Publishing berjaya mendapatkan lesen ini lalu menerbitkannya dalam Bahasa Indonesia.
PTS Islamika berjaya mendapatkan hak menterjemahkan buku ini pada tahun 2011. Menariknya, hak penterjemahan ini diberikan bagi buku cetakan ketiga, 2010 yang mana isi kandungan ditambah daripada 1297 mukasurat kepada 1644 mukasurat.
"Setakat ini, kita mendapat maklum balas positif daripada beberapa pembaca yang kita temui malah kita percaya buku ini boleh dijadikan rujukan penting di institusi-institusi pengajian tinggi, " kata Imran bin Azmi, Editor Kanan, PTS Islamika Sdn. Bhd.
Buku Fikah Jihad membahaskan kajian yang cukup mendalam dan menyeluruh mengenai jihad. Apabila menyebut tentang jihad, ramai umat Islam tahu ia adalah martabat tertinggi dalam agama Islam dan tidak mahu ketinggalan menyertainya. Namun, perbahasan mengenainya adakala mengundang kekeliruan apabila melibatkan orang bukan Islam sama ada mereka musuh Islam ataupun orang awam.
Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi menghurai persoalan jihad dengan membariskan pandangan sederhana sederhana, hujah-hujah yang konkrit, malah mampu memurnikan hubungan keruh antara umat Islam dengan bukan Islam selepas peristiwa 11 September 2001.
Beliau turut menyanggah pandangan sebahagian sarjana Islam yang menjadikan jihad sebagai 'lesen' yang boleh menyakitkan orang bukan Islam. Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi berpandangan jihad perlu dilihat dengan lebih meluas tanpa membawa kesan negatif ke atas umat Islam yang berjumlah minoriti di negara-negara bukan Islam.
"Insya Allah, kita mensasarkan buku ini terbit pada penghujung tahun ini dan menawarkan harga yang mesra dengan pembaca." kata Imran menamatkan sesi temubual.
PTS menyediakan hadiah istimewa kepada semua fan Facebook PTS yang tidak putus-putus menyokong PTS selama ini.
Kupon Diskaun Bonanza Facebook PTS + 1 buku percuma ini hanya sah untuk fan Facebook PTS sahaja.
Tuan puan yang ingin mendapatkan hadiah hebat ini perlu menjadi fan Facebook PTS dengan klik di sini. Fan PTS boleh menuntut hadiah sebuah buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Tuan dan puan peminat facebook PTS hanya perlu klik di sini bagi mendapatkan maklumat mengenai kupon diskaun serta hadiah istimewa dari PTS.
Sebagai maklumat, kupon diskaun ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran diskaun dan kupon bagi rebat lain.
Bagi menuntut hadiah percuma, tuan dan puan dimohon ke kaunter tuntutan hadiah dan berikan nombor telefon bimbit tuan dan puan kepada staf bertugas selepas membuat bayaran.
Tuan dan puan, fan Facebook PTS boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran dan berita menarik khas daripada PTS.
Jangan ketinggalan meriahkan PBAKL yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei 2011 bertempat.
Fotografi adalah kaedah bagi mengabadikan detik-detik penting dalam kehidupan. Pantas ataupun lambat detik rakaman, menjadi persoalan utama dalam bidang ini. Di sinilah pentingnya menguasai kamera DSLR, dengan pelbagai fungsi hebat berbanding kamera biasa.
Walaupun kamera DSLR suatu masa dahulu hanya dimiliki oleh jurugambar profesional, namun kini DSLR mula menjadi aksesori pilihan. Foto yang dihasilkan pula setanding jurugambar professional.
Sebagai pengguna kamera DSLR, tuan dan puan juga mampu memaksimumkan kemampuan kamera DSLR yang dimiliki bagi menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Pelajari bagaimana kamera DSLR berfungsi, serta hasilkan gambar yang hebat dengannya.
Jangan takut mencuba dan terus berlatih supaya gambar yang dihasilkan impresif dan menarik. Buku Fokus & Klik! ini dapat membantu anda.
Milikinya segera buku Fokus & Klik terbitan PTS Net Media bagi memudahkan tuan dan puan memanfaatkan fungsi-fungsi dalam DSLR.
Dapatkan buku panduan asas fotografi dengan kamera DSLR ini di Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari juga minisite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan tawaran menarik PTS serta aktiviti semasa PBAKL berlangsung.
Tuan dan puan kini layak mendapatkan diskaun hebat dan menarik bagi memborong buku-buku terbitan PTS dengan cara yang mudah dan ringkas.
PTS menawarkan diskaun hebat hanya dengan memamparkan banner web PTS@PBAKL 2011 di blog tuan dan puan.
Caranya mudah. Tuan dan puan hanya perlu mengisi borang maklumat diri dan maklumat blog di sini bagi mendapatkan 25 peratus diskaun buku-buku terbitan PTS.
Kemudian tuan dan puan perlu menyalin kod HTML mana-mana banner yang disediakan di sini dan paparkan dalam blog tuan dan puan.
Blog yang menerima minimum 50 pelawat sepanjang tempoh kempen ke laman minisite PTS@PBAKL 2011 ini layak menerima kupon diskaun ini.
Pihak PTS akan menghantar kupon diskaun terus ke nombor telefon yang didaftarkan. Kos sms ditanggung oleh pihak PTS.
Kempen ini bermula daripada 23 Mac 2011 hingga 18 April 2011. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut tawaran ini.
PTS akan menghantar sms kupon diskaun bermula 13 April 2011 ini secara berperingkat-peringkat.
Rebut peluang keemasan ini bagi mendapatkan buku-buku menarik di booth PTS sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ini.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia yang menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang PBAKL berlangsung.
Melalui aktiviti yang disediakan, tuan dan puan bukan sahaja dapat bertemu dengan warga kerja PTS, malahan tuan dan puan juga dapat berinteraksi dengan penulis-penulis kegemaran.
Ahli Jawatankuasa PTS khas PBAKL juga membawakan ramai penulis tempatan dan antarabangsa yang nyata terbaik khas buat tatapan peminat PTS.
Lebih mengujakan, PTS membawakan penulis hebat daripada seberang iaitu Tuan Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu. Beliau turut membawakan buah tangan terbaru hasil tulisan beliau khas di PBAKL ini nanti.
Turut bersama beliau adalah penulis novel daripada indonesia yang dikenali ramai termasuk peminat novel di Malaysia iaitu Tuan Andrea Hirata dan Tuan A. Fuadi yang terbang khas ke PWTC semasa PBAKL berlangsung. Turut hadir penulis buku motivasi popular, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan Marpaung.
Buat pertama kalinya juga, PTS akan membawakan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid yang meningkat naik iaitu Kumpulan Raudhah dan Leya. Saksikan persembahan menarik dan menghiburkan daripada mereka di PBAKL ini.
Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan warga kerja PTS khas bagi meraikan pengunjung PTS di PBAKL nanti.
Datang beramai-ramai dan bersama-sama keluarga ke PBAKL yang pastinya mengujakan ini khas pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari juga minisite PTS@ PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi yang dilaksanakan PTS.
Tuan dan puan yang ingin mengetahui lokasi PBAKL ini juga boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat tepat perihal lokasi PBAKL.
Jemput beramai-ramai ke booth PTS di PBAKL yang diadakan di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Pada awalnya, Pesta Buku di Malaysia dikenali sebagai Pesta Buku Kuala Lumpur (PBKL). PBKL yang mencapai usia 10 tahun pada tahun 1991. Dalam tempoh sedekad, PBKL telah melangkah menjadi sebuah acara antarabangsa dan menukarkan namanya kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan dari Kuala Lumpur Book Fair (KLBF) kepada Kuala Lumpur Internasional Book Fair (KLIBF).
PBAKL yang pertama telah memperuntukkan 300 gerai bagi acara tersebut dan berjaya membawa 100 pengusaha dalam dan luar negara bagi menyertai PBAKL. Antara pengusaha luar negara yang terlibat termasuklah Harcourt Brace Javanovich, HarperCollins Publishers, John Wiley & Sons, McGraw-Hill, Simon Schuster, Toppan Co dan sebagainya. Penerbit-penerbit dari Singapura dan Indonesia juga tidak melepaskan peluang menyertai pameran yang julung-julung kali diadakan ini. Pada tahun 1993, bilangan peserta pameran bertambah kepada 107 buah syarikat.
Menurut pengerusi MBKM, Dato' Asiah Samah, pesta ke-12 itu memperlihatkan peningkatan dari segi penyertaan penerbit luar negara semenjak bertaraf antarabangsa. PBAKL ke-12 itu juga berjaya menarik pengunjung. Seramai 334,000 pengunjung dicatatkan hadir ke PBAKL kali ke-12 itu.
Tahun 1996 pula membawa titik perubahan dalam sejarah PBAKL. Sempena ulang tahun yang ke-15, PBAKL mula dikelolakan oleh Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC) iaitu gabungan lima persatuan industri buku negara yang terdiri daripada Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (IKATAN), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengimport Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengimport Buku Malaysia (MBIA) dan persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM). Kerjasama ini menunjukkan kesatuan yang mantap antara para penggiat industri buku di samping meletakkan Malaysia ke pentas yang sama dengan rakan-rakan sejawatan di negara lain. Menurut persetujuannya, pengerusi bagi acara tahunan itu akan dipegang secara bergilir-gilir di kalangan ketua pemimpin kelima-lima organisasi perbukuan dengan dimulakan oleh Presiden MABOPA.
Pada tahun 1997, PBAKL yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi semakin besar dalam usia 16 tahun sejak dikendalikan di bawah MBKM. Bermula dengan Dewan Tun Razak 1, PWTC pada tahun 1996, kini PBAKL lebih besar sehingga ke Dewan Tun Razak 2 dan 3 yang lebih besar bagi menampung penyertaan yang lebih besar.
Seramai 124 pengusaha mendaftar sebagai peserta dan mengambil bahagian dalam PBAKL dan menyebabkan jumlah gerai meningkat kepada 400 buah. Tahun tersebut juga menyaksikan penyertaan sebanyak 11 buah negara.
Jumlah pengunjung bagi tahun 2000 melonjak sebanyak 55% dari 64,368 orang pada tahun 1999 menjadi 99,476 orang pada tahun 2000. Jika dilihat secara statistik secara mendalam, pengunjung wanita mencatatkan peratus tertinggi iaitu sebanyak 45% (44,711 orang) diikuti dengan pengunjung lelaki 37% (36,762 orang) dan kanak-kanak sebanyak 18% (18,006 orang).
PBAKL ternyata telah melalui pelbagai pengalaman dalam usia 25 tahun. Dari segi penyertaan, aktiviti ini telah tumbuh hingga menjadi sebuah kegiatan yang melibatkan lebih 130 peserta dengan penggunaan lebih 500 gerai. Begitu juga dari segi bilangan kunjungan yang memperlihatkan jumlah peningkatan yang positif.
Melalui kajian oleh penganjur Frankfurt Book Fair pada tahun 2005, para pengunjung berpendapat pesta buku yang diadakan merupakan pesta yang paling penting berbanding dengan pesta-pesta buku lain dalam konteks pemasaran dalam industri buku dan media. Sebahagian besar pengunjung menyatakan tujuan utama kedatangan atau penyertaan mereka adalah untuk menjalin hubungan perdagangan hak cipta dan lesen perdagangan selain menjalin hubungan dengan pelanggan baru dari kalangan pengusaha buku lain.
PBAKL ini telah berjaya menarik 7,223 peserta dari 1010 negara bagi mengambil bahagian pada tahun 2005. Seramai 284,838 pengungjung dari 121 negara datang dan 30 peratus ialah pengunjung luar negara.
Namun, Frankfurt Book Fair ialah pesta buku yang berbeza konsepnya dengan PBAK. Ia merupakan majlis bagi pengusaha, pedangang dan karyawan buku dan bukannya bagi pengguna buku.
Kali ini, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talib atau dikenali sebagai Pak Latip tampil di Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini melalui hasil tulisan terbaru beliau.
Kali ini Pak Latip kali ini membawakan kisah 4 Imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah iaitu Imam Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Buku ini menampilkan kisah 4 orang imam sejak dari kecil sehingga mereka meninggal dunia.
Pelbagai kisah dipaparkan termasuklah kisah pembelajaran, keistimewaan, kisah penderitaan dan kisah mereka menentang kebatilan.
Buku menarik ini menggunakan bahasa yang ringkas, mudah difahami dan sesuai bagi peringkat umur pembaca.
Dapatkan buku Imam-Imam yang Benar yang diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd ini di PBAKL 2011 yang berlangsung bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestanbuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PBAKL 2011 ini.
Melalui pergolakan nasib seorang perempuan dan huru-hara kecemburuan, Andrea Hirata kembali memilih sudut yang tidak terduga dengan menampilkan kisah yang memberi inspirasi tentang kegigihan karakter-karakter di dalam novelnya.
Novel Padang Bulan bermula dengan kisah seorang gadis kecil berusia 14 tahun , Enong namanya, yang sangat menggemari mata pelajaran bahasa Inggeris, namun secara mendadak terpaksa berhenti sekolah dan mengambil alih seluruh tanggungjawab keluarga.
Kisah anak kecil ini bersambung melalui Cinta di Dalam Gelas. Perjalanan nasib anak perempuan kecil itu, melalui gaya khasnya mentertawakan kepedihan, memparodikan tragedi, mengkritik tanpa menjadi sarkastik.
Kisah Enong menjadi seperti panggung di atas lembaran-lembaran kertas. Membaca novel ini umpama melihat sebuah wayang gambar.
Dengan menceritakan kisah Enong, Andrea berhasil memperlihatkan kepada pembaca kekuatan-kekuatan besar yang tersembunyi dalam diri manusia, kekuatan yang sering tidak disedari seseorang berada dalam dirinya.
Enong jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Kisah Enong tidak sekadar kisah sebuah keluarga yang sederhana, namun tentang impian seorang anak kecil, tentang keberanian menjalani hidup, dan perihal seorang lelaki yang kucar-kacir hidupnya kerana tragedi cinta pertama.
Sebagai lanjutan daripada kisah Enong dalam novel Padang Bulan, Dwilogi Padang Bulan menampilkan kisah Cinta di Dalam Gelas yang menceritakan perjalanan nasib Enong. Enong kemudian berurusan dengan gangster pasar pagi, seorang lelaki yang bercita-cita menjadi juruteknik antena parabola dan seorang jaguh catur wanita dunia yang berasal dari Georgia. Bagaimana pula dengan presiden perempuan Republik Indonesia, Kapten CHIP dan dua ekor burung merpati yang turut tersangkut dalam urusan ini?
Novel Cinta di Dalam Gelas menampilkan kisah catur yang kebiasaannya unik bagi orang Melayu kampung. Sekiranya sedia dibongkar dengan lebih mendalam, dapat dilihat yang Andrea Hirata telah mengabdikan diri bertahun-tahun lamanya melakukan kajian sosial dan kebudayaan serta watak manusia dalam hubungannya dengan persekitaran. Kajian itu termasuklah perihal catur.
Walau bagaimanapun, novel ini bukan mengisahkan catur semata-mata, melainkan bagaimana seorang perempuan menegakkan martabatnya dengan cara yang sangat elegan, tentang perspektif politik kaum marginal, dan falsafah pendidikan yang dipegang oleh perempuan itu.
Dapatkan Dwilogi Novel Padang Bulan ini di PBAKL pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan tawaran menarik PBAKL.
Bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), PTS turut mengambil tempat dalam pesta yang mengumpulkan penerbit-penerbit bukan sahaja dari Malaysia malahan penerbit dari beberapa negara.
PBAKL yang akan berlangsung tidak lama lagi ini memberi peluang kepada peminat-peminat buku PTS bagi bertemu dengan warga kerja dan penulis-penulis hebat daripada PTS.
Lebih menarik, lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah dikunjungi para peminat PTS iaitu berhadapan dengan pentas utama di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Tuan dan puan boleh klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS.
Menambah keterujaan tuan dan puan, PBAKL kali ini PTS menawarkan diskaun setinggi 30 peratus kepada pembeli buku yang membeli buku-buku terbitan PTS. Dapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS yang disediakan di sini bagi mendapatkan diskaun hebat yang disediakan PTS.
Selain itu, PTS juga menyediakan senaskah buku percuma terbitan PTS apabila tuan dan puan menjadi pembeli pertama di booth PTS pada setiap hari.
Tambah menarik apabila setiap hari sepanjang PBAKL berlangsung, PTS menyediakan hamper percuma bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas selepas diskaun.
Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan PBAKL yang berlangsung di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat terkini aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL kali ini.
Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu?
Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan?
Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa.
Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya.
Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.
Dapatkan buku 31: Islam, Iman dan Ihsan yang ditulis oleh Sakinah Salleh terbitan PTS Millenia Sdn Bhd di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti terkini dan promosi yang disediakan PTS sempena PBAKL ini.
PTS menyediakan hadiah istimewa kepada semua fan Facebook PTS yang tidak putus-putus menyokong PTS selama ini.
Kupon Diskaun Bonanza Facebook PTS + 1 buku percuma ini hanya sah untuk fan Facebook PTS sahaja.
Fan PTS boleh menuntut hadiah sebuah buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Kupon diskaun ini juga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran diskaun dan kupon bagi rebat lain.
Tuan dan puan, fan Facebook PTS boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut syarat dan cara mendapatkan kupon diskaun khas daripada pts.
Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteriataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.
Pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan ibu bapa yang ingin memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam hasil tulisan Mazidah Muhammad dan Dr. Noor Hisham Md Nawi menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi.
Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.
Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid.
Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.
Buku hasil terbitan PTS Millennia ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.
Dapatkan buku menarik dan istimewa ini khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan tawaran menarik dan hebat yang disediakan oleh PTS khas buat tuan dan puan peminat buku terbitan PTS.
Selain menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, nabi-nabi kita mempunyai kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah.
PTS Islamika Sdn. Bhd kini menerbitkan 31 Kisah Nabi yang ditulis oleh Wan Nor Ainon Wan Abdullah yang memaparkan kisah benar yang terjadi kepada nabi-nabi agar dapat menjadi pedoman dan memberi kesedaran perihal keistimewaan nabi-nabi.
Anak-anak pastinya teruja apabila membaca cerita nabi ini kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang yang dicetus oleh para nabi kita tanpa kita sedari.
Buku ini juga mendedahkan perihal manusia pertama yang menggunakan teknologi alat tulis, perihal nabi yang kalis api dan kisah nabi yang mempunyai suara terbaik di zamanya selain mampu melembutkan besi menggunakan tangannya sendiri.
Buku yang berwarna-warni ini menambahkan lagi minat adik-adik bagi mendalami kisah para nabi.
Buku ini juga menjadi bahan terbaik bagi ibu bapa yang mencari buku cerita berkaitan para nabi yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada anak-anak perihal kisah nabi-nabi yang perlu dikenali dan diikuti.
Dapatkan buku menarik dan berwarna-warni ini yang terbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei ini.
Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai PBAKL yang akan berlangsung kurang sebulan lagi.
Bagi menyebarkan lagi ilmu, Biro Agama Kelab Sukan PTS menganjurkan program tazkirah kepada semua kakitangan di PTS.
Majlis tazkirah yang diadakan setiap hari Jumaat ini memberi peluang kepada semua kakitangan PTS mendapatkan dan mendalami ilmu bermanfaat dalam mencetuskan semangat mendalami ilmu agama khususnya bagi bekalan dan kebahagiaan di akhirat kelak.
Minggu ini menjadi minggu ketiga majlis tazkirah ini diadakan. Kakitangan PTS sendiri yang menyampaikan tazkirah.
Sesi Tazkirah yang diuruskan oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi ini juga menjemput penceramah luar bagi menyampaikan tazkirah kepada kakitangan PTS yang hadir.
Kelab Sukan PTS ditubuhkan bagi memberi peluang kepada semua kakitangan PTS bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sukan dan kerohanian.
Selain mengadakan tazkirah di pejabat urusan dan jabatan editorial, Kelab Sukan PTS juga sering mengadakan pertandingan futsal, badminton, bowling dan sebagainya bagi mengeratkan hubungan anatara kakitangan di PTS.
Sejarah merekodkan tamadun Mesir Purba menjadi antara tamadun terhebat sepanjang zaman. Namun, tidak ramai yang mengetahui secara terpernci mengenai perkembangan tamadun ini. Masyarakat umumnya hanya mengetahui mengetahui mengenai Firaun dan Piramid sahaja.
Hakikatnya banyak misteri yang tersembunyi di sebalik lipatan sejarah tamadun Mesir Purba ini.
Tuan Afareez Abdul Razak Al-Hafiz berjaya menghasilkan sebuah buku yang membongkar misteri di sebalik perkembangan tamadun hebat itu.
Melalui kajian yang mendalam melibatkan pandangan, kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku bertajuk Misteri Firaun: Musuh Para Nabi ini memuatkan perbincangan lengkap dan disertakan dengan foto berwarna perihal Firaun dan perkembangan Tamadun Mesir Purba.
Buku ini juga dapat menjawab persoalan-persoalan kritikal yang selama ini tersimpan dalam minda tuan dan puan.
Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan Misteri Firaun: Musuh Para Nabi yang membuka persoalan perihal Firaun di PBAKL April ini.
Temui PTS di booth PBAKL bermula pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini. Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi medapatkan maklumat terkini aktiviti PTS serta tawaran-tawaran menarik yang disediakan khas buat tuan dan puan peminat buku terbitan PTS.
Kini, masyarakat kita sering dihidangkan dengan pelbagai ikon yang kadangkala bertentangan dengan syariat Islam. Kebanyakan ikon yang dipamerkan tidak bersesuaian daripada sahsiah dan kehidupan yang negetif dan tidak seharusnya dicontohi umat Islam terutamanya remaja.
10 Tokoh Idola Muslimah tulisan Puan Sakinah Salleh ini menampilkan tokoh-tokoh muslimah terbaik yang mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kritiria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap sudut.
Melalui buku ini, setiap tokoh ditampilkan dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dengan kehidupan masa kini serta inspirasi dalam mendidik anak-anak agar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.
Penting bagi muslimah hari ini mengikuti kisah hidup, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan ketabahan tokoh wanita ini dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Antara tokoh yang terdapat dalam buku ini termasuklah Siti Aminah Abdul Wahab, Siti Khadijah Khuwailid, Siti Aisyah Abu Bakar, Siti Hajar, Siti Sarah dan ramai lagi tokoh Islam terkemuka yang boleh dijadikan contoh dalam membentuk peribadi terbaik dalam diri muslimah.
Dapatkan buku 10 Tokoh Idola Muslimah terbitan PTS Millenia ini bagi mengetahui rahsia kehebatan, kejayaan dan kekentalan dalam meraih keunggulan muslimah sejati.
Sertai PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang diadakan di PWTC bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.
Dapatkan juga diskaun hebat yang disediakan PTS dengan melayari www.pts.com.my/pestabuku.
Melalui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ini, PTS memperkenalkan tag line baru yang akan menjadi sebutan peminat-peminat buku PTS.
Tag line PTS, Ini Baru Buku menampilkan kelainan yang menggambarkan buku-buku terbaik terbitan semua anak syarikat PTS.
Seperti yang semua sedia maklum, PTS menghasilkan buku-buku berkualiti dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang sesuai bagi bacaan semua golongan masyarakat.
Dengarkan suara tag line PTS di booth PTS yang pastinya memeriahkan PBAKL 2011 ini.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku
Jangan ketinggalan temui kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Tuan dan puan kini layak mendapatkan diskaun hebat dan menarik bagi memborong buku-buku terbitan PTS dengan cara yang mudah dan ringkas.
PTS menawarkan diskaun hebat hanya dengan memamparkan banner web PTS@PBAKL 2011 di blog tuan dan puan.
Caranya mudah. Tuan dan puan hanya perlu mengisi borang maklumat diri dan maklumat blog di sini bagi mendapatkan 25 peratus diskaun buku-buku terbitan PTS.
Kemudian tuan dan puan perlu menyalin kod HTML mana-mana banner yang disediakan di sini dan paparkan dalam blog tuan dan puan.
Blog yang menerima minimum 50 pelawat sepanjang tempoh kempen ke laman minisite PTS@PBAKL 2011 ini layak menerima kupon diskaun ini.
Pihak PTS akan menghantar kupon diskaun terus ke nombor telefon yang didaftarkan. Kos sms ditanggung oleh pihak PTS.
Kempen ini bermula daripada 23 Mac 2011 hingga 18 April 2011. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut tawaran ini.
PTS akan menghantar sms kupon diskaun bermula 13 April 2011 ini secara berperingkat-peringkat.
Rebut peluang keemasan ini bagi mendapatkan buku-buku menarik di booth PTS sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ini.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Buku terbitan PTS Islamika ini adalah hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir yang diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.
Buku hasil tulisan Hasan Basri Omar ini merungkai persoalan perihal penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat yang mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.
Menariknya, proses reproduksi buatan yang dinamakan 'bayi tabung uji' ini mengajak kita bagi membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran.
Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?
Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.
Dapatkan buku menarik ini yang akan diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menjengah PWTC April ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut PBAKL serta dapatkan diskaun hebat PTS khas buat tuan dan puan.
Jangan ketinggalan sertai PBAKL pada 22 April hingga 1 Mei ini yang pastinya menambahkan keterujaan penggemar buku di Malaysia.
Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.
Solat juga menjalinkan hubungan langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.
Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Solat adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.
PTS Islamika Sdn Bhd kini menerbitkan buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Perihal Solat bagi menjelaskan secara mendalam perihal solat. Buku ini juga disusun secara istimewa dalam bentuk soal jawab bergambar. Melalui konsep bergambar ini, penulis dapat membangkitkan pelbagai persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam buku-buku lain, tetapi sering terjadi kepada pembaca.
"Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar.
"Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh," jelas penulisnya, Ustaz Rohidzir Rais.
Berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, Ustaz Rohidzir rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca. Beliau menjelaskan, Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca.
Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan beliau betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak.
"Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu," jelas beliau lanjut.
Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.
Dapatkan buku menarik ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 22 April hingga 1 Mei ini dengan diskaun menarik yang disediakan khas buat peminat-peminat buku. Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut promosi-promosi menarik daripada PTS.
Dear Yayah komik kembali lagi menemui peminatnya dengan kisah baru yang pastinya mencuit hati pembaca.
Kali ini Dear Yayah ditampilkan dengan imej berbeza khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan imej berwarna.
Kali ini, Dear Yayah kembali dengan kisah berkaitan gotong royong di sekolah serta kisah kutu yang pastinya menarik minat pembaca.
Jangan ketinggalan mendapatkan Dear Yayah yang tampil dengan penuh warna-warni di PBAKL pada 22 April hingga 1 Mei ini khas buat tuan dan puan yang mengikuti kisah menarik Yayah dan rakan-rakannya.
Dapatkan Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
Buku Jejak Bisnes Rasul yang menggabungkan cara bisnes Rasulullah dan ilmu moden berjaya menambat hati pembaca sehingga tersenarai dalam Anugerah Pilihan Popular - Berita Harian.
Buku yang memfokuskan kepada peribadi dan konsep perniagaan yang dijalankan Rasulullah ini sesuai kepada usahawan terutamanya usahawan Islam bagi mengetahui perniagaan cara Islam.
Menurut profesor Emeritus Dr. Mohamed Sulaiman ini sememangnya dapat menjadi rujukan berguna kepada usahawan Islam kerana buku ini menggabungkan cara kerja perniagaan yang diamalkan Rasulullah dengan perniagaan cara moden.
"Tujuan kita menghasilkan buku ini bagi mengembangkan ilmu. Satu kepuasan kepada kita apabila ilmu ini dapat disampaikan kepada pembaca. Buku yang tersenarai dalam Anugerah pilihan popular ini soal kedua. Lebih penting apabila ilmu ini sampai terus kepada pembaca," jelas Dr. Sulaiman.
Bagi penulis bersama buku Jejak Bisnes Rasul, Tuan Aizuddin Zakaria, beliau bersyukur apabila buku Jejak Bisnes Rasul terpilih dalam Anugerah buku Popular yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sebagai maklumat tambahan, Jejak Bisnes Rasul yang mendapat sambutan baik daripada ulat buku ini juga sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.
Selain itu, Dr. Sulaiman dan Tuan Aizuddin juga sering dijemput mengadakan ceramah bagi memberi pendedahan yang lebih khusus mengenai Jejak Bisnes Rasul ini.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menjengah ulat buku pada April ini, PTS menyediakan borang kupon bonanza yang pastinya menambat hati peminat buku tempatan.
Melalui kupon yang disediakan PTS, tuan dan puan memborong pelbagai jenis buku menarik keluaran PTS dengan diskaun hebat bermula 15 peratus hingga 30 peratus.
Hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang datang ke booth PTS pada PBAKL kali ini.
Bagi mendapatkan kupon diskaun ini, tuan dan puan dimohon mengisi borang yang disediakan di www.pts.com.my.
PTS akan menghantar sms kupon diskaun secara berperingkat-peringkat bermula 13 April 2011 ini. Tuan dan puan hanya perlu menunjukkan sms kupon diskaun melalui telefon bimbit semasa membuat bayaran.
Dapatkan maklumat lanjut tawaran serta berita menarik mengenai PBAKL dengan melayari microsite PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku.
Jumpa kami di PBAKL bermula dari 22 April hingga 1 Mei ini.
PTS Net Media yang juga anak syarikat terbaru PTS akan menampilkan produk terbaru dan terkini khas melalui PBAKL April ini.
Penampilan pertama Net Media dalam pesta buku kali ini membawakan kelainan dalam penerbitan buku berbahasa Melayu apabila Net Media menampilkan buku-buku fotografi dalam bahasa Melayu.
Antara buku yang menjadi fokus pada PBAKL nanti termasuklah buku DSLR Itu Hebat, Foto Hebat dengan HDR, Fokus & Klik serta banyak lagi buku-buku menarik berkaitan fotografi.
Selain itu, Net Media juga menampilkan buku Blog + Google Adsense = Duit bagi mereka yang meminati dunia blog ini.
Dapatkan buku-buku terbaik dan terkini khas daripada Net Media Sdn Bhd istimewa sempena pesta buku yang akan menemui tuan dan puan pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini di Dewan Tun Hussein On, PWTC, Kuala Lumpur.
Dapatkan juga kupon Diskaun Bonanza PTS dengan melayari www.pts.com.my bagi mendapatkan diskaun hebat sempena PBAKL ini.
Penerbit buku tempatan sekali lagi akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 tidak berapa lama lagi.
PBAKL yang berlangsung selama 10 hari bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 ini dijangka dapat menampung sebanyak 697 buah tapak gerai buku dari pelbagai penerbit di seluruh Malaysia.
Pelbagai jenis gerai yang disediakan di ruang Legar Putra, Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.
Selain pameran buku-buku terbaru di pasaran serta jualan buku dengan tawaran harga yang menarik, pelbagai aktiviti dan program turut diadakan semasa berlangsungnya PBAKL itu nanti. Antara aktivitinya adalah pelancaran buku oleh penerbit dan agensi kerajaan, bicara dan ulasan buku oleh pengarang buku terkenal dalam dan luar negara, ceramah mengenai penerbitan dan pemasaran buku, bengkel penulisan dan sesi bersama penulis.
Memetik dari web klibf.com.my, bagi mempertingkatkan komponen perdagangan hak cipta dan lesen perbukuan dalam industri buku tempatan, pihak penganjur PBAKL 2011 juga menyediakan Pusat Perdagangan dan Hak Cipta bagi menggalakkan pengarang, penerbit dan agen hak cipta dari dalam dan luar negara bagi menjalankan urus niaga hak cipta. Pihak penganjur juga dipetik dalam web PBAKL juga merancang membawa agen-agen dari Asia Tenggara dan Benua Eropah bagi menjalankan urusan perdagangan hak cikpta dan lesen perbukuan bagi manfaat penggiat industri buku di Malaysia.
Melalui tema, 'Buku: Dunia Tanpa Sempadan menjadi langkah dalam membudayakan tabiat membaca di kalangan masyarakat khususnya generasi muda bagi mewujudkan generasi modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan serta berketerampilan dalam menghadapi persaingan global.
Penganjuran pesta buku ini secara tahunan adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama pihak industri buku tempatan bagi menggalakkan seluruh lapisan masyarakat menggemari buku dan menanam minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini.
Dengan sokongan masyarakat pembaca, industri buku tempatan juga diharap dapat berkembang maju selaras dengan perkembangan ekonomi negara.
Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dakwah, akhlak, muamalat, kepimpinan atau yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi dan diikuti sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.
Terdapat pelbagai jenis buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di sekitar masyarakat hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain.
Melalui Ensiklopedia Muhammad yang diterbitkan oleh PTS Islamika, semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.
Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.
PTS Islamika tampil dengan menerbitkan Ensiklopedia Muhammad yang memberi maklumat lengkap mengenai kehidupan Nabi Muhammad.
Ensiklopedia yang diterbitkan dalam tiga jilid ini memberi pegetahuan lengkap kepada pembaca berkaitan peristiwa kehidupan dan keperibadian Nabi Muhammad.
Ensiklopedia menarik ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kisah kehidupan Rasulullah bermula sebelum kelahiran baginda hingga baginda wafat.
Lebih menarik apabila pembaca dapat mengetahui kisah-kisah yang sebelum ini kurang didedahkan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad diselitkan dalam Ensiklopedia ini.
Dapatkan koleksi Ensiklopedia bagi pembacaan sempena Maulidur Rasul ini. Layari BookCafe Online bagi mendapatkan maklumat lanjut.