
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang lalu, PTS Millennia melancarkan buku-buku terbaru mereka dan kini sedang hangat dipromosikan iaitu SMILE dan Anda Bertanya, Prof. Muhaya Menjawab.
Dengan tagline 'Hanya yang Bestseller', PTS Millennia sentiasa mendapatkan penulis-penulis tersohor bagi sama-sama menerbitkan buku bersama PTS. Terkini, dua personaliti terbaik menyertai kumpulan penulis PTS iaitu Cik Irma Hasmi dan Prof. Dr. Muhaya.
Irma Hasmi dengan sinergi penulis PTS, Zamri Mohamad bersama-sama menulis sebuah buku motivasi berjudul SMILE. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menginspirasikan Irma sehingga beliau berhijrah dengan imej baru. SMILE adalah akronim bagi:
S - Skil
M - Motivasi
I - Inspirasi
L - Luar Biasa
E – Elegan
Prof. Dr. Muhaya pula muncul dengan buku terbaru iaitu Pelajar Bertanya, Profesor Dr. Muhaya Menjawab. Buku ini menghimpunkan soalan-soalan berkenaan pelajar yang merangkumi pelajaran, fesyen, perhubungan, kesihatan, kewangan, dilema dalam diri, persahabatan, politik, dan disiplin. Soalan-soalan ini dijawab oleh penulis menggunakan pendekatan psikologi, agama dan pengalaman.
Pastinya dua buku ini mampu menyuntik semangat buat pembaca-pembaca semua. Bagi mendapatkan butiran lanjut, klik pada butiran buku dibawah.
PTS Media Group dengan ini membawa perkhabaran gembira kepada peminat buku PTS kerana karya bestseller tulisan Andrea Hirata, Laskar Pelangi telah pun adaptasi ke drama bersiri. Drama ini akan disiarkan di saluran ALHIJRAH.
Menurut wakil dari ALHIJRAH, pemilihan Lasykar Pelangi adalah sangat bersesuaian kerana ia memperjuangkan semangat dan pengorbanan guru dan ini seiring dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei ini.
Laskar Pelangi The Series, akan bermula dari 15 Mei 2012 dan ditayangkan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 8.30 malam. Dalam Laskar Pelangi The Series, kisah yang disajikan lebih terperinci kerana memaparkan kisah-kisah yang tidak dapat dipaparkan di dalam filem.
Kisah mengenai pengorbanan guru dan murid warga Belitong ini amat manarik dan memberi pengajaran tentang betapa pengorbanan guru dalam memastikan anak muridnya mendapat ilmu untuk berjaya. Karya Andrea Hirata ini pastinya memberikan momen yang menarik untuk semua.
Seiring dengan tayangan ini, PTS akan mempromosikan semula buku Lasykar Pelangi yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Kepada peminat yang belum mendapatkan buku ini, boleh terus dapatkan di PTS Bookcafe atau wakil jualan PTS yang berhampiran.
Jadi kepada semua, jangan terlepas walau satu episod pun kerana cerita ini menjanjikan kepuasan yang berganda.
Meriah, meriah dan sangat meriah. Itulah ungkapan yang kami mampu katakan apabila Arena Buku PTS menerima kehadiran pengunjung-pengunjung ke Arena Buku PTS. Pastinya kehadiran mereka ini adalah sebahagian daripada hebahan yang dibuat oleh peserta-peserta bagi program Hebah & Menang. Terima kasih PTS ucapkan.
Kini dengan rasa terujanya diumumkan pemenang utama Kempen 'Hebah & Menang' sempena PBAKL 2012:
Hadiah Utama (Baucer RM1,000)
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
Hadiah Tempat Kedua (Baucer RM800)
FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)
Hadiah Tempat Ketiga (Baucer RM500)
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan, PTS membesar hati menyediakan enam hadiah saguhati iaitu baucer sebanyak RM100.
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Orengez Delime (IC: 90xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di Arena Buku PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang utama Kempen Hebah & Menang PBAKL 2012. Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Semua baucer hanya sah digunakan di Arena Buku PTS sahaja sehingga 6 Mei 2012. Jadi, mohon dapat hadir ke Arena Buku PTS bagi menuntut hadiah yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Andakah kita masih tercari-cari novel sejarah islam dengan olahan yang menarik dan mudah difahami? Oleh itu tidak keterlaluan sekiranya PTS mejemput semua peminat untuk wajib singgah ke Arena Buku PTS di PBAKL 2012 kerana disini kita berpeluang mendapatkan pelbagai buku termasuk sejarah islam yang senang difahami dan menggunakan ayat-ayat yang ringkas.
Antara buku yang dipromosikan kali ini oleh PTS Litera ialah Badiuzzaman Said Nursi hasil tulisan Abdul Latip Talib. Novel ini mengisahkan tokoh ilmuwan Islam, Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang merupakan pejuang dan pemikir Turki sewaktu Turki bertukar wajah menjadi negara sekular dan mengharamkan syiar Islam.
Selain itu karya lain yang turut menjadi pilihan editornya iaitu Haryani Kamilan ialah, Produk baru PTS Litera Utama-Syok (Hallyu Wave),Saranghaeyo Arumi!-Rose Harissa, Awak semanis Red Velvet- Lily Haslina Nasir dan Cinta Bintang Jatuh- Ney Joehan. Ketiga-tiga novel ini merupakan novel yang diinspirasikan daripada drama-drama Korea, dan yang penting ialah ia hanya akan muncul buat julung kalinya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
PTS One, satu label bagi buku remaja yang sangat disukai. Bagi, PBAKL 2012 kali ini, PTS One mengundang penulis-penulis novel untuk bersama-sama turun padang bagi mempromosikan novel mereka.
PTS One menerusi editornya, Puan Rafiza memilih buku Nomi Duta Gigi yang mana penulisnya iaitu Firuz Firana akan turut serta untuk sesi bertemu peminat. Buku ini dipilih bagi dipromosikan kerana mengandungi kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak. Buku ini sebenarnya mengajar kanak-kanak supaya menjaga kebersihan oral terutamanya gigi untuk mengelakkan karie gigi di kalangan kanak-kanak.
Jadi kepada adik-adik sekalian, jangan lupa dapatkan naskhah ini untuk mengetahui cara terbaik untuk penjagaan gigi kita. Jangan sampai gigi kita 'kurang sihat' ya adik-adik.

Anda peminat fotografi? Atau mahukan sedikit kelainan dan tambahan kreativiti dalam hasil foto anda? Kini para peminat fotografi sekalian boleh mendapatkan buku yang bertajuk Suntingan Foto Terbaik. Buku ini mengandungi 23 teknik suntingan foto yang direka sendiri oleh penulisnya iaitu Tuan Imram Abdul Jabbar.
Tambah Ketua Unit PTS Netmedia, Puan Mazniza, penulis buku ini adalah pengasas Sifoo.com yang sudah 12 tahun operasi sebagai forum yang menjadi sumber maklumat untuk peminat grafik dan multimedia. Buku ini juga mempunyai 100 peratus halaman berwarna dan mengandungi langkah demi langkah yang mudah diikuiti. Selain itu, terdapat juga laman web yang disertakan sebagai panduan kepada pembaca sekiranya terdapat pertanyaan kepada penulis.
Sebuah buku lagi yang akan di promosikan di PBAKL 2012 bertempat di Arena Buku PTS ialah Wedding Photography. Buku ini mengandungi tips menarik yang diperlukan oleh fotografer perkahwinan selain dari mempelajari trend fotografi perkahwinan yang semakin meluas namun masih ramai yang kurang mengetahui perkara-perkara lain yang perlu apabila bertugas di majlis perkahwinan.
Apa ditunggu lagi peminat fotografi sekalian? Marilah kita menyerbu Arena Buku PTS untuk mendapatkan naskhah hebat ini.
Arena buku PTS terus meriah dengan kehadiran pengunjung-pengunjung PBAKL 2012. Kami begitu teruja menerima kehadiran semua. Terima kasih atas kunjungan ini. Kepada yang belum berkesempatan, usah khuatir, PBAKL kali ini berlangsung sehingga 6 Mei 2012.
Kempen 'Hebah & Menang' kini di minggu terakhir. PTS mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan semua dalam membantu mempromosikan PTS di PBAKL 2012. Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke enam:
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Muaz Fariz (IC: 92xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Izzudin Fauzi (IC: 92xxxx-xx-xx59)
-
FB ID: Randy Panglila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: M Waliyuddin Baharudin (IC: 88xxxx-xx-xx25)
-
FB ID: Afiqah Syadiyah Daud (IC: 93xxxx-xx-xx74)
-
FB ID: Muhammad Danial Faiz (IC: 94xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke enam ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Arena Buku PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Kini, Arena Buku PTS sudah dibuka. Terima kasih kepada semua yang menghebahkan PTS di saluran media terhebat ini. Kami bersedia menerima kehadiran peminat buku PTS. Pelbagai buku-buku terkini dan tawaran-tawaran hebat dihidangkan di Arena Buku PTS. Jumpa kami di sana.
Kini, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke lima:
-
FB ID: Nur Maswary (IC: 81xxxx-xx-xx57)
-
FB ID: Noor Hafiza Mohamad Ali (IC: 88xxxx-xx-xx64)
-
FB ID: OrengesDelime (IC: 90xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)
-
FB ID: Fasiha Tul Asikin Omar (IC: 88xxxx-xx-xx28)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Insyallah akan kami umumkan segera pememang minggu terakhir dan utama selewat-lewatnya Isnin (30 April 2012) nanti.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Jumpa kami di Arena Buku PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.







Rasai kemeriahan PBAKL 2012 di Arena Buku PTS dengan menyertai program-program kami yang disusun khas untuk para pengunjung. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jawatankuasa penganjur memperkenalkan segmentasi program sepanjang PBAKL ini mengikut genre dan bentuk program yang yang merangkumi semua peringkat pembaca.
Segmen yang wajib dinantikan dan wajib dimasukkan di dalam jadual kita semua adalah segmen Tokoh Arena. Tokoh Arena merupakan segmen yang perlu ditunggu-tunggu kerana PTS membawakan penulis-penulis hebat turun ke Arena Buku PTS dan mempromosikan buku-buku mereka. Inilah peluang yang perlu direbut dan mendekatkan diri kita dengan penulis-penulis hebat kita ini.
Temu dan dapatkan tip-tip hebat untuk kita semua. Bagi penganjuran kali ini, Arena Buku PTS menyediakan 7 program Tokoh Arena iaitu:
29/04/12 (Ahad)
10.00am – 11.00am
Tokoh Arena bersama Ustaz Azhar Idrus
Pentas Utama PBAKL 2012
01/05/12 (Selasa)
5.00pm - 6.00pm
Tokoh Arena bersama Dr Zaharuddin Abd Rahman
Arena Buku PTS
02/05/12 (Rabu)
4.45pm - 5.15pm
Tokoh Arena bersama Sasterawan Negara
Arena Buku PTS
03/05/12 (Khamis)
11.00am - 11.30am
Tokoh Arena bersama Ustaz Rohidzir Rais
Arena Buku PTS
04/05/12 (Jumaat)
11.45am - 12.45pm
Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan Kehidupan
Penulis terlibat:
-
Prof Muhaya
-
Cik Puan Irma Hasmi
-
Tuan Zamri Mohammad
-
Tuan Amin Idrus
-
Tuan Zulhairi
-
Perlindunga Merpaung
Pentas Utama PBAKL 2012
2.30pm - 3.45pm
Tokoh Arena bersama Dr Tengku Asmadi dan Hilmi Isa
Arena Buku PTS
2.45- 3.45 petang
Tokoh Arena bersama Jerry D Gray
Pentas Utama PBAKL 2012
Pastinya, Tokoh Arena menjanjikan satu momen dan perkongsian ilmu buat kita semua. Peminat buku PTS dijemput memeriahkan segmen Tokoh Arena di PBAKL nanti. Jangan ketinggalan ya!
Keterujaan PTS untuk ke PBAKL 2012 kini telah sampai ke tahap maksimum. Dengan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi, kami ingin berkongsi rasa itu dengan semua peminat-peminat buku PTS. Tahun ini PTS membuat sedikit kelainan bagi memeriahkan lagi pesta buku kali ini. Pastinya kelainan ini bertujuan memudahkan lagi para pengunjung di booth PTS nanti.
Sehubungan itu, PTS memperkenalkan sistem 'Boleh Saya Bantu?' Sistem ini merupakan satu mekanisme di mana staf-staf PTS akan memakai button badge yang bertulis Boleh Saya Bantu? Sepanjang 10 hari di sana.
Sistem 'Boleh Saya Bantu?' ini bertujuan bagi memudahkan pengunjung mengenali staf-staf kami dalam mendapatkan bantuan dan informasi buku-buku terbitan PTS.
Kami warga PTS tidak sabar bertemu peminat-peminat buku PTS di PBAKL 2012. Jumpa di sana!!! Mohon tidak lupa janji kita 27 April sehinggan 6 Mei 2012 ini.
Dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi, amalan membaca buku harus dijadikan amalan wajib harian. Dengan membaca, seseorang itu akan dipandang mulia dengan ilmu yang dimiliki serta pengetahuan yang dikuasai.
Keperihatinan kerajaan dalam melahirkan generasi berilmu wajar dipuji. Dengan menyediakan medium pendidikan, kesungguhan ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya bagi merealisasikan masyarakat yang berilmu.
Dalam sambutan Hari Dunia sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun, PTS dan rakan industri penerbitan buku yang lain bersama-sama dalam menghidupkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat. Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga 6 April ini, semoga ianya dapat menyemarakkan lagi persekitaran cintakan ilmu dikalangan masyarakat kita.
Hanya beberapa hari sahaja lagi PBAKL 2012 akan berlangsung, pastinya PBAKL meniti di setiap bibir para peminatnya. Dan apa yang lebih pasti peminat buku PTS bertambah teruja dan tidak sabar untuk ke booth kami. Oleh itu, PTS dengan terujanya menjemput semua pembaca buku ke Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC nanti.
Menurut Tuan Aizat Razak, Pengarah Projek, untuk buat pertama kalinya PTS menamakan booth PTS sebagai Arena Buku PTS. Ia diberi nama kerana untuk tahun ini PTS menggunakan konsep sukan sebagai elemen di design dan booth. Rasionalnya ialah kerana tahun ini kita ada dua sukan besar iaitu Euro dan Olimpik yang akan diadakan pertengahan tahun nanti. Jadi kami mahu pastikan semangat sukan yang tinggi itu dapat disamatarafkan dalam semangat membaca dikalangan pengujung booth PTS.
“Tahun ini juga kami akan menyediakan lebih 1000 judul buku di Arena PTS. Jadi jangan lupa singgah dan dapatkan tawaran terbaik kami.” katanya.
Selain itu, konsep sukan ini juga diseleraskan dengan program-program bersama penulis. Di mana PTS mengwujudkan segmen program yang menggunakan istilah sukan. Antaranya ialah:
-
Tokoh Arena
-
Aksi arena
-
Formasi Buku
-
Lancar @ Arena
-
Seminar Arena
-
Arena Syok!
-
Gelanggang Remaja
-
Arena Novelis
Teruskan update bersama PTS untuk mengetahui pengisian segmen-segmen ini.
Buat semua peminat buku PTS, ayuh kita terjah arena buku PTS di Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) 2012 yang akan bermula pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 nanti. Jumpa di sana!
Kuala Lumpur - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan kepada seorang remaja yang telah berjaya memenangi pertandingan dalam kempen Seronoknya Cuti Bersama PTS dan MPH 2011.
Saya suka buku PTS kerana seronok, berinformasi dan berkualiti ialah slogan yang digunakan telah menjulang Noor Raihanah binti Mohd Shafie menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan yang julung kali diadakan ini. Katanya beliau sangat gembira dan tidak terfikir untuk memenangi pertandingan ini kerana mengisi borang sekadar suka-suka.
Hadiah yang dimenangi beliau ialah pakej percutian tiga hari dua malam ke Universal Studio di Singapura untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak, tiket Bas Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura. Selain itu, hadiah sampingan lain berupa Sony Handycam Camcorder, buku PTS bernilai RM500 dan baucer MPH bernilai RM300.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Puan Suzi Fadhilah Ismail yang sememangnya mengimpikan untuk membawa suami serta dua orang anaknya untuk ke Universal Studio. Katanya “saya sangat gembira dan sangat terkejut. Memang impian saya untuk ke sana, selain itu, saya sangat bersyukur.” Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nornasehah Nordin. Beliau yang tidak dapat menghadiri majlis telah mewakilkan kakaknya Puan Rabiatul untuk mengambil hadiah. Katanya adiknya memang mengidamkan sebuah kamera digital, dan bersyukur kerana impiannya tercapai.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zafri Hassan selaku Timbalan Pengurus Besar Bahagian Retail dan Tuan Ikram Wazir, Pengurus Besar Editorial. Majlis telah berlangsung di MPH One Utama pada 14 April yang lalu.
Berikut adalah senarai penuh pemenang saguhati yang membawa pulang satu tiket satu hari ke Universal Studio, Singapura dan hamper buku PTS bernilai RM50.
-
Abdul Razak Budin
-
Amirul Amin Bin Abdul Aziz
-
Danish Mirza Bin Azlan
-
Hanita Yaakob
-
Iqbal Hana Binti Mohamed Rusdi
-
Mohd Kamarul Bin Mohamed Salleh
-
Noraini Binti Ahmad
-
Nur Hafieza Abd Somad
-
Sulaiman Shah Abdullah
-
Tan Eng Teng
Karya ahli Kelab Penulis Muda PTS, Nasrin Arisya ini dilihat banyak mengisahkan kehidupan suka duka seorang pelajar dalam mengharungi sebuah kehidupan. Penulis cuba membawa pembaca menyelami dunia kanak-kanak lantas dapat mengimbau zaman silam kita sewaktu kecil.
Mengisahkan Maira, anak bongsu kepada pasangan Amir dan Irdayu yang amat meminati muzik biola. Walaupun pada mulanya minatnya dipendam, namun ayah dan ibunya dapat mengetahuinya juga.
Ketika menjelang sambutan hari jadinya, dia mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya. Ayahnya mendaftarkan dia ke dalam kelas biola. Di permulaan inilah, minatnya dan keinginannya mula bertambah.
Hana, rakan baru Maira semenjak berpindah di sekolah baru sering menemaninya. Bahkan, di dalam kelas pun mereka duduk bersebelahan. Maira semakin serasi dengan Hana memandangkan mereka selalu ke mana sahaja bersama. Hana lah merupakan orang yang pertama mengetahui minat Maira dalam muzik biola.
Maira mendapat perkhabaran gembira apabila mengetahui akan diadakan satu pertandingan biola di sekolahnya. Dia begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turut serta. Ditemani oleh rakan karibnya, Hana, mereka berdua bersama-sama berjumpa cikgu Masni untuk mengambil boring pertandingan.
Novel terbitan PTS One ini akan membuatkan pembaca mengimbau kembali zaman kehidupan kanak-kanak. Sesekali penulis menyelitkan gurau senda dan gelak tawa kehidupan dalam berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Berikut ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-51, di Zenith Hotel, Kuantan pada 13 April 2012.
Pesan Saya kepada 1,500 orang pengetua, demi mengisi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu ... fokus kita adalah Bahasa Melayu.
Langkah pertama kita adalah supaya kita menggunakan Bahasa Melayu Tinggi kerana itulah bahasa intelektual dan bahasa budaya tinggi. Tidak ada peradaban didokong oleh bahasa neka rendah.
Bahasa yang kita tuturkan dan tuliskan, hendaklah betul dan rapi tatabahasanya, sebutannya, ejaannya, dan kosa katanya. Bahasa kita juga mesti berbudi bahasa yang melincirkan iklim komunikasi, dll.
Ingatlah, anak-anak kita belajar bahasa yang baik itu daripada bahasa yang mereka baca, dan bahasa yang mereka dengar. Oleh sebab itu kita mesti menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Dalam hal pengisiannya, dibicarakan betapa pentingnya buku ilmu dan pengetahuan. Bacaan buku sastera sahaja menyebabkan kita tidak menjadi seimbang. Dan teknologi itu terbina atas ilmu dan maklumat.
Betapa pentingnya juga kita memberi perhatian kepada pengisian Bahasa Melayu itu dengan ilmu juga. Dan dalam kekurangan orang pandai bagi menuliskan buku ilmu, kita mesti menterjemah sebanyak yang diperlukan.
Betapa perlunya kita membina pengisian yang dapat menggantikan jagoh yang mereka puja sama ada dalam sukan, dongeng ... Kita perlu ada Super Safee menggantikan David Beckham, Ultra Qalif menggantikan Ultraman, Usop Sontorian ... dan seterusnya. Kita perlu ada AinMaisarah menggantikan Enid Blighton ... Kita mesti ada Empat Puteri menggantikan Snow White and the Seven Dwarfs ...
Seperti yang berlaku di negara Australia dan Amerika Syarikat, pengisian bahan sastera kanak-kanak menunjukkan ada korelasinya dengan kreativiti di negara itu pada tahun-tahun berikutnya ...
Kerja kita banyak, tanggungjawab kita berat, merekayasa transformasi pendidikan.
Pulau Pinang - “Kita berhentilah menuntut sesiapapun supaya memartabatkan bahasa Melayu. Yang perlu berbuat begitu kitalah. Bukan orang lain, tetapi kita”. Itulah sebahagian daripada ucap utama yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan bersempena Seminar Mulia Bangsa Tinggi Bahasa yang di adakan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Seminar dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas.
Selain menitik beratkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi, beliau juga berpesan agar bersama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa yang rapi dan sempurna ejaannya, nahunya, kosa katanya retorikanya. Ini adalah kerana, bahasa Melayu rendah tidak akan dapat menjadi wahana intelek tinggi dan wahana budaya tinggi.
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dipertingkatkan dari segi cara bertutur dan penulisan. Malah, seharusnya dipergiatkan semula penulisan dan penerbitan buku ke dalam bahasa Melayu.
Beliau juga sempat berkongsi gurindam berbunyi,
Apa diharap padi seberang.
Entah berbuah entah tidak.
Entah sudah dimakan pipit.
Apa diharap bahasa orang.
Entah faham entah tidak.
Kita juga yang masih tersepit.
Berikut dikongsikan ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika merasmikan Bulan Bahasa di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban pada 1 Julai 2011.
Slogan MBMMBI ini ada baiknya kita pisahkan menjadi dua objektif yang ternyata sangat berlainan dengan keupayaan yang juga sangat jauh berbeza, iaitu:
1. Bagaimana kita Memartabatkan Bahasa Melayu, dan
2. Bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris.
Adapaun memartabatkan Bahasa Melayu itu tidaklah sesukar yang mungkin kita fikirkan. Bahasa Melayu itu sudah lama bermartabat. Ia sudah dijadikan Bahasa Kebangsaan negara kita Malaysia, semenjak 1957. Rasionel kita menjadikannya Bahasa Kebangsaan kita itu adalah ia adalah sebuah bahasa yang mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa wilayah ini. Malah ia sudah wujud 2,000 tahun dahulu. Dan ia mempunyai ribuan manuskrip dan hikayat, iaitu Bahasa Melayu itu adalah sebuah bahasa yang memang sudah maju.
Oleh sebab itu, memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya adalah untuk kita semua berusaha menggunakannya. Kita perlulah menggunakannya dengan baik dan rapi. Dengan perkataan lain, kita hendaklah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, yang sebutannya, ejaannya, perkataannya, dan tatabahasanya teratur rapi. Malah, ini adalah sebuah modal pada kita. Orang yang menuturkan bahasa yang rapi itu dipersepsi sebagai berpendidikan, berbudaya, bersantun, dan bijaksana.
Izinkan saya memberi sebuah contoh yang paling mudah difahami. Tentu anak-anak semua pernah mendengar orang Afro-Amerika bercakap. Ya, sekarang, bayangkan sekiranya Presiden Obama menggunakan bahasa demikian, apa akan jadi pada pencalonannya ... Tentu beliau tidak akan menang ...
Oleh sebab itu, mulai sekarang, kita martabatkan bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Kedua, bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris? Usaha demikian tidaklah sama dengan usaha terhadap bahasa Melayu. Kita baharu sahaja mula mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah. Dan kita sudah pun mahir berbahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah.
Oleh sebab itu langkah memantapkan bahasa Inggeris itu pastilah bermaksud belajar menggunakan bahasa Inggeris.
Sebagai murid sekolah, kita mesti mengambil sikap positif. Peluang belajar Bahasa Inggeris ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin kita tidak akan dapat berbicara dalam Bahasa Inggeris sefasih orang Inggeris, tetapi kita tentu dapat menguasai kemahiran yang agak baik. Sekurang-kurangnya kita akan dapat bercakap mengenai perkara-perkara biasa seperti bertanya khabar dan berjual beli.
Tetapi saya yakin, kita semua dapat menguasai kemahiran membaca yang tinggi. Apabila kita dapat membaca dengan baik, ada banyak sumber ilmu yang terbuka pada kita. Dan dengan membaca pula, saya yakin kemahiran kita berbahasa akan juga meningkat.
Pesan saya, gunakanlah Bahasa Melayu Tinggi, dengan demikian kita sebenarnya Memartabatkan Bahasa Melayu.
Seterusnya, belajar Bahasa Inggeris, dan berikan tekanan kepada kemahiran membaca, saya yakin Bahasa Inggeris anakanda semua akan menjadi mantap.
Dan kita semua memang dapat menjadi dwibahasa dengan baik, menuturkan Bahasa Melayu Tinggi dengan baik, dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan mantap.
Selamat menjalankan aktiviti Bulan Bahasa, semoga Allah memberi ganjaran yang berganda kepada kita apabila kita melaksanakan usaha yang baik.
Bagi kita yang sebelum ini hanya sekadar mencuba sendiri alatan perisian Adobe Photoshop, pasti akan berasa gembira dengan keputusan yang kita dapat hasil daripada teknik cuba-cuba itu.
Namun, dengan memiliki buku berjudul Adobe Photoshop dan berus ajaib ini, sudah pasti kita akan lebih banyak mengetahui maklumat dan cara-cara yang lebih mudah dan pastinya akan membuahkan hasil grafik yang kelihatan lebih menarik.
Buku 100 peratus halaman bewarna ini dilihat dapat membantu dalam lebih memahami jenis fungsi kegunaan dan teknik yang ditunjukkan. Selain disertakan dengan objek sebagai gambaran contoh, kita dapat lihat perbezaan dengan lebih jelas dan terang disusuli teknik yang berbeza yang digunakan.
Dengan tunjuk ajar satu persatu yang diberikan, sudah pasti membuatkan kerja anda kita lebih mudah.
Buku terbitan PTS Net media ini dilihat dapat membantu kita untuk lebih mengetahui teknik dalam menghasilkan gambar grafik yang lebih cantik. Untuk maklumat lanjut, sila klik buku di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Lima (5) hari sahaja lagi, hari raya untuk industri buku akan menjelma. PTS dan peminat buku pastinya tidak senang duduk dan sangat teruja dalam menanti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi 2012 ini. Setakat ini, persiapan PTS berjalan lancar, namun atas kepadatan dalam persiapan, kami sedikit lewat mengumumkan pemenang minggu keempat yang ini.
Nampaknya, walaupuan masih ada pemenang yang sama seperti minggu lepas, PTS sangat berpuas hati kerana ada nama baru yang menyahut cabaran dalam minggu keempat ini dan memenangi pusingan ini. Tahniah. Semoga kita akan ada nama-nama baru minggu ini dan minggu terakhir nanti.
Dengan rasa terujanya, PTS mengumumkan pemenang baucer RM50 bagi minggu ke empat:
-
FB ID: Aida Nur Iman Herman (IC: 01xxxx-xx-xx50)
-
FB ID: Ficik Yuchiro (IC: 79xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Al Imran (IC: 96xxxx-xx-xx87)
-
FB ID: Muhammad Anuar (IC: 92xxxx-xx-xx29)
-
FB ID: Nadiah Mohd Arshad (IC: 90xxxx-xx-xx90)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke empat ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih berbaki 2 minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Psst.. jangan lupa untuk menukar gambar profile ataupun cover bagi melayakkan kalian memenangi peraduan ini.
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Pertama sekali, PTS memohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang minggu ketiga yang bermula pada 2 hingga 8 April yang lalu. Namun kami pasti ia tidak menjatuhkan semangat pembaca buku PTS untuk terus menghebahkan PTS @ PBAKL 2012.
Tingkatkan kemeriahan pesta buku kali ini dengan meraikan pemenang-pemenang minggu ketiga. Nampaknya ada pemenang yang terus mengungguli senarai setiap minggu. Terima kasih atas komitmen kalian. Kepada yang lain, jadikan ini sebagai pemangkin untuk terus menghebahkan link dan memenangi hadiah bagi minggu ini dan akan datang.
Berikut diumumkan pemenang minggu ketiga:
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Haziqah Khalid (IC: 93xxxx-xx-xx94)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: M Waliyuddin Baharuddin (IC: 88xxxx-xx-xx25)
-
FB ID: Mohd Rajaei bin Mohamad Ali (IC: 84xxxx-xx-xx97)
-
FB ID: Muaz Faris (IC: 92xxxx-xx-xx01)
-
FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke ketiga ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Sebuah lagi karya penulis tersohor Indonesia A. Fuandi kini di pasaran. Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini adalah beliau telah bergabung dengan seorang lagi penulis ternama iaitu Tasaro G.K maka lahirlah Rindu Purnama.
Puan Linda selaku Editor Pengurusan Unit Terjemahan PTS Litera Utama ketika ditemubual berkata, novel ini dipilih untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu kerana jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat dan sesuai dibaca oleh semua golongan.
Selain itu tambah beliau, novel kali ini adalah unik kerana ianya gabungan dua penulis termasyhur indonesia yang sudah terkenal dengan hasil penulisan mereka yang mantap.
Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini ialah bahasa yang dipermudahkan untuk pemahaman, design kulit yang diubah supaya lebih mesra dengan pembaca dan harga yang mampu milik iaitu RM18.00 di semenanjung.
Buku ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Rindu pergi ke Jakarta untuk menyara keluarganya yang miskin. Rindu bekerja sebagai seorang penjual surat kabar, namun pada suatu hari, syarikat berkenaan gulung tikar. Kemudian rakan Rindu mengajaknya untuk ke rumah perlindungan, di sana Rindu bekerja sebagai peminta sedekah. Di disilah bermula segala perjalanan onak liku kehidupan Rindu.
Dapatkan segera Rindu Purnama di booth PTS, PBAKL 2012, semua pengedar PTS di seluruh malaysia atau boleh dapatkannya di PTS Bookcafe dengan diskaun sebanyak 25 peratus.
Setelah setahun menunggu, kini PBAKL edisi 2012 kembali lagi. Keghairahan mula terasa buat semua peminat dan penerbit buku di negara ini. PBAKL 2012 bermula dari 27 April hingga 5 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tuan Aizat Razak selaku pengarah projek bagi booth PTS menjanjikan kelainan dan kepuasan kepada semua. Kali ini PTS membuka 16 booth berbanding 12 booth tahun lepas. Katanya empat buah booth ditambah kerana sambutan yang memberangsangkan selain daripada memenuhi permintaan peminat-peminat buku PTS.
Tambahnya lagi, booth PTS masih berada di lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di Dewan Tun Hussein Onn.
“Dengan motto 'kesesakan itu normal, kelancaran misi kami' kami akan cuba memastikan booth PTS di PBAKL kali ini berlansung dengan jayanya dan membuatkan anda tersenyum lebar.” katanya.
Kepada semua, teruskan melayari Facebook PTS dan laman web PTS bagi mendappatkan informasi-informasi terkini. PTS tidak sabar melihat peminat-peminatnya berpesta ilmu untuk kali ini. Mohon tidak lupa janji temu kita, tanda di kalendar peribadi semua supaya tidak terlepas peluang berjumpa di PBAKL kali ini.
Sebuah karya Al Ghazali Sulaiman yang menceritakan kepahlawanan seorang pemuda dari keturunan Bani Saad. Zubair bin Awwam, anak kepada Awwam bin Khuwailid yang merupakan seorang pejuang hebat pada masa itu.
Di besarkan tanpa kasih sayang seorang bapa, namun ianya tidak menghalang Zubair bin Awwam berjuang bersama-sama baginda Rasulullah hingga akhir hayat baginda.
Kehidupan kecilnya di sulami dengan kehidupan yang sukar. Selepas di ketahui orang ramai bahawa beliau dan ibunya, Saffiyyah binti Abdul Mutalib memeluk Islam, bapa saudaranya Naufal bin Khuwailid yang di gelar singa Quraisy merupakan individu yang tidak dapat menerima hakikat dan terlalu sukar mempercayainya lantas di seksa di hadapan orang ramai.
Namun, keazaman dan keteguhan iman yang dimiliki Zubair, membuatkan Abu Bakar As-Sidiq kagum lalu menawarkan puteri beliau, Asma’ binti Abu Bakar untuk dinikahinya.
Perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah bermula di zaman mudanya lagi. Dengan keberanian dan ketangkasan dimiliki, beliau sering di beri kepercayaan baginda untuk menjadi watak penting dalam beberapa siri peperangan.
Ketokohan dan kebijaksanaan dalam peperangan membuatkan beliau disanjungi kawan dan dihormati pihak lawan. Namun, sedikitpun tidak menggoyahkan imannya untuk terus berjuang bersama Rasulullah bagi menegakkan kebenaran.
Selepas kewafatan Rasulullah, sistem pemerintahan bertukar tangan kepada sahabat. Dengan cabaran dan dugaan dihadapi oleh mereka semasa memerintah, namun ianya dapat di selesaikan dengan baik.
Zaman keruntuhan perpaduan sesama Islam selepas era kegemilangan Islam dalam menakluk dan memerintah dengan adil kelihatan seperti mula berlaku. Dengan niat jahat, dendam kesumat dan tipu muslihat Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, di lihat bejaya memecah tembok perpaduan orang-orang Islam dan di lihat punca titik-titik awal perpecahan di kalangan orang-orang Islam.
Novel sejarah Islam ini banyak mengupas sejarah dan kisah-kisah perjuangan para sahabat ketika era perperangan bersama Rasulullah. Ayuh, kenali Zubair dengan lebih dekat dan klik sahaja imej buku dibawah bagi maklumat lanjut.
Siri inspirasi wanita terbitan PTS Millenia ini banyak mengupas erti cinta yang sebenar. Selain untuk mencapai dan mendapat keredaan Allah, setiap individu perlu mengetahui maksud erti cinta sebenar berlandaskan syariat Islam.
Memang fitrah, setiap manusia memerlukan cinta dan dicintai. Namun, ia hendaklah dipandu ke arah landasan yang mahmudah.
Penulis sedikit sebanyak mengajak pembaca bagi memupuk suasana mahupun persekitaran yang ‘harmoni’ ketika berada di dalam alam percintaan. Selain berkasih sayang sesama insan, penulis juga menyelitkan beberapa kisah untuk dijadikan teladan kepada generasi masa kini agar menilai erti makna cinta itu dengan konteks yang meluas.
Penulis juga cuba menggambarkan betapa manisnya cinta jika di sulami dengan pemikiran matang dan waras tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir ataupun gangguan yang tidak beretika. Perasaan sayang yang melampau terhadap pasangan yang bukan muhrim juga dilihat menjadi punca awal seseorang itu akan hanyut dalam dunia ciptaanya sendiri.
Buku Istikharah Cinta ini dilihat mampu membuka ‘pemikiran’ pembaca selain memandu mereka ke arah mencari erti cinta yang hakiki. Sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat, buku ini juga di sertakan dengan maksud ayat Al-Quran dan hadis dalam menjelaskan lagi tentang kebahagian yang di cari.
Untuk maklumat lanjut, klik imej buku di bawah. Dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran.
Benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan apabila wujudnya sebuah pemerintah yang ketuanya baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik.
Hanya selepas 800 tahun sabda Rasulullah ini, penaklukan kota yang menjadi rebutan ketua pemerintahan ketika itu, benar-benar berlaku semasa pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau yang berusia 21 tahun ketika itu dengan berani, gagah dan bersemangat pahlawan kental berjaya mengancurkan keegoan musuh Islam yang sudah lama menjadikan kota itu sebagai pusat pemerintahan.
Dilantik sebagai pemimpin negara seusia 19 tahun dari ayahandanya Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menunjukkan kecerdasan otaknya dalam menangani beberapa masalah yang timbul. Ditemani oleh ulama yang terkenal pada zamannya, Syeikh Bayram dan disusuli dengan anak muridnya, Syeikh Syamsuddin Al-Wali, didikan agama yang diberikan kedua ulama ini mempengaruhi kehidupan beliau.
Berbekalkan dengan hadis Rasulullah yang tersemat utuh di hati, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh bertambah bersemangat dalam cuba menakluk kota Konstantinopel. Dipelajari ilmu perang dari bapa saudaranya, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh terus gagah dan mahir dalam ilmu perang dalam usaha memerangi musuh Islam.
Walaupun di anggap terlalu muda memegang tampuk pimpinan, namun sebenarnya ianya jauh dari pemikiran rakyatnya ketika itu. Dengan bersikap penuh tawadduk dan rendah diri, Sultan Muhammad Al-Fateh tanpa segan silu mendengar setiap cadangan mahupun buah fikiran dari para menterinya dengan mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw.
Selepas 52 hari bertempur dengan pihak musuh pimpinan Maharaja Konstantine, akhirnya kota yang menjadi rebutan itu, jatuh ke tangan Islam. Pimpinan hebat dari Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membuahkan hasil di samping usaha keras dan gigih dari pejuang Islam bagi merebut syahid di jalan Allah.
Perisitiwa agung ini, terus menjadikan Islam tersebar luas di beberapa negara Eropah. Dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik menjadikan pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh terus disanjungi rakyat dan digeruni lawan.
Buku karya Abdul Latif Talib ini sedikit sebanyak akan membuatkan pembaca merasai ‘semangat’ seperti semangat jihad tentera Turki menakluk kota Konstantinopel. Buku ini sesuai di jadikan contoh kepada generasi muda masa kini dalam usaha untuk menegakkan syariat Islam disamping mengambil inspirasi pimpinan berani Sultan Muhammad Al-Fateh.
Walaupun masa berganti masa, zaman berubah mengikut zaman, golongan yang berilmu senantiasa menjadi insan yang dihormati dan disanjungi. Tanpa ilmu, seseorang itu tidak dapat membuat keputusan yang jauh lebih bijak berbanding dengan orang yang berilmu.
Dewasa ini, kita selalu didedahkan dengan kempen budaya membaca. Slogan kempen membaca seperti Rajin Membaca Pasti Berjaya dan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya begitu dekat dihati masyarakat kerana ia mencerminkan kejayaan seseorang. Slogan ini juga boleh dilihat secara meluas di dada akhbar, iklan di televisyen mahupun di tempat-tempat awam.
Senario ini dilihat berjaya ‘memujuk’ masyarakat untuk mengamalkan cara baru dengan lebih kepada ke arah penambahan ilmu pengetahuan. Namun, ianya tidak akan tercapai sekiranya masyrakat hanya mengagungkan slogan semata-mata tanpa mengamalkan budaya membaca ini.
Keperihatinan kerajaan dalam pendidikan negara cukup terpuji. Dasar negara yang mahu melahirkan generasi ilmuan yang ramai, seharusnya membuatkan generasi muda menyahut cabaran ini seiring dengan perubahan global yang semakin mencabar.
Di PTS, kami menerapkan konsep ‘pembacaan’ kepada masyarakat dalam usaha melahirkan ilmuan dan cendekiawan negara. Selain menerbitkan buku-buku yang berkonsepkan sistem pendidikan negara, kami juga mendidik masyarakat agar lebih berilmu dan dekat dengan dunia buku.
Buku-buku terbitan PTS seperti Islamika, Darul Furqan, Litera Utama, Millennia, Profesional, Pop dan lain-lain banyak menerbitkan buku-buku yang sememangnya dapat memberikan kesan pembacaan kepada masyarakat. Diterapkan dengan konsep syariah sebagai teras utama, sudah pasti ianya mampu membuatkan pembaca menghayati serta memahami penggunaan bahasa yang sebenar.
Terjah di pasaran! Buku Pengantin Al-Quran terbitan PTS Darul Furqan yang baru menerjah pasaran ini menceritakan perihal seseorang itu sebelum memasuki alam rumah tangga. Di huraikan dengan terperinci maksud perkahwinan dalam Islam, ia di lihat dapat membantu pembaca memahami dengan lebih jelas.
Perasaan cinta yang diwujudkan oleh Allah begitu hebat jika manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Menurut pandangan Ibn Qayyim al-Jauziah, “Kerana cinta dan demi cinta langit dan bumi diciptakan, dan atas dasarnya makhluk diwujudkan, demi cinta seluruh planet beredar dan dengnnya juga semua pergerakan tiba di tujuannya serta bersambung awal dan akhirnya. Dengan cinta, semua jiwa meraih harapannya dan mendapat idamannya, serta terbebas daripada semua yang meresahkannya.”
Perkahwinan merupakan fitrah kehidupan. Setiap mahluk di muka bumi dijadikan berpasang-pasangan. Perkahwinan juga merupakan ibadah dan sunnah Rasulullah. Ini bertepatan dengan hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim melalui Anas Bin Malik yang bermaksud, "Pernikahan adalah sunahku. Sesiapa yang tidak suka dengan cara hidupku, maka dia bukan daripadaku."
Buku karya Muhamad Quraish Shihab ini sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang sudah berkahwin dan mahu melangkah ke alam rumah tangga. Dipecahkan kepada beberapa tajuk yang berunsurkan nasihat, ianya dilihat mampu membina keluarga sakinah.
Sesuai dengan tajuknya, Pengantin Al-Quran, buku ini di garap dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan dengan nas-nas Al-Quran dan hadis. Klik imej buku di bawah bagi maklumat lanjut dan pembelian secara online.
Abdul Latip Talib, seorang penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. Karya beliau seperti Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin, Imam Syafie: Pejuang Kebenaran, Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel dan banyak lagi mendapat tempat di kalangan pembaca. Plot ceritanya yang disusun teratur dan menarik, sudah pasti membuatkan pembaca dapat mengetahui dengan mendalam.
Buku siri novel Islami Mustafa Kamal Ataturk ini merupakan salah satu daripada beberapa novel Islami yang lain yang cuba merungkai sejarah latar belakang kehidupan seorang yang di gelar penegak agenda Yahudi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa Mustafa yang dilahirkan pada 19 Mei 1881 ini merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghapuskan sistem pemerintahan Islam di Turki dan banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dalam Islam seperti menjadikan masjid sebagai muzium dan gudang, menukarkan azan ke dalam bahasa Turki, membiarkan maksiat berleluasa dan sebagainya.
Rentetan peristiwa ini, Mustafa menjadi sanjungan barat yang menganggap beliau penggerak dalam menghancurkan Islam. Dengan pelbagai aturan dan sistem di ubah, beliau menjadikan sistem khalifah yang menjadi teras dalam pentadbiran sebelum ini, hilang begitu sahaja.
Latar pendidikan Mustafa sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan beliau. Mendapat pendidikan Inggeris setelah berkeras mahu menyambung pengajian dalam aliran itu berbanding saranan ibunya yang mahu beliau menjadi seorang berilmu dalam agama, beliau seterusnya melanjutkan pengajian di dalam akademi tentera.
Bertitik tolak dari inilah, beliau dapat menempatkan diri ke dalam pemerintahan khalifah secara ‘perlahan-perlahan’ dalam usaha ingin menghapuskan institusi khalifah ini.
Dengan menggunakan kelicikan dalam mempengaruhi sesuatu keputusan, beliau juga terkenal dengan sikap tidak berputus asa dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan prinsip hidup.
Memilih sistem presiden dalam pentadbiran, ianya dengan mudah meluaskan lagi cita-cita beliau yang ingin menjadi seorang ketua negara yang berkuasa mutlak walaupun tidak disukai oleh rakyat Turki.
Novel Islami yang sarat dengan kisah-kisah petualang yang khianat terhadap agama Islam ini,wajar dijadikan iktibar generasi muda.
Kemeriahan dan bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 terus dirasai. Ayuh, kita raikan 10 pemenang minggu ke dua ini. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mempromosikan kempen Hebah dan Menang PBAKL 2012 ini.
-
FB ID: Cerita Mamat (IC: 94xxxx-xx-xx75)
-
FB ID: Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
-
FB ID: Aizen Sousuke (IC: 80xxxx-xx-xx73)
-
FB ID: Azrinah Al-Fateh (IC: 91xxxx-xx-xx20)
-
FB ID: Saiyidah Omar II (IC: 94xxxx-xx-xx12)
-
FB ID: As Raf (IC: 90xxxx-xx-xx65)
-
FB ID: Randy Pangalila (IC: 97xxxx-xx-xx54)
-
FB ID: Arina Nasir (IC: 94xxxx-xx-xx52)
-
FB ID: Mohd Shafeq Feq (IC:91xxxx-xx-xx31)
-
FB ID: Zahirul Nukman (IC: 93xxxx-xx-xx05)
Kami tidak sabar bertemu semua pemenang di booth PTS nanti. Tahniah buat semua pemenang minggu ke dua ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000.
Jangan lupa untuk membawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Masih ada banyak minggu lagi. Ayuh kita Hebah & Menang PBAKL 2012 ini!
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Aura penyerang prolifik negara, Mohd Safee Sali diteruskan lagi dengan pelancaran komik Super Safee #1: Kelahiran Bintang yang dilancarkan semalam. Majlis pelancaran yang di adakan di Padang Bola Sepak Taman Permata, Hulu Kelang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran raja bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat.
Komik bola sepak terbitan PTS Pop ini adalah merupakan sebuah komik yang julung kalinya diterbitkan berkisahkan mengenai suka duka, gelak tawa dan drama Safee Sali dalam menceburkan diri dalam dunia bola sepak.
Dengan hanya berharga RM 6.90, komik yang berunsurkan pengajaran dan teladan ini sudah pasti akan membuatkan pembaca berpuas hati memilikinya. Selain itu, hasil pendapatan komik ini akan di salurkan ke pusat kebajikan seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pts.com.my atau datang terus ke pameran buku PTS. Ayuh kawan-kawan, apa tunggu lagi. Cepat dapatkannya di pasaran sekarang.
Kuala Lumpur - PTS menganugerahkan ‘Anugerah Platinum’ kepada Kedai Buku Popular di atas jualan buku 1 Hari 1 Resepi sebanyak 50 000 naskhah. Jualan sebanyak ini dicatat pada bulan November 2011 yang lalu.
Satu majlis ringkas diadakan di ibu pejabat Popular di mana pihak PTS diwakili oleh Timbalan Pemasaran PTS, En. Aizat Razak. Manakala pihak Popular diwakili oleh En. Chew Cheong Tat, selaku Merchandising Manager, English Department.
Menurut En. Chew, beliau begitu teruja dengan anugerah ini dan berharap berharap agar jualan buku ini terus menerus meningkat pada masa hadapan. Beliau memaklumkan, sasaran seterusnya yang ditetapkan oleh pihak Popular adalah sebanyak 100,000 naskah dan cuba mencipta rekod di Malaysia Book of Record bagi Jualan buku masakan tertinggi.
Menurut En. Aizat pula, penganugerahan ini sememangnya layak di berikan kepada pihak Popular hasil komitmen terbaik mereka dalam mempromosikan dan bertungkus lumus menjual buku ini. Selain itu, Chef Hanieliza turut akan dianugerahkan anugerah yang sama.
Katanya lagi, bagi menyokong pihak Popular dalam mencapai sasaran jualan mencecah 100 000 naskhah pada bulan Mei ini, PTS dan Popular mengadakan akan mengadakan satu kempen khas.
Kempen khas ini diberi nama 'Senangnya memasak bersama @ Popular'. Kempen ini akan bermula 15 April ini di semua outlet diseluruh Malaysia. Hadiah lumayan menanti para pembeli iaitu baucar membeli belah sebanyak RM1,000 beserta dengan hadiah-hadiah lain.
Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu, anda mungkin Chef Hanieliza yang seterusnya.
Kempen 'Hebah & Menang' sudah pun bermula 19 Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang akan bermula 27 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rasai kemeriahannya dengan meraikan pememang minggu pertama.
Tahniah buat pemenang!
Seperti yang dijanjikan berikut adalah senarai penerima baucar berjumlah RM50.
- Lyssa Faizureen (IC: 92xxxx-xx-xx42)
- Sunah Mohammad (IC: 87xxxx-xx-xx16)
- Najwan Shaharum (IC: 92xxxx-xx-xx59)
- Khairi Omar (IC: 90xxxx-xx-xx57)
- Nur Sakinah (IC: 90xxxx-xx-xx94)
- Mohd Shafeq Feq (IC: 91xxxx-xx-xx31)
- Najieha Taufik (IC: 93xxxx-xx-xx42)
- Hazwan Mujahid (IC: 89xxxx-xx-xx11)
- Azrinah Al-Fateh (IC:91xxxx-xx-xx20)
- Naim Mahadi (IC: 92xxxx-xx-xx49)
Tahniah dan terima kasih atas kesudian menyertai kempen ini. Teruskan usaha untuk hebah dan menang dan rebut peluang menangi baucar PTS berjumlah RM1000. Bawa IC dan tunjukkan di kaunter informasi, Booth PTS bagi mendapatkan baucar yang dimenangi.
Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha hebah dan menang bagi merebut baucar mingguan seterusnya.
Jumpa kami di Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada 27 April nanti.
Sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan Rasulullah semasa awal permulaan Islam mendapat tentangan yang cukup hebat di kalangan kaum Arab Quraisy. Walaupun ditentang oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Lahab, namun usaha dakwah baginda tetap diteruskan dan dibantu oleh beberapa sahabat baginda.
Perjuangan yang pada mulanya dianggap menghina agama sebelumnya namun, dengan pertolongan Allah mengatasi segala-galanya sehingga menjadikan agama Islam terus mekar dan subur hingga ke hari ini.
Buku istimewa Ensiklopedia Sejarah Muhammad terbitan PTS Islamika ini merangkumi sejarah awal baginda Rasulullah. Buku yang menceritakan secara terperinci kisah Rasulullah ini diterbitkan dalam tiga jilid berpandukan sumber-sumber yang benar.
Promosi diskaun yang ditawarkan bagi edisi lengkap ini sehingga 30-40% boleh didapati secara online dan boleh didapati secara terus di pameran buku Bookcafe PTS.

Pengumuman keputusan peperiksaan SPM sudah pun diumumkan. Sama ada mengenggam sebuah kejayaan atau sebaliknya, namun yang pasti setiap pelajar harus optimis dengan keputusan yang mereka perolehi.
Ada yang awal-awal lagi sudah merancang untuk menyambung belajar di menara gading, namun tidak kurang juga mahu menyambung belajar dalam bidang automotif. Bagi mereka yang sudah ditetapkan bidang pengkhususan yang akan di ambil oleh keluarga, pastinya tidak memikirkan sangat berbanding rakan mereka yang lain.
Melihat senario alam pekerjaan sekarang, sudah pasti pelajar digalakkan membuat penelitian terlebih dahulu. Realitinya, seseorang itu tidak terjamin pekerjaannya walaupun mengenggam segulung ijazah.
Justeru, sebagai panduan, elok sekiranya pelajar itu berbincang bersama ibubapa ataupun mereka yang berpengetahuan bagi menerangkan bidang pengkhusuan yang bakal mereka ceburi.
Pendedahan ini amat wajar didedahkan kepada pelajar dalam membuat pilihan bagi membantu mereka mencongak kerjaya di masa hadapan.
Di PTS, kami menerbitkan beberapa judul buku bagi memudahkan pelajar menjadikan panduan. Buku-buku seperti Hidup ini pilihan dan Bijak Berfikir: Langkah Demi Langkah ini dilihat dapat membantu pelajar merangka hala tuju mereka.
Contoh-contoh buku ini juga ada menyertakan motivasi, cara kepimpinan dan juga langkah-langkah menuju kejayaan yang gemilang. Sudah tentunya, ianya amat berguna untuk dijadikan rujukan pelajar dalam menempuhi alam pengajian tinggi kelak.
Dengan kepakaran yang di anugerahkannya, Prof. Dr Muhaya cuba mendekati masyarakat untuk memberikan mereka sedikit bimbingan untuk dijadikan panduan hidup.
Sebuah buku yang sarat dengan jawapan yang lebih kepada kata-kata nasihat sudah pasti menjadikannya sebuah buku yang pasti dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Berkisar kepada soalan-soalan yang ditanya pelajar beliau sama ada di dalam kelas, ketika forum mahupun program motivasi ianya dapat membantu pembaca melihat jawapan dari luar kotak pemikiran.
Buku ini dipecahkan kepada beberapa bab seperti:
Bahagian 1: Pelajaran
Bahagian 2: Fesyen
Bahagian 3: Perhubungan
Bahagian 4: Kesihatan
Bahagian 5: Kewangan
Bahagian 6: Dilema dalam Diri
Bahagian 7: Persahabatan
Bahagian 8: Politik
Bahagian 9: Disiplin
Selain menekankan format soalan dan jawapan, gaya bahasa buku terbitan PTS Millenia ini mudah difahami dan sesuai dijadikan bahan rujukan. Sesuai dengan pesanan beliau, hendaknya buku dakwah beliau ini dibaca seberapa kerap kali bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan beretika tinggi.
Buku setebal 128 muka surat ini hanya berharga RM 15.00 /RM 17.00 sahaja dan ianya sesuai dijadikan bahan bacaan umum disamping isinya ringkas, mantap dan padat.
Laman sosial Facebook kini kelihatan menjadi fenomena dalam masyarakat kita. Tanyalah kepada sesiapa pun, rata-rata jawapan yang diberikan pasti mengetahui apa itu Facebook. Namun, sejauh manakah kita tahu laman sosial ini memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.
Kepekaan penulis untuk memberi panduan dalam penggunaan Facebook amat baik sekali. Di sertakan dengan kata-kata nasihat dan saranan, ianya sudah pasti memberi kesan kepada pengguna lebih-lebih lagi buat golongan remaja.
Dengan gaya bahasa yang bersahaja, penulis cuba merungkai permasalahan yang lazim dilakukan ke arah jalan di redai Allah. Bemula dengan pengenalan mengenai Facebook, penulis menyertakan beberapa maklumat yang pengguna perlu tahu dan menyebar luaskannya.
Mengambil contoh, penulis memberi gambaran betapa bahayanya seseorang itu jika terlalu beremosi dalam meluahkan perasaan hatinya di laman Facebook kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada pasangan, jika sudah berkahwin atau kehidupan seharian. Jika isu ini di ambil pandangan, betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan. Impaknya amat besar sekali jika tidak ditangani dengan kadar segera. Ianya akan lebih membimbangkan jika di ambil kira dengan komen-komen yang bakal muncul dari kawan sepejabat, kawan sekolah mahupun kawan yang mengenali.
Seiring dengan fenomena ini, PTS Islamika menerbitkan sebuah buku yang berjudul Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. Dengan memilikinya, sudah pasti anda merasakan puas apabila membacanya. Di sokong dengan ayat-ayat Al-Quran dan nas-nas hadis sahih, sudah tentu dapat memberi pemahaman lanjut mengenainya.
KL Sentral bakal dimeriahkan lagi dengan pesta buku pada hujung bulan ini. Sebelum ini KL Sentral hanya dikenali sebagai hub pengangkutan awam, kini ia menjadi medan jualan buku. Respon yang sangat positif dan tempat tumpuan ramai menjadi faktor utama pihak penganjur mengadakan pesta ilmu ini.
PTS turut menyokong penganjuran pesta ini. Dapatkan buku-buku terkini dan bestseller di booth PTS iaitu nombor 9 hingga 11. Berikut adalah butiran lanjut berkaitan Pesta Buku Sentral:
Lokasi: Aras 2, KL Sentral
Tarikh: 23 - 31 Mac 2012
Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam.
Baucar Buku 1 Malaysia juga turut diterima. Baca buk... biarlah selalu.
Jumpa kami di sana!
Fotografi didefinisikan sebagai proses rakaman cahaya yang dapat menghasilkan gambar atau foto. Kualiti sesuatu gambar itu bergantung pada ketelitian dan teknik bagaimana seseorang memilih cahaya yang baik sewaktu mengambilnya.
Bagi pelancong-pelancong yang suka mengembara semestinya mengambil gambar adalah perkara yang wajib. Untuk dijadikan kenangan yang terindah dan koleksi untuk tatapan sekeluarga. Tanpa mengetahui teknik-teknik mengambil gambar dengan betul, ia akan membantutkan dan mencacatkan gambar. Menjadi satu kemestian apabila keluar berjalan mereka tidak pernah lupa membawa kamera yang sarat dengan pelbagai aksesori.
Dewasa ini, kita dapat lihat lambakan buku berkaitan dengan fotografi yang dijadikan rujukan dan sumber. Semuanya adalah bagi memantapkan dan membiasakan diri dengan dunia fotografi. Informasi dan maklumat berkaitan fotografi ini juga boleh didapati di laman web seperti internet, Facebook, blog dan sebagainya. Semuanya berada di hujung jari.
Selain itu juga, terdapat pelbagai bentuk posisi dan sudut bagi mendapatkan gambar yang menarik. Antaranya mengambil gambar di waktu pagi kerana pemandangannya yang masih segar dan nyaman. Begitu juga, merakam foto landskap pada waktu menjelang senja yang mempunyai keaslian cahaya keemasan. Waktu ini adalah peluang terbaik bagi menghasilkan foto-foto silhouette. Jurugambar perlu kreatif dan mempunyai kelebihan mencipta dalam mempelbagaikan bentuk yang subjektif apabila mengambil gambar.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan buku Travel Photography di PTS NetMedia. Terdapat pelbagai info dan input berguna bagi mengupas dunia fotografi. Antara kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah bagaimana mendapatkan hasil foto seperti yang diinginkan. Penerangan bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, tips menyunting foto dan sebagainya. Semestinya berjalan-jalan sambil merakam foto adalah pengalaman yang menyeronokkan! Segala persoalan anda pasti terjawab. Segalanya ada di sini. Klik!
Baru-baru ini industri buku kecoh dengan penerbitan novel-novel yang mengandungi elemen-elemen 'tidak baik' yang dikatakan berleluasa di pasaran. Penerbitan novel-novel ini seakan tiada pemantauan daripada pihak berwajib.
Penerbitan buku-buku seperti ini akan memberi satu perspektif yang negatif buat ibu bapa yang membelanjakan wang mereka dalam menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak mereka. Namun, sebenarnya, ibu bapa mahupun golongan remaja masih banyak alternatif dalam memilih jenis bahan bacaan. Antaranya adalah buku-buku terbitan PTS sendiri.
Prinsip Penerbitan PTS sangat jelas dalam menerbitkan buku iaitu mematuhi hukum syariah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Prinsip ini disokong penuh oleh Ketua Unit PTS One iaitu Puan Mazlia Murat dalam kenyataannya memaklumkan penggunaan Bahasa Melayu standard dititik beratkan kerana pembaca utama PTS One adalah pelajar. Selain itu PTS One berusaha memastikan produk yang diterbitkan tidak melanggar syariah Islam dan mempunyai nilai moral.
Turut bersetuju dengan pendapat ini ialah Ketua Unit PTS Litera Utama, Cik Puan Haryani Kamilan. Beliau mengatakan bahawa PTS Litera terbuka dalam pemilihan tema penulisan mengikut kreativiti penulis, asalkan ianya mematuhi syariah, menjaga kualiti gaya bahasa dan olahan, menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan berpegang pada prinsip memandaikan bangsa. Antara kategori novel yang diterbitkan dibawah PTS novel adalah novel sejarah islam, i-novella, novel tauhid, Syok, novella dan novel terjemahan.
Komitmen mematuhi prinsip ini turut diperkuatkan dengan jaminan yang diberikan oleh Pengurus Besar Editorial PTS, Tuan Ikram Wazir. Beliau akan memastikan setiap karya yang diterbitkan dari pihaknya tiada mengandungi elemen-elemen lucah. Beliau menambah, PTS adalah penerbit novel Bahasa Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan patuh syariah sebagai komponen utama.
Katanya lagi, kedua-dua ini teras kepada usaha kami bagi memandaikan bangsa menggunakan wahana novel. Kami memberi jaminan sepenuhnya yang mana novel terbitan PTS akan terus mendukung nilai-nilai agama dan dipersembahkan dengan bahasa yang seseuai untuk pembaca.
Konklusinya, pendukung tenaga kerja PTS akan sentiasa memastikan buku-buku yang diterbitkan oleh mereka mesti mematuhi prinisp utama ini iaitu mempunyai ciri-ciri memandaikan bangsa, mematuhi hukum syariah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
Siri ke dua ini adalah kesinambungan daripada artikel kempen Fotografi Mudah @ PTS yang lalu. Bahagian ini akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai elemen lain yang diterapkan dalam buku-buku fotografi.
Menurut Puan Mazniza lagi, buku-buku fotografi yang diterbitkan menerusi kempen ini mempunyai teks yang sedikit dan memuatkan lebih banyak gambar contoh dan panduan langkah demi langkah yang mudah difahami serta menggunakan terma yang biasa digunakan jurugambar.
Tambahnya lagi, tips daripada pakar juga turut dimuatkan selain daripada jawapan kepada soalan yang sering ditanya dan juga jawapan kepada hasil kesilapan fotografi.
“Panduan langkah demi langkah setting kamera, cara editing gambar, tutorial mendapatkan gambar yang menarik serta cara penggunaan kamera yang betul juga turut dimuatkan. Selain itu, kesemua buku-buku ini mempunya lebih 80 halaman supaya ia dapat memuatkan setiap pekara penting yang perlu diketahui setiap pembaca”, ujarnya.
Ditanya mengenai elemen amatur dan professional beliau berpendapat bahawa, amatur adalah sesiapa sahaja yang mempunya kamera dan tahu menggunakannya manakala professional pula golongan pengguna kamera yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan dan dikenali.
Jangan ketinggalan untuk memiliki setiap satu naskhah berharga ini dengan potongan sebanyak 25 peratus di PTS Bookcafe. Selain itu turut dipromosikan di dalam katalog Popular Book Club (Pop Club) bagi keluaran Mac dan juga diiklankan dalam Majalah Mutiara Minda keluaran Mac, terbitan MPH. Dapatkan juga di kedai-kedai buku yang berdekatan.
BRUNEI - Kemeriahan Pesta Buku Brunei yang sedang berlangsung ketika ini di Dewan Persidangan Antarabangsa, Brunei akan bertambah meriah dengan kehadiran dua chef PTS yang akan turun padang mengadakan Siri Jelajah Selera PTS @ Brunei 2012.
Pesta buku anjuran Dewan Bahasa Pustaka Brunei ini sudah pun bermula 25 Februari yang lalu dan akan berakhir pada 4 Mac 2012. Pustaka Remaja yang dilantik sebagai pengedar rasmi buku-buku PTS amat berbesar hati menjemput dua chef PTS bagi mengadakan program jelajah ini di Brunei.
Luangkan masa bertemu dua chef terhebat iaitu Chef Hanieliza dan Chef Hussin Khan di pentas utama, Pesta Buku Brunei pada:
- Tarikh: 3 dan 4 Mac 2012
- Waktu: 11.00pm - 1.00pm (Chef Hanieliza) / 2.30pm - 4.30pm (Chef Hussin)
Buat semua warga Brunei, kami tidak sabar untuk bertemu dan beramah mesra bersama anda.
Fotografi Mudah @ PTS dengan tema 'Pelajari Teknik dan Rahsia Fotografi Sebenar!' akan bermula Mac ini. Antara buku yang termasuk dalam kempen promosi kali ini ialah Kuasai Fungsi Kawalan, Travel Photography, Foto Hebat Dengan HDR, Post Wedding Photography, Strobist, Fokus Klik!, dan Foto Hebat Kamera Kompak.
Terdapat enam elemen diperkenalkan dalam kempen ini di mana elemen ini merupakan 'features' kepada buku-buku fotografi terbitan PTS Netmedia.
Puan Mazniza Mohd Nor, Ketua Unit PTS Net Media, dalam kenyataannya mengatakan bahawa, Fotografi Mudah @ PTS adalah kempen penerbitan buku-buku fotografi berdasarkan tajuk-tajuk khusus mengikut kepakaran pengarang mengikut kehendak pasaran.
Elemen utama dalam buku-buku ini adalah diterbitkan dalam saiz yang mudah dibawa di dalam poket ataupun beg kamera. Selain itu, panduan yang diberikan mudah difahami oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi ataupun yang sudah mempunyai asas fotografi.
Tambahnya lagi, buku-buku fotografi adalah 100% mempunyai halaman berwarna. Warna pada gambar juga adalah asli supaya pembaca mengetahui 'output' yang sebenar kepada setting yang diajarkan.
Bagi mengetahui lebih lanjut lagi elemen-elemen seterusnya, jangan lupa nantikan artikel akan datang.
Dapatkan diskaun sebanyak 25 peratus di PTS Bookcafe bagi pembelian online mahupun walk-in. Selain itu turut dipromosikan di dalam katalog Popular Book Club (Pop Club) bagi keluaran Mac dan juga diiklankan dalam Majalah Mutiara Minda keluaran Mac, terbitan MPH. Dapatkan juga di kedai-kedai buku yang berdekatan.
KUALA TERENGGANU – Bermula 23 Februari 2012, Kuala Terengganu akan dimeriahkan dengan Pesta Buku Terengganu yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Jabatan Pelajaran Terengganu. Bertemakan 'Temanku Buku' pada tahun ini, pihak penganjur mengajak semua warga Terengganu dan penduduk negeri yang berdekatan memeriahkan pesta buku ini.
Penganjuran kali ini akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu sehingga 29 Februari 2012. PTS juga tidak ketinggalan melantik pengedar kami, Syarikat Tenaga Tulin bagi membuka booth dan menjual pelbagai judul terbaik terbitan PTS. Pastinya buku-buku bestseller mudah didapati antaranya Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.
Selain itu, istimewanya penganjuran kali ini, adalah penampilan istimewa penulis remaja PTS paling popular iaitu Puan Ain Maisarah pada 25 Februari ini. Kemunculan istimewa ini pastinya amat dinantikan oleh peminat beliau di Terengganu.
Buat pembaca buku-buku motivasi. jangan lepaskan peluang untuk bertemu penulis buku Magnet Diri, Tuan Amin Idris dalam slot Sembang Pagi pada 27 Februari ini. Sembang pagi ini akan bermula pada jam 10.00 pagi.
KEPONG – Hari ini dalam sejarah apabila anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. iaitu PTS Edar Sdn. Bhd. (PTS Edar) menerima pengiktirafan daripada TESCO apabila dianugerahkan sebagai TESCO Preferred Business Partner 2011/12.
PTS Edar merupakan salah satu anak syarikat yang dipertanggungjawabkan melebarkan distribusi buku-buku pts ke pasaraya-pasaraya besar dan saluran-saluan standnews di seluruh Malaysia. Setelah hampir setahun meluaskan rangkaian buku-buku PTS, pagi tadi (21 Februari 2012) di Kepong Village Mall (TESCO HQ), PTS Edar Sdn. Bhd dijemput menerima anugerah ini.
Puan Halimathun, Abdul Rahman selaku wakil PTS Edar hadir menerima anugerah daripada Cikpuan Amanda Cheong. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membuat pesanan dan mempromosi buku-buku PTS di Tesco.
Memetik kata Cikpuan Amanda Cheong, "Tolong hantar senarai buku-buku baru lagi". Ini bermakna Tesco membuka peluang dan ruang diberikan kepada PTS bagi melebarkan jualan di cawangan-cawangan Tesco yang lain.
Semoga PTS terus mekar mewangi diseluruh negara. Tahniah PTS Edar.
Sinonim dengan konsep membeli-belah bersama keluarga, Mydin sedang mengadakan promosi kasih sayang dengan tema All You Need Is Love bermula dari 2 Febuari sehingga 21 Febuari 2012. Sempena kempen ini, Pasaraya Mydin Subang Jaya turut mempromosikan dua buku PTS iaitu Ku Damba CintamuYa Rasulullah dan Act Like A Lady, Think Like A Man edisi Bahasa Melayu.
Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah amat sesuai untuk bacaan keluarga kerana mendidik kita supaya mencintai rasul dengan cara tersendiri. Nilai kasih sayang yang diterapkan dalam buku ini amat mendalam dan sesuai dijadikan panduan oleh setiap lapisan masyarakat.
Manakala bagi buku yang Act Like A Lady, Think Like A Man edisi Bahasa Melayu, ia menjanjikan satu kelainan di mana buah fikiran lelaki mengenai wanita dirungkaikan oleh penulis terkenal Steve Harvey. Ianya sesuai dijadikan panduan bagi golongan wanita menyusuri kotak fikiran lelaki.
Sesuai dengan slogan Why Pay More?, dapatkan kedua-dua buku ini di Mydin Subang Jaya dengan harga RM14.00 bagi buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah dan RM19.00 bagi buku Act Like A Woman, Think Like A man.
Sempena sambutan luar biasa terhadap filem Hafalan Sholat Delisa yang ditayangkan di Astro First ketika ini, PTS turut mengambil kesempatan mempromosikan kembali buku edisi Bahasa Melayu dengan menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus.
Tawaran ini hanya boleh didapati di kedai buku PTS Bookcafe dan pembelian online di www.bookcafe.com.my
Hafalan selat Delisa ini merupakan terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. dan sudah mula menjenguk pasaran pada tahun 2009. Pelbagai testimoni menarik ditemui di laman facebook antaranya:
"Novel yang bagus dan sedih, jalan ceritanya yang ringkas dan penyampaian yang berkesan kepada pembacanya." - Amirul Hafiz .
"Novel ini mengajak kita untuk mendalami kehidupan susah orang lain dan bagaimana mereka menempuhinya. Kaya dengan spiritual sewaktu saya membacanya, merasakan saya berada di dalam sirah ini ketika Tsunami melanda. Tahniah untuk Tere-Liye penulis yang sangat hebat" - Amer Mukhlis
Jadi untuk mengetahui apa yang akan berlaku terhadap anak kecil yang tidak berupaya ini, dapatkan segera Hafalan Solat Delisa di PTS Bookcafe ataupun di mana-mana pengedar PTS di seluruh Malaysia.
Apa yang ditunggu lagi? Segera dapatkan naskhah Tere-Liye. Pastinya kita berpuas hati. Jumpa kami di PTS Bookcafe ataupun layari www.bookcafe.com.my
Mush'ab Bin Umair ditugaskan memegang bendera tentera Islam dalam Perang Uhud. Dalam perang itu, beliau berlawan dengan seorang tentera Quraisy iaitu Ibnu Qami'ah. Mush'ab memegang bendera dengan tangan kanan dan senjatanya berada di tangan kiri. Dalam pertarungan yang sengit, tetak-menetak dan libas-melibas pedang, Ibnu Qami'ah dapat menetak tangan kanan Mush'ab sehingga putus. Mush'ab lantas mencampakkan pedang yang berada di tangan kirinya dan segera menyambut bendera tentera Islam yang hampir jatuh.
Ibnu Qami'ah menetak pula tangan kiri Mush'ab dan bendera itu jatuh ke tanah. Mush'ab merebahkan tubuhnya bagi melindungi bendera itu. Ibnu Qami'ah menikamnya dan Mush'ab syahid di medan Uhud. Ibnu Qami'ah menyangka Mush'ab adalah Rasulullah, kerana wajah Mush'ab seiras dengan Rasulullah. Dia lantas menjerit berulang-ulang kali, “Muhammad sudah aku bunuh.”
Apabila mendengar berita Rasulullah sudah terbunuh, tentera Islam menjadi keliru, kelam-kabut, dan kucar-kacir. Dalam suasana yang gawat dan genting itu, Rasulullah berteriak, “Marilah datang kepadaku. Aku adalah Rasulullah.”
Teriakan Rasulullah menaikkan kembali semangat tentera Islam, tetapi kedudukan Rasulullah juga terdedah kepada musuh. Tentera Quraisy meluru dan menyerbu untuk membunuh Rasulullah. Para sahabat bermati-matian mempertahankan Rasulullah. Dalam keadaan genting itu, sebatang anak panah meluru laju ke wajah Rasulullah. Panah itu menembusi pipi baginda hingga terkena gigi seri di bahagian bawah sebelah kanan. Bibir baginda juga terluka.
Baginda yang cedera terkena panah hanya dilindungi oleh Saad Bin Abi Waqqas. Dalam kekalutan perang, seorang tentera Quraisy dapat mendekati Rasulullah lalu memukul baginda. Pukulan itu kena pada dahi baginda. Kemudian, seorang lagi tentera Quraisy datang dan melibaskan pedangnya ke arah Rasulullah. Libasan itu kena pada baju besi Rasulullah. Libasan seterusnya dihalakan ke arah bahagian kepala Rasulullah. Bahagian atas pipi baginda terkena tetakan pedang itu. Perisai muka dan penutup kepala baginda pecah. Serpihan besi perisai itu menusuk pipi dan melekat di rahang Rasulullah.
Dalam Perang Uhud, tentera Islam mengalami kekalahan selepas menang dalam Perang Badar. Perang Uhud ini sangat mencemaskan sehingga Rasulullah sendiri cedera teruk diancam oleh tentera Quraisy. Rentetan daripada Perang Uhud, Perang Khandaq tercetus dan kemudian Perang Khaibar.
Rentetan peristiwa dan sejarah perang dirakamkan dengan baik sekali dalam buku Perang-Perang Yang Benar. Buku ini diterbitkan oleh PTS. Maklumat lanjut boleh didapati di www.pts.com.my
Dengan bertemakan 'Suburkan jiwa dengan ilmu, sirami ibadat dengan amal' Sinergi Ilmu sekali lagi menganjurkan Ekspo Buku Islam edisi ke 2.
Ekspo ini bermula 24 Februari sehingga 4 Mac 2012. Edisi kali ini akan diadakan di Dewan Cempaka Sari, Precint 3, Putrajaya. Dewan ini berhadapan di Masjid Sultan Mizan ataupun dikenali sebagai Masjid Besi.
PTS juga turut menyokong dengan menawarkan pelbagai buku yang sangat subur ilmunya. Selain itu, luangkan masa untuk hadir memeriahkan program-program di pentas utama antaranya:
- Tarikh: 24 Februari 2012 (Jumaat) - 2pm - 3pm
Aktiviti: Sebarkan CintaMu bersama Fatimah Syarhah
- Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad) - 12pm - 2pm
Aktiviti: Senangnya memasak bersama Chef Hanieliza
- Tarikh: 3 Mac 2012 (Sabtu) - 11pm - 12pm
Aktiviti: Sesi bersama penulis Novel Islami - Zahiruddin Zabidi
- Tarikh: 4 Mac 2012 (Ahad) - 3pm - 4pm
Aktiviti: Mengembara bersama Empat Puteri
Pastinya tidak rugi kita ke sana kerana banyak tawaran yang menanti. Jumpa PTS di Putrajaya.
Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala harta kekayaannya semasa berhijrah ke Madinah. Di sana, Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Saad Bin Rabi, tokoh golongan Ansar yang kaya. Atas dasar persaudaraan Islam yang kukuh, Saad menawarkan separuh kekayaannya untuk diberikan kepada Abdul Rahman. Saad juga rela menceraikan salah seorang isterinya supaya dapat dikahwini oleh Abdul Rahman. Tawaran dan niat baik Saad ini ditolak lembut oleh Abdul Rahman dengan kata-kata yang masyhur ini,
“Saudaraku, semoga Allah memberkati keluarga dan harta benda saudara. Jangan disusahkan tentang diri saya. Yang penting, saudara sudi menunjukkan jalan menuju ke pasar.”
Sahabat-sahabat Muhajirin yang lain juga dipersaudarakan dengan golongan Ansar. Dengan adanya ikatan persaudaraan ini, mereka sanggup memberikan harta benda bagi dijadikan modal bisnes sehingga akhirnya ekonomi Muhajirin dapat dipulihkan. Konsep persaudaraan ini adalah asas tertegaknya empayar pemerintahan Islam di Madinah. Persaudaraan ini juga menjadi asas pembinaan empayar bisnes Abdul Rahman yang berjaya memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.
Islam tidak menganjurkan permusuhan dan persaingan. Islam menganjurkan bantu-membantu dan berlumba-lumba mengejar kurniaan Allah. Persaudaraan Islam yang kukuh adalah networking yang terhebat dalam dunia bisnes.
Abdul Rahman mendapat Saad sebagai saudara dan rakan kongsi bisnesnya. Namun, beliau langsung tidak mengambil kesempatan atau mempergunakan Saad untuk kepentingan diri. Dalam konsep kafilah dagang yang dijelaskan dalam siri kedua, persaudaraan juga menjadi asas kepada kejayaan bisnes kafilah dagang. Ahli kafilah dagang akan bekerjasama menghadapi cabaran di sepanjang perjalanan. Mereka juga bersatu hati mempertahankan kafilah dagang daripada serangan perompak padang pasir.
Keistimewaan dan isi kandungan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf sudah dijelaskan dalam tiga siri ulasan sebelum ini. Daripada ribuan ayat dan puluhan rahsia kekayaan Abdul Rahman, hanya sebahagian yang dapat dikongsikan dalam ulasan yang ringkas ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dan lebih kepuasan, tuan puan boleh mendapatkan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf di kedai buku yang berhampiran. Untuk diskaun istimewa dan penghantaran terus ke rumah, tuan puan boleh melayari www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.
Muhammad diberi pilihan untuk hidup kekal di dunia atau meninggal dunia seperti manusia biasa. Hal ini dijelaskan dalam dialog baginda dengan sahabatnya, Abu Muwaihibah semasa baginda dan Abu Muwaihibah menziarahi perkuburan Baqi'.
“Wahai Abu Muwaihibah. Aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga. Ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”
Abu Muwaihibah berkata, “Wahai Muhammad. Pilihlah kami.”
Muhammad berkata, “Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.” Kecintaan kepada Allah memenuhi hati Muhammad.
Tidak lama kemudian, Muhammad diserang sakit kepala yang amat sangat. Kesakitan para nabi adalah seperti kesakitan dua orang biasa.
Kemudian Muhammad diserang demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke dahi Muhammad, “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu.”
Pada pagi 12 Rabiulawal, sakit Muhammad semakin kuat. Peluh keluar mencurah-curah dari kepala baginda. Aisyah menyapu muka baginda dengan air untuk meredakan kesakitan baginda. Muhammad berkata, “Wahai Aisyah. Sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitan).”
Pada saat kematiannya, Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata, seolah-olah baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir, sama ada memilih hidup kekal di dunia atau segera bertemu dengan Allah. Muhammad berkata, “Bahkan teman sejati di Syurga. Bahkan teman sejati di syurga.”
Aisyah berkata, “Ketika Muhammad mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku. Pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar dari jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepada Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga ke luar rumah.”
Apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Saat kematian Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.
Sempena cuti sekolah pada hujung tahun lepas, PTS mengadakan kempen Seronoknya Cuti @ PTS 2012. Antara aktivitinya adalah dengan mengadakan satu peraduan online iaitu Peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS.
Sesudah 14 pusingan dibuat dan penyertaan seramai 5000 peserta secara keseluruhannya, kini tiba masanya kami mengumumkan senarai pemenang bagi peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS!
Terdapat 13 pemenang yang berpeluang memenangi hadiah utama, kedua, ketiga dan 10 hadiah saguhati.
Berikut adalah senarai nama pemenang yang tidak mengikut turutan kerana keputusan sebenar akan diumukan pada majlis penyampaian hadiah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti:
-
Adlina Nasir (namn2512@yahoo.com)
-
Zakwan Najohan (zakwannajohan@gmail.com)
-
Muiz Kamal (muizdin99@yahoo.com)
-
Atan Jambul (atan.jambul@yahoo.com)
-
Hisyam Wazir (hisyam_1997@yahoo.com)
-
Siti Hajar (aishiteru_ja@yahoo.com)
-
Nurul Ain Najohan (ainfriendz@gmail.com)
-
Aman Motolc (motolc135cc@gmail.com)
-
Nisha Nasir (nismn90@yahoo.com)
-
Ameerul Muhammad (meoryoi@yahoo.com)
-
Far Est (mr_monster22@yahoo.com)
-
Rambut Cekidiri (carlnissa@yahoo.com)
-
Saya Fiyka (Fiyka_meow@yahoo.com)
Tahniah sekali lagi daripada kami di PTS. Kepada semua pemenang, mohon semak emel bagi tindakan lanjut.
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC nanti. Untuk makluman, pesta buku ini akan bermula 27 April sehingga 6 Mei 2012.
Kepada yang kurang berjaya, Insyallah hujung tahun ini akan ada peraduan baru untuk pembaca buku PTS.
Inilah yang dikatakan... Seronoknya Cuti @ PTS!.. Terima kasih atas sokongan semua.
p/s: untuk makluman, nama yang diseneraikan mengikut ID di FB mereka.
Dua orang remaja Ansar menyertai Perang Badar. Mereka bersenjatakan pedang dan mencari-cari musuh Allah, iaitu Abu Jahal untuk dibunuh. Mereka adalah Muaz Bin Amr al-Jamuh, 14 tahun dan Muawwiz Bin Afra, 13 tahun. Mereka meminta Abdul Rahman Bin Auf menunjukkan kepada mereka di mana Abu Jahal berada.
“Ibu saya berpesan, jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya.” Muaz bersungguh-sungguh mahu membunuh Abu Jahal.
“Abu Jahal menghina dan menyakiti Rasulullah. Saya mahu membunuhnya.” Muawwiz menegaskan kemahuannya.
Tiba-tiba seorang tentera Quraisy menyerang Abdul Rahman Bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz melindunginya. Muaz menetak kaki tentera itu menyebabkan dia jatuh tersungkur. Muawwiz pula menikamnya sehingga mati. Abdul Rahman Bin Auf kagum dengan kehebatan dua remaja itu.
Sebaik sahaja Abdul Rahman Bin Auf melihat kelibat Abu Jahal yang berada di bawah sepohon kayu yang rendang, dia menunjukkannya kepada dua remaja itu. Muaz dan Muawwiz terus berlari pantas ke arah Abu Jahal. Abu Jahal berada di atas kudanya dan tidak sedar kedatangan dua remaja itu. Muaz memancung kaki kanan kuda menyebabkan kuda dan Abu Jahal jatuh tersungkur. Dia bertempik marah menahan kesakitan. Dia cuba bangun, tetapi Muaz segera menetak kaki kanan Abu Jahal sehingga terputus. Muawwiz pula menetak kepala Abu Jahal sehingga dia menggelupur kesakitan.
Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Anaknya Ikramah datang melindunginya. Ikramah menetak tangan kiri Muaz hingga terkulai hampir putus. Muawwiz pula syahid dibunuh oleh Ikramah. Kemudian, Rasulullah mengarahkan Abdullah Bin Mas'ud mencari Abu Jahal. Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Abdullah Bin Mas'ud memijak lehernya dan berkata, “Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya. Hari ini Allah menghina kamu.”
Abdullah Bin Mas'ud menghayunkan pedang lalu memenggal kepada Abu Jahal. Akhirnya, tumpaslah musuh Allah itu di tangan tentera Islam.
Babak-babak peperangan Badar ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Perang-Perang Yang Benar, catatan perang yang lengkap dan menyemarakkan semangat jihad.
Siri ulasan seterusnya akan memaparkan detik-detik cemas Rasulullah terkena panah dan ditetak dengan pedang oleh tentera Quraisy dalam Perang Uhud.
“Dalam keheningan kota Madinah, tiba-tiba kedengaran bunyi gerombolan unta memasuki kota. Abdul Rahman Bin Auf pulang dari Syam dengan kafilah dagang, 700 ekor unta yang sarat dengan barang dagangan.”
- Anas Bin Malik
Sistem kafilah dagang atau rombongan bisnes dipraktikkan oleh masyarakat Arab, termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Menurut sejarah Islam, nilai bisnes kafilah dagang Arab mencecah jutaan ribu dinar setahun. Modus operandi sistem ini sama seperti aktiviti import dan eksport sekarang.
Ramai peniaga yang bergabung dalam satu kafilah dagang. Mereka bergerak bersama-sama untuk berurus niaga ke luar negara seperti Syam. Ahli dalam satu kafilah dagang boleh mencecah ratusan orang dan bilangan unta hampir 1000 ekor. Unta adalah pengangkutan utama dan berfungsi sebagai sistem kargo pada zaman itu.
Imam Malik berkata,
“Sudah menjadi tradisi orang Madinah, orang membeli pakaian di sebuah kedai dan membawanya ke kota lain bagi dijual dengan tambahan untung yang disepakati.”
Konsep bisnes yang diamalkan dalam kafilah dagang ini adalah murabahah. Dengan cara murabahah, satu barang dijual dengan harga yang ditetapkan selepas dikira harga kos dan nilai keuntungan. Walaupun keuntungan adalah matlamat utama bisnes, Abdul Rahman lebih mengutamakan keberkatan. Kata-kata beliau yang terkenal adalah,
“Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Bagi mengaplikasikan konsep kafilah dagang ini dengan keuntungan yang optimum, strategi bisnes Tao Zhugong boleh digunakan. Tao Zhugong adalah tokoh pengasas pemikiran bisnes Cina. Strateginya adalah,
“Kenal pasaran dan lakukan jual beli pada waktu keemasan.”
Permintaan pelanggan dan trend pasaran sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan masa, musim, dan cuaca. Bagi memanfaatkan maklumat pasaran, Tao Zhugong dan rombongannya berjalan jauh selama berbulan-bulan bagi mencari pasaran yang sesuai dan mengaut keuntungan yang lumayan.
Hasil gabung jalin antara konsep kafilah dagang dan strategi bisnes Tao Zhugong, kita akan dapat memantapkan aktiviti bisnes supaya keuntungan yang optimum dapat diperolehi.
Dalam siri ketiga, pembaca akan didedahkan dengan konsep persaudaraan Islam yang menjadi asas pembinaan empayar bisnes yang kukuh.
Sebelum Muhammad dilahirkan, ibu baginda iaitu Aminah mengalami satu mimpi yang ajaib. Aminah melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki. Bersama-sama anak lelaki itu, keluar satu cahaya yang menerangi seluruh bumi. Aminah juga melihat dirinya berdoa,
“Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya anak ini diselamatkan daripada semua orang yang dengki kepadanya.”
Semasa mengandungkan Muhammad, Aminah tidak merasa penat atau sakit. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan. Muhammad lahir pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Mengikut ahli sejarah, kelahiran ini berlaku 50 hari selepas peristiwa Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan oleh Allah dengan rejaman batu-batu yang panas daripada burung Ababil.
Banyak perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan Bin Thabit, penyair Rasulullah menceritakan,
“Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, 'Bintang Ahmad muncul di langit.'”
Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan.
Apabila Muhammad dilahirkan, Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi bergegar. Gegaran itu meruntuhkan 14 anjung istana dan memadamkan api sembahan orang-orang Majusi yang tidak pernah padam sejak beribu-ribu tahun. Tasik Sawwah yang berhampiran istana Raja Farsi juga tertimbus disebabkan gegaran itu. Kejadian ini adalah petanda kepada kejatuhan Farsi, kerajaan yang terbesar pada masa itu.
Peristiwa ajaib yang berlaku ketika kelahiran Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.
Dalam siri ketiga, detik-detik kematian Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.
Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan. Matlamat perang bukan untuk menguasai sesebuah negara dan mengaut kekayaan. Perang juga tidak dicetuskan hanya kerana mahu membalas dendam.
Peperangan tidak boleh dimulakan dengan sewenang-wenangnya. Tatkala mahu mempertahankan akidah, mahu menegakkan kalimah Allah, dan mahu mempertahankan diri, ketika itu barulah peperangan dibenarkan. Hanya dengan niat yang benar dan dengan cara yang benar dapat menjadikan perang itu satu perang yang benar.
Novel ini menghimpunkan catatan lengkap empat peperangan yang benar dan masyhur dalam Islam iaitu Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq, dan Perang Khaibar. Keempat-empat peperangan ini dimulakan atas sebab-sebab yang benar, bukan berlandaskan nafsu dan sebab yang palsu.
Dengan gaya penceritaan yang menarik, imaginasi pembaca ditarik masuk ke dalam buku ini dan memasuki sebuah dunia yang berlatar belakangkan padang pasir yang luas. Babak demi babak dalam peperangan ini diceritakan secara terperinci, seolah-olah pembaca sedang menyaksikan peperangan itu dengan mata mereka sendiri.
Setiap satu peperangan yang diceritakan dalam novel ini ada kisah dan kehebatannya yang tersendiri. Strategi demi strategi sudah dirangka, setiap kemungkinan sudah dijangka, dan muslihat musuh sudah diteka. Para pahlawan Islam melangkah gagah menuju ke medan perang. Mereka berperang kerana mahu mati, sedangkan musuh takutkan mati. Untungnya tentera Islam, kalah ataupun menang mereka tetap dijanjikan syurga. Menang ataupun syahid, syurga tetap menanti.
Inilah catatan perang yang membangkitkan semangat jihad kita semua. Apabila membaca kisah para sahabat dan Rasullah sendiri yang bertempur bermatian-matian di medan perang, jiwa kita bergelojak dan kecintaan kepada para pahlawan Islam semakin menyubur.
Dalam siri kedua, pembaca akan dipaparkan dengan babak-babak yang menarik dalam Perang Badar.
Dimaklumkan sekarang ada jawatan kosong di unit pemasaran PTS iaitu Eksekutif Pemasaran PTS (Pengiklanan & Promosi). Berikut adalah bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan:
Bidang Tugas:
-
Menguruskan acara bersama penulis di kedai mahupun di pesta buku.
-
Mengkordinasi bahan-bahan pemasaran PTS.
-
Mengkordinasi kempen-kempen PTS untuk pengedar.
-
Turut terlibat dalam perancangan pemasaran PTS.
-
Merancang dan menguruskan pengiklanan PTS.
Kelayakan:
-
Lelaki (berumur 20 - 35 tahun)
-
Mempunyai skil dalam perancangan strategi.
-
Kreatif, aktif, dan dinamik.
-
Skil komunikasi yang tinggi dan bekerja dengan deadline.
-
Mampu menjadi ahli tim yang terbaik.
-
Mahir menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
-
Memiliki ijazah/diploma dalam bidang berkaitan.
-
Memiliki kemahiran interpersonal dan perwatakan menarik.
-
Mahir menggunakan komputer dan internet.
-
Memiliki lesen memandu D.
Sehubungan dengan itu, Jabatan HRDA sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (shazarina@pts.com.my) ataupun (aizat@pts.com.my)
Maklumat lanjut jawatan yang dipohon, syarat-syarat, borang permohonan dan cara-cara memohon jawatan kosong yang diiklankan, klik:http://pts.com.my/index.php/karier/eksekutif-pemasaran-pengiklanan-promosi/
Sempena bermulanya tahun 2012 Lembaga Pengarah PTS telah bersetuju menubuhkan sebuah jabatan baru, iaitu Jabatan Pemerdagangan Harta Intelek.
Fungsi utama jabatan ini adalah:
1. Menjadikan aktiviti pengurusan harta intelek karya penulis-penulis PTS sebagai sumber perolehan dan keuntungan tambahan bagi penulis dan syarikat.
2. Memasarkan pelesenan harta intelek penulis PTS kepada pihak ketiga di dalam dan luar negara.
3. Menguruskan pelesenan harta intelek dari luar untuk anak-anak syarikat PTS.
Pengurus jabatan ini adalah Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto). Beliau sebelum ini pernah memikul tanggungjawab menguruskan dan memulakan bisnes PTS One Sdn Bhd, dan menerokai laut biru pasaran sastera kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Melayu. Kemudian beliau memikul tanggungjawab memulakan operasi Jabatan Pemasaran PTS.
“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.” - Abdul Rahman Bin Auf
Buku ini menunjukkan langkah-langkah bagaimana Abdul Rahman Bin Auf mampu menjadi jutawan dalam tempoh 10 tahun sahaja. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta. Beliau adalah saudagar tuhan dan sahabat yang disayangi oleh Rasulullah. Kekayaan yang dimiliki tidak melalaikannya, bahkan semakin mendekatkan dirinya dengan pemilik segala kekayaan, Allah yang Maha Kaya. Dalam Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada RM25 juta. Nilai dermanya ketika itu setara dengan nilai 200 dinar, 500 ekor kuda, atau 1500 ekor unta.
Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Abdul Rahman? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab,
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.
Buku ini bukan semata-mata menghamparkan rahsia bisnes Abdul Rahman, tetapi turut dilengkapi dengan panduan bisnes pada masa sekarang. Teknik dan strategi Abdul Rahman dijadikan rujukan asas dan disesuaikan dengan perkembangan bisnes moden.
Buku ini juga membetulkan beberapa salah faham kepada Abdul Rahman yang sering berlegar dalam masyarakat Islam. Antara contoh salah faham yang popular adalah, Abdul Rahman akan masuk syurga dengan cara merangkak. Sebenarnya, hadis yang mencanang-canangkan Abdul Rahman masuk syurga dengan merangkak ini adalah hadis palsu. Sekiranya Abdul Rahman masuk syurga secara merangkak disebabkan hartanya, hal ini sudah cukup menunjukkan celaan kepada harta. Yang dicela sebenarnya adalah mendapatkan harta dengan cara yang salah dan tidak menunaikan kewajipan yang berkait dengan harta.
Dengan perkongsian rahsia kekayaan Abdul Rahman dan strategi bisnesnya, buku ini adalah mutiara yang berharga kepada semua usahawan. Kita juga dapat mengenali peribadi sahabat Rasulullah ini dengan lebih dekat.
Dalam siri kedua nanti, pembaca akan didedahkan dengan strategi kafilah dagang yang dapat menjana keuntungan sehingga jutaan dinar setahu
Salah satu keistimewaan al-Quran adalah bahasanya yang indah. Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita-berita gembira dapat memberikan ketenangan dan keseronokan. Tatkala ancaman azab yang disampaikan, bahasanya dapat menggentarkan jiwa-jiwa yang lalai. Saat membaca al-Quran, kita dapat merasakan Tuhan sedang berkata-kata dengan kita. Sesungguhnya, inilah karya agung yang terindah, diungkapkan pula dengan bahasa yang indah.
Begitu juga karya-karya tulisan manusia. Kehebatan satu-satu karya adalah pada bahasa yang mengungkapkannya. Bahasa bukan sekadar medium untuk membentangkan fakta dan menyampaikan cerita semata-mata. Mencuit akal dan menyentuh hati manusia, itulah peranan bahasa yang sebenarnya.
Bahasa sangat berkuasa. Menyedari hakikat ini, kekuatan bahasa perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Catatan sejarah silam dan kehidupan Muhammad Bin Abdullah diolah dalam bentuk cerita yang menarik. Inilah buku sejarah Islam yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran. Dengan gaya penulisan yang santai, pembaca jadi asyik membacanya kerana jiwa mereka dirangsang untuk mengetahui kesudahan cerita dalam buku ini.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap, bermula daripada kelahiran Muhammad sehinggalah detik-detik kematiannya. Seluruh kota Mekah bergembira dengan kelahiran Muhammad. Namun, apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Babak demi babak ini diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya menggugah emosi pembaca.
Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Muhammad dengan Biografi Muhammad Bin Abdullah.
Dalam siri kedua, sedutan daripada kisah kelahiran Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.
Foto menunjukkan keadaan yang dapat dilihat setiap hari di hadapan pintu masuk gudang PTS. Ada buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak. Ada buku-buku return dari kedai kerana tidak laku dijual.
Buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak memerlukan ruang simpanan. Seluas 20% ruang yang ada digunakan bagi menyimpan buku return. Ruang itu lebih diperlukan bagi menyimpan stok buku baru-cetak.
Dalam bisnes, ruang adalah wang. Sekarang ini sewa 1 unit kilang berderet sudah naik kepada RM8k sebulan. Itulah kos menyimpan buku-buku return PTS. Ia menjadi beban kewangan kepada penerbit.
Ada 2 cara mengurangkan stok buku tak-laku. Pertama, adakan acara tahunan bagi menjual lelong buku-buku itu dengan diskaun sampai 90%. Kedua, buku-buku itu diam-diam dijual kepada lori kertas kitar semula.
Dari sudut bisnes, mengadakan majlis lelong buku adalah lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada lori kitar semula. Melelong buku dapat mengurangkan kerugian. Risikonya adalah reaksi negatif dari pihak penulis yang bukunya dilelong dengan harga terlalu rendah.
Kejayaan seseorang individu pastinya akan sentiasa dinilai semata-mata pada harta kekayaan yang dimilikinya juga bukan dengan sebanyak mana ilmu yang diraih atau juga setinggi mana darjat dan pangkatnya tetapi kejayaan seseorang juga akan dinilai sehebat mana akhlak dan kebaikannya. Perumpamaan ada mengatakan, "Seseorang insan yang berjaya dihormati dan disegani bukan kerana kejayaan yang dimilikinya tetapi kualiti yang membawa dirinya kepada kejayaan."
Perumpamaan ini amat mudah kita fahami kerana orang yang benar-benar berjaya kebanyakannya mempunyai disiplin diri yang tinggi sehingga membolehkannya berjaya. Nilai-nilai akhlak mulia yang diterapkan pada diri dalam melakukan apa sahaj membawa kepada kepercayaan orang disekelilingnya dan dalam masa yang sama mampu memberi contoh kepada orang lain bagi melakukan sebagaimana yang ditonjolkan olehnya.
Contohnya, seseorang Pengarah Urusan (CEO) yang hebat andainya memiliki sifat mahmudah seperti baik hati, menghormati orang lain, pemurah, menjaga masa, berdisiplin, dan bercakap dan bertutur dengan sopan dan sentiasa amanah dan benar dalam segala tindakan pasti akan mudah membentuk perilaku staf atau pekerja bawahannya. Sebaliknya sekiranya seorang ketua yang ingin dihormati dan ingin arahannya dituruti tetapi dalam masa sama dia juga mempunyai sikap yang tidak baik serta tidak boleh dicontohi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan pasti akan diperkatakan oleh orang bawahannya.
Strategi dalam menentukan kejayaan atau membawa perubahan kepada kejayaan bagi seseorang individu tidak dapat dimulakan dengan perubahan kepada akhlaknya sendiri. Mungkin seseorang sudah terbiasa dengan perlakuan tingkah laku yang sedia ada, tetapi sekiranya dia ingin berjaya ia perlu melakukan perubahan dari sudut akhlaknya, kerana resipi kejayaan tidak lari dari menjaga akhlak dan sentiasa menambah nilai kebaikan kepadanya.
Bagi mengingati hamba bagi menjaga segala perilaku dirinya, Allah menyatakan dalam surah an-Nabak, ayat 39 hingga 40 yang bermaksud, "Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang diberi izin kepadanya oleh Allah yang maha pemurah, dan ia mengucapkan kata yang benar. Itulah hari yang pasti terjadi. Siapa mengkehendakinya, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami memperingatkan kepadamu seksa yang dekat pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua-dua tangannya dan orang kafir berkata, "alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah."
Dipetik daripada buku 3i: Islam. Iman. Ihsan oleh Puan Sakinah Salleh
Berita baik kepada mereka yang berminat dalam menghasilka karya namun tidak tahu caranya. Penganjur Masjid Sultan Salahuddin Abdul-Aziz Shah Alam membawakan 2 penulis hebat PTS bagi berkongsi idea dan ilmu dalam menghasilkan karya menarik di pasaran.
Penulis buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Tuan Rohidzir Rais dan penulis novel srikandi Islam, Tuan Zahiruddin Zabidi dibawa khas ke Masjid Sultan Salahuddin bagi memberi garis panduan kepada penggemar bidang penulisan yang masih tercari-cari ruang dan peluang dalam menghasilkan karya.
Bengkel yang diadakan pada 21 Januari ini akan memberi garis panduan dalam menghasilkan buku-buku umum dan novel. Tidak hanya memberi panduan menghasilkan karya, 2 penulis hebat ini juga akan memberi penerangan selengkapnya cara yang tepat bagi membawa karya-karya penulis baru ke syarikat penerbitan bagi diterbitkan.
Temui Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Rohidzir Rais di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam pada 21 Januari 2012 ini.
Tuan dan puan yang berminat menyertai bengkel penulisan ini boleh terus berhubung dengan Ustaz Mahmud di talian 019-3568428 bagi urusan pendaftaran.
Pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ini adalah berfikir. Satu idea hebat yang wujud mungkin bernilai berjuta ringgit dan mampu mengubah dunia.
Persoalannya bagaimana seorang individu dapat menghasilkan idea yang hebat dan dapat mengubah dunia sekelilingnya.
Buku terbitan PTS Profesional Sdn Bhd ini membawa teknik berfikir yang betul dan cara menghasilkan idea yang bernilai jutaan ringgit.
Hakikatnya banyak idea yang hebat ditolak oleh orang ramai kerana idea itu tidak realistik. Ramai juga orang mempunyai idea yang hebat tetapi tidak menerangkan ideanya dengan cara yang paling mudah. Paling menghairankan ada idea yang biasa-biasa tetapi dianggap hebat kerana tuannya bijak mempersembahkan ideanya.
Buku hasil tulisan Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd dan Penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan ini mengemukakan manual berfikir yang mudah difahami, pratikal dan terbukti berkesan. Buku daripada dua penulis hebat ini membawa kita mengetahui teknik berfikir bagi mencipta idea hebat serta dapat menyakin orang bagi menerima idea kita.
Dapatkan buku Kuasai Dunia dengan Berfikir terbitan PTS Profesional Sdn Bhd yang mampu mengubah kehidupan kita menjadi luar biasa hebat.
Layari www.bookcafe.com.my bagi membuat tempahan buku secara online dan nikmati diskaun hebat yang disediakan.
Fisiologi Kesyukuran
Mereka yang bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan mempunyai kesihatan yang lebih baik. Mengikut Mid Columbia Medical Centre, Health (Online), kajian-kajian terkini menunjukkan mereka yang tahu menghargai dan berterima kasih lebih bertenaga dan kurang ditimpa penyakit-penyakit fizikal. Hal ini kerana hormon-hormon stres dalam darah mereka rendah.
Profesor Michael McCullough dan Bob Emmons, pakar-pakar dalam bidang psikologi, pernah melakukan beberapa kajian ke atas pesakit barah payu dara dan urat saraf. Mereka mendapati, pesakit-pesakit yang memiliki pemikiran positif dan mudah menghargai nikmat yang dikecapi, emosi mereka lebih stabil sekali gus membantu mereka menghadapi masalah-masalah peribadi dalam hidup. Penemuan ini disebutkan di dalam 10 Essentials of Highly Healthy People oleh Walt Larimore, M.D. Hal yang sama juga disebutkan oleh MJ Ryan, pengarang buku The Giving Heart, 365 Health and Happiness Boosters.
Nabi dan Kesyukuran
Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibban, Aisyah menceritakan, “Pada satu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku”
Nabi bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkah Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya.” Nabi menjawab, “tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusyuk tanpa sebarang kepura-puraan.
Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuanNya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru sebutlah selalu kalimat Alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, “Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh badan yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanah di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan dari azab neraka.”
Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Fisiologi Kesyukuran
Mereka yang bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan mempunyai kesihatan yang lebih baik. Mengikut Mid Columbia Medical Centre, Health (Online), kajian-kajian terkini menunjukkan mereka yang tahu menghargai dan berterima kasih lebih bertenaga dan kurang ditimpa penyakit-penyakit fizikal. Hal ini kerana hormon-hormon stres dalam darah mereka rendah.
Profesor Michael McCullough dan Bob Emmons, pakar-pakar dalam bidang psikologi, pernah melakukan beberapa kajian ke atas pesakit barah payu dara dan urat saraf. Mereka mendapati, pesakit-pesakit yang memiliki pemikiran positif dan mudah menghargai nikmat yang dikecapi, emosi mereka lebih stabil sekali gus membantu mereka menghadapi masalah-masalah peribadi dalam hidup. Penemuan ini disebutkan di dalam 10 Essentials of Highly Healthy People oleh Walt Larimore, M.D. Hal yang sama juga disebutkan oleh MJ Ryan, pengarang buku The Giving Heart, 365 Health and Happiness Boosters.
Nabi dan Kesyukuran
Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ibn Majah dan Ibn Hibban, Aisyah menceritakan, “Pada satu malam nabi masuk tidur bersamaku sehingga kulit kami bersentuhan. Kemudian baginda berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, bolehkah kau (izinkan) aku beribadah kepada Tuhanku”
Nabi bangun untuk berwuduk dan kemudian beribadah dengan melaksanakan solat. Ketika itu baginda menangis tanpa henti sehingga datanglah Bilal untuk bersolat subuh. Aku (Aisyah) pun berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis sedangkah Allah mengampunkan dosa-dosamu kesemuanya.” Nabi menjawab, “tidakkah selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Inilah contoh kesyukuran seorang rasul dan seorang pembesar negara yang agung. Beliau memanifestasikan kesyukuran itu dalam bentuk ibadah yang khusyuk tanpa sebarang kepura-puraan.
Mereka yang bersyukur mengenali Tuhannya. Mereka adalah golongan yang hebat kerana mereka cepat berterima kasih dan redha dengan pemberian Tuhan. Justeru, Tuhan mengasihi mereka dan mencurahkan bantuanNya kepada mereka. Manusia yang dibantu Tuhan pasti akan berjaya. Justeru sebutlah selalu kalimat Alhamdulillah. Namun, janganlah kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenarnya perlu dimanifestasikan dalam bentuk amal ibadah. Imam Qasim Abu Abdul Rahman berkata, “Sesiapa yang dikurniakan hati yang bersyukur dan tubuh badan yang sabar, dia telah dikurniakan dengan hasanah di dunia dan akhirat dan akan dijauhkan dari azab neraka.”
Artikel dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Individu yang lahir daripada pelbagai latar belakang kehidupan mempunyai sudut pandang yang berbeza-beza hasil daripada pemahaman mereka yang tersendiri. Ini kerana segala perspektif yang terhasil dari pengalaman serta laluan kehidupan yang pelbagai corak berlaku disekeliling mereka akan membantu ataupun menyumbang kepada perspektif seseorang kepada sesuatu hal. Oleh itu, dalam kita mengendalikan kejayaan serta kegagalan dalam hidup, setiap perkara yang berlaku perlu dilihat dari sudut positif serta diterima dengan reda.
Setiap ujian ada hikmahnya sebagaimana Allah nyatakan dalam surah al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, "Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami menguji orang-orang sebelum mereka, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Perumpamaan seorang pelajar yang berulangkali mengambil peperiksaan, biarpun telah berusaha gigih tetapi beliau tetap gagal. Sekiranya dilihat dari sudut pandangan negetif, kemungkinan individu ini akan berasa diri tidak pandai, lemah dan sebagainya. Namun sekiranya beliau melihat dari sudut positif iaitu Allah belum memberinya kejayaan ataupun menyimpan kejayaan untuk satu masa yang Allah lebih tahu kesesuaiannya.
Begitu juga seorang yang mencuba berkali-kali untuk berjaya dalam perniagaan, tetapi sentiasa bertemu dengan kegagalan. Apabila dibandingkan dengan orang lain sekali mencuba sudah berjaya, sudah pasti seseorang akan berasa putus asa, perasaan sedih dan sebagainyan. Manusia tidak mungkin mengetahui semua perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.
Maka apa yang terbaik dalam kita mengendalikan kejayaan dan juga kegagalan dalam kehidupan kita adalah berserah kepadaNya dan sentiasa husnuzan atau bersangka baik dengan takdir yang ditentukan Allah untuk kita. Apa yang perlu kita ketahui, Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk diri kita dan Allah memberikan sesuatu ke atas kita sesuai dengan diri kita menanggungnya.
Sebagaimana kata-kata Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, "Allah tidak membebani seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya."
Dipetik daripada buku 3i: Islam. Iman. Ihsan oleh Sakinah Salleh
PTS dengan kerjasama kedai buku Popular membawakan peraduan menarik khas buat peminat buku masakan paling laris, Chef Hanieliza.
Melalui buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza, peminat buku masakan PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik dan mengujakan.
Melalui peraduan Chef Hanieliza@Popular ini, peminat buku masakan Chef Hanieliza berpeluang mendapatkan hadiah menarik termasuklah kelas eksklusif 1 hari bersama Chef Hanieliza, 1 set periuk stainless steel, buku resipi PTS bernilai dan baucer eksklusif daripada kedai buku Popular.
Langkahnya mudah. Tuan dan puan hanya perlu melayari http://pts.com.my/popular/#hadiah bagi menyertai peraduan Chef Hanieliza@Popular ini.
Rebut hadiah menarik yang disediakan oleh PTS dan Popular hanya dengan 3 langkah mudah yang disediakan di http://pts.com.my/popular/#hadiah.
Sewaktu Asy-Syubali melalui makam dalam perjalanan ke hutan, dia terlihat seorang pemuda kurus dengan pakaian lusuh dan rambut tidak terurus duduk di antara batu-batu nisan di atas kubur. Sekali-sekala, pemuda itu memandang ke langit. Pipinya dibasahi air mata dan bibirnya terkumat-kamit membaca zikir.
Asy-Syubali yang mendengar suara sayu pemuda itu tertarik lalu mendekatinya. Dia berfikir, 'Apakah yang menyebabkan pemuda itu wirid dengan khusyuk?' Tetapi sebaik sahaja pemuda itu menyedari kehadiran Asy-Syubali, dia segera bangun dan berlari. Asy-Syubali mempercepatkan langkahnya dan pemuda itu berlari semakin cepat.
Asy-Syubali memanggilnya, "Tunggulah saya!"
Pemuda itu tetap berlari sambil berwirid, Allah, Allah, Allah..."
Asy-Syubali memanggilnya lagi, "Tunggulah saya!"
Pemuda itu tetap berlari dan menunjukkan isyarat tangan menandakan dia tidak mahu berhenti.
Asy-Subali berkata, "Sekiranya benar apa yang kamu katakan, tunjukkan, tunjukkan kebenaranmu bersama Allah."
Tiba-tiba pemuda itu menjerit, "Ya Allah....!" lalu jatuh tersungkur dan tidak sedar-sedar. Asy-Syubali mempercepatkan langkah menghampirinya tetapi pemuda itu sudah meninggal dunia.
"Allah menentukan rahmatnya kepada siapa yang dikehendakiny," kata Asy-Syubali kepada dirinya sendiri. Dengan rasa bersalah, dia menuju ke kampung berdekatan dan meminta bantuan orang kampung bagi menguruskan jenazah pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja mereka sampai ke tanah perkuburan itu, jenazah pemuda itu tiada lagi di situ. Asy-Syubali fikir mungkin sudah ada orang lain yang menguruskan jenazahnya.
Pada waktu itu, Asy-Syubali mendengar suara ghaib, "Hai Syubali, sayalah yang menguruskan jenazah pemuda itu, maka tetaplah kamu beribadah dan perbanyakkan sedekahmu kerana pemuda itu mencapai darjat yang tinggi dengan sedekahnya."
"Aku bertanya dengan nama Allah, tolonglah ceritakan kepadaku berkenaan sedekahnya itu," Asy-Subali memohon kepada suara ghaib itu.
"Hai Syubali," jawab suara ghaib itu, "Sesungguhnya pemuda itu pada mulanya adalah orang yang fasik dan penzina. Kemudian, Allah menunjukkan kepadanya mimpi yang mengerikan. Buah zakarnya berubah menjadi ular dan daripada ular itu keluar api yang membakar tubuhnya. Sejak mendapat mimpi itu, pemuda itu bertaubat dan sentiasa tenggelam dalam ibadahnya pada Tuhan. Sejak dia mengalami mimpi buruk itu sehingga hari kematiannya pada hari ini, dia sudah bertaubat selama 12 tahun. Sebelum dia meninggal dunia, datang seorang pengemis yang memohon makanan daripadanya. Pemuda itu memberikan sedikit makanan. Pengemis itu merasa begitu gembira dengan pemberian itu lalu menadahkan tangannya ke langit dan mendoakan supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosanya. Allah mengabulkan doa pengemis itu."
Dipetik daripada buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya oleh Muhammad Muhyidin
Emosi seseorang mudah terganggu apabila berlaku dugaan yang tidak diduga juga kegembiraan atas sesuatu perkara. Apabila duka dia derita, apabila suka dia gembira. Emosi berkait dengan ketenangan jiwa. Individu yang mampu mengawal diri dan perasaannya dalam kedua-dua keadaan, sama ada suka ataupun duka, individu itu nyata memiliki kekuatan iman dan keteguhan.
Bagi mengendalikan emosi diri, setiap individu perlu memperkuatkan jati dirinya serta tidak mudah goyah dengan keadaan yang melanda. Emosi yang mudah terganggu dengan perasaan marah, mudah tersinggung dan berfikiran negetif memudahkan emosi menjadi tidak terkawal. Di sinilah peranan sabar serta kekuatan iman memainkan peranan dalam mendidik jiwa menjadi tenang dan tidak resah gelisah dengan permasalahan yang membelenggu.
Oleh itu, bagi menjaga emosi ataupun perasaan memiliki ketenangan jiwa, seseorang itu perlu mendidik, mengawal, serta mengendalikan emosi dengan menggunakan kewarasan akal. Akal yang sempurna sifatnya, mengetahui hakikat kebenaran akan menjadi teraju kepada emosi. Akal yang sempurna adalah akal yang sentiasa mencari hakikat dan menambahkan pengetahuan yang membawanya menyedari hakikat ketuhanan dan hakikat kehidupan.
Oleh itu, Allah mengutuskan rasul dan nabi bagi membimbing akal manusia ke arah kebenaran. Ini dijelaskan dalam kata-kata Allah dalam surah al-Hadid ayat 25, “Demi sesungguhnya! Kami mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas dan nyata serta Kami turunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraka keadilan.”
Bagi memiliki jiwa yang tenang, perkara berikut perlu kita perincikan dan pertangungjawabkan ke atas diri kita.
-
Sentiasa meletakkan matlamat ke arah kesempurnaan diri di sisi Allah.
-
Menjaga hubungan dengan Allah serta melaksanakan segala suruhan serta menjauhkan larangan-Nya.
-
Hubungan sesama manusia dan alam perlu dijaga dan dipertingkatkan.
-
Menunaikan amanah serta menyempurnakan segala tanggungjawab.
-
Melepaskan diri daripada tanggungjawab hutang piutang.
-
Berusaha memberi dan membuat kebaikan kepada orang lain.
-
Meletakkan segala cita-cita demi kemaslahatan umat.
Dipetik daripada buku 3i: Islam, Iman , Ihsan oleh Sakina Salleh dan diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd.
PTS Profesional Sdn Bhd membawakan buku motivasi sepanjang zaman yang dinanti-nantikan peminat buku motivasi. Buku terjemahan Chicken Soup for the Soul yang dinantikan peminat buku motivasi tempatan kini sudah diedarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.
Buku bestseller yang menghimpunkan 101 kisah yang pastinya menggugah emosi dan menceriakan hidup dihimpun dalam sebuah buku bagi memberi inspirasi kepada pembaca.
Pelbagai kisah menarik yang diadun dalam sebuah buku yang nyata bestseller dan memberi rasa unik dalam hati pembaca. Pembaca pastinya tersenyum, ketawa, dan menangis apabila membaca cerita yang dipaparkan dalam buku bestseller ini.
Buku hasil tulisa Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark ini akan membawa pembaca ke destinasi kehidupan yang lebih ceria dan berbeza daripada biasa.
Buku terjemahan, Chicken Soup for the Soul yang disajikan dalam edisi bahasa Melayu ini pastinya membawakan kelainan dalam minda dan jiwa pembaca yang ingin mengubah kepada kehidupan yang lebih ceria dan menggembirakan.
Dapatkan buku-buku menarik hasil terjemahan PTS Profesional ini dengan diskaun hebat dengan melayari laman web www.bookcafe.com.my atau mendapatkanny di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
Hari ini,13 Januari 2012, PTS Millenia Sdn Bhd membawakan penulis buku masakan nombor satu PTS bagi bertemu dengan peminat beliau.
Chef Hanieliza akan menemui peminatnya di KL Sentral, Kuala Lumpur bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang ini.
Beliau akan membawakan buku terbaru hasil olahan beliau sendiri. Pengunjung yang hadir berpeluang merasai aroma lauk warisan yang disediakan oleh Chef Hanieliza sendiri.
Temui Chef Hanieliza pada hari ini, 13 Januari 2012, serta dapatkan buku terbaru hasil kreativiti beliau istimewa di KL Sentral.
Bagi memberi semangat membaca kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar Politeknik dan pelajar tingkatan 6 yang memiliki baucar buku 1Malaysia, PTS Bookcafe Sdn Bhd menawarkan diskaun hebat bagi pembelian terus di kedai buku PTS itu.
Lebih mengujakan, PTS Bookcafe menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi semua buku terbitan PTS. Tawaran istimewa ini dibuka khas bagi pembelian RM125 dan ke atas.
Dapatkan pelbagai buku PTS yang penuh ilmu dan menghiburkan mahasiswa istimewa di Bookcafe PTS.
Tuan dan puan boleh terus mendapatkan buku-buku terbaik PTS di Bookcafe PTS yang terletak di No 12, Jalan Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Mohon hubungi bookcafe di bookcafe@pts.com.my atau terus hubungi di talian 0361880316.

Berita baik kepada peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said. Hujung minggu ini PTS membawakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said bagi bertemu dengan peminat di sekitar Kuala Lumpur.
Melalui Pesta Buku MPH yang berlangsung di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, peminat dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis yang dikenali dan dikagumi ramai ini.
Selain beramah mesra dan mendapatkan tandatangan beliau, tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku hasil karya sasterawan negara ini.
Temui beliau di KL Sentral, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 bermula dari jam 2 petang.
Aisyah menceritakan, Rasulullah berpesan,
"Enam perkara, seorang Islam yang meninggal pada salah satu dari enam perkara ini, pasti mendapatkan hak jaminan atas Allah bagi memasukkannya ke dalam syurga: Seseorang keluar untuk berjihad. Siapa yang meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang mengiringi jenazah, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang wuduk dan membaguskan wuduknya, kemudian pergi ke masjid untuk solat, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang berada di dalam rumahnya tidak mengumpat orang Islam dan tidak membangkitkan amarahnya, jika dia meninggal kerana mencari keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah.”
Abu Dzarr menceritakan, Rasulullah berpesan,
“Senyummu di hadapan saudaramu, merupakan sedekah bagimu, perintahmu kepada yang makruf dan laranganmu dari yang mungkar merupakan sedekah. Petunjukmu kepada seseorang di tempat yang tersesat merupakan sedekah bagimu. Engkau menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah bagimu. Engkau menuangkan air dari baldimu ke baldi saudaramu merupakan sedekah bagimu.”
Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah hasil tulisan Tuan Rohidzir Rais
Selaras dengan pengumuman mengenai pemberian baucar buku bernilai RM200, PTS menawarkan pelbagai buku menarik dan terkini kepada pelajar IPTS, IPTS, Politeknik, Matrikulasi Sains dan pelajar tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar di IPTA, IPTS dan Politeknik layak mendapatkan baucar bagi pembelian buku ini.
Pengagihan baucar ini dilakukan di IPTS, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing bermula Januari 2012 ini.
Baucar ini boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini termasuk Bookcafe PTS sendiri.
Baucar pembelian buku ini adalah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012 ini.
Melalui baucar ini, pelajar dapat membeli buku-buku PTS di Bookcafe PTS yang bertempat di No 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves, Selangor. Pelajar yang ingin mendapatkan buku PTS dengan baucar yang disediakan boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi memilih buku-buku terbaik terbitan PTS.
Sebarang pertanyaan, tuan dan puan boleh terus menghubungi bookcafe di talian 03-6188 0316 atau emailkan pertanyaan tuan dan puan terus kepada email@bookcafe.com.my
PTS dengan kerjasama kedai buku Popular membawakan peraduan menarik khas buat peminat buku masakan paling laris, Chef Hanieliza.
Melalui buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza, peminat buku masakan PTS berpeluang mendapatkan hadiah menarik dan mengujakan.
Melalui peraduan Chef Hanieliza@Popular ini, peminat buku masakan Chef Hanieliza berpeluang mendapatkan hadiah menarik termasuklah kelas eksklusif 1 hari bersama Chef Hanieliza, 1 set periuk stainless steel, buku resipi PTS bernilai dan baucer eksklusif daripada kedai buku Popular.
Langkahnya mudah. Tuan dan puan hanya perlu melayari http://pts.com.my/popular/#hadiah bagi menyertai peraduan Chef Hanieliza@Popular ini.
Rebut hadiah menarik yang disediakan oleh PTS dan Popular hanya dengan 3 langkah mudah yang disediakan di http://pts.com.my/popular/#hadiah.
Setiap individu mencipta skrip kehidupannya sendiri. Seperti pelakon dalam filem, seseorang itu mempunyai skrip yang dilakonkannya, bezanya dalam filem skrip itu dicipta orang lain, dalam kehidupan sebenar kita mencipta skrip kita sendiri.
Ada dua jenis skrip kehidupan yang penting. Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara seseorang itu menyusun skrip kehidupannya. Kedua-dua disebut skrip komitmen dan skrip nuklear.
Skrip komitmen juga dikenali dengan istilah 'Skrip Kejayaan' (success script) manakala skrip nuklear juga dikenali dengan istilah 'Skrip Kegagalan' (failure script). Dalam skrip komitmen seseorang itu mengikat dirinya kepada suatu jadual sepanjang hidup yang dibikinnya sendiri di mana dia yakin jadual itu dapat menghasilkan ganjaran-ganjaran yang sangat positif.
Skrip nuklear sangat berbeza daripada skrip komitmen. Ia dipenuhi dengan rasa serba salah, serba bimbang dan serba tidak yakin berkenaan apa yang sepatutnya menjadi matlamat hidup bagi mereka yang memiliki skrip ini. Skrip ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dengan tidak mahu, antara yakin dengan tidak yakin, antara takut dengan berani dan macam-macam lagi konflik.
Skrip komitmen melibatkan pelaburan jangka panjang bagi melakukan pelbagai pembaikan. Setiap individu mempunyai cita-cita hendak mencapai suatu kehidupan yang ideal pada masa depan. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai cita-cita mahu mencipta sebuah kehidupan yang ideal bagi masyarakatnya. Cita-cita itulah yang mendorongnya mengabdikan diri bagi mencapai cita-citanya. Ataupun seseorang itu mungkin mempunyai cita-cita hendak mencari ubat penyakit barah lalu dia mengabdikan dirinya menjadi sainstis dalam bidang itu.
Apabila seseorang itu mempunyai skrip komitmen, dia memiliki objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Dia bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai cita-citanya. Dalam keadaan di manandia berhadapan dengan dugaan dan kegagalan, dia bersikap tabah dan tekad, terus berjuang kerana yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat diatasi.
Dipetik daripada buku Siri Motivasi Bisnes, Kejayaan Dari Dalam oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.
PTS membawakan pelbagai program menarik dan menghiburkan di hujung minggu bagi menghargai peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada usaha penerbitan buku tempatan.
Pelbagai program yang menghiburkan dan memberi informasi disediakan khas buat peminat buku terbitan PTS.
Terbaru, bertempat di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, PTS dengan kerjasama MPH membawakan Pesta Buku MPH KL Sentral.
Selain menyajikan buku-buku menarik, PTS turut membawakan penulis-penulis kegemaran ramai bagi bertemu dengan peminat di KL Sentral.
Bermula Jumaat ini, 13 Januari 2012, PTS membawakan penulis buku masakan paling popular PTS, Chef Hanieliza bagi bertemu peminat. Pengunjung yang hadir dapat menikmati Aroma Lauk Warisan, buku tulisan terbaru Chef Hanieliza pada jam 12 hingga 2 petang. Selain menikmati keenakan masakan Chef Hanieliza, pengunjung juga boleh mendapatkan buku terbaru hasil olahan Chef Hanieliza yang baru diterbitkan.
Pada Sabtu, 14 Januari ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis buku Lagi-Lagi Botol Air dan Penutup Botol Iman. Beliau akan turun padang bagi mendedahkan apa baiknya botol air. Temui Nora Herni pada Sabtu ini bermula dari jam 12 hingga jam 1 petang.
Peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang menantikan kemunculan beliau berpeluang bertemu beliau dalam pesta buku MPH KL Sentral ini. Pak Samad yang sememangnya dikenali dan dikagumi ramai akan berada di KL Sentral pada 14 Januari ini bermula dari jam 2 petang. Selain mendapatkan buku-buku istimewa terbitan beliau, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan Sasterawan Negara yang dikagumi ramai ini.
Penulis buku Young Aisah juga tidak ketinggalan bertemu dengan peminat di KL Sentral pada 15 Januari 2012 ini. Puan Saridah Hamid & Reja akan bertemu dengan peminat bermula dari jam 12 hingga 1 petang pada 15 Januari ini.
Pada hari yang sama, penulis buku Akukah Puteri Itu dan buku remaja Avian Arrisa, Puan Rose Harissa & Lily Haslina Nasir akan bertemu peminatnya pada jam 2 hingga jam 3 petang, 15 Januari, di KL Sentral.
Selain itu, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talip juga tidak ketinggalan bertemu peminat di KL Sentral pada jam 3 hingga 4 petang, 15 Januari ini.
Temui penulis-penulis popular PTS ini di 1st Floor, Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 7 hingga 15 Januari 2012 ini. Dapatkan juga buku terbaru dan menarik tulisan PTS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.
PTS membawakan pelbagai program menarik dan menghiburkan di hujung minggu bagi menghargai peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada usaha penerbitan buku tempatan.
Pelbagai program yang menghiburkan dan memberi informasi disediakan khas buat peminat buku terbitan PTS.
Terbaru, bertempat di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, PTS dengan kerjasama MPH membawakan Pesta Buku MPH KL Sentral.
Selain menyajikan buku-buku menarik, PTS turut membawakan penulis-penulis kegemaran ramai bagi bertemu dengan peminat di KL Sentral.
Bermula Jumaat ini, 13 Januari 2012, PTS membawakan penulis buku masakan paling popular PTS, Chef Hanieliza bagi bertemu peminat. Pengunjung yang hadir dapat menikmati Aroma Lauk Warisan, buku tulisan terbaru Chef Hanieliza pada jam 12 hingga 2 petang. Selain menikmati keenakan masakan Chef Hanieliza, pengunjung juga boleh mendapatkan buku terbaru hasil olahan Chef Hanieliza yang baru diterbitkan.
Pada Sabtu, 14 Januari ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis buku Lagi-Lagi Botol Air dan Penutup Botol Iman. Beliau akan turun padang bagi mendedahkan apa baiknya botol air. Temui Nora Herni pada Sabtu ini bermula dari jam 12 hingga jam 1 petang.
Peminat Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang menantikan kemunculan beliau berpeluang bertemu beliau dalam pesta buku MPH KL Sentral ini. Pak Samad yang sememangnya dikenali dan dikagumi ramai akan berada di KL Sentral pada 14 Januari ini bermula dari jam 2 petang. Selain mendapatkan buku-buku istimewa terbitan beliau, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan Sasterawan Negara yang dikagumi ramai ini.
Penulis buku Young Aisah juga tidak ketinggalan bertemu dengan peminat di KL Sentral pada 15 Januari 2012 ini. Puan Saridah Hamid & Reja akan bertemu dengan peminat bermula dari jam 12 hingga 1 petang pada 15 Januari ini.
Pada hari yang sama, penulis buku Akukah Puteri Itu dan buku remaja Avian Arrisa, Puan Rose Harissa & Lily Haslina Nasir akan bertemu peminatnya pada jam 2 hingga jam 3 petang, 15 Januari, di KL Sentral.
Selain itu, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talip juga tidak ketinggalan bertemu peminat di KL Sentral pada jam 3 hingga 4 petang, 15 Januari ini.
Temui penulis-penulis popular PTS ini di 1st Floor, Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 7 hingga 15 Januari 2012 ini. Dapatkan juga buku terbaru dan menarik tulisan PTS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.
Perkara asas dalam pendidikan rohani adalah mendidik anak-anak mengenali Allah dan menyintai rasul-Nya sejak dari kecil. Islam menganjurkan umatnya bagi memulakan kehidupan bayi yang baru lahir dengan kalimah Laa ilaha illallah seperti hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah berkata:
"Buka kehidupan bayi kamu dengan kalimah pertama Laa Ilaha Illallah."
Hadis direkodkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi
Abdul Razak di dalam kitab al-Musannaf merekodkan para sahabat gemar mengajar anak-anak mereka kalimah Laa ilahaillallah sebagai ucapan yang pertama. Anak-anak diajar bagi mengucapkan kalimah itu sebanyak tujuh kali secara fasih dengan maksud supaya kalimah itu menjadi ungkapan pertama yang mampu mereka ucapkan.
Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ahkam al-Maulud menganjurkan kepada para ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka kalimah Laa Ilaha illallah ketika anak-anak mulai pandai bercakap dan perkara pertama yang didengar oleh telinga mereka adalah makrifatullah iaitu mengenai Allah dan mentauhidkan-Nya. Anak-anak perlu diajar yang Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sentiasa bersama mereka.
Islam turut menganjurkan supaya anak yang baru lahir diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri. Ia bertujuan bagi memastikan kalimah tauhid menjadi kalimah pertama didengari anak selepas lahir ke dunia. Namun, ia tidak berakhir setakat di situ sahaja. Memperdengarkan kalimah Laa ilaha illallah pada awal kelahiran bayi adalah simbol permulaan kehidupan yang baik yang perlu diteruskan nanti. Anak-anak perlu sentiasa diperdengarkan dengan perkataan yang baik, yang dapat menyuburkan jiwa dan iman mereka.
Anak-anak juga perlu diajar bagi mencintai Rasulullah serta keluarga beliau seperti hadis Rasulullah yang direkodkan oleh at-Tabrani yang dilaporkan oleh Saidina Ali, Rasulullah berkata:
"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai keluarganya dan membaca al-Quran. Sesungguhnya orang-orang yang berbekalkan al-Quran berada dalam naungan arasy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya bersama para nabi dan orang-orang suci."
Dipetik daripada buku Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam oleh Puan Mazidah Muhammad dan DR. Noor Hisham Md Nawi.
Perkara asas dalam pendidikan rohani adalah mendidik anak-anak mengenali Allah dan menyintai rasul-Nya sejak dari kecil. Islam menganjurkan umatnya bagi memulakan kehidupan bayi yang baru lahir dengan kalimah Laa ilaha illallah seperti hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah berkata:
"Buka kehidupan bayi kamu dengan kalimah pertama Laa Ilaha Illallah."
Hadis direkodkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi
Abdul Razak di dalam kitab al-Musannaf merekodkan para sahabat gemar mengajar anak-anak mereka kalimah Laa ilahaillallah sebagai ucapan yang pertama. Anak-anak diajar bagi mengucapkan kalimah itu sebanyak tujuh kali secara fasih dengan maksud supaya kalimah itu menjadi ungkapan pertama yang mampu mereka ucapkan.
Ibnu Qayyim di dalam kitabnya Ahkam al-Maulud menganjurkan kepada para ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka kalimah Laa Ilaha illallah ketika anak-anak mulai pandai bercakap dan perkara pertama yang didengar oleh telinga mereka adalah makrifatullah iaitu mengenai Allah dan mentauhidkan-Nya. Anak-anak perlu diajar yang Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sentiasa bersama mereka.
Islam turut menganjurkan supaya anak yang baru lahir diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri. Ia bertujuan bagi memastikan kalimah tauhid menjadi kalimah pertama didengari anak selepas lahir ke dunia. Namun, ia tidak berakhir setakat di situ sahaja. Memperdengarkan kalimah Laa ilaha illallah pada awal kelahiran bayi adalah simbol permulaan kehidupan yang baik yang perlu diteruskan nanti. Anak-anak perlu sentiasa diperdengarkan dengan perkataan yang baik, yang dapat menyuburkan jiwa dan iman mereka.
Anak-anak juga perlu diajar bagi mencintai Rasulullah serta keluarga beliau seperti hadis Rasulullah yang direkodkan oleh at-Tabrani yang dilaporkan oleh Saidina Ali, Rasulullah berkata:
"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai keluarganya dan membaca al-Quran. Sesungguhnya orang-orang yang berbekalkan al-Quran berada dalam naungan arasy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya bersama para nabi dan orang-orang suci."
Dipetik daripada buku Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam oleh Puan Mazidah Muhammad dan DR. Noor Hisham Md Nawi.
Dipetik dari blog Prof Muhd Kamil.
Semalam saya menulis entri yang sengaja ditinggalkan.
"Selain belajar bahasa Arab, saya suka berbincang beberapa isu yang menarik perhatian. Memandangkan beliau seorang lulusan pengajian hadis maka saya gemar bertanya tentang kepakaran beliau.
Misalnya, saya pernah bertanya tentang hadis ini,
Rasulullah bersabda: "Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya." [Shahih al-Bukhari, no: 3167].
Soalan saya agak kritikal, kenapa agaknya Allah mencintai puasa nabi Daud? Ia mesti ada penjelasan yang boleh difikirkan."
Ia perbincangan bersama Walid dan Hearsi, dua pemuda Somalia. Namun jauh di sudut hati saya ingin berdakwah kepada mereka berdua dengan cara yang cukup halus.
Hakikatnya, banyak soalan yang tidak mempunyai atau memerlukan jawapan. Lalu mungkin ada yang berkata ia perkara remeh-temeh. Ulamak tidak melihat ia isu besar yang perlu diperjelaskan.
Saya selalu terfikir, ilmu Allah ada pada setiap orang. Ia boleh berlaku kerana mereka ke sekolah atau universiti, menadah kitab, mendengar ceramah dan kuliah atau melalui pengalaman yang telah dilalui.
Malah ibu, ayah dan keluarga memberi ilmu yang tidak ternilai. Jika ia melalui pengalaman, maka ia menjadi milik mereka yang telah melalui pengalaman tersebut. Jika tidak dibukukan atau diceritakan, ilmu tersebut akan turut berkubur bersama mereka.
Benarlah firman Allah melalui surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud,
".......yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya) ........"
Walid merenung saya. Tentu sekali beliau tidak menyangka saya bertanya soalan "bodoh" yang mungkin tidak ditanya oleh bijak pandai yang lain.
Adakah ia soal kuantiti? Tidak mungkin kerana Rasululullah SAW melarang mereka yang ingin berpuasa sepanjang masa. Akhirnya, saya bertanya beliau, "mahukah tuan memikirkan jawapan yang ingin saya sampaikan?".
Walid dan Hearsi melihat dan mendengar hujah saya dengan tekun. Lalu saya mulakan dengan nada yang sangat berhati-hati,
"Ini kali kedua saya menyampaikan pendapat ini. Pertama kepada isteri saya dan kedua kepada tuan-tuan berdua. Saya fikir ada ilmu yang diperolehi melalui praktikal.
Allah cintakan puasa Nabi Daud yang selang sehari berpuasa. Tuan-tuan kena cuba dahulu berpuasa sebagaimana Nabi Daud berpuasa, InsyaAllah Dia akan bagi ilmu tersebut. Lakukan secara konsisten.
Ramai di antara kita belajar dan mengetahui tentang amalan ini. Saya bukan pakar hadis tetapi saya tahu amalan ini sejak empat tahun yang lepas. Namun jika orang bertanya soalan yang sama - pada ketika itu – sudah pasti saya tidak mampu menjawab.
Kini sudah sebulan lebih saya berpuasa selang sehari (nota: ampunkan saya ya Allah jika ia lahir dari rasa riyak takbur dan angkuh. Aku tidak mahu begitu ya Allah, aku mohon izin bercerita untuk menyampaikan sedikit ilmu yang Kau pinjamkan kepada daku).
Pernah dengar orang menulis, susah dan senang, sakit dan sihat, suka dan duka, cantik dan hodoh, kaya dan miskin serta pelbagai sifat yang berlawanan mempunyai nikmat yang sama?
Pada satu tahap, ia sesuatu yang sukar diterima. Apatah lagi untuk merasai perasaan tersebut. Mana mungkin lapar dan kenyang mempunyai nikmat yang sama.
Realitinya, bila manusia berduka, sakit, hodoh dan miskin maka ia lebih mudah untuk merayu dan merintih kepadaNya. Jika sifatnya berlawanan manusia akan lebih rileks, santai dan sedikit jauh daripada Allah SWT".
Tentu sekali saya tidak menghadapi masalah untuk memahamkan mereka dengan hujah-hujah yang saya ingin kemukakan. Pertama saya berhadapan dengan ilmuan agama dan kedua dengan seorang jurutera yang mempunyai syarikat perniagaan sendiri.
Tinggal lagi mereka tidak pernah mencuba dengan apa yang dicintai Allah itu. Ia kelihatan sangat sukar.
Lalu saya sambung, "bila saya berpuasa selang-sehari, tiada lagi nilai kenyang dan lapar. Hari berpuasa dan tidak berpuasa mempunyai nilai yang sama dari sudut kenyang dan lapar. Tuan-tuan akan dianugerahkan perasaan dan nikmat tersebut.
Maksud saya, nilai kenyang dan lapar hilang sehingga wujud nilai baru yang terlalu abstrak.
Dan perasaan ini akan membawa kita melihat tentang kebesaran Allah. Perasaan cintakan Allah pada setiap waktu. Bagaimana? Entah. Berpuasalah dahulu... bukankah Allah paling mencintai puasa ini? Bukankah Allah mencintai orang yang cintakan Dia?
Bukankah selangkah kita hampir denganNya, beribu langkah Dia hampir dengan kita?"
"MasyaAllah... MasyaAllah... MasyaAllah..."
Saya memberi pendapat. Mereka lebih berilmu, bijak dan pandai daripada saya. Alhamdulillah, akhirnya saya bersyukur kerana Hearsi sudah memulakan puasa Nabi Daud selang sehari selepas perbincangan ini.
Ia tidak memerlukan modal yang besar.
NotaMKI: Begitulah.... jika kita masih tertanya-tanya bagaimana mahu solat malam... lakukan... lakukan dan rasailah nikmat tidak tidur yang sama manisnya dengan nikmat tidur. Ia hanya berlaku (mengikut aturannya) selepas melepasi tahap-tahap tertentu. Pastinya ia memerlukan langkah pertama sebelum ada langkah kedua.
Baca lanjut di http://muhdkamil.org/blog/2012/01/04/puasa-nabi-daud/.
Dalam sebuah kisah pada zaman Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad sedang melakukan sujud yang panjang. Maka Abdul Rahman bin Auf mula bimbang dengan keadaan Rasulullah yang masih tetap dalam keadaan sujud, berkemungkinan Rasulullah dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah bagi mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.
Beberapa ketika, Rasulullah mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf,
"Mengapa wahai sahabatku, kamu kelihatan cemas?"
Abdul Rahman bin Auf lantas menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Dengan penuh rasa cinta kepada umat, Rasulullah menerangkan,
"Jibril datang kepadaku dan berkata, Sukakah engkau? Barangsiapa yang mengucapkan selawat ke atas engkau, maka Allah akan berselawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau, maka Allah akan memberikan salam kepadanya. Mendengar hal itu, maka saya terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur."
(Hadis direkodkan oleh Ahmad)
Kisah di atas menunjukkan tuntutan sunnah Nabi Muhammad dalam mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur yang dilaksanakan sama seperti melakukan sujud tilawah (iaitu sujud yang disebabkan membaca ayat tilawah dalam Al-Quran ketika sedang solat) dan dilakukan di luar solat. Caranya adalah seperti berikut:
Niat sujud kerana bersyukur atas nikmat Allah secara khusus.
Mengakui kebesaran Allah dengan melafazkan kalimah takbir iaitu, "Allahuakbar" sebelum sujud.
Melakukan sujud dengan meletakkan dahi ke bumi dan boleh dilakukan di mana-mana asalkan suci daripada najis.
Memberi salam selepas bangun daripada sujud.
Syarat-syarat sah adalah suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat, dan menghadap kiblat.
Abu Bakrah melaporkan,
"Apabila Rasulullah menemukan sesuatu yang menggembirakan beliau atau disampaikan kepada beliau sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah."
(Hadis direkodkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, dan Tirmizi).
Ini cara Islam mengajar kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah atau terlepas daripada bala. Selain itu, tanda bersyukur juga boleh dilakukan dengan amalan bersedekah dan solat sunat syukur dua rakaat.
Antara tanda kesyukuran yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah sumbangan beliau kepada tentera Islam dalam peperangan Tabuk iaitu, 200 dinar, 1500 ekor unta tunggangan, dan 500 ekor kuda perang. Tidak cukup dengan itu, beliau mendermakan 400 dinar kepada bekas tentera Perang Badar yang masih hidup seramai 100 orang.
Artikel dipetik daripada buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf tulisan Tuan Aizuddin Zakaria
Sempena tahun baru 2012 yang disambut, PTS Bookcafe menawarkan diskaun menarik dan istimewa kepada semua peminat buku terbitan PTS.
Melalui diskaun yang menggemparkan, bookcafe.com.my membawakan pelbagai buku terkini dan menarik dengan diskaun istimewa.
Tuan dan puan boleh mendapatkan pelbagai buku terjemahan, motivasi, buku agama dan buku kanak-kanak yang memberi ispirasi sempena tahun baru ini.
Layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan buku-buku terbaik PTS dengan diskaun yang mengujakan.
Ramai sedia maklum, China adalah lubuk barangan yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah. Di China sendiri disediakan banyak tempat menarik bagi memborong barang dengan harga yang murah sehingga memberi pulangan berganda kepada pembeli.
Buku Panduan Memborong Di China yang baru diterbit di pasaran ini mula mendapat sambutan hangat bagi mereka yang berminat memborong barang-barang menarik dengan harga yang murah di China.
Buku yang baru sahaja diulang cetak ini mendapat sambutan hangat para pemborong dan peminat barang-barang yang murah serta berkualiti. Sehingga kini, buku ini berada di tempat teratas dalam senarai terlaris buku pengurusan dan motivasi PTS.
Buku ini memaparkan panduan secara lengkap dalam membimbing anda bermula di Malaysia. Selain itu, buku ini juga memberi anda tips supaya tidak ditipu, dan cara membawa pulang barangan borong ke Malaysia dengan keuntungan sehingga 600 peratus.
Selain itu, buku lengkap ini juga menyediakan panduan hotel murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, mencari makanan halal can mengesan penipuan. Segala maklumat yang diperlukan dalam proses memborong barang di China juga dapat diketahui dengan hanya membeli buku yang panas di pasaran ini.
Dapatkan buku terbaik ini di kedai-kedai buku terpilih atau layari www.pts.com.my bagi membeli secara online.
Seorang kanak-kanak menconteng-conteng kertas selepas menulis. Kanak-kanak itu kelihatan marah dengan apa yang ditulisnya sendiri.
Pada awalnya, dia kelihatan gembira menulis satu persatu mengikut urutan. Kelihatan nombor menjadi permulaan bagi setiap ayat pada garis berbeza. Satu, dua, tiga dan kemudian diikuti ayat setiap satunya.
Tidak lama kemudian dia menconteng-conteng kertas itu. Sekali lagi dia melakukan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Diambil kertas baharu lalu dilakukan sekali lagi. Tulis dan conteng. Ia berulang-ulang tanpa berhenti.
Seorang lelaki menghampiri kanak-kanak yang masih leka dengan pen dan kertasnya. Dia tidak menyedari lelaki itu sedang berdiri di belakang memerhatikan tingkah lakunya. Tangan kanan cepat menconteng garis-garis di atas tulisan sendiri.
Kemudian tangan lelaki itu memegang tangan kanak-kanak itu. Terhenti contengan dan kanak-kanak itu menoleh melihat siapakah yang menghalangnya.
Kanak-kanak itu bertanya, "Apa sedang ayah lakukan di sini?" apabila melihat ayahnya yang masih memegang tanganya.
Ayahnya ketawa dan membalas semula, "Apa yang sedang kamu lakukan ini?"
Anaknya melepaskan pensil di tangan dan masih membiarkan ayah memegang tangan kanan yang ligat menulis dan menconteng tadi. Matanya masih memerhatikan kertas yang sudah dipenuhi garisan dan huruf.
Kemudian anaknya memandang ayahnya kembali dan berkata, "Tahun hadapan saya sudah masuk ke darjah lima."
Ayahnya mengangguk, "Benar, tahun hadapan kamu sudah beralih kelas. Tetapi masih di sekolah yang sama."
Anaknya membalas dan kali ini anaknya memusingkan tubuh agar berhadapan dengan ayahnya, "Sebelum cuti sekolah yang lalu, guru sudah mengasingkan kami mengikut kelas yang akan kami ikuti tahun hadapan. Kemudian kami diperkenalkan dengan guru kelas yang baharu."
"Bagusnya sekolah itu, sekolah belum bermula tetapi sudah bertindak awal. Mudahlah kamu. Tidaklah runsing mencari kelas dan mengenal guru kelas kelak. Rakan-rakan pun sudah awal-awal lagi sudah ada tempat duduk masing-masing," ayah memuji bersungguh-sungguh.
Anaknya mengangguk-angguk.
Ayahnya bertanya soalan, "Jika begitu baik sekali usaha sekolah kamu, apa yang digusarkan?"
Anaknya menarik kertas yang diconteng-contengya awal tadi. Diberikan sehelai kepada ayah. Mata ayah galak membaca satu demi satu ayat yang ditulis. Ada sesetengah perkataan diulang baca kerana terhalang dengan garis contengan yang tebal.
Kertas itu mengandungi apa yang perlu dilakukan pada tahun hadapan. Setiap satu ditulis dengan begitu teliti.
Ayah tersenyum melihat tulisan anaknya, "Kamu dilantik menjadi ketua kelas?" mata ayah tidak lagi melihat kertas, sebaliknya memandang anaknya dengan gembira.
Anaknya mengangguk-angguk lemah. Dia tidak teruja dengan jawatan yang diserahkan kepadanya oleh guru kelas sebelum kelas bermula.
"Menurut guru, ketua kelas tugasnya banyak. Perlu membantu guru mengendalikan kelas semasa beliau berada di situ atau pun ketika ketiadaanya. Saya tidak tahu di mana mahu bermula. Semuanya kelihatan banyak kepada saya," anaknya mengeluh panjang.
Helaian kertas yang berselerakan di atas lantai dikutip dan disusun satu persatu. Ayah masih membaca setiap satu tulisan anaknya. Sekali-sekala mulutnya terkumat-kamit membaca ayat itu sehingga jelas pada gerakan bibirnya.
Ayah selesai membaca dan bertanya, "Apa yang mahu dirunsingkan? Lakukan sahaja," arahan yang ringkas kepada situasi yang dialami anaknya.
"Tidak semudah itu. Saya sudah senaraikan sebegitu banyak tugas seorang ketua kelas. Tidak ada yang semudah lakukan sahaja. Satu persatu sudah membebankan saya," si anak mengadu rasa.
"Beritahu ayah apakah yang perlu dilakukan oleh seorang ketua kelas."
Cepat-cepat anaknya mengambil salah satu helai kertas yang kemas disusun oleh ayah. Lalu ditunjukkan kepada ayahnya.
"Seorang ketua kelas mesti memastikan dirinya memulakan ucapan sejahtera setiap kali guru masuk ke kelas. Seorang ketua kelas mesti memastikan dengan tepat jumlah murid yang hadir bagi tujuan kehadiran kelas. Seorang ketua kelas mesti memastikan para pelajar menghantar buku aktiviti bagi tujuan semakan guru. Semuanya mesti memastikan. Bagaimana jika saya tidak ada di situ," anaknya memberi pandangan panjang lebar.
Ayah bertanya ringkas, "Selain itu ada perkara lain?"
Anaknya segera membalas, "Menjadi ketua kelas tugasnya berganda. Kemudian perlu ke sekolah agama pada waktu petang. Malam mahu mengulang kaji pelajaran. Saya pun mahu berehat bersama keluarga. Terlalu banyak perlu dilakukan!"
Ayah bertanya ringkas sekali lagi, "Maka apa yang kamu perlukan?"
Anaknya tunduk menghela nafas panjang, "Terlalu banyak perkara, tidak tahu mahu bermula dari mana."
Ayah tidak membalas segera, diambil sehelai kertas kosong dan mengutip pensel yang separuh pendek digunakan oleh anaknya sebentar tadi. Perlahan-lahan ayah melukiskan empat bulatan pada kertas kosong. Semakin lama, semakin besar bulatan yang dilukis, seolah-olah papan dart bentuknya.
Lukisan ayah berhenti kepada empat bulatan sahaja.
"Mari kita bermula dengan tugas sebagai ketua kelas. Apa yang perlu kamu lakukan?" ayahnya membimbing anaknya.
"Memastikan setiap pagi setiap pelajar mendengar arahan saya bagi mengucapkan selamat pagi setiap kali guru masuk ke kelas."
Ayah mula menulis pada bulatan pertama dan kedua.
"Jika kamu tidak hadir, siapa akan bantu kamu?"
"Pembantu ketua kelas akan menggantikan saya."
"Jika pembantu ketua kelas tidak hadir siapa akan bantu kamu?"
Anaknya terdiam. Dia tidak dapat berfikir dengan jelas siapa seterusnya akan dilantik. Tetapi dia tetap mahu mencuba memberi penyelesaian situasi.
Dalam keadaan teruja anaknya menjawab, "Saya akan gilirkan setiap pelajar melakukan setiap pagi. Sekiranya dua puluh orang dalam kelas maka selama dua puluh hari semua orang akan merasa pengalaman menjadi ketua kecil dengan hanya menyebut "Bangun, selamat pagi cikgu! sahaja."
Baca lanjut di http://motivasimindamu.blogspot.com/2012/01/senyumlah-cerita-si-anak-pada-tahun.html
Artikel dipetik daripada http://motivasimindamu.blogspot.com dan ditulis oleh Tuan Zamri Mohamad. Tuan Zamri Mohamad merupakan trainer yang mengajar teknik penulisan di kursuspenulisan.com dan penulis di PTS
Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Kini pastinya ibu bapa serta anak-anak teruja dengan sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2012.
PTS One Sdn Bhd yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja membawakan buku menarik dan meningkatkan semangat pelajar sempena sesi persekolahan yang baru bermula ini.
Buku Penutup Botol Iman hasil terbitan PTS One ini boleh dijadikan hadiah istimewa kepada anak-anak yang baru melangkah ke sesi persekolahan pada tahun 2012 ini.
Penulisnya, Puan Nora Herni menjelaskan buku Penutup Botol Iman sesuai dijadikan bahan bacaan anak-anak bagi meningkatkan semangat sesi persekolahan yang baru ini.
"Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang dilanda kerisauan apabila anak-anak mereka gemar bermain sehingga lupa dengan matlamat asal mereka dalam menuntut ilmu. Buku ini menghidangkan kisah Iman yang sedar bahawa nombor bukanlah ukuran dalam pelajaran tetapi kualiti menuntut ilmu itu sendiri." jelas Puan Nora Herni.
Puan Nora Herni berharap melalui pembacaan buku ini, anak-anak atau mereka yang bergelar pelajar dapat mengejar ilmu yang sebenarnya dan bukan sahaja mengejar grade.
"Kejarlah nilai dalam menimba ilmu, bukan mengejar grade A. Nilai dalam memahami dan meraikan ilmu itu adalah segalanya. Melaluinya kita dapat mengaplikasikan ilmu dalam dunia sebenar yang lebih mencabar." jelas beliau lagi.
Sebagai maklumat, buku Penutup Botol Iman ini merupakan kesinambungan kisah Iman dalam buku pertama hasil tulisan Puan Nora Herni iaitu Lagi-Lagi Botol Air.
Penutup Botol Iman mengisahkan Iman yang leka dengan hobi barunya bermain batu seremban dan gelang getah. Akibat terlalu leka bermain, pembelajaran Iman semakin merosot, begitu juga dengan keputusan peperiksaannya. Ikuti kisah menarik Penutup Botol Iman yang akan masuk ke kedai-kedai buku pada penghujung bulan ini.
Layari juga www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dengan diskaun yang hebat.
Dipaorkan Nabi Muhammad pernah memberikan perumpamaan bagi dunia dan anak Adam ketika meninggal dunia, iaitu seperti seorang lelaki yang memiliki tiga orang sahabat karib. Apabila ajalnya semakin hampir, dia berkata kepada salah seorang di antara mereka,
"Saya mempunyai sahabat yang mulia dan saya sentiasa memenuhi keperluannya. Sedangkan ketentuan Allah sudah terlalu hampir dengan saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu."
Sahabat menjawab, "Ini adalah ketentuan Allah yang berlaku terlebih dahulu kepada kamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi pada ketika ini saya berada dekat dengan kamu. Ambillah apa sahaja bekal yang bermanfaat kepada mu."
Setelah itu, dia berkata pula kepada sahabatnya yang paling istimewa daripada ketiga-tiga sahabat karib ku. Sedangkan ketentuan Allah sudah hampir datang kepada saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu?
Sahabatnya berkata, Ini adalah ketentuan Allah yang datang lebih dahulu kepadamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi saya akan menguruskan dirimu sepanjang masa engkau sakit ini. Sekiranya engkau meninggal dunia, saya akan menutup jasad mu dan melindungi aurat mu."
Kemudian dia berkata kepada kepada sahabatnya yang ketiga, "Ketentuan Allah akan datang kepada saya, sebagaimana yang dapat kamu perhatikan. Sedangkan engkau adalah sahabat saya yang paling saya remehkan daripada ketiga-tiga orang sahabat karib saya. Apa pandangan kamu?"
Sahabatnya berkata, "Saya adalah sahabat karib mu semasa di dunia dan juga di akhirat. Saya akan masuk ke dalam kubur kamu ketika kamu dimasukkan ke dalamnya. Saya akan keluar dari situ apabila kamu keluar. Aku tidak mahu berpisah dengan kamu selama-lamanya."
Lalu Rasulullah menjelaskan, "Sahabat yang pertama adalah hartanya, yang kedua adalah keluarganya dan sahabat yang ketika adalah amalannya."
(Direkodkan oleh ath-Thirthusi dalam bukunya Siraajul-Muluk)
Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah tulisan Tuan Rohidzir Rais. Dapatkan buku-buku agama sempena Maulidur Rasul di kedai-kedai buku terpilih atau layari www.bookcafe.com.my.
Kerjasama PTS dan pasaraya Mydin kini semakin erat dengan kerjasama yang dibawakan oleh PTS Edar Sdn Bhd.
Terbaru, PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan buku agama terbaik bagi dipasarkan secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.
7 Surah Pilihan edisi istimewa ini dengan cover terbaru ini dibawakan khas dengan harga yang lebih murah dan dapat dibeli secara borong di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.
Sebelum ini juga PTS Darul Furqan dengan kerjasama PTS Edar membawakan Yasin istimewa yang dapat dibeli dengan harga borong di pasaraya Mydin.
Melalui harga yang murah dan mudah didapati, buku Yasin ini boleh dijadikan sebagai hadiah dalam majlis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, majlis tahlil dan sebagainya.
"Bulan hadapan, PTS Edar juga akan mengedarkan 6 lagi buah buku kepada 'Muslimin Department' di MYDIN. Buku-buku ini sedang dalam proses 'printing' dan 'packing'. Insyaallah akan ada lebih banyak lagi buku yang akan PTS Edar edarkan di MYDIN," jelas pengurus PTS Edar Sdn Bhd, Tuan Ahmad Ridza Jailani.
Buku Yasin edisi istimewa Mydin ini kini boleh diperolehi di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.
Dapatkan dan borong buku Yasin serta buku 7 Surah Pilihan yang dijual di pasaraya Mydin seluruh Malaysia.
Tidak lama lagi, tahun baru akan tiba dan pastinya ini dinantikan oleh semua orang Sambutan tahun baru ini sudah menjadi tradisi utama dan diraikan dengan meriah oleh masyarakat di Malaysia termasuk mereka yang beragama Islam. Tahun baru ini digambarkan sebagai permulaan kehidupan baru kepada semua orang.
Seolah menjadi tradisi, dalam setiap sambutan tahun baru, pelbagai jenis sambutan berbentuk hiburan dianjurkan oleh syarikat dan NGO bagi memeriahkan lagi sambutan ini.
Bagi salah seorang ahli lembaga pengarah rumah perlindungan, Raudatul Sakinah, Tuan Abdullah Omar, sambutan tahun baru yang diamalkan selama ini perlu diubah supaya remaja yang melangkah ke tahun baru berubah menjadi remaja yang lebih bagus ilmu dan akhlaknya.
"Kita dari Raudatul Sakinah menerima ramai pelatih yang menghadapi masalah seperti hamil anak luar nikah pada hujung tahun. Mengikut perkiraan ini adalah hasil daripada pergaulan bebas yang berlaku pada sambutan yang diadakan pada awal tahun seperti sambutan tahun baru," jelas beliau.
Tuan Abdullah menjelaskan, semua pihak perlu bekerjasama menganjurkan aktiviti bermanfaan dan lebih suci bagi melahirkan sambutan tahun baru yang lebih bermanfaat kepada masyarakat umumnya.
"Kita lihat banyak juga NGO dan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah sambutan tahun baru sedia ada dengan mengadakan majlis ilmu di masjid dan sebagainya buat remaja. Melaluinya kita dapat melatih remaja menjadi lebih baik," jelas beliau lagi.
Hakikatnya, remaja sendiri keliru dan tidak tahu bagaimana mahu meraikan sambutan tahun baru dengan cara yang betul. Sajian sambutan tahun baru yang disediakan oleh sesetengah golongan bagi mencari keuntungan dianggap remaja sebagai satu cara bagi menyambut tahun baru yang diraikan seluruh dunia.
"Kita sendiri perlu mengubah sambutan ini ke arah yang lebih baik dengan mengadakan aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Raudatul Sakinah sendiri mengambil langkah menyambut tahun baru dengan cara tersendiri. Kali ini sambutan yang diadakan dengan tujuan meningkatkan lagi semangat remaja.
Esok bertempat di Masjid Negara, Raudatul Sakinah membawakan program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati: Jiwa Cerdas Pemuda Cergas kepada masyarakat. Perbagai aktiviti menarik disediakan bermula dari 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012.
Artis tempatan dan luar negara juga dijemput bagi memberi lebih kemeriahan dalam program ini termasuklah Shoutul Harokah, Ahmad Fedtri Yahya, Aisyah dan ramai lagi.
Turut memeriahkan majlis adalah juara Ustazah Pilihan dan Imam Muda Hassan bagi memberi lebih cetusan semangat kepada golongan muda. Pendaftaran program adalah pada jam 12 tengah hari. Ibu bapa yang ingin menyambut tahun baru bersama anak-anak juga boleh mendaftar bagi memeriahkan suasana sambil merasai kemeriahan sambutan tahun baru yang sebenarnya. Pendaftaran adalah percuma.
Sebarang persoalan boleh terus menghubungi Tuan Abdullah di talian 013-2466190.
Sempena tahun baru ini, PTS Pop Sdn Bhd membawakan hadiah terbaik kepada peminat buku fiksyen Sains kanak-kanak.
PTS Pop menampilkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dengan wajah baru yang lebih mengujakan pembaca.
Melalui grafik yang lebih menarik, berwarna-warni dan mengujakan ini, buku Eksperimen Pertama ini pastinya menjadi kegilaan kanak-kanak yang menggemari buku berbentuk fiksyen sains ini.
Lebih mengujakan pembaca cilik, terdapat komik menarik yang turut disediakan bagi menawan hati pembaca cilik. Novel sains berkomik yang direka khas kepada peminat ini pastinya dapat menjadi pencetus semangat kepada anak-anak dalam menempuh sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
Buku sains berkomik, Tim Best: Eksperiment Pertama ini mengisahkan sekumpulan remaja di sekolah rendah yang meminati subjek sains dan sering melakukan eksperimen sains dan teknologi.
Dapatkan buku sains berkomik ini pasaran bermula awal tahun ini. Tuan dan puan juga boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dan mendapatkan diskaun istimewa di kedai buku online PTS.
Istimewa tahun baru ini, penulis buku bersiri, Dear Yayah, Puan Farihah Iskandar menganjurkan peraduan Puisi untuk 'Dear' Farihah Iskandar khas buat peminat setia Farihah Iskandar.
Pemenang berpeluang menerima T-Shirt Limited Edition DY dan Keychain Teddy Bear istimewa dan menarik buat peminat.
Peminat yang ingin menyertai peraduan Puisi Untuk Dear Yayah ini perlu melayari blog Farihah Iskandar di http://farihah-iskandar.blogspot.com bagi menyertai peraduan ini.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Januari 2012 ini. Puisi yang menarik dan menawan hati pengadil berpeluang dimasukkan ke dalam novel Dear Yayah 6 yang akan menemui pembaca tidak lama lagi.
Penulis buku remaja, Dear Yayah, Puan Farihah Iskandar dan Tuan Ard One akan muncul di ruang legar Alamanda bagi bertemu peminat di sekitar Putrajaya
Farihah Iskandar dan Ard One akan memeriahkan Alamanda, Putrajaya bermula dari jam 3 hingga 4 petang dengan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik khas buat pengunjung yang hadir.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik khas dari PTS sempena program ini.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan tandatangan penulis buku kesayangan ramai ini selain bergambar dan beramah mesra bersama peminat di Alamanda, Putrajaya.
Temui Farihah Iskandar dan Ard One di ruang legar, Alamanda, Putrajaya dalam pesta buku MPH@Alamanda pada 30 Disember (esok) pada jam 3 hingga 4 petang dan dapatkan juga hadiah menarik yang disediakan.
Borak Buku istimewa hujung tahun ini membawakan tokoh hebat, Dato' Baha Zain. Selain terkenal sebagai penulis dan penggiat sastera tempatan, Dato' Baha Zain juga merupakan penerima anugerah Tokoh PENA sempena 50 tahun PENA baru-baru ini.
Sebagai maklumat, borak buku merupakan program umum bagi menemukan antara penulis dengan peminat serta penggiat buku tempatan. Program borak buku yang diadakan secara santai. Peserta berpeluang sama memberi pandangan dan pendapat mengenai isu yang akan dibicarakan dalam borak buku ini.
Dato' Baha Zain memilih buku Right, Freedoms and Civil Society tulisan KJ Ratnam. Sertai borak buku pada 31 Disember ini bermula dengan 3.30 hingga jam 5 petang di The Coffee Beans, KL Sentral.
Cuti hujung tahun akan menemui kita tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti disediakan oleh persatuan dan syarikat bagi mengisi sambutan tahun baru dengan lebih bermanfaat.
PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia turut tidak melepaskan peluang mengisi sambutan tahun baru ini bersama peminat-peminat buku tempatan.
PTS dengan kerjasama MPH mengadakan program istimewa bersama dengan penulis PTS khas di Alamanda, Putrajaya.
Bermula sabtu ini, 30 Disember, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.
Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.
Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.
Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.
Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.
Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.
Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anaknya lahir sebagai anak yang cerdas, kreatif serta genuis dunia dan akhirat bagi masa depan yang cemerlang. Anak yang bijak adalah hasil daripada latihan dan didikan yang sempurna daripada ibu dan bapa yang cemerlang.
PTS Millenia yang menghasilkan buku-buku umum membawakan buku inspirasi terbaik kepada ibu bapa sebagai panduan bagi melatih anak-anak menjadi genius luar biasa dunia dan akhirat.
Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini memberi panduan lengkap kepada ibu bapa bagi melatih anak supaya menjadi anak yang hebat dunia dan akhirat.
Antara hidangan menarik yang disediakan dalam buku ini termasuklah tip mencintai buku gaya Hamka, Cara menangani 'mental block' serta tip mencungkil bakat hebat dalam diri anak-anak. Selain itu, dipaparkan juga rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as Suyuthi.
Lebih menarik buku ini mendedahkan teori W-I-R-E-S dan lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.
Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini mampu melorongkan cara kepada ibu bapa dalam mendorong anak menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi yang dimiliki mereka.
Dapatkan buku menarik khas buat ibu bapa sempena tahun baru ini. Layari www.bookcafe.com.my atau dapatkan juga buku-buku menarik terbitan PTS di rangkaian kedai buku terpilih seluruh Malaysia.


Cerpen dipetik daripada blog http://kalamkhalifah.com/ dan ditulis oleh Tuan Zahiruddin Zabidi
"KAU pernah dengar cerita seorang tua, anaknya dengan seekor keldai?" soal Rabiah kepada rakan sebiliknya, Rozita.
Rozita mengerutkan wajahnya sambil jemari kanannya menggaru kepala yang tidak gatal, seakan sedang berfikir dalam. "Aku rasa macam pernah dengar, tapi sudah lama dan sudah lupa mungkin."
Segera pula dia menambah, "Namun apakah kerelevanan cerita itu dengan kes kau ini?"
Rabiah, si gadis manis tahun akhir Fakulti Ilmu Wahyu pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh yang berperawakan sederhana itu tersenyum kelat. Hebat amat dugaan yang menimpa dirinya atas keputusan yang sudah dibuat itu.
Keputusan yang diambil bukan sahaja mengejutkan ibu bapanya, rakan-rakan sekampus malah tidak semena-mena semua media cetak dan eletronik di tanah tumpah darahnya juga seakan sentiasa mengejar dirinya siang dan malam bagi dijadikan bahan berita. Peluang ini juga dimanipulasi oleh sebuah akhbar harian yang bersifat separa lucah dan sangat dahagakan cerita-cerita semi-lucah sebagai tajuk utama mereka.
Mahu dikatakan dia membuat satu dosa besar, dengan ilmu pengajian malah pengkhususan dalam syariah pastinya dia lebih arif mengenai keputusan yang diambil. Namun melihat kepada tajuk-tajuk akhbar sehari dua ini, dia semacam lebih jahat dan teruk daripada para gadis yang membunuh zuriat luar kandung mereka sendiri. Sedangkan keputusan beliau tidak pun bercanggah dengan undang-undang dalam negara mahupun undang-undang syariah.
Rozita yang biasanya becok dan banyak celotehnya hanya memerhati sahaja sahabat biliknya itu larut atau hanyut dalam lamunan ilham dan wahyu. Dia kemudian menegur lembut, tidak sebecok biasa kerana sedar tekanan dan bebanan yang ditanggung oleh sahabatnya itu. Apatah pula peperiksaan terakhir bagi semester terakhir akan bermula minggu hadapan dan kini mereka dalam minggu ulang kaji.
"Kau sudah fikir masak-masak, kawan?" Soal Rozita lagi. Mahu memastikan apakah yang sebenarnya galau yang tersedak di dada Rabiah.
Tanpa menjawab soalan, Rabiah terus berceritera, "Kau tahu? Orang tua, anaknya dan keldai milik mereka itu bermusafir pada suatu hari...."
Rozita diam, memasang telinga sekalipun dia tahu kata-kata itu bukan jawapan kepada soalannya sebentar tadi.
Angin malam pula berpuput gemalai menerpa wajah dan badan mereka yang sedang menyaksikan langit terbentang dengan bebintang menjadi riasannya. Masing-masing mendongak dan memacu penglihatan kepada jendela dunia itu lantas diraih damai di hati. Tenang disirami cahaya rembulan yang mengambang.
"Sehinggalah sampai di sebuah kampung dan mereka terdengar orang kampung berkata, 'Lihatlah lelaki itu, sungguh zalim terhadap anaknya. Sedangkan dia punya keldai yang sihat, akan tetapi disuruh anaknya itu berjalan sahaja.' Mendengar kata-kata itu si ayah menyuruh anaknya menunggang keldai itu selepas memikirkan kebenaran kata-kata tersebut. Perjalanan diteruskan."
Rozita khusyuk mendengar, matanya dari tadi tidak berkedip menatap wajah sahabatnya itu. Kadang-kadang terdengar bunyi tangannya menampar-nampar bahagian tertentu tubuh kerana reaktif terhadap serangan nyamuk.
Namun terus ditekuni ceritera sahabatnya yang kelihatan begitu rawan, tanda hati yang begitu walang.
"Sesampai mereka di sebuah kampung lagi, tiba-tiba ada pula suara-suara yang mengkritik si anak, mereka berkata, 'alangkah biadapnya si anak itu, dia yang masih muda gagah menaiki sang keldai lantas membiarkan si ayah yang sudah pikun itu berjalan kaki, apakah dunia ini sudah menghampiri kiamat!' Kedengaran orang ramai bersetuju dengan pendapat si fulan itu. Ayah si budak lelaki itu berfikir, ada benarnya juga kata mereka. Lantas diarahkan si anak itu turun lalu dia menunggang keldai manakala anaknya disuruh berjalan kaki di sampingnya. Si anak yang taat tentunya tidak membantah permintaan ayahnya itu. Perjalanan diteruskan...."
Sekali lagi Rabiah meluncurkan pandang ke langit menghampar malam, entah apa yang dinikmatinya dari sana. Pada mata Rozita, selain bebintang dan gemawan awan yang melitupi bulan ngambang, tiada lagi maksud yang terisi.
Rozita semakin ralit, sekalipun matanya sudah terasa pedih dan berat menahan kantuk, namun digagahkan juga bagi mendengar ceritera daripada sahabat baiknya itu. Al-maklum dari semester satu mereka sudah bersama, dan kini mereka berdua sudah berada pada semester terakhir, apabila masing-masing sudah graduasi, entahkan jumpa lagi entahkan tidak. Tambah-tambah si Rabiah juga bakal....
Ah!
Gugup Rozita disergah Rabiah. "Kau mahu dengar tidak cerita aku ini!?"
"Ya... ya, aku dengar... aku dengar...." Rozita menekuni Rabiah semula selepas menerawang seketika, sehingga terlupa subjek bicara pada ketika ini adalah Rabiah. Benar dia lupa, bukan sengaja.
"Sampai di sebuah kampung...," sambung Rabiah, "Tiba-tiba ada pula satu suara yang berkata, 'Alangkah ruginya dua beranak itu, sepatutnya keldai mereka yang masih muda dan gagah itu ditunggangi bersama, bukan salah seorang sahaja. Ini adalah perkara yang merugikan dan meletihkan mereka juga.' Orang itu berlalu dengan gelak yang terbahak-bahak. Kau tahu apa yang berlaku kemudian?" Tanya Rabiah kepada Rozita.
Rozita hanya menggeleng, dia tahu emosi sahabatnya tidak stabil saat ini, dia dirempuh oleh badai ujian akibat sebuah keputusan yang mencarikkan adat kelaziman bagi seorang anak gadis perawan yang bakal graduasi tidak lama lagi.
Rabiah tersenyum kelat, "Kedua-kedua mereka kemudian menunggang keldai itu bersama-sama dan mereka kemudia lewat di sebuah kampung dan didapati orang kampung tercengang-cengang melihat kelakuan mereka yang menunggang keldai itu secara bersama. Tidak semena-mena mereka dicemuh dan dikutuk kerana menyeksa haiwan dengan tuduhan menzalimi haiwan tersebut."
"Habis kalau semua yang mereka buat tidak betul, apakah yang betulnya!?" Soal Rozita sedikit menjerit terasa terjerat dengan cerita yang disampaikan Rabiah.
Rabiah senyum menyumbing. Jelas dampak dua lesung pipit dalam menghias wajah ayu yang tersimbah nur rembulan itu.
"Tekalah?" Rabiah memprovok.
"Ah, cerita kau, engkaulah yang habiskan...."
"Kerana berasa tertekan dengan pandangan setiap orang yang mereka jumpa, dan setiap daripada mereka pula saling bercanggahan dalam member pandangan maka si ayah kepada budak itu pun mengambil keputusannya sendiri. Katanya kepada si anak, 'Kali ini kita tidak boleh lagi mendengar kata orang, kita buat keputusan sendiri, lagipun keldai ini adalah keldai kita dan bukan mereka. Perjalanan ini juga adalah perjalanan kita dan bukan mereka... mari wahai anakku, ayuh kita usung keldai ini sama-sama!" Rabiah cuba menghabiskan ceritanya dengan penuh emosi dan dramatik... seraya terdengar kekehan dan terbit daripada Rozita, berjejehan air matanya.
***
Suasana di ruang tamu tegang, Haji Murad kelihatan sedikit sugul namun tetap berusaha menampakkan wajah yang tenang, seakan itik yang sedang berenang. Dari permukaan air kelihatan sangat tenang dan bersahaja, namun hakikat di bawah air kakinya sangat kalut berkayuh bagi memastikan dirinya terus terapung dan dapat bergerak ke sana ke mari.
Hajah Roziah pula lebih selesa mendiamkan diri, tidak tahu apakah yang perlu diperkatakan lagi. Lagipun dia tidak alim sangat dalam urusan agama apatah lagi bersangkutan secara jelas dengan masalah fiqh. Biarkan sahaja suaminya, bekas imam kampung mereka menguruskannya dengan segala ilmu dan kebijaksanaannya.
Haji Murad bersuara dalam, berat butir bicaranya. "Rabiah, anakku... apakah kamu sudah memikirkan hal ini sedalam-dalamnya? Ini bukanlah urusan yang boleh diringan-ringankan. Ianya berkaitan hukum-hakam agama."
Terhenti di situ. Haji Murad cuba mengumpul tenaga. Dia sendiri tidak faham rasa apa yang sedang bergelodak dalam jiwanya. Ilmu yang dimilikinya juga gagal mewaraskan situasi tersebut. Kalau yang sedang berada di hadapannya saat itu bukan anaknya sendiri. Insya-Allah, mudah sedikit bagi diselesaikan.
"Ayah... ibu... saya mohon restu daripada kalian. Saya sedar dan tahu redha Allah ada pada redha kalian. Tidak banyak yang saya minta sepanjang hidup saya sebagai anak kalian. Saya juga amat bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya menjadi anak kalian, namun urusan ini adalah keputusan yang saya buat selepas pertimbangan akal, ilmu dan petunjuk daripada Allah. Saya yakin ayah dan ibu faham akan maksud saya...," Rabiah tunduk saat kata-kata tersebut dilafazkan. Bukan malu, bukan juga rasa bersalah. Namun rasa hormat kepada kedua orang tuanya yang tinggi. Dek kerana tarbiah mereka, Rabiah berani mengambil keputusan yang seberani ini.
Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas!
Haji Murad mengelus-ngelus janggut yang sudah mula memutih, serban yang dipakai kemas tersemat di kelapa. Dia masih berbaju Melayu berkain sarung saat itu kerana baru kembali dari surau menyampaikan kuliah Magrib dan sembahyang Isyak berjemaah.
Pandangannya terkalih kepada Hajah Roziah, isterinya yang setia, tidak berbelah bahagi. Selama jampir 30 tahun mereka bermadu kasih tanpa sebarang masaalah. Sesekali diusik ombak, alah bisa tegal biasa. Mereka tahu tujuan hidup adalah menuju kekal di baqa.
Rabiah satu-satunya anak mereka. Harapan tunggal manikam kalbu kedua mereka. Mereka sentiasa memastikan yang terbaik untuk Rabiah.
Rabiah kemudian berkata lembut, "Ayah... ibu... saya tahu persetujuan dan keredhaan ayah dan ibu adalah paling penting dalam urusan ini. Saya juga maklum, dari semenjak saya sudah pandai mendengar ayah sudah mendendangkan nasihat bersusur galur kepada hadis Rasulullah yang memberitahu redha Allah itu ada pada kedua ibu bapa. Dan tidak terdetik sepicing pun niat di hati bagi membelakangi ayah dan ibu dalam urusan ini. Justeru saya minta redha dan kebenaran...."
Rabiah masih bertekur wajah.
Baca lanjut di http://kalamkhalifah.com/.
Penulis adalah editor di PTS Islamika Sdn Bhd. Beliau juga penulis buku Srikandi Islam dan novel islami di PTS.
Sambutan tahun baru semakin meriah dengan aktiviti menarik yang dirancang pelbagai organisasi. Program berbentuk ilmu dan memberi manfaat kepada pengunjung disediakan bagi mengisi sambutan tahun baru yang dinanti oleh segenap masyarakat.
Terkini, Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan Mini Karnival Indahnya Islam sempena sambutan tahun baru 2012 bermula dari 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.
Mini Karnival yang diadakan bermula dari jam 11 pagi itu membawakan pelbagai aktiviti menarik yang penuh ilmu. Antara program yang disediakan termasuklah Diskusi Buku bersama penulis buku Ensklopedia Solat, Tuan Hj. Zamihan Md. Zain dan penulis buku PTS, Tuan Rohidzir Rais.
Selain itu, Mini karnival ini juga turut membawakan kempen indahnya Islam, Bual bicara di ambang 2012, konsert mini nasyid, Qiyamullaill, kuliah subuh dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Pameran dan jualan buku Islami dari pelbagai penerbit juga disediakan. Tuan dan puan yang hadir juga berpeluang mendapatkan buku PTS yang terkini dan panas di pasaran.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Mini Karnival Indahnya Islam@Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur bermula dari jam 11 pagi, 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.
Maklumat lanjut program ilmu sambutan tahun baru ini boleh diperolehi dengan melayari facebook MASJID JAMEK BANDARAYA KUALA LUMPUR.
Bersama-sama kita memeriahkan lagi program ilmu sempena tahun baru yang akan menemui kita beberapa hari sahaja lagi.



PTS Profesional Sdn Bhd membawakan buku motivasi bestseller terbaik sepanjang zaman bagi meraikan tahun baru yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.
Buku bestseller yang menghimpunkan 101 kisah yang pastinya menggugah emosi dan menceriakan hidup dihimpun dalam sebuah buku bagi memberi inspirasi kepada pembaca.
Pelbagai kisah menarik yang diadun dalam sebuah buku yang nyata bestseller dan memberi rasa unik dalam hati pembaca. Pembaca pastinya tersenyum, ketawa, dan menangis apabila membaca cerita yang dipaparkan dalam buku bestseller ini.
Buku hasil tulisa Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark ini akan membawa pembaca ke destinasi kehidupan yang lebih ceria dan berbeza daripada biasa.
Selain itu, PTS Profesional juga membawakan buku-buku lain yang bestseller sepanjang zaman sebagai hadiah kepada pembaca sebagai semangat dalam menju ke tahun baru yang akan menemui kita.
Antara buku yang disediakan dengan harga yang menarik termasuklah buku Start Where You Are, The Magic Tinking dan Law of Attraction yang sentiasa diburu peminat buku motivasi tempatan dan antarabangsa.
Buku-buku yang disajikan dalam edisi bahasa Melayu ini pastinya membawakan kelainan dalam minda dan jiwa pembaca yang ingin mengubah kepada kehidupan yang lebih ceria dan menggembirakan.
Dapatkan buku-buku menarik hasil terjemahan PTS Profesional ini dengan diskaun hebat dengan melayari laman web www.bookcafe.com.my atau mendapatkanny di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.
Selain itu, tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku terbaik ini di pesta buku MPH yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya bermula hari ini.
Pesta Buku MPH di Alamanda, Putrajaya hari ini membuka tirainya bagi meraikan ulangtahun sambutan 105 tahun pembukaan MPH.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh MPH dengan kerjasama penerbit-penerbit di seluruh Malaysia.
PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat di MPH Anniversary Bookfair@ Alamanda ini.
Melalui pesta buku MPH yang julung kali diadakan ini, PTS membawakan pelbagai buku menarik dan terkini khas buat peminat buku PTS di sekitar Putrajaya.
Selain itu, PTS juga membawakan barisan penulis hebat PTS bagi bertemu dan beramah mesra dengan peminat-peminat di Alamada, Putrajaya.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula hujung minggu ini.
Bermula 30 Disember ini, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.
Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.
Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.
Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.
Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.
Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.