Karya ahli Kelab Penulis Muda PTS, Nasrin Arisya ini dilihat banyak mengisahkan kehidupan suka duka seorang pelajar dalam mengharungi sebuah kehidupan. Penulis cuba membawa pembaca menyelami dunia kanak-kanak lantas dapat mengimbau zaman silam kita sewaktu kecil.
Mengisahkan Maira, anak bongsu kepada pasangan Amir dan Irdayu yang amat meminati muzik biola. Walaupun pada mulanya minatnya dipendam, namun ayah dan ibunya dapat mengetahuinya juga.
Ketika menjelang sambutan hari jadinya, dia mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya. Ayahnya mendaftarkan dia ke dalam kelas biola. Di permulaan inilah, minatnya dan keinginannya mula bertambah.
Hana, rakan baru Maira semenjak berpindah di sekolah baru sering menemaninya. Bahkan, di dalam kelas pun mereka duduk bersebelahan. Maira semakin serasi dengan Hana memandangkan mereka selalu ke mana sahaja bersama. Hana lah merupakan orang yang pertama mengetahui minat Maira dalam muzik biola.
Maira mendapat perkhabaran gembira apabila mengetahui akan diadakan satu pertandingan biola di sekolahnya. Dia begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turut serta. Ditemani oleh rakan karibnya, Hana, mereka berdua bersama-sama berjumpa cikgu Masni untuk mengambil boring pertandingan.
Novel terbitan PTS One ini akan membuatkan pembaca mengimbau kembali zaman kehidupan kanak-kanak. Sesekali penulis menyelitkan gurau senda dan gelak tawa kehidupan dalam berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Bagi kita yang sebelum ini hanya sekadar mencuba sendiri alatan perisian Adobe Photoshop, pasti akan berasa gembira dengan keputusan yang kita dapat hasil daripada teknik cuba-cuba itu.
Namun, dengan memiliki buku berjudul Adobe Photoshop dan berus ajaib ini, sudah pasti kita akan lebih banyak mengetahui maklumat dan cara-cara yang lebih mudah dan pastinya akan membuahkan hasil grafik yang kelihatan lebih menarik.
Buku 100 peratus halaman bewarna ini dilihat dapat membantu dalam lebih memahami jenis fungsi kegunaan dan teknik yang ditunjukkan. Selain disertakan dengan objek sebagai gambaran contoh, kita dapat lihat perbezaan dengan lebih jelas dan terang disusuli teknik yang berbeza yang digunakan.
Dengan tunjuk ajar satu persatu yang diberikan, sudah pasti membuatkan kerja anda kita lebih mudah.
Buku terbitan PTS Net media ini dilihat dapat membantu kita untuk lebih mengetahui teknik dalam menghasilkan gambar grafik yang lebih cantik. Untuk maklumat lanjut, sila klik buku di bawah. Juga boleh dapatkan di Arena Buku PTS 2012 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012.
Sebuah lagi karya penulis tersohor Indonesia A. Fuandi kini di pasaran. Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini adalah beliau telah bergabung dengan seorang lagi penulis ternama iaitu Tasaro G.K maka lahirlah Rindu Purnama.
Puan Linda selaku Editor Pengurusan Unit Terjemahan PTS Litera Utama ketika ditemubual berkata, novel ini dipilih untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu kerana jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat dan sesuai dibaca oleh semua golongan.
Selain itu tambah beliau, novel kali ini adalah unik kerana ianya gabungan dua penulis termasyhur indonesia yang sudah terkenal dengan hasil penulisan mereka yang mantap.
Kelainan yang dibawa dalam edisi kali ini ialah bahasa yang dipermudahkan untuk pemahaman, design kulit yang diubah supaya lebih mesra dengan pembaca dan harga yang mampu milik iaitu RM18.00 di semenanjung.
Buku ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Rindu pergi ke Jakarta untuk menyara keluarganya yang miskin. Rindu bekerja sebagai seorang penjual surat kabar, namun pada suatu hari, syarikat berkenaan gulung tikar. Kemudian rakan Rindu mengajaknya untuk ke rumah perlindungan, di sana Rindu bekerja sebagai peminta sedekah. Di disilah bermula segala perjalanan onak liku kehidupan Rindu.
Dapatkan segera Rindu Purnama di booth PTS, PBAKL 2012, semua pengedar PTS di seluruh malaysia atau boleh dapatkannya di PTS Bookcafe dengan diskaun sebanyak 25 peratus.
Sebuah karya Al Ghazali Sulaiman yang menceritakan kepahlawanan seorang pemuda dari keturunan Bani Saad. Zubair bin Awwam, anak kepada Awwam bin Khuwailid yang merupakan seorang pejuang hebat pada masa itu.
Di besarkan tanpa kasih sayang seorang bapa, namun ianya tidak menghalang Zubair bin Awwam berjuang bersama-sama baginda Rasulullah hingga akhir hayat baginda.
Kehidupan kecilnya di sulami dengan kehidupan yang sukar. Selepas di ketahui orang ramai bahawa beliau dan ibunya, Saffiyyah binti Abdul Mutalib memeluk Islam, bapa saudaranya Naufal bin Khuwailid yang di gelar singa Quraisy merupakan individu yang tidak dapat menerima hakikat dan terlalu sukar mempercayainya lantas di seksa di hadapan orang ramai.
Namun, keazaman dan keteguhan iman yang dimiliki Zubair, membuatkan Abu Bakar As-Sidiq kagum lalu menawarkan puteri beliau, Asma’ binti Abu Bakar untuk dinikahinya.
Perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah bermula di zaman mudanya lagi. Dengan keberanian dan ketangkasan dimiliki, beliau sering di beri kepercayaan baginda untuk menjadi watak penting dalam beberapa siri peperangan.
Ketokohan dan kebijaksanaan dalam peperangan membuatkan beliau disanjungi kawan dan dihormati pihak lawan. Namun, sedikitpun tidak menggoyahkan imannya untuk terus berjuang bersama Rasulullah bagi menegakkan kebenaran.
Selepas kewafatan Rasulullah, sistem pemerintahan bertukar tangan kepada sahabat. Dengan cabaran dan dugaan dihadapi oleh mereka semasa memerintah, namun ianya dapat di selesaikan dengan baik.
Zaman keruntuhan perpaduan sesama Islam selepas era kegemilangan Islam dalam menakluk dan memerintah dengan adil kelihatan seperti mula berlaku. Dengan niat jahat, dendam kesumat dan tipu muslihat Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, di lihat bejaya memecah tembok perpaduan orang-orang Islam dan di lihat punca titik-titik awal perpecahan di kalangan orang-orang Islam.
Novel sejarah Islam ini banyak mengupas sejarah dan kisah-kisah perjuangan para sahabat ketika era perperangan bersama Rasulullah. Ayuh, kenali Zubair dengan lebih dekat dan klik sahaja imej buku dibawah bagi maklumat lanjut.
Siri inspirasi wanita terbitan PTS Millenia ini banyak mengupas erti cinta yang sebenar. Selain untuk mencapai dan mendapat keredaan Allah, setiap individu perlu mengetahui maksud erti cinta sebenar berlandaskan syariat Islam.
Memang fitrah, setiap manusia memerlukan cinta dan dicintai. Namun, ia hendaklah dipandu ke arah landasan yang mahmudah.
Penulis sedikit sebanyak mengajak pembaca bagi memupuk suasana mahupun persekitaran yang ‘harmoni’ ketika berada di dalam alam percintaan. Selain berkasih sayang sesama insan, penulis juga menyelitkan beberapa kisah untuk dijadikan teladan kepada generasi masa kini agar menilai erti makna cinta itu dengan konteks yang meluas.
Penulis juga cuba menggambarkan betapa manisnya cinta jika di sulami dengan pemikiran matang dan waras tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir ataupun gangguan yang tidak beretika. Perasaan sayang yang melampau terhadap pasangan yang bukan muhrim juga dilihat menjadi punca awal seseorang itu akan hanyut dalam dunia ciptaanya sendiri.
Buku Istikharah Cinta ini dilihat mampu membuka ‘pemikiran’ pembaca selain memandu mereka ke arah mencari erti cinta yang hakiki. Sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat, buku ini juga di sertakan dengan maksud ayat Al-Quran dan hadis dalam menjelaskan lagi tentang kebahagian yang di cari.
Untuk maklumat lanjut, klik imej buku di bawah. Dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran.
Benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan apabila wujudnya sebuah pemerintah yang ketuanya baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik.
Hanya selepas 800 tahun sabda Rasulullah ini, penaklukan kota yang menjadi rebutan ketua pemerintahan ketika itu, benar-benar berlaku semasa pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau yang berusia 21 tahun ketika itu dengan berani, gagah dan bersemangat pahlawan kental berjaya mengancurkan keegoan musuh Islam yang sudah lama menjadikan kota itu sebagai pusat pemerintahan.
Dilantik sebagai pemimpin negara seusia 19 tahun dari ayahandanya Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menunjukkan kecerdasan otaknya dalam menangani beberapa masalah yang timbul. Ditemani oleh ulama yang terkenal pada zamannya, Syeikh Bayram dan disusuli dengan anak muridnya, Syeikh Syamsuddin Al-Wali, didikan agama yang diberikan kedua ulama ini mempengaruhi kehidupan beliau.
Berbekalkan dengan hadis Rasulullah yang tersemat utuh di hati, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh bertambah bersemangat dalam cuba menakluk kota Konstantinopel. Dipelajari ilmu perang dari bapa saudaranya, menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh terus gagah dan mahir dalam ilmu perang dalam usaha memerangi musuh Islam.
Walaupun di anggap terlalu muda memegang tampuk pimpinan, namun sebenarnya ianya jauh dari pemikiran rakyatnya ketika itu. Dengan bersikap penuh tawadduk dan rendah diri, Sultan Muhammad Al-Fateh tanpa segan silu mendengar setiap cadangan mahupun buah fikiran dari para menterinya dengan mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah saw.
Selepas 52 hari bertempur dengan pihak musuh pimpinan Maharaja Konstantine, akhirnya kota yang menjadi rebutan itu, jatuh ke tangan Islam. Pimpinan hebat dari Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membuahkan hasil di samping usaha keras dan gigih dari pejuang Islam bagi merebut syahid di jalan Allah.
Perisitiwa agung ini, terus menjadikan Islam tersebar luas di beberapa negara Eropah. Dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik menjadikan pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh terus disanjungi rakyat dan digeruni lawan.
Buku karya Abdul Latif Talib ini sedikit sebanyak akan membuatkan pembaca merasai ‘semangat’ seperti semangat jihad tentera Turki menakluk kota Konstantinopel. Buku ini sesuai di jadikan contoh kepada generasi muda masa kini dalam usaha untuk menegakkan syariat Islam disamping mengambil inspirasi pimpinan berani Sultan Muhammad Al-Fateh.
Terjah di pasaran! Buku Pengantin Al-Quran terbitan PTS Darul Furqan yang baru menerjah pasaran ini menceritakan perihal seseorang itu sebelum memasuki alam rumah tangga. Di huraikan dengan terperinci maksud perkahwinan dalam Islam, ia di lihat dapat membantu pembaca memahami dengan lebih jelas.
Perasaan cinta yang diwujudkan oleh Allah begitu hebat jika manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Menurut pandangan Ibn Qayyim al-Jauziah, “Kerana cinta dan demi cinta langit dan bumi diciptakan, dan atas dasarnya makhluk diwujudkan, demi cinta seluruh planet beredar dan dengnnya juga semua pergerakan tiba di tujuannya serta bersambung awal dan akhirnya. Dengan cinta, semua jiwa meraih harapannya dan mendapat idamannya, serta terbebas daripada semua yang meresahkannya.”
Perkahwinan merupakan fitrah kehidupan. Setiap mahluk di muka bumi dijadikan berpasang-pasangan. Perkahwinan juga merupakan ibadah dan sunnah Rasulullah. Ini bertepatan dengan hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim melalui Anas Bin Malik yang bermaksud, "Pernikahan adalah sunahku. Sesiapa yang tidak suka dengan cara hidupku, maka dia bukan daripadaku."
Buku karya Muhamad Quraish Shihab ini sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang sudah berkahwin dan mahu melangkah ke alam rumah tangga. Dipecahkan kepada beberapa tajuk yang berunsurkan nasihat, ianya dilihat mampu membina keluarga sakinah.
Sesuai dengan tajuknya, Pengantin Al-Quran, buku ini di garap dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan dengan nas-nas Al-Quran dan hadis. Klik imej buku di bawah bagi maklumat lanjut dan pembelian secara online.
Abdul Latip Talib, seorang penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. Karya beliau seperti Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin, Imam Syafie: Pejuang Kebenaran, Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel dan banyak lagi mendapat tempat di kalangan pembaca. Plot ceritanya yang disusun teratur dan menarik, sudah pasti membuatkan pembaca dapat mengetahui dengan mendalam.
Buku siri novel Islami Mustafa Kamal Ataturk ini merupakan salah satu daripada beberapa novel Islami yang lain yang cuba merungkai sejarah latar belakang kehidupan seorang yang di gelar penegak agenda Yahudi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa Mustafa yang dilahirkan pada 19 Mei 1881 ini merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghapuskan sistem pemerintahan Islam di Turki dan banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dalam Islam seperti menjadikan masjid sebagai muzium dan gudang, menukarkan azan ke dalam bahasa Turki, membiarkan maksiat berleluasa dan sebagainya.
Rentetan peristiwa ini, Mustafa menjadi sanjungan barat yang menganggap beliau penggerak dalam menghancurkan Islam. Dengan pelbagai aturan dan sistem di ubah, beliau menjadikan sistem khalifah yang menjadi teras dalam pentadbiran sebelum ini, hilang begitu sahaja.
Latar pendidikan Mustafa sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan beliau. Mendapat pendidikan Inggeris setelah berkeras mahu menyambung pengajian dalam aliran itu berbanding saranan ibunya yang mahu beliau menjadi seorang berilmu dalam agama, beliau seterusnya melanjutkan pengajian di dalam akademi tentera.
Bertitik tolak dari inilah, beliau dapat menempatkan diri ke dalam pemerintahan khalifah secara ‘perlahan-perlahan’ dalam usaha ingin menghapuskan institusi khalifah ini.
Dengan menggunakan kelicikan dalam mempengaruhi sesuatu keputusan, beliau juga terkenal dengan sikap tidak berputus asa dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bertentangan dengan prinsip hidup.
Memilih sistem presiden dalam pentadbiran, ianya dengan mudah meluaskan lagi cita-cita beliau yang ingin menjadi seorang ketua negara yang berkuasa mutlak walaupun tidak disukai oleh rakyat Turki.
Novel Islami yang sarat dengan kisah-kisah petualang yang khianat terhadap agama Islam ini,wajar dijadikan iktibar generasi muda.
Dengan kepakaran yang di anugerahkannya, Prof. Dr Muhaya cuba mendekati masyarakat untuk memberikan mereka sedikit bimbingan untuk dijadikan panduan hidup.
Sebuah buku yang sarat dengan jawapan yang lebih kepada kata-kata nasihat sudah pasti menjadikannya sebuah buku yang pasti dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Berkisar kepada soalan-soalan yang ditanya pelajar beliau sama ada di dalam kelas, ketika forum mahupun program motivasi ianya dapat membantu pembaca melihat jawapan dari luar kotak pemikiran.
Buku ini dipecahkan kepada beberapa bab seperti:
Bahagian 1: Pelajaran
Bahagian 2: Fesyen
Bahagian 3: Perhubungan
Bahagian 4: Kesihatan
Bahagian 5: Kewangan
Bahagian 6: Dilema dalam Diri
Bahagian 7: Persahabatan
Bahagian 8: Politik
Bahagian 9: Disiplin
Selain menekankan format soalan dan jawapan, gaya bahasa buku terbitan PTS Millenia ini mudah difahami dan sesuai dijadikan bahan rujukan. Sesuai dengan pesanan beliau, hendaknya buku dakwah beliau ini dibaca seberapa kerap kali bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan beretika tinggi.
Buku setebal 128 muka surat ini hanya berharga RM 15.00 /RM 17.00 sahaja dan ianya sesuai dijadikan bahan bacaan umum disamping isinya ringkas, mantap dan padat.
Laman sosial Facebook kini kelihatan menjadi fenomena dalam masyarakat kita. Tanyalah kepada sesiapa pun, rata-rata jawapan yang diberikan pasti mengetahui apa itu Facebook. Namun, sejauh manakah kita tahu laman sosial ini memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.
Kepekaan penulis untuk memberi panduan dalam penggunaan Facebook amat baik sekali. Di sertakan dengan kata-kata nasihat dan saranan, ianya sudah pasti memberi kesan kepada pengguna lebih-lebih lagi buat golongan remaja.
Dengan gaya bahasa yang bersahaja, penulis cuba merungkai permasalahan yang lazim dilakukan ke arah jalan di redai Allah. Bemula dengan pengenalan mengenai Facebook, penulis menyertakan beberapa maklumat yang pengguna perlu tahu dan menyebar luaskannya.
Mengambil contoh, penulis memberi gambaran betapa bahayanya seseorang itu jika terlalu beremosi dalam meluahkan perasaan hatinya di laman Facebook kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada pasangan, jika sudah berkahwin atau kehidupan seharian. Jika isu ini di ambil pandangan, betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan. Impaknya amat besar sekali jika tidak ditangani dengan kadar segera. Ianya akan lebih membimbangkan jika di ambil kira dengan komen-komen yang bakal muncul dari kawan sepejabat, kawan sekolah mahupun kawan yang mengenali.
Seiring dengan fenomena ini, PTS Islamika menerbitkan sebuah buku yang berjudul Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. Dengan memilikinya, sudah pasti anda merasakan puas apabila membacanya. Di sokong dengan ayat-ayat Al-Quran dan nas-nas hadis sahih, sudah tentu dapat memberi pemahaman lanjut mengenainya.
Fotografi didefinisikan sebagai proses rakaman cahaya yang dapat menghasilkan gambar atau foto. Kualiti sesuatu gambar itu bergantung pada ketelitian dan teknik bagaimana seseorang memilih cahaya yang baik sewaktu mengambilnya.
Bagi pelancong-pelancong yang suka mengembara semestinya mengambil gambar adalah perkara yang wajib. Untuk dijadikan kenangan yang terindah dan koleksi untuk tatapan sekeluarga. Tanpa mengetahui teknik-teknik mengambil gambar dengan betul, ia akan membantutkan dan mencacatkan gambar. Menjadi satu kemestian apabila keluar berjalan mereka tidak pernah lupa membawa kamera yang sarat dengan pelbagai aksesori.
Dewasa ini, kita dapat lihat lambakan buku berkaitan dengan fotografi yang dijadikan rujukan dan sumber. Semuanya adalah bagi memantapkan dan membiasakan diri dengan dunia fotografi. Informasi dan maklumat berkaitan fotografi ini juga boleh didapati di laman web seperti internet, Facebook, blog dan sebagainya. Semuanya berada di hujung jari.
Selain itu juga, terdapat pelbagai bentuk posisi dan sudut bagi mendapatkan gambar yang menarik. Antaranya mengambil gambar di waktu pagi kerana pemandangannya yang masih segar dan nyaman. Begitu juga, merakam foto landskap pada waktu menjelang senja yang mempunyai keaslian cahaya keemasan. Waktu ini adalah peluang terbaik bagi menghasilkan foto-foto silhouette. Jurugambar perlu kreatif dan mempunyai kelebihan mencipta dalam mempelbagaikan bentuk yang subjektif apabila mengambil gambar.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan buku Travel Photography di PTS NetMedia. Terdapat pelbagai info dan input berguna bagi mengupas dunia fotografi. Antara kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah bagaimana mendapatkan hasil foto seperti yang diinginkan. Penerangan bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, tips menyunting foto dan sebagainya. Semestinya berjalan-jalan sambil merakam foto adalah pengalaman yang menyeronokkan! Segala persoalan anda pasti terjawab. Segalanya ada di sini. Klik!
Mush'ab Bin Umair ditugaskan memegang bendera tentera Islam dalam Perang Uhud. Dalam perang itu, beliau berlawan dengan seorang tentera Quraisy iaitu Ibnu Qami'ah. Mush'ab memegang bendera dengan tangan kanan dan senjatanya berada di tangan kiri. Dalam pertarungan yang sengit, tetak-menetak dan libas-melibas pedang, Ibnu Qami'ah dapat menetak tangan kanan Mush'ab sehingga putus. Mush'ab lantas mencampakkan pedang yang berada di tangan kirinya dan segera menyambut bendera tentera Islam yang hampir jatuh.
Ibnu Qami'ah menetak pula tangan kiri Mush'ab dan bendera itu jatuh ke tanah. Mush'ab merebahkan tubuhnya bagi melindungi bendera itu. Ibnu Qami'ah menikamnya dan Mush'ab syahid di medan Uhud. Ibnu Qami'ah menyangka Mush'ab adalah Rasulullah, kerana wajah Mush'ab seiras dengan Rasulullah. Dia lantas menjerit berulang-ulang kali, “Muhammad sudah aku bunuh.”
Apabila mendengar berita Rasulullah sudah terbunuh, tentera Islam menjadi keliru, kelam-kabut, dan kucar-kacir. Dalam suasana yang gawat dan genting itu, Rasulullah berteriak, “Marilah datang kepadaku. Aku adalah Rasulullah.”
Teriakan Rasulullah menaikkan kembali semangat tentera Islam, tetapi kedudukan Rasulullah juga terdedah kepada musuh. Tentera Quraisy meluru dan menyerbu untuk membunuh Rasulullah. Para sahabat bermati-matian mempertahankan Rasulullah. Dalam keadaan genting itu, sebatang anak panah meluru laju ke wajah Rasulullah. Panah itu menembusi pipi baginda hingga terkena gigi seri di bahagian bawah sebelah kanan. Bibir baginda juga terluka.
Baginda yang cedera terkena panah hanya dilindungi oleh Saad Bin Abi Waqqas. Dalam kekalutan perang, seorang tentera Quraisy dapat mendekati Rasulullah lalu memukul baginda. Pukulan itu kena pada dahi baginda. Kemudian, seorang lagi tentera Quraisy datang dan melibaskan pedangnya ke arah Rasulullah. Libasan itu kena pada baju besi Rasulullah. Libasan seterusnya dihalakan ke arah bahagian kepala Rasulullah. Bahagian atas pipi baginda terkena tetakan pedang itu. Perisai muka dan penutup kepala baginda pecah. Serpihan besi perisai itu menusuk pipi dan melekat di rahang Rasulullah.
Dalam Perang Uhud, tentera Islam mengalami kekalahan selepas menang dalam Perang Badar. Perang Uhud ini sangat mencemaskan sehingga Rasulullah sendiri cedera teruk diancam oleh tentera Quraisy. Rentetan daripada Perang Uhud, Perang Khandaq tercetus dan kemudian Perang Khaibar.
Rentetan peristiwa dan sejarah perang dirakamkan dengan baik sekali dalam buku Perang-Perang Yang Benar. Buku ini diterbitkan oleh PTS. Maklumat lanjut boleh didapati di www.pts.com.my
Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala harta kekayaannya semasa berhijrah ke Madinah. Di sana, Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Saad Bin Rabi, tokoh golongan Ansar yang kaya. Atas dasar persaudaraan Islam yang kukuh, Saad menawarkan separuh kekayaannya untuk diberikan kepada Abdul Rahman. Saad juga rela menceraikan salah seorang isterinya supaya dapat dikahwini oleh Abdul Rahman. Tawaran dan niat baik Saad ini ditolak lembut oleh Abdul Rahman dengan kata-kata yang masyhur ini,
“Saudaraku, semoga Allah memberkati keluarga dan harta benda saudara. Jangan disusahkan tentang diri saya. Yang penting, saudara sudi menunjukkan jalan menuju ke pasar.”
Sahabat-sahabat Muhajirin yang lain juga dipersaudarakan dengan golongan Ansar. Dengan adanya ikatan persaudaraan ini, mereka sanggup memberikan harta benda bagi dijadikan modal bisnes sehingga akhirnya ekonomi Muhajirin dapat dipulihkan. Konsep persaudaraan ini adalah asas tertegaknya empayar pemerintahan Islam di Madinah. Persaudaraan ini juga menjadi asas pembinaan empayar bisnes Abdul Rahman yang berjaya memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.
Islam tidak menganjurkan permusuhan dan persaingan. Islam menganjurkan bantu-membantu dan berlumba-lumba mengejar kurniaan Allah. Persaudaraan Islam yang kukuh adalah networking yang terhebat dalam dunia bisnes.
Abdul Rahman mendapat Saad sebagai saudara dan rakan kongsi bisnesnya. Namun, beliau langsung tidak mengambil kesempatan atau mempergunakan Saad untuk kepentingan diri. Dalam konsep kafilah dagang yang dijelaskan dalam siri kedua, persaudaraan juga menjadi asas kepada kejayaan bisnes kafilah dagang. Ahli kafilah dagang akan bekerjasama menghadapi cabaran di sepanjang perjalanan. Mereka juga bersatu hati mempertahankan kafilah dagang daripada serangan perompak padang pasir.
Keistimewaan dan isi kandungan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf sudah dijelaskan dalam tiga siri ulasan sebelum ini. Daripada ribuan ayat dan puluhan rahsia kekayaan Abdul Rahman, hanya sebahagian yang dapat dikongsikan dalam ulasan yang ringkas ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dan lebih kepuasan, tuan puan boleh mendapatkan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf di kedai buku yang berhampiran. Untuk diskaun istimewa dan penghantaran terus ke rumah, tuan puan boleh melayari www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.
Muhammad diberi pilihan untuk hidup kekal di dunia atau meninggal dunia seperti manusia biasa. Hal ini dijelaskan dalam dialog baginda dengan sahabatnya, Abu Muwaihibah semasa baginda dan Abu Muwaihibah menziarahi perkuburan Baqi'.
“Wahai Abu Muwaihibah. Aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga. Ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”
Abu Muwaihibah berkata, “Wahai Muhammad. Pilihlah kami.”
Muhammad berkata, “Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.” Kecintaan kepada Allah memenuhi hati Muhammad.
Tidak lama kemudian, Muhammad diserang sakit kepala yang amat sangat. Kesakitan para nabi adalah seperti kesakitan dua orang biasa.
Kemudian Muhammad diserang demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke dahi Muhammad, “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu.”
Pada pagi 12 Rabiulawal, sakit Muhammad semakin kuat. Peluh keluar mencurah-curah dari kepala baginda. Aisyah menyapu muka baginda dengan air untuk meredakan kesakitan baginda. Muhammad berkata, “Wahai Aisyah. Sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitan).”
Pada saat kematiannya, Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata, seolah-olah baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir, sama ada memilih hidup kekal di dunia atau segera bertemu dengan Allah. Muhammad berkata, “Bahkan teman sejati di Syurga. Bahkan teman sejati di syurga.”
Aisyah berkata, “Ketika Muhammad mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku. Pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar dari jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepada Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga ke luar rumah.”
Apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Saat kematian Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.
Dua orang remaja Ansar menyertai Perang Badar. Mereka bersenjatakan pedang dan mencari-cari musuh Allah, iaitu Abu Jahal untuk dibunuh. Mereka adalah Muaz Bin Amr al-Jamuh, 14 tahun dan Muawwiz Bin Afra, 13 tahun. Mereka meminta Abdul Rahman Bin Auf menunjukkan kepada mereka di mana Abu Jahal berada.
“Ibu saya berpesan, jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya.” Muaz bersungguh-sungguh mahu membunuh Abu Jahal.
“Abu Jahal menghina dan menyakiti Rasulullah. Saya mahu membunuhnya.” Muawwiz menegaskan kemahuannya.
Tiba-tiba seorang tentera Quraisy menyerang Abdul Rahman Bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz melindunginya. Muaz menetak kaki tentera itu menyebabkan dia jatuh tersungkur. Muawwiz pula menikamnya sehingga mati. Abdul Rahman Bin Auf kagum dengan kehebatan dua remaja itu.
Sebaik sahaja Abdul Rahman Bin Auf melihat kelibat Abu Jahal yang berada di bawah sepohon kayu yang rendang, dia menunjukkannya kepada dua remaja itu. Muaz dan Muawwiz terus berlari pantas ke arah Abu Jahal. Abu Jahal berada di atas kudanya dan tidak sedar kedatangan dua remaja itu. Muaz memancung kaki kanan kuda menyebabkan kuda dan Abu Jahal jatuh tersungkur. Dia bertempik marah menahan kesakitan. Dia cuba bangun, tetapi Muaz segera menetak kaki kanan Abu Jahal sehingga terputus. Muawwiz pula menetak kepala Abu Jahal sehingga dia menggelupur kesakitan.
Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Anaknya Ikramah datang melindunginya. Ikramah menetak tangan kiri Muaz hingga terkulai hampir putus. Muawwiz pula syahid dibunuh oleh Ikramah. Kemudian, Rasulullah mengarahkan Abdullah Bin Mas'ud mencari Abu Jahal. Abu Jahal cedera parah tetapi masih hidup. Abdullah Bin Mas'ud memijak lehernya dan berkata, “Wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya. Hari ini Allah menghina kamu.”
Abdullah Bin Mas'ud menghayunkan pedang lalu memenggal kepada Abu Jahal. Akhirnya, tumpaslah musuh Allah itu di tangan tentera Islam.
Babak-babak peperangan Badar ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Perang-Perang Yang Benar, catatan perang yang lengkap dan menyemarakkan semangat jihad.
Siri ulasan seterusnya akan memaparkan detik-detik cemas Rasulullah terkena panah dan ditetak dengan pedang oleh tentera Quraisy dalam Perang Uhud.
“Dalam keheningan kota Madinah, tiba-tiba kedengaran bunyi gerombolan unta memasuki kota. Abdul Rahman Bin Auf pulang dari Syam dengan kafilah dagang, 700 ekor unta yang sarat dengan barang dagangan.”
- Anas Bin Malik
Sistem kafilah dagang atau rombongan bisnes dipraktikkan oleh masyarakat Arab, termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Menurut sejarah Islam, nilai bisnes kafilah dagang Arab mencecah jutaan ribu dinar setahun. Modus operandi sistem ini sama seperti aktiviti import dan eksport sekarang.
Ramai peniaga yang bergabung dalam satu kafilah dagang. Mereka bergerak bersama-sama untuk berurus niaga ke luar negara seperti Syam. Ahli dalam satu kafilah dagang boleh mencecah ratusan orang dan bilangan unta hampir 1000 ekor. Unta adalah pengangkutan utama dan berfungsi sebagai sistem kargo pada zaman itu.
Imam Malik berkata,
“Sudah menjadi tradisi orang Madinah, orang membeli pakaian di sebuah kedai dan membawanya ke kota lain bagi dijual dengan tambahan untung yang disepakati.”
Konsep bisnes yang diamalkan dalam kafilah dagang ini adalah murabahah. Dengan cara murabahah, satu barang dijual dengan harga yang ditetapkan selepas dikira harga kos dan nilai keuntungan. Walaupun keuntungan adalah matlamat utama bisnes, Abdul Rahman lebih mengutamakan keberkatan. Kata-kata beliau yang terkenal adalah,
“Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Bagi mengaplikasikan konsep kafilah dagang ini dengan keuntungan yang optimum, strategi bisnes Tao Zhugong boleh digunakan. Tao Zhugong adalah tokoh pengasas pemikiran bisnes Cina. Strateginya adalah,
“Kenal pasaran dan lakukan jual beli pada waktu keemasan.”
Permintaan pelanggan dan trend pasaran sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan masa, musim, dan cuaca. Bagi memanfaatkan maklumat pasaran, Tao Zhugong dan rombongannya berjalan jauh selama berbulan-bulan bagi mencari pasaran yang sesuai dan mengaut keuntungan yang lumayan.
Hasil gabung jalin antara konsep kafilah dagang dan strategi bisnes Tao Zhugong, kita akan dapat memantapkan aktiviti bisnes supaya keuntungan yang optimum dapat diperolehi.
Dalam siri ketiga, pembaca akan didedahkan dengan konsep persaudaraan Islam yang menjadi asas pembinaan empayar bisnes yang kukuh.
Sebelum Muhammad dilahirkan, ibu baginda iaitu Aminah mengalami satu mimpi yang ajaib. Aminah melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki. Bersama-sama anak lelaki itu, keluar satu cahaya yang menerangi seluruh bumi. Aminah juga melihat dirinya berdoa,
“Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya anak ini diselamatkan daripada semua orang yang dengki kepadanya.”
Semasa mengandungkan Muhammad, Aminah tidak merasa penat atau sakit. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan. Muhammad lahir pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Mengikut ahli sejarah, kelahiran ini berlaku 50 hari selepas peristiwa Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan oleh Allah dengan rejaman batu-batu yang panas daripada burung Ababil.
Banyak perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan Bin Thabit, penyair Rasulullah menceritakan,
“Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, 'Bintang Ahmad muncul di langit.'”
Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan.
Apabila Muhammad dilahirkan, Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi bergegar. Gegaran itu meruntuhkan 14 anjung istana dan memadamkan api sembahan orang-orang Majusi yang tidak pernah padam sejak beribu-ribu tahun. Tasik Sawwah yang berhampiran istana Raja Farsi juga tertimbus disebabkan gegaran itu. Kejadian ini adalah petanda kepada kejatuhan Farsi, kerajaan yang terbesar pada masa itu.
Peristiwa ajaib yang berlaku ketika kelahiran Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.
Dalam siri ketiga, detik-detik kematian Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.
Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan. Matlamat perang bukan untuk menguasai sesebuah negara dan mengaut kekayaan. Perang juga tidak dicetuskan hanya kerana mahu membalas dendam.
Peperangan tidak boleh dimulakan dengan sewenang-wenangnya. Tatkala mahu mempertahankan akidah, mahu menegakkan kalimah Allah, dan mahu mempertahankan diri, ketika itu barulah peperangan dibenarkan. Hanya dengan niat yang benar dan dengan cara yang benar dapat menjadikan perang itu satu perang yang benar.
Novel ini menghimpunkan catatan lengkap empat peperangan yang benar dan masyhur dalam Islam iaitu Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq, dan Perang Khaibar. Keempat-empat peperangan ini dimulakan atas sebab-sebab yang benar, bukan berlandaskan nafsu dan sebab yang palsu.
Dengan gaya penceritaan yang menarik, imaginasi pembaca ditarik masuk ke dalam buku ini dan memasuki sebuah dunia yang berlatar belakangkan padang pasir yang luas. Babak demi babak dalam peperangan ini diceritakan secara terperinci, seolah-olah pembaca sedang menyaksikan peperangan itu dengan mata mereka sendiri.
Setiap satu peperangan yang diceritakan dalam novel ini ada kisah dan kehebatannya yang tersendiri. Strategi demi strategi sudah dirangka, setiap kemungkinan sudah dijangka, dan muslihat musuh sudah diteka. Para pahlawan Islam melangkah gagah menuju ke medan perang. Mereka berperang kerana mahu mati, sedangkan musuh takutkan mati. Untungnya tentera Islam, kalah ataupun menang mereka tetap dijanjikan syurga. Menang ataupun syahid, syurga tetap menanti.
Inilah catatan perang yang membangkitkan semangat jihad kita semua. Apabila membaca kisah para sahabat dan Rasullah sendiri yang bertempur bermatian-matian di medan perang, jiwa kita bergelojak dan kecintaan kepada para pahlawan Islam semakin menyubur.
Dalam siri kedua, pembaca akan dipaparkan dengan babak-babak yang menarik dalam Perang Badar.
“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.” - Abdul Rahman Bin Auf
Buku ini menunjukkan langkah-langkah bagaimana Abdul Rahman Bin Auf mampu menjadi jutawan dalam tempoh 10 tahun sahaja. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta. Beliau adalah saudagar tuhan dan sahabat yang disayangi oleh Rasulullah. Kekayaan yang dimiliki tidak melalaikannya, bahkan semakin mendekatkan dirinya dengan pemilik segala kekayaan, Allah yang Maha Kaya. Dalam Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada RM25 juta. Nilai dermanya ketika itu setara dengan nilai 200 dinar, 500 ekor kuda, atau 1500 ekor unta.
Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Abdul Rahman? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab,
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.
Buku ini bukan semata-mata menghamparkan rahsia bisnes Abdul Rahman, tetapi turut dilengkapi dengan panduan bisnes pada masa sekarang. Teknik dan strategi Abdul Rahman dijadikan rujukan asas dan disesuaikan dengan perkembangan bisnes moden.
Buku ini juga membetulkan beberapa salah faham kepada Abdul Rahman yang sering berlegar dalam masyarakat Islam. Antara contoh salah faham yang popular adalah, Abdul Rahman akan masuk syurga dengan cara merangkak. Sebenarnya, hadis yang mencanang-canangkan Abdul Rahman masuk syurga dengan merangkak ini adalah hadis palsu. Sekiranya Abdul Rahman masuk syurga secara merangkak disebabkan hartanya, hal ini sudah cukup menunjukkan celaan kepada harta. Yang dicela sebenarnya adalah mendapatkan harta dengan cara yang salah dan tidak menunaikan kewajipan yang berkait dengan harta.
Dengan perkongsian rahsia kekayaan Abdul Rahman dan strategi bisnesnya, buku ini adalah mutiara yang berharga kepada semua usahawan. Kita juga dapat mengenali peribadi sahabat Rasulullah ini dengan lebih dekat.
Dalam siri kedua nanti, pembaca akan didedahkan dengan strategi kafilah dagang yang dapat menjana keuntungan sehingga jutaan dinar setahu
Salah satu keistimewaan al-Quran adalah bahasanya yang indah. Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita-berita gembira dapat memberikan ketenangan dan keseronokan. Tatkala ancaman azab yang disampaikan, bahasanya dapat menggentarkan jiwa-jiwa yang lalai. Saat membaca al-Quran, kita dapat merasakan Tuhan sedang berkata-kata dengan kita. Sesungguhnya, inilah karya agung yang terindah, diungkapkan pula dengan bahasa yang indah.
Begitu juga karya-karya tulisan manusia. Kehebatan satu-satu karya adalah pada bahasa yang mengungkapkannya. Bahasa bukan sekadar medium untuk membentangkan fakta dan menyampaikan cerita semata-mata. Mencuit akal dan menyentuh hati manusia, itulah peranan bahasa yang sebenarnya.
Bahasa sangat berkuasa. Menyedari hakikat ini, kekuatan bahasa perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Catatan sejarah silam dan kehidupan Muhammad Bin Abdullah diolah dalam bentuk cerita yang menarik. Inilah buku sejarah Islam yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran. Dengan gaya penulisan yang santai, pembaca jadi asyik membacanya kerana jiwa mereka dirangsang untuk mengetahui kesudahan cerita dalam buku ini.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap, bermula daripada kelahiran Muhammad sehinggalah detik-detik kematiannya. Seluruh kota Mekah bergembira dengan kelahiran Muhammad. Namun, apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Babak demi babak ini diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya menggugah emosi pembaca.
Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Muhammad dengan Biografi Muhammad Bin Abdullah.
Dalam siri kedua, sedutan daripada kisah kelahiran Muhammad akan dikongsikan dengan para pembaca.
Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.
PTS Litera Utama Sdn Bhd menampilkan novel yang menghimpunkan kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.
Buku istimewa ini menampilkan perang yang berlaku demi menegakkan kalimah Allah antaranya seperti Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar.
Edisi kulit tebal ini hasil kompilasi kisah peperangan yang berlaku dalam Islam karya Tuan Abdul Latip Talip.
Dapatkan kompilasi terbaik ini yang masih panas di pasaran berdekatan tuan dan puan. Layari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online.
Namanya bukanlah asing dalam dunia dakwah dan ceramah tempatan. Setiap ceramah yang diberikan pasti diselangi telatah lucu yang menghiburkan penonton.
Ustaz Azhar Idrus kita sudah terkenal di kalangan remaja-remaja sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta peminat ceramah agama.
Beliau kini melangkah dalam bidang penulisan dengan menghasilkan buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.
Buku yang masih panas dipasaran ini menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan terdapat juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran.
Soalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.
Dapatkan buku terbaru dan terkini tulisan penceramah terkemuka ini di kedai-kedai buku berdekatan tuan dan puan. Selain itu buku-buku PTS juga diperolehi di rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Layari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut buku-buku terkini PTS.
Keperluan kepada transformasi hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup yang dilingkari kemajuan sangat diperlukan kerana Islam bukan agama ritual semata-mata.
Di bawah pengaruh dunia baru, segala kemajuan baik dari ekonomi, sosial atau sains dan teknologi moden membuatkan seluruh kehidupan berubah.
Ibnu Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah menyebut: "Keadaan dunia, bangsa-bangsa serta adat istiadat, juga agama mereka tidak kekal dalam bentuk yang satu dan statik. Sebaliknya berubah mengikut peredaran zaman dan perubahan keadaan.
"Sebagaimana yang berlaku ke atas individu begitulah juga yang berlaku ke atas bangsa dan negara. Itulah sunnah Allah yang berlaku atas hamba-Nya."
Ia bukan perkara baru kerana pada awal Islam pemikiran fiqah kontemporari ada dalam pelbagai bentuk. Malah, syariat Islam sendiri tidak diturunkan Allah sekali gus.
Contohnya sembahyang, diwajibkan setahun sebelum peristiwa hijrah kemudian pada tahun pertama hijrah baru azan disyariatkan.
Pada tahun dua hijrah disyariatkan dan begitu juga sembahyang sunat, sembelihan korban, zakat dan pertukaran kiblat.
Begitulah seterusnya pada tahun ketiga hijrah hukum mengenai pusaka dan perceraian disyariatkan.
Al-Syeikh Muhammad al-Khudhari dalam buku Tarikh al-Tasyri' al-Islam mengulas kaedah penurunan hukum secara beransur-ansur itu dengan keadaan semasa masyarakat Arab pada waktu itu.
Beliau berkata, dalam kehidupan masyarakat berkenaan terdapat adat kebiasaan buruk yang mencengkam dan sukar sekali diubah.
Maka kaedah tadarruj digunakan bagi menghapuskan kebiasaan buruk berkenaan secara bertahap. Contohnya hukum pengharaman arak berlaku dalam tiga tahap.
Hal terbabit mengambil kira keadaan semasa yang mempengaruhi proses kejayaan pensyariatan itu sendiri. Cara ayat Quran diturunkan mengenai urusan hidup harian kebanyakan sebagai penjelasan terhadap peristiwa yang berlaku atau jawapan kepada soalan yang dikemukakan.
Tajuk: Transformasi Fikah Semasa
Penulis: Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM22.50 (Semenanjung) RM25.50 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 256 muka surat
Hadiah kepada semua peminat buku penulis remaja popular, Farihah Iskandar kini tampil dengan kompilasi 3 buah komik Dear Yayah dalam satu buku istimewa.
Lebih menarik komik ini tampil dalam versi berwarna sepenuhnya. Selain itu sticker eksklusif Dear Yayah juga disediakan kepada semua peminat-peminat siri Dear Yayah.
Dapatkan The Best Of Dear Yayah The Comics hasil karya Farihah Iskandar dan Ard One ini khas di rangkaian kedai buku Popular sahaja.
Oleh: NORHASLINDA BT ABDUL RAZAK.
Novela didefinisikan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sejenis novel pendek. Novela adalah sejenis cerpen panjang yang mengutarakan konflik yang lebih ringan berbanding novel yang menampilkan pelbagai konflik dan perjalanan plot yang lebih panjang. Sekadar menyebut beberapa contoh seperti Dr. Jekyll and Mr. Hyde, The Time Machine, Breakfast at Tiffany's dan A Christmas Carol, ini semua adalah judul novela yang terkenal daripada Barat dan tidak asing lagi bagi kebanyakan kita, lebih-lebih lagi novela bertajuk Dr. Jekyl and Mr. Hyde yang dijadikan bacaan komponen sastera bahasa Inggeris yang wajib dihadam oleh para pelajar menengah rendah di Malaysia. Penulisan berbentuk novela yang telah lama bertapak di negara Eropah menyebabkan mereka mempunyai koleksi novela yang cukup banyak. Berbanding Malaysia, novela adalah genre sastera baru yang masih samar-samar dan belum diketahui ramai. Novela sendiri diambil daripada perkataan Itali iaitu novelo yang bermaksud 'baru'. Sesetengah pendapat menyatakan novela lazimnya terdiri daripada tujuh belas ribu perkataan dan adakalanya mencecah tujuh puluh ribu patah perkataan. Tidak seperti novel, penceritaan novela tidak dibahagi-bahagikan kepada bab atau bahagian kerana ia lebih kepada bacaan ringan dan nipis serta mampu dihabiskan pembaca dalam masa yang singkat.
Melihat penulisan novela mampu melangkah jauh sehingga menghasilkan nama-nama besar seperti John Steinbeck dan Charles Dickens di negara Barat, PTS Litera Utama Sdn. Bhd yang juga anak syarikat PTS Publication & Distributors kini mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan genre penulisan ini kepada khalayak pembaca di Malaysia. Novela sulung terbitan PTS Litera Utama karya Elisya mula diperkenalkan. Novela setebal 139 muka surat ini menjanjikan kepuasan bagi pembaca yang mencari bahan bacaan ringan dan santai dengan harga yang jauh lebih murah berbanding novel biasa. Jangan dilihat pada ketebalannya, tetapi lihatlah pada sisi positif yang ditampilkan sebagai pengajaran dalam novela ini. Novela bukan sekadar sesuai sebagai bacaan remaja, malah tidak rugi dicuba oleh pembaca dewasa yang mencari kelainan dalam bacaan. Melihat kepada kulit novela ini sahaja pembaca mungkin sudah dapat mengagak kisah yang terkandung di dalamnya. Sememangnya itulah yang ingin disampaikan oleh Elisya yang mempertaruhkan kisah gadis bernama Alyah yang serba sederhana hidupnya. Wajahnya sederhana, kepintarannya sederhana, pergaulannya sederhana, keluarganya sederhana sehinggakan adakalanya dia berasa hampa dengan hidupnya. Kemudiannya, datuknya meninggalkan pesan kepadanya sebelum meninggal dunia, menyatakan bahawa cucunya itu seorang yang sangat bertuah kerana hidupnya sudah dijadikan sederhana. Datuknya menyuruhnya menjadi orang yang sentiasa bersederhana. Walaupun dia kurang percaya nasihat datuknya, dia tetap memegang nasihat itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.
Oleh sebab keputusan peperiksaannya yang sederhana, dia tidak berjaya menyambung pelajarannya ke peringkat tertinggi. Jadi, dia memutuskan belajar di kolej swasta. Oleh sebab keluarganya yang sederhana, dia terpaksa bekerja di kedai runcit bagi mendapatkan pendapatan tambahan.
Dia juga tinggal serumah dengan dua orang lagi rakan perempuan yang kedua-duanya sangat berbeza dan sangat esktrem dalam soal melihat hidup. Seorang sangat oportunis dan seorang lagi sangat negatif. Alyah yang serba-serbi sederhana inilah yang menjadi orang tengah kerana kedua-duanya sering bergaduh.
Pada waktu itulah Alyah sedikit demi sedikit mula bersyukur kerana menjadi seorang yang sederhana, dalam masa yang sama, dia perlu melawan hasutan rakan-rakan serumahnya itu yang ekstrem dalam setiap perkara. Ikuti novela Si Gadis-Gadis First Class bagi mengetahui pengakhiran kisah kesederhaan Alyah dan keesktreman Intan Sara dan Siti Kalsom.
Penulis adalah editor di Unit Terjemahan, PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Buku Perisik Kota Saba' karya Mohd Aliff Mohd Nor menampilkan 31 buah kisah teladan di mana terdapat binatang di dalam setiap cerita yang turut memberikan impak tersendiri dari awal sehingga kepada pengakhiran sesebuah cerita tersebut.
Apa yang menarik, buku ini menghimpunkan kisah- kisah yang sarat dengan nilai- nilai murni yang boleh diambil sebagai pengajaran seperti sifat setia di dalam cerita "Qitmir dan Penghuni Gua", taat kepada Tuhan dan pemerintah seperti di dalam cerita "Perisik Kota Saba'", amanah di dalam menjalankan tugas dan berpegang teguh kepada janji seperti di dalam kisah "Perjanjian dengan Binatang", nilai kerajinan dapat ditemui di dalam cerita "Petani Tamak Harta", sifat amanah dan istiqamah di dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan seperti di dalam cerita "Gembala yang Amanah" bukan sahaja dipersembahkan oleh manusia tetapi juga haiwan turut menampilkan kesemua sifat- sifat ini.
Kesemua 31 buah cerita ini turut menyentuh kisah binatang dengan para Nabi, wali- wali Allah dan rakyat biasa. Penggunaan bahasa Melayu yang mudah difahami di dalam buku ini memberikan maksud bahawa buku ini boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, agama dan bangsa. Malah, diselitkan juga ayat- ayat dari Quran yang mempunyai kaitan dengan cerita yang dipersembahkan.
Ayat- ayat Al- Quran ini bukan bertujuan untuk dibuat perhiasan pada setiap cerita tetapi sebagai salah satu kaedah untuk berdakwah kepada orang ramai mengenai Islam di mana Al- Quran bukan hanya menyentuh isu agama semata- mata, tetapi mesej yang disampaikan mencangkupi setiap aspek kehidupan manusia seharian.
Buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Bagi ibu bapa, buku sebegini boleh digunakan sebagai alat untuk membantu menanamkan minat membaca kepada anak- anak mereka yang masih kecil. Sebagai contoh, kanak- kanak gemar membaca buku yang mempunyai binatang di dalam sesebuah cerita dan buku ini memenuhi kriteria tersebut.
Kesemua 31 buah cerita di dalam buku Perisik Kota Saba adalah berdasarkan kisah- kisah benar dan mempunyai unsur sejarah. Kesemua cerita didapati setelah merujuk kepada pelbagai buku cerita yang mempunyai elemen agama dan didikan. Penggunaan Al- Quran yang mempunyai terjemahan Bahasa Melayu turut digunakan bagi menghasilkan buku ini. Setiap cerita di dalam buku ini dipilih dan diolah dengan berhati- hati supaya ia tidak mengandungi unsur- unsur Israeliyat dan jalan cerita yang asal tidak terganggu setelah dilakukan sedikit pembaharuan seperti memperbanyakkan dialog di dalam setiap cerita.
Mengambil sebuah kisah daripada koleksi 31 buah cerita ini, cerita yang bertajuk "Perisik Kota Saba'"Di dalam cerita ini, ia mengisahkan peristiwa di mana Nabi Sulaiman sedang memeriksa barisan tenteranya yang terdiri daripada manusia, burung dan jin. Ketika memeriksa pasukan tenteranya, Nabi Sulaiman mendapati burung hud- hud yang mempunyai kebolehan mencari mata air yang tertanam di dalam tanah tiada. Kehilangan burung hud- hud menjadi tanda tanya sehingga membuatkan Nabi Sulaiman ingin menjatuhkan hukuman berat kepada burung hud- hud.
Tiga hari kemudian, burung hud- hud muncul semula di istana Nabi Sulaiman membawa satu berita setelah pemergian beliau ke negeri Saba'. Apakah berita tersebut? Adakah Nabi Sulaiman menghukum hud- hud kerana menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa- apa pesanan?
Sebuah lagi cerita yang tidak kurang menariknya adalah cerita "Hilang Kuasa 40 Hari". Selama ini ramai beranggapan Nabi Sulaiman tidak pernah ditimpa kesusahan kerana dilimpahi dengan pelbagai mukjizat seperti bercakap dan memahami bahasa binatang, berkuasa ke atas jin dan mempunyai kuasa memerintah ke atas angin dan nikmat kekayaan yang banyak. Hakikatnya, Nabi Sulaiman juga tidak terlepas daripada ujian Allah apabila baginda kehilangan mukjizat selama 40 hari sehinggakan rakyatnya sendiri tidak mengenali baginda. Lebih menyedihkan, Nabi Sulaiman dihalau keluar dari istana baginda sendiri. Kisah ini ada diceritakan di dalam Surah Sad, ayat 34.
Persoalannya, bagaimanakah seorang Nabi yang memiliki segala nikmat Allah boleh kehilangan semuanya? Adakah Nabi Sulaiman berjaya menjadi raja dan memimpin rakyatnya kembali? Semua persoalan ini terjawab apabila anda membaca buku Perisik Kota Saba. Buku bertajuk Perisik Kota Saba ditulis oleh saudara Mohd Aliff Mohd Nor. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa : Media Cetak) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau berkhidmat sebagai penerbit rancangan di salah sebuah radio RTM di mana beliau bukan sahaja bertanggungjawab mengelolakan program bicarawara tetapi juga terlibat dengan program radio di lokasi bersama pendengar. Beliau juga aktif menulis di majalah online dan membuat bengkel publisiti media percuma bagi menjana pendapatan tambahan dan membantu usahawan PKS mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Kini umat Islam sedang mengira detik tibanya bulan Ramadan. Pastinya ibu dan bapa yang mempunyai anak kecil tidak sabar bagi melatih anak-anak berpuasa di bulan Ramadan ini.
PTS One Sdn Bhd menyediakan buku istimewa kepada ibu bapa yang ingin melatih anak-anak serta buat anak-anak yang ingin mengetahui pegertian dan keseronokan berpuasa dalam bulan Ramadan.
Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan puasa untuk kanak-kanak. Buku penuh warna-warni ini juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak mengenai kelebihan puasa.
101 info Seronoknya Berpuasa ini mengajak kanak-kanak menambah ilmu berkenaan ibadah puasa secara santai dan menyeronokkan.
Buku berilustrasi ini menerangkan secara lengkap perihal puasa secara lengkap dengan cara yang menyeronokkan.
Dapatkan buku menarik ini di kedai berhampiran tuan dan puan atau layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Artikel dipetik daripada http://makbonda61.blogspot.com.
"Baca buku apa ni Makbonda "Sapa ahli di sebelah tempat duduk sambil terus merampasnya dari tangan "Lah..Buku budak-budak di bacanya.
"Wah! begitu mudah dia membuat konklusi dengan hanya melihat kulit dan bentuk fontnya.
Tetapi Makbonda bukan mahu menekankan cerita koprasi, yang Makbonda mahu tekankan ialah buku budak-budak yang disebutkan oleh ahli sebelah kerusi di atas.
Daripada mana Makbonda mendapatkannya? Makbonda memang selalu menekankan pada anak remajanya agar jangan memilih novel-novel cinta manusia yang mengarutkan dan tidak membataskan haram halal sehingga membangkitkan gairah dan berimaginasi yang bukan-bukan. Jadi dalam usaha membantu memilih untuknya, Makbonda nampak diari ini, lalu tertarik dan mengesyorkan dalam senarai pilihan. Sebenarnya Makbonda yang ternafsu untuk membacanya. Lalu termasuk dalam senarai. Sebelum dia menghabiskan yang lain, yang ini Makbonda pegang dahulu. Masa untuk mencernanya ialah semasa Mesyuarat koperasi berlangsung.
Sebenarnya tidak perlu membaca buku tersebut kerana pengarangnya melarang pembaca dari membaca yang dituliskan di kulit belakannya. Namun, beliau tidak melarang untuk membeli, kerana beliau perlu royalti bagi membayar zakat dan berkebajikan lain.
Cerita mengenai Rayan, seorang pemegang ijazah yang masih belum punya kerja tetap lalu mengisi kehidupan dengan bekerja sebagai Mat Despatch, jadi dia bukanlah penganggur. Tercari-cari tip bagaimana mahu memujuk emaknya.Tinggal serumah sewa dengan beberapa kawan yang berlainan latarbelakang sekali dan berjiran dengan seorang kontraktor yang punya 3 gadis.Selalu terperangkap dalam duania perasan atas setiap kehadiran wanita-wanita di sekelilingnya.
Jirannya yang kotraktor memberinya pekerjaan sambilan sebagai pemandu untuk menghantar gadis-gadisnya mengaji Al Quran di rumah guru mengaji yang rupa-rupasnya bekas sorang jurutera minnyak yang gajinya 2500 dolar sebulan. Mengajar mengaji secara percuma, bernama Farok Hussein. Suatu hari dia dapat bersembang dengan guru ngaji tersebut sehinggalah sampai pada soalan "Anak muda,sekiranya kamu ada nasihat yang baik untuk saya,saya sedia menerima" Sebenarnya makbonda amat tertarik dengan isu ini. Tentu pelikkan. orang hebat begitu meminta dari seorang pemandu yang dia baru kenal,rupanya tabiatnya memang suka mendengar nasihat,jika beberapa lama tidak mendapat nasihat dia akan berasa lapar.
Baca lanjut di http://makbonda61.blogspot.com.
Dalam kehidpuan seharian, kita tidak dapat lari daripada bermusafir kerana kehidupan ini sebenarnya adalah sebuah perjalanan. Tidak kira ke mana sahaja kita bermusafir dan apa juga tujuannya, sebaiknya perjalanan yang ditempuhi sentiasa diberkati dan diredai Ilahi. Bagi menjadikan perjalanan sebagai ibadah, kita perlu memahami hukum-hakam berkaitan musafir.
Pertama kali dalam sejarah penerbitan buku Islam, PTS Islamika menerbitkan panduan dan maklumat lengkap musafir sebagai rujukan dan panduan ketika bermusafir.
Buku yang lengkap dengan maklumat dan panduan ketika bermusafir termasuk adab musafir, panduan bersuci bagi musafir, solat bagi yang bermusafir serta maklumat penting yang perlu diketahui oleh musafir. Selain itu, buku ini juga menyediakan panduan menggunakan kenderaan awam, panduan melancong termasuk senarai hotel dan restoran halal yang disediakan di dalam dan luar negara.
"Buku panduan musafir ini adalah cetusan idea daripada seorang sahabat yang ingin tajuk ini diketengahkan kepada umum. Keperluan masyarakat bagi memahami tajuk ini mendesak supaya alternatif mudah dibukukan sebagai panduan dan rujukan.
Ini juga kerana masih terdapat banyak kekeliruan serta persoalan yang belum terjawab serta berlakunya salah faham berkenaan kemudahan (rukhsah) beribadah dalam bermusafir sehingga masalah itu dapat membantutkan kesempurnaan beribadah," jelas penulisnya Tuan Mohd Zuhdi Ahnad Khasasi.
Melalui buku ini juga dapat disimpulkan, musafir bukan halangan bagi beribadah. Bahkan ia adalah tuntutan yang perlu diselarikan dengan kehendak syarak dari segi perlaksanaan dan konsep kesempurnaan agama Islam sebagai agama yang pratikal kepada semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keadaan serta sesuai diamalkan hingga ke hari kiamat.
Editor PTS Islamika Sdn Bhd, Tuan Imran Azmi menjelaskan buku Pasport Musafir ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
"Hukum-hukum berkaitan musafir yang jarang diketahui juga didedahkan dalam buku ini selain doa harian serta niat yang dapat diamalkan dalam bermusafir," jelas Tuan Imran.
Pasport Musafir yang disediakan dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana ini juga dilengkapi dengan direktori lengkap melancong bagi memudahkan mereka yang bermusafir di dalam dan luar negara.
Dapatkan buku pasport Musafir: Fikah dan Panduan Ibadah dalam Perjalanan dengan melayari www.bookcafe.com.my atau mendapatkannya di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia.