Bahasa Melayu Tinggi - bahasa intelektual

Aizat Razak — 22 Apr 2012 8:11 PM

Berikut ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-51, di Zenith Hotel, Kuantan pada 13 April 2012.

Pesan Saya kepada 1,500 orang pengetua, demi mengisi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu ... fokus kita adalah Bahasa Melayu. 

Langkah pertama kita adalah supaya kita menggunakan Bahasa Melayu Tinggi kerana itulah bahasa intelektual dan bahasa budaya tinggi. Tidak ada peradaban didokong oleh bahasa neka rendah.

Bahasa yang kita tuturkan dan tuliskan, hendaklah betul dan rapi tatabahasanya, sebutannya, ejaannya, dan kosa katanya. Bahasa kita juga mesti berbudi bahasa yang melincirkan iklim komunikasi, dll.

Ingatlah, anak-anak kita belajar bahasa yang baik itu daripada bahasa yang mereka baca, dan bahasa yang mereka dengar. Oleh sebab itu kita mesti menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dalam hal pengisiannya, dibicarakan betapa pentingnya buku ilmu dan pengetahuan. Bacaan buku sastera sahaja menyebabkan kita tidak menjadi seimbang. Dan teknologi itu terbina atas ilmu dan maklumat.

Betapa pentingnya juga kita memberi perhatian kepada pengisian Bahasa Melayu itu dengan ilmu juga. Dan dalam kekurangan orang pandai bagi menuliskan buku ilmu, kita mesti menterjemah sebanyak yang diperlukan.

Betapa perlunya kita membina pengisian yang dapat menggantikan jagoh yang mereka puja sama ada dalam sukan, dongeng ... Kita perlu ada Super Safee menggantikan David Beckham, Ultra Qalif menggantikan Ultraman, Usop Sontorian ... dan seterusnya. Kita perlu ada AinMaisarah menggantikan Enid Blighton ... Kita mesti ada Empat Puteri menggantikan Snow White and the Seven Dwarfs ...

Seperti yang berlaku di negara Australia dan Amerika Syarikat, pengisian bahan sastera kanak-kanak menunjukkan ada korelasinya dengan kreativiti di negara itu pada tahun-tahun berikutnya ...

Kerja kita banyak, tanggungjawab kita berat, merekayasa transformasi pendidikan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pulau Pinang - “Kita berhentilah menuntut sesiapapun supaya memartabatkan bahasa Melayu. Yang perlu berbuat begitu kitalah. Bukan orang lain, tetapi kita”. Itulah sebahagian daripada ucap utama yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan bersempena Seminar Mulia Bangsa Tinggi Bahasa yang di adakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Seminar dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas.

Selain menitik beratkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi, beliau juga berpesan agar bersama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa yang rapi dan sempurna ejaannya, nahunya, kosa katanya retorikanya. Ini adalah kerana, bahasa Melayu rendah tidak akan dapat menjadi wahana intelek tinggi dan wahana budaya tinggi.

Selain itu, penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dipertingkatkan dari segi cara bertutur dan penulisan. Malah, seharusnya dipergiatkan semula penulisan dan penerbitan buku ke dalam bahasa Melayu.

Beliau juga sempat berkongsi gurindam berbunyi,

Apa diharap padi seberang.
Entah berbuah entah tidak.
Entah sudah dimakan pipit.
Apa diharap bahasa orang.
Entah faham entah tidak.
Kita juga yang masih tersepit.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berikut dikongsikan ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika merasmikan Bulan Bahasa di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban pada 1 Julai 2011.

Slogan MBMMBI ini ada baiknya kita pisahkan menjadi dua objektif yang ternyata sangat berlainan dengan keupayaan yang juga sangat jauh berbeza, iaitu: 

1. Bagaimana kita Memartabatkan Bahasa Melayu, dan
 
2. Bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris.

Adapaun memartabatkan Bahasa Melayu itu tidaklah sesukar yang mungkin kita fikirkan. Bahasa Melayu itu sudah lama bermartabat. Ia sudah dijadikan Bahasa Kebangsaan negara kita Malaysia, semenjak 1957. Rasionel kita menjadikannya Bahasa Kebangsaan kita itu adalah ia adalah sebuah bahasa yang mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa wilayah ini. Malah ia sudah wujud 2,000 tahun dahulu. Dan ia mempunyai ribuan manuskrip dan hikayat, iaitu Bahasa Melayu itu adalah sebuah bahasa yang memang sudah maju. 

Oleh sebab itu, memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya adalah untuk kita semua berusaha menggunakannya. Kita perlulah menggunakannya dengan baik dan rapi. Dengan perkataan lain, kita hendaklah menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, yang sebutannya, ejaannya, perkataannya, dan tatabahasanya teratur rapi. Malah, ini adalah sebuah modal pada kita. Orang yang menuturkan bahasa yang rapi itu dipersepsi sebagai berpendidikan, berbudaya, bersantun, dan bijaksana.

Izinkan saya memberi sebuah contoh yang paling mudah difahami. Tentu anak-anak semua pernah mendengar orang Afro-Amerika bercakap. Ya, sekarang, bayangkan sekiranya Presiden Obama menggunakan bahasa demikian, apa akan jadi pada pencalonannya ... Tentu beliau tidak akan menang ...

Oleh sebab itu, mulai sekarang, kita martabatkan bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Kedua, bagaimana kita memantapkan Bahasa Inggeris? Usaha demikian tidaklah sama dengan usaha terhadap bahasa Melayu. Kita baharu sahaja mula mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah. Dan kita sudah pun mahir berbahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah.

Oleh sebab itu langkah memantapkan bahasa Inggeris itu pastilah bermaksud belajar menggunakan bahasa Inggeris.

Sebagai murid sekolah, kita mesti mengambil sikap positif. Peluang belajar Bahasa Inggeris ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Mungkin kita tidak akan dapat berbicara dalam Bahasa Inggeris sefasih orang Inggeris, tetapi kita tentu dapat menguasai kemahiran yang agak baik. Sekurang-kurangnya kita akan dapat bercakap mengenai perkara-perkara biasa seperti bertanya khabar dan berjual beli.

Tetapi saya yakin, kita semua dapat menguasai kemahiran membaca yang tinggi. Apabila kita dapat membaca dengan baik, ada banyak sumber ilmu yang terbuka pada kita. Dan dengan membaca pula, saya yakin kemahiran kita berbahasa akan juga meningkat.

Pesan saya, gunakanlah Bahasa Melayu Tinggi, dengan demikian kita sebenarnya Memartabatkan Bahasa Melayu.

Seterusnya, belajar Bahasa Inggeris, dan berikan tekanan kepada kemahiran membaca, saya yakin Bahasa Inggeris anakanda semua akan menjadi mantap.

Dan kita semua memang dapat menjadi dwibahasa dengan baik, menuturkan Bahasa Melayu Tinggi dengan baik, dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan mantap. 

Selamat menjalankan aktiviti Bulan Bahasa, semoga Allah memberi ganjaran yang berganda kepada kita apabila kita melaksanakan usaha yang baik.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Peranan terjemahan bukan sekadar memindahkan ilmu daripada satu komuniti bahasa kepada satu komuniti bahasa yang lain, malahan turut melibatkan fungsi yang lebih meluas.

Antara lain, unsur pemindahan ini termasuklah pandangan dunia, kepercayaan, norma dan adat resam, pemikiran, sistem ekonomi, sosial dan politik.

Perkembangan sejarah penterjemahan bagi kebanyakan pasangan bahasa baik di Barat mahupun di Timur rata-ratanya bermula daripada penterjemahan teks keagamaan dan kesusasteraan. Kedua-dua jenis terjemahan ini pada hakikatnya adalah saling melengkapi, dan paling penting sejak berzaman dahulu lagi.

Terjemahan keagamaan diperlukan untuk memenuhi keperluan rohani, manakala terjemahan kesusasteraan diperlukan untuk memenuhi keperluan manusiawi (luahan perasaan, hiburan, cetusan idea dll.). Maka, pentingnya peranan terjemahan susastera dalam ketamadunan manusia tidak dapat dinafikan.

Atas inisiatif memperluaskan bidang terjemahan di Malaysia, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF) mengambil langkah dan menjalankan tugas menterjemah karya daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu.

Menurut Pengerusi Perspektif, Goh Hin San menjelaskan melalui penterjemahan dapat menyatupadukan rakyat di Malaysia.

"Proses terjemahan Perspektif adalah sepi dan sunyi. Namun, ahli-ahli dalam Perspektif seramai 58 orang terdiri daripada mereka yang berkemahiran dan pakar dalam bidang terjemahan," jelas Goh Hin San dalam Seminar Sastera Pelbagai Kaum di ASWARA hari ini.
Goh Hin San yang menjelaskan lanjut mengenai Perspektif menerangkan persatuan itu sering mengambil langkah menterjemah dan menerbitkan buku-buku bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu dan menterjemah buku-buku bahasa Melayu ke dalam bahasa Cina bagi dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Antara buku berbahasa Melayu yang diterbitkan dalam bahasa Cina termasuklah karya agung sasterawan negara, Dato' A. Samad Said yang sudah diterjemah dan dipasarkan di China.

Bagi Goh Hin San, bidang penterjemahan ini perlu diperkenalkan kepada umum kerana bidang terjemahan dapat memperkayakan sastera di Malaysia.

"Penterjemahan dapat memperkenalkan budaya sesebuah bangsa. Kita akan terus memperjuangkan bidang terjemahan bagi mewujudkan penyatuan melalui sastera," ujar beliau lanjut.

Sebagai maklumat, Perspektif ditubuhkan secara rasmi pada 29 Januari 1986 dan kini diterajui oleh Goh Hin San selaku presiden bagi penggal kelapan. Perspektif bermatlamat merancakkan usaha penterjemahan dan penulisan karya kreatif serta memupuk kajian teoritis.

Perspektif juga bertindak sebagai perantara bagi penterjemahan dan penulis dengan arus perkembangan kesusteraan antarabangsa dan meningkatkan persefahaman antara kaum melalui penulisan dan perterjemahan karya sastera Mahua-Melayu.

Goh Hin San sendiri sudah menterjemah dan menyusun Puisi Mahua Moden (Jilid 1) manakala pada 1978, Yassin Tani atau nama penanya Yap Sin Tian menyusun antologi Puisi Mahua dan pada tahun 1985, Chan Foo Heng dan Chong Kim Leong telah berusaha menterjemahkan bahasa Melayu dalam bukunya His Many Faces: Anthology of Modern Poetry in Three Languages (Chinese, Malay dan English).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis di Malaysia perlu mempunyai lesen atau kebebasan dalam menghasilkan karya kerana hasil karya seseorang penulis adalah cerminan kepada dirinya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menjelaskan penulis di Malaysia harus diberi kebebasan dalam menulis apa yang mereka inginkan.

"Kebelakangan ini, kita soalkan berapa cerpen yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Sekiranya dahulu, setiap minggu cerpen penulis tempatan diberi ruang penuh dalam akhbar-akhbar tempatan. Penjualan buku sastera juga tidak meningkat jualannya," jelas Rais Yatim.

Bagi Rais, penulis perlu menghasilkan karya agung di Malaysia yang mampu menembusi pasaran pembaca.

Bagi beliau, sastera itu perlu dilihat semula dari sudut pembudayaan bahasa dalam menyatukan pemikiran manusia.

"Di negara kita, menyatukan sastera adalah melalui cerminan hidup pelbagai kaum yang ditulis dalam karya sendiri," ujar beliau lanjut. Beliau menjelaskan hal ini dalam perasmian seminar Sastera Pelbagai Kaum di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Rektor ASWARA, Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Pengerusi Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF), Goh Hin San.

Komen pengunjung:

  1. noor emylia
    28 Aug 2011
    4:38 PM

    ok je

Berikan komen anda:



Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan pada April ini, Persatuan Editor Malaysia (PEM) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan Seminar Editor Malaysia khas buat pengiat dan peminat buku di Malaysia.

Bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, seminar ini akan menampilkan lebih 20 orang pembentang kertas kerja yang berpengalaman dalam dunia industri penerbitan negara.

Turut memeriahkan majlis ini termasuklah Pengerusi Forum Editor Malaysia, Bambang Trimanshah yang diundang khas bagi berkongsi pengalaman dan pandangan beliau mengenai bidang penerbitan.

Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd dan Penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan juga dijemput bagi berkongsi pengalaman mereka dalam dunia penerbitan di Malaysia.

Yuran penyertaan ialah RM350 bagi seorang ahli PEM dan RM440 seorang bagi yang bukan ahli PEM. Yuran peneyrtaan bagi institusi atau organisasi yang menghantar lebih daripada empat orang dikenakan RM350 setiap seorang.

Semua penggiat dan peminat buku tempatan dan antarabangsa dijemput bagi menyertai seminar Editor Malaysia ini bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan perihal bidang editor. Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan mulai sekarang atau selewat-lewatnya satu April 2011.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan melayari www.editormalaysia.com atau ezaleila.wordpress.com.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Ramai yang ingin menjadi seorang yang menarik. Maka mereka membelanjakan wang yang banyak untuk membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Ramai orang yang pergi ke gim untuk menjaga kesihatan. Lebih dari itu ia bertujuan untuk menjadi lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu, banyak produk melangsingkan badan di pasaran. Mereka mengambil produk itu untuk kesihatan dan juga impian untuk dilihat lebih cantik dan menarik. Ramai orang yang mementingkan fesyen pakaian, rambut dan lain-lain aksesori tambahan. Lebih hebat lagi ada orang yang menjalani pembedahan plastik untuk mendapat bentuk bahagian badan tertentu yang menarik. Mereka menghabiskan wang dengan banyak untuk tujuan-tujuan tersebut. Apabila seseorang memiliki penampilan fizikal yang menarik tetapi begitu negatif dan berfikir secara tertutup, mereka menjadi orang yang membosankan. Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa.Anda mungkin pergi menjelajah ke bulan atau mendaki gunung Everest untuk menjadi orang yang menarik. Anda mungkin jatuh cinta dengan Siti Norhaliza untuk menjadi lebih menarik. Anda boleh menjelajah mengelilingi dunia berbasikal untuk jadi orang yang menarik atau tidur dengan ribuan kala jengking dalam usaha memecahkan rekod dunia untuk menjadi orang yang menarik. Jika anda ingin melakukan perkara seperti itu, ia terserah kepada anda. Tetapi hakikatnya adalah anda boleh menjadi orang yang menarik dengan melakukan perkara yang biasa sahaja. Unsur-unsur penarik berada dalam diri anda. Seminar ini akan membongkarkan rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa. Muat turun brochure seminar ini atau hubungi Jurulatih di email naimjaafar@gmail.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kandungan seminar ini secara ringkas. 1. Pendahuluan: Manusia seperti komputer Bagaimana untuk membina sebuah ‘komputer’ yang hebat Bagaimana untuk membuat perubahan dalam diri Bagaimana untuk memastikan perubahan itu terlaksana Bagaimana untuk memastikan ianya berterusan dan menjadi tabiat 2. ‘K’ Pertama: Keputusan Keputusan untuk berubah adalah tindakan yang paling asas untuk berubah Keputusan boleh mengubah hidup manusia sekelip mata Ramai orang tidak membuat keputusan, tetapi membuat alasan Ramai menyangka bahawa dia membuat keputusan, tetapi dia membuat angan kosong Bagaimana untuk membuat keputusan yang berkesan? Bagaimana jika pernah gagal dalam keputusan sebelum ini? 3. ‘K’ Kedua: Komitmen Keputusan tanpa komitmen adalah tidak ada gunanya Bagaimana untuk menentukan komitmen demi menjayakan keputusan? Ramai yang ada menetapkan komitmen, tetapi tidak komited dengan komitmen; fahami Prinsip PS2 Bagaimana untuk komited dengan komitmen yang telah ditetapkan 4. ‘K’ Ketiga: Kepercayaan Banyak perkara dalam hidup yang dipengaruhi oleh kepercayaan Apakah itu kepercayaan? Sejauh manakah ia ‘memandu’ anda sehingga hari ini? Bagaimana untuk mengubah kepercayaan tersebut? Bagaimana untuk memastikan agar anda tidak kembali ke sikap negatif yang lama? Bagaimana untuk ‘menghidupkan’ kepercayaan yang baru itu? 5. Penutup Fahami konsep Q & Q Teruskan ikhtiar, dan mantapkan rasa tawakal Mulakan perubahan yang positif dalam hidup anda! Muat turun brochure seminar dalam format PDF atau hubungi Jurulatih di email fadzliyusuf@yahoo.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita