Testimonial Pembaca Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Helmi — 09 Aug 2007 11:30 PM

Saya pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Baru dua tahun dalam bidang pengajaran ini. Umur saya sekitar 26 tahun. Tetapi apabila melayari internet dan melihat industri buku kita hari ini, saya tertarik untuk menulis sesuatu untuk bacaan umum. Tapi saya masih tiada panduan bagaimana menulis dengan baik.
Akhirnya saya ketemu dengan sebuah buku saudara, “Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.” Saya begitu tertarik cara penulisan saudara. Begitu bersahaja dalam menceritakan satu-satu tips. Nampak ringan dan ringkas untuk dibaca dan difahami. Terima Kasih menulis buku seperti ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya percaya sedikit masa lagi produk PTS akan mampu mendapat tempat yang meluas dalam kalangan remaja khasnya pelajar yang mula menerima stail penulisan penulis-penulis PTS. Bagi karya fiksyen saya sangat berbangga apabila pelajar saya dari tingkatan 1 hingga 6 sudah mula menerima koleksi fiksyen PTS kerana mempunyai kelainan dan cara penyampaian yang sesuai dengan remaja kini.

Syabas PTS dan kami sentiasa menyokong anda.

Dari:
Puan Norshidah


Jawapan Dari Editor PTS:

Assalamualaikum…
Puan Norshidah,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada puan kerana menyokong penuh usaha PTS. Kami seboleh-bolehnya menjaga tatabahasa supaya remaja dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam penulisan mereka. Di samping itu juga kami masukkan nilai-nilai murni supaya ia dapat diterap dalam jiwa mereka. Sebarang teguran dan kritikan amatlah dialu-alukan bagi memantapkan lagi industri penulisan di samping dapat memandaikan anak bangsa.
Saya mewakili pihak editorial PTS menghargai usaha puan. Semoga ramai lagi guru di luar sana yang mengikuti jejak puan yang bijak memilih bahan bacaan untuk para pelajar mereka.

Nurismaliza Ismail
Editor Pengurusan
PTS One Sdn Bhd

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Apa yang menarik untuk diketahui umum mengenai buku ini adalah, ia berjaya menarik perhatian dan minat remaja untuk dijadikan sebagai bahan bacaan hiburan yang berfaedah. Daya tarikan buku ini terserlah apabila pelajar yang pernah membaca satu siri akan mencari siri seterusnya untuk dibaca, bahkan kini masih menunggu untuk siri Chit Chat seterusnya diterbitkan.

Apabila saya amati sendiri isi kandungan buku berkenaan, pada hemat saya ia memang berfaedah kerana menyampaikan mesej motivasi serta pembangunan diri remaja melalui medium penyampaian yang berkesan.

Saya juga berminat untuk mengetahui perkembangan buku-buku di PTS yang mungkin lebih banyak yang menarik perhatian pembaca. Saya cadangkan supaya siri ini diteruskan dengan kerjasama penulisnya M.Fadzli A.Bakar dengan pihak penerbit PTS. Semoga usaha murni dalam penyampaian ilmu dan pengisian kepada remaja ini akan berterusan serta berkesinambungan. Sekian, terima kasih.

- Azneezal Ar-Rashid, Sarawak -

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30 tahun.Wanita berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya daripada suratkhabar.

Menurut wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi tersebut di tempat yang terbuka seperti di atas peti sejuk, di atas meja dapur,adakalanya diselitkan di dalam buku.

Tidak semua resipi yang digunting oleh suami wanita tersebut, hanya resipi tertentu sahaja.Menurut wanita ini pada mulanya beliau tidak memahami maksud tersirat di sebalik perbuatan suaminya itu namun akhirnya beliau mulai faham yang suaminya meminta beliau memasakkan resipi yang telah diguntingnya itu.

Menurut wanita ini lagi “Orang lelaki lebih suka memberitahu keinginannya dengan perbuatan tanpa perlu cakap banyak.pandai-pandailah orang perempuan bagi membaca fikirannya dan buat perkara yang dirasakan perlu”

Apabila membaca kisah keratan resipi ini,membuatkan aku tersenyum sendiri, nak tahu kenapa?

Kerana ayahku mempunyai tabiat yang sama suka menggunting resipi dalam suratkhabar yang mana dia berkenaan. Barulah aku tau sekarang kenapa Hehe, patutlah mak aku selalu cakap… “ayah kau yang gunting resipi tu” Bila aku tanya siapa yang kumpulkan resipi sampai penuh satu album. Cuma kekadang mak tidak ada masa nak membuatnya. Aku faham mak aku pun tak berapa sihat.

Satu lagi ayah aku akan pergi ke kedai, beli semua barang-barang yang dia perlukan, selepas itu dia bawa balik, dia letak kat dapur. Tak cakap apa pun, tengok-tengok dia sedang baca suratkhabar di luar rumah. Ini kisah sebelum sebelah mata ayahku tidak boleh melihat lagi, manakala sebelah lagi sudah pun sedia kabur akibat katarak.

Tengok bahan pun mak aku faham yang ayah aku nak makan apa, pengat pisang, bubur kacang atau puteri mandi.

Biasanya mak aku akan buatkan masa itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa nak tersenyum.

Ayah, betul lelaki ini, dia tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.

Entri ini disunting semula dari lapan tip panjang dalam entri Sesuatu yang Ingin Dikongsi Bersama. Layari Blog beliau http://nurkasihku.bravejournal.com/index.php

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamualaikum w.r.t
Puan,

Apa khabar puan? Saya Salehuddin Md. Dahlan, penulis buku Kerjaya Sebagai PTD. Semenjak saya mengikuti kelas teknik menulis puan, saya dapati ia amat membantu dalam kerja-kerja seharian saya di pejabat. Ini berikutan tugasan saya banyak melibatkan aktiviti penulisan terutamanya menyediakan kertas-kertas pertimbangan tatatertib, rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat perkhidmatan awam. Sebagai contoh sebelum ini satu kertas pertimbangan memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan. Tetapi kini lima kertas pertimbangan dapat disiapkan dalam tempoh yang sama.
Selain itu, setelah mendengar idea-idea bernas puan, saya berminat untuk menulis lagi beberapa buah buku mengikut kaedah yang puan berikan. Buku tersebut adalah seperti berikut:
a. Novel Jibunsyi - riwayat hidup saya
b. Novel Professional- kisah kerjaya PTD
c. Novel PTS One - kisah hidup saya dari umur 8 tahun hingga masuk universiti
Dan jika boleh saya berminat membantu puan dalam projek mengadaptasi kitab lama Islam ke bahasa moden. Insyallah jika tiada aral melintang inilah projek saya untuk tempoh enam bulan akan datang. Harap-harapnya puan sudi menunjuk ajar saya sepanjang perjalanan projek ini. Sebarang maklum balas bolehlah puan sampaikan melalui emel ini atau apa-apa cara yang munasabah bagi puan.
Sekian, terima kasih.
Salehuddin Md. Dahlan

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya berasa sungguh kagum dan berterima kasih dengan buku terbitan PTS yang bertajuk ‘kenapa perlu bercinta?’ ditulis oleh Robiah Kulop Hamzah kerana buku itu telah berjaya membuka hati saya tentang dunia cinta.Selama ini saya hanya memandang remeh dan menganggap cinta itu tidak penting dalam hidup, tapi ternyata saya telah salah.Lebih2 lagi cinta itu sebahagian dari ingin menjadi seorg yg beriman.

Saya ada sedikit cadangan. Saya harap pihak tuan/puan dapat menerbitkan buku panduan tentang bagaimana hendak memikat hati perempuan, kerana saya ada sedikit masalah jika berdepan dengan perempuan lebih2 lagi dengan perempuan yang saya minati.

Pihak tuan/puan telah menerbitkan 2-3 buah buku tentang hati dan jiwa lelaki, bagaimana pula jika pihak tuan/puan menerbitkan buku seperti yang saya cadangkan itu.Saya harap cadangan saya dapat dipertimbangkan.

Terima kasih.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sifu (Pn Ainon, Pengerusi PTS Group),

Saya amat berterima kasih kepada pihak PTS kerana dua hal:

1. Buku saya kelihatan laris dan dipromosi dengan baik. Buktinya: Buku “Teknik Menulis Ucapan” telah dicetak tiga kali dalam tahun ini. Buku “Buat Duit dengan Menulis” cetakan ke-2 difahamkan telah kehabisan stok kerana untuk bengkel penulisan buku tempoh hari saya telah memesan 50 naskhah, tetapi stoknya tidak ada lagi. Jadi, saya ingin rakamkan penghargaan kepada semua pihak, terutamanya editor, bahagian pemasaran dan promosi PTS.

2. Disebabkan buku saya diterbitkan oleh PTS, ‘ketampakan’ - visibility - saya di peringkat nasional semakin menyerlah. Kini saya semakin kerap diundang mengendalikan bengkel menulis buku, mengendalikan teknik wawancara dan pengucapan awam dan penulisan ucapan.

Terima kasih dan salam saya kepada semua karyawan PTS. Salam juga kepada Profesor.

Jeniri

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya dapati buku-buku terbitan PTS amat menarik.  Saya juga pernah mendapatkan buku terbitan PTS semasa karnival buku di Johor Bahru.  Kini saya tinggal di Batu Pahat, Johor.  Saya dapati sukar untuk mendapatkan buku-buku seperti yang terdapat di laman web ini di kedai buku berhampiran.  Harap PTS dapat membantu saya.  Saya amat memerlukan buku-buku yang berkaitan dengan pendidikan.

Dari
Hafizah

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Resensi Oleh:
Zubli Zainordin
Pengasas
Sains dan Seni Jaya Diri Total
Merangkap
Timbalan Ketua (Komunikasi)
Bukuonline.org

Pasti sudah, Rahsia Bisnes Orang Korea ini, sebuah lagi buku yang baik, yang bermutu dan bermanfaat penduduk dan rakyat Malaysia.

Itulah kesimpulan saya sesudah membaca Rahsia Bisnes Orang Korea, karya Ann Wan Seng, terbitan Syarikat Kumpulan PTS yang dipengerusikan oleh Ainon Mohd.

Pada mulanya, tidak sempat bertanya kepada Pemberi buku ini “kenapa?”. Namun buku ini telah dihadiahkan kepada saya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, sempena Pesta Buku & Multimedia 2006, pada 10 September hingga 17 September baru-baru ini. Buku ini disampaikan kepada saya oleh wakilnya, Jamilah @ Chumila Katis, dan Siti Adnon Abdul Wahid.

Setelah diterima, buku ini terus saya baca, mulanya Bahagian 1, Bab Satu hingga 3. Terasa hebatnya. Kesemua bab yang itu dan seterusnya setiap bab berikutnya telah disusun padat dan teratur. Persembahannya langsung ke isi, tanpa kelok-kilas, sehingga faktanya dapat dikutip dengan mudah dan pembacaannya laju dilakukan dengan berselera.

Setumba sahaja, 3 bab sudah selesai dibaca. Rehat seketika…minum dulu. Tiba-tiba buku inipun hilang! Puas dicari, namun tidak berjumpa. Kemudian, saya dapat tahu isteri sendiri yang ambil secara senyap-senyap, dan kini sedang dibacanya. Setelah bersenda gurau, dan bergelak ketawa dengannya, perihal siapa yang baca buku ini dahulu, maka sayalah yang menang. Lalu saya sambung lagi membaca…sampai selesai bab 6.

Tidak syak lagi, buku ini, Rahsia Bisnes Orang Korea sangat ngam dengan orang bisnes seperti saya. Buku ini juga sesuai dibaca oleh isteri saya, lain-lain Individu yang sewanita Ainon Mohd, Editor pengurusannya Rozita Abdul Razak, dan Editornya Noraziah Mad.

Setumba lagi 6 bab lagi telah selesai dibaca. Rehat lagi, cari sepinggan nasi goreng ikan masin. Sambil makan, cadang nak sambung baca buku ini…kemudian, didapati sekali lagi buku ini hilang! Tanya anak-anak yang masih kecil, kemudian tanya pula ibu mereka…Semuanya tidak tahu di mana letaknya buku ini. Puas dicari lagi namun tidak berjumpa. Aduh!

Azam dihati ini ialah seandainya dijumpai sekali ini, “pasti kuikat pada tubuhku”, supaya tidak hilang lagi. Begitulah kuatnya azam, namun sehingga kini, belum pun lagi saya ikatkan begitu…

Sebelah petang, anak lelatuan ketiga, Zubli Quzaimer bin Zubli balik ke rumah dengan buku ini. Rupanya, dia yang ambil. Tidak diketahui sama ada dia membacanya sambil rehat di waktu bekerja sebagai juruwang di stesen Petronas berdekatan. Buku ini telah berada dengannya. Sememangnya sejak dahulu dia mencebur diri dalam perniagaan Hari Kantin di sekolahnya. Hasil jualan, seringkali saya pinjam!

Wah! Belia sepertinya pun tertarik kepada buku ini. Mungkinkah kerana ada “kunci” pada perkataan “Rahsia”. Ataukah “Yin dan Yang” dwi-warna yang seimbang pada perkataan “Korea”, di kulit buku ini, yang menyebab seseorang menjadi tertarik untuk membaca buku ini. Entahlah, belum saya ketahui.

Barangkali Ainon Mohd dan pasukannya boleh melaksanakan kutipan data yang soft, sekali lagi, akan gelagat pembaca, dalam konteks buku ini.

Namun, apa yang pasti, kisah kejayaan Bangsa seperti Amerika, Jerman, Cina, India, dan Jepun, sudah biasa Kita ketahui. Tetapi, apa yang ada pada Bangsa Korea.

Bangsa Korea?

“Menyampah..! menyampah Aku tengok orang Korea main bola (sepak)”, begitu meluatnya Hamzah, Rakan saya seketika dulu. Sambungnya lagi, “Jangan bagi dia skor gol dulu, kalau tidak, macam-macam helah dia buat, lepas tu, kita tak ada can (peluang) nak skor gol.”

Lain pula pendedahan Ann Wan Seng, “Siapa sangka Korea Selatan yang pernah dianggap sebagai ‘orang sakit Asia’, kini menjadi kuasa bola sepak yang digeruni dunia. Kemampuan negara itu muncul sebagai 4 pasukan bola sepak terbaik dalam pertandingan Piala Dunia, 2 tahun lepas dianggap sebagai pencapaian luar biasa.”

Pada saya, motif yang kita tertarik nak baca buku ini, dan motif pengarang buku ini, serta motif terujanya penerbit yang ketika itu nak menerbitkan buku ini, adalah sama. Iaitu apakah Rahsia Bisnes Orang Korea, yang tiba-tiba muncul di pasaran Asia. Menempah nama setanding dengan lain-lain negara yang kini peneraju ekonomi dunia.

Tentunya ada sesuatu dalam buku ini yang boleh mengasyikkan pencinta buku seperti saya. Tentunya juga ada kunci pembuka pintu rahsia, yang boleh dimanfaatkan oleh Tokoh, Pemimpin, Perancang Ekonomi, Orang Bisnes, Usahawan, Usahaniagawan, Wanita, Belia, Pengurus, Penyelia, Penyelidik, Mahasiswa, dan lain-lain Individu di kalangan Penduduk dan Rakyat Malaysia.

Ketahuilah, Sesiapa yang tidak membaca buku ini, barangkali tidak akan mengetahui rahsia itu, ya…Rahsia Bisnes Orang Korea.

Saya sudah mengetahuinya, setelah selesai membaca buku yang amat berguna ini. Tentunya dalam resensi ini, tidak akan saya beritahu kepada Anda. Kalau nak tahu, beli buku ini dan baca Sendiri.

Sebenarnya, Rahsia Bisnes Orang Korea ialah sebuah buku yang dihasilkan oleh Ann Wan Seng, Karyawan yang cukup terkenal di Malaysia, berkaitan bisnes dan ekonomi. Sebagai Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng juga gemar mengkaji kejayaan bisnes lain-lain Bangsa. Selain daripada memiliki perniagaan Sendiri, Ann Wan Seng kerap menulis artikel untuk penerbitan akhbar dan majalah tempatan, menyentuh topik yang sama.

Penerbit buku ini tentulah PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (678274-D), 21-2, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Telefon: 0341427416, Faks: 0341427415, www.pts.com.my,
e-mel: ptsprofessional@pts.com.my.

Hakcipta Ann Wan Seng, Cetakan Pertama 2006, ISBN 983-3585-22-1. Kulit buku lembut, dan grafik yang menarik dan bermakna, oleh Izwan Ariff Ibrahim. Buku ini dihasilkan dengan binding sempurna, ukuran anggaran 22.75 cm X 15 cm. Awalan lazim ialah Prakata, 3 mukasurat, akhiran lazim ialah Bibliografi dan Indeks ringkas, iaitu 4 daripada 5 mukasurat bercetak, dan inti yang perlu dibaca terdiri daripada 6 Bahagian, bersamaan 34 Bab semuanya, setebal 170 mukasurat.

Buku yang molek ini sesuai dibaca oleh anda yang selesa dan selamba nak tahu, setiap kali bila ada orang yang dengan jerih dan jenuh mengkaji lalu mendedahkan sesuatu rahsia.

Kita sambung lagi…

Sememanglah, barangan Korea seperti Daewoo, Hyundai, Kia, LG, Samsung, dan SsangYong, adalah jenama popular di Malaysia. Di dalam rumah Kita masing-masing, barangkali, ada produk jenama ini. Namun, yang Kita nak tahu sangat ialah bagaimana jenama Korea ini menjadi terkenal di dunia dalam tempoh yang singkat? Korea yang mana satu ni, Utara ke Selatan? Itupun Kita nak kepastian juga. Seterusnya, tentulah apa yang boleh Kita manfaatkan daripada pembongkaran dan pendedahan Rahsia Bisnes Orang Korea ini oleh Ann Wan Seng.

Orang Korea mempunyai sikap yang betul dan tepat. Menurut Ann Wan Seng, orang Korea tidak menjadikan sejarah terbilang yang tidak Mereka punyai, menghalang Mereka daripada menjadi cemerlang dalam semua lapangan yang Mereka ceburi.

Tambah Ann Wan Seng lagi, mereka tidak menggunakan alasan…Sebaliknya semua kesukaran, keterbatasan, dan kesempitan dijadikan sebagai dorongan bagi mencapai kejayaan.

Wow!

Lagi?

Wajah orang Korea mirip seperti saya, Zubli Zainordin, yang mirip juga dengan wajah orang Cina, dan orang Jepun. Namun, kebolehan orang Korea ialah kemampuan Mereka mengubah keadaan negatif kepada situasi menguntungkan. Pada saya, sesiapapun yang berkebolehan seperti itu, InsyaAllah, pasti berjaya setanding orang lain, di dunia ini.

Pernahkah Anda mendengar, “Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada padanya.”

Orang Korea mempunyai kesediaan menerima perubahan, dan berani berubah dengan mengubah diri dan Bangsa Mereka, mengikut perkembangan semasa.

Ingin berjaya?
Fahamilah bahawa:
Orang yang mempunyai pegangan namun tidak mengamalkan pegangannya itu,
bezakah dengan,
Orang yang tidak mempunyai pegangan itu namun mengamalkan pegangan tersebut,
dengan
Orang yang mempunyai pegangan itu dan mengamalkan pegangannya,
dan
Orang yang tidak mempunyai pegangan itu dan tidak mengamalkan pegangan tersebut.

Tentulah berbeza, ya tidak?

Orang Korea tidak akur pada kehendak pasaran, tetapi mereka akan meneroka, mencari, dan mencipta pasaran baru bagi memasarkan produk yang dianggap sudah tepu. Demikian ditulis, Ann Wan Seng. Pada saya, itu ciri kepemimpinan yang baik.

Orang Korea memanfaatkan faktor sumber Manusia yang digabungkan dengan strategi kerja yang berkesan lalu dapat menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan tinggi. Hebat!

Eisy, banyaklah lagi mutiara yang melengkapkan Rahsia Bisnes Orang Korea yang dihidang istimewa dalam buku ini oleh Ann Wan Seng. Seterusnya, anda belilah buku ini, lalu anda bacalah Sendiri, OK.

Selain daripada ke semua inti buku ini, pada saya, pertama: pendekatan yang menyertakan petikan yang mengiringi tajuk, kedua: tip dan info di kiri dan kanan teks, serta ketiga: fakta ringkas yang dipersembahkan pada akhir bab, amat membantu pembaca.

Kepada pembaca buku ini saya ingin bertanya, di manakah letaknya jambatan di Malaysia, yang dibina menggunakan kepakaran dan teknologi Korea. Klu: ‘nasyiq qandar qarre qapla yikkan’, yang tentunya telah dimakan oleh Pakar Korea sewaktu mereka membina jambatan itu di sini, dan tentunya, mereka tidak akan mendapati hidangan selazat itu lagi di negara mereka Sendiri.

Baiklah. Pada keseluruhannya buku ‘Rahsia Bisnes Orang Korea” ini, adalah buku yang baik. Pendidik, dan individu yang dididik, di seluruh institusi pendidikan di Malaysia, khususnya pendidikan subjek ekonomi dan perniagaan, wajib membaca buku ini. Dengar nasihat saya: wajib! Beli…baca!!

Komen saya satu sahaja, apakah boleh barangkali disertakan pelbagai gambar keperihalan bangsa dan negara Korea Selatan. Paparkanlah, di mana-mana celah di antara 34 bab dalam buku yang lengkap bermaklumat ini. Lagipun teringin rasanya nak menatap kejelitaan gadis Korea Selatan. Aduhai!

Jadi, terima kasih, Ann Wan Seng. Terima kasih tidak terhingga kepada anda, di atas pembongkaran dan pendedahan Rahsia Bisnes Orang Korea, yang membangkitkan kesedaran Kita, yang selama ini berjiran dengan Korea Selatan.

Sementelah ada semacam kesuraman dan kemuraman bisnes sekarang ini di sesuatu pelusuk tertentu di negara Kita. Maka, tepat sekali bukumu ini dihasilkan dan diterbitkan di negara Kita.

Ya…Orang Korea main bola, orang kita pun siiiiibuk main bola. Dengan adanya buku ini untuk dibaca, harapan saya ialah keasyikan kita bermain bola yang di sokongi ramai si gila bola, ditambah-tokok dengan amalan kecanduan membaca buku, khususnya bukumu ini, Rahsia Bisnes Orang Korea.

Tahniah kepada Nazrul Samsudin, Mohd Khairulanuar Manshor, Rozita Abdul Razak, Noraziah Mad, dan Izwan Ariff Ibrahim, serta Ahli Pasukan penerbitan dan edaran PTS Professional Publishing Sdn Bhd, kerana telah menjadikan buku ini terjadi. Kini, buku ini ada di pasaran, kerana hasil usaha kalian. Syabas! Teruskan usaha murni Anda dalam mewarnai Alam Buku di Malaysia. Doa Kami di bukuonline.org sentiasa mengiringi kalian.

Majulah Bangsa Bila Buku Dibaca Dahulu,
Seandainya Tidak, Maka…
Mundurkah Bangsa Bila Buku Dibiar Berdebu.

Zubli Zainordin
zubli.s.ebook@gmail.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamu’alaikum…

Saya pelajar Tingkatan3 dari Sekolah Menengah Hillcrest,Taman Seri Gombak,Batu Caves,Selangor.

Buku terbitan PTS mula mendapat perhatian rakan2 saya di sekolah ini bermula sejak kawan saya mewakili pakciknya menjual buku bertajuk “mengurus diri dan masa”.

Selepas itu,ramai yang terjumpa judul2 lain dan semakin tertarik.Tambahan pula,apabila kakak saya menghadiahkan saya buku,“Kamceng Solat” semasa ulang tahun kelahiran saya.

Antara yang saya puas hati dengan keluaran PTS ini:
-ilustrasi
-bahasa yg menghiburkan
-hujah2 yang boleh membuat kita berfikir
-simple english
-saiz buku
-Pengisian buku yang sesuai dengan jiwa dan kehidupan remaja zaman sekarang

Saya cadangkan agar:
-promosi lebih besar diadakan
-harga direndahkan sedikit
-Ilustrasi yang lebih memikat

Saya harap semoga PTS terus sukses dan menyediakan bahan bacaan yang bermutu kepada remaja zaman sekarang.

Kerana remaja hari ini perlu banyak membaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan.

Ini termasuk buku berjudul “Cerita2 Motivasi utk Pemimpin” yang menjadi buah hati saya sekarang sehingga saya boleh menghafal cerita2 nya.Lagipun cerita2 ini kena dengan pelajaran agama saya di sekolah.

Dan satu lagi,buku2 keluaran PTS ini hebat bila dijadikan koleksi dan hadiah sempena ulang tahun rakan2.

sekian.

p/s:terima kasih kerana dengan bahan2 bacaan PTS , saya sudah menjadi seorang “ulat buku”...Dan sekurang-kurangnya sekarang ni, dengan wang simpanan ,saya sudah tahu apa yg saya perlu beli.  smile

Deela
Selangor


JAWAPAN DARI PTS

Assalamualaikum, Cik Deela,

Terima kasih kerana membeli dan membaca buku-buku PTS.

Saya Puan Ainon Mohd., Pengerusi syarikat PTS. Surat Cik Deela amat saya hargai sebab ia memberi maklumat berkenaan apa yang remaja cari dalam buku-buku PTS, dan ada disertakan cadangan pula bagaimana PTS dapat memperbaiki lagi buku-buku kami.

Saya dan pegawai-pegawai PTS amat berterima kasih kepada Cik Deela kerana mengambil masa menulis surat kepada kami. Cadangan Cik Deela itu kami ambil berat. Insya Allah kami akan lakukannya.

Sekali lagi terima kasih.

ainonm@pts.com.my

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya adalah pemilik kedai buku Prima MS di Kemaman, Terengganu. Buku-buku terbitan PTS (yang ditempah melalui Sykt Fajar, KL) adalah antara ribuan buku yang saya jual. Selain menjual, saya juga membaca buku-buku ini kerana selain dari menambah ilmu saya, saya juga boleh cadangkan buku yang sesuai kepada pelanggan.

Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada Pihak PTS untuk dimesyuaratkan:

1) Harga buku agak tinggi/mahal sedikit walaupun isinya baik. Sesetengah pembeli terpaksa meletak semula buku di rak kerana faktor harga walaupun pada mulanya beliau bercadang untuk membelinya. Jangan lupa…kami kedai buku di Terengganu.

2) Cover illustration:
Kata-kata seperti “don’t judge book from the cover” mungkin ada benarnya bagi sesetengah keadaan, tetapi bagi penjual buku seperti saya, pembeli lebih suka melihat cover buku yang menarik, segar dan “fresh”. Sesetengah illustrasi cover buku terutamanya yang menggunakan lakaran lukisan adalah kurang menarik dan kurang menyerlah. Ini juga pandangan yang diberikan oleh beberapa orang peminat setia buku di kedai saya. Mungkin perkara ini diberi pertimbangan selanjutnya.

3) Konsistent dalam penerbitan siri:
Bagus untuk mengeluarkan beberapa tajuk yang berlainan, tetapi biarlah ianya konsisten dari segi saiz, finishing dsb.

Contoh, Siri Tafsiran AlQuran Kanak-Kanak. Jika dikumpulkan semua 14Titles untuk dijadikan atau dijual sebagai set, ada beberapa buah buku yang saiznya lebih tinggi dari buku lain. Sama ada silap penerbit atau silap pencetak, saya tidak pasti. Tapi nampak pelik bila ingin di’wrap’ sebagai satu set apabila ada buku yang tinggi rendah.

Satu contoh lagi, Siri Ibadah. 5 tajuk terdahulu mempunyai uv finishing pada covernya, tetapi tidak lagi pada siri-siri yang selepas itu. Bukankah ini tidak konsisten?.

Maaf, ini teguran saya. Terpulanglah kepada pihak tuan untuk menerimanya atau tida. Saya kini hanya sekadar penjual buku, walaupun pernah terlibat dlaam pengeluaran buku selama 15 tahun sebelum ini.

Sekian.

Saifuddin.

 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalammualaikum and good day to all warga kerja PTS

Firstly, syukur alhamdulillah that recently, I stumbled upon quite a few good books from your production.

I am a mum of 5 kids, ages ranging from 8 to 15 years old…these books are something of a new genre for kids and teenagers alike..the layout, the cover, the contents…they are all very refreshing and attractive..I flicked through these books and found what I’ve secretly dreamed to write for my kids…being them, seeing the world through their eyes, experiencing t simplest of adventures that seemed so big during their age…being a child all over again - somehow the Adam Kecil series did just that - it managed to attract the whole family members to read, me..out of curiosity coz it looks so interesting and the teenagers novels too like My Angel, Sepasang Mata something…the language used; the storylines are something that the teenagers can identify with; the subtle motivational messages and moral hidden behind the stories; the light-hearted flow of the language…it all appeals to them and suddenly i start seeing my kids at all corners of the house, in all sorts of position…actually…reading these books and they repeat reading them after a while…that’s what’s amazing about your books ...two thumbs up for the editorial, writers and all involved in the publication of these new generation books..hope to see more of these..and if only it can be al little bit more affordable like RM1 or 2 lesser than the current price…just a suggestion; or maybe you can give members’ discount instead..i wish i could buy the whole set on sale but as it is, i can only afford 2-3 books each month to accomodate their new-found passion for your books..but that’s good enough. thank you and bravo. ibu-of-5

aini8084@yahoo.com

Jawapan dari PTS

1)

Salam…

Dear Puan Aini,

We wish to thank you for taking the time to give us the nice feedback on the books published by PTS One. We feel very proud for being able to satisfy our readers’ need with our new genre of books. Your comment amongst others will definitely be a motivation for us to publish more books of this kind.

As for the price of the books, we will try our best in the near future to lower the price as much as we could.

Again, warmest thanks from warga PTS.

Regards,
Pn Nor Hazizam Ab Rahman
Manager,
PTS One Sdn Bhd
PTS Fortuna

2)

Puan Aini yang budiman, Alaikumsalam!

Puan,

Terima kasih banyak-banyak atas surat puan yang panjang dan mengandungi maklum balas yang positif kepada daya usaha PTS menerbitkan buku-buku bermutu untuk bacaan sekeluarga. Kata-kata penghargaan dan dorongan yang puan berikan itu amat besar maknanya kepada semua kerabat PTS, termasuk para penulis dan ilustrator kami.

Semua yang puan tuliskan itu menaikkan lagi semangat kami untuk terus bekerja kuat bagi menerbitkan lebih banyak buku-buku bermutu dalam bahasa Melayu.

InsyaAllah, dalam masa sebulan dua ini PTS akan menerbitkan buku-buku bacaan seisi keluarga khusus untuk pembaca dewasa di bawah siri PTS FORTUNA dan PTS ISLAMICA.

Sekali lagi, terima kasih.

Yang Benar,
Puan Ainon Mohd.
Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Terbitkan buku mengenai kembara dan melancong cara kendali rombongan atau membawa jumlah ahli ramai. Yg penting kemahiran dibawah jagaan.

wan zaidi bin mohamad
zaidiza@yahoo,com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Anak saya yang berumur 6 tahun tidak renggang dari buku-buku itu (5 tajuk) dan banyak belajar darinya. Sesetengahnya adalah subjek yang yang tidak pernah saya terfikir untuk mengajarnya, tetapi beliau banyak mengambil teladan dari komik berkenaan. Sekurang-kurangnya komik ini menyenangkan saya untuk mengajar anak-anak saya menjadi muslim dan anak yang berakhlak dan hormat kepada semua.

Terima kasih.

Saifuddin Awang
saifuddin.awang@gmail.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya menanti kehadiran anda untuk mencurahkan ilmu dalam bidang penulisan ini. terima kasih

Tg. Norlaila
annur_26@yahoo.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya harap pihak pts dapat mempertimbangkan cadangan kami.. sekian, terima kasih..


kiriman,
Shafiqah
eiqah_skulgirl@yahoo.co.uk

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya juga sedang mengumpulkan segala maklumat berkaitan dengan ebook ini dan ingin menerbitkannya dalam tempoh terdekat. Sebenarnya ramai yang telah berjaya membina empayar mereka didalam internet ini oleh itu saya ingin mengsyorkan untuk pihak tuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membina dan mempamerkan buku ebook nya di laman web tuan

Sekian terima kasih.

kiriman
Mohammed Farid Sulaiman
mfs_hariz@yahoo.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Tahniah pd PTS! kerana berjaya melibatkan ramai penulis baru dan lama ke alam siber. Melihat kepada semakin bertambahnya penulis di negara ini, saya cadangkan pihak pts untuk lebih membantu para penulis tersebut dengan menjual buku atau hasil tulisan mereka ‘on-line’ (maksud saya buku digital).

Ini akan membantu pihak pts juga untuk mendapat banyak ‘hits’ bagi laman web ini dengan mencipta ‘traffic’ di dunia internet ini. Di samping itu, boleh diperluaskan lagi peluang bukan sahaja untuk para penulis, pihak pts, malah peluang kepada pengunjung laman web ini untuk membina perniagaan mereka secara ‘online’ melalui sistem ‘affiliate’. Murnikan niat ini, ‘win-win situation’.

Dari:
Sharinam Shariff
sharineses@yahoo.com

Jawapan webmaster:

Assalamu’alaikum wbth.

Terima kasih atas email saudara. Idea dan pandangan saudara kemukakan menarik. Insya’Allah kami akan pertimbangkan. Terima kasih.

Wassalam.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya telahpun melayari laman web PTS semata-mata untuk mencari maklumat tentang bagaimana proses untuk menerbitkan buku. Walau bagaimanapun maklumat tersebut tidak terdapat di sini. Maksud saya, saya mempunyai satu proposal untuk menghasilkan buku dalam bidang kejuruteraan elektronik yang hendak saya terbitkan dengan PTS.

Apakah proses - proses yang perlu saya jalani sehinggalah terhasilnya buku tersebut ? Sekian terima kasih.

Dari,
Saiful Fadzli
saifulfadzli@ittk.edu.my

Jawapan Webmaster:

Sdr Saiful,

Terima kasih atas email saudara.

Untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan penerbitan dan penulisan buku, sdr boleh melawat laman blog Pn Ainon Mohd di http://ainonmohd.blogspot.com (Universiti Terbuka PTS). Beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah PTS, mantan ketua editor PTS, penulis sepenuh masa (menulis lebih 80 buah buku sejak 15 tahun lalu), jurulatih penulisan utk penulis muda.

Untuk mendapatkan nasihat berkenaan buku yang saudara cadang utk diterbitkan oleh PTS itu, saudara boleh berhubung dgn En. Nazrul di talian 013-3622321 atau email: nazruls@pts.com.my. Beliau adalah pengurus PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku akademik, pengurusan dan pendidikan.

Sekian, terima kasih.

.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dari:
Pembaca Setia
wukong@yahoo.com

Jawapan webmaster:

Assalamu’alaikum wbth.

Terima kasih atas cadangan saudara. Buat masa ini hanya PTS Millenia Sdn Bhd (anak syarikat utk buku-buku motivasi dan pembangunan diri) sudah mewujudkan laman interaksi penulis dan pembaca. Syarikat-syarikat lain akan menyusul kemudian, insya’Allah. Saudara boleh melawat laman : http://www.ptsmillennia.com/modules/newbb/.

Saudara juga boleh melawat laman web http://ainonmohd.blogspot.com utk mendapat kan maklumat dan panduan penerbitan dan penulisan dari Puan Ainon Mohd, pengerusi lembaga pengarah PTS dan seorang penulis sepenuh masa (sudah menghasilkan lebih 80 buah buku dalam pelbagai bidang pembangunan diri).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Saya menawarkan diri saya untuk membuat terjemahan untuk buku Harimau Malaysia di Somalia kepada Bahasa Inggeris. Itupun, jika syarikat saudara bercadang untuk menerbitkan buku tersebut dalam Bahasa Inggeris. Saya yakin buku tersebut akan mendapat sambutan jika diterbit dalam Bahasa Inggeris. Pasaran tentu sudah muak menerima cerita daripada versi Amerika sahaja. Sekian, terima kasih.

Drp:

Liew Shan Lee
amlisk@yahoo.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamu’alaikum wbth.

Saya amat tertarik dengan website ini dan senarai bahan bacaannya disusun dengan kemas.

Saya ingin cadangkan agar disediakan kemudahan membeli buku secara on-line. Ini dapat membantu jualan buku dan memudahkan pembeli mendapatkan buku mereka.

Dari:

SHAIFUL ANWAR BIN SALLEH
sh_anwar@streamyx.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamualaikum.

Saya berharap pts dapat menerbitkan novel.Pastikan novel adalah berkualiti dan boleh dijadikan adaptasi ke filem dan teks sekolah.

Semoga berjaya

Dari:

Saat Sulaiman
amirulerfansaat@yahoo.com

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamualaikum.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada PTS kerana telah mengeluarkan bahan bacaan bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Keluaran buku PTS telah `menyelamatkan’ ketandusan bahan bacaan Bahasa Malaysia yang `berfaedah’.

Bahan bacaan Bahasa Malaysia sekian lama dilambakkan dengan topik hiburan dan cerita seram yang mana penerbit merasakan hanya topik sedemikian yang mampu menarik pembaca Melayu. Topik `serius’ dan `ilmiah’ tidak mampu dijual. Ternyata buku-buku PTS mampu menarik pembeli dengan ilustrasi yang menarik dan cara penyampaian yang menyeronokkan. Teruskan usaha cemerlang ini.

Saya ingin mencadangkan agar satu koleksi buku `DIY’ dilancarkan. Contohnya cara-cara membaiki `plumbing’ di rumah. Saya dapati ramai orang tidak tahu bagaiman membaiki kerosakan kecil di rumah seperti paip/sinki bocor/`leak’dan mengecat. Ilustrasi yang `detail’ perlu disertakan agar pembaca benar-benar faham cara membuatnya.

Sekian, terima kasih.

kiriman:
Nor Hayati Nawawi Suri
yatisuri@hotmail.com


Jawapan dari PTS:
Terima kasih atas emel saudari. Perjuangan PTS adalah untuk memartabatkan industri buku bahasa Melayu khususnya buku-buku ilmu. Ini adalah komitmen PTS yang berterusan. PTS memerlukan sokongan dari orang ramai samada dalam bentuk cadangan komen agar kami dapat mempertingkatkan mutu serta produktiviti kami.

Insya’Allah dalam tahun ini PTS akan menerbitkan beberapa set buku DIY. Sebagai permulaan 4 set buku akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. PTS juga mengalu-alukan sebarang manuskrip dari mana-mana individu yang berminat menulis untuk menambah koleksi buku-buku bidang DIY ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dear Editor, Ms Khalilah Mad
I am very impress with the book that i just brought in JB

Title: FORMULA MENJADI USAHAWAN BERJAYA.
Congratulation!!!

The book is useful & easy to understand & the book that people out there looking for.

I am very glad if the book could be translate to English form.
Kindly let me have Wan Mohd Nazif / Fazilah Ibrahim their contacts no., or they may emails to me at majuengrg@pacific.net.sg or jkjme007@pacific.net.sg


Best Regards.
Mariah
Singapore

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



01. Konsep satu rak melibatkan semua buku PTS kelihatan telah BERJAYA! saya melihatnya ia dilakukan di Nile Boook Store di KL Sentral dan MPH.
Cuma sedikit tidak tersusun (mungkin ia tugas pekerja kedai buku melakukannya…) Seolah-olah himpunan buku tidak habis dijual…

02. Penggunaan Poster gantung/ banner gantung seperti di MPH Wangsa Maju mungkin boleh diubah suai dengan gambar-gambar penulisnya ala pro/ artis (seperti kata encik Nordin Ala 21) akan menarik perhatian orang ramai mencari buku-buku tersebut. Saya pernah nampak iklan yang serupa dalam LRT ketika pesta buku anjuran Nyang Nyang Siang Pau siapa sangka mereka penulis sedangkan mereka penulis (dikalangan golongan reverend, remaja, dan dewasa)

03. Untuk kedai-kedai buku yang tidak menyediakan katalog (kecuali MPH dll sepertinya) mungkin katalog PTS boleh diletakkan di kaunter….

04. Cadangkan pekedai untuk meletakan satu buku di kaunter dengan tempat letakknya agar orang tertarik untuk membelinya….beserta phamplet kecil PTS

05. Berkaitan dengan banner tadi, mungkin boleh meminta izin kedai-kedai buku kecil untukmenyediakan banner tiang yang kelihatan di pintu masuh kedai buku dengan konsep seperti no 02 tadi.

06. Poster-poster sebagai bahan pemasaran yang menarik diambil dari gambar2 banner…

07. Cuba masuk ke pasaran PROJET, PETRONAS dan mana-mana stesyen minyak…

08. Lihat Buku Puan Ainon Bertajuk MEMULAKAN BISNES SENDIRI. Bentuk Tulisannya besar, Mudah di Baca dan harus setiap buku mempunyai standardize font seperti itu dalam perenggan-perenggannya… Ramai nak baca tak mampu baca tulisan kecil-kecil…. Saya yakin pasaran buku PTS akan lebih bertambah dengan gaya font seperti buku ini… (Seperti buku DARE TO FAIL)

09. Buku Panduan Pustakwan Oleh Ahmad Fadzli Yusof dan Abid Abdullah, ruang kecil pembuka selera yang bagus. Cuma selain dari font yang kecil, (adik saya pun kurang tertarik pertama kali nak membacanya, tapi bahan menarik!) Bahagian belakang ada borang pesanan buku tapi senarai Buku TIDAK ADA. Dalam buku-buku barat ada ada senarai tajuk buku dengan gambarnya sekali. Buat pilihan dalam kategori buku berbeza untuk di letakkan. (mungkin bukan ibu atau bapa anak nak beli buku lain yang ada di belakang buku)

10. Jenis kulit buku PTS yang digunakan kini memang menarik….

11. Wujudkan mailing List untuk pelawat laman web PTS, maklumkan mereka melalui email katalog (tak ada perubahan lagi…banyak yang kosong jerr) dan aktiviti. Saya yakin ramai yang akan membeli…)

Kenapa saya mencadangkan semua perkara ini? Saya tidak untung apa-apa melainkan ilmu yangh saya kutip dari buku PTS tetapi misi PTS dalam laman web anda membuat saya ingin mencadangkan sesuatu….

Pertama, Memenuhi keperluan masyarakat melayu islam moden.

Kedua, Memenuhi keperluan Perpustakaan Awam, Sekolah dan Institusi.

Ketiga, Memenuhi keperluan sektor pendidikan.

Dari,
Aizudin Kasim
———-

Terima kasih atas keprihatinan saudara, kami akan pertimbangkan cadangan-cadangan saudara.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Assalamualaikum tuan penerbit,
saya merupakan pelajar di ipta tempatan jurusan sosial. saya telah banyak membaca buku keluaran pts seperti tulisan dr fadzillah kamsah. Baru-baru ini, ketika saya mengunjungi salah sebuah kedai buku di PJ, saya tertarik untuk membeli buku undang-undang gangguan seksual yang ditulis oleh pensyarah sekolah pengurusan, universiti utara malaysia.
Saya dapati buku itu amat relevan untuk dimiliki oleh semua golongan masyarakat di negara kita terutamanya kaum wanita. Amat malang kerana pada semester lepas, saya diberi tugasan oleh pensyarah untuk membuat kajian mengenai gangguan seksual tetapi buku ini belum dikeluarkan. Jika tidak, sudah pasti saya akan mendapat markah tinggi dengan bimbingan buku ini. Jika tidak silap saya, ini buku ketiga yang dikeluarkan oleh negara mengenai gangguan seksual iaitu satu mengenai berkaitan dengan pengurusan oleh utusan publications dan satu lagi yang dikeluarkan oleh AWAM. Secara peribadi, buku keluaran pts ini adalah yang terbaik walaupun ianya lebih berkaitan dengan undang-undang, tetapi cara kupasan dibuat menyebabkan buku ini tidak jemu dibaca.
Saya juga kini sedang bekerja secara sambilan semasa cuti semester di salah satu badan di bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Buku ini juga seringkali dijadikan rujukan apabila perbincangan mengenai gangguan seksual. Sekalung tahniah kepada pts kerana menerbitkan buku sebaik ini. Semoga di masa mendatang, pts akan mengeluarkan buku yang lebih baik lagi terutama yang menyentuh isu masyarakat seperti buku ini.
Sekian.
Laila Abdullah.

JAWAPAN DARI PENULIS…

Assalamualaikum Cik Laila,

terima kasih atas keprihatinan saudari tentang buku ini. InsyaAllah kata-kata saudari akan menguatkan lagi semangat penulis untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa akan datang.

Wassalam.

Ahmad Shamsul Abd. Aziz (Mr)
Head of Law Department
Faculty of Public Management and Law
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah, Malaysia.
Tel No (O): 604-9284289/4230
Fax No (O): 604-9284205

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita