MPH Carnival Bermula Hari Ini

Roziyah Mahamad — 08 Dec 2011 9:16 AM

Seperti yang dijanjikan, MPH Carnival yang dinanti-nantikan bermula hari ini. MPH Carnival yang membawakan pelbagai jenis buku dari pelbagai penerbit seluruh Malaysia ini menjanjikan aktiviti dan promosi menarik sehingga 12 Disember ini.

PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor 1 Malaysia juga tidak melepaskan peluang meraikan MPH Carnival ini dengan menyediakan pelbagai jenis buku menarik dan terkini di pasaran.
Selain itu, PTS Bookcafe juga menawarkan diskaun istimewa kepada semua buku-buku PTS sepanjang MPH Carnival ini berlangsung.

PTS Bookcafe ini menawarkan 15% diskaun bagi semua buku terbitan PTS. Lebih menarik, bagi pelajar yang berpakaian sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta Orang Kurang Upaya (OKU) dengan diskaun setinggi 20%.

Selain itu, pengunjung portal dan facebook PTS juga punya berpeluang mendapat diskaun menarik dari PTS Bookcafe melalui kupon diskaun yang disediakan di bawah. Muat turun kupon di bawah dan tunjukkan di kaunter bayaran booth PTS semasa di MPH Carnival.

Selain itu, buku percuma juga disediakan kepada 50 pembeli pertama setiap hari. Hamper percuma juga disediakan bagi pembelian buku bernilai RM200 dan ke atas.

Temui PTS di booth #1015 hingga #1018 bagi mendapatkan buku menarik PTS. Tuan dan puan juga berpeluang beramah mesra dan menjalankan aktiviti bersama penulis popular dari PTS.

Sertai PTS Bookcafe di MPH Carnival 2011 bermula dari 8 Disember hingga 12 Disember 2011 ini bagi mendapatkan buku yang baru dan panas di pasaran.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Baru-baru ini diadakan tayangan perdana dan sidang media Karipap-Karipap bertempat di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Filem terbaru yang akan menemui penonton 1 Syawal ini hasil adaptasi daripada novel laris PTS, Karipap-Karipap Cinta tulisan Nazri M. Annuar.

Filem Karipap-Karipap Cinta terbitan Cinematic Pictures hasil adaptasi daripada novel popular PTS ini akan menemui peminatnya di pawagam bermula pada Hari Raya Pertama.

Turut hadir memeriahkan tayangan perdana ini adalah barisan pelakon dan penggerak utama filem ini. Tidak ketinggalan, wakil PTS Pop yang menerbitkan novel Karipap-Karipap Cinta juga turut dijemput bagi memeriahkan tayangan perdana ini.

Melalui sidang media yang diadakan, pengarahnya, Othman Hafsham turut memberi penghargaan kepada seluruh warga kerja PTS yang tidak putus-putus menyokong dan mempromosikan filem terbaru beliau ini.

Pastinya timbul persoalan mengenai judul filem dan juga buku terbitan PTS Pop ini. Kenapa karipap? Ini adalah keistimewaan cerita cinta yang akan disampaikan oleh pengarahnya, Tuan Othman Hafsham kepada penonton Syawal ini.

'Karipap-Karipap Cinta' mengisahkan dua insan berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula adalah seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan juga seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.

Pelbagai adegen lucu dan mencuit hati penonton apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian berlaku akibat pembohongan Ali. Namun bagi mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Namun, Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia khas buat Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?

"Sememangnya banyak kisah cinta yang dibawa oleh pengiat filem di Malaysia sama ada hasil tempatan atau luar negara tetapi kisah cinta mana yang paling diingati penonton? Sudah pastinya yang unik dan menarik. Ini adalah kelebihan yang dimiliki filem ini selain sajian komedi yang menjanjikan kepuasan kepada penonton. Tambahan lagi, filem ini merupakan hasil adaptasi sebuah novel cinta yang laris di pasaran sehingga mencatat tiga kali ulang cetak. Mungkin ramai yang beranggapan cerita cinta pasti membosankan kerana kurang aksi namun ini berbeza dengan 'Karipap-Karipap Cinta' yang tampil dengan kelainan yang pasti membuatkan penonton terhibur dengan jalan ceritanya." jelas Othman Hafsham.

Filem arahan Othman Hafsham ini menampilkan pelakon Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman Manan,Shawal Ruslan, Shamira Azmil, Elyas Iskandar, P.Jagen dan penampilan istimewa Chef Wan.

Filem Karipap-Karipap Cinta yang sedia menemui penonton pada Hari Raya Pertama ini pasti memeriahkan lagi suasana hari raya dengan membawa gelak tawa melalui kisah yang santai dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



TV9 membawakan pelukis Komik-M yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar pelukis komik.

Melalui program remaja yang disiarkan pada petang ini, Jumaat, jam 6.30 petang ini, artis-artis Komik-M akan berkongsi pengalaman melukis komik serta di belakang tabir penghasilan sesebuah komik.

Saksikan artis Komik-M iaitu Reja Mus dan Joned Blaque dalam rancangan Remaja di TV9 hari ini jam 6.30 petang ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Oleh: NORHASLINDA BT ABDUL RAZAK. 

Novela didefinisikan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sejenis novel pendek. Novela adalah sejenis cerpen panjang yang mengutarakan konflik yang lebih ringan berbanding novel yang menampilkan pelbagai konflik dan perjalanan plot yang lebih panjang. Sekadar menyebut beberapa contoh seperti Dr. Jekyll and Mr. Hyde, The Time Machine, Breakfast at Tiffany's dan A Christmas Carol, ini semua adalah judul novela yang terkenal daripada Barat dan tidak asing lagi bagi kebanyakan kita, lebih-lebih lagi novela bertajuk Dr. Jekyl and Mr. Hyde yang dijadikan bacaan komponen sastera bahasa Inggeris yang wajib dihadam oleh para pelajar menengah rendah di Malaysia. Penulisan berbentuk novela yang telah lama bertapak di negara Eropah menyebabkan mereka mempunyai koleksi novela yang cukup banyak. Berbanding Malaysia, novela adalah genre sastera baru yang masih samar-samar dan belum diketahui ramai. Novela sendiri diambil daripada perkataan Itali iaitu novelo yang bermaksud 'baru'. Sesetengah pendapat menyatakan novela lazimnya terdiri daripada tujuh belas ribu perkataan dan adakalanya mencecah tujuh puluh ribu patah perkataan. Tidak seperti novel, penceritaan novela tidak dibahagi-bahagikan kepada bab atau bahagian kerana ia lebih kepada bacaan ringan dan nipis serta mampu dihabiskan pembaca dalam masa yang singkat.

         Melihat penulisan novela mampu melangkah jauh sehingga menghasilkan nama-nama besar seperti John Steinbeck dan Charles Dickens di negara Barat, PTS Litera Utama Sdn. Bhd yang juga anak syarikat PTS Publication & Distributors kini mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan genre penulisan ini kepada khalayak pembaca di Malaysia. Novela sulung terbitan PTS Litera Utama karya Elisya mula diperkenalkan. Novela setebal 139 muka surat ini menjanjikan kepuasan bagi pembaca yang mencari bahan bacaan ringan dan santai dengan harga yang jauh lebih murah berbanding novel biasa. Jangan dilihat pada ketebalannya, tetapi lihatlah pada sisi positif yang ditampilkan sebagai pengajaran dalam novela ini. Novela bukan sekadar sesuai sebagai bacaan remaja, malah tidak rugi dicuba oleh pembaca dewasa yang mencari kelainan dalam bacaan. Melihat kepada kulit novela ini sahaja pembaca mungkin sudah dapat mengagak kisah yang terkandung di dalamnya. Sememangnya itulah yang ingin disampaikan oleh Elisya yang mempertaruhkan kisah gadis bernama Alyah yang serba sederhana hidupnya. Wajahnya sederhana, kepintarannya sederhana, pergaulannya sederhana, keluarganya sederhana sehinggakan adakalanya dia berasa hampa dengan hidupnya. Kemudiannya, datuknya meninggalkan pesan kepadanya sebelum meninggal dunia, menyatakan bahawa cucunya itu seorang yang sangat bertuah kerana hidupnya sudah dijadikan sederhana. Datuknya menyuruhnya menjadi orang yang sentiasa bersederhana. Walaupun dia kurang percaya nasihat datuknya, dia tetap memegang nasihat itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.

    Oleh sebab keputusan peperiksaannya yang sederhana, dia tidak berjaya menyambung pelajarannya ke peringkat tertinggi. Jadi, dia memutuskan belajar di kolej swasta. Oleh sebab keluarganya yang sederhana, dia terpaksa bekerja di kedai runcit bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

    Dia juga tinggal serumah dengan dua orang lagi rakan perempuan yang kedua-duanya sangat berbeza dan sangat esktrem dalam soal melihat hidup. Seorang sangat oportunis dan seorang lagi sangat negatif. Alyah yang serba-serbi sederhana inilah yang menjadi orang tengah kerana kedua-duanya sering bergaduh.

      Pada waktu itulah Alyah sedikit demi sedikit mula bersyukur kerana menjadi seorang yang sederhana, dalam masa yang sama, dia perlu melawan hasutan rakan-rakan serumahnya itu yang ekstrem dalam setiap perkara. Ikuti novela Si Gadis-Gadis First Class bagi mengetahui pengakhiran kisah kesederhaan Alyah dan keesktreman Intan Sara dan Siti Kalsom.

Penulis adalah editor di Unit Terjemahan, PTS Litera Utama Sdn. Bhd.







Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sumber daripada http://io9.com/ dan diterjemahkan oleh Norhaslinda Abdul Razak, Editor Terjemahan, PTS Litera Utama Sdn Bhd.


Fenomena Harry Potter yang menjadi bualan hangat di seluruh dunia kini memberi nafas baru dalam arena penerbitan dunia. Sejak awal lagi, malah sebelum diadaptasi ke layar perak dan menjadi antara filem yang mencatat pulangan tertinggi, buku-buku yang menampilkan Harry Potter sebagai watak utama ini berjaya memukau jutaan pembaca dari serata dunia tidak kira usia dan jantina. Harry Potter bukan sahaja mencetuskan fenomena baru dan mengubah industri penerbitan, ia turut mengubah persepsi kita terhadap buku buat selama-lamanya.

Berikut adalah perubahan-perubahan besar yang dicetuskan oleh fenomena Harry Potter terhadap industri penerbitan buku:

Potter menarik minat pembaca dewasa.

Antara topik bualan ramai kini adalah bagaimana Potter menarik minat kanak-kanak supaya membaca. Namun begitu, bagaimana pula dengan orang dewasa? Siri Potter sebenarnya berjaya menarik minat golongan dewasa yang tidak pernah membaca buku atau yang tidak menggemari buku-buku fiksyen. Topik berkenaan Potter menjadi bualan utama di mana-mana sahaja, membuatkan mereka yang tidak mahu dianggap ketinggalan zaman turut membeli dan membaca siri ini. Peminat dewasa yang membaca siri Potter juga sudah terbawa-bawa dengan pembacaan berbentuk fiksyen sebegini dengan turut membaca siri Hunger Games. A.S.

Potter mencipta kelompok baru novel kanak-kanak dan remaja

Pelbagai bahan bacaan menarik kini disasarkan kepada golongan pembaca remaja. Siri Potter membuktikan buku-buku yang dihasilkan bagi bacaan kanak-kanak dan remaja sebenarnya mampu menghimpunkan koleksi peminat tersendiri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Memetik kata-kata Tamora Pierce, seorang penulis buku fantasi magik, beliau berpendapat bahawa berdasarkan fenomena Harry Potter, para penerbit kini membuka mata dalam penghasilan buku kanak-kanak dan remaja. Memandangkan kanak-kanak gemarkan buku bercorak fantasi, para penerbit buku mengambil peluang ini bagi menghasilkan buku-buku berunsurkan fantasi dan seumpamanya. Hakikatnya, kita kini sedang berada dalam fasa kebangkitan buku remaja dan kanak-kanak.

       Di samping itu, fanatinya orang ramai terhadap siri ini membuatkan New York Time terpaksa memperkenalkan kategori baru buku bestseller iaitu kategori buku kanak-kanak. Siri Potter merupakan pencetus sebenar era kebangkitan buku kanak-kanak. Masakan tidak, selepas ketegori baru ini diwujudkan, berpusu-pusu tajuk buku lain mula menduduki takhta buku bestseller.

Watak daripada buku dijadikan kostum pilihan

Kebiasaannya kostum yang sering digunakan akan diinspirasikan daripada watak-watak dalam filem, rancangan televisyen, komik, kartun dan bukannya watak daripada buku. Tetapi, itulah yang berjaya dicetuskan oleh Potter. Sekiranya kita menghadiri konvensyen sains dan melihat orang ramai memakai kostum watak daripada novel yang ditulis oleh Philip Jose Farmer, itu perkara biasa. Perkara yang luar biasa adalah apabila kita melihat kostum yang diinspirasikan daripada watak dalam buku bersiri dipakai di mana-mana jua, tidak kira di kedai buku mahupun parti Halloween! Semasa siri pertama Harry Porter sebelum difilemkan, kostum ahli sihir ini sudah digayakan di mana-mana sahaja.

Majlis Pelancaran Buku yang Hebat!

Lazimnya, ketika suatu majlis pelancaran filem diadakan, pelbagai kemeriahan dapat dilihat seperti parti besar-besaran sehingga ada yang membentangkan karpet merah untuk para pelakon. Berbeza pula dengan dunia buku, sebarang pelancaran buku yang diadakan tidaklah sebegitu gah dan menonjol.

       Idea bagi mengadakan majlis pelancaran buku dalam acara yang meriah di semua cawangan kedai buku di seluruh dunia, dan membuka kedai buku semalaman sebelum tarikh pelancaran buku bagi membolehkan orang ramai mendapatkan buku tersebut lebih awal adalah suatu revolusi baru. Perkembangan sihat seumpama ini menggalakkan orang ramai mengangkat martabat buku sama seperti mereka mengangungkan bintang filem.

      Melalui evolusi ini, peniaga buku berskala kecil tidak lagi terkial-kial bersaing dengan kedai buku maya berskala gergasi seperti Amazon yang mampu menawarkan diskaun yang tinggi. Di samping itu, para peniaga kedai buku kecil-kecilan ini juga mampu mengadakan sesuatu yang tidak dapat disediakan oleh Amazon iaitu majlis pelancaran buku yang meriah dan gilang-gemilang!

Harry Porter melahirkan kelompok peminat fiksyen yang tersendiri

Kesan daripada aura siri hebat ini, ramai yang berangan-angan mahu menghasilkan karya fiksyen seumpamanya. Penulis berlumba-lumba mencipta dunia Hogwarts masing-masing dan cuba melahirkan watak-watak yang berinspirasikan Snape dan Draco Malfoy.

         Ramai penulis mengambil inisiatif melahirkan produk best seller masing-masing berasaskan penulisan ala-ala siri Harry Potter, membuatkan kelompok peminat buku-buku fiskyen fantasi semakin berkembang. Dana Gioia, juga seorang penulis terkenal pernah menyuarakan pendapatnya dalam Newshour yang berbunyi:

        "Bagi saya, apa yang uniknya berkenaan siri ini adalah kekreatifan penulis buku ini mencipta watak yang umurnya seiring dengan umur para pembaca. Seiring dengan kedewasaan pembaca, watak-watak ini juga semakin dewasa. Plotnya juga berkembang dengan baik dan bersesuaian dengan kelompok pembaca sasaran. Oleh kerana itu, setiap siri Potter yang diterbitkan sentiasa mendapat sambutan kerana ia mempunyai kelompok pembaca setia sejak daripada awal lagi.

        Bersesuaian dengan konflik jalan cerita yang semakin meruncing, sisi gelap watak juga ditekankan dengan lebih mendalam. Idea mendewasakan watak ini adalah sesuatu yang baru. Oleh itu, ramai penulis yang cuba meniru konsep ini bagi melahirkan kelompok peminat setia yang tersendiri.

Pottermore mencipta konsep baru iaitu pemasaran buku secara e-book

Sebagai maklumat tambahan, Pottermore adalah nama laman web rasmi penulis siri Harry Potter iaitu J.K. Rowling. Laman web ini menjadi landasan bagi menjual buku-buku Harry Potter dalam versi e-book dengan disertakan 'watermark' bagi mengelakkan ia dicetak rompak.

        Bagi menarik minat pembeli, Rowling menawarkan pelbagi keistimewaan baru dalam versi e-book seperti Sorting Hand dan Wand Chooser dalam bentuk digital serta pelbagai kandungan terkini berkenaan Hogwarts. Para pembaca dapat mengikuti perkembangan Harry bermula daripada siri pertama sehingga terakhir berserta himpunan ilustrasi digital yang pastinya menarik. Walaupun perkhidmatan laman web ini adakalanya mengecewakan, namun ia pasti mampu menjual beribu-ribu naskah e-book dan membolehkan penerbit tidak perlu lagi berurusan dengan kedai-kedai buku sedia ada.

Sumber daripada http://io9.com/ dan diterjemahkan oleh Norhaslinda Abdul Razak, Editor Terjemahan, PTS Litera Utama Sdn Bhd.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Peranan terjemahan bukan sekadar memindahkan ilmu daripada satu komuniti bahasa kepada satu komuniti bahasa yang lain, malahan turut melibatkan fungsi yang lebih meluas.

Antara lain, unsur pemindahan ini termasuklah pandangan dunia, kepercayaan, norma dan adat resam, pemikiran, sistem ekonomi, sosial dan politik.

Perkembangan sejarah penterjemahan bagi kebanyakan pasangan bahasa baik di Barat mahupun di Timur rata-ratanya bermula daripada penterjemahan teks keagamaan dan kesusasteraan. Kedua-dua jenis terjemahan ini pada hakikatnya adalah saling melengkapi, dan paling penting sejak berzaman dahulu lagi.

Terjemahan keagamaan diperlukan untuk memenuhi keperluan rohani, manakala terjemahan kesusasteraan diperlukan untuk memenuhi keperluan manusiawi (luahan perasaan, hiburan, cetusan idea dll.). Maka, pentingnya peranan terjemahan susastera dalam ketamadunan manusia tidak dapat dinafikan.

Atas inisiatif memperluaskan bidang terjemahan di Malaysia, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF) mengambil langkah dan menjalankan tugas menterjemah karya daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu.

Menurut Pengerusi Perspektif, Goh Hin San menjelaskan melalui penterjemahan dapat menyatupadukan rakyat di Malaysia.

"Proses terjemahan Perspektif adalah sepi dan sunyi. Namun, ahli-ahli dalam Perspektif seramai 58 orang terdiri daripada mereka yang berkemahiran dan pakar dalam bidang terjemahan," jelas Goh Hin San dalam Seminar Sastera Pelbagai Kaum di ASWARA hari ini.
Goh Hin San yang menjelaskan lanjut mengenai Perspektif menerangkan persatuan itu sering mengambil langkah menterjemah dan menerbitkan buku-buku bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu dan menterjemah buku-buku bahasa Melayu ke dalam bahasa Cina bagi dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Antara buku berbahasa Melayu yang diterbitkan dalam bahasa Cina termasuklah karya agung sasterawan negara, Dato' A. Samad Said yang sudah diterjemah dan dipasarkan di China.

Bagi Goh Hin San, bidang penterjemahan ini perlu diperkenalkan kepada umum kerana bidang terjemahan dapat memperkayakan sastera di Malaysia.

"Penterjemahan dapat memperkenalkan budaya sesebuah bangsa. Kita akan terus memperjuangkan bidang terjemahan bagi mewujudkan penyatuan melalui sastera," ujar beliau lanjut.

Sebagai maklumat, Perspektif ditubuhkan secara rasmi pada 29 Januari 1986 dan kini diterajui oleh Goh Hin San selaku presiden bagi penggal kelapan. Perspektif bermatlamat merancakkan usaha penterjemahan dan penulisan karya kreatif serta memupuk kajian teoritis.

Perspektif juga bertindak sebagai perantara bagi penterjemahan dan penulis dengan arus perkembangan kesusteraan antarabangsa dan meningkatkan persefahaman antara kaum melalui penulisan dan perterjemahan karya sastera Mahua-Melayu.

Goh Hin San sendiri sudah menterjemah dan menyusun Puisi Mahua Moden (Jilid 1) manakala pada 1978, Yassin Tani atau nama penanya Yap Sin Tian menyusun antologi Puisi Mahua dan pada tahun 1985, Chan Foo Heng dan Chong Kim Leong telah berusaha menterjemahkan bahasa Melayu dalam bukunya His Many Faces: Anthology of Modern Poetry in Three Languages (Chinese, Malay dan English).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Peminat buku remaja kini berpeluang bersua muka dengan penulis buku Dear Yayah, Farihah Iskandar serta penulis buku syok, Lily Haslina Nasir.

Dua penulis hebat ini akan turun dan bertemu dengan peminat-peminat di Kota Kinabalu.

Temui mereka di Kota Kinabalu Centre Point, Kota Kinabalu pada 26 Mac ini bemula jam 2 petang.

Selain itu, peminat buku masakan juga dapat bertemu dengan penulis buku masakan popular PTS, Chef Hanieliza di tempat dan pada waktu yang sama.

Jangan ketinggalan bersama-sama datang dan berkongsi cerita bersama tiga penulis hebat ini di Kota Kinabalu Centre Point, Kota Kinabalu pada 26 Mac ini bermula jam 2 petang.

Anda juga berpeluang beramah mesra, mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan penulis kesayangan anda di sini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Program realiti islami yang mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang pengucapan awam berjaya menjadi landasan dalam usaha membentuk anak-anak agar menjadi pemimpin di masa hadapan.

Rancangan realiti televisyen adik-adikku musim kedua yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama RTM ini berlangsung di Pusat Konensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung di TV1.

Melalui program tersebut, seramai 14 finalis dari rancangan adik-adikku musim yang pertama dan kedua akan menerima geran pendidikan berjumlah RM2,400 setahun sehingga ke tingkatan lima dengan syarat perlu konsisten dengan kriteria yang ditetapkan.

Skim yang diumumkan isteri Perdana Menteri ini turut menyediakan program khusus berbentuk kepimpinan akademik dan motivasi selain bantuan pelajaran bagi membolehkan pencapaian mereka dipantau secara lebih sistematik.

Seramai tujuh peserta daripada 16 peserta yang bertanding berjaya ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara adik-adikku musim kedua ini.

Juara program tersebut dimenangi oleh Muhammad Amirul Munir Azlin, 10 tahun yang menerima hadiah RM10,000. Tempat kedua pula dimenangi oleh Syafiqah Ahmad Safri, 11, yang menerima RM8,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Zaid Najmuddin Zul Akmal 12 yang menerima RM6000. Mereka turut menerima piala serta hadiah iringan.

Empat finalis lain pula menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala serta hadiah iringan.

PTS juga turut menjadi penganjur hadiah bagi menggalakkan rancangan adik-adikku yang membentuk keperibadian anak-anak agar menjadi insan berguna satu masa nanti.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Berita baik kepada peminat-peminat buku PTS One. PTS One Sdn Bhd turun ke kawasan tuan dan puan bagi bertemu dan beramah mesra dengan peminat-peminat sekitar Wangsa Maju. 

Pelbagai permainan interaktif dan menarik disediakan kepada peminat PTS One antaranya seperti, pertandingan mewarna, puzzle, pakaian beragam dan banyak lagi khas buat anak-anak sempena cuti sekolah ini. 

PTS One juga menjemput ramai penulis hebat antaranya Aliff Danial, Firaz Firzana, Ida Munira, Natasya Effyzal, dan ramai lagi. 

Datang beramai-ramai ke Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju pada 19 Mac (esok) bermula dari jam 1 petang hingga jam 5 petang dan rebut hadiah-hadiah menarik yang disediakan serta berpeluang mendekati penulis-penulis hebat PTS One. 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena cuti sekolah yang bermula esok, artis-artis Komik-M menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mengisi cuti sekolah anda.

Peminat-peminat komik dapat beramah mesra dan mengikuti aktiviti seperti karikatur percuma dan demo melukis yang pastinya menarik dan menghiburkan.

Pelukis-pelukis yang hebat seperti Bophairy, Froggypapa, Azhar Abdullah dan Reja berbersar hati turun padang dan pastinya memberikan keceriaan kepada anda sempena cuti sekolah ini.

Jangan ketinggalan temui pekomik-pekomik hebat ini di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju pada Sabtu, 12 Mac ini bermula dari jam 1 petang hingga jam 5 petang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Baru beberapa hari dilancarkan, buku A Doktor in the House: The Memoir of Tun Dr Mahathir sudah dijual lebih daripada 5000 naskah.

Buku yang mengisahkan perihal kehidupan mantan perdana menteri Malaysia ke-4 itu mula menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia.

Malah, buku hasil tulisan Tun Dr Mahathir itu akan diulang cetak sebanyak 10,000 naskah lagi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Buku berkenaan juga diedarkan di kedai-kedai buku Malaysia dan Singapura termasuklah kinokuniya, Popular dan rangkaian kedai buku Borders serta kedai-kedai indie yang terlibat.

Buku yang menjadi rebutan pelbagai kaum di Malaysia itu menceritakan kisah hidup Tun Dr Mahathir serta kontroversi yang membabitkan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena cuti sekolah ini, rangkaian kedai buku popular membawakan penulis-penulis popular dan best-seller PTS khas kepada tuan dan puan di seluruh negara.

Bermula di Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju, PTS membawakan pelukis-pelukis daripada Komik-M iaitu Froggy Papa, Bop Hairy, Azhar Abdullah dan Reja. Melalui aktiviti ini, peminat-peminat Komik-M dapat bertemu dan beramah mesra dengan pekomik kegemaran anda. Pekomik hebat ini akan berada Jusco, Alpha Angle pada 12 Mac ini bermula jam 1 petang hingga jam 5 petang.

Pada hari yang sama, penulis-penulis remaja popular juga akan bersama dengan peminat buku di sekitar utara semenanjung Malaysia. Pada 12 Mac bermula jam 1.30 hingga 3.30 petang, Farihah Iskandar dan Lily Haslina Nasir akan bersama dengan peminat di Star Parade, Alor Setar, kedah.

Peminat buku masakan pula boleh bertemu dengan penulis buku masakan popular, Chef Hanieliza dan penulis buku masakan kanak-kanak, Mamafiza.

Temui Chef Hanieliza di Komtar, Pulau Pinang pada 12 Mac ini dan di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada 13 Mac ini bermula dari jam 4 hingga 6 petang.

Mamafiza pula akan bertemu peminatnya di Jusco, Alpha Angle, Wangsa Maju pada 13 Mac ini bermula jam 1 petang hingga jam 5 petang.

Jangan ketinggalan bersama-sama dengan penulis-penulis hebat PTS khas buat tuan dan puan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan pada April ini, Persatuan Editor Malaysia (PEM) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan mengadakan Seminar Editor Malaysia khas buat pengiat dan peminat buku di Malaysia.

Bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, seminar ini akan menampilkan lebih 20 orang pembentang kertas kerja yang berpengalaman dalam dunia industri penerbitan negara.

Turut memeriahkan majlis ini termasuklah Pengerusi Forum Editor Malaysia, Bambang Trimanshah yang diundang khas bagi berkongsi pengalaman dan pandangan beliau mengenai bidang penerbitan.

Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd dan Penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan juga dijemput bagi berkongsi pengalaman mereka dalam dunia penerbitan di Malaysia.

Yuran penyertaan ialah RM350 bagi seorang ahli PEM dan RM440 seorang bagi yang bukan ahli PEM. Yuran peneyrtaan bagi institusi atau organisasi yang menghantar lebih daripada empat orang dikenakan RM350 setiap seorang.

Semua penggiat dan peminat buku tempatan dan antarabangsa dijemput bagi menyertai seminar Editor Malaysia ini bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan perihal bidang editor. Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan mulai sekarang atau selewat-lewatnya satu April 2011.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan melayari www.editormalaysia.com atau ezaleila.wordpress.com.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini melancarkan buku terbaru beliau yang bertajuk A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

Buku A Doctor in the House yang diterbitkan oleh kumpulan MPH itu menghimpunkan kisah Mahathir sejak 85 tahun kehidupannya, termasuklah ketika zaman pemerintahan beliau.

Memoir itu berkisar mengenai perjalanan kehidupan Dr Mahathir sejak zaman kanak-kanak sehinggalah beliau masuk ke dalam bidang politik dan seterusnya menjadi perdana menteri Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang dipetik daripada media merasmikan buku itu di pusat membeli belah Mid-Valley menjelaskan terdapat bahagian dalam memoir itu yang menyentuh sensitiviti tertentu khususnya sebab beliau menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun, beliau menjelaskan, setakat ini beliau tidak menerima sebarang litigasi daripada pihak tertentu yang mungkin terkilan dengan hasil tulisannya.

Dr Mahathir yang dipetik daripada media menjelaskan beliau mengambil tempoh lapan tahun bagi menghasilkan buku tersebut.

"Bagi mereka yang mengenali saya, saya biasanya membuang draf pertama, kedua, tulis draf ketiga. Sekiranya masih tidak berpuas hati, saya akan menulis draf keempat. Mungkin draf kelima menjadi draf yang terakhir. Buku ini juga ditulis dengan tulisan tangan," jelas beliau mengapa buku tersebut mengambil masa bagi disiapkan.

Tajuk A Doctor in The House diambil kerana latar belakang Dr Mahathir sebagai seorang doktor.

"Mesej utama buku ini secara keseluruhannya adalah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." jelas beliau lanjut.

Buku yang dicetak sebanyak 50,000 naskah ini akan diedarkan di seluruh negara termasuklah Singapura dan Asia Tenggara.

Buku ini diterbitan dan diedarkan oleh rangkaian kedai buku MPH.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis muda yang menghasilkan banyak karya-karya hebat, Tuan Faisal Tehrani kini kembali dengan buku terbarunya bersama PTS.

Penerima Anugerah Seni Negara 2006 dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka pada 2009 ini banyak menghasilkan karya hebat seperti novel, cerpen, skrip drama dan puisi.

Buat pertama kalinya beliau melahirkan karya bersama PTS Litera Utama melalui novelnya yang bertajuk Sebongkah Batu di Kuala Berang.

Melalui novel terbarunya ini, beliau membawa nilai-nilai moral islami melalui sebuah kisah yang pastinya memenuhkan hati dengan ilmu.

Dapatkan buku terkini Faisal Tehrani yang penuh dengan nilai dan pemikiran ini dipasaran berhampiran tuan dan puan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) kini mewujudkan Tabung Krisis MBBY kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Tabung Krisis MBBY ini ditubuhkan bagi menyalurkan bantukan kepada kanak-kanak yang menghadapi kesulitan seperti bencana alam, peperangan atau kemunduran.

Selain itu, tabung ini juga diwujudkan bagi memenuhi matlamat MBBY dalam memperjuangkan Hak Menjadi Pembaca dalam kalangan kanak-kanak.

Melalui tabung ini, MBBY akan memilih komuniti tertentu bagi diberikan bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Bantuan ini juga melibatkan pembinaan pusat pembacaan, program biblioterapi, program sumbangan buku dan peralatan perpustakaan, serta program-program lain yang berkaitan.

Terdahulu, beberapa pertubuhan telah menerima sumbangan Tabung Krisis MBBY ini, antaranya Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang dilanda banjir.

MBBY menyalurkan sumbangan berupa 170 judul buku dan diserahkan kepada wakil kedua-dua negeri. Bantuan diserahkan kepada Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Puan Normah Darus sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC pada 23 Disember lalu.

Individu, organisasi dan institusi yang ingin memberikan sumbangan kepada Tabung Krisis MBBY boleh menyalurkan sumbangan tersebut ke MBBY melalui akaun berikut: 3132226416 (Public Bank).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sekeping gambar mampu memberikan sejuta makna. Itulah ungkapan tepat yang dapat dikaitkan dengan foto. Kini, bidang fotografi semakin diminati tanpa mengira tahap usia. Lantas, kemahiran mengendalikan kamera adalah elemen penting dalam menghasilkan mutu gambar yang bermakna dan menarik.

Justeru, PTS Net Media mengambil langkah dengan melahirkan buku panduan dan tip-tip yang mudah dalam DSLR yang dapat difahami dan diikuti pembaca.

Buku pertama terbitan Net Media ini tampil menarik dengan bersaiz poket dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Selain itu, langkah demi langkah diberikan dan disertakan halaman tutorial supaya pembaca dapat mempelajarinya dengan berkesan.

Saiz yang kecil direka khas untuk dibawa bersama dalam beg kamera ataupun poket seluar. Lebih menarik buku kecil ini juga disertakan dengan kad metering bagi memudahkan pengguna DSLR kesesuaian Aperture dan ISO dengan lebih mudah dan ringkas.

Buku yang berkonsepkan knowledge sharing dan read less, learn more ini sesuai untuk pelbagai peringkat kemahiran.

Sebagai maklumat, DSLR Itu Mudah merupakan anak sulung PTS Net Media. PTS Net Media Sdn Bhd bertanggungjawab menghasilkan buku-buku IT dan teknologi dengan penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas sesuai untuk semua peringkat umur pembaca.

Kini pembaca dapat mendalami pelbagai bidang IT dan teknologi melalui buku-buku terbitan PTS Net Media ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Buku Behind the Palace Doors: Five Centuries of Sex, Adventure, Vice, Treachery dan Folly from Royal Britain dikatakan mampu mendapat sambutan hangat di pasaran.

Buku terkini mengenai anggota keluarga diraja Britain ini ditulis oleh Michael Farquhar. Farquhar yang dianggap pakar sejarah dalam pendedahan mengenai skandal raja ini adalah pengarang dan penulis di akhbar The Washington Post.

Kisah buku ini bermula dengan Raja Henry VIII. Melalui buku ini, Farquhar mendedahkan yang ketika zaman remaja Raja Henry merupakan seorang atlit, pakar bahasa dan pemuzik tetapi pada usianya mencecah 50-an, kemewahan menyebabkan Raja Henry obses hingga terpaksa ditolak apabila ingin menaiki kuda atau menaiki tangga istana.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sebelum ini, masyarakat umumnya kurang mengetahui individu yang bergelar editor dengan lebih jelas. Profesion sebagai editor juga kurang diperhatikan dan tidak diiktiraf di sesetengah sektor.
Melalui kesedaran ini, beberapa pihak yang menyedari pentingnya editor dalam penghasilan sesebuah karya berusaha keras dengan mewujudkan Persatuan Editor Malaysia (PEM) yang bermatlamatkan bagi mengembangkan profesion editor khususnya di Malaysia.

Melalui PEM yang ditubuhkan oleh beberapa orang penggiat dalam bidang penerbitan ini, pelbagai usaha secara kolektif dapat dilakukan demi meningkatkan keterampilan dan profesionalisme editor di Malaysia.

Menurut pengerusi PEM, Prof. Madya Dr Hamedi Mohd Adnan, PEM ditubuhkan bagi menjaga kebajikan semua editor di Malaysia selain menyatukan editor-editor di Malaysia di bawah satu payung dan menjadi sebuah keluarga yang besar.


"PEM ditubuhkan bagi menjaga dan memperjuangkan kepentingan editor di Malaysia. Kita mahu jawatan ini diiktiraf terutamanya di sektor kerajaan. Sebelum ini, tiada lagi jawatan editor yang disediakan di sektor kerajaan," ujar Dr Hamedi.

Beliau menjelaskan, PEM juga akan menjadi badan yang mewakili semua editor dalam negara.

"Kita juga akan menjelaskan kepada umum sumbangan dan kepentingan editor dalam bidang penerbitan agar masyarakat mengetahui siapa sebenarnya editor.

"PEM juga menjadi sebuah pertubuhan yang menjadi payung panas dan hujan kepada editor di Malaysia" jelas beliau lanjut.

PEM juga akan berusaha meningkatkan taraf profesionalisme editor di Malaysia dengan mengadakan program-program profesion melalui penganjuran latihan, seminar, forum, simposium, pesidangan, kongres dan dialog.

Sempena pesta buku ini juga, PEM merancang mengadakan seminar editor Malaysia di hotel Lagend pada 24 hingga 25 april ini. Seminar ini akan menampilkan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang penulisan editorial. Antara pembentang dalam seminar ini termasuklah Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd serta penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan selain menjemput sasterawa negara dalam seminar ini.

PEM membuka keahlian kepada semua editor sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penerbitan media cetak, media elektronik dan media baharu. Kategori keahlian ialah individu, ahli seumur hidup dan ahli bersekutu koporat serta ahli institusi. Layari www.editormalaysia.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PEM.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar Paparkan hakikat Kehidupan Manusia

Jika sebelum ini PTS Litera Utama menerbitkan novel-novel islami dan sejarah, kini PTS Litera utama melangkah lebih berani dengan menghasilkan kumpulan cerpen bagi memberi kelainan kepada pembaca khususnya peminat buku-buku terbitan PTS Litera Utama.

Terbaru, PTS Litera menampilkan Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar hasil tulisan Puan Aminah Mokhtar. Koleksi cerpen yang membawa tema kemanusiaan dan sosio kehidupan manusia ini membuka mata pembaca perihal hakikat sebenar kehidupan manusia.

Lebih menarik, penulisnya, Puan Aminah Mokhtar merupakan seorang jururawat. Sebahagian daripada cerpen yang dihasilkan merupakan adaptasi daripada pengalaman penulis sendiri.

Menurut Editor Perolehan PTS Litera Utama, cikpuan Faiizah lood, kumpulan cerpen Di Ufuk Fajar ini memberi kelainan apabila menghidangkan cerpen bersiri yang menarik dan mampu meruntun jiwa pembaca.

"Tidak semua pembaca yang gemar membaca novel yang tebal berterusan. Kumpulan cerpen ini menjadi pilihan kepada pembaca yang ingin mencari kelainan," jelas cikpuan Faiizah lanjut ketika ditanya tujuan kumpulan cerpen ini dihasilkan.

Bagi penulis yang ingin menghasilkan karya bersama PTS boleh menghantar karya mereka asalkan penulis berkenaan mempunyai 20 koleksi cerpen. Selain itu, tema semua cerpen yang ingin dikompilasikan haruslah menepati syariah complaint yang ditetapkan oleh PTS.

"Kita akan menilai karya cerpen terbaik untuk dibukukan. Penulis juga perlu sabar menanti karya mereka diterbitkan oleh pihak PTS Litera, " jelas beliau lanjut.

Kumpulan cerpen Di Ufuk Fajar hasil tulisan Aminah Mokhtar ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku berhampiran tuan puan. Tuan dan puan juga boleh membuat tempahan buku ini secara terus melalui http://www.bookcafe.com.my/

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bagi mengiktiraf industri penerbitan buku di Malaysia, Yayasan Pembangunan Buku Negara menganjurkan Anugerah Buku Negara 2010 khas kepada mereka yang menjalankan aktiviti penerbitan buku.

Majlis yang diadakan pada 7 Disember ini akan menghimpunkan penerbit-penerbit yang bergiat aktif dalam industri penerbitan di Malaysia.

PTS Publications & Distributors turut tercalon dalam anugerah Penerbit Terbaik 2010 disamping penerbit-penerbit lain antaranya seperti Telaga Biru Sdn. Bhd, Kumpulan Karangkraf, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd dan Al-Hidayah Publishers.

Antara anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Perdana yang melibatkan anugerah Tokoh Buku Negara 2010, Tokoh Pengarang 2010, Kedai Buku Terbaik 2010, Tokoh Pembangunan Buku Negara 2010 dan Penerbit Terbaik 2010.

Anugerah Industri pula melibatkan Penulis Terbaik, Penterjemah Terbaik, Editor Terbaik, Ilustrator Terbaik, Rekabentuk Buku Terbaik, Jurufoto Terbaik, Pencetak dan Penjilid Terbaik, dan Buku Terbaik.

Anugerah ini bertujuan memberi suntikan semangat kepada pemain industri sebagai galakan agar terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada buku-buku komersial selain menggalakkan supaya lebih ramai cendekiawan serta tokoh ilmuan menceburi bidang penerbitan buku.

Komen pengunjung:

  1. Ali Dina
    13 Dec 2010
    2:32 AM

    Salam sejahtera, Anugerah Buku Negara 2010 ditangguhkan ke 16 Disember 2010 di tempat dan masa yang sama.

Berikan komen anda:



Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah langkah awal membentuk peribadi anak-anak. Nama yang diberikan mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi mereka.

"Sudah menjadi kebiasaan dan trend masyarakat kita mengambil mudah dalam memberi nama kepada anak yang tidak membawa apa-apa maksud dan mungkin juga membawa kepada nama yang kurang elok," jelas Editot Perolehan PTS Islamika Sdn Bhd, Tuan Md Amirol Ibrahim.

Tuan Amirol berkata, buku ini mampu menjadi panduan bernilai kepada ibu bapa dalam proses memilih nama anak yang bakal lahir.

Lebih menarik apabila buku ini disertakan dengan nama dan maklumat mengenai tokoh-tokoh Islam yang dikenali dan memberi sumbangan dalam dunia Islam.

Koleksi Nama Anak Terindah ini menghimpunkan nama anak-anak yang memberi maksud yang baik. Pemilihan nama-nama adalah daripada sumber yang sahih.

"Semoga dengan pemilihan nama yang baik untuk anak-anak akan membentuk peribadi unggul selaras dengan nama yang dipilih," jelas beliau lanjut.

Buku ini ditulis oleh Tuan Marzuki bin Mohd Noor. Beliau yang juga pendidik di Selangor aktif menghasilkan buku panduan kepada masyarakat. Antara buku terbitan beliau adalah Panduan Pengurusan Jenazah, Mathurat, Koleksi Doa Terpilih daripada al-Quran dan banyak lagi.

Buku terbitan PTS Islamika ini boleh menjadi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya memilih nama anak yang baru lahir.

Dapatkan buku terbitan PTS Isamika ini di pasaran berdekatan tuan dan puan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



PTS kini sedang giat menerbitkan lebih daripada 20 buku baru bersempena Ramadan yang akan menjelang melalui pelancaran Kempen Baca@Ramadan bagi memastikan semangat membaca diteruskan dari semasa ke semasa tanpa mengira bulan dan hari.

Pengurus Pemasaran PTS, Norhazizam Abdul Rahman berkata, Kempen Baca@Ramadan sudah menjadi budaya di Indonesia, bahkan mencatat jualan puncak untuk pelbagai jenis buku pada bulan terbabit dan perkara yang sama diharapkan akan berlaku di Malaysia.

PTS juga berharap melalui kempen ini menggalakkan budaya membaca menuju bulan Ramadan di kalangan pembaca. Menjadi harapan syarikat dapat menukar corak pemikiran lama pada Ramadan dan serentak itu dapat menjana jualan.

"Kami yakin bahawa sebahagian besar umat Islam melihat Ramadan sebagai bulan untuk beramal ibadah dalam perspektif terkurung sedangkan ia sepatutnya boleh turut dilihat sebagai bulan bersedekah ilmu melalui pembelian dan pemberian buku kerana ia aset yang mampu memberi pahala berterusan selagi buku dibaca." jelas beliau.

Kempen terbabit dibahagikan mengikut kategori buku puasa, komik, kanak-kanak dan remaja, novel spiritual, umrah dan haji; resipi, Yaasin dan al-Quran dan tidak ketinggalan pembaca yang mahu membuat persiapan awal Syawal turut boleh mendapatkan bahan bacaan diperlukan pada kempen terbabit.

Sempena kempen terbabit PTS turut menjayakan pra promosi cuti sekolah dengan pelbagai jenis buku akan dijual pada harga istimewa dan maklumat lanjut berhubung segala kempen boleh diperoleh melalui web www.pts.com.my/ramadan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis Bara Cinta Canberra cuba mencipta pembaharuan dalam penulisan novelnya kali ini dengan menonjolkan keindahan bahasa dan puisi kepada pembaca.

"Jika dilihat dalam novel Bara Cinta Canberra, saya menggunakan 'daku' dan 'dikau' dalam dialog dan tidak seperti kebiasaannya. Biasanya penulis akan menggunakan 'aku' dan 'kau' atau 'saya' dan 'awak'. Sesuatu yang baharu cuba ditonjolkan dalam novel kali ini," kata beliau.

Beliau juga menyelitkan puisi tulisan karyawan dan sasterawan negara bagi menonjolkan keindahan bahasa dalam penulisannya.

"Saya juga menyelitkan semua keindahan yang wujud di Canberra, Australia termasuklah keindahan tempatnya serta sikap dan kehidupan masyarakat di sana. Anda boleh melihat Canberra melalui karya ini," jelas beliau.

Ketika diminta menceritakan mengenai gambaran Camberra, beliau menjelaskan Canberra lebih mirip dengan Putrajaya kerana Canberra merupakan bandar pentadbiran sama seperti Putrajaya.

Beliau menyelitkan soal Agama, cinta dan kehidupan dalam novelnya untuk menjadi bimbingan kepada generasi muda masa kini.

Bara Cinta Canberra mengisahkan seorang lelaki bernama Ikmal Hakimi yang mendatangi daerah gumtree, negeri selatan, Canberra kerana kekecewaan yang dialaminya. Ikmal cuba mencari cinta yang benar, yang sahih, cinta Tuhan.

Di Canberra cinta hamba telah datang menyapa. Antara Nia Suraya, gadis diplomat yang pernah melukakannya, atau Melissa, perawan manis yang menumpang kasih, siapa yang menang?

"Carilah cinta Tuhan, nescaya kemudiannya kamu akan bertemu dengan cinta hamba," senyum Ilham menuturkan kata-kata ajaib dari Bara Cinta Canberra.

Beliau dalam pada itu berharap Bara Cinta Canberra akan menjadi hadiah kecil untuk pembaca PTS.

Bara Cinta Canberra yang diterbitkan oleh PTS Litera Sdn. Bhd boleh anda perolehi dengan membeli secara online di bookcafe.com.my

Komen pengunjung:

  1. Siti Salha Rosman
    23 Dec 2010
    9:38 AM

    Saya sudah membacanya dan sangat tertarik dengan Canberra. Kalau dahulu, penulis ‘membawa’ saya ke Jepun menerusi novel Hidayah Cinta. Kini setelah membaca Bara Cinta Canberra, saya dibawa pula melancong ke Canberra. Ternyata, garapan penulis terhadap sesebuah negara berjaya mengimaginasikan saya. Saya benar-benar terasa kehangatan di Canberra, selain banyak mutiara kata yang membakar semangat bagi insan yang lemah. Tahniah buat penulis!

Berikan komen anda:



Di dalam novel ini, penulis membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis kerana semua fakta adalah betul dan bukan fakta yang semberono. Aku menghargai apa yang telah ditulis oleh Maya Iris ini. Novel beginilah yang sepatutnya dijadikan bahan bacaan. Ada bahagian-bahagian yang membuatkan aku menangis kerana terasa dekat denganNya. Novel ini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan di hati aku untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Aku amat memahami situasi Mira apabila dia memakai tudung di dalam rumah mertuanya. Dahulu semasa aku mula mahu memakai tudung secara sempurna - menutup aurat apabila berhadapan dengan yang bukan muhrim - memang sukar…tetapi aku kuatkan juga semangat. Semasa aku di kampung…bayangkan aku memakai tudung di dalam rumah 24 jam. Ada juga orang bertanya, kenapa aku begini. Sedih apabila ada orang bertanya begitu... Hukum Allah tidak difahami sepenuhnya oleh orang Islam sendiri. Aku ni pun bukanlah alim sangat, tetapi aku ingin ke arah itu. Aku ingin menjadi lebih baik. Buat apa kita bertangguh membuat perkara yang baik. Setelah berkahwin, aku mempunyai seorang adik ipar lelaki. Di hadapannya aku akan memakai tudung walaupun di dalam rumah. Aku ada juga bertanya pada adik ipar aku, faham tak kenapa akak pakai tudung apabila A**r*l ada? Syukurnya apabila aku dengar jawapan dia yang dia faham malahan keluarkan hadis lagi. Bertuahnya mendapat adik ipar seperti ini. Berbalik kepada Curahan Cinta Niagara. Ada satu frasa yang sangat aku suka dalam novel ini. Semasa Kak Fisa menasihati Mira; "Ujian Allah datang dalam berbagai-bagai bentuk." Frasa ini juga diulang berkali-kali dalam pelbagai situasi bagi memahamkan lagi maksud frasa tersebut kepada pembaca. Konsep ini sama sekiranya kita mahu ajar anak membaca, perkataan / frasa haruslah ditunjukkan berulang kali kepada anak agar si anak mengingatinya dalam otak. Agaknya Maya Iris menggunakan konsep yang sama.... Ia terkesan pada hati aku. Sangat terkesan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Di Pesta Buku MPH, pengunjung diberi potongan harga istimewa 15% bagi pembelian buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi, yang berlangsung dari 18 Ogos 2007 hingga 31 Ogos 2007. Selain itu, para pendengar setia bicara penulis ini juga dihadiahkan dengan goodies istimewa daripada PTS Millennia dan majalah tajaan MMP Communications. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menyaksikan Dr. Tengku Asmadi berkongsi input-input kecemerlangan belajar bersama-sama para hadirin yang hadir. "Strategi pembelajaran aktif (SPA) menjadikan proses pembelajaran satu perkara yang menyeronokkan kerana melalui SPA pelajar tahu apa yang dilakukan semasa belajar, cara meningkatkan tumpuan belajar dan menghasilkan nota yang baik." jelas Dr. Tengku Asmadi ketika menjawab soalan yang diajukan oleh perantara majlis tentang bagaimana mahu menjadikan belajar itu satu perkara yang tidak membosankan. Setelah berakhirnya sesi diskusi buku, laman web terbaru www.motivasialihanpelajar.com yang menyediakan ruang interaktif dan perbincangan antara pembaca dan penulis dilancarkan secara rasmi dengan kerjasama PTS Millennia Sdn. Bhd. Sebelum majlis berakhir, Dr. Tengku Asmadi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dan menurunkan autograf sebagai tanda kenang-kenangan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Di MPH Book Fair yang dijadualkan berlangsung dari 18 Ogos 2007 hingga 31 Ogos 2007, pengunjung diberi potongan harga istimewa 15% bagi pembelian buku terbaru Dr. Danial, Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menyaksikan Dr. Danial berkongsi input-input kecemerlangan Quran bersama-sama para hadirin yang hadir. Sebagai seorang penulis prolifik bagi produk motivasi kecemerlangan dan pembangunan diri berdasarkan Quran dan sains yang semakin dikenali di Malaysia, persembahan Dr. Danial membuatkan sebilangan hadirin yang hadir tidak berganjak dari tempat mereka berdiri sehingga program selesai. "Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Quran itu benar, surah Fussilat ayat 53" jelas Dr. Danial ketika menjawab salah satu soalan pengunjung tentang bukti kebenaran kitab suci Quran sebagai sumber rujukan sains. Sebelum majlis berakhir, Dr. Danial meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dan menurunkan autograf sebagai tanda kenang-kenangan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pendapat peribadi : Novel ini berciri keislaman * Tentang kesedaran yang timbul untuk mengubah diri menjadi seorang muslimah sejati dan setiap dugaan yang menimpa seseorang adalah ujian daripada Allah untuk menguji keimanan kita. Dapat ditunjukkan di sini bagaimana kesedaran yang timbul di jiwa Faris untuk bertaubat setelah mendengar ayat Quran yang dibaca oleh Mira. Dan Mira sendiri yang memakai semula jubah dan tudung setelah bergaul denga kak Fisa yang mengajar Mira tentang kemurnian Islam. * Tentang kesucian seorang gadis mengikut Islam. Betapa nilai murni bagi seorang gadis amat penting, ini dapat dilihat Farhan yang mempertikaikan tentang Mira apabila mengetahui isi surat wasiat Faris yang menyatakan ketelanjuran antara Faris dan Mira. *Kecantikan peribadi seorang wanita atau gadis dinilai tinggi apabila berbusana muslimah yang menutup segala aurat dari pandangan yang bukan muhrim. Penyelesaian masalah dibuat dengan merujuk kepada Quran dan Sunnah. Dapat dilihat apabila Mira mencari kaedah untuk mencari bukti kebenaran bahawa dia masih suci dan tidak pernah terlanjur dalam erti kata yang sebenar. Mira menyuruh Farhan membelikan buku agama untuk dibuat rujukan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Who are these two prolific writers? One goes by the name of Dina Zaman who authored the book I Am Muslim, while the other goes under a psuedonym of Maya Iris (ironically a Yahoo Messenger ID) who writes the love story of Curahan Cinta Niagara. Having known them for quite sometime, i know them to be two totally different character in terms of outlook, behaviour and profession. One writes for a living though it is only one of her many talent, while the other is a System Architect and Software Developer by the day that finds solace in writing love stories late through the night. I would not have believed it myself when I first saw the transcript last year. One would not have expected someone as stolid and as fiesty as her to write touching and loving story. As they say in the business, there are hidden talents for these people. Please feel free to buy these books and read it with and open mind. As the Angel says "IQRA" or traslated READ.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Novel sulung Maya Iris ini berjaya membawa satu fonomena kehidupan yang sarat cinta, namun perjalanan cinta yang dipaparkan melalui watak-wataknya amat mengesankan saya. Banyak tunjuk ajar secara tidak langsung bagaimana Islam menangani situasi tidak islamik yang diwujudkan oleh masyarakat barat. Islam itu mudah kalau kita benar-benar memahami agama indah ini; itulah antara mesej yang hendak disampaikan oleh penulis. Komen pertama isteri saya setelah habis membaca novel ini; novel cinta yang berlainan dan banyak panduan yang boleh diikuti sepanjang kita berada di negara barat yang tidak pro Islam. Banyak mesej supaya kita kembali kepada Islam yang syumul dan jangan terikut-ikut budaya barat yang bobrok. Pada bab-bab 1 hingga 3 ia agak sterotaip. Namun bermula dari bab 4, ia sudah menampakkan kelainan jika dibandingkan dengan novel-novel cinta yang berlambak dalam pasaran. Di sinilah bermulanya ciri-ciri Islam yang diterapkan dalam watak dan plot. Saya amat suka dengan kata-kata ini, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?” Tuhan menjawab soalan ini dalam Quran, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayanyi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216). Kita hanyalah hamba Tuhan. Kita merancang, Tuhan juga merancang. Ingat perancangan Tuhan itu amat tepat. Justeru itu, kadang-kadang kita sebagai manusia tidak menyedari hal ini. Kita sering merasa marah dan kecewa terhadap peristiwa yang menimpa kita, tetapi itulah takdir terbaik untuk kita. Cinta berlandaskan Islam adalah pengajaran utama isi kandungan Curahan Cinta Niagara. Sesiapa yang tidak meminati novel cinta popular yang ada dalam pasaran, saya syorkan anda memiliki novel ini. Walaupun ada sedikit kelemahan dari segi kesinambungan cerita, tetapi penulis telah berjaya mengenengahkan plot yang menarik untuk tatapan anda. Umpama curahan air terjun Niagara yang sentiasa mencurahkan air ke dasarnya sejak wujudnya ia, begitu juga cinta Tuhan terhadap hamba-hambaNya, tidak pernah sirna hingga ke akhir usia dunia. Sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan sistem komputer, novel ini merupakan percubaan yang berani dan matang dari Maya Iris. Tidak rugi memilikinya. Beliau berjaya mencabar diri sendiri dengan terhasilnya Curahan Cinta Niagara. Tahniah dari saya! Judul: Curahan Cinta Niagara Penulis: Maya Iris Penerbit: PTS Mellennia Sdn Bhd (www.pts.com.my), 2007 ISBN: 978-983-3604-82-1 Muka surat: 564 Posted by Web Sutera at 8:33:00 PM 0 comments

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pentas Utama di Dewan 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan Bicara Buku ini merupakan satu-satunya program di dalam bahasa Melayu berbanding program-program lain yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Turut hadir di majlis berkenaan ialah pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.,En. Arief Hakim dan pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd., En. Fauzul Naim B. Ishak. Dalam program ini, penerbit PTS Millennia Sdn. Bhd. melancarkan dan mempromosikan buku sulung beliau yang bertajuk Motivasi Alihan Pelajar. Ini merupakan pelancaran kedua buku M.A.P setelah pelancaran pertama diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 Mei 2007 yang lalu di PWTC. Terkenal di seluruh Malaysia sebagai pengasas dan pelatih kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training) sejak tahun 1996, persembahan beliau di atas pentas memukau audiens dengan panduan dan tip-tip yang padat berkenaan motivasi, kecemerlangan dan perubahan sikap untuk berjaya. “Ramai di antara pelajar saya yang mempersoalkan, mengapa kami rajin belajar tetapi tidak cemerlang? Jawapannya ialah 'S.P.A' Strategi Pembelajaran Aktif, iaitu keseimbangan antara proses input dan output dan menjadikan belajar itu satu aktiviti yang menyeronokkan,” jawab Dr. Tengku Asmadi ketika menjawab soalan moderator di program Bicara Buku tersebut. Program yang dijadualkan berlangsung hampir satu jam ini berakhir dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi tandatangan bersama peminat di ruang Malay Section, BookFest @ Malaysia 2007.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Penulis-penulis PTS turut serta dalam sesi fotografi itu. Antara yang menghadiri sesi fotografi tersebut ialah adalah Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Saridah Hamid, Naim Jaafar, Rashidah Mat Nor Nor, Aliff Firdaus, Maya Iris, Shamsuddin Ab Kadir dan Zamri Mohamad. Sesi fotografi diadakan pada tiga hari berbeza iaitu pada 20, 21 dan 22 Mei 2007. Cawangan kedai buku MPH yang terlibat ialah di One Utama, Mid Valley dan Bangsar Village. Penulis-penulis PTS berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan para penulisan lain dari pelbagai latar bangsa dan agama berbeza. Antara penulis-penulis yang turut hadir ialah Nisah Haron (penulis Mencari Locus Standi), Bridget Menezes (penulis Self Empowerment), Lee Su Kim (penulis Malaysia Flavours), Balam Mose (penulis Brickfields: A Time, A Place, A Memory) dan Jamilah Samian (penulis Cool Mum Super Dad). Malah sesi ini menjadi pendedahan awal kepada tiga anak muda berusia 18 sehingga 20 tahun yang terpilih sebagai finalis pertandingan MPH Young Writers yang diadakan sebelum ini. Salah seorang finalis, Darell Koh dalam komen beliau berkata, "Hari tu merupakan kali pertama saya didedahkan kepada teknik cemerlang yang digunakan oleh para penulis PTS ketika menghasilkan karya mereka, dan saya berasa amat kagum dengan kejayaan yang telah dikecapi." Bagi finalis bernama Tee Shu Ning, "Memang, saya amat kagum dengan teknik PTS (Kaedah KJ Method) yang dikongsi sebelum ini, langsung tidak saya ketahui. Hari itu memang suatu pendedahan dan pengalaman baru bagi saya."

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



'Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul', merupakan kata-kata pembuka bicara dalam buku 55 Petua Orang Berjaya tulisan Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. Semua insan di dunia ini bercita-cita untuk berjaya, namun tidak semua yang sudah mencapainya. Bukan kerana gagal, tetapi belum lagi berjaya. Yang paling penting ialah menggandakan lagi usaha dengan mengikut cara dan jalan yang betul. Penerbit PTS Millennia Sdn Bhd dengan kerjasama MPH Bookstores SACC Mall dan pihak pengurusan PKNS telah menganjurkan satu program 'Bicara Penulis : Kejayaan, di manakah kuncinya?' pada hari Sabtu, 10 Mac 2007, bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Bertempat di lokasi yang strategik di Concourse Area, Centre Court, SACC Mall, program ini menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung SACC. Turut hadir di majlis berkenaan ialah En. Iqram, Senior Retail Executive dan Pn. Saadiah, Area Manager MPH Bookstores Sdn. Bhd. Di SACC Mall, pengunjung juga diberi potongan harga istimewa 10% untuk semua buku tulisan Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof di MPH Bookfair yang berlangsung dari 9 Mac 2007 hingga 25 Mac 2007. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menyaksikan Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof berkongsi input-input kecemerlangan bersama-sama para hadirin yang hadir. Bagi mewujudkan suasana yang santai dalam majlis, program bicara penulis ini dibahagikan kepada tiga pusingan dan setiap sesi di selangi dengan alunan muzik yang cukup mendamaikan. Sebagai seorang penulis prolifik bagi produk motivasi kecemerlangan yang sedang membina nama di Malaysia, persembahan Tn. Hj. Ahmad Fadzli membuatkan sebilangan hadirin yang hadir tidak berganjak dari tempat mereka berdiri sehingga program selesai. "Untuk cemerlang, kita mesti ada 'mental focus', menanamkan kepercayaan yang positif, meletakkan penapis minda, membuat keputusan untuk berubah dan membina strategi untuk berjaya serta tidak mudah putus asa," kata Ahmad Fadzli ketika mengakhiri bicara beliau. Sebelum majlis berakhir, Tn. Hj. Ahmad Fadzli meluangkan masa beliau untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dan menurunkan autograf sebagai tanda kenang-kenangan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Semasa bersalaman sesama peserta seminar hari itu yang seramai 49 orang, saya dapat lihat masing-masing puas hati dan tidak sabar-sabar hendak memulakan bisnes internet masing-masing. Manakan tidak, seminar yang diisi dengan 4 modul utama itu, penuh dengan pelbagai rahsia yang didedahkan oleh Syazwan dan Sabri. Banyak juga tip-tip yang didedahkan tiada dalam buku yang mereka berdua tulis. Hanya didedahkan dalam seminar sahaja. Buku mereka yang saya maksudkan ialah Rahsia Buat Duit dengan Internet diterbitkan oleh PTS Professional. Mereka masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Petronas. Buku mereka yang mula berada di pasaran April lepas mendapat sambutan begitu luar biasa sehingga sudah masuk cetakan kedua bulan Julai ini. Saya berpendapat buku mereka laris sebab di dalam buku itu ada disertakan VCD tutorial percuma yang memberi panduan langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes internet. Memang sesuai untuk individu yang baru hendak kenal internet. Antara rahsia yang didedahkan oleh anak muda berdua ini ialah bagaimana memilih produk yang mendapat sambutan tinggi di pasaran internet, model perniagaan internet bagaimanakah yang sesuai dan menguntungkan, bagaimana cara hendak menerima bayaran daripada pembeli terutamanya di peringkat antarabangsa, bagaimana teknik pemasaran yang efektif dan banyak tip-tip lain lagi. Sepanjang seminar, saya sempat berkenalan dengan beberapa peserta. Antaranya Tuan Hj. Salleh Reduan. Tak sangka pulak saya tuan haji ini begitu berminat dengan bisnes internet. Bukan apa, umurnya saya rasa lebih senior daripada ayah saya sendiri. Lebih kurang 60-an. Beliau beritahu saya, beliau datang dari Kuching, Sarawak. Beliau ambil flight awal pagi seminar itu, sampai airport terus ambil cab ke tempat seminar. Lepas seminar, malamnya pulak terus ambil flight balik Kuching semula. Memang bersemangat Tuan Haji Salleh. Macam-macam soalan yang beliau tanya. Rupanya beliau jenis orang yang celik IT juga. Ada bisnes kafe dan restoran di sana. Bergiat juga dalam bisnes MLM. Dan beliau memang ada laman web sendiri. Datang seminar semata-mata hendak mendalami ilmu berkaitan bisnes internet. Sebelum sampai ke tempat seminar pagi sabtu itu, saya tertanya-tanya juga tentu yang hadir seminar nanti terdiri daripada individu yang sudah lama mengenali dunia internet. Cuma hendak mendalami ilmu lebih lagi bagaimana hendak buat bisnes internet pula. Rupanya saya silap. Tidak semua yang hadir itu orang bijak pandai dalam internet. Ada yang baru merangkak-merangkak pun ada. Namun Syazwan dan Sabri berjaya menyampaikan isi seminar dengan baik supaya semua peserta faham. Peserta pula datang dari serata Malaysia. Ada yang dari Alor Setar, Kuching, Johor Bahru, Kota Bharu dan lain-lain lagi. Satu lagi saya puji ialah makanan dan minuman sepanjang hari itu. Menunya best-best belaka. Pilihan makanan tengaharinya macam-macam. Sampaikan saya tidak tahu hendak makan apa. Memang berbaloi dengan kadar bayaran seminar itu. Kepada anda yang hendak belajar bagaimana buat bisnes internet, saya dimaklumkan akan ada satu seminar lagi yang akan diadakan 19 Ogos nanti di tempat yang sama. Seminar ini dianjurkan sendiri oleh anak muda berdua ini dan dikendalikan oleh SaifulSham Consultants. Bagi maklumat lanjut dan pendaftaran, tuan/puan boleh melawat laman web berikut di http://www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm. Akhir sekali, tahniah buat Syazwan dan Sabri. Ilmu yang anda kongsikan cukup bermakna kerana ianya mengajar peserta bagaimana buat real business di internet. Maknanya ada produk yang hendak dijual. Bukan sekadar sertai program affiliates yang mempromosikan produk orang lain. Kepada Syazwan dan Sabri, saya ucapkan terima kasih atas ilmu dan rahsia yang dikongsi. Semoga anda berdua sukses. Catatan oleh, Nazrul Samsudin Pengurus PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Beliau berkongsi pelbagai isi dan topik yang tidak ditulis dalam bukunya, antaranya: -Menceburkan diri menjadi usahawan dalam internet. -Perkara-perkara asas yang perlu ada bagi memulakan perniagaan dalam internet. -Benarkah semua produk dapat dijual dalam internet? -Cara membina laman web yang menguntungkan. -Teknik mengaplikasikan kaedah PTKTK ke dalam laman web perniagaan anda. -Kaedah memasarkan perniagaan, produk dan perkhidmatan anda dalam internet. -Idea dan Teknik menulis ebook, ezine dan artikel yang menarik bagi memperoleh kuntungan. Bagi mereka yang ketinggalan bicara buku ini, sila lawati laman web beliau http://www.myorionet.com/orion/ bagi memuat turun slide yang beliau bentangkan pada program tersebut. Selain itu, jangan ketinggalan mendapatkan buku beliau '15 Teknik Efektif Internet Marketing' bagi meningkatkan keuntungan bisnes anda!

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Majlis bermula dengan alunan muzik indah oleh kumpulan gamelan UIAM bagi menarik perhatian pengunjung Plaza Alpha Angle, Wangsa Maju. Dato' Seri Abd. Rahman bersama isterinya tiba tepat pada pukul 2.30 petang. Juruacara memulakan majlis dengan ucapan berkenaan tujuan dan matlamat program sebelum menjemput Faris Hasbullah bagi membaca doa memohon rahmat Tuhan. Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) memberi ucapan yang hebat bagi mengalu-alukan kesudian Dato' Seri hadir dan menceritakan latar belakang PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ucapan pelancaran Dato' Seri juga tidak kurang hebatnya. Walaupun menerajui satu pertubuhan yang berpengaruh, ucapan beliau yang begitu merendah diri amat mengagumkan. Juruacara pula memperkenalkan beberapa orang penulis selepas ucapan pelancaran Dato' Seri. Semoga dengan majlis pelancaran ini meningkatkan lagi kredibiliti PTS di persada dunia penerbitan dan menguatkan jaringan perniagaan bersama DPMM.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pesta Buku Antarabangsa KL kembali lagi. Kali ini bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC. Di bangunan baru yang dipisahkan dari bangunan induk PWTC oleh sungai Klang. Hanya sebuah jambatan sempit yang menghubungkan dua bangunan ini. Walaupun ditempat baru dan sedikit terpecil dari bangunan utama, PBAKL06 tetap dibanjiri pengunjung. Dengan dewan yang luas dan jumlah gerai yang bertambah dari tahun lepas, jumlah pengunjung tidak pernah surut. Maklumat dari penganjur mengatakan pada hujung minggu sahaja jumlah pengunjung tidak kurang dari 300,000 orang. Dengan suasana baru dan jumlah pengunjung yang bertambah, pastinya yang tidak lekang senyum di bibir adalah para peserta pameran, samada dari dalam mahupun luar negara. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS tidak pernah terkecuali dari memeriahkan pesta buku ini. Sejak mula aktif dalam industri penerbitan buku 5 tahun lalu, PTS pantas berkembang sejajar dengan perkembangan industri buku tempatan. Walaupun masih setahun jagung, PTS sentiasa berusaha memartabatkan industri buku tempatan khususnya dalam bidang penerbitan buku-buku ilmu popular. Kali ini PTS berkembang dengan mengambil sebanyak 6 buah gerai pameran berbanding 4 pada tahun lepas. Pesta buku kali ini menyaksikan usaha PTS yang sentiasa terkehadapan dalam dunia penerbitan tempatan. Beberapa produk baru seperti siri-siri Remaja Aktif @ Re-Aktif, Rahsia Bisnes, Novel Remaja Awal, Komik Ibadah dan sebagainya mendapat sambutan hangat. Beberapa judul buku turut habis dijual walaupun baru diterbitkan. Misalnya buku 'Rahsia Bisnes Cara Orang Cina', 'Rahsia Bisnes Cara Jepun' habis dijual sepanjang pesta buku. Novel-novel remaja awal ini turut mendapat sambutan hangat walaupun masih baru dalam pasaran. Beberapa orang penulis PTS seperti Farihah Iskandar, Alif Firdaus, Zafran, Dr Danial, Datuk Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli dan lain-lain lagi turut tidak menang tangan melayani peminat yang ingin mendapatkan autograf mereka. Kali ini PTS turut memeriahkan pesta buku dengan beberapa acara dan aktiviti untuk pengunjung. Mengikut perancangan asal terdapat lebih 20 acara disusun. Walau bagaimana pun, disebabkan ketidaksesuaian tempat acara yang disediakan oleh penganjur menyebabkan sebilangan besar acara terpaksa dibatalkan. Namun, beberapa beberapa acara yang diteruskan tetap mendapat sambutan seperti sesi bicara bersama penulis, ceramah penulis seperti Dr Danial, Zainal ABidin, Mejar Kayyum, Ahmad Fadzli Yusof, Datuk Fadzilah Kamsah dan sebagainya. Selain itu di gerai PTS juga berlangsung sesi autograf penulis. Sesi yang paling istimewa adalah kehadiran sasterawan negara Datuk A. Samad Said selama 2 hari untuk mempromosi buku-buku karya beliau, terbitan Anak Bukit dan diedarkan oleh PTS. Gerai PTS diserbu pengunjung sehingga ke saat akhir pameran iaitu pada pukul 9.00mlm 2 April. PTS akan kembali lagi dengan pelbagai kejutan bagi meriahkan dan mewarnai industri buku tanahair pada tahun hadapan. Bagi pengunjung-pengunjung yg memberi sokongan kepada PBAKL06 khususnya gerai PTS, terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi (ramai-ramai).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bengkel yang diadakan pada 16 April 2006 di Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata mengumpulkan 35 orang bakal penulis baru. Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya. Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) tampil pada slot pertama dengan berkongsi pengalaman yang pernah ditimba sebelum ini semasa di syarikat-syarikat lain bersama peserta-peserta bengkel. Selain itu, beliau membicarakan konsep dan bentuk buku-buku bisnes dan pengurusan. Pada sebelah petang, Encik Nazrul Shamsudin (Pengurus PTS Professional) pula membentangkan informasi berkaitan gaya penulisan, teknik KJ Method, teknik adaptasi dan copyright buku. Keterlibatan peserta dengan pelbagai soalan memeriahkan lagi suasana bengkel. Diharap peserta-peserta yang hadir dapat menghasilkan buku-buku yang berkualiti sehingga dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bengkel singkat selama sejam ini dikendalikan oleh Sdr Alif Firdaus Azis, penulis kreatif, kartunis dan illustrator PTS One Sdn Bhd. Seramai 30 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun menyertai bengkel singkat anjuran PTS One Sdn Bhd dengan kerjasama MPH Bookstores (M) Sdn Bhd. Para peserta diajarkan teknik asas bagaimana melukis muka dan tubuh badan kartun secara langkah demi langkah. Mereka kemudian dikehendaki menghasilkan lukisan sendiri dengan tema bebas. Tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan lukisan yang menarik menerima hadiah istimewa dari penganjur. Kesemua peserta yang hadir turut menerima hadiah penyertaan. Bengkel tersebut diadakan di MPH cawangan Alamanda Putrajaya Shopping Compleks dan pada minggu berikutnya di MPH cawangan Shah Alam City Centre (SACC).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PTS, En Rashid Azad Khan. Turut memeriahkan majlis yang dihadiri tidak kurang dari 50 orang tetamu ini ialah persembahan khas dari kumpulan nasyid remaja Mawaddah. Sesi bedah buku dikendalikan oleh saudara Khairul Anuar, bekas penasihat undang-undang al-Arqam. Ahli panel bicara adalah Prof Madya TM Shaharom Sulaiman dan Ann Wan Seng. Sessi soal jawab yang diadakan di penghujung bicara juga mendapat sambutan hangat dari peserta yang inginkan pelbagai maklumat berkenaan al-Arqam.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Dalam sesi wacana ini Dr Danial membicarakan berkenaan tip-tip kecemerlangan diri yang disesuaikan dari buku beliau '7 Formula Individu Cemerlang' yang mendapat sambutan hangat dipasaran. Sesi ini turut dianjurkan dengan kerjasama PTS dan Danial Zainal Consultancy (DZC) atas jemputan PPAP. Kira-kira 100 orang kakitangan awam dari pelbagai jabatan dan kementerian membanjiri Auditorium Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang. Beberaqpa orang pegawai kanan kerajaan termasuk Pemangku Pengarah PPAP, Hjh Faridzah Jaafar. Program wacana ini berlangsung selama sejam lebih ini di akhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan ringan. Para pengunjung juga turut menyerbu gerai buku yang dikendalikan oleh pihak DZC untuk membeli buku-buku tulisan Dr Danial.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



“Cukup luar biasa! Selalunya orang menulis buku cara-cara nak buat duit melalui saham, berniaga, pasaran harta tanah dan sebagainya. Tetapi, saudara Jeniri menulis buku tentang bagaimana buat duit dengan menulis.” itulah antara komen pertama Prof Madya Saharom TM Sulaiman ketika mengulas buku “Buat Duit Dengan Menulis” karya Jeniri Amir. Beliau berkata demikian ketika sesi bicara buku yang di anjurkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn BHD (PTS) dan MPH Bookstores Sdn Bhd, di Kompleks membeli belah Alamanda Putrajaya baru-baru ini. Sesi ini turut di sertai oleh Pn Ainon Mohd, pengerusi kumpulan PTS dan seorang penulis sepenuh masa. Menurut beliau lagi, ramai orang menulis tetapi tidak ramai yang boleh buat duit dengan menulis. Jika di barat, adalah perkara biasa ramai penulis yang menjadi kaya raya dan hidup mewah dengan menulis. Contoh yang paling jelas adalah JK Rowlings pengarang siri buku Harry Porter yang dikatakan kaya raya melebihi kekayaan Ratu Elezibeth. Di Malaysia, tidak kurang ramai yang menjadikan bidang penulisan sebagai sumber pendapatan utama dan hidup mewah melaluinya. Kebanyakan mereka adalah penulis buku novel remaja dan juga beberapa orang penulis buku yang bercorak ilmu seperti buku motivasi dan pembangunan diri. Menurut Saharom, penerbit pandai memilih tajuk buku ini. Walaupun buku beliau agak serius dan tebal, tetapi dengan tajuk yang ‘catchie’ buku ini dapat menghilangkan presepsi dan stereotype buku serius. Ini dapat menarik orang untuk melihat dan mendekati buku seperti ini. Tajuk memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembeli dan pembaca. Banyak buku panduan menulis yang ada dalam pasaran menerangkan teori, teknik dan prinsip-prinsip bagaimana menulis dengan berkesan. Kelebihan buku Jeniri Amir adalah banyaknya contoh-contoh yang diberikan dalam buku itu. Bagi setiap teknik dan prinsip yang beliau terangkan, beliau menyertakan contoh-contoh nyata yang berdasarkan bahan sebenar dan tempatan, bukan sekadar teori. Jeniri mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan cerpen, novel artikel dan buku ilmu. Beliau pernah menjadi ketua editor di akhbar Utusan Sarawak. Kini beliau adalah pensyarah komunikasi massa di UNIMAS dan sedang menyiapkan tesis PhDnya di Universiti Malaya. Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan dan pegangan bagi mereka yang hendak mencari duit dengan menulis artikel untuk majalah dan akhbar. Dengan perkembangan pesat bidang majalah dan akhbar sekarang, semakin banyak bahan diperlukan oleh media massa negara kita. Sebagai contoh rancangan jangka panjang sebuah syarikat penerbitan majalah terbesar tempatan bagi menerbitkan 200 buah majalah setiap bulan sudah cukup memberi gambaran sebanyak mana artikel yang dapat dibekalkan kepada majalah-majalah itu. Ramai orang secara peribadi pernah membeli rumah dan membayar ansuran bulanan dengan menggunakan duit honorarium artikel-artikel yang disiarkan oleh majalah dan akhbar. Shaharom sendiri menurut beliau, membeli kereta mewahnya dengan duit honorarium artikel-artikel beliau. Ada penulis dapat berkahwin dengan mengumpulkan duit honorarium sahaja. Ada yang pergi umrah atau membeli rumah, tanah dan menubuhkan syarikat penerbitan dengan cara itu. “Banyak buku menerangkan tentang bagaimana nak jadi penulis dan bagaimana nak menulis dengan baik, tetapi ramai penulis tak ada duit” komen Ainon Mohd. Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian pasaran, buku ini adalah buku yang terbaik dalam bahasa Melayu. Buku ini menerangkan bagaimana nak buat duit dengan menulis dengan fokus menulis rencana. Sebelum hasilkan buku, bagaimana nak tulis artikel dan buat duit tiap-tiap bulan. Menceritakan pengalaman peribadi beliau, menurut Ainon yang sudah menghasilkan lebih 70 buah buku, buku pertama beliau tentang permikiran adalah koleksi artikel-artikel yang ditulis dalam akhbar. Sebelum jadi buku, beliau sudah pun buat duit terlebih dahulu dari artikel yang diterbitkan. Setengah-setengah buku itu pula disirikan semula menjadi artikel untuk akhbar. Dengan itu beliau dapat royalti buku dan juga horarium artikel. Puan Ainon membeli rumah pertama beliau menggunakan wang hasil honorarium artikelnya. Walaupun pada masa itu tidak banyak akhbar dan majalh, beliau dapat membayar ansuran rumah beliau dengan duit tersebut. Kebanyakan buku beliau diolah untuk fokus kelompok yang berbeza walaupun dari bahan yang sama. Sebagai contoh, buku komunikasi intim untuk suami isteri, buku komunikasi interpersonal untuk guru, buku komunikasi moden untuk pendakwah adalah dari bahan yang sama. Cuma diolah dan disesuaikan untuk kelompok yang berbeza dan lebih khusus. Ini adalah kerana tidak ada buku kecuali al-Qur’an yang sesuai untuk semua kelompok dan golongan. Kebanyakan golongan atau profesion tertentu memilih bahan bacaan yang berkait dengan bidang mereka. Oleh itu setiap bahan bacaan umum perlu juga membuat fokus edisi kepada kelompok tertentu, walaupun dari bahan yang sama. Kaedah ini sudah lama dipraktkan di barat. Sebagai contoh penulis buku ‘7 Habits of Highly Effective Individual’ turut membuat edisi bukunya untuk suri rumah, pengurus, remaja dan sebagainya. Menurut beliau lagi, untuk mejadi penulis yang berjaya, ada caranya bagaimana bahan yang sama dapat dijual berkali-kali. Bahan-bahan pula boleh didapati boleh didapati dari membaca buku, akhbar, pemerhatian, perbincangan dan sebagainya. Bagi individu yang mempunyai bakat menulis mereka patut belajar dan mencontohi bagaimana golongan seniman seperti penyanyi, pemuzik, penulis lirik seperti Siti Nurhaliza, Habsah Hassan, M.Nasir dapat hidup mewah sepenuh masa berpandukan modal insani mereka iaitu bakat. Penulis sepatutnya juga boleh turut hidup mewah dengan mengesplotasi bakat mereka seperti seniman. Sebaliknya, penulis tidak dapat menjadi seperti seniman kerana modal bakat mereka tidak diurus secara professional dan disusun dengan baik. Jika seniman boleh memberi fokus sepenuh masa kepada bidang mereka, pergi ke kelas latihan vokal, tarian dan sebagainya untuk memantapkan bakat mereka, penulis juga sepatunya berbuat demikian. Penulis sepatutnya tumpuan sepenuh masa menulis dan tidak perlu membuat kerja lain seperti menjadi guru, pensyarah, berniaga dan sebagainya. Pada masa ini sudah terdapat beberapa orang penulis yang hjidup selesa menggunakan bakat menulis mereka. Golongan ini terdiri dari penulis novel yang memberi tumpuan sepenuhnya menulis walaupun mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi dan menjawat jawatan yang tinggi. Mereka ini hidup bersandarkan hasil dari royalti yang diperolehi. Menurut puan Ainon lagi, bagi mereka yang berminat menjadi penulis sepenuh masa, mereka perlu berkawan dengan dengan penulis yang sudah berjaya supaya dapat bertukar-tukar maklumat dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk hidup sepenuh masa dengan menulis. Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai bakat menulis majalah, mereka perlu beli semua majalah popular yang ada dalam pasaran dan kaji jenis-jenis kolum yang ada dalam majalah-majalah tersebut. Lihat apa fokus artikel majalah tersebut dan berepa halaman yang diperuntukan dan berapa banyak artikel yang diperlukan setiap keluaran. Penulis juga perlu berkawan rapat dengan editor, supaya mereka boleh mendapatkan maklumat tentang artikel yang diperlukan oleh sesuatu majalah itu. Di PTS, bakal penulis diwajibkan mengikuti bengkel penulisan. Melalui bengkel ini penulis didedahkan maklumat yang penting yang mereka perlu ketahui. Contohnya undang-undang hakcipta, hala tuju dan dasar penerbitan dan beberapa kemahiran menulis. Bagi Saharom pula beliau berpendapat sebetulnya untuk buat duit apa sahaja penulisan boleh dibuat. Yang penting penulis perlu konsisten dan artikel yang ditulis diantar kepada media yang betul dan sesuai. Bahan yang ditulis juga perlu ada ‘nilai insani’. Walaupun bahan yang ditulis adalah bahan sains dan sebagainya yang serius pastikan ia berbentuk popular. Ini kerana pembaca adalah orang awam dari pelbagai latar belakang pendidikan. Penulis juga perlu jadi editor untuk mengedit tulisan sendiri. Jika penulis tidak boleh faham tulisan mereka, apatah lagi pembaca. Sebagai seorang berpengalaman luas menulis artikel di beberapa akhbar dan majalah Saharom turut menyarankan agar penulis menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan editor. Ini penting agar penulis mendapat maklumat dari editor berkenaan isu yang akan diketengahkan oleh media tersebut dan apakah bahan yang diperlukan. Menurut beliau, tidak ada tulisan yang baik di tolak oleh editor. Cuma sesuatu artikel itu lambat dikeluarkan munkin kerana tidak ada isu semasa yang sesuai dengan bahan yang ditulis. Penulis juga disaran menjalinkan kerjasama dengan editor bagi memudahkan komunikasi dan membina kepercayaan supaya artikel mereka akan cepat mendapat tempat di meja editor. Penulis boleh menjadi pakar dalam pelbagai bidang. Tidak semestinya menulis dalam bidang mereka sahaja, tetapi mereka boleh menulis bidang lain yang diminati. Yang penting penulis perlulah banyak membaca. Tidak munkin boleh menjadi penulis yang baik jika tidak banyak membaca. Saharom setuju bila dikatakan menulis boleh buat duit. Tanpa menyatakan pendapatan yang diperolehi dari menulis, beliau mengakui bahawa beliau membeli kereta dengan menggunakan duit hasil dari penulisan.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Majlis yang di adakan di Alamanda Shopping Complex, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr Abdullah Abdul Rahman, Pengarah MPH Group. Turut serta mewakili MPH Bookstores Sdn Bhd adalah Puan Patricia Chen ( Chief Operation Officer ) dan Mr. Lua Chun Pin ( General Manager- Operation ). Manakala di pihak PTS, Pn Ainon Mohd sebagai Pengerusi Kumpulan PTS mewakili syarikat-syarikat PTS. Majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu di meriahkan dengan persembahan Sajak Rosli Dhobi yang disampaikan oleh Abang Syaifudin, penulis buku Rosli Dhobi Rukun Berdarah diiringi dengan petikan gitar oleh Sdr Nurin, illustrator PTS One. Bait-bait sajak dan catatan dari beberapa warkah Rosli Dhobi yang ditulis sebelum beliau dihukum gantung oleh British yang dibacakan oleh Abang Syaifudin ternyata menyentuh hati dan perasaan hadirin. Para hadirin juga turut dihibur dengan persembahan gurindam oleh Aripin Said, pakar sastera rakyat. Beliau menyanyikan 5 buah lagu yang berkisar tentang patriotik dan lagu-lagu rakyat. Siri Patriotik PTS ini merupakan koleksi buku-buku yang berunsurkan sejarah dan patriotik untuk kanak-kanak. Untuk permulaan sebanyak 6 buah judul dalam siri ini diterbitkan. Judul-judul dalam siri ini adalah : 1. Rosli Dhobi Rukun Berdarah (Nomik) 2. Harimau Malaysia di Somalia (Nomik) 3. Askar Berjalan Kaki (Nomik) 4. Datuk Bahaman siri 1 (Komik) 5. Datuk Bahaman siri 2 (Komik) 6. Datuk Bahaman siri 3 (Komik) PTS One Sdn Bhd merancang untuk mengembangkan lagi Siri Patriotik PTS untuk memperkayakan bahan-bahan dalam siri ini sekali gus merangsang semangat patriotik masyarakat dari usia muda remaja dan kanak-kanak. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar al-Hafiz dari Kuwait Financial House.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sesi selama sejam ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penulis-penulis Melayu yang buku-bukunya dijual di MPH. Mereka juga berpeluang bertukar-tukar maklumat berkenaan industri buku, penulisan dan sebagainya. Pada sesi itu juga pengunjung MPH berpeluang mendengar sendiri pengalaman penulis-penulis dalam menghasilkan karya, kenapa mereka menulis dan sedikit nasihat serta tip-tip untuk individu yang berminat menjadi penulis. Penulis PTS yang hadir adalah Saudara Arief Salleh Rosman dan Ahmad Fadzli Yusof. Pengerusi kumpulan PTS iaitu Pn Ainon Mohd turut hadir untuk memberi sokongan dan galakan kepada penulis PTS. Atara penulis yang hadir adalah Azizi Ali (penulis buku Millionaires are From Jupiter, Menjadi Jutawan, etc), Irfan Khairi (Rahsia Jutawan Inernet) termasuk penulis-penulis Alaf 21 seperti Aina Emir, Emran Hykal, Lily Suriani, Mimi Salleh.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



3 Ogos: Buku terbaru terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Professional) berjudul Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah telah dilancarkan secara rasminya di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor (PSPN Selangor). Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Yusoff bin Harun, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pn. Ainon Mohd. yang merupakan Pengerusi Syarikat-syarikat Kumpulan PTS dan dalam masa yang sama mentor kepada 12 orang penulis buku ini turut sama hadir sebagai tetamu kehormat. Beliau berbesar hati menyampaikan cenderahati daripada PTS kepada Yg. Berbahagia Dato Hj. Yusoff. Buku ini merupakan hasil kerjasama PTS Professional dengan PSPN Selangor. Penulis-penulis buku ini terdiri daripada 12 orang pegawai dan jurulatih utama PSPN Selangor. Terbukti bahawa bengkel penulisan yang dihadiri oleh penulis-penulis ini pada 26 & 27 Mei 2005 anjuran PTS Professional tidak sia-sia apabila terbitnya buku ini. Sepanjang bengkel penulisan yang diadakan para penulis dibimbing oleh Pn. Ainon Mohd. yang juga merupakan seorang penulis prolifik tentang teknik penulisan yang efektif. Mereka juga turut didedahkan tentang dunia penerbitan dan undang-undang hak cipta. Majlis pelancaran ini diadakan sempena pelancaran Sistem Pengautomasian Pengurusan Pusat Sumber, Bahagian Teknologi Pendidikan. Turut hadir semasa pelancaran ini ialah wakil-wakil daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri dari seluruh Malaysia. Buku ini merupakan buku panduan untuk kegunaan guru perpustakaan dan media, guru pelatih maktab perguruan dan pelajar IPT. Ia juga sesuai untuk calon Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) bagi kertas perpustakaan. Selepas majlis perasmian tersebut para tetamu kehormat di bawa melawat ke gerai pameran buku-buku PTS yang ditempatkan di luar dewan. Buku ini akan mula berada di pasaran pada September 2005. Ini merupakan buku pertama dalam siri pengurusan pusat sumber dan perpustakaan PTS. InsyaAllah lebih banyak buku akan diterbitkan hasil kerjasama dengan PSPN Selangor.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Ceramah ini adalah salah satu dari sesi bengkel penulisan selama sehari yang di anjurkan oleh PEN. Bengkel ini di adakan sempena Khemah Membaca Negeri Sembilan selama seminggu yang di anjurkan secara bersama antara Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan PEN. Dalam ceramah yang mengambil masa kira-kira 3 jam itu, Pn Ainon memberi penerangan berkenaan dengan dunia penulisan dan penerbitan buku-buku umum. Pn Ainon juga menerangakan berberapa tip-tip bagaimana penulis boleh menjadi popular dengan menulis buku. Menurut Pn Ainon, pada masa ini beberapa penulis tempatan termasuk beliau sendiri yang menulis buku-buku dalam bahasa Melayu dapat hidup selesa dengan pendapatan royalti melebihi RM100,000 setahun. Dalam sesi ini pn Ainon memberi beberapa panduan bagaimana ingin menjadi penulis yang popular dan ciri-ciri penerbit yang boleh merealisasikan impian penulis. Rata-rata hadirin pada hari tersebut merupakan para pelajar sekolah, guru dan ahli PEN. Kehadiran Pn Ainon di Seremban ini juga adalah bagi menunaikan hasrat beliau untuk memberi latihan penulisan kepada seorang penulis muda istimewa iaitu Cik Siti Safura.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Majlis yang julung-julung kali dianjurkan ini adalah anjuran bersama Kumpulan PTS dan MPH Bookstore Sdn Bhd cawangan Alpha Angle. Majlis dianjurkan secara ringkas ini bermula pada jam 3.00 ptg dan dimulai dengan bacaan doa oleh Sdr Nazrul Shamsudin, Pengurus PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Dalam ucapan aluan dari penulis, Sdr Aripin Said yang mewakili penulis yang lain (Prof Abdullah Hassan, Pn Ainon Mohd) memberikan sedikit maklumat tentang kedua-dua buku tersebut dan bagaimana pembaca boleh menggunakannya serta apa manfaat yang boleh diperolehi dari buku tersebut. Majlis seterusnya dilancarkan oleh Sasterwan Negara, Dato' A. Samad Said. Dalam ucapan pelancarannya Dato' Samad menekankan perlunya generasi yang ada sekarang menghidupkan kembali budaya pantun dan gurindam ini yang semakin lama semakin dilupakan. Bahasa pantun dan gurindam ini adalah salah satu cara orang Melayu menyampaikan mesej dalam penuh adab dan sopan tanpa menyentuh batang tubuh mana-mana individu. Generasi muda kini tidak dapat menghayati Pantun dan Gurindam kerana mereka tidak didedahkan majlis-majlis seperti ini. Pada masa yang sama penggunaan pantun dalam majlis juga amat berkurangan dan ditambah dengan kurangnya di pasaran buku yang menghimpunkan rangkap-rangkap pantun dan gurindam bagi panduan orang ramai. Oleh yang demikian menurut Dato Samad lagi, Buku Pantun & Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan buku Koleksi Pantun untuk Istiadat Persandingan Melayu ini dilancarkan tepat pada masanya ketika masyarakat mula ingin kembali kepada adat dan budaya kesopanan yang kian terpinggir ini. Sesudah berucap, Dato A Samad Said memukul gong sebanyak tiga kali sebagai tanda kedua-dua buku itu dilancarkan. Sebaik gong ke tiga dipukul, pukulan kompang bergema di Jusco Alpha Angle. Kira-kira sepuluh orang kanak-kanak dari Kelab Kompang Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak mengiringi perarakan membawa bunga manggar dan cenderamata untuk Dato A Samad Said dari arah ruang legar Kompleks menghala ke majlis berlangsung. Cenderamata adalah berupa sebuah buku 'Pantun & Gurindam Untuk Majlis Rasmi' dan sebuah buku 'Koleksi Pantun untuk Istiadat Persandingan Melayu' yang dihias atas dua dulang hantaran. Majlis pantun juga diserikan dengan nyanyian gurindam yang di lagukan oleh Aripin Said. Beliau menyampaikan 4 buah lagu gurindam yang bertemakan kekeluargaan, dan budi baik itu dikarangnya sendiri. Walaupun hanya bertemankan sebuah kompang, beliau berjaya menarik perhatian dan menghiburkan ramai pengunjung. Rata-rata pengujung mengatakan iniah pertama kali mereka mendengar gurindam dinyanyikan. Majlis kemudian diserikan dengan deklamasi sajak oleh Dato A Samad Said. Beliau menyampaikan tiga buah sajak karangan beliau yang dipetik dari buku beliau yang terbaru. Majlis di akhiri dengan persembahan Nasyid dari pelajar-pelajar kelab Naysid SRI Al-Amin Gombak. Majlis yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu terasa amat pendek. Pengunjung dan tetamu bukan sahaja terhibur dengan persembahan yang disediakan bahkan mereka turut terhibur dengan bahasa yang di gunakan oleh pengacara majlis. Dari mula hingga ke penutup majlis, dua orang pembawa merangkap pengacara majlis menggunakan bahasa yang berbunga. Ucapan dan kata-kata mereka di selang selikan dengan pantun dan gurindam yang diambil dari buku yang dilancarkan. Secara tidak langsung para tetamu dapat melihat secara praktikal bagaimana menggunakan buku tersebut dan menjadikan majlis lebih menarik, berseri dan bersopan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pembawa majlis iaitu Cik Hasmariza dari PTS dan Cikgu Puan Aida.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bengkel ini adalah yang pertama kali di anjurkan oleh PTS One sejak ditubuhkan pada awal tahun ini. Kira-kira 40 orang peserta yang hadir pada bengkel ni dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan memberi fokus kepada penulisan buku-buku berbentuk novel motivasi kanak-kanak dan satu lagi fokus kepada penulisan berbentuk cerita fiksyen, hikayat dan nomik (novel komik). Kumpulan pertama di kendalikan oleh Pn Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS dan kumpulan kedua dikendalikan oleh Pn Norhazizam, pengurus PTS One dan dibantu oleh Cik Nurismaliza @ Ann, Editor kanan. Sepanjang bengkel ini, peserta di beri penerangan dalam beberapa aspek penerbitan dan penulisan buku kanak-kanak dalam PTS. Peserta juga diberi pengenalan ringkas berkenaan Undang-undang Hak Cipta dan bagaimana penulis boleh menjaga hak-hak mereka dari di ciplak atau menciplak karya orang lain. Sesi undang-undang ini merupakan sesi wajib dalam setiap bengkel yang di kendalikan oleh PTS. Diakhir bengkel, peserta yang di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil telah di beri latihan asas bagaimana mereka hendak memilih bahan yang hendak di tulis. Melalui kumpulan-kumpulan kecil itu peserta membuat latihan sumbangsaran dan pembangunan idea. Bagi penulis yang komited hendak menulis, mereka akan menghadiri satu lagi bengkel yang lebih khusus untuk melatih mereka menulis (bahagian 2). Bengkel yang kedua ini tidak dibuka kepada umum, sebaliknya beberapa orang peserta di pilih dari mereka yang telah menghadiri bengkel bahagian peratama dan menunjukan kesungguhan untuk menulis.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Bengkel yang dianjurkan oleh seorang penulis PTS iaitu saudara Mohd Rosmizi Abdul Rahman ini mendapatkan sambutan yang menggalakkan. Seramai 21 orang peserta daripada kalangan para mahasiswa UIAM Gombak. Kebanyakannya adalah ahli kumpulan mentee saudara Mohd Rosmizi. Bengkel ini dikendalikan oleh Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd Fauzul Na'im Ishak. Antara pengisian bengkel penulisan pada hari itu adalah Mengenal Dunia Penulisan dan Penerbitan Buku Malaysia, KJ Method: Teknik Menulis buat Orang Sibuk dan Motivasi Minda Buat Pengarang dan Karyawan. Bengkel satu hari ini berjaya menggilap lebih ramai bakat muda penulisan bagi menyemarakkan lagi dunia penulisan buku di Malaysia. Bengkel penerusan buat penulis muda akan diadakan sebulan sekali dengan input yang berbeza. Bagi bulan Ogos 2005 akan dianjurkan Ceramah Mengenali Undang-undang Hak Cipta buat Penulis Muda yang juga akan dibuat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Fauzul Na'im Ishak melalui email : fauzuln@pts.com.my ataupun no. telefon pejabat : 09 233 0485. Tahniah kepada pihak penganjur dan PTS Millennia Sdn Bhd. di atas kejayaan menganjurkan bengkel ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pn Ainon memberikan ceramah yang betajuk “Bagaimana Menjadi Penulis Berjaya di Pasaran”. Dalam ceramahnya Pn Ainon memberikan tip-tip dan panduan bagaimana hendak mejadi penulis dan membuat duit dengan penulis. Menurut Pn Ainon, di Malaysia ketika ini terdapat tidak kurang 10 penulis berjaya membuat duit dengan menulis. Mereka memperolehi royalti tahunan tidak kurang dari RM100,00.00. Pn Ainon menyangkal sama sekali dakwaan yang menyebut menulis dalam bahasa Melayu tidak menguntungkan terutama jika menulis buku-buku yang becorak ilmu. Ini kerana menurut beliau, meraka yang kaya raya dengan menulis di Malaysia adalah penulis buku-buku dalam bahasa Melayu. Pn Ainon sendiri adalah dikalangan penulis tersebut dan beliau menulis buku-buku becorak ilmu seperti buku-buku kemahiran befikir, pembangunan diri, komunikasi, bahasa dan kamus. Kebanyakan buku-buku Pn Ainon di ulang cetak melebihi 3 kali ada yang masih laris walaupun sudah lebih lima tahun di pasaran Pn Ainon menasihatkan mereka yang berminat menjadi penulis agar berhati-hati meilh penerbit. Carilah penerbit yang mampu membantu penulis mencari hala tuju dan membangunkan potensi penulis. Selain penerbit itu perlu berkredibiliti serta tidak mencengkam hak-hak penulis. Puan Ainon juga menekankan bahawa untuk menjadi penulis berjaya seseorang penulis itu tidak boleh berpuas hati dengan satu karya. Sebaliknya mereka perlu menghasilkan lebih dari dua karya setahun supaya dikenali ramai dan dapat membina peminat. Peminat ini secara tidak langusng membantu menyebarkan dan mempromosi buku-buku kepada orang lain. Tidak ada istilah karya agung untuk menjadi popular. Beliau memberi contoh Siti Nurhaliza tidak munkin di kenali ramai jika hanya menghasilkan satu album. Menurut Pn Ainon lagi, kebanyakan penulis PTS sudah menghasilkan lebih satu buku dan mereka mempunyai peminat mereka sendiri. Mereka itu rata-rata merupakan penulis muda dan tidak pernah menulis buku sebelum ini. PTS sendiri membantu membangunkan bakat dan potensi setiap penulis PTS melalui bengkel-bengkel penulisan dan program mentor-mentee di kalangan penulis baru dan yang sudah menghasilkan lebih dua karya. Penulis PTS ibarat sebuah keluarga besar. Ceramah Pn Ainon sejam itu di akhiri dengan sesi autograf dab soal-jawab dengan pengunjung. Ramai dikalangan pengunjung berminat menuyertai program bengkel penulisan dan menjadi mentee Pn Ainon. Ini adalah kali pertama kemunculan penulis PTS di Popular Bookstore. Sebelum ini aktiviti bersama penulis PTS di tempat awam banyak di adakan di cawangan-cawangan MPH Bookstores di Lembah Kelang.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Soalan BH: Bagaimanakah Ahmad Fadzli mencari ruang untuk menulis di sebalik tugas sebagai pakar runding dan pensyarah sambilan? AFY: Yang penting ada perancangan. Bila kita tahu apa yang perlu dilakukan, kita akan sentiasa ada masa untuknya. Selain itu, saya akan berusaha ‘mencuri masa yang tersembunyi’ untuk mencari dan menyusun idea-idea baru. Jika kita tidak tahu apa yang kita ingin dan mesti lakukan, masa-masa tersembunyi akan hilang begitu sahaja. BH: Apa maksud masa tersembunyi? AFY: Waktu anda tidak menggunakan tangan, kaki, lidah dan otak! Banyak sebenarnya. Dalam perjalanan menggunakan pengangkutan awam, menunggu kawan yang lambat, menunggu giliran di bank, dan banyak lagi. BH: Apakah perasaan Ahmad Fadzli apabila muncul sebagai penulis paling Produktif di PTS Publication & Distributors Sdn Bhd? AFY: Itu adalah pengiktirafan daripada orang lain tentang diri saya. Terima kasih. Tetapi kejayaan ialah keupayaan untuk merealisasikan diri sendiri. Saya belum lagi mencapai tahap itu. BH: Tidak rasa rugikah tidak menjadikan bidang guaman sebagai kerjaya? AFY: Saya tidak perlu rasa begitu. BH: Apakah sebenarnya yang mendorong Ahmad Fadzli untuk berkarya? AFY: Rasa tanggungjawab untuk membantu proses bina insan di kalangan bangsa Melayu. Tulisan saya dalam bahasa Melayu, dan boleh dibaca oleh kebanyakan orang Melayu. Bahan bacaan bina insan masih terlalu kurang. Saya percaya bahawa setiap daripada kita mempunyai ‘hak’ untuk memajukan diri sendiri. Saya menulis untuk membantu mereka yang inginkan ‘hak’ tersebut. BH: Bagaimanakah Ahmad Fadzli boleh terfikir untuk menghasilkan 55 Petua Orang Berjaya sedangkan Ahmad Fadzli sendiri dari segi pengalaman dalam mengharungi kerjaya mahupun kehidupan masih terbatas memandangkan Ahmad Fadzli masih muda? AFY: Buku tersebut mengumpulkan 55 petua orang yang telah berjaya, bukan petua saya. Ia adalah ‘canaian’ idea-idea unggul daripada mereka yang telah membuktikan kecemerlangan mereka. Saya hanya medium penyampai. BH: Mengapakah Ahmad Fadzli memilih menulis dalam bentuk nota ringkas untuk semua buku resipi kejayaan Ahmad Fadzli? AFY: Kebanyakan orang sukar untuk memberikan masa yang banyak untuk membaca buku bina insan. Buku-buku yang berperenggan panjang, penuh dengan huruf-huruf tanpa henti; adakalanya menghilangkan minat sesetengah kalangan individu. Saya ingin membantu mereka yang sebegini. Buku set Resipi Kejayaan konsepnya ringkas dan padat. Tips dan idea ditampilan dalam bentuk senarai, rajah, graf, jadual, dan seumpamanya. Anda tidak perlu membacanya seperti membaca sebuah novel, tetapi sebaliknya seperti menggunakan buku panduan telefon. Buka yang tertentu, baca yang perlu. Ini akan banyak menjimatkan masa. Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai panduan ringkas untuk komitmen yang mereka pegang. BH: Apakah Ahmad Fadzli mempunyai laman web sendiri untuk memudahkan peminat menghubungi Ahmad Fadzli? AFY: Ada. http://resipikejayaan.com Di sini anda boleh mendaftar secara percuma sebagai ahli. Selepas itu, anda boleh berkongsi idea dan pandangan. Masalah-masalah yang dihadapi juga boleh dimasukkan, dan rakan-rakan ahli RK.com yang lain akan membantu. Selain itu, konsultan-konsultan Pusat Latihan Resipi Kejayaan (Suretac) juga akan turut berinteraksi untuk menolong mereka yang perlukan nasihat dan bimbingan. BH: Pandangan Ahmad Fadzli mengenai langkah kerajaan meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? AFY: Dalam pengurusan bursa saham, polisi yang kita buat sekarang, kesannya dua minit selepas itu. Dalam pendidikan, polisi yang kita buat sekarang, kesannya ialah dua puluh tahun nanti. Penyata Rahman dan Penyata Razak mungkin contoh yang baik. Semoga kita terus dengan sistem yang terbaik demi ketamadunan umat Malaysia yang tercinta. BH:Mengapakah Ahmad Fadzli memilih menulis resepi kejayaan untuk eksekutif, remaja, pekerja, siswa, siswi dan pelajar? AFY: Itu sebagai permulaan. Mereka adalah antara kelompok yang terlalu ‘dahagakan’ bahan-bahan bina insan. Kami berusaha untuk ‘menyiram tanah yang paling gersang’ terlebih dahulu. BH:Apakah karya terbaru yang berada di pasaran dan karya terbaru yang sedang ditangani? AFY: Beberapa minggu lagi, ada tujuh tajuk yang akan terbit; lima buah set Resipi Kejayaan; untuk Ketua Kelas, Pengawas, Pustakawan, Presiden Persatuan, dan Setiausaha Persatuan. Dua lagi ialah 55 Petua Seronok Bekerja, dan 55 Petua Kerja Berpasukan. Buku 55 Petua saya adalah hasil gabungan idea bersama dengan Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Akan menyusul tidak lama lagi ialah beberapa lagi set Resipi Kejayaan; untuk Adik, Abang, Kakak, Sahabat, dan Anak. Selain itu, ada beberapa buah buku bina insan lain tentang pengurusan stres, seronok bekerja, mengurus majikan, merancang kejayaan hidup, berfikiran positif, interpersonal dan beberapa lagi yang sedang dalam proses perah minda bersama dengan konsultan Suretac yang lain. BH:En Ahmad Fadzli, saya juga memerlukan maklumat seperti tahun bila mula berkarya, pernahkah mengikuti sebarang bengkel penulisan dan mengapa memilih buku bersifat motivasi sebagai karya. AFY: Sejak sekolah lagi saya berminat dalam penulisan. Artikel saya pernah tersiar dalam akhbar dan majalah sejak di bangku sekolah. Tetapi tidak pernah terlintas untuk menjadi penulis buku. Saya menulis atas tanggunjawab sosial yang saya rasa menjadi tugas setiap dari kalangan kita. Buku pertama terbit pada Mac 2004. Pernah menyertai bengkel penulisan yang dikendalikan oleh PTS Publication yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. Sebenarnya, saya lebih kerap mengkategorikan buku-buku tulisan saya sebagai buku ‘bina insan’. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa idea dan kemahiran yang penting untuk memanjukan diri mereka. Manusia bukan sahaja perlukan motivasi, bahkan mereka perlukan kemahiran. Penebang pokok yang bermotivasi belum tentu dapat menebang banyak pokok kalau tidak tahu mengasah kapaknya! Saya hanya ingin berkongsi dengan para pembaca bagaimana untuk ‘mengasah kapak’ itu! ---------- Temuramah ini adalah yang lengkap sebelum disunting dan disiarkan di akhbar.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pesta tahun ini menyaksikan lebih 200 penyertaan dari pelbagai syarikat buku samada dari dalam mahu pun luar negara dengan lebih 500 gerai pameran. Antara negara luar yang turut menyertai pameran ini adalah dari Mesir, Lubnan, England, Amerika, China, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan New Zealand. Turut tidak ketinggalan menyertai pameran dalam acara yang diadakan setiap tahun ini ialah Kumpulan Syarikat PTS. Ini adalah tahun ke tiga PTS menyertai pesta buku sejak mula beroperasi lima tahun duhulu. PTS menyewa 3 gerai pameran berbanding 2 gerai pada tahun lepas dan satu gerai pada tahun sebelumnya. Pameran kali ni juga lebih meriah untuk PTS kerana lebih 200 judul buku di jual, termasuk yang baru terbit terus dibawa dari kilang percetakan. Gerai PTS yang terletak di bahagian tepi ruang pameran di dewan Tun Razak, PWTC ini juga memeberi banyak kelebihan untuk mempamerkan pelbagai judul terbitan PTS dan buku-buku yang di edarkan oleh PTS seperti dari Institut Terjemahan Negara, Pustaka Mizan Indonesia, KUSZA, Majalah Pendidik dan beberapa penerbit lain. Beberapa pakej jualan tawaran istimewa seperti 3 buku dengan harga RM10 dan beli 2 percuma 3 adalah antara pakej yang mendapat sambutan hangat. Belum sampai hari ke empat sudah banyak judul dalam pakej tersebut yang habis. Buku-buku terbitan Pustaka Mizan juga tidak kurang hebat sambutanya sehinggakan ketika masih dalam kotak sudah ada yang membelinya. Banyak judul-judul buku dari Indonesia yang habis dijual sebelum sempat pesta buku berakhir. Selain dari jualan buku, gerai PTS juga mengadakan aktiviti sampingan sepeti bertemu penulis, pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, sesi bercerita dan klinik Penulisan. Sesi penulis yang diadakan adalah bersama tim Remaja-Aktif iaitu Penulis buku-buku Resepi Kejayaan; Ahmad Fadzli Yusof, Ahmad Naim Jaafar, Abd Razak Mutalib dan Penulis buku-buku pengurusan pejabat: Samsudin Wahab dari UiTM Terengganu. Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah juga turut hadir sempena terbitnya set buku-buku terbaru beliau. Dato Fadzilah Kamsah diserbu oleh peminat-peminat yang membeli buku-buku beliau untuk mendapatkan autograf dan bergambar. Buku beliau karangan bersama saudara Naim Jaafar: 'Tip-tip menjadi individu menarik' terbitan PTS Mellenia Sdn Bhd adalah antara buku yang "meletup" sepanjang pesta buku. Lebih 100 judul habis dijual dalam tempoh 3 hari. Bagi kanak-kanak yang datang ke pesta buku, mereka berkesempatan untuk meneyertai aktiviti yang disediakan oleh tim dari PTS One Sdn Bhd. Aktiviti pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak mendapat sambutan yang menggalakan dari ibu bapa yang datang membawa anak-anak mereka. Sebelum uacara penyampaian hadiah, peserta di hidangkan dengan sessi bercerita oleh penulis buku cerita kanak-kanak iaitu Pak Rejab atau lebih dikenali dengan nama Rejab F.I. Beliau yang datang dari Perlis untuk sessi ini meluangkan masa selama 30 minit untuk bercerita. Sepanjang Pesta Buku ini para 'doktor' yang mengendalikan Klinik Penulisan juga tidak menang tangan melayani deretan pengunjung yang ingin menjadi penulis. Mereka diberikan 'rawatan' panduan, bimbingan dan konsultasi menulis. Klinik ini dikendalikan oleh 'doktor pakar' penulisan iaitu Pn Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS dan dibantu oleh Fauzul Naim, pengurus PTS Mellenia Sdn Bhd dan Nazrul Samsudin, pengurus PTS Professional Sdn Bhd. Sepanjang pesta buku ini, buku-buku dijual dengna potongan 15%. Beberapa judul buku telah habis dijual sehingga ke stok terakhir di stor PTS. Bagi para guru, rak buku PTS Professional Sdn Bhd yang menawarkan set buku untuk guru dan sekolah berjaya menggoda mata mereka untuk memilikinya. Gerai PTS juga mendapat kunjungan beberapa tetamu seperti Pak Ali Muakhir (Pengurus Dar Mizan) dan rombonganya dari Pustaka Mizan Indonesia, TM Sharom (Ahli buku) dari UiTM, Ann Wan Seng (Penulis & Pendakwah) dari PERKIM, En Ramji dari MPH, Cik Azrina dari Popular Bookstore, pegawai dan pengurusan kanan Karangkraf, Dato Hassan Ahmad dari Karyawan, dan lain-lain lagi. Beberapa penulis PTS yang lain turut memeriahkan gerai PTS adalah Mej Mohammad Kayum, En Jeniri Amir, Ahmad Yadi, Ashadi Zain, Raihanah Abdullah, Dr Danial Zainal ABidin, En Mohd Nazif, Ust Arief Salleh dan lain-lain lagi. Buat ahli keluarga PTS yang telah berkorban masa dan tenaga mengendalikan gerai PTS sepanjang masa dari jam 10pg hingga 9mlm, Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2005 ini mencatatkan pelbagai kenangan manis dan menggembiran. Walaupun penat bediri sepanjang hari dan melayani pelbagai karenah pengunjung, senyuman di bibir mereka tidak pernah lekang. Semoga PBAKL 2006 akan lebih 'bergegar' dengan sorakan dan persembahan dari Kumpulan PTS. Kumpulan Syarikat PTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menjadikan pesta buku antarabangsa KL 2005 ini cukup meriah buat PTS seperti penulis-penulis yang hadir, tetamu-tetamu istimewa, seluruh ahli keluarga PTS dan para pengunjung yang memeberikan sokongan kepada PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mempromosi buku-buku PTS kepada umum dan merapatkan hubungan dengan pembaca serta pengunjung Alamanda amnya. Hampir kesemua kakitangan pengurusan dan editorial Kumpulan Media PTS turut 'turun ke padang' bagi menjayakan program ini. Program yang ini berlangsung dari pukul 12.30 tengahari dan berakhir pukul 4.30 petang ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan buku dan penulisan. Beberapa orang penulis buku PTS turut serta memeriahkan acara yang disusun bersama orang ramai. Program ini dimulakan dengan aktiviti Forum Remaja bertakjuk "Bagaimana Menjadi Remaja Menarik" yang disampaikan oleh Sdr Ahmad Fadzli Yusof, Sdr Ahmad Naim Jaafar dan di pengerusikan oleh Pengurus PTS Millenia iaitu Sdr Fauzul Naim Ishak. Kedua-dua penulis tersebut berjaya memukau pengunjung-pengunjung MPH Alamanda khususnya golongan remaja untuk mendapatkan tip-tip bagaimana menjadi remaja yang berjaya dan menarik. Para ibubapa yang hadir turut mengambil kesempatan ini untuk meminta nasihat dan tip-tip yang boleh mereka gunakan bagi mepertingkatkan jatidiri anak-anak remaja mereka. Pengunjung juga manfaatkan masa yang ada untuk mendapatkan autograf kedua-dua penulis muda tersebut. Aktiviti diteruskan dengan sesi bicara buku "Askar Berjalan Kaki" oleh Mejar Mohammad Kayum dan di pengerusikan oleh Sdr Faris Hasbullah dari Unit Promosi & Media, Kumpulan Media PTS (Ibupejabat). Sesi ini cuba mencungkil rahsia dan pemikiran penulis buku iaitu Mejar Kayum. Beliau sudi berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapinya dalam menghasilkan buku tersebut. Bagaimana sebagai seorang askar infantri tetapi masih dapat meluangkan masa untuk menulis walaupun ketika dalam operasi. Buku tersebut berkisarkan pengalaman, kecekalan, pahit manis hidup beliau dari seorang anak yatim yang nakal hinggalah beliau dewasa dalam kehidupan sebagai seorang pegawai tentera. Askar Berjalan Kaki (versi remaja) adalah buku beliau yang pertama bersama PTS. Aktivti diteruskan dengan sesi ceramah penulisan "Bagaimana Menajdi Penulis Berjaya" yang disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Media PTS iaitu Pn Ainon Mohd. Beliau juga merukan seorang penulis yang sudah menghasilkan lebig 50 judul buku yang merangkumi bidang pemikiran, komunikasi, pembangunan diri, bahasa dan kamus. Didalam sesi ini Pn Ainon memberikan beberapa petua dan tip-tip bagaimana untuk menjadi penulis berjaya, panduan memilih penerbit yang dapat membantu kejayaan dan bagaimana bekerja dengan penerbit. Program sehari bersama PTS ini di akhiri dengan ceramah pendek "Bagaimana Mencari Maklumat" yang disampaikan oleh penulis buku 'Panduan Mencari Maklumat' iaitu Prof Madya Dr Yushiana Mansor dan Cik Irma Indayu Omar. Mereka memberikan beberapa nasihat dan panduan bagaimana bakal penulis boleh memanfaatkan teknologi informasi yang ada untuk mencari maklumat dan rujukan bagi menghasilkan buku yang baik. Para pengunjung yang hadir juga mendapat hadiah majalah 'Genius' dan 'I Remaja' percuma sumbangan sykt Sasmurni Bakti Sdn Bhd dan Berita Publishing Sdn Bhd. Turut serta dalam program sehari ini adalah pegawai-pegawai kanan MPH seperti Pengurus Pemasaran, Pengurus Cawangan MPH Alamanda, Eksekutif Kanan dan Pegawai Pemasaran. Unit Promosi & Media yang bertanggungjawab menguruskan program ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPH Bookstore, pengurusan, kakitangan & editorial PTS, serta individu-individu yang terlibat.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



“Kasih kepada semua makhluk di bumi, dan semua yang berada di syurga akan mengasihi kamu... ”. Itulah petikan hadis dan kata-kata nabi Muhammad yang disampaikan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah sebagai permulaan ceramah beliau. Menurut beliau yang merupakan pakar motivasi dan pembangunan diri yang terkenal, semua makhluk di bumi ini selain dari manusia memunyai perasaa kasih dan cinta kepada Allah. Kerana sifat kasih dan cinta itu lah juga ombak tsunami melanda manusia. Ianya sebagai peringatan agar manusia juga turut kasih dan sayang kepada Allah dan tidak lagi melakukan kemungkaran. Bagi cinta sesama manusia, seharusnya ia tidak di selaputi perasaan hawa nafsu dan materialistik semata-mata. Manusia yang ingin mendapat cinta dan kasih sayang yang berpanjangan juga perlu mencari pasangan hidup yang sekufu. Sekufu ini tidak hanya bertumpu kepada latar belakang pendidikan, hobi, darjat keturunan dan sebagainya, tetapi juga kepada nilai-nilai yang boleh di kongsi bersama. Sebagai contoh, walaupun seseorang itu mempunyai latar belakang pendidikan berbeza, tetapi mereka mempunyai sumber pendapatan yang seimbang, itu juga boleh dikira sekufu. Beliau juga menambah dengan memetik kata-kata nabi Muhammad: “Perselisihan yang tidak membawa kepada bercerai berai adalah suatu kebaikan dan rahmat”. Menjawab soalan seorang peserta, Dato’ Fadzilah yang merupakan Pengarah Eksekutif, Excell Training & Consultacy dan penulis beberapa buah buku motivasi itu berkata, pepatah Melayu ‘perigi mencari timba’ hanya sesuai pada era 30-40 tahun dahulu. Ini kerana pada zaman yang maju dan membangun seperti sekarang ini ramai wanita yang sudah meningkat usianya tidak berkahwin kerana kekangan kehidupan yang menuntut mereka menumpukan perhatian terlebih dahulu kepada pelajaran dan kerjaya yang juga menyebabkan kesukaran mencari pasangan sekufu. Walaupun begitu, menurut beliau lagi, wanita yang ingin mencari pasangan hidup perlulah berpandukan kepada ajaran dan panduan agama. Sebagai panduan menurut beliau juga, sebaiknya wanita yang ingin mencari jodoh itu meminta perantaraan orang lain seperti ayah, pakcik dan sebagainya yang boleh dipercayai dan dihormati. Beliau juga membawa contoh nabi Muhammad di pinang oleh isterinya Siti Khadijah melalui seorang wakil. Walaupun Siti Khadijah lebih tua usianya dari nabi Muhammad ditambah pula dengan kedudukannya tinggi dan berharta, beliau tetap sekufu dengan nabi Muhammad yang kaya dengan peribadi mulia dan bijaksana lebih-lebih lagi merupakan seorang nabi kepada semua umat manusia. Ceramah yang mengambil masa sejam ini dianjurkan oleh PTS selaku penerbit buku-buku Dato Dr Fadzilah Kamsah adalah sempena bulan promosi buku-buku kasih sayang yang di adakan dengan kerjasama MPH Bookstore Sdn Bhd. cawangan Mid Valley Megamall pada hari Ahad 20 Februari lepas. Selain dari Dato Fadzilah, dua orang penulis bersama buku-buku yang juga mentee beliau iaitu puan Noralina Omar (buku soal jawab pra-perkahwinan) dan puan Syaidatun Nazirah (buku Psikologi Cinta) turut hadir dan memberi beberapa tip-tip ringkas berkenaan cinta dan kasih sayang. Kedua-dua buku itu habis dijual pada hari tersebut dan sedang diulang cetak oleh penerbit.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pada 29 Januari 2005, PTS dengan kerjasama Maktab Perguruan Islam Bangi (MPI), telah mengadakan bengkel penulisan buku-buku ilmu umum. Bertempat di Pusat Sumber Al-Ghazali, MPI, bengkel ini dihadiri oleh 27 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah MPI dan guru-guru pelatih. Tn. Hj. Sasman Hj. Yasir , Timbalan Pengarah MPI telah meluagnkan masa untuk merasmikan bengkel ini.

 

Bengkel sehari ini di kendalikan sepenuhnya oleh En. Nazrul Samsudin, Pengurus, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan PTS yang bertanggungjawab menerbit buku-buku akademik.

 

Antara pengisian bengkel ini adalah seperti berikut:

 

§          dunia penerbitan di Malaysia

§          motivasi menulis

§          bagaimana menerbit buku dgn PTS

§          hak cipta

§          kaedah menulis berkesan (KJ Method)

§          bagaimana menurunkan indeks kebolehbacaan

 

Majoriti peserta bengkel ini memberi respon yang cukup baik terhadap bengkel ini. Rata-rata mereka komited untuk mempraktikan ilmu yang diperlajari ini untuk menjadi penulis yang berjaya.

 

Pihak PTS ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak MPI yang telah menganjurkan bengkel ini dan memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu memastikan industri buku ilmu dalam bahasa Melayu dapat berkembang pesat.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Aktiviti Penulis PTS bulan Februari 2005 1. Ceramah ‘Bagaimana Menjadi Penulis Berjaya’ & Klinik Penulisan oleh Pn Ainon Mohd, Pengerusi, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) * Klinik Penulisan dibuka untuk orang ramai yang ingin menjadi penulis. Klinik di kendalikan oleh Pengurusan Kanan, Kumpulan PTS. Tempat : MPH Alpha Angle Tarikh : 5 Feb 2005 (Sabtu) Masa : 3ptg – 4.30 ptg Tempat : MPH Mid Valley Tarikh : 13 Feb 2005 (Ahad) Masa : 3ptg – 4.30 ptg 2. Ceramah Penulis ‘Membina Hubungan Berkualiti’ oleh En Naim Jaafar, Penulis PTS, Konsultan dan Peguam. Tempat : MPH Mid Valley Tarikh : 12 Feb 2005 (Sabtu) Masa : 3ptg – 4.00 ptg 3. Open Doors – A Forum for Youth Book 'Being in Love and having a Relationship'- organised by MPH Fasilitator : Ahmad Fadzli Yusof (Resepi Kejayaan Untuk Remaja), Annie Naziah bt Hj Zamhari (Exec. Director of Sumbangan Abadi Sdn. Bhd.) Tempat : Book Cafe, MPH Mid Valley Tarikh : 18 Feb 2005 (Jumaat) Masa : 4.30 ptg – 5.30 ptg 4. Ceramah Penulis ‘Bercinta & Berkasih Sayang’ oleh Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Tempat : MPH Mid Valley Tarikh : 20 Feb 2005 (Ahad) Masa : 4.30 ptg – 5.30 ptg * Aktiviti-aktiviti ini terbuka untuk umum dan percuma. Untuk maklumat lanjut berkenaan bengkel aktiviti diatas sila hubungi En Faris (019-286 2600).

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Siri ceramah pendek penulis PTS yang diadakan pada 27 dan 28 November 2004 mendapat sambutan menggalakan dari pengunjung kompleks membeli belah Alpha Angle, Wangsa Maju, KL..

Ceramah ini dianjurkan oleh rangkaian kedai buku MPH Bokstores (M) Sdn Bhd cawangan Alpha Angle dengan kerjasama PTS. Siri ceramah ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti penulis tempatan yang disusun oleh MPH sepanjang tahun.

Aktiviti selama dua hari itu melibatkan empat orang penulis PTS dengan dua tema yang berbeza. Pada hari pertama, tema untuk ceramah yang diberikan adalah 'Petua-petua Keluarga Bahagia" yang disampaikan oleh Dr Robiah Hamzah dan Puan Noralina Omar. Tema untuk ceramah pada hari kedua pula adalah 'Tip-tip Pekerja Cemerlang" yang disampaikan oleh En Ahmad Fadzli Yusof dan En Naim Jaafar.

Setaip penulis mengambil masa antara 20-30 minit untuk menyampaikan itipati dan ringkasan dari buku mereka yang berkatian dengan tema yang di berikan.

Ceramah yang bermula pada pukul 2 petang itu berlansung selama kira-kira satu jam dan diadakan dilobi MPH. Selama dua hari itu juga, pengurusan MPH Alpha Angle memberikan potongan 10% untuk buku-buku yang ditulis oleh penulis yang terlibat.

Pengunjung MPH yang hadir juga tidak melepaskan peluang untukmengenali penulis-penulis dengan lebih dekat, bertukar-tukar fikiran dan pendapat, bergambar serta mendapatkan autograf mereka.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Pada 14/10/04 yang lalu, satu seminar penulisan akademik telah diadakan. Seminar anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd telah menarik minat ramai pensyarah dari pelbagi fakulti untuk turut hadir. Selain pensyarah dari pihak penganjur, turut hadir adalah pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Perubatan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti sains Sukan dan Rekreasi dan Akademi Pengajian Islam. Selain pensyarah jabatan, turut hadir pensyarah maktab, pelajar dan orang perseorangan.

Seminar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang. Turut diterangkan adalah Teknik Menulis untuk Orang yang Sibuk. Puan Sheena Kaur dari Fakulti Bahasa & Linguistik mengucapkan terima kasih kepada En. Fauzul & PTS kerana memberi satu bengkel yang merupakan `eye-opener' terutama kepada pensyarah-pensyarah sepertinya yang mempunyai banyak idea tetapi tidak mempunyai masa untuk membukukan idea-idea tersebut.

Bertempat di Bilik Didik, Fakulti Pendidikan bengkel ini menerima kehadiran peserta yang majoritinya adalah pensyarah. Antaranya dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Bahagian Fizik, Pusat Asasi Sains, Institut Sains Matematik, Jabatan Geologi, Bahagian Bionformatik, Unit Sains Kejururawatan, Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan, Jabatan Sains kesihatan Sekutu, Jabatan kejuruteraan awam, Jabatan perubatan Molekul, Jabatan Ukur Bahan.

Rata-rata peserta yang hadir melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada penganjur kerana mengadakan seminar penerbitan yang lain daripada biasa diadakan. Walaupun ada yang mempunyai urusan rasmi, mereka tetap memanfaatkan masa yang terluang mengikuti slot yang sempat dihadiri walaupun terpaksa keluar masuk seminar.

Maklum balas yang diterima juga amat memberansangkan. Dr. Loh Sau Cheong dari Jabatan Psikologi Pendidikan berkata, “Saya dapati bengkel tersebut amat menarik, memberangsangkan dan memberi banyak manfaat”. Mereka mencadangkan agar diadakan pula seminar adaptasi sebagai kesinambungan daripada seminar ini.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Alhamdulillah, program promosi 'Set Islam Kontemporari'-Koleksi Dr Danial Zainal Abidin selama dua hari pada 9 & 10 Oktober yang lepas berjalan dengan sempurna. Program ini mengambil kesempatan dengan terbitnya buku terbaru Dr Danial yang ke enam iaitu '7 Formula Individu Cemerlang'. Program selama dua hari ini bermula dengan sesi autograf dan bertemu pembaca di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, KL. pada pukul 3.00 ptg. Sesi selama satu jam ini di mulai dengan sedikit ucapan dan ceramah pendek oleh Dr Danial. Dalam ucapan beliau, Dr Danial menceritakan secara ringkas pengalaman beliau membuat kajian dalam bidang sains dan Islam. Cita-cita dan keazaman beliau untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dengan cara saintifik dan kesedaran beliau terhadap kekurangan pengetahuan sains oleh pendakwah Islam di Malaysia banyak mendorong beliau menerokai bidang ini. Cita-cita beliau ini menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Di Universiti Alexandria di Mesir selepas tamat sekolah menengah. Bertitik tolak dari situ dengan mengambil kesempatan mendalami ilmu-ilmu agama dari ulama-ulama terkenal di Mesir beliau membuat kajian ilmu-ilmu Islam. Dr Danial menggalakan khalayak yang hadir untuk mendalami bidang sains dan teknologi yang menurut beliau adalah bidang yang menarik dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Pengunjung-pengunjung MPH yang hadir menggunakan kesempatan kehadiran Dr Danial ini untuk mendapatkan autograf, beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan beliau. Pada sebelah malamnya, bertempat di Dewan Besar Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Gombak, Dr Danial berpeluang menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Keungulan Islam dan Cabaran'. Ceramah selama 2 jam itu dipenuhi oleh guru-guru, ibu-bapa pelajar sekolah al-Amin dan penduduk sekitar. Dr Danial dalam ceramahnya banyak menyelitkan kajian-kajian beliau berkenaan rahsia keunggulan dan kecemerlangan umat Islam sejak beribu tahun dengan beberapa testimonial dari saintis serta cendiakawan barat. Beliau juga mendedahkan cabaran yang merintangi umat Islam masa kini dan bagi mengadapinya mereka perlu bekalan 'IT' iaitu Ilmu dan Taqwa (mendekatkan diri kepada Allah). Rata-rata hadirin pada malam itu memberikan respon yang cukup baik. Menurut mereka, ceramah Dr Danial unik dan berbeza dengan ceramah yang biasa mereka dengar. Bagi mereka juga, ceramah Dr Danial yang disertakan dengan hujah sains dan bukti sejarah selain dari ayat-ayat al-Qur'an, hadis dan pendapat ulama besar amat jarang di amalkan dalam ceramah-ceramah agama di Malaysia. Kaedah ini merangsang minda mereka dan membantu menguatkan lagi keyakinan pendengar terhadap perkara yang disampaikan. Program promosi ini diteruskan dengan aktiviti diskusi terbaru Dr Danial iaitu buku '7 Formula Individu Cemerlang' yang diadakan keesokan hari pada 10 Oktober bertempat di MPH Midvalley Megamall, Kuala Lumpur. Diskusi ini dihadiri oleh Dr Danial, Prof Madya Dr Mizan Hitam dari UiTM sebagai pengulas manakala Saudara Ahmad Fadzli Yusof adalah moderator bagi diskusi tersebut. Diskusi yang berlangsung selama kira-kira satu jam ini berjaya menarik minat pengunjung-pengunjung MPH dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama. Mereka setia mendengar sehingga ke penghujung majlis. Dengan pengalaman yang luas sebagai penilai kajian ilmiah di UiTM dan pengulas buku di Segmen Iqra, Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Dr Mizan dapat mengupas dan memberi komen yang cukup menarik tehadap buku terbaru Dr Danial ini. Dalam majlis ini juga, Dr Danial banyak memperlihatkan kepada hadirin cerita, dorongan, idea disebalik penghasilan buku ini dan kekuatannya. Diakhir sesi bagi menjawab soalan Ahmad Fadzli berapakah 'bintang' yang hendak diberikan kepada buku ini, Dr Mizan menjawab "sebagai ahli akademik, saya tidak akan berikan 'bintang', sebaliknya saya akan berikan markah 'A -'. Markah tu sudah cukup tinggi untuk sesebuah tesis". Harapan Dr Danial buku ini akan menjadi dorongan dan motivasi pembaca untuk menjadi cemerlang. Buku ni bukanlah bersumberkan atau cedokan mana-mana buku motivasi barat tetapi menjadikan al-Qur'an dan hadis sebagai rujukan utama. Bagi pihak Unit Promosi & Perhubungan Media PTS, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program promosi ini khususnya Dr Danial Zainal Abdidin, seluruh kakitangan MPH Alpha Angle dan Midvalley Megamall, pengurusan SRI Al-Amin Gombak dan kakitangan PTS.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



MPH Bookstores dengan kerjasama PTS mengadakan sesi bersama penulis-penulis PTS di MPH Alpha Angle Shopping Centre, KL.

Sesi ini terbahagi kepada 2 siri dan tema tertentu. Beberapa orang penulis PTS yang tersohor dijemput untuk menjayakan program ini untuk memberi ceramah pendek, panduan dan tip-tip pembangunan diri berdasarkan buku-buku mereka. Pengunjung juga berpeluang beramah mesra, mendapatkan khidmat nasihat dan autograf penulis.

Temui penulis-penulis PTS pada masa dan tempat seperti berikut:

(1) Tema : Petua-petua Keluarga Bahagia
Tarikh : 27 / 11 / 2004 – Sabtu
Masa : 2.00 ptg – 3.00 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L.

Penceramah 1 : Dr Robiah K. Hamzah
Judul Buku : Membina Hubungan Berkualiti
Penceramah 2 : Noralina Omar
Judul Buku : Soal Jawab Pra-Perkahwinan


(2) Tema : Tip-tip Pekerja Berjaya
Tarikh : 28 / 11 / 2004 – Ahad
Masa : 2.00 ptg – 3.00 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L.

Penceramah 1 : Ahmad Fadzli Yusof
Judul Buku : 55 Petua Orang Berjaya, Mengurus Kerja & Waktu, Siri-siri Resepi Kejayaan
Penceramah 2 : Ahmad Naim Jaafar
Judul Buku :  Membina Karisma, Kuasa Karisma
Penceramah 3 : Mohd Nasir Markom
Judul Buku :  Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih, Mengajar Orang Dewasa Belajar, E.Q.

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai promosi dan hubungan media, En Faris Hasbullah di farish@pts.com.my atau telefon 019 2862600.


 

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Promosi 'Set Islam Kontemporari' dari koleksi buku-buku karya Dr Danial Zainal Abidin, MD, mewarnai aktiviti promosi PTS bulan Oktober ini. Dr. Danial bin Zainal Abidin, M.B.Ch.B. (Egypt) adalah Doktor Perubatan dan Konsultan Pembangunan Diri berpengalaman luas dalam bidang perubatan moden, pembangunan diri, perbandingan agama, penyelidikan Islam dan sains. Antara pelanggan utama beliau adalah Petronas Cari Gali, Telekom Malaysia, IKIM, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Kuala Lumpur International Airport, Tenaga Nasional Bhd, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain. Beliau adalah penyumbang tetap rancangan 'Rangsang Minda' Radio Malaysia Pulau Pinang dan mendapat anugerah 'Penyumbang Terbaik' tahun 2003. Dr Danial juga merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan sains dalam majalah I, sebuah majalah Islam terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Buku-buku tulisan beliau merupakan antara buku-buku yang paling laris pernah diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Set Islam kontemporari ini mengandungi buku-buku seperti: 1. 7 Formula Orang Berjaya (terbaru) 2. Empayar Minda Muslim 3. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi 1 & 2) 4. Kit Kombat Islam (Edisi 1 & 2) 5. Bahan Berdakwah untuk Remaja Moden (Edisi 1 & 2) 6. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad S.A.W.(Edisi 1 & 2) Bagi pembaca buku-buku tulisan Dr Danial, mereka mendapati suatu kelainan dari buku-buku agama yang biasa ada dipasaran. Ini kerana tulisan Dr Danial banyak memberi fokus kepada memberi pemahaman dan keunggulan ilmu-ilmu serta ajaran Islam melalui bukti-bukti sejarah dan sains moden yang diperakui oleh dunia barat. Segala persoalan-persoalan yang dibangkitkan dihuraikan dengan kupasan yang segar dan kontemporari. Maka tidak hairanlah setiap ceramah yang beliau sampaikan biasanya mendapat sambutan hangat dan dilimpahi oleh hingga ratusan pendengar yang dahagakan ilmu dan kelainan sama ada di masjid, universiti atau majlis-majlis ilmu. Pengetahuan beliau dalam Kitab-kitab agama lain seperti bible, vedas dan sebagainya juga memunkinkan beliau berdiskusi dan berhujah dengan kelompok bukan Islam dengan lebih berkesan. Dr Danial memperolehi ijazah perubatannya dari Universiti Iskandariah, Mesir. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu agama seperti syariah, tafsir, hadis daripada ulama-ulama Mesir yang terkenal termasuk Syeikh Muhammad Najib al-Muthi, seorang ulama hadis terkenal. Latar belakang beliau dalam bidang sains moden dan Islam ini membolehkan beliau membuat pelbagai penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu seperti perubatan moden dan Islam, perbandingan agama dan sebagainya. Sempena pelancaran buku terbaru beliau iaitu '7 Formula Orang Berjaya', PTS dengan kerjasama MPH Bokstores akan mengadakan beberapa program seperti berikut: Sesi Autograf dan Bersama Pembaca Tarikh : 9 / 10 / 2004 - Sabtu Masa : 3.00-4.30 ptg Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L. Majlis Diskusi Buku : '7 Formula Orang Berjaya' Tarikh : 10 / 10 / 2004 - Ahad Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg Tempat : MPH Bookstore, Midvalley Megamall, K.L. Wacana Ilmu : 'Keunggulan Islam & Cabaran'& Pameran Buku PTS Tarikh : 9 / 10 / 2004 - Sabtu Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm Tempat : Dataran Sekolah Islam Al-Amin, Batu 8 ½, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Selangor (* dengan kerjasama Sekolah Islam Al-Amin, Gombak) Penyertaan untuk aktiviti-aktiviti tersebut adalah terbuka kepada orang ramai dan diadakan secara percuma.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



•Bengkel Penulisan JIM Terengganu-PTS 7 Ogos 2004 Sek. Men.Islam Al-Amin, Dungun. •Bengkel Penulisan UiTM Terengganu-PTS dan Majlis Pelancaran Buku 9 Ogos 2004 Residence Resort Paka, Dungun. •Bengkel Penulisan JIM Kelantan-PTS 13 ogos 2004 Sek. Men.Islam Aman, Kota Bharu. Berita Usaha PTS menjejaki penulis diteruskan lagi. Kali ini team penyelidikan menjelajah Pantai Timur selama seminggu. Program ini bertujuan mengetengahkan karya para ilmuan ke dalam bentuk penulisan buku. Pelbagai usaha dijalankan termasuklah mengadakan bengkel penulisan sehari dan mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan penulis. Istimewanya jelajah kali ini adalah majlis pelancaran buku penulis PTS anjuran Unit Penulisan Akademik (UPENA) Universiti Teknologi MARA cawangan Terengganu. Jelajah bermula dengan bengkel penulisan bersama ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM) Terengganu. Bengkel sehari ini diadakan di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Dungun pada 7 Ogos 2004 mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran peserta pelbagai peringkat umur. Hasil daripada bengkel ini PTS dapati JIM Terengganu mempunyai kumpulan pengarang berkaliber yang tersendiri. Kebanyakan ahli yang hadir terdiri daripada profesional yang mempunyai latar belakang berbeza. Ada jurutera, pengurus, guru, Konsultan IT dan juga tidak ketinggalan remaja. Seterusnya pada 9 Ogos 2004 bertempat di Residence Resort Paka, Dungun diadakan bengkel kedua anjuran bersama UPENA UiTM cawangan Terengganu. Sambutan yang diterima begitu menggalakkan dengan kehadiran peserta bengkel melebihi kuota yang ditetapkan. Biasanya jumlah peserta bengkel dihadkan kepada 25 hingga 30 orang sahaja. Ini bagi memastikan matlamat bengkel tercapai. Namun begitu bengkel tetap diteruskan walaupun bilangan yang hadir dua kali ganda jumlahnya. Peserta terdiri daripada tenaga pengajar UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun dari pelbagai bidang. Antaranya, pengurusan, bahasa, sains komputer, pendidikan Islam, perakaunan, undang-undang dan lain-lain. Bengkel di UiTM Dungun ini bermula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 4.00 petang bagi memberi laluan kepada majlis pelancaran buku. Majlis ini mendapat sokongan daripada beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara yang hadir adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), wakil agensi usahawan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Terengganu), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ( Kelantan), Kelab Usahawan Muda Terengganu, Persatuan Kraftangan Terengganu dan Persatuan Kraftangan Kelantan. Antara buku yang dilancarkan adalah Sistem Akaun Praktikal (En. Wan Mohd Nazif Wan Nori), Tip & Teknik Menggunakan Microsoft Office & Internet (En. Wan Mohd Nazif Wan Nori), Mengurus Kos (En. Jamalludin Helmi Hashim), Mengurus Inventori (En. Jamalludin Helmi Hashim), Pengurusan & Teknologi Pejabat (En. Samsudin Wahab) dan Mengurus & Mentadbir Pejabat (En. Samsudin Wahab). Bengkel terakhir pada jelajah kali ini diadakan pada 13 Ogos 2004 bertempat di Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini anjuran bersama Jamaah Islah Kelantan (JIM). Seperti JIM Terengganu, JIM Kelantan juga tidak kurang hebatnya dari kumpulan pengarang yang terdiri darikalangan doktor, pakar perubatan, guru dan juga remaja. Waktu diantara bengkel satu bengkel dengan bengkel yang lain diisi dengan sesi pertemuan bersama penulis yang berminat menerbitkan buku bagi membincangkan dengan lebih lanjut usaha yang boleh dilaksanakan.sesi ini adalah salah satu daripada khidmat nasihat yang PTS sediakan untuk penulis. Pengisian bengkel Kebiasaannya bengkel penulisan sehari ini diadakan bermula jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Komunikasi dua hala digalakkan supaya peserta mendapat manfaat yang lebih dan PTS dapat menilai sejauh mana keberkesanan sesi yang diadakan. Antara sesi yang diadakan adalah pengenalan kepada dunia penerbitan, faktor dalam penulisan, motivasi menulis, teknik-teknik menulis buku dan isu-isu dunia penerbitan. Sesi- sesi ini biasanya dikendalikan oleh Pengurus Penerbitan PTS. Disebelah petang pula adalah sesi bersama Pengurus Editorial PTS yang menyentuh aspek kesalahan tatabahasa yang selalu dikesan, bagaimana menurunkan indeks kebolehbacaan dan berkongsi pengalaman editor semasa mengedit buku. Daripada maklum balas yang diberi, kebanyakan peserta tertarik dengan pendedahan kepada ‘KJ method’. Melalui kaedah ini Pn. Ainon Mohd dan Prof. Abdullah Hassan berjaya menghasilkan banyak buku dalam pasaran. Pn. Ainon mengubahsuai penggunaan ‘KJ Method’ yang diperkenalkan untuk kegunaan para usahawan ke dalam bidang penulisan dan ini menjadikan bidang penulisan sesuatu bidang yang agak mudah untuk diceburi oleh semua orang. Apa dia ‘KJ method’ ? Apakah indeks kebolehbacaan? Bagaimana mengurangkan indeks kebolehbacaan? Sesiapa yang berminat untuk mengetahui jawapan boleh mengadakan kerjasama dengan PTS dalam menganjurkan bengkel penulisan seperti ini supaya idea tokoh-tokoh penulis ataupun sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan akan dapat diketengahkan kepada masyarakat serta dapat memperbanyakkan bahan bacaan berilmu dalam Bahasa Melayu. Diharapkan melalui penganjuran bengkel penulisan ini akan dapat melahirkan bakal-bakal penulis di kalangan ilmuan di luar sana. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menulis kepada Eksekutif Penerbitan, Cik Mas Ayu .

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Baru-baru ini pada 15/8/2004 bertempat di Bookers Room di MPH Bookstores, One Utama Megamall, satu jamuan ringkas diadakan untuk penulis-penulis tempatan. Majlis tersebut adalah anjuran rangkaian kedai buku MPH Bookstores Sdn Bhd (MPH) dan diadakan sempena bulan penulis tempatan 2004. Seramai tidak kurang daripada 40 orang penulis-penulis tempatan yang buku-buku mereka dijual oleh MPH telah dijemput seperti Dato' Ismail Nor (Work With Me), Hishamuddin Rais, Chong Sheau Chin (Stories for My Mother), Lilian Too (Basic Feng Shui) dan ramai lagi PTS diwakili oleh pegawai Unit Promosi & Publisiti bersama beberapa orang penulis muda PTS yang prolifik seperti saudara Ahmad Fadzli Yusof (Mengurus Kerja dan Waktu), saudara Ahmad Naim Jaafar (Membina Karisma) serta saudara Ashadi Zain (Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan). Menurut eksekutif pemasaran MPH, Cik Emma Abbas, majlis ini bertujuan merapatkan hubungan dikalangan penulis tempatan dan bertukar-tukar pandangan. Mereka juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat bagaimana menulis dan menghasilkan manuskrip yang baik dari penulis-penulis yang berpengalaman. Menurut Emma juga, majlis pada kali ini adalah yang kedua dan terbesar pernah dianjurkan oleh MPH. Pada tahun lepas mereka hanya menjemput tidak sampai 10 orang sahaja. Memandangkan jumlah penulis tempatan semakin bertambah, MPH bercadang untuk menjadikan majlis ini setiap tahun dengan jumlah jemputan yang lebih ramai. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu berlangsung selama hampir 3 jam. Diakhir majlis setiap penulis diberi peluang bercakap kepada hadirin. Ada penulis yang bercerita pengalaman pertama menulis, ada yang memberi nasihat kepada mereka yang ingin berkarya dan ada juga yang mengadu perihal buku mereka tidak mendapat publisiti dan diletakkan ditempat tersorok di rak buku MPH. Mereka mencadangkan agar menerbitkan buku dengan penerbit antarabangsa seperti penerbit John Wiley, Thompson dan lain-lain supaya buku mereka di iktiraf diperingkat antarbangsa atau setidak-tidaknya seseorang penulis itu perlu menjadi terkenal terlebih dahulu bagi melariskan jualan buku mereka. Namun, bagi kebanyakan hadirin, mereka menulis bukanlah bagi mendapatkan sumber pendapatan yang lumayan tetapi sebagai satu medium untuk menyebarkan ilmu dan pandangan atau idealisme mereka kepada orang ramai. Walau bagaimana pun, rata-rata penulis yang hadir melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada MPH kerana menganjurkan majlis seumpama itu. Mereka berpeluang bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea untuk memperbaiki atau menghasilkan karya berikutnya. Mereka juga mencadangkan agar majlis seumpama ini diadakan setiap tahun dengan dijemput lebih ramai lagi penulis tempatan. Dikalangan hadirin, penulis PTS menjadi tumpuan kerana mereka sahaja yang komited menghasilkan buku-buku dalam bahasa Melayu dan tidak bermasalah dengan penerbitan serta jualan buku-buku mereka dalam usia yang muda berbanding dengan penulis-penulis lain.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Alhamdulillah sudah selesai lawatan kerja ke Pantai Timur. Lawatan ini memberikan seribu satu kepuasan dan kegembiraan kepada saya. Perjumpaan dan perbincangan yang dibuat di sana menggambarkan bahawa di pantai timur tidak kurangnya karyawan yang berkarya. Tahniah diucapkan kepada para penganjur bengkel di sana, terutamanya kepada kumpulan En.Jamaludin dan En. Wan Mohd Nazif yang berjaya menganjurkan suatu bengkel yang memberikan impak baik kepada komuniti UiTM Dungun. Selepas bengkel tersebut, beberapa orang pensyarah sudah menghubungi saya dan memberikan komitmen untuk menghasilkan buku. Alhamdulillah. Bengkel JIM Terengganu dan JIM Kelantan juga tidak kurang hebatnya, masing-masing mempunyai kumpulan pengarang berkaliber yang tersendiri. Kebanyakan ahli yang hadir di sana adalah di kalangan jurutera, doktor, pakar perubatan, guru dan juga tidak ketinggalan golongan remaja. Kesemuanya mempunyai perjuangan yang jelas iaitu menyebarkan dakwah islamiyyah. Alhamdulillah. Diharapkan tahun hadapan sasaran PTS bagi menerbitkan sekurang-kurangnya 250 buku menjadi kenyataan. Insya'Allah. Tahniah sekali kepada semua.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Beberapa bengkel penulisan yang dianjurkan oleh tim divisyen penerbitan PTS akan diadakan di pantai timur pada bulan Ogos ini. Tim ini yang diketuai oleh Pengurus Kanan Penerbitan, En Fauzul Na'im Ishak, juga membuka klinik penulisan bagi memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan rundingan untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Tarikh-tarikh untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut. 7 Ogos 2004 : Bengkel Sehari Penulisan Dakwah anjuran Jamaah Islah Malaysia Caw. Terengganu di Sekolah Al-Amin, Dungun, Terengganu 8 Ogos 2004 : Berada di UiTM Dungun 9 Ogos 2004 : Bengkel Penulisan Ilmiah dan Akademik bersama pelancaran 'Buku Untuk Usahawan' Anjuran Unit Penerbitan Akademik (UPENA) UiTM kampus Dungun dengan pihak PTS. Selain daripada para pensyarah, majlis pelancaran ini akan dihadiri juga oleh beberapa wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu serta wakil-wakil daripada agensi usahawan seperti DPMMT, DPMMK, Kelab Usahawan Muda Kemaman, Kraftangan Terengganu dan Kelantan. 10 Ogos 2004 : Berada di UiTM Dungun 11 hingga 12 Ogos 2004 : Berada di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Caw. Kubang Kerian, Kelantan

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Sempena Kempen Kesedaran Pengarang Tempatan 2004 yang dianjurkan oleh MPH Bookstore Sdn Bhd (MPH), pakar motivasi dan pembangunan diri terkenal, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah akan meluangkan masa berada di cawangan kedai buku MPH Megastore One Utama di ibu kota untuk bertemu pengunjung.

Masa dan tempat aktiviti tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 5 September 2004 (Ahad)

Masa  : 2.30 petang hingga 3.30 petang

Tempat : One Utama di Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya

Kehadiran Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ini adalah atas undangan MPH yang turut menjual koleksi buku-buku beliau. Orang ramai dijemput hadir untuk turut serta dalam sesi ceramah motivasi pendek, beramah mesra dan mendapatkan tandatangan beliau. Mereka juga boleh mendapatkan koleksi buku-buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) di MPH cawangan tersebut atau mana-mana rangkaian kedai buku MPH di seluruh negara.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



5 hingga 8 Julai 2004 : Klinik Penulis PTS di Pesta Buku IPTA di USM Pulau Pinang. 9 Julai 2004 : Bengkel Penulisan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor 11 Julai 2004 : Bengkel Penulisan di Johor Bahru anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM) Johor. 26 Julai 2004 Taklimat Penerbitan Bersama Pensyarah Pusat Pendidikan Islam UiTM, pada pukul 11.00 pagi di Pusat Islam UiTM, Shah Alam. 31 Julai 2004 Bengkel Sehari Penulisan Remaja Anjuran Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur. Bertempat di bilik seminar, pejabat Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Lorong Selangor, Metro Melawati, Taman Melawati, Hulu Klang, Kuala Lumpur Maklumat lanjut berkenaan program sila hubungi bahagian editorial atau hubungi Cik Mas 09-2330485.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Lagi gambar-gambar sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2004.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Gambar-gambar sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2004.

Komen pengunjung:

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita