Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

Roziyah Mahamad — 24 Aug 2010 12:52 PM

Cetuskan perubahan di hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lagi dengan menyediakan Komik-M sebagai duit raya kepada kanak-kanak yang datang bertandang ke rumah.

Bagi Tuan Wan Zuhairi Wan Zainuddin, Pengurus Unit Komik-M, semua komik yang dikeluarkan oleh PTS sesuai dijadikan hadiah duit raya kerana komik keluaran PTS mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak.

"Komik-M sesuai kerana harganya yang murah. Tuan dan puan boleh mendapatkan Komik-M dengan nilai RM6.90 sahaja. Diskaun juga diberikan sekiranya komik-M dibeli di Bookcafe sendiri," jelas Tuan Wan Zuhairi.

Sekiranya sebelum ini kita hanya mendengar masyarakat memberikan duit raya sebagai Ang Pau setiap kali hari raya, melalui pemberian komik-M sebagai Ang Pau raya ini akan mengubah persepsi masyarakat.

Pemberian buku sebagai Ang Pau ini juga sekaligus bakal memberi manfaat kepada penerima kerana PTS mengamalkan Bahasa Melayu Tinggi(BMT) walau melalui komik.

Tuan Wan Zuhairi yang menceritakan pengalamannya memberikan komik bagi menggantikan duit raya berkata kanak-kanak ternyata gembira dengan pemberian tersebut.

"Pada mulanya mereka terkejut apabila saya memberikan komik-M bagi menggantikan Ang Pau. Namun akhirnya timbul rasa ingin memiliki kepada rakan-rakan yang lain. Ada juga yang mahukan lebih kerana suka dengan komik tersebut," jelas beliau lagi.

Komik-M ini juga sesuai diberikan kepada anak-anak yang tinggal jauh dari bandar bagi mencetuskan rasa ingin membaca dalam diri mereka.

Tuan dan puan boleh melakukan kelainan dengan memberikan komik-M atau buku-buku lain sebagai hadiah sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Komen pengunjung:

  1. harapan agama,bangsa dn negara
    25 Aug 2010
    10:34 AM

    saya x setuju dgn pengeluaran komik ni..sy x setuju dgn tajuk y dipaparkan..’‘baju raya syurga’‘,’‘kad raya dari syurga’‘.tajuk tu x sesuai..seperti memperalatkn syurga.seperti syurga ade keluarkan kad raya!!astaghfirullah.tukar nama lain.

  2. najah
    25 Aug 2010
    10:40 AM

    tahniah..sangat menarik.. akan segera memilikinya..

  3. atie
    25 Aug 2010
    6:59 PM

    macam mana nak beli Komik Raya nie? and kedai Bookcafe nie kat mana? thanks

  4. as-sahab
    26 Aug 2010
    12:34 AM

    Idea menarik, cuma lebih baik jika dapat dikurangkan kos senaskah. Mungkin boleh diwujudkan seleksi bagi harga yang berbeza mengikut kandungan muka surat,  halaman berwarna dan sebagainya. Yang penting mesej sampai kepada penerima angpau ;B

  5. spamjub
    22 Aug 2011
    11:12 AM

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen kena potong untung 1.90 kalau dpt diskaun 35% ..untung peniaga marhen ialah 2.40 tolak 1.90 jadila 50 sen. tak tahulah mengapa pembeli melayu nampak buku2 tempatan, lebih lagi buku agama spt tiada maruah. kalau buku rm65, mintak rm50, kalau rm15, mintak rm10… tapi kalau buku import, kinokuniya ke, mph ke…65.90.. pun sanggup bayar.. yg sen2 sekali..

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita