Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

Roziyah Mahamad — 15 Oct 2010 11:50 AM

Penulis novel remaja popular, Tuan Bahruddin Bekri mmbuat pembaharuan apabila menghasilkan novel yang mampu menjadikan pembacanya menjadi seorang penulis.

Novel terbaru yang akan terbit tidak lama lagi ini memaparkan kisah seorang penulis yang kecewa dengan hasil tulisannya.

Tuan Bahruddin Bekri yang bercerita mengenai hasil tulisan terbaru beliau berkata novel ini mengenai seorang lelaki yang berjumpa dengan sasterawan setelah kecewa dengan hasil tulisan beliau.

"Apabila lelaki itu bertemu dengan sasterawan terbabit, sasterawan itu menyuruhnya berjumpa dengan 5 manusia yang berbeza. Lelaki itu hanya boleh bertanya satu soalan sahaja.

"Dia hanya boleh bertanya 'Apa yang kamu buat dan mengapa kamu buat?" kata Bahruddin yang menjelaskan keunikkan karya terbaru beliau.

Dalam masa yang sama, lelaki terbabit diarahkan oleh sasterawan itu bagi melatih seorang wanita yang tidak dibenarkan keluar daripada rumah dan langsung tidak tahu menulis.

"Wanita itu mengalami alahan yang teruk terhadap lebah (Anaphylaxis) dan boleh membawa maut. Jadi wanita terbabit tidak dibenarkan keluar rumah," jelas beliau lanjut.

Novel bertajuk Penulis yang DIsayangi Tuhan ini memaparkan cabaran yang perlu dihadapi lelaki terbabit apabila terpaksa mengajar wanita yang tidak tahu menulis langsung.

"Saya hasilkan novel ini agar dapat mengajar pembaca di luar menulis," kata Tuan Bahruddin lagi.

Novel yang akan terbit tidak lama lagi ini juga memaparkan mengenai kehidupan watak utama di rumah setinggan. Lebih menarik apabila watak tinggal di kawasan pendatang tanpa izin dan dia dianggap penduduk sekitar sebagai polis di situ.

Tuan Bahruddin Bekri juga sedang menhasilkan sambungan Diari Mat Despatch. Melalui Diari Mat Despatch siri kedua ini, Bahruddin Bekri memaparkan situasi Rayyan iaitu watak utama yang mencari penyelesaian bagaimana menjadi lelaki yang baik.

Beliau yang menghasilkan 11 novel bersama PTS ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Tuan dan puan juga boleh mengikuti perkembangan terkini Bahruddin Bekri melalui facebook di  Bahruddin Bekri FC

Komen pengunjung:

  1. Khair Zawawi
    15 Oct 2010
    12:16 PM

    Beliau kini memang menjadi idola ramai.
    Saya sendiri juga meminati penulisan beliau.
    Novel-novel yang telah beliau hasilkan juga yang berunsurkan komedi kehidupan banyak memuatkan nasihat-nasihat dan pengajaran yang memang bersesuaian untuk pembaca pelbagai peringkat umur.
    Bahruddin Bekri terbaik!

  2. Huda Engku
    15 Oct 2010
    1:05 PM

    Tak sabar menunggu buku-buku baru daripada Tuan Bahruddin smile

  3. Fukuchan
    15 Oct 2010
    1:36 PM

    Hebat….

  4. Yushaslina Yusop
    15 Oct 2010
    7:48 PM

    Saya amat berharap, suatu hari nnt saya dapat menjadi penulis seperti Tuan Bahruddin Bekri.

  5. Ahmad Fairoz
    16 Oct 2010
    1:44 PM

    Pertanyaan di dalam novel itu seperti satu soalan di dalam filem hebat ‘The pursuit of happiness’

    Moga karya itu juga akan menjadi karya hebat.

    saya akan nantikannya..

  6. SITI RAHMAH MOKHTARUDDIN
    19 Oct 2010
    1:03 AM

    Karya yang akan sentiasa dinantikan!
    Saya selalu memastikan saya tidak pernah terlepas dari memiliki karya Tuan Bahruddin Bekri sebaik sahaja karya-karyanya diterbitkan dan alhamdulillah, saya sempat memiliki semua karya beliau sebelum semuanya habis dari rak ‘bestseller’ di kedai buku.

    Terus berusaha, Tuan Bahruddin Bekri! Saya suka tulisan tuan!

  7. Syazwan Wan Daniial

    18 Apr 2011
    4:20 PM

    tahniah kerana tuan berjaya menarik minat saya untuk membaca.

  8. Insan Melankolik
    07 Jun 2011
    9:54 AM

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita