Peraduan Mengulas Buku PTS

Roziyah Mahamad — 23 Jun 2010 1:02 PM

Anda peminat tegar buku terbitan PTS? Anda memiliki koleksi buku PTS yang bertimbun-timbun di rumah?

Mari kongsikan pendapat, komen, perasaan anda terhadap buku PTS yang sudah anda baca.

Sertai Peraduan Mengulas Buku PTS bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2010 ini.

12 pemenang akan dipilih pada setiap minggu berdasarkan 4 kategori ulasan buku. Hadiah berupa buku-buku terbitan PTS menanti pemenang. PTS juga menyediakan 3 hadiah istimewa kepada pengulas yang paling banyak mengulas buku-buku PTS sepanjang peraduan ini.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Anda cuma perlu lawati laman web PTS di www.pts.com.my. Kemudian, cari buku yang ingin diulas dan tulis ulasan anda di ruang yang disediakan.

Tunggu apa lagi? Sertailah peraduan julung-julung kali diadakan ini dan jadilah salah seorang daripada 60 orang pemenang hadiah mingguan.

 

Tempoh Peraduan
Peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula dari 27 Jun - 31 Julai 2010. Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

  • Minggu Pertama : 27 Jun-3 Julai
  • Minggu Kedua    : 4-10 Julai
  • Minggu Ketiga    : 11-17 Julai
  • Minggu Keempat: 18-24 Julai
  • Minggu Kelima   : 25-31 Julai

 

Kategori Ulasan Buku

Novel Remaja & Kanak-kanak

Novel Dewasa

Komik

Bukan Fiksyen

 

Hadiah

Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:

1. Hadiah Mingguan
Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi setiap kategori ulasan buku. Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:

  • Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50
  • Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40
  • Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30

 

2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.

 

3 hadiah utama seperti berikut:

  • Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200
  • Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150
  • Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100

 

* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

 

Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan

Pemenang mingguan bagi setiap kategori akan diumumkan sebagaimana berikut:

Pemenang Minggu 1: 6 Julai 2010

Pemenang Minggu 2: 13 Julai 2010

Pemenang Minggu 3: 20 Julai 2010

Pemenang Minggu 4: 27 Julai 2010

Pemenang Minggu 5: 3 Ogos 2010

 

Pengumuman Pemenang Hadiah Terkumpul

Pemenang hadiah terkumpul akan diumumkan pada 3 Ogos 2010

 

Cara
1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my

2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.

3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.

4) Klik pada tab ulasan pembaca.

5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah.

6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.

7) Kemudian klik hantarPanel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.

8) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.

9) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.

 

Syarat

1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.

2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.

3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.

5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.

6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

Komen pengunjung:

  1. welma laanda
    23 Jun 2010
    5:17 PM

    Boleh tidak jikalau 150 patah perkataan smile

  2. Nazrul Samsudin

    24 Jun 2010
    10:42 AM

    Salam. Cik Welma,

    Terima kasih kerana berminat menyertai peraduan yang PTS anjurkan ini. Had minimum yang kami tetapkan ialah 100 patah kata dan tiada had maksimum. Jadi Cik Welma boleh buat ulasan 150 patah kata.

    Terima kasih.

  3. Azzah AR
    24 Jun 2010
    12:26 PM

    Saya suka!

  4. ainhany
    24 Jun 2010
    1:28 PM

    salam

    Bagaimana nak untuk mengira bil 100 patah perkataan secara pantas. Anggaran satu muka surat? dengan saiz 12 ??
    terimakasih

  5. welma laanda
    24 Jun 2010
    2:54 PM

    Salam aihanny,
    Jikalau cik menggunakan MS Word 2007, boleh dilihat di bahagian tab bawah, ada dinyatakan di situ berapa jumlah perkataan yang cik sudah taip.
    Harap dapat membantu *_*

  6. welma laanda
    24 Jun 2010
    2:57 PM

    Saya beri contoh di sini :

    Jikalau saya taip menggunakan Times New Roman, Font 12, double spacing, ia mungkin separuh A4.

    Contoh di bawah ini adalah 100p/p:

    “Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh penjajah telah menyebabkan wujud jurang perbezaaan antara kaum di Malaysia sebelum kemerdekaan lagi. Jurang ini jelas ketara boleh dilihat dari segi cara hidup, sosio ekonomi dan pendidikan. Perbezaaan ini jikalau tidak cuba dikurangkan jurangnya boleh menyebabkan implikasi yang tidak baik untuk perkembangan negara. Justeru itu selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerja-kerja penyatuan rakyat yang berbilang kaum menduduki agenda paling penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah dalam usaha membina sebuah negara yang aman dan maju.

    Oleh itu, sistem pendidikan yang mantap dilihat boleh menyumbang peranan yang besar terhadap perpaduan negara untuk”

  7. ainhany
    24 Jun 2010
    3:46 PM

    salam cik welma laanda,

    terima kasih atas info ini.    Ianya sangat membantu ..insyaALLAH saya akan cuba menyertainya.Semuga diberi kelapangan dan kemudahan olehNYA jua

  8. khairul mahyuddin
    25 Jun 2010
    4:48 PM

    Assalammualaikum Warga PTS,

    Saya juga berminat untuk menyertai pertandingan ini. Bolehkah saya menggunakan ulasan-ulasan buku-buku PTS terdahulu yang telah saya terbitkan di dalam blog saya?

    Dan saya rasa saya kenal Cik Welma Laanda dari sekolah rendah lama. Nampaknya Welma pun minat dengan bidang penulisan juga ya? smile

  9. Nazrul Samsudin

    25 Jun 2010
    5:39 PM

    Waalaikum salam.

    Tuan Khairul Mahyuddin,

    Tuan boleh gunakan ulasan-ulasan buku-buku PTS terdahulu yang tuan terbitkan dalam blog tuan itu.

    Terima kasih.

  10. itter
    25 Jun 2010
    9:08 PM

    salam,
    ainhany…untuk mengira jumlah perkataan yang ditaip:


    (Untuk Windows 7): selepas menaip ulasan, klik button ‘review’, kemudian pilih icon ‘word count’. satu box akan keluar mengatakan jumlah perkataan karangan anda.

  11. Izznoor
    28 Jun 2010
    7:37 PM

    Tiada perkataan? Kalau begitu, saya bolehlah menulis sepanjang-panjangnya seperti menulis esei sejarah!

  12. Diana
    30 Jun 2010
    10:25 AM

    Assalammualaikum

    Saya berminat. Cuma ada sedikit kemusykilan.

    Adakah ulasan buku berdasarkan buku yang telah dibaca? Atau berdasarkan contoh bab & sinopsis buku yang dinyatakan.

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

  13. Helmi

    30 Jun 2010
    11:38 AM

    Waalaikumussalam Cik Puan Diana. Sebaik-baiknya ulasan berdasarkan buku-buku PTS yang telah dibaca.

  14. Noor Ferooza
    30 Jun 2010
    4:07 PM

    Ulasan kita akan jadi lebih menarik dan bermutu jika kita ulas buku yang kita dah baca..baru ada ‘feel’ grin

  15. Izzaty
    30 Jun 2010
    4:11 PM

    Salam..Ulasan itu bagaimana ye..Adakah seperti pengajaran yang kita perolehi dari buku tersebut?

  16. Izzaty
    30 Jun 2010
    4:14 PM

    Salam,,ulasan itu seperti pengajaran ke?

  17. DamiaFakhira
    03 Jul 2010
    8:57 PM

    Salam warga Pts….
    Damia ingin bertanya…
    ulasan buku yang telah dianjurkan ini bagaimana??Damia kurang memahaminya…..ulasan seperti pengajaran yang diperolehi atau bagaimana????

  18. Nurnasuha Mohd Fadzil
    04 Jul 2010
    8:54 PM

    Salam,Pts.
    Kalau boleh saya tahu,ulasan yang tidak melebihi 100 patah perkataan tidak dikategori sebagai peserta ke?
    terima kasih.

  19. Nazrul Samsudin

    06 Jul 2010
    10:08 AM

    Waalaikum salam.

    1. Kepada Cikpuan Izzaty dan Damia Fakhira,

    Ulasan buku itu bermaksud komen, kritikan, analisa sesuatu buku sama ada daripada segi bahasa, isi, persembahan, penyampaian, tujuan dan sebagainya yang berkaitan dengan buku itu.

    Ulasan buku bukan bermaksud menulis semula ringkasan, laporan, sinopsis buku.

    Peserta perlu membaca buku yang hendak diulas terlebih dahulu barulah mereka dapat mengulas dengan baik.

    2. Kepada Cikpuan Nurnasuha,

    Syarat bagi melayakkan pengulas menjadi peserta peraduan ini ialah perlu menulis ulasan tidak kurang daripada 100 patah kata.

    Sekiranya kurang, ulasan yang dihantar tidak diambil kira.

    Terima kasih.

  20. Nur Aminah Binti Khairudin
    06 Jul 2010
    2:16 PM

    kalau saya nak buat pembetulan kat ulasan yg saya buat, boleh x?
    tapi dah hantar…
    kalau nak hntr skali lgi bolh ke?

  21. Helmi

    06 Jul 2010
    3:27 PM

    Salam Cik Puan Nur Aminah,

    Ulasan boleh dihantar sekali lagi.

  22. Nurnasuha Mohd Fadzil
    06 Jul 2010
    6:12 PM

    Terima kasih pts.
    Nur Aminah Khairudin.Awak boleh menghantar sebanyak mana yang awak hendak.

  23. shahkangfg
    07 Jul 2010
    12:10 AM

    Salam

    saya pernah menulis ulasan buku PTS di sebuah buletin bukan komersial di luar negara (buletin persatuan online dan bercetak). Adakah boleh saya menggunakan ulasan tersebut untuk memasuki peraduan ini?

  24. Aiesya
    08 Jul 2010
    5:10 AM

    Saya nak tanya sedikit…
    orang yang dah menang pada minggu pertama boleh menang lagi ke??

  25. Farina
    08 Jul 2010
    3:45 PM

    askum.
    adakah setiap ulasan yg diberikan harus dinilai terlebih dahulu? tidak boleh diterima terus?

  26. Farina
    08 Jul 2010
    4:00 PM

    nak tanya sikit, boleh? Setiap ulasan mesti melebihi 100 perkataankah? kalau tidak melebihi 100 perkataan, adakah ulasan itu boleh diterima?

  27. Salma
    08 Jul 2010
    6:43 PM

    Macam mana saya boleh mengiklankan peraduan ini di blog saya sama sperti mengiklankan perduan ‘Saya Mahu Hadiah PTS’ di blog atau website2 yang lepas?

  28. Nazrul Samsudin

    12 Jul 2010
    12:53 PM

    Assalamualaikum.

    Saya jawab soalan daripada individu seperti berikut:

    1. shahkangfg: Tuan/puan boleh gunakan ulasan yang dihantar kepada buletin bukan komersil itu bagi menyertai peraduan mengulas buku PTS.

    2. Aiesya: Peserta yang sudah menang bagi minggu pertama tidak layak menang hadiah bagi minggu berikutnya. Tetapi peserta yang menang itu boleh hantar ulasan bagi minggu berikutnya sebanyak yang mungkin bagi melayakkannya menang hadiah utama iaitu peserta paling banyak hantar ulasan.

    3. Farina: Oleh kerana ini adalah peraduan, maka setiap ulasan yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu. Setiap ulasan perlu lebih daripada 100 patah kata baru layak menyertai peraduan.

    4. Salma: Cikpuan boleh salin sahaja banner kecil Peraduan Mengulas Buku PTS yang terpapar pada laman utama Portal PTS dan buat link ke page peraduan ini. PTS tidak sediakan apa-apa inisiatif seperti hadiah kepada pengiklan seperti peraduan yang lepas.

    Terima kasih.

  29. alia
    16 Jul 2010
    5:10 PM

    boleh tak kalau ulasan tu saya salin balik dari sinopsis buku tu???

  30. Nazrul Samsudin

    21 Jul 2010
    2:09 PM

    Cikpuan Alia,

    Menyalin balik sinopsis buku tidak dikira sebagai ulasan buku. Sebaiknya cikpuan tulis komen/ulasan sendiri selepas habis membaca buku.

    Terima kasih.

  31. norziea
    21 Jul 2010
    10:24 PM

    salam..hai, sy nk tnye ckit ni..hari 2 sy ada hntr peraduan “SAYA MAHU HADIAH” , ntah bulan brpe sy hntr pn dh lpe.mslhny skrg, sy xdpt ape2pn dr pihak pts..so, sy hrap pihak tuan dpt brikn pnjlsn k, cz dh lme dh sy hntr prduan 2..tq

  32. Web Sutera
    22 Jul 2010
    11:07 PM

    Sdr. Norziea, maaf saya menegur. Bahasa apa yang saudari guna? Minta tolong jangan dirogol bahasa Melayu yang indah.

  33. hisyam123
    24 Jul 2010
    12:10 AM

    Indahnya bahasa yang kamu gunakan, nak menegur orang, minta maaf dulu, suruh jaga bahasa yang indah, diri sendiri guna perkataan yang kotor, biasa sangat dengan perkataan tu? Dia tu perempuan tolonglah hormat. Kalau tak tahu hormat orang lain tak payah nak jadi duta bahasa. Kalau nak taksub pada bahasa memang boleh. Tapi ingat. Manusia perlu dihormati lebih daripada bahasa. Manusia berdosa dengan Allah dan dengan manusia, bukan dengan bahasa. Belajar jadi beradab.

  34. nawal
    25 Jul 2010
    8:15 PM

    salam pts.saya dah hantar ulasan buku Rindu & air mata di Ktziot.tapi kenapa tak ada pun?

  35. Salma
    29 Jul 2010
    7:24 PM

    Salam PTS,
    Alhamdulillah,saya sudah mendapat buku yang diinginkan kerana memenangi hadiah buku PTS RM50 tersebut..
    Namun,saya memilih 3 judul buku tetapi saya hanya mendapat 2 sahaja..
    Kenapa begitu?

  36. Salma
    31 Jul 2010
    7:08 PM

    Terima kasih PTS,saya sudah mendapat email tentang tersalah pandang senarai tu.
    Saya betul-betul tertekan sebab buku yang saya tidak terima tu adalah buku yang saya BETUL BETUL perlukan,sudah hampir 7 bulan saya menanti nak dapatkan buku tu..
    Syukran Jazilan PTS~uhibuhu~

  37. NOrziea
    03 Oct 2010
    9:25 AM

    Salam.. ada yang marah dengan saya ke?? minta maaf :’(

Berikan komen anda:



Komen Terkini

  1. Tidakku Duga Kau Pergi Jua

    cite menarik….

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  2. Penulis Perlu Diberi Lesen - Rais Yatim

    ok je

    oleh noor emylia pada 2011 08 28
  3. Komik-M Sesuai Jadi Duit Raya

    menarik tetapi harga yg tak sesuai kepada peniaga, hanya menguntungkan pts…dan syarikat besar spt borders,mph, popular… kalau peniaga marhaen, buku rm6.90 diminta diskau rm5 oleh pembeli, mudah bayar. peniaga marhaen…

    oleh spamjub pada 2011 08 22
  4. Pesta Buku Selangor: Booth PTS Sedia Kaunter Cabutan Bertuah

    nak tanya, ada tak buku buku untuk exam kakitngan kerajaan dijual?tq

    oleh norza pada 2011 06 24
  5. Novel Terbaru Bahruddin Bekri Jadikan Pembaca Sebagai Penulis

    Bagi yang membaca,saya harap novel karya Bahruddin Bekri kali ini memuaskan anda. Dan percayalah..tak rugi untuk mendapatkan novel yang penuh dengan pengajaran ini.

    oleh Insan Melankolik pada 2011 06 07

Kategori

Arkib Berita