
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 4 orang pembaca):




Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-983-3604-50-0
ISBN-10: 983-3604-50-1
Tarikh Terbit: 16 Nov 2007
Jumlah Muka Surat : 268
�Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit,� (Hadis riwayat Tirmizi)
Penghargaan
Kata Pengantar
Daripada Makna Keagamaan kepada Pembuktian Sains
Tentang Buku Ini
Bahagian 1 Anatomi Sistem Kekebalan Tubuh
Imunologik Fungsi Sistem Limbik dan Peranan Kunci Hipotalamus
Kelenjar Adrenalina dan Rembesan Kortisol
Kesan Kortisol pada Sistem IMUN Stres, Coping Mechanism dan Ketahanan Tubuh Imunologi
Komunikasi antara Sel dalam Sistem Imun
Sistem Ketahanan Tubuh Imunologik Gerak Balas Ketahanan Tubuh Non-Spesifik
Gerak Balas Ketahanan Tubuh Spesifik Protein Antibodi (Imunoglobulin)
Neuropeptida dan Sel Imunokompeten
Bahagian 2 Psikoneuroimunologi Solat Tahajud
Analisis Makna Islam Keseluruhannya
Niat Ikhlas dan Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Solat Tahajud
Solat Tahajud dan Keperluan Pemeliharaan Homeostasis
Fisiologi Nafsu dan Peranan Iman
Pola Ritma Sirkadian Fungsi Fisiologikal Pengamal Solat Tahajud
Psikoneuroimunologi Solat Tahajud
Bahagian 3 Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas Ketahanan Tubuh
Kerangka Konseptual Penyelidikan Reka Bentuk
Penyelidikan Gerak Balas Ketahanan Tubuh Imunologik Para Pengamal Solat Tahajud
Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas KetahananTubuh Imunologik
Menemui Parameter Ikhlas
Kesimpulan
Nota Hujung
Bibliografi
Biodata Penulis





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Ini hari ke-7 saya membelek, membaca, dan cuba memahami buku ini, Terapi Solat Tahajud karangan Mohammad Salleh. Semalam saya sudah selesai membacanya.
Kata penulis, buku ini memiliki satu semangat. Semangat yang mahu menajamkan kesedaran makna beragama dengan pembuktian sains.
Ini buku tesis. Ini buku ilmiah yang diberi nafas baru dan dipersembahkan untuk pembaca awam. Format penulisan tesis dibentangkan dengan kemas untuk diceritakan kepada pembaca tentang kajian ini.
Objektif utama kajian ini yang penulis mahu buktikan ada 2. Pertama, penulis mahu membuktikan penurunan hormon kortisol dengan melaksanakan solat tahajud. Kedua, penulis juga mahu membuktikan dengan menunaikan solat tahajud, akan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan manusia.
Kajian dilakukan di SMU Luqman Hakim, Pondok Pesantren Hidayatullah Surabaya yang melibatkan 41 pelajar baru sesi 1999/2000. Kumpulan pertama terdiri daripada lelaki, berumur 16-20 tahun, sihat jasmani dan rohani, tidak pernah melakukan solat tahajud dan bersedia menjadi sampel dengan menandatangani surat perjanjian manakala kelompok yang kedua pula ialah terdiri daripada mereka yang mengikuti atau menjalankan meditasi transendental seperti yoga, menjalankan wirid yang lazim dilakukan oleh pengamal tarekat, gagal menjalankan solat tahajud secara berterusan dan diketahui meminum ubat yang bersifat imunosupresif.
Hemoglobin, eritrosit, leukosit, hematokrit, BUN, kreatinin, SGOT dan SGPT diperiksa dan dipastikan melalui ujian darah yang dilakukan ke atas responden sebelum kajian bermula. Ini untuk mengetahui tahap kesihatan awal responden.
Mereka dikehendaki melaksanakan solat tahajud sebanyak 13 rakaat (2 rakaat solat iftitah, 8 rakaat solat tahajud dan 3 rakaat solat witir) , berwirid (Subhannallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Astarghfirullah, Allahummasalli ala Muhammad Wa ala ali Muhammad, La ila ha Illah sebanyak 200 kali) dan waktu mengerjakan solat tahajud ialah sekitar 2-3.30 pagi.
Buku ini bukan sahaja memberi pengetahuan baru kepada pembaca tetapi juga mengukuhkan keimanan kepada syariat Allah yang banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Sekali lagi Tuhan mengajar kita betapa Dia menjadikan setiap perkara, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya, sentiasa ada hikmah. Tiada satu pun sia-sia. Pembuktian sans melalui uijikaji yang dijalankan menunjukkan ibadah di dalam Islam bukanlah mendatangkan kebaikan dari sudut hubungan dengan Tuhan sahaja tetapi juga akhirnya manfaat itu kembali kepada manusia itu sendiri contohnya dari sudut kesihatan.
Namun begitu, kajian yang ditulis pada buku ini juga berjaya memberi satu pemahaman kepada berkenaan sikap ikhlas. Solat tahajud menjadi tidak bemakna tanpa niat yang ikhlas. Bukan solat tahajud sahaja, tetapi apa-apa sahaja yang kita lakukan, menjadi tidak bermakna tanpa niat yang ikhlas.