Ramadan: Tetamu Yang Dirindui

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 2 orang pembaca):

43211

Abdul Hadi Awang

Harga: RM 12.00 / RM 15.00
ISBN-13: -983-192-331-3
ISBN-10: 983-192-331-6
Tarikh Terbit: 10 Aug 2007
Jumlah Muka Surat : 136

Kategori: Islam, Fekah, Gaya Hidup, Islam Umum

PTS Islamika Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Inilah Akidah Muslim
    RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: -978-192-211-8
    ISBN-10: 983-192-211-5
    Tarikh Terbit: 29 Jan 2007
  • Beriman kepada Allah
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: -192-174-6
    ISBN-10: 983-192-174-7
    Tarikh Terbit: 16 Feb 2007
  • Islam dan Demokrasi
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-270-5
    ISBN-10: 983-192-270-0
    Tarikh Terbit: 29 May 2007

Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah:185)

1. Selamat Datang Ramadan 2. Apa Itu Puasa? 3. Sejarah Puasa 4. Suai Kenal Ramadan 5. Banyaknya Kelebihan Ramadan 6. Rahsia Puasa Ramadan 7. Hikmah Puasa 8. Peristiwa Besar pada Bulan Ramadan 9. Puasa Daripada Perspektif Kesihatan 10.Puasa Daripada Perpektif Psikologi 11.Bagaimana Cara Berpuasa? 12.Mengenali Puasa Wajib 13.Perkara Penting Sebelum Berpuasa 14.Ganjaran Bonus 15.Doa Orang Berpuasa 16.Apa yang Membatalkan Puasa? 17.Puasa Ganti 18.Kesimpulan: Puasa Dan Latihan Diri

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. Mohd Rasydan Fitri bin Mohd Baharin
    28 Jul 2010
    5:17 PM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Buku bersaiz kompak ini sesuai dibaca sepanjang masa, apatah lagi menjelangnya bulan Ramadhan. Kenapa? Antara sebabnya, buku ini merupakan semacam satu bahan ulangkaji yang baik, baik buat remaja mahupun yang dewasa. Kadang-kadang kita terlupa kepentingan, kelebihan serta falsafah di sebalik berpuasa. Malah mungkin ada yang masih belum fasih dengan sejarah berkenaan bulan yang mulia ini.

    Buku ini merupakan sebuah ringkasan yang padat yang menyeluruhi perkara-perkara yang perlu diketahui sebagai Muslim, juga sebagai persiapan menghadapi penghulu segala bulan ini. Selain huraian tentang maksud puasa dan asal-usulnya, terdapat sejarah yang berlaku di dalam bulan Ramadhan itu sendiri, ada pula penjelasan puasa dari sudut pandang kesihatan dan psikologi.

    Di suku akhir buku ini pula terdapat penjelasan fiqh, dari syarat-syarat wajib sehinggalah perkara yang patut dilakukan dan hanya boleh dicapai dalam bulan Ramadhan. Ada juga doa-doa ma’thur yang sudah tentu digalakkan untuk kita beramal dengannya.

    Saiz buku ini yang bersaiz kompak juga sangat sesuai dengan sifatnya sebagai ‘bahan ulangkaji’ yang ringkas tetapi padat. Cuma, ilustrasi kulit luarnya saya rasakan masih boleh dijadikan lebih menarik lagi. Ilustrasi di setiap awal bab sudah cukup baik . Bagi yang tidak sabar untuk menemui bulan ini dan tidak tahu bahan mana yang cepat untuk dibaca sebagai persediaan, buku ini mungkin dapat membantu, insya Allah.

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan