Si Bongkok Tanjung Puteri

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 5 orang pembaca):

54321

Abdul Latip bin Talib

Harga: RM 32.00 / RM 35.00
ISBN-13: 978-983-192-188-3
ISBN-10: 983-192-188-7
Tarikh Terbit: 15 May 2008
Jumlah Muka Surat : 576

Kategori:

PTS Fortuna Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Tariq-Menang ataupun Syahid
    RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-057-2
    ISBN-10: 983-192-057-0
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2007
  • Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-068-8
    ISBN-10: 983-192-068-6
    Tarikh Terbit: 16 Apr 2007
  • Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-116-6
    ISBN-10: 983-192-116-X
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2008

Novel ini mengisahkan perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri menentang Inggeris dan mereka yang dimusuhinya, berlatar belakangkan negeri Johor yang dahulunya dikenali dengan nama Tanjung Puteri. Tokoh realiti ini pernah menjadi sebutan di kalangan rakyat negeri Johor suatu ketika dahulu. Si Bongkok Tanjung Puteri sanggup berkorban nyawa dan harta benda demi mempertahankan tanah airnya. Namun seperkasa manapun fizikal dan semangatnya menentang kuasa penjajah, dianggap sebagai penderhaka yang namanya tidak tercatat dalam lipatan sejarah. 

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. HIZAMNUDDIN BIN AWANG
    02 Jul 2010
    2:19 AM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Pertama sekali, saya berpendapat kita patut meraikan kehadiran novel-novel sejarah sebegini dalam persada sastera tanah air kita. Novel sejarah memang amat kurang dalam pasaran, terutamanya untuk bacaan golongan dewasa dan professional. Jadi novel Si Bongkok Tanjung Puteri seharusnya dialu-alukan oleh kita semua.

    Paling ketara novel ini berlainan ialah kerana dialog-dialognya yang banyak, kurang penerangan sampingan bagi setiap plot. Tambahan pula setiap plot dan sub-plot disusun pendek tetapi padat.

    Walaupaun amat kurang penerangan tambahan bagi suasana dan setiap persekitaran yang wujud dalam plot, namun melalui dialog-dialog yang dipaparkan kita dapat melihat dan merasai sesuatu lokasi tersebut. Saya berkata begitu kerana dialog yang disediakan oleh saudara Abdul Latip Talib mantap dan mempunyai unsur penerangan tersendiri.

    Kepada khalayak yang tidak cenderung untuk membaca buku-buku sejarah berbentuk ilmiah, novel sejarah seperti Si Bongkok Tanjung Puteri merupakan alternatif terbaik bagi menjejaki perjuangan bangsa dalam memerangi penjajah.

    Tidak dinafikan bahawa penjajah Inggeris memainkan peranan penting bagi lebih mengeruhkan pergolakan politik dalam pentadbiran kerajaan Johor ketika itu. Niat jahat pihak Inggeris, seperti yang digambarkan dalam novel ini, ibarat menangguk di air keruh. Bukannya menyelesaikan perselisihan, malah mencurahkan minyak ke bara api. Saya kasihan dengan nasib Panglima Putih yang disebabkan peranan Inggeris, sanggup membunuh abangnya Si Bongkok. Pastinya perjuangan Si Bongkok ikhlas bagi membebaskan bangsanya dari dibelenggu Inggeris.

    Desain muka hadapan kurang menarik. Mungkin boleh diperbaiki untuk cetakan seterusnya. Harga agak mahal, namun kepada peminat sejarah seperti saya, beli tetap beli dan masih berbaloi.

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan