Buku ini saya tujukan untuk individu yang ingin dan sudah menceburi bidang bisnes. Kepada generasi baru diharap ter-dorong memilih kerjaya sebagai usahawan. Kepada yang sudah menceburi bisnes, diharap buku ini mencetuskan pelbagai ilham baru. Di dalam buku bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan tulisan Datuk Maznah Hamid, beliau berpesan, “Usah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebut peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.”
Prakata
Datuk Maznah Hamid
Datuk Khatijah Ahmad
Puan Sri Datin MazminNordin
Dato’ Dr. Zahrah Kadir
Datin Sharifah Anisah Tan Sri
Dato’ Syed Agil Barakbah
Dato’ Dr. Jannie Tay
Dato’ Farah Khan
Datin Mina Cheah Foong
Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir
Dato’ Hazimah Zainuddin
Datin Irene Gan
Datin Seri Cheryl Tan Bee Geok
Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan
Datin Dr. Clara Chee
Datin Dr. Rehana Kassim
Datuk Norida Hamzah
Nafisah Radin
Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Helen Read
Dr. Wang Kim Ha
Neeta Gosalia
Winnie Sin
Siti Fatimah Mohd. Shariff
Nancy Liew
Noraini Soltan Talib
Mariam Tun Sulaiman
Saliza Abdullah
Shahreen Kamaluddin
Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin
Datin Dr. Liana Low
Margaret Chin
Chung Lynn Mac Carpenter
Caroline Russell
Gaik Wong
Noor Asiah Dato’ Mahmood
Nancy Yeoh
Yeo Kim Luang
Rozita Ibrahim
Sosilawati Lawiya
Theresa Fong Nyok Yoon
Anita Ali
Anita Mohd. Nor
Margaret A. Kaloo
Dee Sidhu
Dr. Rosnani Sabtu
Hajjah Dina Nordin
Azizah Omar
Fauziah Karim
S. Leena Mary
Puteri Intan Zuraidah Abdul Rahman
Kata-kata Motivasi
Rujukan
Indeks
Memilih mentor dalam bisnes adalah perlu dalam meng-urus bisnes. Ia memberi motivasi kepada usahawan mencontohi sifat gigih mentor itu. Cerita berkenaan pengalaman dan cabaran bisnes usahawan itu dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada usahawan.
Seiring pembangunan pesat negara, peningkatan dan upaya usahawan wanita membanggakan. Terlalu ramai yang sudah berjaya melangkah jauh ke hadapan dan menguasai bidang-bidang bisnes yang dahulu dimonopoli kaum lelaki. Dengan sifat semula jadi wanita yang umumnya teliti dan prihatin, mereka berjaya membuktikan kebolehan setanding, malah ada yang lebih menyerlah berbanding kaum Adam. Namun tidak dapat dinafi-kan antara faktor penyumbang kepada kejayaan mereka adalah sokongan padu suami dan ahli keluarga. Tanpa sokongan kuat insan-insan itu sukar bagi wanita dapat menyeimbangkan kerjaya mencabar sebagai usahawan dengan peranan sebagai isteri, ibu dan ahli masyarakat.