Berkongsi Cerita Bersama Kami
Pembuka Bicara Hati
Bahagian 1: Syurga Dunia Alam Perkahwinan
- Apabila Si Isteri Menjadi Pujaan Hati
- Apabila Diseru, Berkahwinlah
- Berkahwin itu Proses Pilih Memilih
- Checklist Lelaki Memilih Pasangan
Bahagian 2: Tingkah Lelaki Moden Mencari Cinta
- Petanda Kekurangan dalam Membina Perhubungan
- Tarikan Rasa Membuat Aku dan Dia Menjadi Satu
- Cinta Pheromone
- Tempat-tempat Popular yang Menentukan Pertemuan
- Jarum Saat Berputar, Jarum Minit Bergerak
- Kuasa Pilihan Kita Berbeza
- Si Dia Kacak, Kaya dan Kelakar
- Langkah Pertama Langkah Gergasi
- Lelaki dan Cerita Gahnya
- Lelaki dan Rahsia Angka
- Tidak Perlu Susah-susah, Biar Saya Selesaikan
- Normal Bagi Si Dia Andaikan Sesuatu Mengenai Bakal Isteri
- Penderaan Cinta oleh Insan Bernama Lelaki
- Si Manis yang Beragama, Buatku Selesa
- Sudah Jodoh Tidak ke Mana
- Lelaki dan Kad Bisnes
- Ubat Hati Cari Cinta Baru
- Berkat Reda Ibu Bapa
- Mulakan Pertemuan yang Memikat Hati Orang Tua
- Kisah Dongeng dalam Perkahwinan
- Cinta Sebelum dan Selepas Berkahwin
- Duka dan Bahagia Sahabat Pasangan Bersama
- Lafaz Janji Komited Buat Si Isteri Bahagian
Bahagian 3: Sandaran Bahagia
- Apabila Bahagia Ada Sandarannya
Bahagian 4: Layanan Istimewa Buat Bernama Suami
- Siapakah Si Dia yang Bernama Suami
- Mengurut Ego Suami
- Dalam Diam Tingkah Lakumu Mengukuhkan Hatiku
- Diriku Memuliakan, Mentaati dan Menghormati
- Layanan Istimewa Buat Bernama Suami
- Mengisi dan Menunaikan Kemahuan Intim Suami
- Sayang, Abang Sudah Pulang!
- Kekasih Hati Cepat, Dekat dan Tepat
- Tip-tip Kebahagiaan Hafidzah Mustakim
- Kita Memuji Kita Memikat
- Kuasa Memuji Kuasa Pemikat Hati
- Lain Lelaki Lain Cara Dengarnya
- Sama Tetap Manis, Ditambah Menjadi Pahit
- Kisah Seorang Suami dengan Empat Isteri
- Takut Suami Berkahwin Lagi
- Satu Tempat Satu Cerita
- Si Dia Sukar Berenggang dengan Kawan Baiknya
- Suami dan Rahsia Warna Baju
Bahagian 5: Indah di Mata Dekat di Hati
- Masa Bernilai bagi Si Suami
- Apabila Suami Respons Ala Kadar Sahaja
- Saling Cerita Saling Berahsia
- Si Abang dan Sayang Saling Kongsi Cerita
- Pandai Bila Hendak Telefon, Tahu Bila Hendak SMS
- Intonasi yang Memikat
- Cemburu, Jangan Biar ia Memakan Diri
- Maaf dan Pikat Hatinya Semula
- Perhatian yang Menguntungkan
- Lapan Tip Mengawal Tabiat Buruk
- Sepuluh Tip Bebas Label Pasangan Mengongkong
Bahagian 6: Punca Si Dia Berjauh Hati
- Mengapa Si Dia Berjauh Diri
Bahagian 7: Rumah Itu Syurga Kita
- Rumah Itu Syurga Kita
- Tip Menyediakan Makanan dan Minuman untuk Famili
- Jom! Pantau Keselamatan Persekitaran Rumah
- Tip Menjaga Barangan Suami Semasa Ketiadaan Suami
Bahagian 8: Corak Warna Iman pada Kain Putih
- Jom Didik Anak-Anak!
Bahagian 9: Kita Saudara Dua Dunia
- Keyakinan Itu Magnet
- Menjadi Duta Ibu Bapa dan Keluarga Sendiri
- Penilaian Ibu Mertua Sampai ke Pengetahuan Si Dia
- Jenama Diri, Jenama Menantu dan Isteri Tersayang
Bahagian 10: Kisah Terindah Buat Hati
- Kekasih Abadi Ingatan Tetap Abadi
- Petua Kasih Petua Bahagia
- Di Sebalik Tabir Hidup Ali dan Fatimah
- Isteri Saya Selalu Berleter, Bantulah Wahai Pemimpin Negara
- Hendak Membina Cinta, Belajarlah Daripada Orang Lama
- Lelaki yang Lembut Hatinya Dek Semangat Perempuan
- Suha, Pendorong Pemimpin Besar Palestin
- Aku Terima Isteriku Buta, Pekak dan Bisu
- Tinggalkan Diriku Demi Cinta itu
Bahagian 11: Wahai Tuhan Dengarkanlah
- Kutadahkan Doa Menyeru KasihMu
- Membina Rumah Tangga yang Damai
- Lembutkan Hati yang Tersayang
- Doa Menghadapi Kerenah Manusia
- Memudahkan Urusan Hidup
- Doa Supaya Disayangi Pasangan
- Doa Meredakan Kemarahan
- Doa Mengharmonikan Hubungan Suami Isteri
- Amalan Menjaga Kesihatan Diri Demi Kebahagiaan Suami Isteri
- Amalan Doa bagi Menambah Kasih Sayang
- Doa Memohon Keampunan dan Rahmat untuk Diri Sendiri dan Ibu Bapa
- Amalkan Adab Doa Secara Sukses Penutup
Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membugar cinta tanpa sangsi. Teguh perjuangan nabi jadi cerita hidup hari ini. Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi. Bagaikan Khadijah pengorbanan buat pecinta agung yang membawa cinta terus pada ilahi.
Rencah kebahagiaan buat penguat hati terus dibongkar dahulu dan kini. Melihat bagaimana kehebatan wanita Muslimah yang teguh meneruskan apa yang diperjuangkan sang suami. Kehebatan itu terserlah dalam dunia kekeluargaan menyempurnakan perjalanan hidup dua pasangan.
Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.
Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah adalah strategi mencipta perjalanan hidup Muslimah sebelum dan semasa menjadi seorang isteri. Agar terserlah kehebatan isteri yang dikagumi dan diingati suami yang harum nama di bibirnya sebagaimana nama Khadijah terungkap indah di bibir nabi.
Sebuah buku perhubungan bersifat semasa dan kontemporari sesuai buat Muslimah moden. Dengan membawa bersama bayangan Khadijah dalam diri.
3 buku terbitan PTS tercalon dalam kategori Buku Bukan Fiksyen Anugerah Pilihan Pembaca 2010 POPULAR-Berita Harian. Buku-buku tersebut ialah:
- Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur
- HAMAS Pejuang Kota Suci Baitul Maqdis
- Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Bagi peminat-peminat buku PTS, marilah menyokong buku terbitan PTS dengan mengundi buku di atas.
Muat turun borang undian sekarang!
Maklumat & syarat adalah sebagaimana di bawah:
Objektif :
- Memberi Pengiktirafan /Penghargaan kepada Penulis Tempatan yang menghasilkan karya-karya bermutu.
- Menunjukkan bahawa “Popular Sokong Penulis & Karya Tempatan”.
- Menyuntik semangat agar Penulis menghasil karya-karya yang lebih Bermutu.
Kategori :
Terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-
- Novel (10 Judul)
- Bacaan Umum/ Bukan Fikysen (10 Judul)
Hadiah untuk Pemenang :
Penghargaan / Pengiktirafan:
Majlis penganugerahan akan diadakan di BookFest@Malaysia 2010.
Hadiah & Sijil Penghargaan :-
- Pemenang tempat 1 akan menerima hadiah / wang tunai Rm 1500 & Trofi & Sijil Penyertaan
- Pemenang tempat ke 2 akan menerima hadiah wang tunai Rm 1000 & Sijil Penyertaan
- Pemenang tempat ke 3 akan menerima hadiah wang tunai Rm 500 & Sijil Penyertaan
- Hasil karya yang dinobatkan sebagai pemenang akan dipamerkan di semua cawangan Popular Book Co seluruh Malaysia.
- 20 Buku yang dipertandingkan akan dipromosikan disemua cawangan Popular Book Co. sebelum dan selepas berlangsungnya pertandingan.
Kriteria :
Terdiri dari 2 kategori iaitu:
1. Novel :-
- Hasil nurkilan yang digarap oleh Penulis Tempatan didalam Bahasa Malayu
- Terdiri dari Novel / Fiksyen
- Diterbitkan oleh Penerbit Tempatan
- Merupakan buku Paling laris sepanjang Tahun 2009 di Popular Book Co.
2. Bacaan Umum :-
- Hasil nukilan yang digarap oleh Penulis Tempatan didalam Bahasa Melayu.
- Terdiri dari Bahan Bacaan Umum / Kisah Benar/ Politik/ Biografi/ Isu Semasa/ Sejarah/ Agama / Travelog/ Motivasi/ Pengurusan / Bisnes.
- Diterbitkan oleh Penerbit Tempatan
- Merupakan buku Paling laris sepanjang Tahun 2009 di Popular Book Co
Bagaimana cara untuk membuat undian :
- Pembaca boleh dapatkan borang undian menerusi akhbar Berita Harian yang disiarkan.
- Mendapatkan borang undian dari setiap cawangan Popular terdekat.
- Peserta perlu membuat undian dan juga menulis slogan (tidak lebih daripada 15 patah perkataan) pada ruangan yang disediakan dan mengisi dengan lengkap pada borang penyertaan.
- Borang yang telah diisi dengan lengkap boleh dihantar terus dimana-mana cawangan kedai buku Popular berhampiran atau hantarkan kepada:
Popular Book Co (M) Sdn Bhd
Bahagian Pemasaran,
No 8, Jalan 7/118B,
Desa Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Keputusan undian akan diberitahu melalui telefon yang dibuat oleh Popular Book Co.
Penghargaan untuk Pembaca yang membuat Undian:
Pembaca yang membuat undian akan menerima hadiah istimewa:
- 1 tahun-Kad keahlian Popular
- Baucer Popular bernilai Rm 50 ringgit X 100 Pemenang
Promosi :
Promosi : Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2010.
Tema : Baca Untuk Undi, Undi Untuk Menang.
Tarikh Promosi : 1.07.2010 hingga 30.09.2010.
Cawangan terlibat : Semua cawangan Popular seluruh Malaysia
Mekanik Promosi : Rebat 20% (bagi 20 tajuk yang tersenarai dalam promosi Pilihan Pembaca 2010- terbuka kepada semua pelanggan)
Majlis Penyampaian Anugerah :
- Majlis Penyampaian Anugerah akan berlangsung pada 06.09.2010 (Isnin)
- Bermula pada jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari.
- Bertempat di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvension Kuala Lumpur.