Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-983-3892-32-7
e-ISBN: 978-967-408-066-2
Tarikh Terbit: 20 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 280
Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Pendahuluan
Bab 1: Kelahiran
Bab 2: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Bab 3: Terkenang-kenang
Bab 4: Hukuman
Bab 5: Menaruh Harapan
Bab 6: Kasih Seorang Abang
Bab 7: Hidayah
Bab 8: Hati yang Pasrah
Bab 9: Juara Gusti
Bab 10: Muslihat
Bab 11: Penderitaan Yasir dan Keluarganya
Bab 12: Hanya Allah Tempat Berserah
Bab 13:Seteguh Karang
Bab 14: Mutiara Hitam Berharga
Bab 15: Hijrah
Bab 16: Masjid Nabi
Bab 17: Permata Hati Bilal
Bab 18: Perang Badar
Bab 19: Perang Uhud
Bab 20: Korban Perang Uhud
Bab 21: Muslihat Perang Khandaq
Bab 22: Kota Mekah Ditawan
Bab 23: Hati yang Ikhlas
Bab 24: Rasulullah Wafat
Bab 25: Bersama Khalifah Abu Bakar
Bab 26: Darah Pahlawan
Bab 27: Permata Hitam Rasulullah
Kisah Bilal bin Rabah yang menjadi juruazan, dan namanya digunakan hingga sekarang. Kisahnya diceritakan sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi terkenal di zaman Rasulullah. Penyeksaan Umaiyah terhadapnya tidak mematahkan semangat juang untuk menegak syiar Islam. Malah, menguatkan lagi iman sehingga berjaya dibebaskan sebagai hamba sahaya. Kekuatan fizikalnya berjaya mematahkan semangat lawan dan akhirnya berjaya membunuh Umaiyah yang pernah menjadi tuannya. Kasih Bilal kepada Rasulullah tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Kewafatan Rasulullah sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan beliau sehinggakan beliau tidak mampu melaungkan azan. Laungan azannya pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis.

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet