360-Degree Leader (Pemimpin 360-Darjah)

oleh John C. Maxwell

Harga: RM 30.00 / RM RM 33.00
ISBN-13: 978-967-5226-25-0
Tarikh Terbit: 1 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 376

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Dedikasi v

Penghargaan xi

Pengantar Penterjemah xiii

 

Bahagian I Mitos Memimpin dari Peringkat Pertengahan Organisasi

Mitos 1: Kedudukan

Mitos 2: Destinasi

Mitos 3: Pengaruh

Mitos 4: Tiada Pengalaman

Mitos 5: Kebebasan

Mitos 6: Potensi

Mitos 7: Diberi Kuasa ataupun Lupakan Sahaja

 

Bahagian II Cabaran Pemimpin 360-Darjah

Cabaran 1: Ketegangan

Cabaran 2: Kekecewaan

Cabaran 3: Memakai Banyak Topi

Cabaran 4: Ego

Cabaran 5: Tiada Kepuasan Bekerja

Cabaran 6: Visi

Cabaran 7: Pengaruh

 

Bahagian III Prinsip Pemimpin 360-Darjah Memimpin Pegawai Atasan

Prinsip 1: Pimpin Diri Sendiri dengan Baik

Prinsip 2: Ringankan Beban Bos

Prinsip 3: Sanggup Melakukan Kerja yang Orang Lain Tidak Mahu Lakukan

Prinsip 4: Jangan Urus Sahaja- Pimpin!

Prinsip 5: Memupuk Hubungan yang Serasi

Prinsip 6: Sentiasa Bersedia Semasa Berdepan dengan Pemimpin

Prinsip 7: Tahu Bila Perlu Mendesak dan Bila Perlu Mengalah

Prinsip 8: Menjadi Orang Harapan

Prinsip 9: Jadikan Hari Ini Lebih Baik

 

Bahagian IV Prinsip Amalan Pemimpin 360-Darjah Memimpin Rakan Sejawat

Prinsip 1: Memahami, Mengamal dan Melengkapkan Pusingan Kepimpinan

Prinsip 2: Utamakan Pemimpin yang Cekap, Bukan Menentang

Prinsip 3: Bersahabat dengan Mereka

Prinsip 4: Jauhi Politik Pejabat

Prinsip 5: Ramaikan Kenalan

Prinsip 6: Menangkan Idea yang Bagus

Prinsip 7: Jangan Berlagak Sempurna

 

Bahagian V Prinsip Amalan Pemimpin 360-Darjah Memimpin Orang Bawahan

Prinsip 1: Perlahankan Langkah Semasa Berjalan ke Dewan

Prinsip 2: Anggap Mereka Semua 10/10

Prinsip 3: Kembangkan Potensi Anggota Pasukan

Prinsip 4: Tempatkan Individu dalam Zon Kekuatan

Prinsip 5: Tunjukkan Gaya yang Kita Mahu Mereka Contohi

Prinsip 6: Memindahkan Visi

Prinsip 7: Beri Ganjaran Atas Pencapaian

 

Bahagian VI Nilai Pemimpin 360-Darjah

Nilai 1: Pasukan Pemimpin Lebih Berkesan daripada Seorang Pemimpin

Nilai 2: Pemimpin Diperlukan di Setiap Peringkat

Nilai 3: Berjaya Memimpin di Satu Peringkat Melayakkan Kita Memimpin di Peringkat Seterusnya

Nilai 4: Pemimpin yang Baik di Peringkat Pertengahan Menjadi Pemimpin yang Hebat di Peringkat Atasan

Nilai 5: Pemimpin 360-Darjah Memiliki Kualiti yang Diperlukan oleh Setiap Organisasi

Bahagian Bonus : Wujudkan Suasana yang Membolehkan Pemimpin 360-Darjah Beraksi

 

Nota Hujung

Mengenai Pengarang Buku Dr. John C. Maxwell

Sinopsis

Apakah soalan nombor satu yang sering diajukan kepada pakar kepimpinan John C. Maxwell semasa beliau mengadakan persidangan kepimpinannya? “Bagaimana boleh saya laksanakan apa yang di ajar sedangkan saya bukan pemimpin atasan?” Mampukah kita memimpin dengan baik sedangkan kita bukan orang penting? Bagaimana halnya sekiranya orang atasan adalah pemimpin yang lemah?

Jawapannya adalah boleh!

Selamat datang ke Pemimpin 360-Darjah. Orang yang ingin memimpin dari peringkat pertengahan organisasi menghadapi cabaran yang unik dan mereka sering diikat oleh mitos yang menghalang mereka daripada mengembangkan pengaruh mereka. Dr. Maxwell, salah seorang mentor kepimpinan yang disegani di seluruh dunia, memaparkan kepalsuan mitos ini yang menunjukkan bagaimana mengatasi cabaran dan mengajar tentang kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin 360-Darjah.

Sekiranya kita cuba memimpin dari pertengahan organisasi seperti kebanyakan profesional lain, maka kita memerlukan pandangan bernas Dr. Maxwell. Kita mempunyai peluang yang unik dalam usaha mempengaruhi orang lain dari semua arah – ke atas (hingga ke peringkat atasan), ke sisi (yakni rakan sejawatan) dan ke bawah (mereka yang anda pimpin). Yang bagusnya adalah pengaruh kita jauh lebih luas daripada yang kita sedari. Amalkan disiplin kepimpinan 360-Darjah dan kita tidak akan mengalami ketandusan peluang dalam organisasi, kerjaya dan kehidupan.

Info Penulis

JOHN C. MAXWELL adalah pakar kepimpinan terkemuka di Amerika Syarikat dan bercakap berkenaan kepimpinan kepada beratus ribu orang individu setiap tahun. Beliau pernah berkongsi prinsip-prinsip kepimpinannya dengan syarikat-syarikat Fortune 500, Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point dan juga organisasi-organisasi sukan seperti NCAA (Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan Amerika), NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika) dan NFL (Liga Kebangsaan American Football).
Maxwell mengasaskan beberapa organisasi, termasuk Maximum Impact, yang bertujuan membantu individu mencapai potensi kepimpinan mereka. Dan beliau juga sudah menulis lebih 30 buah buku, termasuk Developing the Leader Within You, Your Road Map for Success dan The 21 Irrefutable Laws of Leadership, yang sudah terjual lebih daripada satu juta naskhah.

Buku lain oleh penulis ini

  • The 21 Indispensable Qualities of a Leader: 21 Kunci Pemimpin Efektif
    RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-88-2
    Tarikh Terbit: 08 Apr 2008
  • 360-Degree Leader (Pemimpin 360-Darjah)
    RM 30.00 / RM RM 33.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-25-0
    Tarikh Terbit: 01 Jul 2009
  • Everyone Communicate, Few Connects (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-090-9
    Tarikh Terbit: 11 Mar 2011
  • How Successful People Think (Edisi Bahasa Melayu)
    RM RM14.00 / RM RM16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-092-3
    Tarikh Terbit: 06 Apr 2011
  • Make Today Count (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-091-6
    Tarikh Terbit: 06 Apr 2011

Temubual bersama penulis