Harga: RM 10.90 / RM RM12.90
ISBN-13: 978-983-3372-71-3
ISBN-10: 983-3372-71-6
Tarikh Terbit: 19 Jan 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Bantu Diri, Imej, Minda, Motivasi & Inspirasi, Islam, Gaya Hidup, Kesihatan, Kesihatan Umum
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.
Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.
Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.
Dr. Mohammad Ali Toha Assegaf lahir di Solo pada 10 November 1959. Beliau lulusan dari Fakulti Perubatan Universiti Diponegoro, Semarang pada Julai 1986. Sesudah itu, beliau melanjutkan pelajaran peringkat pascasarjana di Universiti Indonesia, Jakarta, dalam bidang Kajian Pentadbiran Hospital dan tamat pengajian pada Julai 1996.
Bagi memperkaya ilmu pengetahuannya, beliau menambah ilmu melalui kursus, bengkel dan seminar dari dalam mahupun luar negara. Antara kursus yang diikutinya adalah perubatan akupunktur, ATLS, ACLS, rawatan Reiki TuMo, perubatan barat dan tradisional, kursus Bahasa Arab dan Inggeris serta kursus perubatan dan pengurusan hospital yang lain. Pengendali Rumah Sihat Afiat ini mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perubatan. Antaranya di Kutai dari 1 Oktober 1986 hingga 3 Mac 1990, di Poliklinik Pekerja Depkes Pusat, Jakarta dari 3 Mac 1990 hingga 20 Oktober 1993, di RS Kanker Dharmais, Jakarta dari 20 Oktober 1993 hingga 29 Disember 2005 dan di RSUP Persahabatan, Jakarta dari 29 Disember 2005 hingga sekarang).
Selain aktif dalam dunia pekerjaan, beliau juga banyak menyumbang dalam pelbagai organisasi lain. Antaranya organisasi pelbagai kumpulan dalam hospital antara tahun 1993 hingga 2005, Pengarah Utama Klinik Pasutri, Jakarta antara 1998 hingga 2000, Ketua Umum Konsortium Indonesia Sihat antara 2001 hingga 2003, pembimbing kolum Sihat Islami dalam Majalah Sabili dari 2006 hingga sekarang, penyumbang bagi Sihat Ala Nabi di Indosat antara 2006 hingga 2007, penyumbang tip SMS Resepi Sihat Afiat dari 2009 hingga sekarang, penyumbang kolum Sihat Islami di Radio Dakta antara tahun 2006 hingga 2008, penyumbang bagi program Smart Healing di Radio RAS FM, Jakarta dari 2007 hingga sekarang, pengasas dan penggerak Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Pengembangan Kesehatan Islami atau LPPPKI dari 2006 hingga sekarang, perumus Herbal Medicine Propoten, ubat stamina semula jadi dan islami, pengendali laman web www.smarthealing.co.id dan pengasas Forum Komuniti Sihat Islami. Mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dapat menghubunginya di Rumah Sihat Afiat, Ruko Griya Cinere 2, JI. Limo Raya No. 3, Cinere, Depok, Jawa Barat ataupun e-mail ke: docmat59@yahoo.com.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet