
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 9 orang pembaca):




Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-983-3892-60-0
ISBN-10: 978-983-3892-60-0
Tarikh Terbit: 24 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 320
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami
Nisa wanita tabah.
Nisa pernah hilang arah. Jauh dari Allah. Namun, kasih sayang-Nya membawa Nisa kembali ke pangkal jalan. Pada saat Nisa menyedari hidayah Allah adalah anugerah terindah, Nisa berbisik kepada diri sendiri 'Maka nikmat-Nya yang manakah hendak aku dustakan?'.
Berpegang teguh kepada janji Allah dalam surah al Baqarah "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar", Nisa hadapi musibah dan ujian dengan penuh takwa dan redha. Dalam sujud dan doa mengiringi tahajudnya, Nisa memohon kepada Yang Maha Cinta untuk terus akur dengan ketetapan-Nya.
Di manakah penghujung ujian kesabaran itu?
Akulah Khalifah Khairunnisa S.Kep, M.Kep. Ns, Sp Mat. Aku tersenyum puas. Selalu bersyukur dan bersabar merupakan kunci untuk berjaya dalam hidup. Hidup adalah satu perjuangan. Terima kasih Allah, kerana bersamaku!





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
buku ni banyak membuka mata hati untuk lebih mendalami islam dan jgn mudah mengalah jika di timpa ujian atau musibah dari Allah s.w.t





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Saya kagum dengan watak utama iaitu Nisa yang sabar dalam merempuh cencah hidup. Ini membuktikan bahawa manusia tidak kesunyian dari dugaan hidup. Namun, saya lebih tertarik dengan ketabahan Nisa menguruskan suaminya yang sakit. Walaupun suaminya itu sakit, dia tetap setia. Susah untuk mencari wanita sebegitu pada zaman moden ini. Setelah dia bertabah dengan apa yang Allah takdirkan, akhirnya dia berjaya mencapai kejayaan. Bahasanya yang sederhana tetapi padat dengan ilmu-ilmu yang beguna. Saya tidak sangka buku ini walaupun nipis tetapi menarik perhatian saya untuk membaca sehingga penghujungnya. Jika ada sesiapa yang berasa dugaannya berat, jadikan buku ini sebagai sumber inspirasi. Tidakmudah putus asa dan sentiasa maaf memaafkan adalah sifat yang mulia dan patutu dicontohi oleh semua golongan masyarakat.