Harga: RM 25.90 / RM 28.90
ISBN-13: 978-967-5406-54-6
Tarikh Terbit: 30 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 184
Kategori: Kanak-Kanak, Illustrasi
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1: Sejadah Ajaib Bab 2: Rajinnya Sabit Bab 3: Rotan yang Pemalas Bab 4: Basikal yang Bongkak Bab 5: Bingkai Gambar Bab 6: Tali yang Hilang Bab 7: Si Ibu yang Kerisauan Bab 8: Selimut yang Berani Bab 9: Tuk Abu dan Pelita Baharu Bab 10: Penanda Buku Terakhir
Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.
Penulis muda ini berasal dari Negeri Sembilan. Menceburi bidang penulisan seawal usia 14 tahun bermula dengan puisi. Mendapat Diploma Komunikasi dan Media dan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kini bertugas sebagai editor di samping bergiat aktif sebagai penulis.
Antara karya beliau: 2001-sekarang: Puisi dan cerpen karya beliau sering dimuatkan di dalam majalah terbitan Karangkraf, DBP dan juga suratkhabar. 2004: Kumpulan Puisi Pendatang Malam Novel Hostel Bersama Antologi Puisi Apas dan Sajen 2005: Antologi Cerpen Salju Jabal Musa Antologi Puisi Tunas Jiwa Antologi Puisi Laut ( Akademi Laut Malaysia) 2007: Kumpulan Puisi Cinta (DBP)
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Hobi Puan Ida Munira?
Suka membaca majalah, buku-buku umum dan akhbar.
Apa yang Puan Ida lakukan ketika bosan?
Suka makanan masam antaranya Tom yam dan laksa
Apabila bosan apa yang Puan Ida lakukan?
Ida suka membeli-belah bersama keluarga
Apa yang paling Puan Ida takuti?
Pastinya Allah.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet